CINTA
HATI SAYANG
BAB
17
“Ibu, jom.” Sofea mengajak Lara turun. Mereka akan bersarapan terlebih
dahulu. Selepas sarapan barulah mereka ke rumah yang akan Lara dan Sofea
tinggal selepas ini. Semua orang sudah ada di meja semasa mereka turun. Kali
ini Lara pula yang terlambat. Selalunya hanya dia seorang sahaja yang perlu
bersiap, tetapi kali ini dengan Sofea sekali. Hendak mengejut si Sofea pun
memakan masa tadi.
“Good morning Uncle, Auntie.”
Seperti biasa Lara hanya akan mengucapkan selamat pagi kepada Tan Sri dan Puan
Sri. Tidak kepada Zarif. Tidak pernah. Lagipun dia tahu Zarif bukannya suka
sangat padanya. Lebih baik dibiarkan sahaja dia di situ.
“Good morning Atuk… Good
morning Nenek.” Suara kecil Sofea membuatkan semua orang gembira
terutamanya Puan Sri. Terlalu sayang dia pada cucunya itu.
Tan Sri dan Puan Sri membalasnya.
Kali ini Sofea ada. Terpaksalah Lara duduk betul-betul dihadapan Zarif. Sempat
di kerling pada Zarif. Kenapa pakai elok je dia ni? Awal pulak tu dia bangun?
Lara dapat rasakan yang dia akan mengikut mereka ke rumah baru, tetapi dia cuba
menolak sangkaan tersebut. Mungkin dia hendak ke tempat lain. Keluar dengan
kawan-kawan mungkin. Teman wanita mungkin.
“Zarif tunggu dekat kereta.” Tunggu
dekat kereta? Apa maksud dia ni. Lara masih melayan Sofea makan. Mihun goreng
di dalam pinggannya sudah habis tadi. Dia cuma menunggu Sofea habis makan.
“Auntie, Zarif ikut sekali
ke?” Perlahan sahaja suara Lara bertanya. Dia tidak dapat menahan lagi perasaan
tersebut. Mahu mendapatkan kepastian tentang Zarif.
“Itulah, Auntie pun baru tahu
pagi ni. Dia kata nak tengok rumah tu. Malam tadi takda pulak dia cakap nak
ikut.” Jawapan jujur Puan Sri membuatkan perasaan Lara kembali lemah. Aduh dia
ni. Ikutlah pulak. Bosannya.
Zarif yang memandu kereta Porsche
Cayenne. Kereta yang pernah Zarif pandu dulu semasa mereka keluar bersama
membeli barang Sofea.
“Suka tak I ikut?” Sempat Zarif
bertanya pada Lara semasa Lara melintasinya.
“Sukaaaa sangattttt.” Gaya memerli.
Tak sukanya. Lebih-lebih lagi mendengar Zarif ketawa. Ikutkan hati hendak
sahaja ditampar si Zarif ni. Sabar Lara.
Kereta dipandu terus menuju ke kondominium
milik Tan Sri. Rumah yang akan Lara dan Sofea duduk menumpang mulai esok. Masuk
sahaja ada pengawal yang menjaga. Bukan sembarangan orang boleh masuk ke dalam.
Kawalan ketat sungguh. Semuanya perlu mengambil pas kebenaran dari pengawal
bertugas.
Cantiknya kawasan tersebut. Mewah
sungguh kondominium ini kelihatan dari luar. Mesti bukan calang-calang orang
yang mampu tinggal di sini. Entah-entah ada artis Malaysia yang tinggal dekat
sini. Wah, untunglah kau Lara.
Turun sahaja dari kereta, mereka
menuju ke lif untuk ke tingkat paling atas. Penthouse.
Yang Lara tahu, rumah di tingkat paling atas adalah yang paling mahal harganya.
Berdebar-debar jantung dirasakan. Dia bakal tinggal di rumah mahal. Ingin
sahaja ditampar pipinya. Adakah benar semua ini?
Tangan Sofea erat digenggam sejak
tadi. Langsung tidak dilepaskan. Manakala Puan Sri pula sibuk berbual dengan
Tan Sri. Zarif macam biasalah sibuk dengan Iphone nya. Entah siapalah yang
menghantar mesej padanya. Tersenyum sendiri. Macam orang gila pun ada.
“Jom, kita dah sampai.” Tan Sri
memberi kunci rumah kepada Zarif untuk membukanya.. Tidak sabar rasanya hendak
melihat keadaan dalam rumah. Dari luar rumah pun dah nampak cantik. Mesti dalam
lagi cantik ni. Hanya Tan Sri dan Puan Sri sahaja yang pernah ke sini selepas
diubahsuai. Zarif juga seperti Lara. Pertama kali.
Pintu dibuka. Zarif sudah masuk dan
menekan suis lampu. Puan Sri dan Tan Sri mengajak Lara dan Sofea masuk bersama
bila mereka masih tegak berdiri di luar pintu.
Tergamam Lara melihat dekorasi di
dalam rumah. Cantik sangat. Hiasan yang sungguh kemas dan teliti. Susunan
perabot yang sangat tersusun. Semuanya nampak elok di tempat yang diletakkan.
Tiada langsung cacat celanya.
Baru. Semuanya kelihatan baru. Lara
terlupa semuanya.
Buppp!
Sekali
lagi Lara terlanggar badan Zarif yang sedang berdiri di tengah-tengah ruang
tamu. Iskh dia ni. Yang berdiri tengah-tengah ni kenapa. Takda tempat
lain ke nak berdiri.
“Sorry.” Lara malas hendak
memanjangkan cerita. Dia tahu Zarif macam mana. Mesti tidak mahu mengalah.
“Okay.” Okay? Pelik
benar bunyinya. Lara terus mengangkat wajahnya memandang Zarif. Sekali lagi
Lara pelik. Zarif boleh tersenyum padanya. Kau mengelamun ni Lara. Bangun Lara
bangun. Dicubitnya lengan sendiri. Aduh. Sakit. Dia bukan bermimpi.
“Ibu, jom pergi sana.” Nasiblah
Sofea ada. Tangan Lara ditarik lembut. Ditinggalnya Zarif di situ. Dilihatnya
Puan Sri dan Tan Sri sudah masuk ke salah satu bilik.
“Lara, ini bilik Lara.” Kata-kata
Tan Sri membuatkan hatinya gembira. Bilik cantik ini adalah miliknya. Semua
yang ada di dalam bilik tersebut menarik minat Lara. Semuanya cantik. Semuanya
kena dengan citarasanya. Warna-warna lembut menghiasi seluruh bilik tersebut.
Rasa sungguh nyaman dan tenang.
“Ini sepatutnya bilik Zarif kan?”
Tiba-tiba Zarif berdiri di belakang Lara. Sangat hampir sehingga Lara dapat
rasa kehangatan badan Zarif. Segera Lara bergerak ke tepi. Tidak keruan Lara
bila berada dekat dengan Zarif. Macam ada satu perasaan yang dia sendiri tidak
mengerti.
“Kalau Zarif kahwin, memang jadi
milik Zarif lah bilik ni. Tapi sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Jadi
Lara guna bilik ni dululah.” Puan Sri sudah menghampiri Lara. Disentuh lembut
bahunya. Lara hanya mampu tersenyum. Nasib kau lah Zarif. Itulah, suruh kahwin
taknak kahwin, kan dah melepas.
“Kalau macam tu, Zarif kahwin dengan
Lara je lah. Dapat tidur sama-sama dengan Lara dalam bilik ni.” Ketawa kuat Tan
Sri dan Puan Sri mendengarnya. Mereka sangkakan itu semua gurauan. Manakala
Lara pula seperti dicekik seseorang ketika itu. Hampir pengsan Lara dibuatnya.
Memang dah tak betullah dia ni. Memang sah.
Zarif sempat mengenyit mata pada
Lara. Terpaksalah Lara berpura-pura tersenyum di hadapan Tan Sri dan Puan Sri.
Nak tidur sebilik dengan mamat ni. Tak mungkin. Simpan jelah angan-angan kau tu
Zarif.
Sofea pula sibuk ke sana sini. Dia tidak sabar hendak
melihat bilik tidurnya. Kata Puan Sri, mereka sudah menghias bilik tidur Sofea
ala-ala bilik seorang puteri. Seperti cerita kartun Frozen.
“Jom, kita tengok bilik Sofea pulak.” Tan Sri sudah
pun mendukung Sofea dan membawanya ke bilik lain. Bilik Sofea. Lampu dipasang.
“Atuk, cantiknya.” Tan Sri menurunkan Sofea ke bawah.
Laju si Sofea mencapai segala yang ada di dalam bilik tersebut. Katil yang
dituju dahulu. Dia terus baring berpura-pura tidur. Masing-masing ketawa
melihat reaksi comel Sofea. Lara, Tan
Sri dan Puan Sri semuanya sibuk melihat keletah Sofea. Hanya Zarif sahaja yang
tidak menumpukan perhatian nya pada Sofea. Dia sibuk memandang Lara.
Kau ingat aku main-main tadi. Kata-kata aku tadi
semuanya ada makna. Kau tunggu sikit masa lagi Lara Alina.
Sofea sudah tidak mahu keluar dari biliknya. Suka
sangat dia mendapat bilik yang dihias seperti yang diinginkan. Lara pula dibawa
Tan Sri meninjau ke setiap sudut rumah. Dapur, ruang makan, ruang rehat, bilik
tetamu, semuanya. Semuanya sangat kemas dan cantik dekorasinya.
Lara tidak sabar hendak membawa Wati melihat rumah
barunya. Mesti Wati akan terkejut bila melihatnya sendiri. Mana pernah mereka
bermimpi akan dapat duduk di rumah besar seperti ini. Penthouse.
Akhir sekali Tan Sri mengajak Lara ke balkoni rumah.
Pemandangan yang sungguh cantik. Nasiblah Lara bukan jenis yang gayat dengan
tempat tinggi begini. Dari situ dapat melihat keindahan Kuala Lumpur. Kata Tan
Sri, pada waktu malam lagi cantik pemandangannya. Dapat melihat lampu-lampu
yang menyinari ibu kota Kuala Lumpur.
“Macam mana Lara? Okey tak?” tanya
Tan Sri pada Lara semasa mereka duduk sebentar di ruang tamu. Puan Sri pula
sibuk melayan Sofea yang masih tidak puas lagi berada di dalam biliknya.
“Uncle,
Lara tak layak duduk dekat rumah besar ni. Segan pulak nak tinggal dekat sini.”
Memang Lara tidak selesa tinggal di situ. Terlalu mahal barang-barang di dalam
rumah ini. Takut pula Lara dibuatnya.
“Kalau macam tu kita kahwin. Anggap
Lara tinggal dekat rumah I. “ Entah bila pula si mamat ni muncul. Tiba-tiba je
datang menyampuk.
“Zarif, no joke please.” Tan Sri sangkakan Zarif cuma main-main sahaja. Dia
sendiri pun pelik dengan perangai anaknya itu. Asyik nak bergurau dengan si
Lara ni. Ada apa-apa ke antara mereka berdua ni.
“I’m
serious pa.” Entah ikhlas entah tidak mamat ni. Malas Lara hendak
mempercayainya. Nak main-main tak kena tempat. Pakai redah je dia ni. Muka
memanglah nampak serius tapi hati…. Tiada siapa yang tahu.
“Zarif.” Tan Sri tidak mahu
mendengar apa-apa lagi dari mulut Zarif. Apa-apa gurauan lagi.
“Lara tinggal dekat sini dengan
Sofea ye. Uncle memang nak kamu
berdua tinggal sini. Tentang si Zarif ni, jangan Lara ambil kisah. Dia memang
macam ni. Dari dulu suruh kahwin tak mahu, sekarang baru sibuk nak kahwin
semua.” Membebel Tan Sri di situ. Dia tidak mahu disebabkan Zarif, Lara tidak
mahu tinggal di situ. Seperti dia menghalang Zarif tinggal di rumah tersebut. Zarif
pula sekadar diam di tepi.
“Auntie
kata Lara nak pindah esok? Betul ke?” Pertanyaan Tan Sri itu serba sedikit
memeranjatkan Zarif. Sangkanya minggu depan. Dia baru hendak merapatkan dirinya
pada Lara. Tapi kini rancangannya terpaksa berubah. Dia perlu memikirkan
strategi lain.
“Aah Uncle. Lara ingat nak pindah esok je. Lagipun barang Lara bukannya
banyak pun. Nanti sikit-sikit Lara bawak ke sini.” Tan Sri mengangguk tanda
setuju. Lagipun Pak Mat boleh tolong hantarkan kemudian hari.
“Zarif pun boleh tolong hantarkan.”
Iskh dia ni. Tak faham bahasa ke apa. Geram Lara dengan perangai Zarif hari
ini. Tan Sri pun malas hendak melayan anak bujangnya itu. Dibiarkan sahaja dia.
Begitu juga Lara.
Mereka menjamu selera di sebuah
restoran melayu yang selalu mereka kunjungi. Tan Sri selalu membawa Puan Sri ke
situ. Makanan di situ sedap-sedap belaka katanya. Tengoklah harga pula. Tak
mampu orang seperti Lara ke situ.
“Sedap tak?” Terus Lara memandang
Zarif yang duduk di sebelahnya. Sibuk nak duduk sebelah ni kenapa. Aduh dia ni.
Sepatutnya dia duduk di sebelah Tan Sri tadi. Entah macam mana tiba-tiba Zarif
pula yang dilihatnya ada di sebelah.
“Makan je lah.” Perlahan suara Lara
tetapi masih jelas kedengaran di telinga Zarif. Memang Lara tiada mood hendak
berbual dengan Zarif. Ikutkan hatinya hendak sahaja dia menukar tempat dengan
Sofea. Tetapi bila dilihatnya Sofea sibuk bercerita dengan Puan Sri, terbatal terus
niatnya.
Kau belum kenal aku siapa Lara.
Tunggu bila tiba masanya nanti.
Kereta siapa pula ni? Ada orang
datang ke? Lara tertanya-tanya bila ada sebuah kereta Honda berwarna hitam
terparkir di dalam kawasan rumah Tan Sri. Ada tetamu tapi macam takda je.
Masing-masing tidak terburu-buru pun hendak keluar dari kereta.
“Lara, jom.” Tan Sri mengajak Lara
berjalan bersamanya. Puan Sri sibuk memimpin tangan Sofea. Manja betul si Sofea
dengan Puan Sri. Mereka berjalan menghampiri kereta tersebut. Zarif pula
sekadar memandang dari jauh. Dia masih berada di dalam kereta tadi.
“Uncle hadiahkan kereta ni
untuk Lara. Senang Lara nak pergi kerja nanti. Dan senang juga Lara nak datang
sini bawa Sofea.” Tan Sri tersenyum sambil melambai ke arah Pak Mat. Mengisyarat
supaya memberi kunci kereta padanya.
Satu lagi perkara yang tidak pernah
Lara jangkakan. Mendapat sebuah kereta. Kereta Honda pulak tu. Lara memandang
wajah Puan Sri. Kenapalah mereka terlalu baik padaku. Entah macam manalah
hendak aku membalas kebaikan mereka ini. Dan terima kasih juga kepada Sofea.
Kerana dialah Lara rapat dengan Tan Sri dan Puan Sri.
Hana Kamila… Kakak, Lara sayang
sangat kakak.
“Lara, okey tak ni?” Mengelamun pula
si Lara ni. Tan Sri yang menepuk perlahan bahu Lara, menyedarkannya.
“Lara… Lara okey. Cuma terkejut
dapat hadiah kereta.” Ketawa kecil Puan Sri mendengarnya. Tan Sri pula sekadar
tersenyum. Pintu kereta sudah dibuka. Lara dapat menghidu bau kereta baru. Lain
baunya. Memang sahlah kereta baru. Plat nombor pun baru.
“Lara nak cuba bawak ke?” Tan Sri
sudah memberikan kunci kereta padanya.
“Eh takpalah Uncle. Nanti
petang Lara minta Pak Mat temankan. Takut pulak Lara nak bawa sorang-sorang.”
Memang Lara sudah lama tidak memandu kereta. Nasiblah dia agak senang dengan Pak
Mat. Bolehlah minta Pak Mat ajarkan sedikit.
“Ibu… ibu dapat kereta baru ye.
Nanti Fea nak ikut.” Si kecil Sofea sudah menarik-narik tangan Lara.
“Atuk bagi ibu pinjam sayang. Nanti
ibu bawa Fea jalan-jalan okey.” Lara tidak menganggap itu sebagai hadiah.
Baginya ini semua adalah pinjaman semata-mata. Jika suatu hari nanti dia
dihalau keluar. Semua benda ini akan dipulangkan. Aku tiada hak akan semua ini.
Ini semuanya milik Sofea. Dia yang lebih berhak dari aku.
“Lara, kenapa cakap macam tu. Uncle
memang bagi terus dekat Lara. Bukan pinjam.” Dilemparkan senyuman pada Tan Sri.
Dia tidak mahu memanjangkan isu ini. Bagi Lara ianya tetap dianggap pinjaman
sementara.
Zarif masih tekun melihat gelagat
mereka di sisi kereta baru milik Lara. Hatinya semakin sakit melihat Lara
disayangi. Tapi itu semua memang seperti apa yang dirancang. Wajah Naim asyik
melintas di fikirannya. Dapat dia rasakan bagaimana menderitanya Naim. Siapa
yang buat dia jadi begini kalau bukan si Hana Kamila, kakak kepada Lara Alina.
Zarif tidak pernah ada perasaan sayang
pada si kecil Sofea. Bagi Zarif mereka semua tidak penting dalam hidupnya. Dia
akan terus juga dengan rancangannya. Moga apa yang akan berlaku nanti akan
membuatkan hatinya puas. Kembali tenang. Lega segalanya sudah terbalas.
Rupe2nya ada udang disebalik batu arggghhh zarif jgn tersungkur sudah.. padan muka
ReplyDeletegeram nyaaaa kat zarif ni..........rasa nk bagi pelempang je...grrrr...
ReplyDeletedendam.... dendam..... nanti ko termakan gan dendam ko sendiri zarif.... tunggu la
ReplyDeleteBest...best...beesssstttt ssgt
ReplyDeleteDh kata dh..mesti zariff ada plan..geram plak nih!! But rsanya plan zariff x jd..coz zariff dlu yg tjaaattuuuhh chentaa kat lara...heheheeeee(gelak jahat ni)
ReplyDeletebest...
ReplyDeleterasa nak bg pelempang je kat zarif. takpe later ngko yg mkn diri dgn dendam pd org tak bersalah tu.lara be strong jgn layan zarif sengal n senget tu.....tapi nape hana tgglkan naim sbb tan sri or puan sri ke???atau hana ada penyakit????semakin best byk persoalan....sis jgn lama2 tau buat kami tak senang duduk ni!!!!
ReplyDeleteJgn le lempang zarif..nnt dh xensem..jom kite sekeh ramai2....hahaha...
DeleteOoo....ada ketam dsebalik mee ye..cian lara....best2...terbaiklah...
ReplyDeleteSis hairynn nak sambungan....
ReplyDeleteRamai yang geram dengan si Zarif ni ye. Janganlah lempang dia. Kesian dia. Nanti dah tak hensem dah.
ReplyDeleteOkey, sambungannya kejap je lagi......