CINTA
HATI SAYANG
BAB
16
“Lara tak turun lagi ke?” Tan Sri bertanya pada Mak Jah ketika dia
sedang menuang air untuk Tan Sri dan yang lain.
“Dia tak sihat Tan Sri. Ada dekat
bilik lagi.” Mak Jah sudah naik ke atas tadi pagi untuk melihat keadaan Lara.
Dia tahu Lara mesti terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi. Memang badannya
sedikit panas tadi pagi.
“Dia tak sihat? Teruk ke dia?” Puan
Sri pula yang bertanya kini. Zarif di sebelah sekadar mendengar. Dia tahu
kejadian yang berlaku malam tadi cuma dia, Mak Jah dan Lara sahaja yang tahu. Tan
Sri dan Puan Sri masih tidak tahu apa yang berlaku pada Lara.
“Dia….” Mak Jah tidak tahu samada
mahu memberitahu mereka tentang malam tadi atau tidak. Ayatnya dibiarkan
tergantung. Dia mahu melihat jika Zarif akan berkata sesuatu.
“Suruh Pak Mat hantar pergi klinik
je nanti. Demam biasa tu.” Zarif terus memotong kata-kata Mak Jah. Tahulah Mak
Jah yang Zarif tidak mahu dia menceritakan pada papa dan mamanya.
“Yelah Kak Jah, nanti suruh Mat bawa
dia ke klinik.” Mak Jah sekadar mengangguk mendengar arahan dari majikannya.
Zarif yang sedang makan sempat mengerling pada Mak Jah. Sekali lagi Mak Jah
terpaksa menyimpan rahsia tersebut dari Tan Sri dan Puan Sri.
Semasa dalam perjalanan ke tempat
kerja, ingatan Zarif masih teringat pada Lara. Risau juga dia dengan keadaan
Lara. Teruk sangat ke demam dia sampai tak pergi kerja? Hendak sahaja dia
berpatah balik melihat sendiri keadaan Lara. Tetapi ego Zarif masih tinggi.
Marahnya pada Lara juga masih kuat. Lara bukan sesiapa dalam dirinya. Tiada
langsung ruang hatinya untuk perempuan bernama Lara Alina.
Kereta dipandu laju. Zarif cuba
melupakan segalanya tentang Lara. Cuba difikirkan akan perkara lain selain dari
kejadian malam tadi.
“Lara okey tak ni? Tan Sri suruh
pergi klinik. Pak Mat ada dekat bawah tunggu.” Lara yang sedang baring tadi
cuba bangun perlahan-lahan. Mak Jah membantu Lara.
“Eh takpalah Mak Jah. Lara bukan
apa-apa pun. Cuma demam terkejut je. Nanti lepas makan panadol okeylah ni. Tak
payahlah susahkan Pak Mat tu nak hantar ke klinik. Sikit je.” Dia tidak mahu ke
klinik. Lagipun tidaklah teruk sangat demamnya. Dia tahu dia cuma terkejut
sedikit pasal malam tadi.
“Betul ni Lara? Kalau nak boleh je
Pak Mat hantarkan. Tak susah mana pun.” Mak Jah mengusap lembut lengan Lara.
Kesian dia melihat wajah Lara. Pucat sedikit.
“Betul Mak Jah. Kalau Lara sakit
sangat nanti baru Lara minta Pak Mat hantar ke klinik ye. Oh Mak Jah, Sofea dah
bangun ke?” Lara sudah turun dari katil. Dia mahu ke bilik Sofea. Budak kecil
tu mesti tidur lagi waktu-waktu begini.
“Lara, okey tak ni?” Puan Sri
tiba-tiba muncul di hadapannya. Dahi Lara disentuh.
“Panas sikit ni. Kita pergi
kliniklah.” Puan Sri cuba memujuk Lara. Mak Jah disebelah Lara diam tidak
berkata apa-apa. Dia tahu apa sebabnya Lara jadi begitu tetapi disebabkan
Zarif, terpaksa Mak Jah mengunci mulutnya dari memberitahu Puan Sri.
“Sikit je Auntie. Nanti
okeylah ni. Lara nak pergi tengok Sofea kat bilik dia kejap.” Dia melemparkan
senyuman supaya Puan Sri tidak risau lagi dengannya. Perlahan-lahan dia
berjalan keluar. Kalau dulu dia demam begini, digagahkan juga untuk membuat
kerja. Dia tidak mahu memanjakan sangat badannya. Kalau betul-betul dia sudah
tidak tahan barulah dia akan berjumpa doktor. Apa tidaknya, bagi Lara membazir
sahaja duitnya setiap kali ke klinik. Lebih baik dia telan panadol sahaja.
“Jom, Auntie pun nak pergi
tengok budak kecik tu.” Puan Sri membantu Lara berjalan. Dipautnya lengan Lara.
Semasa berjalan ke bilik Sofea, pandangan Lara sempat melihat bilik Naim.
Pintunya tertutup rapat. Teringat semula peristiwa malam tadi. Perasaan takut
kembali menyelubungi dirinya kini.
Semasa mereka keluar semula dari
bilik Sofea, Lara tidak menunggu lama lagi untuk bertanya pada Puan Sri. “Auntie, bila Lara dengan Sofea boleh
pindah dekat rumah tu? Bukan Lara tanya ni sebab Lara tak suka tinggal dekat
sini dengan Auntie dan Uncle, tapi… "
Lara tidak tahu apa alasan yang
boleh diberikan. Dia buntu.
“Auntie faham. Ini semua
sebab Zarif kan.” Puan Sri sudah memberikan alasan yang cukup kuat untuk dia
pindah secepat mungkin dari situ. Ya, Zarif. Kenapalah tidak terfikir tadi
pasal mamat tu.
Lara sekadar mendiamkan diri. Biar
Puan Sri tahu sebab Zarif dia mahu pindah segera. Memang itu salah satu
sebabnya tetapi yang utama adalah Naim. Dia tahu Naim masih tidak dapat
menerimanya. Naim dan Zarif. Sama sahaja mereka berdua.
“Esok kita pergi tengok rumah tu ye.
Kalau okey semua, hari ahad bolehlah Lara dengan Sofea pindah ke sana. Nanti
mesti Auntie rindu dekat kamu berdua.” Kesian juga dia melihat wajah
Puan Sri.
“Takpalah Auntie. Nanti Sofea
masih datang sini. Lara pergi kerja nanti Lara hantar Sofea dekat sini. Balik
kerja baru Lara ambil Sofea. Auntie jangan sedih-sedih okey. Kami tak
lupakan Auntie punya.” Lara mengusap lembut bahu Puan Sri. Kembali
tersenyum Puan Sri mendengar kata-kata Lara itu.
Badan Lara masih lemah. Selepas
makan ubat tadi, Lara tertidur di dalam bilik. Lama juga dia tidur. Buka sahaja
matanya dia terus melihat jam di dinding. Sudah pukul satu petang. Patutlah
perutnya terasa lapar. Pagi tadi dia hanya mengambil sekeping roti sahaja
sebelum menelan ubat. Tiada selera langsung hendak makan apa-apa.
Rasa lega sedikit badan Lara selepas
menelan ubat pagi tadi. Selepas membersihkan diri, dia terus turun ke bawah
dengan perlahan-lahan. Badannya masih lemah. Mungkin kerana terlalu lapar.
Sunyi sepi di bawah. Tidak langsung
dia dengar suara Sofea. Semua sudut di cari. Tiada. Kelibat Puan Sri juga tidak
nampak langsung. Akhir sekali dia ke ruang dapur. Mencari Mak Jah.
“Mak Jah.” Lara memanggil nama Mak
Jah. Berharap dia ada di dapur.
Tiada. Mana pula semua orang pergi
ni. Tertanya-tanya Lara.
“Lara, dah sihat ke?” Suara Mak Jah
kedengaran dari belakang Lara. Cepat-cepat Lara memusingkan badannya menghadap
Mak Jah.
“Okey sikitlah. Sunyi je rumah. Mana
Sofea, Auntie semua. Ni, Mak Jah dari
mana pulak?” Lara sudah melabuhkan punggungnya di kerusi makan yang diletakkan
di dapur.
“Oh, Puan Sri bawa Sofea keluar.
Teman Puan Sri jumpa kawan kejap. Tadi dia nak beritahu Lara, tapi dia tak
sampai hati nak kejutkan Lara. Tengok Lara nyenyak sangat tidur.” Hilang risau
Lara bila mendapat tahu yang Sofea bersama Puan Sri.
“Mak Jah tengah kemas dekat luar ni.
Lara nak makan ke? Mak Jah ada buat bubur tadi. Kejap ye, Mak Jah ambilkan.”
Memang dia sebenarnya mahu makan bubur waktu-waktu begini. Nasiblah Mak Jah
memahami perasaannya.
“Lara makan dulu ye. Mak Jah nak
sambung kemas. Tinggal sikit je lagi tu. Kalau Lara nak apa-apa, Lara jerit je
nama Mak Jah.” Mangkuk bubur diletakkan di depan Lara. Gelas air masak juga
diletakkan di tepi.
“Terima kasih Mak Jah masakkan bubur
ni.”
“Kena terima kasih pada Encik Zarif.
Dia yang telefon Mak Jah tadi suruh masakkan bubur. Memang Mak Jah nak masakkan
bubur untuk Lara, tapi Mak Jah terlupa. Nasiblah dia telefon ingatkan Mak Jah.”
Hampir tersedak Lara mendengarnya. Mamat tu suruh Mak Jah masak bubur untuk
aku? Biar betul dia ni.
“Lara, Mak Jah keluar kejap tau.”
Lara mengangguk sambil menyambung semula suapannya. Baru beberapa suap, Lara
berhenti. Tekaknya tiada selera. Jari jemarinya sibuk memicit dahi. Pening.
Perutnya masih lapar lagi.
“Kenapa tak habis tu?” Terkejut Lara
bila mendengar suara seseorang. Kelihatan Zarif yang sedang berdiri di pintu
dapur sambil memandangnya. Tali leher sudah dilonggarkan. Lengan kemeja sudah
separuh berlipat. Hensem juga mamat ni. Tapi bila ingat perangainya hilang
semua itu di mata Lara.
“Takda selera.” Kenapa pula dia
balik awal sangat hari ni? Ke dia memang balik rumah untuk makan tengahari.
Hendak ditanya mamat ni, memang tidaklah. Jangan harap nak dapat jawapan dari
mulut dia tu.
Lara masih memegang sudu tadi. Dibiarkan
Zarif yang masih berdiri di situ. Dia cuba bertahan. Mana tahu kejap lagi ada
selera semula.
“Mari sini.” Zarif sudah merapati
Lara. Lara pula yang sedikit takut. Apa pulak dia nak buat ni.
Sudu di tangan Lara dicapai. Mangkuk
bubur juga di bawa dekat padanya. Dia nak makan ke bubur ni? Apa pelik mamat
ni. Takkanlah nak makan bekas aku? Lara masih terkebil-kebil melihat Zarif.
“Buka mulut, I suapkan.” Sudu sudah
disuakan ke mulut Lara. Terkejut Lara. Terus terbangun dia dari kerusi.
“Eh, tak payahlah. Takpa-takpa. Saya
dah kenyang pun.” Tidak tentu arah Lara dibuatnya. Dia tidak tahu apa yang
perlu dilakukan sekarang ini.
“Saya naik atas dulu.” Lara tidak
keruan. Lebih baik dia beredar dari situ. Apa pelik si mamat ni? Aku yang demam
ke atau dia yang demam? Terus kenyang perut Lara.
Zarif sekadar memandang Lara dari
tadi sehinggalah dia hilang dari pandangannya. Sebenarnya Zarif juga pelik
dengan perangainya. Apa yang aku buat ni?. Nak suap Lara kenapa? Biarlah dia
nak makan ke tidak.
Zarif memang bercadang untuk pulang
awal hari ni bila mamanya menelefon tadi. Memberitahu yang dia hendak keluar
dengan Sofea ke rumah Datin Min. Zarif risau sekiranya Naim bertindak seperti
malam tadi. Dia tidak mahu tindakan Naim nanti akan merosakkan rancangannya.
Rancangannya terhadap Lara.
“Encik Zarif nak makan ke? Mak Jah
hidangkan.” Mak Jah baru sahaja selesai mengemas di luar. Dia perasan tadi
kereta Zarif masuk perkarangan rumah. Tercari-cari juga si Lara ni. Tadi ada
dekat dapur.
“Mak Jah cari siapa? Lara? Dia dah
naik atas.” Zarif perasan Mak Jah seperti tercari-cari seseorang. Siapa lagi
kalau bukan Lara. Dia seorang sahaja yang ada di dapur tadi.
Iskh, apa kena dengan si mamat tu.
Buang tebiat apa. Nak suap-suap aku kenapa. Aduh, nasiblah lusa aku dah nak
pindah keluar. Lega sikit. Tak payah hari-hari nak nampak muka dia. Sakit
kepala aku dengan dia.
Selepas makan, Zarif naik ke atas bilik. Baru sahaja dia hendak membuka pintu bilik, terdengar pintu bilik Lara dibuka. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Zarif melemparkan senyuman pada Lara. Lara pula masih terpinga-pinga. Langsung tidak dibalasnya senyuman tersebut. Dia terus turun ke bawah tanpa menoleh langsung pada Zarif yang masih memandangnya.
Selepas makan, Zarif naik ke atas bilik. Baru sahaja dia hendak membuka pintu bilik, terdengar pintu bilik Lara dibuka. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Zarif melemparkan senyuman pada Lara. Lara pula masih terpinga-pinga. Langsung tidak dibalasnya senyuman tersebut. Dia terus turun ke bawah tanpa menoleh langsung pada Zarif yang masih memandangnya.
Pelik benar dengan perangai Zarif
ni. Ada hantu dah masuk dalam badan dia ke? Sampai begitu sekali Lara fikirkan.
Lara bosan. Dia tidak tahu hendak
buat apa. Mak Jah pula ada di dalam biliknya. Tidur rasanya. Senyap sahaja.
TV dipasang. Cerita Pretty Woman
yang sedang ditayangkan. Salah satu filem kegemaran Lara. Terus terlupa Lara
pada apa yang berlaku tadi. Dia terlupa yang Zarif ada di atas. Bila-bila masa
dia akan turun ke bawah.
Sedang Lara asyik menonton cerita
tersebut, tiba-tiba Zarif muncul entah dari mana. Dia terus menghempukkan
badannya di atas sofa di sebelah Lara. Aduh…… Dia lagi……
“Tengok cerita apa ni?” Zarif
buat-buat tanya. Bukannya dia tidak tahu cerita Pretty Woman. Sudah
beberapa kali dia menonton cerita tersebut. Naik hafal dengan setiap dialog
yang ada.
“Pretty Woman.” Sepatah yang
ditanya, sepatahlah juga yang dijawab. Malas Lara hendak berbual dengan Zarif.
Baginya tiada faedah pun berbual dengan mamat ni. Hilang terus mood Lara. Baru
dia hendak berangan sambil menonton cerita tersebut. Sibuk betullah si Zarif
ni.
“Eh, nak pergi mana?” Zarif terus
bertanya bila dilihatnya Lara sudah bangun sambil memegang majalah di tangan.
“Saya nak naik atas.” Hilang mood
Lara hendak menonton bila Zarif ada. Pening semula kepalanya.
“Kenapa tak teman I tengok ni…”
Zarif sudah tersenyum memandang Lara. Dia tahu Lara tidak keruan bila dia
berperangai begitu.
“Tengoklah sendiri. Saya penat.”
Lara terus menaiki tangga ke atas. Tidak kuasa dia hendak lama di situ. Buat
sakit hati sahaja. Memang pelik si Zarif ni. Cepatlah pindah dari sini. Lagi
lama dia lihat wajah Zarif, lagi sakit hatinya.
“Esok pagi kita pergi tengok rumah
tu ye.” Puan Sri mengajak Lara dan Tan Sri pergi melihat rumah yang sudah siap
diubah. Sudah siap dihias dengan cantik.
“Ibu ikutkan esok?” Sofea sibuk
bertanya pada Lara. Dia rindu hendak keluar bersama Lara. Sudah lama juga
mereka tidak keluar bersama. Kalau dulu, setiap minggu Lara akan membawa Sofea
berjalan-jalan keluar. Ke taman, ke pasaraya, ke pusat membeli-belah. Ada
sahaja tempat yang mereka pergi bersama.
“Ye sayang. Ibu pergi sekali esok.
Tengok rumah kita nak duduk nanti.” Panjang lebar Lara menjelaskan pada si
kecil itu. Puan Sri dan Tan Sri suka melihat keakraban mereka. Suka mereka
melihat kasih sayang antara mereka walaupun Lara bukanlah ibu kandungnya.
“Uncle pergi sekali?”
Tiba-tiba Sofea bertanya pada Zarif. Masing-masing terkejut. Semua mata
memandang ke arahnya.
“Uncle sibuk. Dia tak pergi
sayang.” Lara dengan pantas menjawabkan untuk Zarif. Memang itu yang dia mahu.
Dia tidak mahu Zarif mengikut mereka esok. Lebih-lebih dengan perangai Zarif
sejak kebelakangan ini. Lain macam sedikit.
Zarif masih berdiam diri. Sesekali
matanya terarah pada Lara yang sedang berbual dengan Sofea. Puan Sri dan Tan
Sri tahu bagaimana penerimaan Zarif terhadap Lara dan juga Sofea. Itu sebabnya
mereka tidak membangkang Lara untuk tinggal di tempat lain. Mungkin itu yang
terbaik untuk mereka berdua.
Selepas makan malam, mereka
sama-sama duduk berbual di tepi kolam renang. Zarif juga turut sama. Dia tidak
banyak bercakap, cuma sibuk memandang Lara. Rimas Lara rasakan. Sesekali Lara
membalas pandangannya. Biarlah. Dia ingat aku takut balas pandangan dia. Setiap
kali selepas mereka bertentangan mata, Zarif akan tersenyum seorang diri. Apa
yang lawak pun tak tahulah. Muka aku ni ada macam badut ke. Asyik nak tersenyum
je. Kalau macam tu janganlah pandang lagi. Takda siapa pun suruh. Arghhhhh…
memang peliklah dia ni.
Hairyn best la bab ni i suke.. hehe zarif u mmg pelik ok..
ReplyDeletehehe.. TQ Abby Sha.... Dia memang pelik sikit...
DeleteSuka sgt jln ceritanya.... :)
ReplyDeleteTQ Ejan Suzani... :)
DeleteZarif nk test Lara lh tue...sy tersenyum sndr bc bab ni....best2..
ReplyDeleteHuhu.... Kita tunggu apa yang terjadi pada mereka berdua nanti okey... TQ Amie Ahmad..
DeleteIisskk..nape zarif tu? Ada plan or tjatuh.....hati dh? Ni wat x sabor nk tau..miss writer..plliiss..nape nape gitu??
ReplyDeleteErmmmmm.. cuba teka apa akan jadi pada Zarif nanti.....Kena terus follow okey....
Deleterasa mcm lama je nk tunggu bab baru ni....kihkihkihkih.....aduhhh geram dgn zarif ni.... dh buat plan berbaik baik dgn lara hanya utk mendera jiwa hati lara .........sakit hati tol ar dgn si zarif ni..... tp kan rasa nya zarif yg terkena sumpahan dia tu kan.........mesti angau giler bila lara dh tak ada dpn mata dia lg............bila naim akn bertemu dgn sofea ni....
ReplyDeletehuhu.... Pelik kan si Zarif ni. Kesian Lara.....Takpe, tunggu apa terjadi pada mereka nanti....
Deletetanpa disedari oleh zarif sendiri..... dia sudah tertarik....
ReplyDeleteCinta datang tanpa diduga sis Rina Rahman....
Deletemakin menarik cite ni
ReplyDeletecpt2 up ye hairynn...tp hrp2 zarif x aniaya lara
Sis Zamzarina, kena terus follow ye kalau nak tahu Zarif akan aniaya Lara atau tidak.... TQ sis...
Deletebest 3x.
ReplyDeleteTq so much baby mio.... :)
Deleterasanya zarif mmg nak kenakan lara tp at last dia yg terkena.padan muka ko zarif...lara tlg jgn percaya zarif. sis nak new entry semakin best
ReplyDeleteErmmm mungkin jugak.... TQ so much dear Aminatuuz Zahrah...
DeleteBestnye sis..cepat la samb lagi..tak sabar nie...mesti zarif yg sengsara nnt..hihihi...pleaseeeeeee samb cpat2 ye...
ReplyDeleteTq so much dear.... Okey, bab seterusnya........
DeleteKalu dh bca 4 kali ni..rsanya mcm tau je rancgn zariff..mesti dia nk suh lara jatuh cinta kat dia..pastu nanti dia akn kecewakn lara..iiiisskkk
ReplyDeleteErmmmm.. mungkin jugak.... :)
DeleteBest
ReplyDelete