My corner's visitor

Friday, September 26, 2014

E-Novel : Cinta Hati Sayang - Bab 11

CINTA HATI SAYANG

BAB 11

            “Betul ke dia tinggal dekat sini Mat?” Tan Sri tidak percaya yang selama ini Lara dan Sofea tinggal di kawasan begini. Rumah flat yang sedikit usang. Ada juga beberapa orang warga asing dilihatnya sedang berkeliaran di situ. Kereta Alphard berwarna putih menghampiri blok rumah Lara. Dilihatnya semua orang sedang memandang mereka. Mana tidaknya, jarang kereta mahal masuk ke kawasan sini.

            “Betul Tan Sri. Setiap kali saya ambil dan hantar, dekat sinilah dia turun. Rumah dia dekat tingkat tiga.” Puan Sri masih memandang sekeliling. Begitu juga dengan Zarif yang duduk di sebelah Pak Mat. Persekitaran yang tidak berapa bersih. Jauh berbeza dengan kawasan persekitaran rumah mereka.       


            “Siapa pula yang datang ni.” Lara yang sedang melipat baju terkejut bila mendengar seseorang memberi salam di hadapan pintu rumah. Suara macam kenal. Tak mungkinlah dia. Takkanlah Tan Sri Roslan tu nak datang sini. Suara seakan dia kot. Diintainya Sofea yang sedang nyenyak tidur di dalam bilik sebelum berlalu menghampiri pintu.

            “Uncle?!... Auntie?!” Amat terkejut Lara bila melihat dua insan yang berdiri di hadapan pintu rumahnya. Tergamam sekejap Lara dibuatnya. Dirasakan seperti hendak sahaja dia menutup semula pintu. Tidak pernah terfikir langsung yang Tan Sri dan Puan Sri akan berkunjung ke rumahnya.

            “Aaaa.. jemput masuk Uncle, Auntie.” Segannya Lara hendak mengajak mereka masuk. Serba salah dibuatnya. Kalau tak diberi masuk, dikatakan kurang ajar pula nanti. Melihat keadaan rumahnya yang memang jauh berbeza dengan rumah banglo mereka.

            “Ouch!” Lara terlanggar seseorang semasa hendak pusing. Siapa pula ni. Pak Mat kot.

            “Hah Zarif. Berdiri dekat situ kenapa?” Zarif?!!!!

            Terus dipandang wajah lelaki yang berdiri di sebelahnya. Apa pula dia buat dekat sini. Aduh…. bertambah segan Lara dibuatnya. Kenapa pula mamat ni ikut sekali?

            “Lara selesa ke tinggal dekat sini?” Tan Sri yang sedang duduk di atas sofa terus menyoal Lara. Matanya masih memandang keliling rumah. Semakin segan pula dirasakan bila melihat ketidakselesaan Tan Sri.

            “Ini je yang saya mampu. Memang kalau ada duit lebih, saya nak pindah dari sini sebelum Sofea besar. Maaflah Uncle, Auntie… rumah saya ni tak selesa sikit. Kecik.” Sempat Lara mengerling pada Zarif yang dari tadi duduk diam di tepi.

            “Lara, Sofea mana?” Puan Sri mencari-mencari kelibat cucu yang semakin hari semakin mendapat tempat dihatinya.

            “Dia tidur dalam bilik tu Auntie.” Sedikit dimuncungkan bibirnya ke arah bilik tidur utama.

            “Kejap ye. Saya buatkan air.” Baru sahaja Lara hendak bangun, terdengar suara Tan Sri menghalang.

            “Takpa Lara. Tak payah susah-susah. Kami datang pun bukan nak minum makan semua. Kami datang sebab nak tengok Lara dengan Sofea. Dah lama kamu berdua tak datang rumah sana. Risau kami dibuatnya.” Suara Tan Sri agak sedikit kuat membuatkan Sofea terjaga. Dengan mamai dia berjalan keluar.

            “Ibu……” Sofea terus mendapatkan Lara. Dipeluknya leher Lara erat.

            “Sofea, cucu nenek.” Puan Sri pula yang memanggil Sofea. Rindu sungguh dia pada Sofea.

            “Nenek…..” Berlari anak Sofea mendapatkan Puan Sri yang sedang duduk di hadapannya. Hubungan Sofea dan Puan Sri semakin rapat sekarang ini. Cuma Sofea masih tidak tahu yang Puan Sri adalah nenek sebenarnya.

            “Sofea dah makan?” Puan Sri bertanya pada Sofea sambil tangannya mengusap lembut kepala cucunya itu.

            “Belum lagi. Fea tidur tadi.” Memang betul pun. Habis sahaja Lara masak tadi, Sofea sudah tertidur di depan TV. Lara yang mendukungnya masuk ke dalam bilik.

            “Fea nak makan?” Alamak. Puan Sri tanyalah pulak. Memanglah Lara dah masak, tapi masak sikit je. Untuk mereka berdua sahaja. Lauk pun lauk biasa je. Bukan macam lauk pauk yang dimasak di rumah besar mereka. Segan pula Lara nak tunjuk lauk yang sudah dimasak tadi.

            “Lara dah makan?” kini giliran Tan Sri pula yang bertanya. Wajah Lara dipandang. Bukan sahaja Tan Sri tetapi juga Zarif. Hanya Puan Sri yang sibuk melayan si Sofea.

            Zarif dari tadi sibuk memerhatikan setiap penjuru rumah. Semua ceruk rumah dipandang. Zarif seorang yang teliti tentang kebersihan. Dia tidak suka tempat yang bersepah. Rasa pening jika berada di tempat-tempat begitu. Nasiblah rumah Lara kemas dan bersih walaupun kecil dan sempit ruangnya. Barang-barang di rumah tersebut disusun kemas dan teratur. Tiada banyak barang pun di dalam rumah Lara sebenarnya. Tiada perabot mahal pun. Hanya barang asas sahaja yang kelihatan.

            “Belum lagi Uncle. Tadi tunggu Sofea bangun tidur.” Sesekali pandangannya jatuh pada Sofea dan Puan Sri. Hubungan cucu dan nenek. Gembira sebenarnya Lara melihat hubungan mereka.

            “Apa kata…. hari ni kita makan sama dekat luar? Kami pun belum makan lagi ni.” Lara okey je kalau bersama mereka. Tapi kalau ada si Zarif ni, semuanya jadi bosan.

            Lara terpaksa mengangguk dan melemparkan senyuman tawar kepada Tan Sri. Dia harap sangat yang Zarif tidak akan mengikut mereka. Entah apalah yang dia sibuk datang juga ke sini pun tak tahulah. Buat panas rumah aku je ni. Marah Lara sendiri.

            “Yeah….. makan dekat luar. Sofea lapar ni.” Seraya mengangkat kedua tangannya tanda seronok. Memang sudah lama pun mereka tidak makan di luar. Lara lebih suka makan di rumah. Rasa lebih aman. Boleh makan sambil tengok tv tanpa gangguan orang ramai.

            “Ala, sukanya cucu nenek ni.” diciumnya pipi Sofea berulang kali. Tersenyum yang lain melihatnya kecuali Zarif. Langsung tiada senyuman terukir di bibirnya. Hati batu mana ada perasaan. Menyampah.


            “Hai Lara. Nak keluar ke?” Tiba-tiba ada seorang wanita berumur menegur Lara ketika mereka sedang menuruni tangga. Dia juga sama-sama hendak turun ke bawah.

            “Kak Ani. Aah, saya nak keluar kejap. Pergi makan.” Lara menjawab pertanyaan jirannya itu. Risau juga jika dia banyak tanya. Bukan dia tidak tahu mulut Kak Ani ni. Suka benar jaga tepi kain orang.

            “Cik Ani… Fea nak keluar dengan nenek, atuk ngan uncle.” Iskh Sofea ni. Banyak mulut pulak dia ni. Puan Sri dan Tan Sri sekadar tersenyum memandang Sofea. Zarif pula masih setia berjalan di belakang sekali. Berada di belakang Lara dan jirannya. Sofea pula sibuk memimpin tangan Puan Sri dan Tan Sri.

            “Siapa mereka ni Lara? Bakal mertua kamu ke? Kereta mereka kat bawah tu kan?” Dia berbisik pada Lara. Bakal mertua? Biar betul Kak Ani ni. Mesti dia fikir si Zarif ni bakal suami aku. Oh tidak…. jauh benar sangkaan dia ni.

            “Eh, bukanlah Kak. Nantilah saya cerita ye. Lain kali. Kami nak cepat ni.” Bukannya Lara tidak dengar Zarif berdehem tadi. Nampak sangat dia dengar apa yang Kak Ani tanya tadi pada Lara. Ah, biarlah dia. Takdanya pasang angan-angan nak bersuamikan dia. Langsung tiada.

            Ani masih memerhatikan mereka sampai ke kereta. Dia dapat agak yang mereka ni ada hubungan rapat dengan Lara. Masakan boleh datang sendiri menjemput mereka keluar. Jarang orang kaya-kaya ni nak datang rumah-rumah macam ni.

            Dalam kereta, Zarif senyap sahaja. Dia sendiri yang menawarkan diri duduk di sebelah Pak Mat. Dibiarkan Lara duduk seorang di belakang sekali. Sofea pula sibuk duduk di pangkuan Puan Sri. Lagi senang hati Lara bila Zarif tidak duduk di sebelahnya. Nanti ada sahaja yang tidak kena dimatanya.

            Kereta dipandu menuju ke sebuah restoran masakan melayu. Cantik tempatnya. Tempat tertutup. Berhawa dingin.

            “Ibu… kita nak makan dekat sini ke? Cantiknya ibu.” Sofea menarik tangan Lara sambil berjalan masuk. Lara pula sekadar mengangguk. Memang cantik tempat ni Sofea. Maafkan ibu sebab tak pernah dapat bawa Sofea ke tempat-tempat begini. Sayu hati Lara. Dia tahu Sofea masih kecil lagi untuk mengetahui segala-galanya. Kesusahan Lara selama ini.

            Aduhai…… Apasal pulak si mamat ni duduk sebelah aku. Nak bangun alih tempat nanti diorang cakap apa pulak. Nasib kaulah Lara.

            Mereka duduk di meja bulat. Zarif yang tiba-tiba duduk di sebelah Lara. Sempat lagi Lara mengerling padanya. Muka tiada perasaan langsung. Biarlah. Bukan makan sama pinggan dengan dia pun.

            Inilah kali pertama mereka makan di luar bersama-sama. Yang paling seronok tentulah si Sofea. Suka dia bila ramai yang rajin melayannya terutama Puan Sri.

            Zarif pula lebih banyak diam. Tidak banyak bercakap. Sesekali bila Tan Sri dan Puan Sri bertanya barulah dia menjawab. Jika tidak, dia lebih banyak mendengar sahaja. Dengan Lara langsung tidak bercakap. Senyum pun tidak. Apa lagi. Lara pun samalah. Buang masa je senyum dengan orang macam dia ni. Bukan nak hargai pun.

            Yang peliknya, apasal si Zarif ni ikut sekali dari tadi. Kan lebih baik dia pergi buat hal sendiri dari sibuk mengikut. Ke dia kena paksa dengan Auntie dan Uncle. Eh takkanlah. Takkanlah lelaki macam dia ni nak dengar lagi cakap mama papa dia. Eh letihlah fikir pasal dia ni. Lara masih bingung. Boleh pening dibuatnya.

            “Bila Sofea nak datang rumah nenek lagi ni?” Puan Sri sibuk bertanya di dalam kereta menuju ke rumah Lara.

            Sebelum menjawab, Sofea memandang wajah Lara. “Ibu tak ajak pergi.”

            Terkejut Lara mendengar jawapan Sofea. Tersipu-sipu Lara memandang mereka. Zarif yang duduk di hadapan juga menoleh ke belakang. Pandangan tepat dituju pada Lara. Dia ni dah kenapa. Salah sangat ke si Sofea ni cakap. Teruk sangat ke aku ni.

            “Lara…… datanglah rumah Auntie dengan Sofea ni. Rumah tu sentiasa terbuka untuk kamu berdua. Jangan segan-segan.” Puan Sri melemparkan senyuman pada Lara yang duduk di belakangnya.

            “Betul tu Lara. Datang je. Lagi seronok kalau Lara dan Sofea ada. Ada juga teman Auntie berbual. Nak harapkan si Zarif ni. Entahlah.” Kata-kata Tan Sri membuatkan Zarif kembali memandang ke depan. Nama dia pula yang disebut.

            “Terima kasih Uncle, Auntie. Insyaallah kalau ada masa nanti Lara datang sana dengan Sofea.” Lara bersalaman dengan Tan Sri dan Puan Sri. Begitu juga Sofea.

            “Terima kasih Pak Mat.” Pak Mat sekadar tersenyum. Langsung Lara tidak menegur Zarif. Buat apa. Bukan dia kisah pun dengan aku dan Sofea ni.

            “Uncle…” Sofea tiba-tiba mendapatkan Zarif. Tangan dihulur padanya. Perlahan-lahan Zarif mencapai tangan kecil Sofea. Disalam dan dicium tangan bapa saudaranya itu. Tersentuh juga hati Zarif melihat Sofea. Satu-satunya anak saudara yang dia ada buat masa ini. Entah bagaimana pandangannya tiba-tiba beralih pada Lara yang sedang sibuk memandang Sofea.

            Selepas menghantar mereka pulang, kereta terus dipandu balik ke rumah mereka.

            “Rumah mereka tu….”

            “Abang nak mereka berdua pindah dari situ. Tinggal dekat tempat lain. Abang ingat nak suruh mereka tinggal dekat penthouse kita tu.” Tan Sri melabuhkan punggung di sofa sambil tangannya menekan remote TV.  Mahu menonton rancangan CNN untuk mengetahui tentang berita dunia.

            “Kenapa tak suruh mereka duduk dengan kita je dekat sini?” Puan Sri memang ingin sangat mereka duduk bersama-sama di sini. Setiap hari boleh berjumpa dengan Sofea. Setiap hari boleh berbual dengan Lara. Ada teman untuk diajak berbual.

            “Abang rasa Lara tu tak mahu nanti. Bagi dia masa dulu. Abang tengok Zarif dengan Lara pun macam ada masalah je. Zarif tu mesti tak suka kalau ada orang lain dalam rumah ni.” Ada betul juga kata Tan Sri tu. Zarif pun macam tidak berapa suka dengan Lara. Begitu juga Lara. Tidak pernah nampak mereka berbual bersama sebelum ini.

            Zarif pula terus keluar bila mereka sampai sahaja di rumah tadi. Katanya hendak berjumpa kawan.

            Kereta dipandu entah kemana. Zarif tidak tahu kemana arah tuju. Yang pasti dia hendak keluar menenangkan fikirannya. Dia sendiri tidak tahu, kenapa setiap kali bersama perempuan tu, perasaannya gelisah. Sukar digambarkan dengan kata-kata.

            Zarif menuju ke Café yang selalu dikunjunginya. Lebih baik dia lepak sekejap di sini. Si Badrul tiada pula. Kena outstation selama tiga hari. Lusa baru dia balik ke sini semula.

            Sedang Zarif sibuk membelek telefonnya sambil meneguk air yang dipesan tadi, dia dikejutkan dengan seseorang. “ Hai Zarif, sorang je ke?”

            Diangkat muka untuk memandang siapa yang menegurnya. Zira rupa-rupanya. Apa pula dia buat dekat sini ni…..

            “Sorang. Apa you buat dekat sini?” Giliran Zarif pula bertanya.

            “Bosanlah. Tak tahu nak pergi mana. May I?” Zira sudah menarik kerusi yang ada di hadapan Zarif. Hanya menunggu jawapan Zarif sahaja.

            “Duduklah.” Zarif memang memerlukan seorang teman sekarang ini. Dia mahu memikirkan perkara lain. Entah kenapa fikirannya asyik memikirkan tentang Lara.

            Petang itu Zira menemani Zarif di situ. Seronok Zira bercerita. Zarif pula sekadar mendengar. Zarif tidak memberikan sepenuh perhatian pun pada Zira. Fikirannya melayang entah kemana. Dia sendiri tidak tahu kenapalah hatinya payah benar hendak menerima seorang wanita dalam hidupnya.

            Sukarnya untuk membuka hati Zarif terhadap perempuan. Puas Zira cuba memikat hati Zarif. Sehingga sekarang tiada langsung perasaan sayang Zarif pada Zira. Kesian juga bila melihat Zira. Sedaya upaya mencuba. Tidak pernah berputus asa selagi Zarif tidak berkahwin lagi. Tiada siapa yang berjaya membuatkan Zarif jatuh cinta lagi.

            Zarif pulang agak lewat sikit. Selepas minum bersama Zira tadi, dia tidak terus pulang. Dia memandu keretanya membelah ibukota. Tiada arah tujuan.

            Kenapa ni? Kenapa aku asyik teringatkan perempuan tu? Arghhhh.. benci Zarif pada dirinya sendiri.
           
           
           


10 comments:

  1. zariff ngaku je la cepat kn senang hehe

    ReplyDelete
  2. Cepatnye sis u baca.. I baru je masukkan bab baru ni... hehe...

    ReplyDelete
  3. Next entry plzzzz tak sabar nak tggu...huhuhu .... alamak ada sedih je...yg ni pun dah sebak bacanya....

    ReplyDelete
  4. Kalau suka, ngaku je laa

    ReplyDelete
  5. hahaha..hambik ko zarif...
    abby sha...dah jadi peminat tegar ye...he2

    ReplyDelete
  6. terus follow cerita ni ye... Terima kasih banyak2 atas komen2 anda semua... Ini yang buat hati berkobar2 nak siapkan cepat manuskrip CHS ni....;)

    ReplyDelete
  7. Continue pls sis hairynn ...Berdebar2 pandai sis buat kami meroyan macam zarif dah jadinya.Huhuhu

    ReplyDelete