CINTA HATI SAYANG
BAB 8
“Apa kata Lara dengan Sofea tidur sini je malam ni.
Esok pagi Pak Mat hantar balik.” Tan Sri cuba memujuk Lara untuk tidur di sini
sahaja. Sofea pula sedang sibuk bermain dengan anak patung yang baru dibelinya
tadi. Makan malam pun sekejap sahaja tadi. Si Sofea asyik memujuk Lara
membenarkan dia main dengan anak patung.
“Eh, takpalah Uncle.
Lagipun kami takda bawa baju lebih. Insyaallah, lain kali saya bawa
Sofea datang lagi.” Lara memang tidak bersedia lagi untuk tidur di sini. Biarlah
dia tidur di rumah kecilnya. Takut pula dia hendak tidur di rumah besar ni.
“Okey, tapi lain kali
Lara datang lagi ye. Seronok kami rasa
bila Lara dan Sofea ada. Kalau tak sunyi je rumah ni.” Puan Sri pula yang
mencelah sambil matanya sesekali mengerling pada Sofea yang khusyuk bermain.
“Insyaallah Auntie. Nanti saya bawa Sofea datang
sini lagi. Kami minta diri dulu. Assalamualaikum.” Lara membantu Sofea
mengemas anak patung yang baru dibeli tadi. Banyak juga mainan lain yang
dibeli. Entah berapa habis duit Puan Sri tadi. Takpalah, untuk cucunya sendiri
juga.
“Ma.. Pa.. Zarif keluar
dulu. Balik lewat sikit.” Semasa Lara baru hendak melangkah keluar, terdengar
suara Zarif. Masa makan tadi pun Zarif cuma makan sekejap sahaja. Bukan sahaja
tidak berbual, pandang Lara pun tidak walaupun dia duduk berhadapan dengannya.
Agaknya teruk sangat aku ni di mata dia. Biarlah. Takkan pulak nak merayu dia
suruh tengok aku ni.
Zarif melintasi Lara
untuk ke keretanya. Dia hanya mengerling. Tiada langsung senyuman terukir di
wajahnya. Begitu juga dengan Lara. Baik dia simpan senyuman dia ni untuk orang
yang menghargai senyumannya. Kalau Zarif ni tak payahlah.
Pak Mat disuruh
menghantar Lara dan Sofea balik. Makin rapat Lara dengan Pak Mat. Lara selesa
dan senang berbual dengan Pak Mat. Ada sahaja benda yang hendak dibualkan.
Kereta yang dipandu
Zarif meluncur laju menuju ke kelab yang selalu dikunjungi bersama Badrul.
Selalunya mereka akan duduk di kawasan VIP. Tidak semua orang boleh berada di
situ. Orang tertentu sahaja seperti
Zarif boleh berada di situ.
“Kau ni kenapa? Fikir
pasal perempuan tu ke? Lara kan nama dia.” Badrul cuba meneka. Besar
kemungkinan ianya berkaitan dengan Lara. Tidak pernah pula dia melihat Zarif
begini. Selalunya apa sahaja masalah yang dihadapi, dia akan bersikap tenang.
Tidak cepat menggelabah. Tapi semenjak Lara muncul dalam hidupnya, dia sedikit
berbeza.
“Dialah. Aku tak tahu
la bro. Kalau jumpa dia, hati aku ni asyik nak marah je. Setiap kali aku
tengok dia, aku teringat kakak dia. Apa yang kakak dia dah buat dekat adik aku
sebelum ni. Aku tak boleh terima dia dalam keluarga aku lah bro. Parents
aku lah ni.”Air Coke habis diteguk. Hatinya tidak dapat menerima
kehadiran Lara dalam keluarganya. Begitu juga dengan Sofea. Walaupun dia sebenarnya
anak saudara Zarif.
“Kau cubalah maafkan
dia. Lagipun kakak dia dah takda kan. Dan aku rasalah… Lara tu tak sama macam
kakak dia. Aku tengok dia bukan jenis macam yang kau sangkakan tu. Kau
tengoklah, dia kerja pun dekat kedai kek je. Muka cantik macam dia tu seriously
aku cakap, senang je nak dapat sugar daddy. Pakai baju seksi, make up
sikit.... confirm…. Mesti ada yang tersangkutlah.” Badrul sedang
membayangkan Lara memakai mini dress dengan solekan pada wajahnya. Dia
sendiri pun rasanya akan terpikat.
“No no….. aku
tak rasa dia baik. Dia nak simpati je tu. Simpati dari keluarga aku especially
my parents.” Zarif masih tidak dapat menerima pendapat Badrul. Dia dapat
rasakan Lara ada niat jahat terhadap keluarganya.
“Suka hati kau lah bro.
Tapi kau tak marahkan kalau aku terjatuh cinta dengan dia nanti. Tak salahkan?”
Muzik yang dimainkan semakin rancak dan kuat. Sama juga seperti degupan jantung
Zarif ketika itu. Kenapa pula dia nak terasa dengan apa yang Badrul cakap tadi.
Memang tak salah pun. Sepatutnya dia berasa lega kerana mungkin Lara tidak
mengganggu keluarganya lagi bila bersama Badrul. Ini tidak.
Badrul menemani Zarif
menghilangkan tekanan yang dia sendiri cipta. Kesian pula hendak
meninggalkannya. Terpaksalah Badrul di situ sehingga pukul dua pagi.
“Lara!. Kau boleh
tolong hantarkan tak kat alamat ni? Dekat sini je.” Segera Lara mendapatkan
Wati yang sedang sibuk menyusun beberapa biji muffin ke dalam kotak.
“Okey bos. Ni ke alamat
dia?” Lara mengambil kertas yang tertulis alamat sebuah syarikat, Kalam
Holdings. Sempat lagi dia memerli Wati yang sedikit mencebikkan bibirnya.
“Kalam Holdings?.
Syarikat yang ada bangunan dia sendiri tu kan. Dekat hujung sana. Betul tak?”
Lara tahu dimana syarikat ni. Ini adalah salah satu syarikat terkenal di sini.
Siapa yang tidak kenal dengan Kalam Holdings. Cuma Lara tidak kenal
sangat dengan pemilik syarikat tersebut. Yang dia tahu syarikat tersebut milik
seorang Tan Sri. Tak penting pun bagi aku untuk tahu, katanya.
“Betullah tu. Nah, dah
siap. Kau hantarkan ye. Kau hantar dekat tingkat sembilan belas.” Dihulurnya
kotak yang penuh berisi muffin pada Lara.
“Berapa semua ni? Aku
nak cari siapa nanti?” Lara sudah menjinjing beg plastik yang berisi kotak
tersebut.
“Yelah. Orang tu tak
cakap pulak nak beri dekat siapa. Kau pergi jelah sana tanya. Semua sekali
lapan puluh ringgit.” Iskh Wati ni. Boleh lupa nak tanya pulak. Kalau
tingkat sembilan belas tu besar, aku nak cari celah mana. Nanti macam orang
bodoh pulak tercari-cari.
Dengan tiada maklumat
lengkap, terpaksalah juga Lara gagahkan diri untuk ke sana. Dahlah syarikat
besar, malu pula nanti kalau salah orang.
Sesampai sahaja di lobi
bangunan, Lara mendekati meja pengawal. Dia meminta pas untuk ke tingkat
sembilan belas. Berulang kali juga dia ditanya. Salah ke aku pergi tingkat tu?.
Yang pelik sangat kenapa. Betullah apa Wati beritahu tadi. Tingkat sembilan
belas. Kalau salah ni siap kau Wati.
Sampai sahaja di
tingkat sembilan belas, suasananya cukup berbeza. Gaya korporat habis. Takut pula
Lara hendak masuk ke dalam. Ada sebuah pintu kaca untuk masuk ke dalam. Sempat
lagi Lara mengintai ke dalam sebelum menekan butang intercom. Susunan
pejabat yang sangat kemas. Moden. Elegan dan yang penting memang nampak
korporat betul. Pejabat orang-orang atasan mungkin.
“Sila masuk Cik Lara.”
Terdiam kejap Lara. Macamana dia boleh tahu nama aku ni. Aku ni pergi pejabat
siapa sebenarnya ni. Rasanya tidak pernah pun dia datang ke sini sebelum ni.
Ini kali pertama dia jejak kaki ke bangunan Kalam Holdings.
“Cik Lara, jom ikut
saya.” Seorang wanita dalam lingkungan tiga puluhan datang menghampirinya.
Berat pula mulutnya hendak bertanya wanita tersebut bagaimana dia tahu namanya.
Kakinya terus melangkah sehinggalah sampai di hadapan sebuah bilik. Takkanlah
nak aku hantar muffin ni sampai bilik bos. Biar betul.
“Puan… Saya ni cuma
datang nak hantar muffin. Tadi ada orang order. Puan jelah yang
bayar dan ambil muffin ni. Nanti boleh puan bagi dekat bos.” Segan Lara
hendak berjumpa dengan orang atasan ni semata-mata hendak menghantar muffin.
“Arahan majikan saya. Dia yang akan bayar untuk muffin
ni semua. Cik Lara masuk je. Tadi saya
dah beritahu dia pun.” Wanita tadi tersenyum sahaja. Kesian juga dia melihat
wajah Lara. Memang betul pun apa yang dia cakap tadi. Mesti bos dia ni ada
agenda tersembunyi. Masakan seboleh-boleh nak perempuan ni hantar sampai ke
dalam bilik.
Pintu diketuk. Dipulas
tombol pintu. Dengan beg plastik di tangan kiri, Lara melangkah masuk ke dalam.
Berhati-hati dia berjalan. Cantik pejabat tersebut. Kemas dan teratur.
“Encik, ada order
muffin kan? Semua sekali lapan puluh ringgit. Ni dia.” diangkat sedikit beg
plastik tadi. Dia mahu segera keluar dari tempat ini.. Rasa takut pula kalau
berada lama di sini. Lelaki tadi masih membelakanginya sambil sibuk melihat
Ipad di tangan.
“Encik?...” Penat Lara
berdiri lama di situ. Geram pun ada. Dia nak ke tidak ni. Nak tunggu sampai
bila ni. Takkan nak aku berdiri macam tiang lampu lama-lama dekat sini.
Kalau macam ni, lebih
baik Lara beredar dari situ. Baru sahaja dia hendak memusingkan badannya,
terdengar suara seseorang. “Nanti dulu.”
Suara macam pernah
dengar sebelum ni. Siapa ya. Lantas Lara mengangkat muka untuk memandang lelaki
di hadapannya.
Dia?!
Zarif tepat memandang
Lara yang masih berdiri di hadapannya. Tiada senyuman langsung yang terbit dari
wajah kedua-duanya.
“Lapan puluh ringgit.” Mendatar
sahaja suara Lara. Dia meletakkan beg plastik tadi di atas meja Zarif. Tidak
betah dia hendak bertentang mata dengan Zarif. Lebih baik dia pandang tempat
lain dari melihat wajah lelaki tersebut. Bukannya ada senyuman pun kelihatan di
wajahnya.
“Ambil ni. Keep the
change.” Duit kertas seratus ringgit dicampak di atas meja. Kalau ikutkan
hati tidak mahu dia mengambil duit tersebut. Tetapi itu bukan duit dia. Duit
yang perlu diberikan pada Wati. Terpaksalah juga Lara mengambilnya dengan hati
yang cukup panas.
“And, bawa balik
muffin ni. Tiba-tiba tekak ni tak berselera. Duit tu ambil je. Anggap
sedekah.” Lara menahan marah. Kejap nak kejap taknak. Dia ingat aku ni apa.
Sedekah bagai. Ingat aku tak mampu sangat ke.
“Takpalah encik. Kalau
tak mahu, buang je dalam bakul sampah tu. Terima kasih. Saya jual.” Lara masih
menahan marah. Cuba dikawal perasaannya. Hendak sahaja dia baling muffin
tadi ke muka Zarif. Biar padan dengan mukanya.
Dengan perasaan marah,
Lara melangkah keluar. Belum sempat dia memulas tombol pintu, tangannya ditarik
kuat. Terpusing Lara dibuatnya.
“Apa ni?! Lepaslah.”
Lara cuba menarik tangannya dari pegangan Zarif. Sedaya upaya dia mencuba.
Malangnya, pegangan makin kuat dirasakan.
“Lepaslah!.” Suaranya
sedikit ditinggikan. Lara cuba menolak badan Zarif dari mendekatinya. Bukan dia
tidak perasan yang pandangan mata Zarif dari tadi dihalakan pada wajahnya. Mereka
kini benar-benar rapat. Lemas Lara dibuatnya.
“Jangan cabar aku
Lara.”
“Cabar apanya?
Lepaslah!” Lara tidak faham maksud Zarif. Nak cabar apanya. Suruh ambil muffin
pun salah ke. Memang tak betullah mamat ni.
“Faham bahasa tak?!
Lepaslah.” Lara sudah tidak tahan lagi. Akhirnya Lara memberanikan diri
memandang ke dalam anak mata Zarif. Pandangan mereka bersatu. Tetapi
masing-masing tidak tahu mengapa tiba-tiba perasaan marah tadi hilang. Kuasa
apa pula yang muncul ni. Perasaan yang berbeza bila masing-masing memandang ke
dalam anak mata.
Zarif melepaskan tangan
Lara perlahan-lahan. Seperti baru tersedar, Lara menolak badan Zarif
menjauhinya. Segera dibukanya pintu. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang
khusyuk membuat kerja. Lara melangkah laju tanpa memandang ke belakang pun. Dia
perlu cepat meninggalkan tempat ni. Sesaf nafas dibuatnya.
Barulah Lara tahu yang Kalam
Holdings milik Tan Sri Roslan. Sebab itulah Zarif berada di situ. Tan Sri
Roslan ada memberitahunya yang Zarif seorang sahaja yang bekerja dengannya. Dan
patutlah dia selalu terserempak dengan si Zarif ni. Tempat kerja mereka
rupa-rupanya dekat sahaja.
Zarif tidak faham apa
sebenarnya yang terjadi padanya. Kenapa dia bertindak begitu pada Lara tadi. Muffin
di atas meja dipandang. Lara suka mencabar Zarif. Lihatlah tadi. Boleh pula dia
enggan mengambil balik muffin tersebut malahan menyuruh Zarif
membuangnya sahaja. Tercabar Zarif rasakan dengan kata-kata tersebut.
Arghhhh…. Ditumbuknya
kerusi. Kuat sehingga sakit tangannya dibuat.
“Hawa, awak ambil muffin
ni. Bawa balik or bagilah sikit dekat staf yang ada.” Dia memanggil
Hawa, setiausahanya untuk mengambil muffin yang dibelinya tadi. Tak
sampai hati pula dia hendak membuangnya. Lagipun makanan tidak elok dibuang.
“Encik Zarif taknak rasa
satu?” Hawa bertanya pada bosnya sebelum dia keluar. Tiada sepatah kata cuma
gelengan kepala sahaja.
“Nah, duit muffin.”
Lara terus memberikan dua keping duit lima puluh kepada Wati yang sedang
menjaga mesin duit.
“Ada lebih ni. Kau guna
duit kau ye bayar dulu?” Wati memasukkan duit tadi ke dalam mesin duit tersebut
dan mengambil duit baki dua puluh ringgit untuk diberikan pada Lara.
Lara menolak tangan
Wati dari memberinya duit. “Kau simpan je duit tu. Dia suruh keep the change.”
“Betul ni? Alhamdulillah.
Rezeki ni.” Yelah, rezeki untuk kau., tapi bukan aku. Malas Lara hendak
bercerita pada Wati apa yang terjadi tadi. Sebabnya dia sendiri tidak faham
dengan perasaannya sendiri.
Memang dia geram dan
benci dengan Zarif sehingga sekarang ni. Cuma dia tidak faham kenapa
perasaannya berubah bila Zarif rapat padanya tadi. Hilang perasaan benci
padanya ketika itu. Apa semua ni?.
Zarif tidak dapat
menumpukan perhatiannya pada kerja. Hilang fokusnya. Dia asyik teringatkan
kejadian dengan Lara tadi. Dia memang tidak suka pada Lara, tetapi kenapa tadi
senang-senang sahaja dia memegang tangan Lara dan mendekatkan diri padanya.
Tidak Zarif. Kau mana ada apa-apa perasaan pada dia. Tadi tu tak sengaja je.
Zarif cuba memujuk diri sendiri.
Petang itu Zarif pulang
awal dari biasa. Dia cuba memberikan perhatian pada kerja, tetapi tidak dapat.
Entah mana hilangnya fokus Zarif. Dicuri Lara mungkin.
“Fea, kemas ni sayang.
Letak dalam bakul okey.” Bersepah ruang tamu rumahnya dengan mainan Sofea.
Semua mainan tersebut dibelikan oleh Puan Sri. Sofea budak yang baik. Dia
sentiasa mendengar kata lebih-lebih lagi bila disuruh ibunya.
“Okey Ibu. Tapi yang ni
Fea nak main tau.” Anak patung Barbie yang dipegang ditunjukkan pada
Lara. Diletaknya di atas sofa sebelum dia mengemas mainan lain. Lara tersenyum
memandang budak kecil yang sangat disayangi.
Lara terfikir juga jika
suatu hari nanti Sofea tidak lagi tinggal bersamanya. Mungkin sudah tinggal
bersama datuk dan neneknya di rumah besar tu. Lara tahu itu amatlah sukar
baginya untuk menerima. Tapi jika itu yang Sofea mahukan, dia terpaksa terima.
Dia tidak mahu memaksa Sofea terpaksa tinggal dengannya. Masa depan Sofea lebih
terjamin jika tinggal bersama mereka.
Dia tidak sedar ada air
mata yang mengalir di pipinya. Ibu sayang Sofea. Terlalu sayang….
sudah terdetik dlm hati masing2.. hairin best keep it up
ReplyDeletehati zarif sudah terdetik tapi ego memakan diri...hehe
ReplyDeletenak lagi
best 3x.
ReplyDeleteTerbehenti napas jap bca n3 ni...like it
ReplyDeleteHaiyaakkk zarif ni terlampau ego... Tak habis2 cari pasal dgn Lara... Menyampah tol
ReplyDeleteBest sis nak lagi new entry. Ego melampau dlm hati suka...
ReplyDeleteBest..
ReplyDeleteBest2....
ReplyDeleteTq suma dgn komen2 yang positif....
ReplyDeleteBest sangat2..
ReplyDeletewaduh2...dag dig dug jantungku
ReplyDeletetup2 tang hujung..sebak rasanye
best le hairynn
Tq so much sis Ejan Suzani & Zamzarina shawal hamid.....Terus follow cerita ni ye...
ReplyDelete