My corner's visitor

Saturday, September 13, 2014

E-Novel : Cinta Hati Sayang - Bab 6

CINTA HATI SAYANG

BAB 6

            “Mesti Lara tertanya-tanyakan sebab kami jemput Lara datang ke rumah malam ni.” Lara mengangguk dengan pertanyaan Tan Sri. Dipandangnya Sofea yang sedang sibuk melihat ikan-ikan di dalam akuarium. Tan Sri juga menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu Lara. Kalau boleh dia tidak mahu Sofea mendengarnya.

            Sebenarnya hatinya semakin tidak tenteram semenjak Zarif muncul. Ikutkan hati hendak sahaja dia balik sekarang. Tetapi sebelum balik, dia perlu tahu sebab dia berada di sini. Bukan dia tidak nampak, bagaimana Zarif memandangnya. Macam pesalah pula dirasakan.

            “Kakak Lara, Hana…. Pernah jadi menantu kami. Isteri kepada anak kami.” Pandangannya terus dihalakan kepada Zarif. Pandangan mereka bersatu. Biar betul dia ni suami kakak aku. Setahu Lara masa dia berjumpa dengan abang iparnya, dia seorang yang baik hati. Peramah, tidak sombong seperti lelaki yang sedang dipandangnya.

            “Anak kedua Auntie. Carl Naim.” Bukan dia ni. Carl Naim? Ingatannya terus kepada nama Sofea. Sofea Yasmin binti Carl Naim.

            Kini pandangannya bertukar kepada Sofea. Sofea cucu mereka. Sofea ada nenek dan datuk.

            “Sa…saya nak balik. Sofea… jom sayang.” Lara sudah mencapai beg tangannya. Dia tidak sanggup menunggu lebih lama lagi. Dia tidak sanggup mendengar lagi. Dia takut jika mereka mahu merampas Sofea darinya. Hatinya sudah tidak tenteram selepas mengetahui hal sebenar. Barulah Lara tahu, inilah sebenarnya tujuan mereka menjemputnya ke sini. Berniat untuk merampas Sofea darinya.

            “Lara… Tunggu dulu.” Puan Sri cuba menghalang niat Lara untuk pulang.

            “Lara… nanti uncle suruh Pak Mat hantar balik.” Terfikir juga Lara. Mana nak cari teksi malam-malam begini. Ditambah lagi dekat kawasan macam ni. Bukannya Lara biasa dengan kawasan orang kaya ni.

            “Lara…” kata-kata Puan Sri terhalang. Tan Sri menghalangnya. Tidak membenarkan Puan Sri berkata apa-apa lagi. Tangannya menyentuh lembut bahu isterinya. Cukup untuk malam ini.

            Baru sahaja Lara hendak membuka pintu, kelihatan Pak Mat yang terlebih dahulu membukanya dari luar.

            “Lara nak balik, Pak Mat hantarkan ye.” Lara tiada pilihan lain. Dia terpaksa menerima pelawaan Pak Mat. Tapi macam mana pula Pak Mat boleh tahu yang dia mahu pulang sekarang. Nak kata Tan Sri dan Puan Sri, mana mungkin. Mereka sedang sibuk memanggil aku tadi. Sempat ke mereka nak beritahu Pak Mat. Mungkinkah si Zarif yang memberitahu. Entahlah. Banyak benda yang Lara terpaksa fikirkan.

            “Lara okey tak ni?” Pak Mat risau melihat Lara yang tiba-tiba menangis. Lara perlu tenang. Sofea sudah tertidur di atas pangkuannya. Diusap lembut rambut Sofea.

            “Lara… Lara okey Pak Mat. Sedih sikit je ni.” Lara tidak rasa yang dia patut berkongsi kesedihannya dengan Pak Mat. Pak Mat ni kan, driver Tan Sri. Mestilah dia lebih mengutamakan majikannya.  Lara terpaksa menahan diri dari kesedihan. Dia tidak mahu menitiskan air mata lagi di hadapan Pak Mat. Bertahanlah sedikit wahai hati. Pandangannya dilemparkan keluar. Susah rasanya menahan air mata dari mengalir keluar.

            Selepas itu Pak Mat tidak lagi bertanya apa-apa pada Lara. Dia dapat rasakan yang Lara tidak selesa untuk membincangkan masalah ini dengannya. Ini mesti ada kaitan dengan Tan Sri dan Puan Sri. Masakan Lara balik tergesa-gesa tadi. Dan tiba-tiba pula mendapat panggilan dari Zarif tadi. Menyuruhnya menghantar Lara pulang sekarang.

            Sampai sahaja di rumah, Lara terus membaringkan Sofea di atas katil. Dia masih tidur lena di situ. Lara pula terus masuk ke bilik air dan menangis. Dia menangis kerana takut. Takut jika Sofea dirampas darinya. Dia sudah tiada sesiapa di sini. Saudara mara sudah lama tidak mengendahkannya. Dia cuma ada Sofea dan keluarga Wati. Keluarga Wati lah yang banyak membantunya. Tidak dapat dibayangkan hidupnya tanpa Sofea di sisi. Setiap hari dia melihat Sofea membesar di depan matanya.

            “Nab nak jumpa dengan Sofea lagi bang.” Baru sahaja Tan Sri masuk ke dalam bilik tidur, Puan Sri tiba-tiba menyatakan hasratnya untuk berjumpa lagi dengan Sofea. Mesti dia tidak puas melihat Sofea, cucunya tadi.

            “Bagi sedikit masa dekat Lara tu. Dia terkejut tadi tu. Abang rasa dia takut. Dia takut jika kita rampas Sofea darinya.”

            “Abang… Nab takda sikit niat pun nak rampas Sofea dari dia. Nab tahu Lara jaga Sofea dengan cukup baik. Suka Nab tengok kemesraan mereka berdua tadi. Si Lara tu pun baik budaknya.” Tan Sri setuju dengan apa yang dikatakan Puan Sri. Memang dia sendiri pun nampak keakraban dua beranak tadi. Sofea memang sangat manja dengan Lara walaupun hakikatnya dia bukanlah ibu kandung Sofea.

            Pertemuan kali pertama Zarif dengan Lara tanpa sebarang pertelingkahan. Hanya dari pandangan mata Zarif menunjukkan dia masih tidak berpuas hati. Lebih-lebih lagi sekarang ini dia sudah tahu siapa Lara Alina. Dan tidak mustahil jika perangai kakak dan adik sama sahaja. Berkahwin semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Tiada perasaan cinta sebenarnya.
           

            Sudah seminggu berlalu. Ada juga beberapa kali Puan Sri menelefon Lara. Bertanyakan khabar Lara dan juga Sofea. Pada mulanya Lara malas hendak menjawab panggilan Puan Sri itu tapi dia tidak sampai hati berbuat demikian. Banyak kali juga Puan Sri cuba menelefonnya. Dan setiap kali berbual di telefon, Lara dapat rasakan yang Puan Sri ikhlas bertanya khabar.

            Dalam seminggu itu juga, Lara ada beberapa kali ternampak Zarif dari jauh. Cepat-cepat dia melarikan diri. Dia tidak mahu berjumpa dengan Zarif lagi. Biarlah dia yang mengalah. Dia tidak sanggup jika bertembung dengannya. Takut dikatakan sekadar hendak menumpang kesenangan keluarganya.

            “Wati… Aku takutlah. Takut jika mereka ambil Sofea dari aku.” Akhirnya Lara berkongsi juga masalahnya dengan Wati semasa mereka sedang menjamu selera di kedai makan berhampiran kedai kek mereka.

            “Lara… walau macam mana kau halang sekalipun, mereka tetap datuk dan nenek Sofea. Dan jangan kau lupa. Sofea perlu tahu siapa ayah dia yang sebenar. Dia masih hidup lagi kan?” Tidak teringat langsung Lara tentang ayah sebenar Sofea. Ya, dia masih hidup. Tetapi tidak pasti dimana dia berada sekarang. Hari tu pun takda nampak langsung kelibat dia. Mungkin dia tidak tinggal di situ. Tinggal di tempat lain.

            Memang betul apa yang dikatakan oleh Wati tengahari tadi. Tidak patut dia menghalang mereka berjumpa dengan Sofea. Mereka ada hak terhadap Sofea juga. Dan mungkin ada benarnya kata-kata Wati tadi. “Kau kesian tengok keadaan Sofea kan. Hidup dalam kesederhanaan. Apa yang termampu untuk kau beri, itu sahajalah yang dia dapat. Dan sekarang kau tahukan Sofea masih ada datuk dan nenek yang mampu untuk memberi sedikit kesenangan dalam hidupnya.”

            Dan malam itu, Sofea ada bertanyakan Lara sesuatu yang membuatkan hati Lara serba salah. “Ibu… bila kita nak pergi rumah besar tu lagi. Fea nak tengok ikan-ikan kat sana.”

            “Fea…. Fea nak jumpa dengan Atuk dan Nenek?” Terpaksa juga Lara bertanyakan walaupun berat sungguh mulut untuk bertanya. Ditariknya badan Sofea agar rapat dengannya. Dipeluk erat.

            “Nak. Tapi nak ibu ada sekali.” Sofea memang selalu membuatkan hati Lara gembira. Walaupun masih muda, tetapi naluri seorang ibu sudah ada dalam dirinya. Belum habis belajar lagi Lara sudah terpaksa menjaga Sofea setelah kehilangan ibunya.

            Banyak kali juga Puan Sri mengajak Lara datang ke rumah. Masih banyak lagi benda yang Puan Sri ingin tahu dari Lara. Pasal Lara, Sofea dan juga arwah Hana.

            “Kenapa ni Ma? Sedih je muka tu.” Zarif menegur mamanya ketika mereka sama-sama bersarapan pagi. Mi goreng yang dimasak Mak Jah nampak menyelerakan. Banyak jugalah yang Zarif makan pagi itu.

            “Puas Mama pujuk si Lara tu datang sini, tapi masih tak berjaya.” Zarif kembali memandang wajah sedih mamanya. Tiba-tiba dirasakan perutnya sudah penuh bila mendengar nama Lara pagi-pagi ni.

            “Mama nak jumpa mereka lagi ke? Mama rindu dekat cucu Mama ye?” Zarif tahu yang mamanya amat berharap yang Lara akan datang semula membawa Sofea bersama ke rumah ini. Puan Sri memang mahu mengenali Sofea dan juga Lara dengan lebih dekat. Kehadiran mereka tempoh hari kerumah ini amat bermakna. Suasana rumah terus berubah bila sahaja mereka menjejakkan kaki.

            “Zarif ada jumpa dia ke? Ajaklah dia datang rumah kita. Mama tahu Lara tu takut Mama rampas Sofea dari dia. Itu sebabnya dia tak berani datang lagi ke sini. Mama takda niat langsung pun. Mama cuma suka lihat mereka berdua.” Zarif mendengar luahan dari Puan Sri. Sudah berapa hari Puan Sri termenung. Mungkin teringatkan Sofea, cucunya.

            Zarif tahu sebenarnya tempat Lara bekerja. Tetapi tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk berjumpa dengannya. Lebih-lebih lagi memujuk dia untuk menerima ajakan Puan Sri ke rumah. Baginya Lara sama sahaja seperti Hana, kakaknya. Ada agenda lain terhadap keluarganya. Orang sepertinya taburkan duit sahaja, ikutlah dia.

            “Maksud kau, perempuan tu bekas biras kau?” Badrul sibuk mahu mendapatkan kepastian. Terkejut dia bila Zarif memberitahu tentang hubungan mereka.

            “Yes, she is. Bekas sahaja.” Ditekankan perkataan ‘bekas’ itu. Biar Badrul faham yang dia sudah tidak ada apa-apa hubungan pun dengan perempuan tersebut.

            “Dan… yang budak kecil dia jaga tu anak saudara dialah kan?” Sekali lagi Badrul mahu mendapatkan kepastian.

            Zarif mengangguk. “And budak tu pun anak saudara aku. Kau jangan lupa.”

            “Masalahnya sekarang….. Aku tak berapa suka perempuan tu. Ditambah pula dia adik perempuan bekas isteri adik aku. Kau tahukan macamana sengsara hidup Naim sehingga hari ini.

            “Kau jangan samakan dia dengan kakak dia. Mungkin dia tak macam tu. Kau jangan ikut perasaan tuduh semua orang sama macam dia.” Badrul tidak setuju bila Zarif samakan Lara dengan kakaknya. Memanglah mereka adik beradik, tetapi tidak semestinya perangai mereka sama. Jangan hukum seseorang sebelum tahu kebenarannya.

            “For me, sama je.”

            “Suka hati kau lah Zarif. Jangan terpikat dengan dia nanti sudahlah.” Badrul tahu Zarif bengang dengan kata-katanya tadi. Lebih baik dia cepat keluar dari situ sebelum dia ditempik. Bukan dia tidak kenal dengan sikap Zarif. Biar Zarif selesaikan sendiri masalahnya.

            Malam itu, Lara sudah memikirkan semasak-masaknya. Dia tidak boleh mementingkan diri sendiri. Masa depan Sofea perlu diambil kira. Dia tidak boleh menghalang hubungan Sofea dengan mereka.  Sofea masih ada ayah, datuk dan nenek. Pasal Zarif tu, Lara tolak ketepi dulu. Sofea lebih penting buat masa ni.

            “Abang, tadi Nab telefon Lara. Dia dah bersetuju untuk datang rumah kita sabtu ni. Puan Sri terus mendapatkan Tan Sri sebaik sahaja dia pulang dari pejabat. Berita gembira ini tidak sabar dia hendak berkongsi dengan suaminya. Dia juga tahu yang Tan Sri tidak sabar untuk berjumpa dengan Sofea.

            “Abang tak marah lagi dengan arwah Hana?” Soalan yang sudah lama dia mahu tujukan pada suaminya. Wajah suaminya dipandang tepat.

            “Dia dah meninggal pun Nab. Apa guna lagi kalau abang masih marah dekat dia.”

            “Habis tu, anak dia tu. Cucu kita?” Puan Sri takut jika marah Tan Sri beralih kepada Sofea. Dia berharap sangat yang suaminya tidak seperti yang disangkakan.

            “Abang nak lupakan semua tu. Sofea tak bersalah. Sama juga dengan Lara. Sekarang ni abang nak rapatkan lagi hubungan ni. Hubungan keluarga kita dengan mereka berdua.”

            “Hubungan apa Pa?” Tiba-tiba Zarif muncul di belakang Tan Sri. Awal pula dia pulang hari ni. Selalunya waktu-waktu begini, dia masih berada di pejabat. Entah kenapa mood dia kurang baik hari ni. Mungkin sebab kata-kata Badrul tadi.

            “Hubungan keluarga kita dengan Lara dan Sofea. Papa dan Mama nak mereka jadi sebahagiaan dari keluarga kita.” Nasiblah Zarif tidak minum apa-apa. Jika tidak mahu tersedak dia mendengarnya. Jadi sebahagiaan dari keluarga kita? Apa semua ni? Tadi baru sahaja Zarif hampir bertekak dengan Badrul sebab perempuan ni. Baru hendak surut marahnya, tiba-tiba dapat berita ni pula. Aduh…..


            “Pak Mat apa khabar?.” Lara cuba menenangkan perasaannya. Dia cuba mengajak Pak Mat berbual. Moga hatinya sedikit tenang selepas itu.

            “Pak Mat sihat. Lara sihat ke? Sofea sihat?” Pak Mat yang masih memandu sesekali mengerling ke belakang.

            “Fea sihat. Fea tak demam.” Sofea yang terlebih dahulu menjawab. Tangannya diletakkan di dahi. Tanda yang dia tidak demam. Ketawa mereka berdua melihat telatah si kecil ni.

            “Lara sihat Pak Mat. Jumpa kita lagi kan.” Lara pula yang menjawab pertanyaan Pak Mat tadi. Dia mengusap-usap rambut Sofea yang ikal itu.  Hatinya sedikit tenang sekarang ni.

            Kereta memasuki perkarangan rumah besar itu sekali lagi. Kali ini perasaannya berbeza. Dulu ketika mula-mula datang ke rumah tersebut, Lara masih tidak tahu sebabnya dia dijemput. Kali ini gementarnya lain. Gementar untuk berjumpa sekali lagi dengan mereka semua. Alamak. Lelaki tu. Aduh…. Harap-harap dia tiada di rumah hari ni.

            Keluar sahaja dari kereta, kelihatan kereta BMW X5 memasuki perkarangan. Terus memasuki ruang kosong yang mungkin memang disediakan untuk kereta tersebut. Lara tahu pemilik kereta tersebut. Siapa lagi kalau bukan dia.

            Baru sebut, dah muncul. Zarif yang berpakaian casual dan berkaca mata hitam keluar dari kereta. Memang nampak segak si Zarif ni. Jika tidak masakan ramai perempuan di luar sana yang tergila-gilakan dia. Cuma Zarif sahaja tidak berminat melayan mereka semua. Lara pula pura-pura tidak nampak Zarif di sana. Kakinya laju melangkah mengekori Pak Mat. Terkejar-kejar si Sofea mengikut langkahnya. Harap-harap dia tak perasan kehadiran aku ni.

            “Encik Zarif.” Iskh Pak Mat ni pun satu. Yang sibuk tegur lelaki tu buat apa. Jalan je lah. Aduh……. Langkah Lara juga terhenti bila Pak Mat menghentikan langkahnya. Takkanlah dia sendiri pulak yang nak buka pintu rumah. Macam melampau je.

            “Kami masuk dulu ye.” Zarif tidak bersuara langsung bila Pak Mat meminta izin untuk berlalu. Lara hanya mengikut Pak Mat. Pandangannya langsung tidak dituju kepada Zarif. Takut pun ada. Menyampah pun ada.  Kenapalah dia yang jadi anak Tan Sri dan Puan Sri ni. Bosannya.

            Zarif mengekori Pak Mat dan Lara ke dalam rumah. Dia dapat rasakan yang Zarif masih memandangnya walaupun dari belakang. Mesti kes tak puas hati la ni. Entah kenapa tergerak hati Lara untuk menoleh ke belakang. Memang betul. Zarif memang sedang memandangnya dengan cermin mata yang masih dipakai kemas.
           

           
           
           
           
           
           

            

10 comments:

  1. entah2 tan sri ada terfikirkan nk satukan lara dgn carl naim kot...huhuhuhu....apa perasaan zarif....cpt2 sambung pn writer cyg... hati tak sabar nk baca ni....

    ReplyDelete
  2. Best2....cpt2 sambung tak sabar nk th apa jadi.

    ReplyDelete
  3. padan muka zarif...alamak jgn tan sri nak satukan carl dgn lara sudah.kesian zarif...best nak lagi sis. KTM ada news tak???tak sabar nak tggu ni.Majikanku Sayangku ada sambungan tak? Semua best.....

    ReplyDelete
  4. Abby Sha : Kena tunggu bab seterusnya.. Panjang lagi ni..... hehe..
    Balqiz Zainol & Amie Ahmad : TQ kerana follow ye...
    Nira Md.Jaffar : Ermmmm... mungkin kot.. Apa-apa pun kena terus follow cerita ni ye....
    Aminatuuz Zahrah : KTM masih dalam penilaian dear...Majikanku Sayangku stop kejap ye.. Nak tumpukan pada CHS dulu... Kalau boleh nak siapkan manuskrip dlm bulan 12 ni.. Insyaallah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik! Cerita ni nanti nak publisher dengan company mana?

      Delete
    2. CHS tak tahu lagi. Takda yang berminat kot.....

      Delete
  5. Boleh bagi e-mel writer tak?

    Terima kasih.

    ReplyDelete