As salam dan Hi semua.... Mesti ramai yang rindu dengan Dato' Haris dan Arina kan. Okeylah, ni ada selitkan salah satu bab dalam novel ni khas untuk followers semua. Doakan manuskrip diterima pihak penerbitan okey. TQ....
KAU TETAP MILIKKU
“ Eh, tak payahlah Encik Carliff. Biarkan. Saya dah
panggil orang nak angkat kotak ni.” Arina menolak tangan Carliff dari cuba
mengangkat kotak tersebut. Takkanlah Arina hendak membenarkan tetamu terhormat
mengangkat kotak. Tak pasal-pasal nanti Arina dimarahi. Sah-sahlah dia yang
akan dimarahi nanti. Takkanlah pula nak dimarahi Encik Carliff ni.
“Encik
Carliff… tak payah…” Carliff tetap berdegil mahu mengangkatnya. Bukannya berat
sangat pun. Lagipun apa salahnya dia mengangkat. Bukan jauh pun hendak dihantar
kotak tersebut. Nun di situ sahaja.
Arina
cuba menolak tangan Carliff lagi. Boleh tahan juga degil si Carliff ni. Puas
Arina menghalang niat murni Carliff itu. Entah bagaimana dengan tiba-tiba tangan
mereka bersatu. Carliff tidak sengaja terpegang tangan Arina bilamana Arina
cuba menolak jari jemari Haris dari terus memegang kotak tersebut. Terus
pandangan mereka bersatu. Tidak lama.
“Arina!”
Mereka
sama-sama menoleh ke arah suara tersebut. Terkedu kedua-duanya. Suara Haris
cukup tegas kedengaran. Arina seperti patung bernyawa. Tidak dapat menggerakkan
tubuh badannya. Statik begitu. Dia tidak sedar yang tangannya masih di dalam
genggaman Carliff. Kemas.
Panggg….
Arina
ditampar kuat. Masing-masing terkejut dengan tindakan Haris termasuklah dirinya
sendiri. Terus terduduk Arina sambil mengusap-usap pipinya yang semakin merah
akibat ditampar tadi. Pipinya terasa pedih. Risau Arina jika ada darah yang
keluar dari mulutnya. Berpinar Arina rasakan.
Inilah
kali kedua Haris menampar pipinya. Kali pertama dulu sebelum dia menjadi mangsa
Haris akibat cemburu. Sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri langsung.
Janganlah kali ini juga sama. Cepat-cepat Arina cuba bangun. Dia tidak mahu
sekali lagi pengsan.
“Arina,
are you okay?” Carliff yang terlebih dahulu mendapatkan Arina. Kotak
dicampak ke tepi. Haris pula seperti baru tersedar dari mimpi. Dia masih
berdiri disitu melihat Arina yang terduduk dihadapannya. Benarkah dia menampar
Arina. Perempuan yang paling disayangi. Kenapa laju sangat tangannya dihayunkan
pada wajah Arina. Dipandangnya telapak tangan kanannya yang telah hinggap di
pipi lembut Arina tadi.
“Arina
nak balik.” Perlahan sahaja suara Arina seperti berbisik pada Carliff. Pandangannya
tetap dihalakan ke lantai. Mana mungkin dia hendak melihat wajah Haris selepas
apa yang telah berlaku tadi. Carliff mengangguk sambil membantu Arina bangun.
Beg tangan yang diletakkan di tepi meja dicapai. Haris pula masih berdiri di
situ tidak bergerak-gerak memandang Arina. Mulutnya terasa sungguh berat untuk
berbicara. Kini Haris pula yang seperti patung bernyawa berdiri memerhatikan
mereka sahaja.
Air
mata Arina mengalir keluar semasa melintasi Haris. Sedih sangat bila dirasakan
dirinya tidak dihargai lagi. Sanggup Haris menampar pipinya. Mungkin betul apa
yang disangkakan selama ini yang Haris tidak pernah sayang padanya. Cuma rasa
tanggungjawab sahaja. Jika cemburu pun kenapa sampai hendak menampar kuat
pipinya. Dia tak tahu ke aku ni ada perasaan juga macam orang lain. Suka hati
je nak tampar bagai depan orang lain. Arina benci Haris…….
Haris
masih tidak percaya yang dia telah menampar Arina. Dia sudah berjanji untuk
tidak menyakiti Arina lagi. Arina patut dibelai bukan disakiti. Perasaan
cemburu menghantui diri Haris tadi. Kerana cemburu Arina ditampar kuat. Sekali
lagi Arina disakiti.
“Kak
Nah….” Ditoleh ke belakang bila namanya dipanggil. Dipandangnya Arina dan
kemudian Carliff bila kedua-duanya diam membisu.
Belum
sempat Arina memberitahu, Carliff terus memotong. “Hasnah, I hantar Arina
balik. She’s not feeling well.”
Hasnah
perasan pipi Arina merah. Seperti baru sahaja ditampar. Persoalannya siapa yang
menampar Arina. Carliff? Mungkin tidak? Takkanlah Dato’ Haris. Mungkin juga
dia. Sebab apa? Cemburu melihat mereka berdua ke?. Cinta tiga segi ke ni. Aduh
Arina. Kesian dia.
Hasnah
meminta izin Carliff untuk membawa Arina ke tepi. Ditariknya tangan Arina menghampiri
dinding. “Arina, cuba cakap dengan akak siapa yang buat Arina ni. Jangan ingat
akak tak nampak merah ni ye.” Sesekali Hasnah mengerling Carliff yang masih
berdiri di situ. Suaranya diperlahankan. Tidak mahu Carliff atau sesiapa pun
mendengar. Bahu Arina disentuh lembut.
Arina
serba salah hendak memberitahu. Dia tidak mahu memperbesar-besarkan hal
tersebut. Keprihatinan Hasnah kepadanya membuatkan hatinya bertambah sayu.
Tahan Arina. Jangan menangis dekat sini.
“Kak
Nah, jangan risaulah. Ada masalah sikit je tadi. Salah Arina pun. Kak Nah
jangan beritahu sesiapa pun ye. Tu haa, ada orang panggil tu. Saya balik dulu
ye kak. Maaf tak dapat tolong sampai habis majlis.” Ditepuk-tepuk bahu Arina
tanda mengerti. Dia sebenarnya kesian melihat Arina. Menjadi rebutan dua jejaka
bukanlah seronok sebenarnya. Lihatlah apa yang terjadi pada Arina.
Pada
mulanya Arina berat hati juga hendak meninggalkan majlis tersebut. Tetapi
Carliff yang beria-ia menyuruh Arina balik sahaja. Kesian dia melihat keadaan
Arina. Bukannya perlahan dia ditampar tadi. Kuat. Lebih-lebih lagi ditampar
dengan tangan sasa seorang lelaki yang bernama Haris. Nasib jugalah Arina tidak
pengsan di situ. Jika tidak, masak juga Haris hendak menjelaskan segalanya.
“Encik
Carliff, takpa… Arina boleh drive
sendiri.” Arina menolak baik pelawaan Carliff untuk menghantarnya pulang. Dia
mahu bersendirian. Dia mahu cepat-cepat meninggalkan semua orang di sana
terutamanya Haris dan Carliff.
“Arina….”
Carliff masih mendesak. Tidak sanggup dia meninggalkan wanita kesayangannya
seorang diri. Berat hatinya membenarkan Arina memandu seorang diri.
“Encik
Carliff, tolonglah. Jangan merumitkan lagi keadaan.” Dibukanya pintu kereta.
Dia tidak kisah dengan perasaan Carliff. Yang dia tahu dia mahu berseorangan
sekarang ini. Masuk sahaja dalam kereta, air mata Arina kembali mengalir. Puas
dia cuba menahan diri tadi. Dia perlu cepat-cepat meninggalkan tempat tersebut.
Carliff masih berdiri di situ walaupun kereta Arina sudah lama hilang dari
pandangannya. Rasa bersalah juga timbul dalam hati Carliff. Sebab dia, Arina
ditampar. Dia tidak patut ditampar. Siapa Haris untuk menampar Arina sebegitu.
Carliff
kembali ke tempat duduknya. Bayang Haris tidak kelihatan langsung. Dia pergi
mencari Arina ke. Risau juga Carliff jika benar Haris pergi memujuk Arina.
“Where’s Haris?” Carliff perlu tahu
dimana Haris berada sekarang. Ditanyanya pada Dato’ Mahizan yang duduk
disebelahnya. Majlis sebenarnya sudah hampir selesai. Sebentar lagi
masing-masing akan beredar meninggalkan dewan.
“He’s
not feeling well. Dia dah balik.” Haris ada memberitahu mamanya tadi yang
dia hendak pulang awal kerana tidak berapa sihat. Haris meminta pemandu mamanya
untuk menghantarnya pulang ke kondo. Dia mahu bersendirian di situ. Oh tidak…..
jangan Haris pergi memujuk Arina. Dia tidak sanggup jika Arina disakiti lagi.
Sampai
di rumah, Arina terus masuk ke dalam biliknya. Dia tidak mahu kawan-kawannya
nampak bekas tampar di pipinya. Setiap kali melihat pipinya di cermin, Arina
akan menangis. Teringat-ingat saat Haris menamparnya tadi. Wajah bengis Haris
jelas kelihatan. Memang Haris berubah sangat tadi. Entah apa akan terjadi
padanya jika Carliff tiada di situ tadi. Mungkinkah dia akan dipukul? Ataupun
di perkosa sekali lagi.
Haris
pula tidak tenang langsung bila berada di rumahnya. Fikirannya asyik teringat
pada Arina. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia sanggup menampar pipi lembut
Arina tadi. Semuanya berlaku dengan pantas. Haris tidak dapat berfikir panjang
ketika itu bila ternampak tangan Arina berada dalam genggaman lelaki lain. You
are mine Arina! You are!....
Puas Haris cuba menenangkan hatinya tetapi tidak boleh.
Arina perlu dihubungi. Dicapainya telefon yang diletakkan di atas meja. Nombor
Arina didail. Tiada langsung deringan. Telefon Arina dimatikan barangkali.
Sampai
sahaja di rumah, Carliff terus membawa keretanya menuju ke rumah Arina. Dia
risau jika terjadi apa-apa pada Arina. Sangkanya Haris berjumpa dengan Arina.
Tetapi bila dia tiba di sana, tiada kereta Haris. Kereta Arina pula elok
terparkir di dalam. Maknanya Arina selamat sampai. Itu yang paling penting
baginya. Carliff tahu Arina perlu diberi ruang sendiri. Dia tidak mahu diganggu
buat masa sekarang. Carliff berlalu pergi setelah dirasakan Arina selamat di
situ.
“Kak
Nah… Arina tak sihat hari ni. Arina ambik cuti sakit ye.” Memang Arina tidak
sihat. Kepalanya berdenyut-denyut dari malam tadi. Bukannya dia tidur lena pun
malam tadi. Ada sahaja benda yang difikirkannya.
“Ada
apa-apa yang Kak Nah boleh tolong ke? Kalau ada apa-apa masalah beritahu Kak
Nah. Arina ada masalah dengan Dato’ Haris atau Encik Carliff ke?” Hasnah
seperti boleh menghidu perbalahan yang berlaku antara mereka bertiga. Dia tahu
mesti Arina pulang awal malam tadi ada sangkut paut dengan dua orang lelaki
tersebut. Dan kuat nalurinya mengatakan Haris yang menampar Arina malam tadi
dan bukan Carliff.
“Taklah
Kak Nah. Arina letih rasanya. Tak cukup rehat.” Arina masih mahu menyembunyikan
masalah yang dihadapinya. Dia tidak mahu Hasnah terlepas cakap pada Dato’
Mahizan. Nanti lain pula yang terjadi. Dia tidak mahu masalah lain yang timbul
nanti.
Haris
ada menghubungi Arina dari pagi tadi tetapi langsung tidak dijawabnya. Hatinya
terasa sakit sangat dengan perbuatan Haris padanya malam tadi. Masih terasa
bahang dipipinya. Memang juga salahnya kerana kebetulan Haris ternampak
tangannya dalam genggaman Carliff. Tetapi itu tidak memadai untuk dia ditampar.
Haris juga patut ditampar kerana bermesra dengan orang lain. Ketawa
bersama-sama. Keadaan mereka yang amat rapat membuatkan Arina sakit hati.
“Panggil
Arina masuk.” Dato’ Mahizan masih tidak tahu yang Arina mengambil cuti sakit
hari ini.
“Dia mc hari ni Dato’. Tak berapa sihat.”
Dato’ Mahizan berhenti menulis bila mendengar yang Arina cuti sakit hari ini.
“Dia
sakit apa Hasnah?” tanya Dato Mahizan pada Hasnah yang sedang duduk di
hadapannya.
“Sakit
kepala katanya. Malam tadi pun dia balik awal sebab tak sihat..” Haris pun
balik awal malam tadi. Mereka balik bersama ke. Fikir Dato’ Mahizan sendiri.
Hasnah pula tidak mahu Dato’ Mahizan tahu tentang hal malam tadi. Nanti berpanjangan
pula masalah Arina tu. Biarlah Arina selesaikan sendiri jika itu yang dia
mahukan.
Tuk
tuk tuk….
Baru
sahaja Arina hendak berbaring di atas sofa, bunyi ketukan di pintu. Arina
melangkah ke pintu untuk membukanya.
“Arina….”
Buka sahaja pintu wajah Haris yang dilihatnya. Berdiri sambil memegang sejambak
bunga.
Arina
memang tiada mood untuk berjumpa
dengan sesiapa pun termasuklah Haris. Dia berkira-kira untuk menutup semula
pintu. Malas hendak berhadapan dengan Haris. Belum sempat pintu ditutup rapat,
tangan Haris lagi cepat menahan. Ditolak pintu semula. Memang tak faham bahasa
la mamat seorang ni. Arina memeluk tubuh. Tidak tahu apa yang patut dia buat
sekarang ini.
“Arina,
please… I minta maaf kerana berkasar dengan you malam tadi. I’m
really sorry sayang.” Arina masih tidak memandang wajah Haris. Dia takut
jika dia melihat Haris, hatinya akan berubah.
Kata-kata
Arina membuatkan Haris hilang pertimbangan sekali lagi. “Haris, lepaskan Arina.
Kita buat haluan masing-masing. Kita memang tak sepadan.”
“Kenapa
Arina?. You dah ada pengganti bukan. You memang sukakan Carliff kan. Is that
true Arina?” Hati Haris semakin panas.
Arina
membalas kata-kata Haris itu dengan nada sedikit tinggi walaupun hakikatnya dia
terlalu sedih bila dituduh sebegitu. “Dan Haris sukakan Farah bukan. Pernah ke
Haris fikir pasal perasaan Arina selama ini. Haris keluar dengan perempuan lain
takpa. Arina keluar dengan lelaki lain Haris marah.”
“Stop
it Arina. Now we are talking about you, not me.” Haris sedikit geram bila
Arina cuba mengubah topik. Dia pula yang dipersalahkan.
“Haris
nak apa lagi?. Haris dah lupa ke apa yang Haris dah buat pada Arina. Haris dah
lupa yang Haris dah rogol Arina. Haris dah hancurkan hidup Arina. Haris tak
pernah sayangkan Arinakan. Cuma rasa tanggungjawab sebagai seorang suami bukan.
Dan sekarang Haris nak Arina terima Haris macam tu je.” Arina masih cuba
menahan marah. Entah kenapa hatinya terlalu sensitif sekarang ini.
“Arina!.
Susah sangat ke nak faham yang I sayangkan you more than anything. Susah
sangat ke Arina!” Haris juga sudah tidak dapat menahan marahnya. Dia tidak
faham kenapa Arina masih tidak dapat melihat yang dia ikhlas menyayanginya.
“Tak!..
Arina tak faham. Tolonglah Haris. Jangan ganggu Arina.” Arina tidak mahu
menjadi beban lagi pada Haris. Dia tidak sanggup lagi menipu Dato’ Mahizan dan
semua orang tentang hubungan mereka. Dia juga tidak faham kenapa Haris masih
tidak mahu berterus terang dengan mamanya. Itu sebabnya Arina membuat andaian
sendiri yang Haris memang tidak serius dengannya. Sampai bila mereka harus
begini. Arina perlu meneruskan hidupnya. Dia inginkan sebuah keluarga yang
sempurna. Biar semua orang tahu yang dia sudah berkahwin dan mempunyai suami
yang sangat disayangi. Dia tidak nampak semua itu bila dia masih bersama Haris
sekarang.
“As
your wish Arina.” Haris mencampakkan bunga yang dibawanya tadi di dalam
tong sampah di luar rumah sebelum dia masuk ke kereta dan meninggalkan Arina.
Langsung tidak dipandangnya Arina sebelum berlalu. Arina cuma memerhatikan
sahaja Haris berlalu pergi. Tiba-tiba air matanya mengalir keluar. Dia sendiri
tidak tahu samada itu adalah air mata gembira atau sedih. Biarlah Haris.
Mungkin ini adalah yang terbaik untuk mereka.
Sehingga
ke malam tiada langsung panggilan atau mesej dari Haris. Hanya Carliff sahaja
yang menghubunginya siang tadi bertanyakan khabar. Mungkin Haris sudah cuba
melupakannya. Arina tahu dia telah membuatkan Haris terlalu marah tadi. Tapi
rasanya memang benar apa yang diperkatakan Arina. Sudah tiba masanya mereka
berpisah.
alaaaaa dua dua ngajuk.. acaner tu
ReplyDeleteRindunyaaaa....lma bk wait novel ninkliar...tq sis..
ReplyDeleteBest....hilang rindu tapi gaduh pulak..huhuhu anyway TQ Sis Hairynn...Tak sabar nak tggu novel ni keluar.Ada gud news tak sis??!??
ReplyDeleteSis lame lagi ke nk tunggu diterbitkan....
ReplyDeleteFina
Best.......bila lagi nak buat 'Majikanku Sayangku'punya episode...hehhehe
ReplyDeleteBile nak keluar ni novel ni..
ReplyDeletetak sabar nak penggang novel ni
cik penulis buat lah je jualan e-book cam si penulis siti sarah tu dia jualan melalui e-book je ada pun sambutan pembaca. setakat ini setiap kali ebook dia pasti saya order, senang pe baca dari email (pdf). Lagi pun ada setengah pembaca suka beli online tapi x suka beli buku cetak cam saya. Cuba lah sy rasa boleh tambah pendapatan sampingan cam penulis siti sarah tu.
ReplyDeletealahai.....
ReplyDeletedah merajuk kedua-dua
Best2...xsbrnye tggu novel ni...apa2 pn tq puan penulis..hihi
ReplyDeletetq hairynn...terubat rindu kat cite ni...
ReplyDeleteharap2 cpt le blh peluk novel awak ye...
Sis hairynn ada news tak bila novel ni nak diterbitkan. Cant wait anymore...rindu harith & arina.
ReplyDeleteTak ada sambungan ke e-novel ni?
ReplyDeletehaii do you have e-book for this novel? if have please let me know
ReplyDelete