My corner's visitor

Friday, September 5, 2014

E-Novel : Cinta Hati Sayang - Bab 3

CINTA HATI SAYANG

BAB 3

            “Fuad, awak pergi siasat mana dia sekarang. Saya nak tahu segala-galanya tentang dia.” Gambar Hana Kamila diserahkan kepada penyiasat peribadinya. Tan Sri Roslan mengupah seseorang mencari maklumat mengenai bekas isteri Carl Naim. Itu cara terakhir untuk dia mengubah kehidupan Naim. Mungkin jika dia melihat Hana bahagia dengan kehidupannya, Naim akan rasa tercabar. Akan rasa mahu lebih bagus dari Hana. Itu petanda baik buat mereka. Tan Sri harap apa yang dibuat ini betul Sudah lama juga dia tidak mengambil tahu tentang bekas menantunya itu. Entah hidup entah tidak lagi.

            Ada perasaan marah lagi dalam hati Tan Sri terhadap Hana. Sangka Tan Sri, Hana lah penyebab Naim jadi begitu. Itu sebabnya dia tidak membenarkan sesiapa pun pergi mencari Hana Kamila. Semuanya menyimpan perasaan benci terhadap Hana lebih-lebih lagi Carl Zarif. Semua keturunan Hana Kamila dibencinya. Lebih jauh dia dari keluarga Naim, lebih bagus rasanya.

Hana Kamila, anak yatim piatu. Kehilangan kedua orang tuanya semasa dia kecil lagi. Hanya mempunyai seorang adik. Mereka dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Tiada seorang pun saudara mara yang mahu menjaga mereka. Itu sebabnya mereka dihantar ke sana. Tinggallah mereka bersama-sama anak yatim lain di situ. Membesar bersama-sama tanpa ibubapa.

            Tan Sri percaya yang Hana Kamila cuma hendakkan duit Naim sahaja. Tiada perasaan cinta pun. Dia hanya berkahwin untuk kepentingan diri sendiri. Perempuan macam Hana Kamila tidak layak menjadi menantunya. Meminta simpati dengan menceritakan perihal hidupnya. Anak yatim. Apabila semua orang sudah mula mempercayainya, barulah dia memulakan rancangan jahatnya.

            “Baik Tan Sri. Nanti kalau ada sebarang maklumat tentang wanita ni, saya akan beritahu.” Diambilnya gambar tersebut dari tangan Tan Sri. Dia meninggalkan Tan Sri keseorangan. Masih teringat akan kisah lama yang berlaku dalam keluarganya. Bagaimana Carl Naim berubah sebegitu teruk sekali. Dan Carl Zarif juga berubah. Tidak berminat dengan mana-mana wanita lagi selepas apa yang berlaku pada adiknya.
           

            “Hai Zarif. Jom makan. I belanja you hari ni.” Zira yang tiba-tiba datang ke pejabat Zarif membuatkan dia sedikit terkejut. Dia sebenarnya tidak suka mana-mana wanita datang berjumpa dengannya di pejabat tanpa hal kerja.

            “Encik Zarif… saya….” Nurul tergopoh gapah masuk ke dalam bilik. Tidak sempat dia menahan Zira dari terus masuk ke dalam bilik bosnya. Dia tahu yang bosnya tidak suka apa yang sedang berlaku ni. Habislah aku. Masa aku takda kat tempat la pulak si minah ni datang. Tadi taknak pulak datang. Sempat Nurul merungut di dalam hati.

            “Its okay Nurul. Awak boleh keluar. I will handle it.” Lega rasanya. Cepat-cepat dia menarik semula pintu. Rapat. Zarif meletakkan pen yang sedang dipegang tadi. Mahu menulis sesuatu tetapi terhenti dengan kehadiran Zira. Dia memeluk tubuh dan pandangan tajam ditujukan pada Zira.

            “Zira… You tahukan yang I tak suka you datang pejabat I. You tahukan I boleh halau you keluar sekarang juga. I just tekan this button. Terus pengawal datang.” Zarif masih memandang Zira yang masih kaku berdiri di sebelahnya. Ini kali ketiga Zira datang ke pejabatnya. Ikutkan hati hendak sahaja dia sendiri yang menghalau keluar Zira dari pejabatnya. Tetapi bila teringatkan mamanya, Zarif batalkan segalanya. Dia tidak mahu mamanya berkecil hati. Auntie Min kawan baik mama. Terpaksalah Zarif mengawal perasaannya terhadap Zira. Cuba dikawal marahnya.

            “Zarif…. I try call your handphone. Tak angkat. Tu sebablah I datang sini tengok you. Takut jadi apa-apa dekat you. I’m sorry Zarif.” Memang ada Zira menelefonnya tadi. Malas dia hendak mengangkat. Dibiarkan sahaja panggilan tersebut putus sendiri. Adalah beberapa kali juga.

            “Jom, I belanja makan.” Zira cuba memujuk Zarif. Memang itu pun niat sebenar Zira datang. Dia mahu menikmati makan tengahari bersama Zarif. Sudah lama mereka tidak makan bersama. Rindu pula si Zira pada Zarif.

            Malas hendak mendengar pujukan Zira, Zarif terus mengangguk kepalanya tanda setuju. Ditutupnya laptop di atas meja. Mereka berjalan keluar dari pejabat bersama-sama. Memang sepadan sebenarnya mereka bersama. Cuma hati Zarif masih belum terbuka untuk sesiapa pun termasuklah Zira.

            “Zarif… kenapa senyap je ni? You tak sihat ke?” Zira masih cuba merapatkan diri dengan Zarif. Dia tahu Zarif susah menerima kehadiran wanita dalam hidupnya. Itu yang membuatkan Zira teruja. Dia mahu Zarif jatuh cinta padanya suatu hari nanti. Dia akan cuba memikat hati Zarif dengan apa cara sekalipun.

            Zarif masih menguis-nguis spageti yang dipesan tadi dengan garpu. Tiada selera sangat dia sebenarnya. “I penat. You habiskan cepat makanan tu. I nak masuk kerja balik ni.” Mendatar sahaja suara Zarif. Iskh, payah betullah nak ikut rentak dia ni. Merungut Zira dalam hati.

            “Jom.” Selepas membayar makanan tadi, Zira terus memaut lengan Zarif membuatkan Zarif tersentak.

            “Apa ni Zira? Don’t!” Zarif memang tidak suka sesiapa pun memaut lengannya. Setakat nak manja-manja, bukan dengan Zarif. Dia tidak berminat dengan aksi manja begini. Bukan darurat pun nak pegang semua. Kesian juga melihat wajah Zira. Perangai Zarif memang pelik. Tapi pelik itu jugalah yang membuatkan Zira semakin suka padanya.

            “Malam ni you tak keluar ke?” Zira masih mencuba nasib. Manalah tahu tiba-tiba Zarif tergerak hati untuk keluar malam dengannya. Menonton wayang ke. Candle light dinner ke. Bertuahnya badan.

            “Ouchhhh!” Zarif terlanggar seseorang. Habis jatuh air minuman dan bungkusan makanan yang dibawa perempuan tersebut.

            “Sorry. Awak tak apa-apa?” Zarif turut memandang air dan makanan yang jatuh di atas lantai. Sama seperti perempuan tersebut. Baru beli makan dah jatuh pula.

            “Takpalah. Dah…..Awak?!” Lara memandang wajah lelaki yang baru sahaja melanggarnya. Habis makan tengaharinya.

            “Awak?! Patutlah…” Entah kenapa perasaan marah kembali bila melihat wajah Lara. Perempuan yang sama.

            “Patut apa?!” Suara Lara pula yang semakin kuat. Apalah nasib aku ni asyik tembung dengan mamat ni je. Takda mamat lain ke dekat dunia ni. Aduhhhhhh….Mahu garu kepala Lara.

            “Patutlah. Jalan tak pernah nak tengok kiri kanan. Ingat jalan ni awak punya seorang ke cik adik?” wajah Lara dipandang tepat. Semakin didekatkan wajahnya pada Lara.

            “Zarif…. Jomlah. Salah dia pun. Biarlah.” Kata-kata Zira membuatkan hati Lara bertambah panas. Aku pulak yang salah. Diorang yang jalan tak tengok depan. Sibuk bermadu kasih bagai.

            “Kejap. Salah saya?. Sorry ye. Awak dengan boyfriend awak ni yang jalan pakai lutut. Bukan pakai mata. Ke dah tak berapa nak nampak? Rasanya boyfriend awak ni kena bukak dia punya cermin mata hitam tu. Baru nampak jalan.” Suara lantang Lara membuatkan orang berhampiran memandang mereka. Geram dengan pasangan konon bagus ni.

            Zarif sedang menahan sabar. Bila-bila masa sahaja dia boleh melayangkan tamparan pada pipi Lara. Sekali lagi Lara bersuara memang kenalah dia.

            “Tepilah!” Lara sudah mencangkung untuk mengambil semula bungkusan makanan di lantai. Cuba ditolak kaki Zarif ke tepi.

            Zarif dan Zira masih berdiri di situ. Zarif sedang cuba mengurangkan rasa marahnya.

            “Korang ni tak faham bahasa melayu ke?. Tepilah!” Lara meninggikan suara pada mereka bila dilihatnya mereka masih tidak bergerak-gerak. Apa lagi yang tak puas hati ni.

            Panggggg..

            Pipi Lara ditampar. Semua terkejut termasuklah Zarif sendiri.

            Pangggg…

            Kini giliran Lara pula yang menampar pipi Zarif. Biar adil. Dia sendiri pun tidak tahu mana datangnya keberanian dia menampar seorang lelaki. Inilah kali pertama dia ditampar dan menampar orang. Spontan tangannya hinggap di pipi Zarif.

            “Lara!.... Jom.” Tangan Lara ditarik. Sempat lagi Lara mencapai bungkusan tersebut sebelum meninggalkan mereka. Nasiblah kawannya, Wati berada di situ. Parah kalau tidak ditarik Lara dari situ. Makin panjang gaduh mereka nanti.

            Zira sedaya upaya memujuk Zarif meninggalkan tempat itu. Malu juga dia bila ada mata-mata yang memandang mereka.

            “Sakit lagi ke?” Tangan Zira hampir menyentuh pipi Zarif tetapi ditolak kasar.

            “Tak. I naik dulu. See you.” Zarif terus mengorak langkah ke lif untuk ke tingkat atas. Zira pula masih disitu. Wajah Zarif lagi teruk dari tadi. Hilang mood Zarif. Ini semua angkara perempuan tadi. Benci.

            Zarif masih memegang pipinya yang ditampar tadi. Tidaklah sakit mana pun, cuma dia tidak menyangka seorang perempuan yang menamparnya. Kudrat perempuan bukanlah kuat sangat jika dibandingkan dengan lelaki. Ya, kudrat lelaki. Dia tidak lupa yang dia telah menampar Lara tadi. Inilah kali pertama dia menampar perempuan. Laju sangat tangannya bertindak tadi. Tidak sempat dihalang. Kenapa boleh jadi begini?....

            “Sakit lagi ke?” Wati risau bila melihat Lara diam dari tadi.

            “Apa punya soalanlah kau ni. Mestilah sakit. Tangan besar dia tu hinggap kat pipi aku ni. Pipi aku yang comel ni. Sakit. Tapi nasiblah aku dapat balas balik. Sedap-sedap hati dia je nak tampar aku. Dia ingat aku ni siapa. Adik dia? Isteri dia?” Kan dah keluar semua rasa tidak puas hati tu. Sepatutnya biar sahaja si Lara ni diam. Tak payah tanya. Wati memarahi diri sendiri.

            “Tak fahamlah aku. Kenapa asyik dia je muncul ni. Orang lain dah takda ke?” Musykil juga Lara dibuatnya. Setiap kali bertembung, mesti akan gaduh. Macam tadi.

            “Jodoh kau dengan dia kot.” Ditampar bahu kawannya.

            “Kau ni. Agak-agaklah. Takdanya jodohlah. Taknak aku dengan dia.” Lara mencebik bibirnya.

            “Dia hensem apa. Ala, dia pun tak pandang kau la Lara. Sebelah mata pun tak. Buta agaknya kalau dia nak kat kau.” Ketawa berderai mereka berdua. Nasiblah tiada pelanggan yang masuk ke kedai ketika itu. Hanya mereka berdua sahaja.

             Tempat kerja Lara sebenarnya dekat dengan bangunan Kalam Holdings. Salah sebuah syarikat milik keluarga Zarif. Sebenarnya ada juga beberapa kali mereka berada hampir antara satu sama lain. Cuma mereka tidak perasan. Baguslah begitu. Jika tidak, mahu bergaduh lagi mereka.

            Lara baru sahaja bekerja di kedai kek milik ayah Wati. Wati yang meminta Lara bekerja di situ. Membantunya menguruskan kedai tersebut. Ayahnya ada sebuah lagi kedai kek di tempat lain. Dia terpaksa menguruskan kedai tersebut. Kedai baru beroperasi. Macam-macam yang perlu dijaga.

            Makin hari makin pandai Lara membuat kek. Selalu juga dia membawa pulang sepotong kek untuk Sofea. Kek coklat adalah kek kegemarannya. Tidak pernah dia melupakan Sofea. Apa yang Sofea minta akan sedaya upaya dia cuba dapatkan.


            “Tan Sri, saya ada maklumat tentang dia.” Fuad menghubungi Tan Sri Roslan.

            “Dekat mana dia sekarang?” Tan Sri tidak sabar hendak mengetahui dimana perempuan tersebut tinggal sekarang ni. Dengan siapa semua. Ah, banyak betul yang dia hendak tahu.

            “Dia… Dia dah takda Tan Sri. Hampir tiga tahun lepas. Accident kereta.” Terhenti rasanya degupan jantung Tan Sri. Tidak pula dia menyangka langsung yang Hana Kamila sudah tiada lagi di dunia ni. Tiada siapa pun ahli keluarganya yang tahu pemergian Hana termasuklah bekas suaminya sendiri.

            “Apa lagi maklumat kau ada?” Terpaksalah Tan Sri memikirkan cara lain untuk memulihkan Naim.
            “Dia ada anak perempuan. Baru tiga tahun.”

            “Ulang balik apa kau cakap tadi Fuad.” Tan Sri tidak percaya dengan apa yang baru sahaja diberitahu. Maklumat penting ni.

            “Dia ada anak Tan Sri. Anak perempuan.” Fuad sedikit menguatkan suaranya supaya lebih jelas untuk Tan Sri mendengar.

            “Kita jumpa esok pagi. Tempat biasa.” Lemah seluruh badan Tan Sri selepas mendengar satu berita yang paling tidak disangka. Siapa sangka Hana Kamila ada seorang anak. Anak dengan Naim ke? Atau dia sudah berkahwin lain selepas itu.

            Esok paginya, Tan Sri lebih awal keluar dari anaknya, Zarif.

            “Good morning Mama.” Zarif menghampiri Puan Sri dan mencium pipinya.

         “Good morning sayang. Jom makan.” Zarif sudah melabuhkan punggungnya di kerusi makan. Seleranya dia melihat mi goreng yang dihidangkan.

            “Ini mesti mama yang masakkan.” Zarif tahu membezakan masakan mamanya dan masakan Mak Jah.

            “Mama masak untuk anak mama ni. Zarif makan ye. Mama dah makan tadi.” Mi goreng disenduk dan diletakkan di dalam pinggan Zarif.

            “Mama dah makan? Lapar sangat ke. Selalu tunggu Papa makan.” Laju Zarif makan. Memang kesukaan dia mi goreng basah. Lagi-lagi kalau mamanya yang masak.

            “Papa dah keluar tadi. Awal. Katanya ada hal sikit.”

            “Papa? Dah keluar? Awal dari Zarif ni.” Sedikit pelik juga Zarif pada papanya. Dia ada kerja tak siap agaknya. Fikir positif Zarif.

            “Apa cerita adik, Ma? Dia okey kat sana?” Zarif tiba-tiba teringatkan satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Jauh pula tu.

            “Dia baru telefon mama dua hari lepas. Dia sihat. Ceria je suara dia. Lega hati mama.” Mananya Puan Sri tidak risau. Inilah kali pertama dia berjauhan dengan anak bongsunya itu. Suruh sambung belajar di sini tidak mahu. Nak juga ke Australia tu. Menimba ilmu di negara orang.

            Dulu Carl Zarif menuntut di luar negara juga. Di United Kingdom. Berapa tahun dia di sana. Si Carl Naim pula sama seperti Lissa. Di Perth Australia. Sebabkan Naim lah Lissa juga mahu belajar di situ. Katanya tempat tersebut seronok untuk tinggal.

            “Mama okey?” Zarif nampak wajah sedih mamanya. Dia tahu mamanya rindu pada anak-anaknya. Pada Lissa, pada Naim. Walaupun Naim duduk bersama mereka, tetapi sudah berapa lama mereka tidak berbual seperti biasa. Sepatah yang ditanya, sepatahlah yang dijawab.

            “Mama okey. Zarif tak pergi kerja lagi. Dah pukul berapa ni? Nanti lambat pulak sampai.” Jam di tangan dikerling. Selepas mengucapkan selamat jalan pada anaknya, Puan Sri masuk ke dalam bilik. Hatinya tersentuh setiap kali teringat akan anak-anaknya. Rindu pada gelak ketawa anak-anaknya. Yang tinggal kini hanyalah Carl Zarif. Itupun dia selalu sibuk di pejabat. Berapa sangatlah masa yang boleh diluangkan untuk keluarga. Hanya Tan Sri tempat dia banyak mengadu. Tan Sri amat memahami keadaan isterinya.

           
           
           
           
           
           
             
           

            

7 comments:

  1. keep writing ur story sume best2

    ReplyDelete
  2. hopr u sukses sis...luv yr writing...

    ReplyDelete
  3. assalamulaikum. novel kau tetap miliku akan di publishkan ke. sebab saya dah lama mengikutinya

    ReplyDelete
  4. wa... bil nak dinovelkn????

    Salam... jemput semua review my enovel sblm di hantar kepada editor http://norashaisyasiah.blogspot.my/2015/01/novel-kita-orang-best-friend-lah-sengal.html

    ReplyDelete