My corner's visitor

Monday, September 8, 2014

E-Novel : Cinta Hati Sayang - Bab 4

CINTA HATI SAYANG

BAB 4

            “Mana budak tu sekarang?” Tan Sri terus mengajukan soalan kepada Fuad sejurus selepas Fuad meletakkan maklumat tersebut di atas meja. Diambilnya dan dibuka. Satu persatu diselak.

            “Dia dekat Bangsar. Tinggal dengan mak saudaranya. Berdua je.” Tan Sri memang berminat dengan apa yang sedang didengari.

            “Kau pasti tu cucu aku?” Dia mahukan kepastian.

            “Ya Tan Sri. Nama dia Sofea Yasmin binti Carl Naim.”

            “Mak saudara dia?”

            “Lara Alina binti Abd Majid. Memang adik arwah Hana. Dia tak kahwin lagi. Baru dua puluh dua tahun. Mereka tinggal di rumah flat di situ. Ni alamatnya.” Fuad menunjukkan alamat rumah mereka.

            Tan Sri terus mencapai kertas yang tertera alamat mereka. Gambar mereka juga turut diambil. Semakin kuat perasaan Tan Sri untuk berjumpa dengan mereka. Berjumpa dengan satu-satunya cucu yang dia ada sekarang. Memang bila dilihat, wajah budak kecil itu saling tidak tumpah seperti wajah Naim masa kecil. Iras bapanya.


            “Lara, aku pergi beli makan ye. Kau jaga kedai kejap.” Wati sudah keluar dari kedai untuk membeli makan. Tinggal si Lara seorang di situ. Sibuk mengemas apa-apa yang patut sementara menunggu pelanggan. Tadi pagi mereka sibuk menyiapkan muffin yang sudah ditempah. Minggu lepas ada seorang wanita menempah lima puluh muffin untuk dihantar ke sekolah anaknya hari ni. Sekarang ni bolehlah mereka rehat sekejap.


“Bila projek tu nak siap?. Aku dengar minggu depan.” Badrul Hakim, kawan baik Zarif semenjak dari sekolah lagi. Sama-sama menuntut di United Kingdom dulu. Zarif yang menawarkan kerja pada Badrul di syarikatnya selepas mereka pulang ke Malaysia. Orang atasan di syarikat juga si Badrul ni.

            “Yes, minggu depan. Tak sabar nak siapkan projek ni. Ada banyak lagi projek coming soon. Pening kepala engineer semua.” Zarif kembali menyedut straw dari gelas yang berisi air mangga. Kenyang betul perutnya. Badrul sekadar menggangguk.

            “Bro, aku kejap lagi nak singgah kedai kek kat sana tu. Hari ni birthday staff aku. Belikan kek je untuk dia. Nak beli hadiah, taklah rasanya. Tak tahu aku nak beli apa.” Badrul memberitahu Zarif semasa sedang berjalan keluar dari Restoran Selera Utama. Lauk di sini sedap-sedap belaka. Cuma agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan restoran lain di situ. Tempat yang mahallah yang sesuai untuk si Carl Zarif ni. Memilih sikit pasal makan ni.

            “Takpalah, aku ikut kau. Aku pun tak pernah masuk kedai kek tu.”

            “Carl Zarif… mana nak masuk kedai-kedai macam tu.” Badrul sedikit memerli Zarif di sebelah.

            “Hai, perli nampak. Bukan macam tulah. Aku mana pernah beli kek ni semua. Kalau beli pun untuk family aku je. Staf aku semua aku bagi duit je. Lagi suka diorang dari aku beli kek-kek ni.” Bahu Badrul ditepuk. Mereka melintas jalan untuk ke kedai tersebut.

            “Itu kau. Ini aku. Beza banyak.” Ketawa Zarif mendengarnya. Macam-macamlah si Badrul ni. Ada sahaja benda yang hendak dikenakan. Nasiblah si Zarif sudah biasa dengan usikan Badrul. Kalau orang lain, mahu sudah ditempiknya.

            “Ye Encik. Boleh saya tolong?” Lara mendekati Badrul yang sedang memilih kek yang sesuai. Zarif pula sedang sibuk membaca mesej yang baru sahaja diterima. Tidak langsung memandang pada penjual tersebut.

            “Aduh. Dia lagi.” perlahan sahaja suara Lara. Lara perasan lelaki yang berdiri di sebelah Badrul. Lelaki yang kalau boleh tidak mahu dia jumpa lagi. Kenapalah asyik jumpa dengan dia lagi ni. Apalah nasib aku ni.

            “I nak yang ni.” Jari Badrul dituju pada sebiji kek coklat yang cantik dihiasi dengan coklat M&M. Lara sekadar mengangguk dan mengambil kek tersebut. Lagi cepat dia pilih dan bayar, lagi cepatlah si mamat ni beredar. Buat panas tempat ni je bila ada dia ni.

            “Eh, kau tengok okey tak ni?” Hendak terjatuh rasanya kek yang baru sahaja diambilnya. Yang kini berada di dalam pegangannya. Dia panggil pulak si mamat ni. Aduh… Macam mana ni. Kalau aku lari… emmmm, tak boleh. Takkanlah nak tinggal diorang ni dekat sini sendiri. Kalau aku diri lagi dekat sini, mahu kena aku lagi dengan mamat ni.

            “Owh….. kerja dekat sini rupanya.” Lara dapat agak yang Zarif sudah perasan akan dirinya. Pandangan masih tidak ditujukan padanya. Dia pura-pura tidak mendengar kata-kata Zarif itu. Apa perlu aku buat ni?......

            “Oi, bisu dah ke?” Zarif sengaja menaikkan marah gadis dihadapannya itu. Pandai pula cakap baik dengan Badrul. Dengan aku tak pulak. Aku panggil boleh pulak dia buat bodoh je. Badrul pula terpinga-pinga. Drama apa pula ni. Apa yang dia sudah terlepas ni.

            “Encik, nak tulis apa-apa kat atas kek ni ke? Kalau nak, tulis kat kertas tu ye.” Lara menahan diri dari marah. Ikutkan hati hendak sahaja dibaling kek tersebut pada lelaki mulut puaka ni. Sabar Lara sabar. Pelanggan kena dilayan dengan baik. Itu kata Wati padanya dulu semasa dia baru masuk kerja di sini.

            Badrul segera mengikut Lara ke tepi meja. Dia menulis sesuatu di atas kertas. Ucapan selamat hari lahir. Zarif pula sedikit berang bila Lara tidak melayannya. Kenapa pulak ada perasaan macam ni. Kan lagi bagus kalau dia tak bercakap. Tapi bosan pula kalau dia senyap.

            “Boleh cakap pulak. Ingat dah bisu tadi.” Zarif sekali lagi sengaja menaikkan marah Lara. Dia sebenarnya mahu Lara bercakap dengannya.  Rasa berbeza bila tidak bergaduh dengannya. Tak faham betul dengan perasaan sendiri.

            “Saya tak bisu. Puas hati?” Lara malas hendak melayan lelaki gila ni. Lagi dilayan lagi geram aku. Baik aku diam je. Mesti ada je yang tak kena nanti di matanya.Masam mencuka wajah Lara memandang Zarif. Dengan sendirinya wajah Lara berubah bila melihat Badrul. Senyuman yang dilemparkan.

            “Mana boleh garang dengan pelanggan. Larilah orang kalau macam ni perangai pekerja kat sini.” Lara hanya mendengar segala yang dikatakan oleh Zarif itu. Tidak mahu menjawab balik.  Kek yang sudah siap ditulis diletakkan ke dalam kotak yang sudah disediakan. Diikat dengan reben. Siap.

            Laju Lara memusingkan badannya sambil menjinjing kotak kek tadi.

            Bupppp.

            Sekali lagi.

            Sekali lagi Lara berlanggar dengan Zarif. Nasiblah ada kotak kek di tengah-tengah mereka. Jika tidak, mahu si Lara terpeluk badan Zarif. Habis rosak kek tersebut bila dibukanya. Mana tidaknya, ditekan dari kedua-dua belah pihak tadi.

            “Mata ada tak gunakan.” Sindiran hebat Zarif berjaya membuatkan Lara hilang kesabaran. Pelanggan tak pelanggan. Dia bukan beli langsung pun dengan aku.

            “Malang tau hidup saya asyik jumpa lelaki macam awak ni. Boleh tak awak keluar dari sini. Saya takda jual apa-apa barang pun dekat orang macam awak ni.” Lara sudah tidak tahan lagi. Nanti ada juga yang kena penampar free lagi ni.

            “Yuhoooo…Zarif.. kau tunggu aku kat luar kejap ye. Aku kejap je ni.” Badrul tiba-tiba mencelah bila dilihatnya situasi semakin tegang. Zarif masih memandang Lara yang turut sama membalas tenungannya. Dia ingat aku takut ke nak tengok dia. Ini Lara lah.  Badrul tidak mahu berpanjangan gaduh mereka.

            “Apa, ingat saya takut?” Lara pula yang berjaya membuatkan Zarif panas hati.

            “Bro… sabar.” Badrul tidak sangka begini teruk mereka bergaduh. Kalau tahu begini, tidak dia ajak Zarif ke sini.

            “One day you akan takut juga dengan I. Trust me.” Pandangan tajam dihadiahkan pada Lara. Zarif berlalu keluar. Berjalan terus ke pejabat.

            “Maaf dik. Kawan abang tu pelik sikit. Angin lain macam pulak hari ni.” Badrul pula yang memohon maaf atas apa yang telah Zarif buat pada Lara.

            “Abang ambil kek lainlah. Kek ni nanti abang bayar sekali.” Lara bukannya dengar sangat. Entah kenapa kata-kata Zarif tadi membuatkan dia gelisah. Takkanlah dia nak jumpa dengan lelaki tu lagi. Kalau boleh mengelak dari bertembung, memang dia dah buat dulu. Nak one day apanya. Takda one day lagi dah. Aku akan pastikan aku takkan jumpa dia lagi.

            Puas Lara menolak duit yang diberikan oleh Badrul padanya. Duit untuk dua biji kek. Akhirnya terpaksa juga Lara menerima duit tersebut. Small matter je bagi Badrul. Berapalah sangat harga kek tu.


            “Encik Zarif… Dah okey ke belum ni?” petang itu barulah Badrul datang ke pejabat Zarif. Hendak melihat keadaan kawannya ni. Masuk-masuk sahaja dilihatnya Zarif sedang termenung. Entah apa yang difikirkan tu.

            “Kau okey ke tak ni?” Sekali lagi Badrul bertanya bila Zarif masih tidak menjawab soalan tadi.

            “Aku okey.” Dia sebenarnya tidak okey. Fikirannya masih teringatkan Lara. Berani betul perempuan tu. Inilah kali pertama dia bertekak dengan seorang perempuan sampai sebegini lama. Rasa tercabar dengan setiap kata-kata yang keluar dari mulut Lara.

            “Kau fikir pasal perempuan tadi tu lagi ke? Dahlah bro. Kau pun satu, pergi naikkan marah dia tadi  tu buat apa.” Memang Zarif yang mulakan dulu. Puas Lara menahan marah. Akhirnya terkeluar juga. Kalau si Badrul dekat tempat Lara pun, dia akan bengang juga dengan Zarif.

            “Aku tak puas hati. Dialah yang tampar aku hari tu.” Insiden tersebut jelas terbayang. Boleh pula tiba-tiba pipinya terasa seperti baru sahaja ditampar.

            “Oh, patutlah. Ini punca dari kes dulu la ni. Geram punya pasal.” Kini barulah Badrul faham. Rupa-rupanya perempuan tadi adalah perempuan yang sama yang pernah menampar Zarif. Zarif pernah menceritakan padanya tentang kes tampar tersebut.

            “Aku tak tahulah. Setiap kali nampak muka dia aku rasa macam marah. Rasa geram. Mulut dia tu.” Zarif kini sudah berdiri sambil memandang ke luar.

            “Kau ni jangan sekarang marah, nanti lama-lama sayang.”

            “Aduh. Kau ni bro…..Buat aku peninglah dengan ayat kau tu. Dah, jomlah. Aku nak balik.” Zarif menyimpan laptopnya ke dalam beg. Mejanya sudah kemas tersusun.

            “Kau taknak rasa ke kek tadi?” Sempat lagi Badrul mengusik sebelum mereka keluar dari bilik Zarif. Dia hanya tersenyum tawar.

           
            “Zarif, lepas makan nanti Papa nak jumpa Zarif sekali dengan Mama. Ada benda yang Papa nak beritahu. Hal keluarga kita.” Tan Sri tidak sabar untuk memberitahu perkara yang baru diketahui itu kepada mereka. Nampak sahaja kereta Zarif masuk ke dalam, Tan Sri segera menghampirinya.

            “Okey Pa. Zarif naik atas dulu. Nak mandi kejap.” Hal keluarga? Takkanlah pasal perkahwinan dia dengan Zira. I hope not. Pasal Naim? Kenapa dia? Nak hantar berubat ke? Lissa? Ada sesuatu yang menimpa dia ke? Pelbagai andaian terbit di fikirannya.

            Telefon berbunyi. Dilihat nama yang tertera di skrin telefon.

            Zira.

            “Hello sayang. Kenapa tak angkat call I. Penat tau I call banyak kali. You pergi mana?” Suara manja Zira membuatkan Zarif tidak selesa. Rasa pelik pun ada. Kalau lelaki lain mahu cair dibuatnya. Suara Zira yang serak basah mampu meledakkan perasaan seorang lelaki.

            “Wait. Who’s your sayang? Not me. Zira, please. Tak payah call banyak kali. If I nak keluar dengan you, I will call you okay. If not, then you try cari orang lain temankan you. Easy right?”

            “Zarif….”

            “Bye Zira.” Zarif tiada mood untuk melayan perangai manja Zira. Panggilan segera diputuskan. Bukannya dia kisah pun dengan perasaan Zira. Hanya disebabkan mamanya sahaja dia terpaksa juga sesekali melayan si Zira ni. Fikirannya entah kenapa tiba-tiba teringatkan akan kejadian tengahari tadi di kedai kek. Kenapalah semenjak akhir-akhir ni dia asyik bertembung dengan perempuan tu. Dan setiap kali jumpa, ada sahaja benda yang dia tidak puas hati.


            Selepas makan malam bersama, mereka kemudiannya duduk di tepi kolam sambil menikmati udara nyaman di waktu malam. Bukan sahaja Zarif yang tidak sabar tetapi Puan Sri juga. Apalah yang penting sangat tu. Cemas, gelisah, semuanya tiba serentak.

            “Mama… Zarif…” Mereka masih menanti dengan penuh setia. Tan Sri Roslan menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan kata-katanya.

            “Papa dapat berita yang mungkin menggembirakan kita dan mungkin juga tidak.  Semua ini ada berkaitan dengan Naim.”

            “Naim?. Kenapa bang?” Semakin cemas Puan Sri dibuatnya. Dia memang begitu jika ada perkara yang melibatkan anak-anaknya.  Zarif merapati Puan Sri sambil mengusap-usap bahu mamanya itu. Berharap dapat menenangkan sedikit perasaan gelisahnya.

            “Naim ada seorang anak. Perempuan. Hampir berusia empat tahun.” Akhirnya terkeluar juga apa yang hendak disampaikan pada keluarganya.

            Terkejut sungguh Puan Sri mendengarnya. Begitu juga dengan Zarif. Cerita apa yang papa reka ni. Sukar untuk Zarif percaya dengan apa yang baru sahaja didengarnya.

            “Abang? Apa semua ni?” wajah Puan Sri berubah. Kini dia tidak tahu samada dia gembira mendengarnya atau tidak. Perasaan yang sukar dijelaskan.

            “Yes Pa? Apa semua ni? Bila masa pula Naim ada anak?” Semakin erat pautan Zarif di bahu mamanya. Pandangannya tepat dihalakan pada Tan Sri. Dia mahu penjelasan secukupnya. Ini semua melibatkan adiknya.

            “Papa upah penyiasat untuk siasat bekas isteri Naim. Di mana dia sekarang ni. Papa ingat dengan cara ni, kita boleh pulihkan semangat Naim semula. Supaya dia bangkit bersemangat bila mendengar berita mengenai Hana. Tapi apa yang papa dapat tahu, semuanya tidak langsung terlintas dalam fikiran papa.”

            Masing-masing diam membisu sebelum Tan Sri menyambung kata-katanya.

            “Hana Kamila dah meninggal dunia. Dua tahun lepas. Kemalangan jalanraya.”

            “Ya Allah…… Jika Hana dah tiada, siapa yang jaga anak tu sekarang ni?” Tidak sama sekali Puan Sri sangka yang bekas menantunya sudah kembali ke rahmatullah. Dan kini dia risaukan pula tentang cucunya. Siapa yang menjaganya semenjak dua tahun lepas.

            “Dia kini di dalam jagaan adik arwah.” Lega sedikit perasaan Puan Sri. Zarif buntu. Dia tidak tahu hendak bertanya apa kepada Tan Sri. Kalau ikutkan banyak yang dia hendak tahu. Tetapi dia tahu fikiran mamanya sedang berserabut sekarang ini. Banyak benar benda yang tak disangka baru sahaja diketahui.


            “Ajak dia datang rumah kita bang? Nab nak tengok cucu Nab.” Ada air mata mengalir di pipi isterinya. Dia tidak menyangka sama sekali yang dia sebenarnya sudah mempunyai seorang cucu yang selama ini tidak pernah dia ketahui. Tidak pernah.

5 comments:

  1. Sis mmg pandai mainkan perasaan kita...huhuhu...yg penting happy ending...

    ReplyDelete
  2. Tq suma for the lovely comments... Hargai sangat2,,,,

    Aminatuuz Zahrah : Confirm happy ending... Sbb sis sendiri pun tak suka baca novel yang sad ending.. hehe...

    ReplyDelete