CINTA
HATI SAYANG
BAB
15
TV ditutup. Zarif bangun dari tempat duduknya. Kenapa berat sangat
kakinya mahu melangkah. Dipandangnya Lara yang masih nyenyak tidur. Kenapa aku
perlu hiraukan dia. Biarlah dia tidur di situ sampai esok pagi. Bukan masalah
aku pun. Zarif terus naik ke atas. Masuk ke dalam biliknya.
Lara mencium Sofea sebelum turun ke
bawah. Dia hendak bersarapan dulu sebelum ke tempat kerja. Pintu bilik Sofea
ditutup. Langkahnya terus menuju ke ruang dapur bila dilihatnya masih tiada
sesiapa pun lagi yang turun. Hari ini Lara turun sedikit awal dari biasa. Malam
tadi dirasakan tidurnya nyenyak sekali. Terjaga hanya pagi tadi. Tiada gangguan
langsung malam tadi.
“Mak Jah!” Lara mengejutkan Mak Jah
yang sedang membasuh pinggan. Nasiblah tidak dicurahnya air pada Lara. Mengurut
dada Mak Jah akibat terkejut.
“Aduh Lara. Buat Mak Jah
terkejutlah. Boleh kena serangan jantung kalau hari-hari macam ni.” Membebel
Mak Jah pada Lara. Lara pula sekadar tersenyum meminta ampun. Ketawa dia
melihat wajah terkejut Mak Jah tadi.
“Yang lain belum turun lagi. Lara
nak makan dulu ke?” Mak Jah mengelap tangannya yang basah. Dia kemudiannya
berpaling pada Lara.
“Eh takpalah Mak Jah. Lara tunggu
yang lain turun. Ada apa-apa yang nak tolong ke?” Lara sentiasa ringan tulang
membantu Mak Jah. Dia tidak kisah pun membantu Mak Jah. Bukannya dia tidak
biasa buat kerja-kerja rumah ni. Mak Jah pula yang segan. Bukan apa, dia sudah
diberikan seorang pembantu dari Indonesia. Tugasnya membantu Mak Jah mengemas
rumah. Jadi ringanlah sedikit tugas Mak Jah. Mana larat dia mengemas rumah
besar ni seorang diri. Lagipun bagi Mak Jah, Lara adalah tetamu di rumah
tersebut. Marah pula Tan Sri dan Puan Sri kalau mereka dapat tahu yang Lara
membantu Mak Jah.
“Takda apa-apa. Semua dah beres. Ni
Mak Jah nak tanya ni… Semalam seronok ke kena dukung naik atas?” Lara yang baru
hendak duduk terus terbatal niatnya. Salah dengar ke dia. Didekati Mak Jah yang
sedang berdiri di tepi sinki.
“Apa Mak Jah cakap tadi? Kena
dukung? Siapa… Lara ke?” Lara memang tidak faham maksud Mak Jah itu. Apa yang
berlaku sebenarnya malam tadi. Pagi tadi dia elok sahaja bangun dari katil.
Katilnya sendiri. Malam tadi……
“Malam tadi…..Lara…..” Satu-satu
perkataan keluar dari mulutnya. Payahnya hendak keluar kata-kata.
“Mak Jah!. Apa yang berlaku malam
tadi?” Sekarang baru Lara ingat. Dia masih ingat yang dia sedang menonton
rancangan American Next Top Model
malam tadi. Selepas itu dia tidak ingat apa-apa. Sedar-sedar pagi tadi, dia
sudah ada di dalam biliknya.
“Ala Lara, malu-malu pulak. Mak Jah
nampaklah.” Mak Jah sibuk mengambil pinggan mangkuk yang sudah dibasuh tadi.
Hendak diletakkan di tempat kering. Lara pula dari tadi mengekori Mak Jah
kemana sahaja dia pergi selagi tidak mendapat jawapan.
“Iskh Mak Jah ni. Beritahulah.
Nampak apa? Lara ada buat benda pelik ke malam tadi? Ala, malunya.” Lara memang
tidak ingat apa-apa. Yang Mak Jah ni pun satu. Ceritalah cepat. Buat orang makin
gelisah sahaja. Malunya kalau dia ada buat benda yang tidak senonoh. Mana
hendak diletakkan mukanya.
“Mak Jah nampak Encik Zarif tu…”
Kata-kata Mak Jah terhenti bila terdengar suara Tan Sri dan Puan Sri di ruang
makan.
“Nantilah Mak Jah cerita.” Sempat
Mak Jah mencubit pipi Lara semasa melintasinya.
“Mak Jah!” Hampir menjerit Lara
memanggil Mak Jah. Zarif buat apa dekat aku? Dia dukung aku ke? Habis tu aku
ada buat benda lain ke pada dia? Aduh Mak Jah….. Buat orang pening betullah.
Semakin gelisah Lara bila nama Zarif disebut.
Lara berjalan ke ruang makan.
Dilihatnya Tan Sri, Puan Sri dan juga Zarif sedang duduk di meja.
“Good morning Lara. Jom
sarapan sama.” Tan Sri yang mula-mula menegur Lara bila melihat gadis itu
berjalan menghampiri mereka.
“Good morning Uncle, Auntie.”
Wajah Tan Sri dan Puan Sri dipandang. Senyuman diberikan. Dipandang
perlahan-lahan si Zarif yang duduk di hadapannya.
Lega Lara. Dia tidak pandang pun
pada Lara. Sibuk menikmati mi goreng sedap Mak Jah sahaja. Langsung tidak
diangkat mukanya. Betul ke apa yang Mak Jah cakap tadi. Lelaki ni yang dukung
aku bawa masuk bilik malam tadi. Baiknya hati dia. Tapi tak mungkinlah. Nak
tengok aku pun dia tak mahu. Inikan pula nak sentuh, nak dukung aku.
“Lara, termenung apa tu? Makan
sayang, sejuk nanti.” Tersedar Lara bila Puan Sri menegurnya. Malunya ditangkap
ketika sedang termenung. Lebih memalukan bila tiba-tiba Zarif mengangkat
wajahnya tepat memandang Lara. Macam pesalah pula dirasakan. Semua yang dibuat
tidak kena. Tenang Lara tenang. Kau dah kenapa ni……
Pagi itu Lara menjadi orang pertama
yang keluar. Semasa dia bersalaman dengan
Tan Sri dan Puan Sri, Zarif masih menghirup air dalam cawannya. Tidak
langsung dia mengendahkan Lara.
Bagi Lara lebih bagus dia begitu.
Maknanya bukan dialah yang dukung aku malam tadi. Ala, Mak Jah ni mesti nak
buat-buat cerita. Nak rapatkan aku dengan Zarif kot. Tak berjayalah Mak Jah oi.
Ini Lara lah. Mana boleh terpikat dengan lelaki macam tu. Lagipun mustahillah
si Zarif tu nak dukung aku. Baik dia dukung girlfriend
cantik dia tu. Lagi bagus.
Turun sahaja dari teksi terus Lara
ke gerai yang selalu dia beli nasi lemak. Gerai berdekatan dengan bangunan
Kalam Holdings. Itulah Lara. Tadi ada makanan dekat rumah tak mahu makan. Malu
konon. Kan dah lapar sekarang.
“Bad, Rabu minggu depan kita ada meeting dekat pejabat papa. Nak discuss more about Penang project.”
Zarif menemani Badrul bersarapan. Mereka sedang berjalan ke kedai yang selalu
mereka kunjungi setiap pagi.
“Okay,
not a problem boss.” Badrul suka mengusik kawannya. Dia tahu Zarif tidak
suka dipanggil bos. Nampak tua sangat katanya.
Ketika melalui gerai nasi lemak
tadi, Zarif ternampak Lara sedang membeli. Apa yang sedap sangat dengan nasi
lemak dekat sini pun tak tahulah. Gerai buruk je pun. Zarif memang begitu. Dia
memang cerewet sedikit dengan tempat-tempat makan ni. Dia sanggup menahan lapar
dari beli di gerai-gerai begini.
“Itu bukan Lara ke?” Badrul juga
perasan akan Lara di situ. Bahu Zarif ditepuk.
“Dialah tu. Sapa lagi.” Zarif cuba
untuk tidak memandang Lara. Tetapi matanya terlalu degil. Sibuk hendak melihat
Lara walaupun sekejap.
“Yelah cakap pasal Lara… macam mana
dia dekat sana?. Maksud aku, kau okey ke selama dia tinggal dekat situ. Ada
dalam lima hari dah kan?” Badrul sibuk bertanya pasal Lara pada Zarif.
“Aku jarang jumpa dialah. Jumpa pun
masa makan je. Kau tahukan papa macam mana. Kalau dia ada dekat rumah, semua
orang dalam rumah tu mesti makan sama.” Tan Sri memang menekankan soal
tersebut. Dia memang suka berhimpun anak beranak ketika makan. Dengan cara itu
boleh mengeratkan lagi hubungan mereka.
“Kau tak tanya dia ke, dia dah ada boyfriend
belum.” Terhenti langkah Zarif bila mendengarnya.
“What?! Kau nak suruh aku
tanya dia? Memang tidaklah. Apa kata kau sendiri tanya dia.” Ketawa Badrul
dengan kata-kata Zarif. Kalau suatu hari nanti kau terpikat dengan dia, memang
akulah orang pertama yang akan ketawakan kau Zarif.
“Lara, Auntie nak keluar
dengan Uncle kejap lagi. Lara dengan Sofea makanlah nanti. Jangan tunggu
Auntie. Kami makan dekat luar. Tak tahu balik pukul berapa lagi.” Lara
sekadar mengangguk mendengarnya.
“Oh ye, rumah baru tu dah siap.
Nanti kita pergi tengok okey.” Sekali lagi Lara mengangguk. Kali ini dengan
senyuman lebar. Maknanya lepas ni dia tidak akan jarang berjumpa dengan mamat
tu. Oh, indahnya dunia aku lepas ni.
Sudah beberapa kali niat Lara untuk
bertanyakan pada Puan Sri terbatal. Entah bilalah dia boleh berjumpa dengan
Naim. Dia mahu melihat keadaan Naim dengan matanya sendiri. Mak Jah ada
memberitahunya yang Naim kini tidak boleh berjalan. Dia terpaksa menggunakan
kerusi roda jika hendak kemana-mana. Naim sebenarnya masih boleh sembuh seperti
biasa, tetapi dia sendiri yang tidak mahu. Asyik hendak menyalahkan bekas
isterinya itu. Semangatnya sudah hilang. Kekuatannya juga hilang bersama-sama
Hana.
Kini hanya tinggal Lara dan Sofea di
rumah tersebut. Mak Jah dan pembantunya sibuk mengemas stor. Puas Lara cuba
hendak membantu tetapi dihalang Mak Jah. Disuruhnya berehat sahaja bersama
Sofea.
Selepas makan malam, Sofea dan Lara
masuk ke dalam bilik. Siang tadi Sofea sibuk bermain dengan Puan Sri. Tidak
langsung mahu tidur. Apa tidaknya, Puan Sri baru membeli patung Barbie
untuk Sofea. Satu set lengkap dengan perhiasan bagai. Bukan main seronok Sofea
bermain dengan anak patung barunya. Memang hilanglah rasa ngantuk Sofea. Puan
Sri pun sibuk melayan kerenah si Sofea. Hilang rasa bosan Puan Sri selama ini.
Telatah comel Sofea sentiasa membuatkan Puan Sri gembira.
Lara berbaring di sebelah Sofea.
Menidurkan anak kecil yang paling disayangi dalam hidupnya. Sempat lagi Lara
bercerita pada Sofea. Cerita si Tanggang. Dongeng rakyat yang terkenal. Selepas
beberapa minit, barulah Sofea tertidur. Perlahan-lahan Lara bangun dari
pembaringan. Dia mengutip permainan Sofea yang bersepah di lantai. Disimpan di
dalam bakul di tepi katil. Lampu bilik ditutup sebelum dia keluar dari bilik.
Awal lagi ni. Mata pun masih belum mengantuk.
Lara melangkah menuju ke tangga untuk ke bawah. Mahu melihat jika Mak Jah
perlukan apa-apa pertolongan lagi.
“Siapa kau?” terkejut Lara bila
terdengar suara seseorang di suatu sudut. Berdebar-debar jantung Lara. Kasar
sungguh suaranya. Bukan Zarif. Sebab dia kenal dengan suara Zarif walaupun
jarang mereka bercakap. Tapi suara tersebut datang dari arah bilik Zarif.
“Saya…… Saya…..” Terketar-ketar
suara Lara. Dia tidak dapat melihat siapa yang sedang bercakap dengannya. Cahaya
suram di sudut tersebut membuatkan Lara sukar melihat gerangan yang bercakap
tadi. Hanya nampak bayang-bayang sahaja.
“Siapa kau?!” Masih ditanya soalan
yang sama.
Lara nampak ada sesuatu yang
bergerak ke arahnya. Semakin menghampirinya. Entah kenapa kakinya seperti tidak
dapat bergerak. Keras di situ. Hendak sahaja dia masuk semula ke dalam bilik
Sofea. Tetapi tidak terdaya.
“Hana ke?!” Hana? Entah-entah lelaki
ni abang Naim. Tekaan Lara. Siapa lagi yang tahu nama tersebut selain orang
dalam rumah ni. Kalau bukan Zarif mesti Naim ni.
“Kau pergi mana selama ni?! Kenapa
tak datang cari aku?” Lara sudah dapat melihat wajah Naim dengan jelas. Tidak
berubah sangat wajahnya. Cuma wajahnya kelihatan sugul, lemah, tidak bermaya.
Semakin kurus. Cengkung.
Lara rasa tidak sedap hati. Dia tahu
Naim amat marahkan kakaknya. Dan sekarang ini dia ingat Lara adalah Hana. Takut
jika diapa-apakan.
Lara semakin berundur bila Naim
semakin mendekatinya. Wajah Naim tidak seperti dulu. Semakin bengis dilihatnya.
Seperti ada perasaan marah dalam hatinya. Takut Lara melihat cara Naim
merenungnya.
“Naim!” Tersentak Lara mendengar
jeritan tersebut. Zarif datang tepat pada masanya. Dia cuba menghalang Naim
menghampiri Lara. Terus dia mendapatkan Lara.
Lara sudah tidak kisah siapa yang
dipeluknya. Yang pasti dia memang takut sekarang ini. Jantungnya berdegup
sangat laju. Sepantas pelumba lari.
“Naim, stop it. Dia bukan
Hana. Hana dah takda. You faham tak Naim?!” tangan Lara masih kemas dalam
genggaman Zarif. Dan Lara masih berdiri rapat di belakang Zarif.
“I hate her abang.” Kata-kata
Naim untuk sudah menjelaskan bahawa dia masih marah pada kakaknya. Betul kata
Mak Jah.
“Yes, I know. But she is
not her. Jom, abang bawak masuk bilik.” Zarif perlahan-lahan melepaskan
genggaman tangannya. Lara sekadar melihat sahaja perlakuan dua beradik itu.
Jantungnya masih seperti tadi. Laju. Kaku berdiri di situ. Tidak langsung
bergerak.
Mak Jah berlari anak mendapatkan
Lara. Dipeluknya. Dia tahu Lara mesti terkejut dengan apa yang baru sahaja
berlaku tadi. Tidak sanggup pula Mak Jah hendak meninggalkan Lara seorang diri.
Dia menemankan Lara di biliknya sehingga dia terlelap. Mak Jah tahu betapa
marahnya Naim pada Hana. Begitu juga Zarif. Marah pada seluruh keluarga Hana.
Zarif pula masih cuba memujuk Naim
supaya bertenang. Naim memang begitu. Tiba-tiba sahaja boleh naik anginnya.
Hampir satu jam juga Zarif berada dalam bilik bersama Naim. Akhirnya tidur juga
si Naim.
Keluar bilik Naim, terus matanya
ditujukan ke arah bilik Lara. Bagaimana keadaan Lara sekarang ni. Masih
terkejut ke?
Baru sahaja Zarif hendak mengetuk
pintu, pintu dibuka dari dalam. Terkejut dibuatnya.
“Eh encik Zarif, nak tengok Cik Lara
ke? Dia baru je tidur.” Mak Jah masih memegang tombol pintu. Tidak tahu samada
Zarif hendak masuk melihat Lara atau tidak.
“Takpalah, biar dia tidur. Okey Mak
Jah, saya masuk bilik dulu.” Tidak Zarif sangka pula yang Mak Jah ada dalam
bilik Lara dari tadi. Jangan Mak Jah fikir yang bukan-bukan sudahlah. Mak Jah
pula tidak menyangka langsung yang Zarif mahu melihat Lara. Bukankah dia benci
perempuan ni. Kenapa pula hendak mengambil tahu keadaan dia. Mak Jah sebenarnya
dapat rasakan yang Zarif ada sedikit perasaan pada Lara. Cuma ego dan marah
menutup segalanya.
I hate her abang….
Terngiang-ngiang lagi kata-kata Naim
tadi. Zarif teringat semula bagaimana keadaan Naim semasa ditinggalkan
perempuan tak guna tu. Kembali marah Zarif pada seluruh keluarga Hana Kamila.
Naim tidak patut mendapat isteri macam tu. Dan kini adiknya muncul pula. Hana
dan Lara. Sama sahaja mereka ini. Aku tak dapat kau, aku akan buat adik kau
merana macam mana kau buat pada Naim dulu.
Bersiap sedia Lara Alina. Aku akan
pastikan hidup kau merana bersama aku.
Aaaaaaaaaa suke suke
ReplyDeleteTQ dear.... :)
DeleteWaahh..makin nk baca je stori ni rsa mcm pendek je crite dia .. gud job miss writer..xsabar nk bli novel2 sis
ReplyDeleteTQ dear... hehe... Sukanya dengar...
DeleteAla zariff kite tgk nnt siapa yg merana
ReplyDeleteBest
ReplyDeletebest2
ReplyDeletezarif yg ego tapi dlm hati ada taman
ReplyDeleteiye ke zarif nk buat lara merana....entah2 dia yg merana kot sbb lara tak layan dia.... bila lara tak ada depan mata baru terhegeh2 nk cari lara........hahahaha (gelak jahat) ......hope lara jgn tunduk pada zarif..... be strong girl...try lawan zarif....(menyampah dgn zarif ni...huh!!!)
ReplyDeletemakin lme mkin best cite..
ReplyDeletesbr je la tgu entry bru..bile zarif dng lara nk kwin..
Best...knplah zarif ego sgt
ReplyDeleteSemakin berdebar2....Ala zarif ntah2 ngko yg merana.Kita tgk siapa yg merana????Lara be strong girl biar Zarif tahu Lara tak bersalah dlm hal ini. TQ Sis rindu sgt Zarif-Lara
ReplyDeleteHai...bila la nk ada n3 bru...huu..eberidei duk belek2 blog sis nim.ghindu tol ngn lara n zariff
ReplyDeletesis..bila nk upload bab 16...setiap hr tunggu ni...
ReplyDeleteSorry semua.. tak berapa sihat ni.. Okey, jap lagi upload bab baru ye... Terus follow semua.....
ReplyDeleteSaya suka novel sis😍😍 Best dari bab 1👍🏻👍🏻
ReplyDelete