My corner's visitor

Tuesday, July 30, 2013

E-Novel: Kau Tetap Milikku - Bab 15

KAU TETAP MILIKKU

Bab 15

“Arina, I nak you ikut Haris ke Langkawi ahad ni. Sepatutnya this week, but then Haris ada meeting at Singapore. So he will only be back on Friday. Nanti I akan suruh Hasnah book flight ticket for both of you.” Dato’ Mahizan bersuara sambil menandatangani surat yang diberikan oleh Arina.

“Dato…. kenapa saya yang kena pergi dengan Haris?... Aaa, maksud saya Dato’ Haris.” Arina memarahi dirinya sendiri atas kecuaiannya tadi. Mahu sahaja ditampar mulutnya ketika itu. Harap-harap majikannya tidak mengesyaki apa-apa. Tapi sekarang ni yang lebih merisaukan Arina ialah arahan majikannya itu.

Dato Mahizan meletakkan pen di atas meja dan mengangkatmukanya memandang Arina.Arina pula mengalihkan pandangannya ke atas kertas yang ditandatangani tadi.Dikumpul semula kertas-kertas tersebut lalu dimasukkan ke dalam fail yang dibawanya.

“Kenapa Arina? You takut nak berdua-duaan dengan anak I ke?” Terkejut Arina dengan pertanyaan majikannya itu. Dirasakan jantungnya berdegup terlalu laju. Lari 100meter pun takdanya berdegup laju macam ni. Sempat lagi Arina berbisik sendiri. Dikuatkan semangat untuk mengangkat muka memandang majikannya.

“Bu…bukan macam tu Dato. Sebab saya rasa orang yang lebih penting yang perlu pergi ke sana. Saya ni orang bawah je.” Arina seperti memperlahankan suaranya. Memang betul apa yang dikatakannya. Kenapa dia yang perlu pergi melihat projek di sana. Ramai lagi yang patut melawat tapak projek mereka di sana di samping Haris.

“You kena jadi setiausaha Haris kat sana. Apa yang Haris minta you catatkan, you catat. Arina, I tak boleh hantar Hasnah ke sana. Dia kena jaga I kat sini. You faham Arina.” Apa yang Arina boleh buat. Semua arahan telah dikeluarkan. Sebenarnya dia tidak kisah sangat hendak ke Langkawi tu, yang lebih merungsingkannya ialah dia perlu menghabiskan masa selama 3 hari di sana bersama dengan lelaki bernama Haris.

Arina tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjanya. Hanya  mereka berdua sahaja akan ke Langkawi nanti. Apalah nasib kau Arina. Makin hendak kau larikan diri dari Haris, makin dekat dia pada kau. Pening Arina dibuatnya.

“Arina…. Nah ni tiket untuk hari ahad ni. Enjoy yourself ye.” Sempat lagi Hasnah menepuk bahu Arina sebelum berlalu ke bilik majikannya. Arina pula sekadar tersenyum kelat mendengarnya.

Habislah kau Arina…………….Arghhhhhhhh….


Malam itu sedang Arina mengemas pakaian yang hendak dibawanya ke dalam beg, telefonnya berbunyi. Tertera nama Carliff di skrin telefonnya.

“Hi Arina….I ganggu you ke ni?” seperti biasa lembut sahaja suara Carliff bila bercakap. Tak mustahil ramai perempuan yang cair bila mendengar suaranya.

“Saya tengah kemas baju-baju ni. Esok pagi nak kena pergi Langkawi pasal kerja.”

“Kerja?. Arina pergi dengan siapa?. Ramai ke yang pergi?” banyaknya tanya si Carliff ni. Dia ingat dia siapa. Suami aku ke nak tanya ni semua. Tenang  Arina tenang. Dia cuma risaukan kau sebagai sahabat. Kau yang dah salah sangka.

“Saya pergi dengan Dato Haris. Nak tengok tapak projek kat sana. Kena jadi setiausaha dia untuk 3 hari nanti. Tu sebablah kena ikut ni.”

“Dengan Haris je? Ini arahan dari auntie or Haris?” Carliff berasa curiga dengan mereka berdua. Setakat nak tengok tapak projek, takkanlah nak bawa Arina bersama. Sebelum-sebelum ni takda pulak si Haris ni nak pergi dengan setiausaha. Setiausahanya yang dulu pun tidak pernah dibawa bersama bila melawat tapak projek.

“Arahan dari Dato Mahizan. Dato yang suruh.” Pelik juga Arina dengan Carliff ni. Semua benda nak ditanyanya.

“Encik Carliff…. Ada apa-apa lagi?. Kalau takda apa-apa nanti lain kali kita sambung lagi ye. Sebab saya nak kemas beg ni untuk esok.” Banyak lagi yang perlu dibuatnya. Maklumlah bukannya dia selalu kesana kesini. Beg tarik ni pun dia pinjam dari Mimi. Nasiblah Mimi ada membelinya tahun lepas sebelum raya. Katanya senang nak bawa naik bas.

Arina memutuskan panggilan setelah Carliff mengucapkan selamat malam padanya.

Baru sahaja Arina hendak menyambung kerjanya, telefon sekali lagi berbunyi. Malasnya dia hendak menjawab.

“Ye Encik Carliff. Ada apa lagi ye?”

“Carliff?!!!!!”

Alamak….. salah orang ke…… macam suara Haris. Matilah aku.

“Tak…tak….. tadi Encik Carliff telefon…..”

“Buat apa dia telefon?!” Belum sempat Arina menghabiskan ayat, Haris terlebih dahulu memotong cakapnya.

“Dia nak tanya pasal kerjalah. Yang Haris telefon ni kenapa pulak? Kalau takda apa-apa Arina nak sambung kemas beg ni.” Malas hendak dilayan Haris ketika itu. Ikutkan hati, hendak sahaja diputuskan talian. Tapi bila difikirkan yang dia perlu bersama dengan Haris bermula esok pagi, dibatalkan sahaja niatnya itu. Bukan betul sangat si Haris ni.

“Arina…..Esok pukul 9 siap. I amik dekat rumah. And one more thing…. I tak suka you rapat dengan Carliff. Is it clear my dear?” satu lagi arahan yang perlu dituruti. Lepas satu, satu arahan yang dilemparkan padanya. Susah untuk dia mengatakan tidak.

Arina menyambung kerjanya. Telefonnya di silent kan. Malas dia hendak mengangkat panggilan dari sesiapa pun. Moodnya hilang bila Haris mengeluarkan satu lagi arahan padanya.

Haris cuba menenangkan dirinya. Arina cuma miliknya sahaja. Dia memang sudah sah menjadi miliknya. Tiada sesiapa pun yang boleh mengambil Arina darinya termasuklah Carliff.


Keesokkan paginya, Arina awal-awal lagi sudah bersiap. Risau dia jika dia tidak bersiap lagi semasa Haris sampai. Bukannya dia tidak tahu yang Haris memang tidak suka menunggu orang. Sempat lagi Arina menyediakan sarapan untuk teman-teman serumahnya. Arina mengisi sedikit nasi goreng yang sudah dimasak ke dalam bekas. Diletakkan di dalam beg kertas untuk dibawa bersama. Arina berkira-kira hendak membawa untuk Haris. Dia makan ke nasi goreng pagi-pagi. Dia kan ala-ala mat salleh sikit. Mana makan makanan melayu ni. Bisik Arina sendiri.

Baru sahaja Arina hendak mengeluarkan balik nasi goreng dari dalam begnya, bunyi hon kereta Haris kedengaran. Cepat-cepat Arina mengambil beg dan melangkah keluar dari rumah. Harap-harap semuanya berjalan lancar untuk tiga hari yang mendatang ni.

Haris keluar dari pintu belakang keretanya dan mengambil beg Arina lalu diletakkan di dalam bonet kereta.

“Kita nak pergi honeymoon ye sayang…..” sempat Haris berbisik pada Arina bila sahaja kereta bergerak dan membuatkan Arina rasa hendak patah balik ke rumah. Macam mana dia hendak melarikan diri dari Haris kalau dia buat sesuatu padanya. Dengan siapa dia hendak meminta bantuan di Langkawi nanti. Kecut perut Arina bila memikirkannya.

Haris yang sedang membaca suratkhabar, mengangkat mukanya bila mana Arina senyap sahaja di sebelahnya. Arina masih memandang luar sejak dari tadi. Takutkah dia dengan apa yang aku cakap tadi. Teruk sangat ke apa yang aku cakap tadi. Bisik Haris bilamana dilihat Arina senyap membisu dari tadi.

“Arina…. Kenapa senyap je ni. Masih risau dengan apa yang I cakap tadi ke? Ni dalam paper bag ni ada apa. Kenapa tak letak kat belakang je tadi.” Arina cuma menggeleng kepala sahaja. Pandangannya tidak pun dialihkan pada Haris. Tiba-tiba Arina teringat sesuatu. Paper bag?....

“Oh ye…Lupa lak. Ni Arina ada buat nasi goreng tadi. Ada lebih sikit. Tu yang bawak ni. Tapi kalau Haris tak makan takpa. Arina faham.” Arina yang sedang memegang bekas berisi nasi goreng tadi cuba memasukkan kembali ke dalam    paper bag. Betul andaian kau Arina. Mana mungkin lelaki bernama Haris makan nasi goreng. Lebih-lebih lagi kau yang buat Arina…..

“Suapkan I.” Biar betul Haris ni. Nak suap-suaplah pulak kat sini. Bukan Arina tak perasan driver Haris tersenyum-senyum sambil mencuri pandang pada mereka. Pelik sangat ke perangai Haris. Ala, mesti ramai perempuan yang dibawa naik sebelum ni. Takkanlah takda langsung kan…..

“Cepatlah. Lapar ni.”terkejut Arina bila Haris mendekatkan mukanya pada Arina. Arina menjauhkan mukanya ke belakang. Dibukanya bekas tadi dan disuakan sudu yang berisi nasi goreng ke mulut Haris.

Seperti budak kecil, Arina menyuapkan makanan pada mulut Haris sambil dia menyambung membaca suratkhabar. Sampai habis nasi goreng yang dibawanya tadi dimakan Haris.

“Sedap sayang.” Lembut sahaja suara Haris kedengaran. Arina jadi tidak keruan bila setiap kali Haris memanggilnya sayang dengan nada suara yang amat menggoda bagi Arina. Alangkah bahagianya jika Haris benar-benar sayang padanya.

Lamunan Arina terhenti bila Haris membuka pintu kereta. Sudah sampai di lapangan terbang rupanya. Berangan je kau ni Arina….


Akhirnya mereka sampai di lapangan terbang Langkawi. Haris menyewa sebuah kereta  supaya senang untuk mereka berjalan nanti.  Mereka terus menuju ke hotel yang sudah ditempah Hasnah.

“Ki…..kita kena kongsi bilik ke?. Kak Hasnah yang buat booking kan. Takkan dia ambil satu bilik je untuk kita.”  Risau Arina bila Haris cuma memegang satu kad sahaja. Mana kad untuk biliknya. Mustahil kak Hasnah tempah satu bilik sahaja untuk mereka. Bukan kak Hasnah tahu mereka suami isteri pun.

Haris cuma memandang Arina tanpa berkata apa-apa. Geram je hati Arina bila Haris membisu tanpa menjawab sepatah apa pun.

“Haris……” Suara kerisauan Arina jelas kedengaran.Dipandangnya wajah Haris  untuk mendapatkan penjelasan.

“Arina….I cancel satu bilik lagi. Ambil satu bilik sahaja. Senang I nak perhatikan you nanti. Jangan risaulah, I tak buat apa-apa pada you. Dengan syarat you jangan goda I.”

“Haris……..Arina taknaklah..Amiklah satu bilik lagi. Takpa, Arina bayar sendiri.” Arina terus membuka beg tangan untuk mengambil dompetnya. Tercari-cari dompetnya namun tiada.

“Haris….. dompet Arina tertinggal……” Wajah kerisauan jelas terpampar pada Arina. Haris terus merapatkan dirinya pada Arina sambil mengusap-usap rambut Arina.

Its ok my dear. I ada kan. Dah jom masuk.” Haris membuka pintu bilik dan menarik beg Arina masuk ke dalam sambil sebelah tangan lagi mencapai tangan Arina.


27 comments:

  1. bestnyaaaaaaaaaaaa... Sambng lagiiiiiiiii♥♥♥♥♥♥♥♥♥

    ReplyDelete
  2. The new chapter that I've been waiting for.
    Thank u Hairynn.

    ReplyDelete
  3. Thank you for Chapter 15. We want more....pleeeaaaaasssseeeee..... ;-)

    ReplyDelete
  4. ye!!!akhirnya ada chapter baru....terharu lama tunggu....hu....hu....nak lagi2...thanks for the new chapter ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Hasnah sbb sudi menanti sambungan novel ni begitu lama...huhu.... sorry sgt2 sbb buat suma tertunggu-tunggu....insyaallah hari ni chapter baru ye...

      Delete
  5. mak haris cam dah tau je rahsia haris & arina...... suspen.... suspen....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon rasa mcm tu..ok sgt la klu mcm tu..ada kelainan..

      Delete
    2. tunggu ye bab-bab seterusnya... harap2 semua pembaca berpuas hati...;)

      Delete
    3. puas membaca tapi hati tetap jadi emo dan tak sabar nak dengar luahan cinta haris pada arina.....

      Delete
  6. Replies
    1. Tq dear....jgn lupa follow next chapter juga ye...;)

      Delete
    2. whehehe..terlebih follow pown ada dah..dont worry kak!

      Delete
  7. Cite makin lama makin best...teruskan usaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear....tgh berusaha ni utk buat cerita ni lagi best...;)

      Delete
    2. dear hairynn, bab 16 pls..... tak sabar dah ni....waaaa

      Delete
    3. Bab 16 dah ada ye...enjoy....:)

      Delete
  8. salam Hairynn..boleh tlg email akak tak
    redskat7@gmail.com asap ya.tqsm

    ReplyDelete
  9. dah publish nnti inform yeeeeee

    ReplyDelete