CINTA HATI SAYANG
BAB 9
Mana pulak bas ni? Nak naik teksi, teksi semuanya
penuh. Risau Lara bila satu pun pengangkutan awam tidak muncul-muncul di
hadapannya. Dia terlambat sedikit pulang hari ni. Ada beberapa tempahan kek
perlu di siapkan tadi. Nasiblah dia ada pembantu membantunya. Jika tidak, mahu
sampai ke tengah malam baru siap. Wati pula tidak sihat hari ni. Cirit birit
katanya.
Baru sebentar tadi,
Lara menelefon Hasmi di taska. Katanya dia akan mengambil Sofea lewat sikit
hari ni. Mujurlah pekerja taska tinggal di situ juga. Di tingkat atas taska
tersebut. Bolehlah Hasmi menjaga Sofea sekejap sementara menunggu dia sampai.
“Okeylah bro. Aku balik dulu.” Badrul
meninggalkan Zarif bila sahaja sampai di keretanya. Zarif pulang agak awal
sikit hari ni. Dia ada temujanji malam ni dengan ketua pengurus salah sebuah
syarikat terkemuka di Singapura.
Kereta dihidupkan.
Badrul memang mahu pulang awal hari ni. Selalunya dia akan ke gym setiap hari
Rabu. Dan selalunya si Zarif akan turut serta bersamanya jika ada kelapangan.
Macam kenal je. Bisik
Badrul sendiri. Semasa keretanya menghampiri bus stop yang ada di situ,
dilihatnya ada seorang perempuan sedang berdiri bersama dengan beberapa orang
lain. Semakin hampir keretanya semakin dia dapat melihat dengan jelas wajah
perempuan tersebut.
Badrul memberhentikan
keretanya di bahu jalan. Di hadapan bus stop tersebut. Hampir dengan Lara yang
membuatkan dia sedikit terkejut. Tiba-tiba pula kereta Audi hitam berhenti
hampir dengannya.
“Lara…. Tunggu bas nak balik
ke?” sebaik sahaja tingkap kereta diturunkan, Badrul terus bertanya. Lara pula
yang terpinga-pinga di situ. Cuba diamati wajah lelaki yang sedang bercakap
dengannya. Macam pernah jumpa sebelum ni.
Akhirnya baru Lara
ingat dimana. Lelaki di dalam kereta tersebut yang pernah datang ke kedai kek
tempoh hari. Dia datang dengan si Zarif sombong tu. Sempat Lara mengerling ke
dalam kereta. Lega. Hanya dia seorang sahaja di dalam kereta.
“Aah, tunggu bas atau
teksi nak balik.” Mana pula dia tahu nama aku ni. Mungkin dia nampak tag nama
yang aku pakai hari tu. Ataupun si Zarif sombong tu yang beritahu dekat dia.
“Jomlah, I hantar
balik. Makin ramai orang tunggu bas ni.” Lara masih meninjau-ninjau jika
ternampak kelibat bas atau teksi. Hampa. Langsung tiada.
“Lara.. jom. Jangan
risau. I tak buat apa-apa dekat you. Jom.” Pintu kereta sudah dibuka. Bukan
Lara tidak nampak ada beberapa pasang mata yang sibuk melihat drama antara dia
dan lelaki ni. Malu pulak dia nanti kalau aku tolak. Dahlah pintu kereta pun dah
dibukanya.
Apa Bad buat dekat
situ? Dia nak ambil siapa pula tu? Zarif bertanya pada diri sendiri. Dia
perasan kereta Badrul berhenti di hadapan bus stop dan ada seseorang
sedang bercakap dengannya dari luar.
Lara…..
Zarif perasan wajah
perempuan tersebut bila melintasi kereta Badrul. Apa dia bualkan dengan Badrul.
Dari cermin sisi Zarif dapat melihat Lara masuk ke dalam kereta kawannya.
Kereta terhenti mengejut. Hampir terlanggar kereta depan gara-gara sibuk
melihat adegan mereka berdua. Sejak bila pula perempuan ni rapat dengan
Badrul?.
“Lara tinggal dekat
mana?” Sebaik sahaja Lara menutup pintu kereta, Badrul terus bertanya. Dia
perlu tahu sebelum kereta bergerak.
Lara memberitahu Badrul
yang dia perlu mengambil Sofea di taska. Dari taska dia akan pulang sendiri.
“Lara selalu tunggu bas
dekat sini ke?” Badrul sibuk bertanya. Bukan apa, senang jika lain kali dia
hendak menghantar Lara balik.
“Hampir setiap hari
saya tunggu bas dekat sini. Selalunya awal sikit, tapi hari ni ada banyak
tempahan nak kena siapkan. Tu yang lambat sikit balik. Encik…..” Lara masih
tidak tahu nama lelaki yang sanggup menghantar dia pulang.
“Badrul Arif. Just
call me Badrul. Takpayah berencik-encik. Kita bukan satu pejabat pun.” Ada
senyuman terukir di bibir Badrul. Senyuman yang tidak pernah dilihat pada
Zarif. Kenapa pula tiba-tiba dia teringatkan Zarif. Ah, sibuk je lelaki tu.
Buang masa je nak ingat dekat dia.
“Saya Lara Alina.
Panggil Lara je.” Lara pula memperkenalkan diri pada Badrul. Sebenarnya Lara
tidak berapa selesa berada dalam satu kereta dengan orang yang tidak berapa
dikenali. Ada juga takut jika tiba-tiba lelaki ni berbuat sesuatu padanya.
Tetapi sekarang ni yang penting dia perlu segera sampai ke taska. Ditolaknya
ketepi dulu perasaan tersebut. Jam sudah hampir pukul tujuh. Sepatutnya dia
sudah mengambil Sofea waktu ni.
“Lara Alina…. Sedap
nama tu. Lara… belum kahwin lagi kan?” Macam takut-takut pula si Badrul hendak
bertanya. Mana tahu si Lara ni isteri orang. Zarif salah informasi pasal si
Lara ni. Cari nahas aku nanti.
Ketawa kecil Lara
mendengarnya. “Kenapa? Takut kalau tumpangkan isteri orang ke?”
“Lebih kuranglah. Kalau
Lara belum ada sesiapa punya, ada peluanglah I hantar you balik lain kali.
Kalau isteri orang, ni kali terakhir rasanya. Tak pasal-pasal nanti kena tumbuk
pulak muka ni.” Badrul mengusap-usap wajah kacaknya itu. Yelah tu. Lain kali.
“Takda orang nak lagi.”
Badrul pula yang tersenyum sendiri bila mendengar kata-kata Lara. Sempat dia
mengerling pada Lara di sebelah. Lara cantik orangnya, cuma penampilannya perlu
diperbaiki sikit. Ringkas sangat pemakaiannya.
“Awak, nanti berhenti
dekat depan tu ye. Dekat taska tu.” Lara menunjukkan taska yang menempatkan
Sofea. Badrul sekadar mengangguk. Sekejap sahaja dia sudah sampai. Selesa pulak
tu. Berbeza benar kalau naik bas. Kereta mahal mestilah selesa naik. Kalau
hari-hari macam ni, arghhh seronok rasanya. Dah cukup Lara. Berangan tak
sudah-sudah.
“Terima kasih
banyak-banyak sebab sudi tumpangkan saya. Nanti saya balik sendiri je. Tak jauh
pun. Terima kasih ye.” Pintu kereta dibuka.
“Saya tunggu. Nanti
saya hantarkan ke rumah.” Badrul masih mahu menghantarnya sampai ke rumah.
“Eh tak payahlah. Saya
dah biasa jalan kaki dari sini. Tak jauh mana pun. Awak baliklah. Sampai sini
pun dah cukup bagus dah ni. Kalau tak sebab awak, entah-entah saya masih tunggu
bas kat sana lagi.” Cukuplah setakat ini. Lara malu hendak menyusahkan Badrul
yang baru sahaja dia kenal. Sibuk dia tanya aku tadi, yang dia ni.. entah-entah
suami orang. Aku pulak yang takut kena tumbuk nanti.
“Saya pergi dulu ye.
Assalamualaikum.” Lara segera turun dari kereta dan lantas pergi mengambil
Sofea di taska.
Badrul masih menunggu
di situ. Dia tetap berkeras untuk menghantar Lara pulang ke rumah. Kereta masih
elok berhenti di tepi.
Selepas Lara mengambil
Sofea dari taska, dia keluar dari pintu besar semula. Dilihatnya kereta Audi
tadi masih berada di situ. Tidak berganjak pun. Malah kelihatan si Badrul
sedang bersandar di tepi kereta.
“Kenapa tak balik
lagi?” Lara mendekati Badrul yang sedang tersenyum memandangnya. Dia tidak mahu
menyusahkan Badrul lagi. Kenapalah susah sangat nak buat Badrul faham.
“Tunggu Lara. Jom.
Tunjuk I jalan ke rumah you.” Serba salah Lara dibuatnya. Segan sungguh Lara
nak tunjuk kepada Badrul di mana rumahnya. Rumah Lara rumah flat je, rumah
Badrul ni mesti jenis kondominium. Beza tu.
“Ibu…. Boyfriend ibu
ye?” si Sofea sibuk menarik baju Lara untuk menurunkan badannya supaya senang
dia berbisik.
“Bukanlah. Kawan ibu.
Fea ni….” Dicubit lembut pipi Sofea. Lega Lara bila dilihatnya Badrul tidak
mendengar apa yang Sofea katakan tadi. Malu sungguh kalau Badrul dengar. Si
Sofea ni, macam-macamlah.
Sampai juga ke kawasan
rumah Lara. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Badrul, Lara memimpin Sofea
berjalan menaiki tangga ke rumahnya. Sofea masih lagi melambai pada Badrul
sambil berjalan manakala Lara langsung tidak melihat ke belakang. Segan
dirasakannya.
“Malam tadi kau pergi
mana?” Pagi itu, Zarif mengajak Badrul bersarapan di luar. Dia tidak sabar
hendak mengetahui sejauh mana hubungan Badrul dan Lara.
“Malam tadi?... Malam
tadi aku pergi gym lah. Bukan aku dah
beritahu kau ke semalam?” Memang Badrul pasti ada memberitahu Zarif yang dia
hendak ke gym semalam. Takkanlah
boleh lupa pula si Zarif ni. Ingatan si Zariflah yang paling bagus. Boleh
dikatakan semuanya dia ingat.
“Kau pergi gym or kau jumpa sesiapa malam tadi?” Suara
Zarif agak mendatar. Kenapa pula dengan dia ni. Semalam okey je. Pagi ni lain
macam dah. Malam tadi?... Jumpa sesiapa?
“Oh ye….. Baru aku
ingat. Aku semalam hantarkan si Lara tu balik rumah. Aku nampak dia tengah
tunggu bas. Tu yang aku offer nak hantar dia balik. Lagipun dia nak
cepat nak ambil si Sofea tu dekat taska. Kau nampak aku ke semalam?” Badrul
kembali menyuap roti canai ke dalam mulut sambil menunggu jawapan Zarif.
“Aku ternampak kau
dengan dia. Ingat kau ada date dengan dia. Tak beritahu aku pun.” Zarif
tidak tahu kenapa dia rasa risau jika benar Badrul dan Lara keluar bersama.
“Beritahu kau nak buat
apa. Kau bukannya nak ambil tahu pasal dia pun. Tergerak hati jugak semalam nak
ajak dia makan, tapi dia nak cepatlah. Nak ambil budak kecik tu.” Badrul buat
wajah sedih. Hampa. Memang betul pun apa yang Badrul katakan. Bukannya Zarif
hendak ambil tahu pun pasal Lara.
“Aku risaukan kau je.
Jaga-jaga sikit dengan dia. Nanti masuk perangkap dia pulak. Jangan cari aku
nanti.” Zarif memberi amaran kepada Badrul supaya berhati-hati dengan perempuan
tu. Macam budak-budak pula dibuatnya si Badrul.
“Ala bro, tak
payahlah risau pasal aku. Pandai-pandailah aku jaga diri.” Badrul bukan kisah
pun dengan amaran dan nasihat kawannya itu. Dia tahu Lara bukan perempuan macam
tu. Dia dapat rasakan. Cuma Zarif sahaja yang masih tidak nampak. Nampak si
Lara sebagai perempuan jahat.
Selepas makan mereka
bergegas masuk ke pejabat. Mesyuarat yang perlu dihadiri mereka berdua akan
bermula tidak lama lagi. Pantang Zarif jika pekerjanya datang lambat ke
mesyuarat termasuklah Badrul.
“Lara, masuklah. Sofea,
jom sayang.” Lara terpaksa juga datang lagi ke rumah besar ni. Setiap hari Puan
Sri akan menelefonnya bertanya khabar kedua-dua mereka. Ada juga kadang kala
Puan Sri berbual sekejap dengan Sofea. Mengubat rindu pada cucunya.
“Lara datang rumah Auntie
ye hujung minggu ni. Tidur sini. Auntie dah sediakan bilik untuk
kamu berdua.” Sedikit merayu Puan Sri kepada Lara. Tidak sampai hati Lara untuk
mengecewakan Puan Sri bila mendengarnya. Terpaksalah juga Lara tidur di sana untuk
satu malam. Harap sangatlah si lelaki sombong tu takda nanti. Berdoa panjang
Lara.
“Kak Jah, letak beg
Lara dengan Sofea dalam bilik mereka.” Puan Sri menyuruh Mak Jah mengambil beg
Lara untuk diletak di dalam bilik. Mereka? Bilik tetamu kot. Fikir Lara.
Takkanlah dah sediakan bilik mereka sendiri. Untung sangatlah badan.
Semasa diluar rumah
tadi, sempat Lara melihat kereta yang ada terparkir. Kereta BMW X5 tiada di
situ. Maknanya si Zarif sombong tu pun takdalah. Lega Lara.
“Lara, dah lama sampai
ke?” Tan Sri yang baru balik dari bermain golf menghampiri mereka.
“Baru je Uncle.
Baru kejap tadi.” Lara mencium tangan Tan Sri. Dia sudah biasa berbuat begitu
jika berjumpa dengan Tan Sri dan Puan Sri.
“Abang naiklah dulu.
Pergi mandi. Saya temankan mereka dulu.” Puan Sri sudah mengajak Lara minum
petang di tepi kolam renang. Sofea pula sedang bermain dengan mainan barunya.
Baru sahaja Puan Sri membelinya pagi tadi bersama Zarif. Zarif terpaksa
menemani mamanya. Terpaksa menjadi pemandu percuma mamanya.
“Lara, Auntie
dengan Uncle rasa dah tiba masanya Sofea ditemukan dengan Naim. Papa
sebenar Sofea. Apa pendapat Lara?” Lara tiada jawapan. Sungguh. Dia tidak tahu
apa yang patut dia buat sekarang ini. Separuh dari hatinya tidak mahu Sofea
berjumpa dengan ayahnya tetapi separuh lagi mahu Sofea kenal dengan ayahnya secepat
mungkin.
“Lara…. Lara cuma takut
Sofea tak dapat terima semua ni. Kita bagi masa lagi sikit. Biar Sofea lebih
rapat dengan keluarga ni dulu baru kita beritahu perkara sebenar.” Itu pendapat
Lara. Dia risau jika Sofea tidak dapat menerima semua ini. Jika dia beritahu
Sofea tentang Naim, maknanya dia juga perlu memberitahu Sofea siapa dia
sebenarnya.
Puan Sri mengangguk
sambil mencapai tangan Lara. Dia faham dengan situasi Lara. Memang tiada niat
dia pun untuk memaksa Lara memberitahu Sofea perkara sebenar. Lara lebih tahu
bila masa yang sesuai.
Semakin hari semakin
rapat hubungan Lara dengan mereka berdua. Hanya mereka berdua. Bukan anak-anak
mereka.
Sehingga ke malam,
kelibat Zarif langsung tidak kelihatan. Dari siang tadi Lara tidak nampak dia.
Itu sebabnya Lara lebih selesa bila dia tiada. Mudah sedikit pergerakannya di
rumah tersebut.
Banyak masa juga Puan
Sri melayan Sofea. Manakala Tan Sri lebih banyak berbual dengan Lara.
“Lara tinggal kat sana
dah lama ke?” Tan Sri sudah tahu sebenarnya dimana Lara tinggal bersama-sama
Sofea. Dia sengaja bertanya lagi pada Lara. Dia mahu melihat jika Lara seorang
yang jujur. Tidak menipunya.
“Dah lama juga. Lepas
kakak meninggal, Lara terus pindah ke sana. Sampailah sekarang ni kami masih
duduk di rumah tu.” Lara bersyukur sangat sebenarnya yang dia masih cukup duit
untuk membayar sewa rumah. Tidak pernah tersangkut walau sekali pun membayar
sewa.
“Lara masih kerja dekat
kedai kek tu?” Lara mengangguk. Mana lagi dia hendak pergi. Puas dia memohon kerja
yang tinggi sedikit gajinya, tetapi tiada rezeki. Akhirnya Lara putus asa.
Biarlah dulu. Malas dia hendak mencari lagi. Kalau ada, adalah nanti.
Tan Sri sudah ada
agendanya sendiri. Cuma dia masih belum memberitahu Lara lagi. Semua yang
dibuat adalah untuk kepentingan Lara dan pengorbanan Lara menjaga cucunya
selama ini. Lara terpaksa memikul tanggungjawab yang berat membesarkan Sofea di
usia yang muda.
hairin.. xpuas la cm pendek je.. i smell jelesyyy hihi
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteBest3. Tak sabar nk tgg next n3...
ReplyDeleteagenda apa kah itu tan sri??
ReplyDeletetxs for great story. you makes us keep waiting for the next entry....
ReplyDeleteThanks my dear. Do keep on writing. Keep up the good work.
ReplyDeleteHahahaha zarif nampaknya jelezzzzz.. Tak nak ngaku sbb terlampau ego...tak sabar nk tahu perasaan Naim bila tahu ada ank n jupe sofea... Teruja utk next bab ni.. Aduhh mcm lambat nya nk tunggu..
ReplyDeletealaa akk pendek nyaa..xpuas baca..hee
ReplyDeletebest............nak lagi
ReplyDeleteKeep up the good work...more n3 plzzzz:-)
ReplyDeleteSis bestnya....Zarif jelesss gud job Badrul. Next entry plsssss
ReplyDeleteTq suma for all the good comments... Insyaallah akan terus menulis selagi ada yang sudi membaca....
ReplyDelete