My corner's visitor

Thursday, October 2, 2014

E-Novel : Cinta Hati Sayang - Bab 13

Kepada semua followers beragama Islam, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Sebelum bercuti panjang, jom baca satu bab lagi CHS ni. Enjoy reading u all........


CINTA HATI SAYANG

BAB 13

            Auntie dah sediakan bilik untuk Lara dengan Sofea. Yang ni bilik Lara.” Puan Sri sendiri yang mahu menunjukkan bilik mereka berdua. Teruja benar Puan Sri dilihatnya.

            “Ini…. Ini bilik saya ke Auntie? Kenapa nak susah-susah Auntie. Saya guna bilik tetamu sahaja kan lagi senang.” Memang tidak dinafikan cantik bilik tersebut dihiasi dengan wallpaper dan perabot moden. Kemas dan teratur.

            “Takpa Lara. Banyak bilik dekat rumah ni. Nanti senang kalau Lara dengan Sofea nak datang sini lagi. Tidur je bilik ni. Jom, kita pergi tengok bilik Sofea pulak. Sofea nak tengok sayang?” Puan Sri merendahkan sedikit badannya untuk mendekati Sofea. Budak kecil itu mengangguk sambil tersenyum. Mestilah dia gembira dapat bilik sendiri.

            Mereka berjalan menuju ke bilik sebelah. Hanya bersebelahan sahaja bilik mereka. Pintu bilik dibuka.

            “Cantiknya……” Sofea yang terlebih dahulu masuk dan melihatnya. Melompat riang dia mendapat biliknya sendiri.

            “Cantik tak sayang? Sofea suka?” Laju sahaja Sofea menganggukkan kepalanya kepada Puan Sri. Dipeluknya Puan Sri dengan erat sekali.

            “Ni biasa je sayang. Nanti bilik Sofea dekat rumah baru lagi cantik. Nenek dah suruh orang buat cantik-cantik tau khas untuk Sofea.” Kata-kata Puan Sri mengingatkan semula pada Lara yang mereka hanya duduk sementara sahaja di sini. Selepas ini mereka akan duduk di rumah berasingan. Hanya mereka berdua sahaja. Bebas dirasakannya.

            “Betul ni nenek?” Kini giliran Puan Sri pula yang mengangguk riang. Seronok dia melihat kegirangan cucunya itu. Diusap lembut pipi Sofea. Pandangannya dilemparkan pula kepada Lara. Mereka membalas senyuman. Masing-masing mahu melihat Sofea gembira.


            “Lara, Auntie tahu Lara risau jika kami ada niat lain atas semua ni. Percayalah, Auntie tiada apa-apa agenda lain selain untuk melihat Sofea membesar dengan sempurna. Auntie tahu Sofea pun dah anggap Lara macam ibu Sofea sendiri.” Puan Sri mengajak Lara minum petang di tepi kolam renang. Sofea pula sedang tidur di dalam bilik barunya. Nyenyak betul Sofea tidur.

            “Tolong jangan pisahkan kami Auntie. Sofea segala-galanya buat Lara. Hanya dia yang Lara ada dekat dunia ni. Lara dah takda siapa-siapa.” Lara meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Perasaan takut yang kerap menghantuinya semenjak mereka rapat dengan keluarga Tan Sri.

            “No Lara. Auntie dan Uncle takda niat sampai ke situ pun. Tak terfikir pun Auntie nak pisahkan kamu berdua.” Puan Sri sudah mencapai tangan Lara. Digenggamnya erat. Barulah dia tahu perasaan sebenar Lara. Takut jika mereka merampas Sofea darinya.

            Mereka berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing memahami perasaan seorang ibu walaupun berbeza usia. Entah kenapa perasaan sayang Puan Sri pada Lara semakin mendalam. Dia seperti memahami perasaan seorang perempuan muda yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar membesarkan seorang kanak-kanak yang masih kecil.


            “Zarif, come and join us.” Nampak sahaja kelibat Zarif, Puan Sri terus memanggilnya. Lara yang duduk di sebelah Puan Sri hanya duduk diam. Diteguknya air Nescafe yang sudah siap terhidang. Pandangannya dilemparkan ke kolam renang.

            Zarif mengubah langkah menghampiri mereka berdua.       
  
            “Its okay ma. Zarif nak keluar kejap lepas ni. Nak jumpa kawan.” Walaupun dia sedang bercakap dengan Puan Sri, sempat lagi matanya mengerling pada Lara. Tiada langsung suara keluar dari mulutnya.

            Selepas Zarif beredar dari situ, barulah Lara kembali memandang Puan Sri. Entah kenapa hatinya sakit bila melihat wajah Zarif. Lagipun bukannya mamat tu suka pun tengok muka aku ni. Muka tak cantik macam kekasih dia tu.

            Dia boleh tak tengok langsung muka aku ni. Bertuah punya perempuan. Marah Zarif sendiri.

            Malam itu bermulanya Lara dan Sofea benar-benar tinggal di situ. Mungkin selama seminggu mereka terpaksa tinggal di situ sementara menunggu rumah baru mereka siap. Dan Lara berharap sangat yang dia tidak akan selalu bertemu dengan Zarif. Bukan dia tidak tahu yang Zarif bukannya suka padanya. Entah apa yang dia tidak puas hati lagi dengan Lara.

            “Lara kerja dekat dengan pejabat Zarif kan?” Tan Sri bertanya pada Lara ketika mereka sedang bersarapan sama. Pandangan Tan Sri dialihkan pula pada Zarif bila dilihatnya Lara diam membisu.

            “Zarif?” Zarif terus memandang Lara yang duduk di hadapannya. Tidak langsung Lara mengangkat mukanya. Nasi goreng di dalam pinggan yang dipandang sejak dari tadi.

            “Bolehlah. Takdalah dekat sangat.” Tipu Zarif. Dia tahu niat papanya itu.

            “Kalau macam tu bolehlah Zarif tumpangkan Lara.” Hampir tersembur air di mulut Lara. Nasib dia sempat menahan.

            “Takpalah Uncle. Lara pergi sendiri. Lagipun Lara nak ke tempat lain dulu.” Kini Lara pula yang menipu. Mana mungkin Lara hendak menumpang kereta Zarif. Mati katak dia dalam kereta nanti. Lagipun mahu ke mamat ni tumpangkan aku. Kotor kereta dia nanti.

            “Lara nak ke mana?” Alamak, Puan Sri pulak yang tanya. Cepat Lara. Fikir sesuatu.

            “Lara nak… Lara nak ambil barang dekat rumah Wati.” Dia tiada idea lain selain menggunakan nama Wati. Itu yang terlintas di fikirannya.

            “Takpa, Lara boleh pergi sendiri. Lagipun Lara masuk lambat sikit hari ni.” Sekali lagi Lara terpaksa menipu. Takkanlah dia hendak menyuruh Pak Mat hantarkan pula. Sudah jelas Pak Mat nak kena hantar Tan Sri ke tempat kerja. Lain tempat pulak tu.

            “Lara ada lesen memandu ke?” Tiba-tiba Tan Sri bertanya. Zarif sudah tahu apa yang difikirkan Tan Sri. Dia juga turut memandang Lara sama seperti Tan Sri.

            “Ada, tapi dah lama Lara tak bawa kereta.” Wajah Tan Sri dipandang. Bukan dia tidak perasan Zarif masih memandang padanya. Biarlah dia. Dah Tan Sri tanya, aku jawablah. Merungut Lara dalam hati.

            “Takpa, nanti Uncle suruh Pak Mat ajar.  Nanti boleh Lara bawa kereta sendiri pergi kerja. Lagi senang. Nak minta tolong orang ni payah kadang-kadang.” Lara tahu siapa yang Tan Sri maksudkan. Siapa lagi kalau bukan Zarif. Sedikit terukir senyuman di bibir Lara.

            “Zarif pergi dulu.” Selepas meneguk air sehingga habis, Zarif terus bangun dan bersalaman dengan kedua ibu bapanya. Pandangan tajam dihadiahkan pada Lara saat pandangan mata mereka bersatu hanya untuk beberapa saat.

            Selepas beberapa minit Zarif pergi, Lara pula yang meminta diri. Ada juga Tan Sri mempelawa Lara untuk menaiki kereta bersamanya tetapi ditolak baik. Dia tidak mahu disebabkan dia, Tan Sri terlambat masuk ke pejabat. Lagipun sekarang ni dia tahu dekat mana boleh dapat teksi. Kena berjalan sedikit sahaja ke jalan besar.

            Lara berjalan laju. Dia tidak mahu lewat sampai nanti. Mana pernah dia datang lambat sebelum ini. Rekod bersih dari dulu. Sedang dia berjalan kaki, ada sebuah kereta menghampirinya. Takut juga Lara, mana tahu peragut. Cepat-cepat dipegang kuat beg tangannya.

            Kereta BMW X5 berhenti di hadapannya. Menghalang jalannya. Kereta mamat tu ke? Apa dia buat dekat sini? Bukan dia dah pergi tadi ke? Banyak betul soalan yang bermain dalam fikiran Lara.

            “Masuk cepat.” Tegas betul bunyinya. Hanya tingkap diturunkan sambil menjerit pada Lara. Tiada langsung senyuman dari wajah Zarif. Geram pula Lara melihatnya. Dia ingat aku ni adik dia ke. Nak bagi arahan bagai.

            “Terima kasih je lah.” Kalau tak ikhlas lebih baik tak payah. Bengang Lara dengan perangai Zarif. Macam nak cari gaduh je dia ni. Takda pun aku suruh dia tumpangkan aku. Aku boleh naik teksi pergi kerja. Tak mahu aku terhutang budi nanti. Payah. Lara masih ingat lagi pernah dulu Zarif tumpangkan dia dan Sofea balik ke rumah lama. Nampak jelas yang Zarif terpaksa sahaja atas arahan Puan Sri. Dan kali ini siapa punya arahan pula. Puan Sri dan mungkin juga Tan Sri.

            Lara meneruskan langkahnya. Dibiarkan sahaja Zarif disitu. Sedang Arina berjalan, dirasakan ada seseorang yang mengekorinya. Baru sahaja dia hendak menoleh, dirasakan tangannya dicengkam kuat.

            “Iskh, apa ni? Lepaslah.” Tangan Zarif masih kuat mencengkam lengan Arina. Dibawanya masuk ke dalam kereta. Wajah bengis Zarif jelas kelihatan. Takut pula Lara melihatnya.

            “Pakai seat belt tu.” Arahan tegas lagi. Geram sahaja dirasakan. Hendak sahaja dia membuka pintu kereta dan lari sekuat hatinya. Tapi bila difikirkan, macamlah Zarif ni tak dapat kejar dia. Lengan Lara masih terasa sakit bekas cengkaman Zarif tadi. Takut kalau dia lari nanti, lari teruk Zarif lakukan padanya.

            Lara diam membisu sepanjang perjalanan mereka ke tempat kerja. Langsung tidak dipandangnya Zarif disebelah. Memanjang berdoa supaya cepat sampai. Jalan ke tempat kerjanya dirasakan terlalu jauh kini.

            Kereta berhenti di depan kedai kek tempat Lara bekerja. Entah bilanya sampai pun Lara tidak perasan. Yang ada dalam fikirannya tadi hanya satu. Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan diri jika terjadi apa-apa padanya. Dan kini bersyukur panjang Lara kerana dia selamat sampai.

            “Apasal tak boleh bukak pulak ni.” Perlahan suara Lara tetapi masih jelas di telinga Zarif. Lara masih cuba membuka tali pinggangnya tetapi masih tidak berjaya. Macam mana pula buka ni. Canggih sangat kereta itulah sebabnya.

            “Sini.” Tangan mereka bersentuhan bila Zarif cuba membantu Lara yang masih terkial-kial membukanya. Macam ada aliran elektrik dirasakan. Bukan sahaja Lara tetapi juga Zarif. Cuma masing-masing cuba selindung perasaan tersebut.

            “Terima kasih.” Terpaksa jugalah Lara mengucap terima kasih sebelum dia menutup pintu kereta. Orang berbudi kita berbahasa. Itu yang diajar di sekolah dulu. Tidak kisahlah samada dia ikhlas atau tidak. Yang penting Lara ikhlas berterima kasih tadi.

            “Amboi cik Lara. Kereta BMW sapa pulak yang hantar kau ni.?” Tidak Lara perasan yang Wati juga baru sampai. Terkejut dibuatnya bila tiba-tiba bahunya ditepuk.

            “Mamat tulah.” Lara mengeluarkan kunci kedai yang disimpan di dalam beg tangannya.

            “Si Zarif tu hantar kau tadi? Demam ke apa ni?” Dahi Lara disentuh.

            “Bukan aku yang demam, dia yang demam. Biarlah. Adalah tu Puan Sri atau Tan Sri yang suruh dia hantar aku. Kalau tak, ingat dia nak hantar aku. Jangan haraplah.” Wati mengangguk mendengarnya. Ada betulnya juga kata-kata Lara itu. Tapi betulkah seperti apa yang Lara fikirkan. Atau memang ikhlas Zarif hendak menghantarnya.

            Hari ini jualan di kedai sangat memuaskan. Masing-masing sibuk dari pagi. Melayan pelanggan yang datang.

            “Lara, takpalah. Aku pergi belikan makan kau pulak. Lauk biasa ke?” Wati menawarkan diri untuk membeli makan tengahari mereka. Selalunya Lara yang akan pergi, tetapi hari ini dia sibuk sedikit menyiapkan beberapa tempahan untuk petang nanti.

            “Lauk samalah. Jangan lupa letak sambal belacan tau.” Lara memang suka makan pedas. Lagipun sambal belacan di kedai yang mereka selalu beli ni sedap sangat. Memang kena dengan tekak Lara.

            “Aku nak singgah sini kejap. Nak beli rokok.” Zarif hanya menunggu di luar sementara Badrul masuk ke dalam kedai membeli rokok. Pandangannya melilau ke sana sini. Entah apa yang sedang dicarinya. Ada sesuatu sebenarnya. Pandangannya tiba-tiba tertumpu pada seseorang.

            Kawan Lara. Kedai makan yang selalu Lara beli makan tengaharinya. Dan selalunya dia nampak Lara yang membeli, tetapi hari ini bukan dia, tapi kawannya. Kenapa hati aku ni lain macam pulak ni. Suka hati merekalah siapa pun yang beli. Zarif cuba membuang perasaan pelik tersebut.

            “Jom.” Badrul sudah berdiri di sebelah Zarif. Tidak langsung dia perasan.

            Mereka berjalan pulang ke pejabat. Kenapa insiden pagi tadi asyik bermain di fikirannya.

           
            “Nenek, ibu tak balik lagi ke?” Sofea bertanya pada Puan Sri ketika mereka sama-sama menonton cerita kartun selepas maghrib. Sekarang ini Sofea sudah tidak dihantar ke taska. Puan Sri yang mahu menjaganya sementara menunggu kemasukan ke taska baru.

            “Ibu balik lambat sikit sayang. Ibu ada kerja nak kena siapkan.” Begitulah penjelasan Puan Sri pada cucunya. Memang tadi Lara ada menelefon Puan Sri memberitahu yang dia terpaksa pulang agak lewat sedikit hari ini. Tiba-tiba ada tempahan yang kena disiapkan malam ini juga. Terpaksalah Lara dan Wati menyiapkannya.

            “Patutlah tak nampak langsung Lara dari tadi.” Tan Sri mendekati mereka. Dia baru sahaja mengerjakan sembahyang maghrib.

            “Dia balik macam mana tu? Malam-malam ni. Takpalah, kejap lagi awak telefon dia beritahu yang Pak Mat akan ambil dia.” Tan Sri risaukan keselamatan Lara. Dia masih tidak biasa dengan tempat ni.

            Zarif terdengar perbualan mereka berdua. Dia yang sedang menuruni tangga dari biliknya terus memasang telinga. Patutlah masa dia pulang tadi, masih terang kedai kek tersebut. Maknanya Lara masih ada di situ.

            Baru sahaja Puan Sri hendak menelefon Lara, loceng rumah berbunyi.

            “Lara Tan Sri, Puan Sri.” Mak Jah membuka pintu untuk Lara masuk. Dia yang baru sampai menaiki teksi. Si Sofea yang pertama berlari mendapatkan Lara. Rindu pada ibunya seperti sudah berhari-hari tidak berjumpa.

            Zarif yang berdiri di tepi tangga sempat mengerling pada Lara. Lara pula langsung tidak memandang wajah Zarif. Dia tahu lelaki tersebut memang kedekut dengan senyuman.

            “Lara dah makan?” Puan Sri yang terlebih dahulu bertanya ketika Lara bersalaman dengan mereka.

            “Belum lagi Auntie. Kejap lagilah. Nak pergi mandi dulu. Fea sayang dah makan ke?” Dibawa Sofea ke dalam pelukannya. Erat.

            “Fea tunggu ibu. Nak makan sama ibu.” Tersenyum Lara mendengarnya. Dicium berkali-kali pipi gebu Sofea. Mereka yang lain turut memandang sambil tersenyum. Suka mereka melihat si kecil Sofea berkata-kata. Petah. Zarif sekadar memandang hambar. Tiada perasaan betullah dia ni.

            Selepas membersihkan diri, Lara dan yang lain makan bersama termasuklah Zarif. Segan juga Lara bila semua orang menunggu dia untuk makan bersama, Kalau si Sofea sahaja takpalah juga, ini sekali dengan Tan Sri dan Puan Sri. Zarif juga. Kenapalah dia tak keluar? Makan dekat luar ke? Kan lagi seronok. Tidak kenyang dirasakan setiap kali dia terpaksa makan menghadap Zarif. Ada sahaja yang tidak kena di matanya.
           
           

            

18 comments:

  1. Dah diperbetulkan Abby Sha.. Tq ye kerana memberitahu. Blur kejap.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ptt la..hihi abby pn typo alina plak.. 3 kali ulang baca then eh lara tkr nama ke..

      Delete
  2. Tersilap nama ye..tertulis arina..part masa zarif tumpangkan lara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak perasan. Mood Arina masih ada sisa-sisa lagi ni. Kena ambil masa....

      Delete
  3. main jeling menjeling la pulak si zharif..... dah tergoda ke?

    ReplyDelete
  4. best, masing2 ada rasa tapi dua2 ego.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru seronok sikit kan. Tq sis Rozita Kadiman..

      Delete
  5. TQ hairynn....jgn cuti lama sgt rindu zarif-lana.Zarif tu dlm hati ada taman cuma ego sesangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq to u too Aminatuuz Zahrah... lepas raya ye next bab....

      Delete
  6. Ada lg ..2 tempt nma..arina..hehee..xoe miss writer..mmg x puas bca entry u

    ReplyDelete
  7. First time my kt blog neh dah jatuh cinta teramat . Tk puas baca aiyh . Akak superb laa tlis novel y best .

    ReplyDelete
  8. bile dpt bce entry bru nie..
    xsbo nk tau..

    ReplyDelete
  9. eheheh. ada nama arina pulak

    ReplyDelete