My corner's visitor

Tuesday, October 7, 2014

E-Novel : Cinta Hati Sayang - Bab 14

CINTA HATI SAYANG

BAB 14

            “Mak Jah, Lara nak tanya sikit. Yang sebelah bilik Zarif tu bilik siapa ye?” Lara bertanya pada Mak Jah semasa mereka sama-sama hendak ke bilik Sofea.  Dari dulu dia mahu bertanya tetapi berat rasa mulut untuk bersuara.

            “Itu bilik Encik Naim. Adik Encik Zarif.” Bilik abang Naim? Macam manalah aku boleh terlupa yang abang Naim masih tinggal di sini. Tapi kenapa tidak pernah nampak pun abang Naim keluar bilik. Waktu aku pergi kerja ke? Mungkin juga.

            “Dia ada dekat dalam bilik tu ke, Mak Jah?” Mak Jah serba salah hendak memberitahu atau tidak. Tidak pula sesiapa pun memberi amaran padanya supaya tidak bercerita mengenai Naim pada Lara sebelum ini.

            “Kalau Mak Jah beritahu ni, Lara jangan pula beritahu dekat orang lain ye.” Mak Jah mengajak Lara masuk ke dalam bilik Sofea. Dia menceritakan serba sedikit tentang Naim. Apa yang dia tahu.  Ada banyak juga benda yang Mak Jah tidak tahu pasal Naim. Hanya keluarga Naim sahaja yang tahu.

            Malam itu Lara tidur bersama Sofea di biliknya. Rasa takut pula bila teringat apa yang diceritakan Mak Jah padanya tentang Naim. Kalau betullah Naim masih marah pada arwah kakaknya, mungkin dengan Lara dan Sofea pun begitu juga.

            Lara masih tidak dapat melelapkan matanya. Puas dia berpusing ke kanan dan kiri. Masih juga matanya tidak tertutup. Sofea di sebelah masih nyenyak tidur. Tidur dalam penghawa dingin. Selalunya kipas yang menjadi teman tidur mereka. Menyejukkan tidur mereka.

            Lara turun ke bawah. Dia terlupa lagi hendak mengambil botol air untuk diletakkan di dalam bilik. Senang untuk diminum jika dahaga di tengah malam begini. Terpaksalah Lara gagahkan kakinya untuk turun juga.

            Leganya tekak dapat meneguk air masak. Baru sahaja Lara hendak menaiki tangga, kedengaran pintu rumah dibuka dari luar. Siapa pula yang balik lewat malam begini. Takut pula Lara dibuatnya.

            Pintu terbuka.

            Carl Zarif juga terkejut melihat Lara di situ.

            Tanpa berkata apa-apa, Lara terus menaiki tangga ke tingkat atas. Bila masa pula dia keluar. Tadi tak nampak pun dia keluar lepas makan malam. Hendak ditanya pada mamat tu, memang tidaklah. Mana mungkin akan dapat jawapannya. Lebih baik dia buat firasat sendiri.

            Zarif terus memandang Lara sehinggalah dia hilang dari pandangan matanya. Dia keluar sekejap tadi berjumpa Badrul. Menghilangkan stress di rumah. Entah apa yang buat dia stress, Zarif sendiri tiada jawapannya apakan lagi Badrul.

            Tutup sahaja pintu, Zarif terus naik ke bilik. Wajah Lara masih jelas dalam ingatannya sehinggalah dia tertidur.
           

            “Lara, malam ni kami semua makan dekat luar dengan keluarga Dato’ Kamal. Lara nak ikut ke?” Tan Sri mengajak Lara pergi bersama mereka malam ini. Begitu juga Puan Sri. Cuma Zarif sahaja yang tidak bersuara langsung.

            “Takpalah Uncle, Auntie. Lara nak rehat dekat rumah je.” Lara perasan yang Zarif sedang memandangnya tajam. Salah lagi ke apa aku cakap tadi. Iskh dia ni. Pelik benar. Lara tahu mereka adalah keluarga Zira, teman wanita Zarif.

            “Kalau kami bawa Sofea sekali boleh?” Puan Sri memang berniat hendak membawa Sofea dan Lara bersama.

            “Bawaklah Auntie. Tapi kena tanya dia dulu ye. Takut dia tak mahu. Nanti susah Auntie nak jaga dia.” Lara ikhlas membenarkan mereka membawa Sofea. Dia pun takut jika dia balik lambat lagi malam nanti. Kesian nanti pada Sofea.

            “Zarif pergi dulu.” Seperti biasa, tangan  papa dan mama diciumnya.


            “Lara, jom.” Terkebil-kebil Lara di situ. Biar betul mamat ni. Apa mimpi ajak aku pagi-pagi ni. Buang tebiat apa.

            Tan Sri dan Puan Sri turut memandang Lara. Terpaksalah Lara mengukir senyuman plastik.

            Beg tangan disandang. Selepas mencium kedua-dua tangan mereka, Lara melangkah keluar. Mengikut Zarif ke kereta.

            “Encik Zarif, saya pergi sendiri.” Lara tidak mahu menyusahkan sesiapa pun lebih-lebih lagi Zarif. Lebih baik dia bersusah sendiri.

            “Lara Alina!. Kenapa tak masuk je dalam kereta? Nak saya dukung ke?” Pak Mat yang berada tidak jauh dari mereka terdengar suara kasar Zarif memanggil Lara. Kenapa pula ni. Apa pula yang Lara dah buat sampai Zarif naik angin ni. Pak Mat masih memasang telinga.

            “Saya kata tak payah, tak payahlah. Kalau tak ikhlas tak payah. Dah, saya nak pergi dulu.” Lara malas hendak bertekak dengan Zarif. Begitu juga Zarif.

Dia terus masuk ke dalam kereta dengan perasaan geram. Ditutup kuat pintu keretanya. Stereng kereta dihentak. Lara kelihatan masih setia berjalan meninggalkan kawasan rumah. Tidak langsung dipandang ke belakang.

Pedal minyak terus ditekan. Langsung Zarif tidak memandang Lara semasa kereta melintasinya. Sakit hati Zarif bila Lara tidak mendengar arahan darinya tadi. Kereta terus memecut laju.

“Gila. Ajak orang tapi nak paksa-paksa. Sakit otak rasanya dia ni.” Lara merungut seorang diri sehingga sampai ke tempat menunggu teksi. Nasib Lara baik hari ini. Sampai sahaja di situ, terus ada sebuah teksi yang lalu. Cepat-cepat ditahannya.


“Relaks bro. Kau kenapa ni?” Badrul mahu berjumpa dengan Zarif kerana hendak membincangkan pasal projek terbaru mereka di Pulau Pinang. Tidak disangka pula kawan baiknya itu sedang naik angin. Dengan siapa lagi ni…

“Takda apa-apalah.” Zarif sendiri tidak tahu kenapa dia boleh begitu marah pada Lara. Takkanlah sebab dia tolak ajakan pagi tadi. Kan lagi bagus kalau dia tak naik kereta aku. Bersih sikit. Zarif sendiri tidak faham perasaannya sekarang. Apa yang dia hendak sebenarnya. Kenapa dia tidak boleh membenci Lara sepertimana dia membenci kakak Lara. Itu sepatutnya yang dia patut rasa. Perasaan benci terhadap mereka.

“Jangan kata ni semua ada kaitan dengan Lara.” Badrul cuba meneka. Zarif cuba menyembunyikan perasaannya. Betul pula tu tekaan Badrul. Zarif cuba menafikannya.

“Bukanlah. Pasal lain. Eh, kau datang ni sebab apa?” Zarif cuba mengubah topik. Dia tidak mahu Badrul mengesyaki apa-apa. Bukan boleh percaya sangat si Badrul ni. Habis rahsia semua dapat dia korek nanti.

Mereka kemudiannya berbincang mengenai projek yang menelan berjuta ringgit. Tapak yang akan mereka beli di Pulau Pinang. Salah satu projek syarikat mereka yang terbaru.

“Zarif, nanti lunch with me. Ada benda papa nak bincang.” Tan Sri Roslan menelefon Zarif sebaik sahaja Badrul keluar dari biliknya. Kebetulan pula dia juga mahu berjumpa dengan Tan Sri. Hendak berbincang dengan papanya mengenai projek tadi. Apa-apa projek perlu mendapat kelulusan Tan Sri Roslan terlebih dahulu.

Okay pa. I will be there around one.” Letak sahaja telefon, Zarif masih tertanya-tanya. Perkara apa yang hendak dibincangkan. Kenapa aku rasa macam bukan pasal kerja. Pasal lain. Pasal Lara mungkin. Zarif mati akal.

Tepat jam satu petang, Zarif tiba di pejabat papanya yang terletak lebih kurang setengah jam dari pejabat Kalam Holdings. Mereka menjamu selera di sebuah restoran mahal berhampiran dengan pejabat Tan Sri.

“Zarif, papa nak belikan kereta untuk Lara. Tapi papa tak tahu kereta apa sesuai dengan dia.” Betul sangkaan Zarif tadi. Mesti berkaitan Lara.

Zarif masih mengunyah makanan di dalam mulut. Hanya matanya sahaja masih memandang Tan Sri. “Papa serius ke ni? Nak belikan kereta untuk dia?”

Yes, papa serius. Itu sebabnya papa tanya Zarif ni. Nak mintak pendapat Zarif tentang ni.” Tan Sri masih tetap memandang Zarif.

“Beli kereta murah je untuk dia.”

Honda okey ke?” Zarif sekadar mengangguk. Kalau ikutkan dia, memang dia tidak belikan kereta untuk perempuan tu. Biar dia naik teksi atau bas ke tempat kerja.

 “Okey, thanks Zarif.”

Masing-masing menyambung makan tengahari mereka. Zarif tidak faham kenapa hatinya tidak dapat membenci Lara. Ingat Zarif. Dia adik kepada perempuan yang telah membuatkan hidup Naim sengsara. Lara patut menanggung akibat atas perbuatan kakaknya.


“Lara betul taknak ikut?” Lara tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Memang dia letih sangat hari ini. Dua hari dia tidak cukup rehat.

“Fea jangan nakal-nakal tau. Ikut kata nenek dengan atuk.” Lara berpesan pada Sofea bila si kecil memeluk ibunya. Lara memeluk erat Sofea. Gembira Sofea dilihatnya.

“Kami pergi dulu. Lara nak makan suruh je Mak Jah masakkan.” Lara sekali lagi menggangguk. Kalau tidak ada Mak Jah pun Lara boleh masak sendiri. Jawab Lara dalam hati.

Ehem ehem.” Siapa pulak yang berdehem belakang aku ni. Uncle dengan Auntie dekat luar. Sofea pun. Zarif je takda lagi. Zarif?

“Berdiri depan pintu ni kenapa. Takda tempat lain lagi.” Zarif yang sedang memperbetulkan kolar bajunya memandang tepat pada Lara.

“Takda. Tempat ni je best berdiri.” Lara melawan balik. Tapi sebelum Zarif membalas, lebih baik dia beredar dari situ. Cepat-cepat Lara menghampiri kereta Tan Sri. Dilambainya Sofea di dalam kereta.

Lara tidak langsung memandang wajah Zarif. Dia tahu mesti Zarif tidak puas hati dengan dia lebih-lebih lagi cara dia membalas tadi. Biarlah. Malas Lara hendak memikirkan.

“Lara nak makan apa-apa ke? Lauk siang tadi ada lagi dekat dapur. Kalau Lara nak makan, Mak Jah panaskan.” Mak Jah menghampiri Lara yang sedang membuka peti ais untuk mengambil aiskrim.

“Takpalah Mak Jah. Kalau Lara lapar nanti, Lara panaskan sendiri. Sekarang ni Lara kenyang lagi.” Memang perutnya masih penuh. Lagipun belum pukul lapan lagi pun. Kalau dulu dia selalu makan agak lewat. Waktu-waktu begini dia akan menyuapkan Sofea makan dahulu.

Lara menonton TV sambil menikmati aiskrim. Diajaknya Mak Jah menonton bersama.

“Lara, Mak Jah nak kemas dapur kejap. Lepas tu Mak Jah nak terus masuk bilik. Letih pulak hari ni. Tapi kesian Lara sorang-sorang.” Mak Jah meminta diri untuk ke dapur. Memanglah ikutkan hati dia hendak menemani Lara. Kesian pula dilihatnya. Tapi badannya terasa letih sangat. Mak Jah pun sudah berusia. Memang perlukan rehat yang cukup.

“Takpa Mak Jah. Lara okey je. Mak Jah nak Lara tolong apa-apa ke?” Lara menawarkan diri tetapi dihalang Mak Jah. Katanya kerja pun tidak banyak yang tinggal. Cuma hendak mengemas sedikit sahaja.

Lara menyambung menonton cerita selepas Mak Jah berlalu meninggalkannya untuk ke dapur.  Perut masih kenyang lagi. Mata sahaja yang sudah mengantuk. Lara cuba bertahan. Dia mahu menunggu Sofea pulang. Mahu melihat muka si comel tu. Mesti dia seronok di sana.


“Inilah anak Naim ye.” Datin Min berbisik pada Puan Sri. Memang Datin Min tahu semua kisah Naim. Cuma mereka baru mendapat tahu yang Naim ada seorang anak perempuan hasil dari perkahwinan tersebut.

Puan Sri sekadar mengangguk. Sofea yang duduk di sebelahnya dikerling. Diusap lembut rambut Sofea.

Tan Sri pula apa lagi. Sibuklah bercerita dengan Dato’ Kamal hal berkaitan dengan perniagaan. Itulah benda yang selalu mereka bualkan. Zarif pula malas hendak mendengar semuanya. Dia keluar menghirup udara segar di atas bukit. Rumah Dato’ Kamal terletak di kawasan elit di atas bukit.

“Hai sayang.” Tiba-tiba sahaja bahu Zarif disentuh seseorang. Dan dia tahu siapa orang itu.

“Zira, please.” Rimas Zarif dibuatnya. Zira sudah erat memeluk badan Zarif dari belakang. Cuba dilepaskan tangan Zira yang masih melekat di pinggangnya.

“Zira!” perlahan-lahan Zira melepaskan pelukannya. Wajah Zarif dipandang. Sudah beberapa kali Zira cuba menggoda Zarif tetapi masih tidak berjaya. Susah betul nak tawan lelaki seorang ni. Selalunya semua lelaki akan terus tergoda bila Zira membuat aksi manja di hadapan mereka. Zarif, berbeza langsung.

Okay, relaks sayang.” Ini yang malas kalau berjumpa dengan Zira. Ada sahaja benda yang dia akan buat untuk cuba menggoda Zarif. Masalahnya Zarif langsung tidak tergoda.

“Kenapa tak ajak I teman you dekat sini? Apa kata kita keluar sama sekarang. Tinggalkan mereka semua.” Zira cuba mencapai tangan Zarif. Cuba memujuk Zarif supaya bersetuju dengan cadangannya. Tentu seronok dapat keluar bersama Zarif.

“Sayang, jomlah.” Zira masih cuba memujuk Zarif. Pandangannya masih ditujukan pada pemandangan ibu kota Kuala Lumpur. Wajah Zira langsung tidak dipandang.

“I nak balik.” Itu sahaja yang keluar dari mulut Zarif. Dia terus berlalu masuk mendapatkan Tan Sri dan Puan Sri. Zira pula masih berdiri di situ.

Kenapa susah sangat nak buat dia suka dekat aku ni? Bencilah. Geram Zira dibuatnya.

“Zarif, kenapa awal sangat nak balik?” Datin Min yang sibuk bertanya. Dia nampak Zira keluar tadi mencari Zarif. Mesti ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua tadi. Tidak pula dia nampak kelibat Zira masuk. Maknanya dia masih ada diluar. Seorang diri.

“Zarif letih sikit Auntie. Nak rehat dekat rumah. Ma, Zarif balik dulu, nanti Zarif telefon Pak Mat ambil mama dengan papa.” Tangan Datin Min dan Dato’ Kamal dicapai untuk bersalam.

Sofea yang duduk di tepi Puan Sri hanya memandang. Dia tahu lelaki tersebut tidak berapa suka dengannya. Tidak pernah sekali pun Zarif berbual dengan Sofea. Baginya budak kecil itu tidak penting dalam hidupnya. Tiada guna pun dia hendak mengambil tahu tentangnya. Bagi Zarif, Sofea dan Lara sama sahaja. Tiada guna baginya. Tidak penting dalam kehidupannya.

Kereta dipandu laju. Dia mahu pulang segera ke rumah. Bukannya dia tidak tahu Lara ada di rumah tetapi tetap dia mahu sampai secepat mungkin. Entah apa yang minah tu buat dekat rumah sekarang ni. Bukan boleh percaya sangat orang luar ni. Kenapa Lara yang sibuk difikirkan.

Sampai di rumah, segera Zarif membuka pintu utama. Lampu masih terpasang walaupun tidak semua. Sunyi sepi sahaja dalam rumah. Mana semua orang. Dah tidur ke?. Dikerling pada jam tangannya. Baru pukul sepuluh setengah malam.

Zarif berlalu menuju ke ruang khas untuk menonton TV. Dia mahu menonton rancangan CNN sebelum masuk tidur. Mahu mengetahui jika ada berita-berita dunia terkini.

TV terpasang. Lampu sudah tertutup. Tapi tiada nampak kelibat orang pun di situ. Mesti perempuan tu yang terlupa tutup TV ni. Marah Zarif dalam hati.

Terkejut Zarif bila terlihat seseorang sedang berbaring di atas sofa. Dari cahaya yang samar-samar menyinari ruang tersebut, Zarif dapat melihat wajah Lara yang sedang tidur. Tidak langsung dia sedar yang seseorang sedang memerhatikannya.

Biarlah dia. Aku peduli apa. Zarif membiarkan Lara tidur di situ. Dia terus menonton saluran CNN. Sesekali matanya beralih juga kepada Lara yang masih nyenyak tidur. Nyenyak betul dia tidur. Letih sangat ke dia. Tanya Zarif sendiri.

Fikirannya tidak dapat ditumpukan pada rancangan yang sedang ditontonnya. Takkanlah sebab si Lara ni.

Arghhhhh….

Zarif terus menutup TV dan…….
           


            

23 comments:

  1. nak lagi sis ;)
    Tq for the entry...

    ReplyDelete
  2. Hihi zarif2.. jeling2 nnt juling..
    hairynn best2..

    ReplyDelete
  3. Alamak...tgh2 best baca...tgendala la plak...huu..nway...i like

    ReplyDelete
  4. Dan....?? Alamak tergantung plak kat situ... Suspen ni.. Apa zarif buat ehhh.. Tak kan zarif dukung lara plak... Aduiiii jiwa ku dh kacau ni.. Cpt2 sambung

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar sis Nira... Kena dukung ke?..Baiknya si Zarif ni....

      Delete
  5. Sis hairynn...ishhhh!!!!!huhuhu jgn siksa kami!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminatuuz Zahrah..... hehe... sorry.....

      Delete
    2. Sis out of topik dulu.Apa perkembangan Kau Tetap Milikku? Rindu Hariz-Arina....

      Delete
    3. Masih dalam proses penilaian. Rindu ye dekat KTM... Haris dan Arina...

      Delete
    4. TQ Sis for the new entry....Hilang rindu tp gaduh la pulak.Kita pulak yang meroyan huhu.....

      Delete
  6. Assalamualaikum....harap2 Zarif x buat perkara yang tak baik pada Lara...dan kalau ya biarlah Naim sebagai penyelamat...jauhnya igauanku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.... kena tunggu next entry ni sis.... Mungkin ye mungkin tidak....

      Delete
  7. sangat2 xsabar nk tunggu next entry....hari2 buka blog...xcited nyer pasal..mmg best citer ni..harap zariff xbuat apa2 n cepat2 jatuh cinta pada lara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tq so much sis... Suka sangat dengar komen2 positif macam ni....

      Delete
  8. Sis jgn la buat Lara & Naim.Kesian Zarif.Nonono...Suka Zarif walaupun dia sengal tapi sweet...

    ReplyDelete