CINTA
HATI SAYANG
BAB
18
Esok pagi Lara bangun sedikit awal.
Dia hendak mengemas sedikit barang-barang yang hendak dibawa ke rumah baru.
Barang-barang dari rumah lamanya masih tersimpan elok di dalam kotak-kotak.
Tidak langsung dikeluarkan apa-apa pun dari kotak tersebut. Hanya beg baju
sahaja yang perlu dikemas semula. Begitu juga barang-barang Sofea. Lagi banyak
barang-barang Sofea dari dirinya sendiri. Semuanya mainan yang dibelikan Puan
Sri.
“Lara, tinggal je barang-barang tu
dekat sini. Boleh letak dalam stor dulu. Lagipun dekat sana Uncle dah siapkan semuanya. Rasanya
semua cukup.” Puan Sri yang menghalang Lara membawa semua kotak-kotak tersebut.
Memang betul pun apa yang Puan Sri katakan. Lara perasan semua keperluan
penting ada disediakan di rumah baru tu. Cerek, periuk nasi, kuali semuanya.
Semuanya baru dibeli. Tidak pernah dipakai pun. Nampaknya nanti Laralah orang
yang pertama yang akan merasmikan barang-barang tersebut.
“Lara bawak baju je dengan
benda-benda penting. Yang lain simpan sini dulu. Kalau ada benda tak cukup,
beritahu Auntie. Nanti kita pergi
beli.” Lara cuma mampu tersenyum. Mana mahu si Lara meminta dengan mereka.
Tidak pernah sekali pun. Segan rasanya mahu meminta dari mereka.
Pak Mat sudah meletakkan beg baju
dan beberapa kotak kecil ke dalam kereta Alphard
milik Tan Sri. Pak Mat akan mengikut Lara dan Sofea ke sana. Membantu Lara
mengangkat kotak-kotak tersebut ke dalam rumah baru nanti. Pada mulanya Tan Sri
dan Puan Sri juga mahu mengikut mereka tetapi terpaksa membatalkan hasrat
tersebut. Ada jemputan kahwin perlu dihadiri mereka. Anak kawan baik Tan Sri
yang akan melangsungkan perkahwinan hari ini. Kalau tak pergi nanti apa pula
kata mereka nanti.
Zarif pula entah hilang ke mana.
Awal-awal pagi sudah keluar. Katanya keluar berjumpa kawan. Baguslah begitu.
Biar tidak nampak langsung Lara dengan si Zarif ni. Aman sikit dunia Lara.
“Lara, kalau ada apa-apa beritahu Auntie. Jangan segan-segan.
Nanti esok Lara pergi kerja Lara hantar Sofea ke sini kan?” Risau Puan Sri jika
sehari tidak berjumpa dengan Sofea. Rindu pada satu-satunya cucu yang dia ada.
“Jangan risau Auntie. Insyaallah, Lara akan hantar Sofea kat sini. Kalau tak
hantar, siapa pulak nak jaga dia nanti.” Ketawa Puan Sri sambil mengiyakan
kata-kata Lara tadi. Bahu Lara ditepuk lembut.
Mereka sebenarnya sedang menunggu
Tan Sri keluar. Dia sedang bercakap dengan seseorang di telefon tadi. Nampak
gaya seperti bercakap mengenai perniagaan mereka. Sedang mereka berbual-bual,
kelihatan Mak Jah berlari anak menghampiri mereka.
“Puan Sri, Naim buat hal lagi.”
Walaupun Mak Jah cuba berbisik di telinga Puan Sri, tetapi Lara tetap dapat
mendengar dengan jelas.
“Lara, kejap ye.” Puan Sri kelihatan
cemas.
“Auntie, Lara nak ikut.”
Tangan Puan Sri sudah dipegang. Diajaknya Puan Sri masuk ke dalam rumah. Puan
Sri tidak dapat berfikir. Dia sebenarnya tidak mahu Lara melihat keadaan Naim
waktu-waktu begini. Tapi dia sudah tiada pilihan, Lara lagi cepat menarik
tangannya. Dan sekarang hanya Naim yang difikirkan.
Sofea pula sedang bermain di dalam
kereta bersama Pak Mat. Sempat Lara membuat isyarat tangan kepada Pak Mat
meminta dia menjaga Lara untuknya sekejap.
Tan Sri sudah berada di dalam bilik
bersama Naim. Tangan Naim dipegang erat. Lara hanya berdiri di tepi pintu.
Tidak berani dia hendak datang lebih dekat lagi. Biarlah Puan Sri dan Tan Sri
sahaja yang mendekati Naim, anak mereka. Mak Jah juga tidak berani. Dia hanya
berdiri di hujung katil. Menjarakkan dirinya dari Naim. Takut jika dia
mengamuk. Bukan tidak pernah Mak Jah melihat Naim mengamuk. Habis semua barang
dibalingnya. Silap haribulan kena dekat kepala orang.
“Carl Naim. Stop it. Papa nak Naim bertenang.” Suara Tan Sri cukup tegas ketika
itu. Kalau Lara ditempat Naim, sudah tentu kecut perut dibuatnya.
Puan Sri masih setia duduk di
sebelah Naim. Mengusap-usap belakang badan Naim. Membantunya untuk bertenang.
Air muka Puan Sri berubah. Bukan seperti tadi. Lara masih berdiri di tepi
pintu. Teringat kembali saat Naim cuba menyerangnya. Nasiblah Naim berkerusi
roda. Jika tidak mahu sudah diterkam Lara waktu itu.
Naim sudah kembali tenang. Tan Sri
masih memujuk Naim. Lara tidak mendengar dengan jelas apa yang dikatakan pada
Naim. Yang Lara nampak Naim asyik mengangguk lemah.
Entah macam mana tiba-tiba Naim
mengangkat wajahnya. Terus tepat memandang Lara yang sudah tidak keruan. Takut
jika dia diserang lagi.
“Hana?” Serentak Tan Sri dan Puan
Sri menoleh ke belakang dan memandang Lara. Naim bukan nampak Lara, tetapi
Hana. Anaknya sudah tersalah orang. Tan Sri perlu menyedarkan Naim kembali.
“Naim, dengar sini. Hana dah takda.
Dia dah meninggal dunia. Dia dah tinggalkan Naim buat selama-lamanya. Itu Lara,
adik Hana.” Tan Sri menjelaskan segalanya pada Naim. Biar Naim tahu siapa
sebenarnya Lara.
Naim masih memandang Lara. Lara pula
yang jadi serba salah. Dia langsung tidak berkata apa-apa selepas itu.
Masing-masing tidak tahu samada Naim boleh menerima kenyataan seperti apa yang
Tan Sri beritahu padanya tadi atau tidak. Dia tidak mengiyakan mahupun
menidakkan.
“Lara, jom turun.” Tan Sri yang
mengajak Lara turun selepas masing-masing diam seribu bahasa di situ. Puan Sri
dan Mak Jah masih berada di dalam bilik ketika Lara dan Tan Sri turun ke bawah.
“Uncle,
Lara risau kalau Abang Naim…” Tan Sri memotong kata-kata Lara. “Lara jangan
risau. Kita bagi masa sikit lagi dekat dia. Lagipun dia baru tahu yang Lara
bukanlah Hana. Uncle tahu Lara risau
jika Naim masih ingat Lara adalah Hana kan. Takpa, nanti Uncle cakap dekat dia lagi.” Rasa lega sedikit perasaan Lara bila
mendengarnya. Kalau boleh Lara mahu Naim segera sembuh. Dapatlah dia membawa
Sofea berjumpa dengan papanya. Selagi tidak memberitahu perkara sebenar pada
Sofea, selagi itulah hatinya tidak tenteram.
“Dah, jangan risau apa-apa. Kita
tunggu masa yang sesuai untuk bawa Sofea jumpa dengan Naim.” Tan Sri seperti
memahami apa yang sedang Lara fikirkan. Semuanya berkaitan dengan Sofea.
Selepas bersalaman dengan Tan Sri,
mereka terus menuju ke rumah baru Lara. Tadi ada Puan Sri memberitahunya yang
mereka akan datang ke sana malam nanti.
“Nak letak mana kotak-kotak ni
Lara?” Pak Mat yang sedang mengangkat kotak-kotak tersebut terus bertanya.
Berat juga kotak-kotak tersebut. Kesian pula Lara melihat Pak Mat
mengangkatnya. Suruh angkat satu persatu dia tidak mahu. Hendak diangkatnya
sekaligus. Kan dah berat.
“Pak Mat letak dekat tepi tu je.
Nanti saya susun balik.” Jari ditunjukkan ke satu sudut di tepi ruang
tamu.
“Ibu, Fea nak baring kat dalam bilik
boleh?” Tangan Lara ditarik perlahan supaya ibunya mendengar pertanyaan
tersebut.
“Jom, ibu pasangkan kipas ye.” Lara
membuka pintu bilik Sofea dan menghidupkan kipas. Terus si kecil melompat ke
atas katil empuknya. Seronok benar si Sofea.
Lara kembali ke ruang tamu untuk
membantu Pak Mat mengangkat kotak-kotak tersebut. Tidaklah banyak mana pun.
Hanya separuh sahaja yang dibawa. Yang lainnya masih ada di rumah Tan Sri. Di
dalam stor.
“Okey Pak Mat. Terima kasih ye.”
Lara mengucapkan terima kasih kepada Pak Mat setelah habis semua barang-barang
diangkat masuk.
“Sama-sama. Kalau ada apa-apa yang
nak Pak Mat tolong, telefon je Pak Mat. Ada nombor Pak Mat kan? Simpan
baik-baik. Pak Mat pergi dulu ye. Assalamualaikum.”
“Okey Pak Mat. Waalaikumussalam.”
Lara kembali menutup pintu rumah. Dikuncinya.
Lama juga Lara memandang sekeliling.
Memandang ke setiap sudut rumahnya. Rumah ini yang akan dia duduki buat
sementara waktu bersama Sofea.
Sofea? Lara terlupa tentang Sofea.
Terus dia melangkah laju menuju ke bilik Sofea.
Sofea tidur. Patutlah senyap sahaja
dari tadi. Tidur di atas tilam empuk. Dengan suasana bilik yang sangat cantik.
Dekorasi animasi. Betapa bertuahnya Sofea mendapat datuk dan nenek yang kaya
begini. Dia berharap sangat yang mereka akan menyayangi Sofea seikhlas hati
mereka.
Lara kembali ke ruang tamu dan
membuka kotak-kotak tadi. Barang peribadinya dikeluarkan satu persatu. Ada
beberapa barang milik kakaknya masih disimpan. Semuanya kenangan bagi Lara.
Kasih sayangnya pada Hana tidak pernah hilang. Yang pasti dia akan mencurahkan
sepenuh kasih sayangnya pada Sofea. Pengganti diri mamanya.
Semua
okey?
Mesej yang baru sahaja diterima
dibacanya. Siapa pula yang hantar mesej ni. Tidak pula Lara kenal. Nombor yang
tertera masih diamati. Mana tahu dia terlupa hendak menyimpan nombor tersebut.
Rasanya tidak pernah dia melihat nombor tersebut sebelum ini. Mungkin salah
hantar rasanya. Biarlah. Lara malas hendak membalasnya. Dibiarkan sahaja mesej
tersebut tidak berbalas.
Sedang Lara menyusun pakaiannya di
dalam almari, telefonnya berbunyi. Nombor sama yang menghantar mesej tadi.
Mesej tak berbalas terus nak telefon. Siapa pulak ni?
Lara masih berkira hendak menjawab
atau tidak panggilan tersebut. Takut jika panggilan penting untuknya. Takpalah,
angkat sahajalah. Kalau tak penting letak je nanti. Bukannya susah pun.
“Hello.” Suara lelaki. Lelaki mana
pulak ni? Mana ada dia beri nombor telefonnya pada mana-mana lelaki sebelum
ini. Cepatlah fikir. Lara memaksa otaknya untuk mengingat jika dia ada terberi
nombor telefon pada sesiapa sebelum ini.
“Hello, cari siapa?” Takut salah
nombor je. Lebih baik Lara tanya terus siapa yang dia cari sebenarnya. Kalau
bukan dia memang sahlah salah nombor. Senang cerita.
“Lara Alina.” Itu nama aku. Lelaki
di talian menyebut namanya. Nama penuh pulak tu.
“Saya Lara. Siapa ni?” Lelaki mana
pula ni. Nak kata orang jual barang ni semua, takkanlah tadi mesej boleh tanya
semua okey. Macam dah kenal lama je.
“Siapa ni?” Lara masih tidak tahu
siapa yang sedang bercakap dengannya. Lama lelaki tersebut membisu. Tidak
langsung mendengar suaranya. Dah letak telefon ke? Tidak. Masih ada lagi di
talian.
“Semua okey ke?” Lelaki tersebut
masih bertanyakan pada Lara. Dia cuba mengawal perasaan geramnya. Sudah banyak
kali juga Lara tanya. Masih tidak berjawab. Hendak sahaja dia putuskan panggilan
ni. Buang masa sahaja.
“Siapa ni?” Suara Lara sedikit
tegas. Lara nekad. Jika kali ini dia masih tidak memberitahu siapa dia, Lara
akan memutuskan terus panggilan tersebut.
“Zarif.” Pendek sahaja. Jawapan yang
membuatkan Lara tergamam sebentar. Zarif? Carl Zarif tu ke? Buat apa dia
telefon aku ni? Nak kutuk aku lagi ke? Iskh dia ni.
“Lara, are you still there?” Zarif masih menunggu Lara bersuara. Mamat ni
lagi. Mana pulak dia dapat nombor aku ni. Aduh. Kenapalah dia asyik ganggu aku
je ni. Arghhhh..
“Ya, saya kat sini. Nak apa?” Memang
Lara malas hendak melayan Zarif. Dengar suara pun malas apalagi hendak berborak
di telefon lama-lama.
“Amboi, garangnya. I nak tanya,
semua okey ke. I mean, dah kemas ke barang-barang you?” Zarif
masih cuba berbuat baik pada Lara. Dia tahu hati seorang perempuan. Sekeras
mana pun lambat laun akan cair juga suatu hari nanti. Ini Carl Zarif lah. Bukannya
susah nak buat perempuan terpikat dengannya. Cuma dia yang malas melayan
perempuan-perempuan yang datang padanya sebelum ini.
“Okey.” Sepatah sahaja kata yang
keluar dari mulut Lara. Biarlah apa pun yang Zarif hendak katakan. Sombong,
berlagak, tak sedar diri…. Lara tidak kisah. Memang dari dulu pun mereka memang
tidak serasi. Kenapa pula tiba-tiba dia hendak berbaik dengan aku ni. Mesti ada
yang tak kena.
“Okeylah, I taknak ganggu you since you belum ada mood nak berbual
dengan I. Kemaslah apa-apa yang patut. Nanti malam I datang ye.” Oh, tidak.
Kenapa dengan si Zarif ni. Apa yang aku dah buat pada dia? Ada aku bagi ubat
guna-guna ke? Rasanya tidak. Berdosa tu semua. Kalau ya pun, tak mahulah dengan
si Zarif ni. Tak pernah terlintas dalam fikiran pun.
“Apa-apa jelah. Bye.” Cepat-cepat
diputuskan panggilan tersebut. Masalah apa yang sedang melanda aku ni. Memang
malanglah nasib aku jumpa dengan mamat ni. Asyik mengacau aku je. Dia takda
kerja lain nak buat ke? Mana girlfriend
berlagak dia tu. Tolonglah layan dia ni. Kalau Lara tahu di mana kekasih Zarif
tinggal, sudah lama dia ke sana. Meminta bantuannya untuk menjauhkan kekasih
hatinya ni dari dunia aku.
“Ibu…..Ibu…..” Suara Sofea dari
dalam bilik memanggil-manggil. Pakaian yang baru hendak disusun diletak ke
tepi. Sofea lagi penting dari segala-galanya. Lara terus bangun dan segera
mendapatkan Sofea.
“Lara, jom sayang. Kita pergi beli
barang-barang dapur nak?” Petang itu Lara mengajak Sofea keluar membeli
barang-barang untuk dimasak nanti. Tan Sri dan Puan Sri akan datang ke rumahnya
malam nanti. Dia mahu menjamu mereka dengan makanan yang dimasak sendiri. Entah
sedap entah tidak. Takut juga Lara. Takut tidak kena dengan tekak mereka. Tekak
orang kaya ni lain sikit.
Lara ke pasaraya berhampiran. Tadi
nasiblah dia ada bertanya pada Pak Mat di mana letaknya pasaraya yang paling
dekat di sini. Kata Pak Mat ada sebuah pasaraya Giant tidak jauh dari rumahnya. Semuanya boleh didapati di situ.
Senang.
Banyak juga yang Lara beli.
Barang-barang untuk dimasak petang nanti dan sedikit stok makanan untuk mereka
berdua. Dapatlah Lara beli lebih sedikit dari biasa. Duit sewa rumah sudah
boleh diketepi. Kalau dulu dia kena bayar dalam empat ratus ringgit tetapi
sekarang ini tidak lagi.
Lara masih rasa kekok lagi membawa
kereta barunya. Sudah lama dia tidak memandu. Nasiblah kereta automatik. Senang
sikit hendak dibawa. Kereta Honda Civic berwarna hitam. Besar pulak tu. Kalau
Viva ke Myvi ke senanglah sikit rasanya. Kecil sedikit saiznya. Iskh Lara ni.
Orang dah bagi kereta percuma boleh pulak merungut bagai.
Sampai di rumah, Lara terus
meletakkan barang-barang tersebut di dapur. Sofea pula dibukakan cerita kartun.
Biar leka sedikit dia. Itulah yang akan Lara buat jika tidak mahu Sofea
mengganggunya di dapur.
Alaaa cm pendek je... hehe
ReplyDeletexsbr nk tgu konflik dorg 2 tu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBest nak lagi
ReplyDeletepolos sungguh si lara ni..... best, nak lagi
ReplyDeleteTQ sis tapi tak puas la....nak lagi!!!
ReplyDeleteXpuas baca..huu...
ReplyDeleterase pndek je ..jap je bce..
ReplyDeletezarif dh strt ngort..
ara
Huhu...pendek je n3 x ni....tp tetap best...lagi
ReplyDeleteHope Lara tak tertipu dgn Zarif....Nanti Badrul & Naim sukakan Lara baru padan muka Zarif....
ReplyDeleteIsk..issk..iiissskkk...everidei bukak..nknya bca n3 baru..kasik ghindu btol la stori sis nih
ReplyDeleteTq semua yang still follow cerita ni... Next chapter tak lama lagi je.....
ReplyDelete