CINTA
HATI SAYANG
BAB 2
“Zarif, malam ni Uncle Kamal and Auntie Min datang. Zira pun ada sekali. They will be having dinner here. With us. Zarif balik awal sikit
ye.” Puan Sri memberitahu Zarif ketika mereka sedang bersarapan bersama. Roti
yang baru sahaja disapu mentega disua ke dalam mulut. Endah tak endah sahaja
Zarif mendengar.
“Zarif… dengar tak apa Mama cakap
ni? Papa pun akan ada sama. Dia balik tengahari nanti.” Sedikit geram Puan Sri
dengan perangai Zarif. Setiap kali dia menyebut nama keluarga tersebut, setiap
kali itu jugalah Zarif akan membuat tidak endah.
“Yes
Ma. Zarif dengar ni. Okey, esok malam.” Zarif cepat-cepat menghabiskan roti
tadi. Air di dalam cawan diteguk sehingga habis.
“Okey Ma, Zarif pergi dulu. Take care.” Zarif mencapai beg kerjanya
dan mencium tangan Puan Sri. Meminta restu sebelum keluar.
Kereta BMW miliknya meluncur laju.
Zira……. Nama yang sentiasa dekat
dengannya. Dari dulu lagi keluarga Dato’ Kamal mahu menjodohkan anaknya dengan
Zarif. Tetapi Zarif yang tidak mahu. Setiap kali mereka berbincang tentang
perkara ini, Zarif akan selalu mengelak. Dia masih belum bersedia untuk
berumahtangga. Mempunyai isteri dan anak. Belum terbuka hatinya lagi.
Bukan sebab dia tidak suka dengan
Zira. Zira Aweena. Cantik orangnya. Tinggi persis seorang model. Putih mulus.
Semuanya cukup sempurna di mata seorang lelaki. Kini dia mempunyai butik
sendiri di Kuala Lumpur. Hasil dorongan Datin Min.
Entah kenapa hati Zarif masih belum
terbuka untuk sesiapa pun. Mungkin masih belum jumpa dengan wanita yang sesuai.
Itu sebabnya dia tidak suka keluarga Zira datang ke rumah. Ada je nanti perkara
yang dibincangkan berkait dengan penyatuan dia dan Zira.
“Nurul!. Apa ni?! Ni… ni……” Dokumen
yang ditaip setiausahanya banyak yang salah. Terkebil-kebil Nurul mendengar.
Pandangannya dijatuhkan pada kertas yang dicampak padanya. Memang banyak salah.
“Macam mana awak buat kerja ni?!.
Sana sini salah.” Sebenarnya bukan salah Nurul pun. Memang dia masih belum
menyemak dokumen tersebut sebenarnya. Cadangnya pagi ini baru dia akan menyemak
semula. Petang semalam dia kena pulang awal. Ada masalah peribadi sedikit. Tak
sangka pula bosnya pagi-pagi lagi sudah mahu melihat. Mana nak sempat Nurul
menyemak dahulu. Tahulah Encik Zarif ni….. Pantang kalau orang lambat beri apa
yang diminta.
“Saya…..”
“No
more excuses Nurul. Sekarang ni awak ambil balik ni semua. Pergi semak
betul-betul. Dah siap hantar kat saya. I
need it by noon.” Nurul mengutip
semula dokumen tersebut yang bersepah di atas meja bosnya. Ini bukanlah kali
pertama Nurul dimarahi begini. Memang dia selalu menjadi mangsa jika mood
Zarif tidak baik. Pekakkan telinga sajalah Nurul.
“Aduh. Entah siapalah ni yang
rosakkan mood bos aku pagi-pagi ni.” Nurul mengadu pada Siti yang lalu
di situ.
“Sabar jelah. Kan kau dah biasa
dengan perangai dia tu.” Ditepuk-tepuk bahu Nurul supaya bersabar.
“Memanglah dah biasa, tapi
kadang-kadang angin gak aku. Marah kat orang lain, aku yang kena. Dah sah-sah
dokumen ni aku belum semak balik. Dia pun semalam kata nak esok petang.
Tiba-tiba nak pagi-pagi buta ni.”
Siti sekadar mendengar. Tiada apa
pun yang boleh mereka lakukan dengan bosnya itu. Dia tetap bos mereka. Terima
sajalah Nurul oi.
“Sofea kenapa ni? Dia demam ke?”
Lara menyentuh dahi Sofea. Dia tidak ceria seperti selalu. Terbaring di atas
tilam yang diletakkan di tepi ruang tamu.
“Dia demam Lara. Puas akak telefon
Lara tadi. Tapi tak dapat. Akak dah basahkan badan dia ni. Panas sangat. Lara
bawa pergi jumpa doktor teruslah. Takut dia panas sangat ni.” Telefon di dalam
beg dikeluarkan. Patutlah. Bateri mati. Patutlah dari tadi tidak ada langsung
bunyi dari telefonnya. Selalunya ada sahaja bunyi Whatsapp atau SMS masuk.
“Takpalah, Lara bawa Sofea pergi
klinik dulu. Assalamualaikum kak.” Bergegas Lara mendukung Sofea keluar dari
rumah. Hasmi membantunya meletakkan beg Sofea di bahu. Tuala kecil dibasahkan
dan diletakkan di kepala Sofea. Takut jika panas naik ke kepala. Bahaya untuk
kanak-kanak seperti Sofea.
Zarif keluar dari pejabat sedikit
awal. Malas sebenarnya dia hendak makan malam bersama dengan Zira dan
keluarganya. Ini semua angkara mamanya. Puas mamanya memujuk Zarif siang tadi.
Untuk menemani Puan Sri makan nanti. Dia lemah sikit kalau Puan Sri
mengeluarkan ayat-ayat memujuk. Tidak sampai hati hendak melukakan hatinya.
Takpalah, just makan malam. Dia masih boleh mengelak dari berbincang tentang
dia dan Zira. Selalunya Tan Sri yang akan menyebelahinya. Dia tidak mahu
memaksa anak-anaknya. Dia mahu anak-anaknya memilih jalan hidup mereka sendiri.
Itu sebabnya Carl Naim jadi begitu. Dan kini dia tidak mahu Carl Zarif menjadi
seperti adiknya. Tiada kebahagiaan dalam perkahwinan yang dicari sendiri.
Pingggggggggggg!!
Terjatuh Lara akibat terkejut.
Nyaris dia dilanggar kereta. Entah dari mana kereta datang. Laju. Nasib pemandu
sempat menekan brek. Sofea masih di dalam pelukannya.
“Nak mati sangat ke?! Pergi tempat
lain kalau nak pun. Jangan dekat sini.” berdesing telinga Lara mendengar
perkataan mati. Lancang sungguh mulut pemandu ni. Lara langsung tidak
mengangkat muka. Dari suara Lara dapat agak dia seorang lelaki melayu.
Zarif sudah keluar dari kereta.
Sudahlah hatinya tidak tenteram, ditambah lagi masalah baru sahaja timbul ni.
Pintu kereta ditutup kuat.
Lara masih tidak mahu berkata
apa-apa. Dia perlu segera ke klinik. Kesihatan Sofea lagi penting buat masa
ini. Baru sahaja Lara hendak bangun, dia terhenti. Suara lelaki tersebut sekali
lagi membuatkan dia akan hilang sabar kejap lagi.
“Lain kali… kalau nak lintas tengok
kiri kanan dulu. Jangan pakai redah je. Menyusahkan orang betul!” Zarif masih
tidak puas hati. Kalau terjadi apa-apa tadi, siapa yang hendak jawab. Dia juga.
Nak buat repot polis semua. Leceh.
“Yang encik ni bawak kereta kemain
laju nak pergi mana. Nak pergi mati?!” Lara membalas balik kata-kata Zarif.
Geram dengan setiap kata-kata yang keluar dari mulut lelaki yang baru sahaja
hampir-hampir melanggarnya.
“Awak yang lintas jalan tak tengok
dulu kenapa?!” Bertambah marah si Zarif mendengarnya. Berani betul perempuan ni
menjawab. Berani betul dia menaikkan marah aku.
“Tak nampak ke?. Sini kan kawasan
sekolah!. Mana boleh bawak kereta laju. Kalau tak tahu peraturan jalanraya,
jangan bawak kereta. Menyusahkan orang betul.” Malas Lara hendak bertekak
dengan lelaki tersebut. Dia cuba bangun. Kakinya terasa sakit sangat. Ada darah
mengalir di kakinya.
“Nasiblah perempuan. Kalau lelaki
dah lama aku tumbuk. Darah?. Haa, padan muka.”
“Awak memang……” Lara mengangkat
wajahnya memandang lelaki yang bermulut lancang dihadapannya. Dia mahu melihat
wajah tersebut. Hendak sahaja ditampar mulutnya.
Pandangan mereka bersatu. Kali kedua
mereka bertemu. Masing-masing masih ingat lagi kejadian tempoh hari.
“Owh….. kejap-kejap.” Lara sempat
mengeluarkan duit dari koceknya. Duit kertas dua puluh ringgit. Dicampaknya ke
muka Zarif. Hatinya panas lagi dengan kata-kata kasar Zarif tadi.
“Keep the change.” Lara
berjalan meninggalkan Zarif yang masih terpinga-pinga. Duit dua puluh ringgit
tadi dipungut. Tidak pernah sesiapa pun yang berani membaling duit ke mukanya
seperti tadi. Inilah kali pertama. Memang hatinya tersangat marah. Geram.
Hendak sahaja dilanggar perempuan tu semula. Biar masuk ke dalam longkang.
Mulut pun macam longkang. Sesuai sangatlah tu.
Zarif perasan ada darah melekat di
jalan raya. Darah perempuan tadi. Teruk juga lukanya kalau darah banyak begini.
Terbit pula rasa kesian bila melihat wajah kanak-kanak kecil yang didukung
tadi. Tidak sihat rasanya.
Arghhhhhh… Dia memang patut
dibiarkan sahaja. Mulut takda insurans. Sedap hati je baling duit kat muka aku
yang kacak ni. Biarlah. Padan muka dia.
Stereng kereta dihempuk. Hatinya
masih geram dengan apa yang baru sahaja berlaku tadi. Kelibat perempuan
tersebut sudah hilang. Entah manalah dia pergi. Zarif kembali memandu keretanya
pulang ke rumah dengan perasaan marah. Habis semua kereta dihon supaya memberi
laluan kepada keretanya. Nasiblah kereta BMW X5 yang dipandu. Kalau kereta
kecil, alamat kena hon baliklah.
Terhencut-hencut Lara berjalan.
Kakinya terasa pedih. Cuba ditahan sakitnya. Wajah Sofea dipandang. Ibu takkan
biarkan apa-apa terjadi pada Sofea. Ibu sayang Sofea. Dia tidak sanggup
kehilangan Sofea. Kehilangan orang tersayang untuk kali kedua.
“Dia demam panas ni. Saya masukkan
ubat buntut dulu. Baringkan dia kat katil tu.” Selepas mengambil suhu badan
Sofea, doktor terus mencadangkan supaya ubat segera diberi. Bahaya kepada
kanak-kanak kecil begini. Takut tangkap ke kepala nanti panasnya. Lara
mengangguk lemah. Baru sahaja dia hendak bangun, kakinya terasa amat pedih.
“Ouchhhh.”
“Nurse, ambil dia dan
masukkan ubat. Puan, duduk sini. Saya tengok kaki Puan ni dulu.” Lembut sahaja
suara doktor. Seorang wanita yang masih muda berjaya menjadi seorang doktor.
Hebat betul.
“Luka teruk ni Puan. Kena bersih dan
jahit sikit ni.”
“Sofea?” Dipandangnya Sofea yang
sedang baring di atas katil Tidak bergerak. Lemah sahaja badannya.
“Takpa, Sofea ada dekat situ. Kami
akan jaga dia. Puan tahan sikit ye.” Pedih terasa. Lara terpaksa juga menahan.
Membiarkan doktor membersihkan lukanya. Takut melarat teruk nanti. Kalau dia
sakit nanti, siapa pula yang hendak menjaga Sofea. Dia kena kuat. Lawan sikit
kesakitan tu Lara.
Selepas beberapa minit, akhirnya
selesai juga luka tersebut dijahit. Lega rasanya. Hendak terkencing Lara
menahan sakit. Selepas mengucapkan terima kasih, Lara mendukung Sofea
perlahan-lahan keluar dari bilik doktor. Tidak mahu mengejutkannya. Dia
tertidur tadi selepas ubat buntut dimasukkan.
Balutan di kaki dipandang. Datang
balik geram Lara pada lelaki tadi. Pada Zarif. Dia berharap sangat tidak akan
berjumpa lagi dengan lelaki tadi.
“Zarif, are you okay?” Tan
Sri tiba-tiba menepuk bahu Zarif. Diperlahankan suaranya bertanya bila Puan Sri
rancak berbual dengan Datin Min. Datuk Kamal sedang menjawab panggilan penting
katanya. Dari pembantu peribadinya. Zira pula sedang membalas mesej entah dari
siapa. Kawan mungkin.
“Zarif penat sikit Pa. Lepas makan
ni Zarif naik atas dulu ye.” Tan Sri melemparkan senyuman pada anaknya. Dia
faham yang Zarif tidak suka semua ini. Tetapi bagi Tan Sri, keluarga Datuk
Kamal memang baik dengan mereka. Dan sebenarnya dia juga berkenan dengan Zira.
Sesuai juga dijadikan menantu. Sepadan dilihatnya dengan Zarif.
“Zarif naik atas dulu ye. A bit
tired today.” Zarif bersalaman dengan mereka. Dengan Zira pula Zarif
sekadar menghadiahkan senyuman sahaja dan mengangguk sedikit kepalanya tanda
hormat.
“Kesian Zarif tu. Banyak sangat
kerja kat pejabat la tu. Kan seronok kalau ada isteri. Boleh tolong urutkan
badan tu.” Kata-kata Auntie Min membuat Zarif rasa mual tiba-tiba. Kalau Zira
jadi isteri Zarif sekali pun. Pandai ke dia urut. Ikut suka hati dia je Datin
Min ni. Lagi tidak sabar Zarif hendak masuk ke biliknya. Lebih rela dia duduk
terperuk dalam bilik dari mendengar pujian Auntie Min terhadap anaknya.
Ketika dia melalui bilik adiknya,
Zarif tergerak hati untuk masuk ke dalam. Pintu diketuk. Perlahan-lahan Zarif
membukanya. Dilihatnya Naim sedang tidur di atas katil empuknya. Lampu meja
terpasang. Sayang pada adiknya tidak pernah sedikit pun kurang. Dia sebenarnya
tidak sanggup melihat Naim begitu. Sudah berapa tahun dia terperuk seorang
diri. Adalah sesekali dia keluar dari bilik. Itupun sekadar berlegar di tingkat
atas. Dia sebenarnya masih boleh berjalan dengan sebelah kaki. Tetapi dia tidak
mahu. Dia lebih banyak menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Dan dia juga
tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun.
Masuk sahaja dalam bilik, Zarif
terus merebahkan badan di atas katil besar. Lega rasanya dapat baring.
Merehatkan badannya. Banyak betul perkara yang terjadi hari ini. Tadi di
pejabat dengan masalah pejabat yang tak habis-habis. Petang tadi dengan
perempuan mulut longkang tu. Malam pula dengan keluarga Zira.
Duit dua puluh ringgit tadi
dikeluarkan. Teringat kembali bagaimana beraninya perempuan tersebut membaling
duit ke mukanya.
Arghhhhhh... geramnya......
Lara menekup mulutnya dengan bantal
sebelum menjerit. Tidak mahu Sofea terkejut nanti. Sakit kakinya masih terasa.
Begitu juga dengan hatinya.
Sudah Lara... Lupakan mamat tu. Dulu
masa mula-mula nampak baik je. Ni lain pulak. Ke pelanduk dua serupa. Tak
mungkin. Sebab dia pun ingat akan kes sembilan belas ringgit tu.
Pertemuan kali kedua yang tidak
seperti dijangkakan. Masing-masing memendam perasaan marah terhadap satu sama
lain. Entah ada ke pertemuan ketiga antara mereka nanti.
“Suka saya tengok si Zira tu bang.”
Mereka sudah masuk ke dalam bilik setelah keluarga Datuk Kamal pulang tadi.
“Abang pun sama. Tapi kita tak boleh
nak paksa. Tak nampak ke yang Zarif tu tak berapa suka dengan Zira?” Tan Sri
sudah merebahkan badan di atas tilam.
“Ala abang, bercinta lepas kahwin
lagi je lah. Zarif tu, abang tahulah. Mana nak dengan perempuan-perempuan ni.
Kena paksa jugak ni. Saya ni dah tak sabar nak bercucu. Mesti seronok kan
bang.” Ada betulnya juga kata isterinya. Dia juga teringin hendak menimang
cucu.
“Abang.... Apa kita nak buat dengan
Naim ni? Asyik duduk terperap dalam bilik tu. Nab risau tengok keadaan dia tu.”
Akhirnya Puan Sri meluahkan kerisauan yang dipendam selama ini. Risau dia
melihat Naim. Bukan bertambah baik, bertambah buruk adalah.
“Kita cuba ikhtiar cara lain Nab.
Abang pun dah tak tahu nak buat apa. Kita berserah sahajalah. Berdoa banyak
pada Allah.” Tan Sri juga sudah putus harapan. Sudah berapa tahun Naim begitu.
Dia sendiri yang tidak mahu berubah. Dia sendiri yang mahu kehidupannya begitu.
No comments:
Post a Comment