KAU
TETAP MILIKKU
BAB
12
Puas Arina cuba melupakan tentang Haris dan wanita
tadi, tapi tidak berjaya. Fikirannya asyik memikirkan tentang Haris. Siapa
wanita tadi. Mungkin teman wanita baru Haris. Entah kenapa Arina seperti terasa
dirinya tercabar dengan kecantikkan wanita tadi. Kalau nak dibandingkan dengan
dirinya, memang sah-sah jauh bezanya. Arina cuba untuk tidur dari terus
memikirkan tentang Haris. Ditambah lagi dengan keadaannya yang tidak sihat yang
memerlukan rehat yang cukup. Akhirnya Arina tertidur juga setelah memakan ubat
yang diberikan doktor tadi.
“Auntie, sihat ke?. Dah lama Farah tak jumpa Auntie.
Mummy and daddy kirim salam.” Dato’ Mahizan menghampiri Farah, wanita yang
baru sahaja masuk kedalam biliknya itu sambil tersenyum. Farah yang seperti
keanak-anakkan itu terus memeluk Dato’ Mahizan.
“Haris, masuklah. Kenapa tercegat kat depan pintu
tu. Cari apa kat luar? Dah, masuk, tutup pintu tu.” Pelik Dato’ Mahizan melihat
tingkah laku anaknya itu. Macam ada yang tidak kena. Belum sempat bertanya pada
anaknya itu,Farah telah terlebih dahulu bercerita tentang keluarganya yang
berada di Australia. Banyak betul cerita yang hendak diceritakan itu.
Memang perangai Farah begitu. Pantang jumpa dengan
Dato’ Mahizan. Ada sahaja yang hendak diceritakan sampai kadang-kadang
membuatkan Dato’ rimas bila bersama dengannya. Apa lagi si Haris. Kalau ikutkan
hati, malas dia hendak melayannya. Cuma bila difikirkan tentang ibu bapa Farah
yang rapat dengan mamanya membuatkan dia terpaksa melayan juga kerenah Farah
itu.
Sedang Farah bercakap tentang ibunya yang telah
membuka restoran di Australia, Haris tiba-tiba bersuara, “Mama, where’s
Arina?”
Dato’ dan Farah sama-sama terkejut bila tiba-tiba
Haris bertanyakan tentang Arina. Terus terdiam mereka tatkala itu.
“Where’s Arina, mama?” Haris bertanya lagi
kepada mamanya. Kali ini suaranya agak tegas seperti benar-benar mahukan
jawapan dari mamanya.
“Owh Arina…..She’s not feeling well. Tadi
pengsan kat office Carliff. After Carliff hantar jumpa doktor,
dia terus balik. Dapat MC.” Dato’ masih memerhatikan Haris yang seperti tidak
senang duduk bila mendengar mengenai Arina.
“Wait, wait……Carliff?. Why Carliff yang
hantar dia ke klinik?. And why she
was there?. What’s she doing there at the first place?” Sakit hati Haris
bila dapat tahu yang Carliff yang menghantar Arina ke klinik. Haris tahu yang
Carliff bukan calang-calang orang. Risau jika Carliff terpikat dengan Arina.
Bermacam-macam andaian yang bermain di fikiran Haris ketika itu.
Dato’ Mahizan tidak tahu apa yang sedang
bermain-main difikiran Haris ketika itu. Terus dia menarik tangan Haris untuk
mengikutnya keluar. Farah dibiarkan keseorangan sebentar.
“Look Haris. Mama tak tahu apa kena dengan
Haris. Why my dear?.Farah is here. No more Arina or Carliff okey.” Dato’
Mahizan menepuk bahu Haris dan berlalu masuk ke dalam bilik semula. Haris
terpaksa mengikut mamanya ke dalam. Dalam masa yang sama, sempat dia
mengeluarkan telefonnya. Dia perlu mengetahui keadaan Arina sekarang ini.
Walaupun Haris berada bersama-sama dengan mamanya
dan Farah di dalam bilik, namun fikiran Haris tidak disitu. Fikirannya melayang
memikirkan tentang Arina dan Carliff. Mesej yang dihantar dari tadi tidak
berbalas. Telefonnya tidak pernah lekang dimata. Dato’ Mahizan perasan dengan keresahan
anaknya itu.
Akhirnya Dato’ Mahizan meminta Farah pulang dengan
alasan dia dan Haris perlu berbincang mengenai projek yang akan dimulakan
minggu hadapan. Pemandu peribadinya disuruh menghantar Farah pulang ke rumah.
“Haris, kenapa ni? Mama tengok resah semacam je dari
tadi. Macam ayam berak kapur pun ada muka tu. Jangan kata Haris masih fikirkan
tentang Arina dan Carliff….” Tanya Dato’ Mahizan bila sahaja Farah keluar dari
pejabatnya.
“Mama, Haris keluar dulu.” Haris tidak menjawab
pertanyaan mamanya sebaliknya terus mencium pipi mamanya seperti yang dibuat
selalu dan berlalu keluar.
“Haris, please…..Not Arina…” lembut sahaja
suara Dato’ Mahizan tetapi masih dapat didengari oleh Haris. Bukan dia tidak
kenal dengan perangai anak tunggalnya itu. Dia risau jika Arina menjadi salah
seorang dari perempuan-perempuan yang dibawa kesana sini oleh anaknya. Puas diberikan nasihat pada anaknya itu,
namun tidak diendahkannya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berasa risau jika
Haris mempermainkan perasaan Arina seperti perempuan-perempuan lain sebelum
ini.
Haris terus meluncur laju dengan keretanya ke rumah
Arina. Di dalam fikirannya sekarang cuma Arina. Bagaimana keadaannya sekarang
ini. Sudah makan ke dia. Semuanya menjadi tanda tanya lagi.
Sampai di hadapan rumah Arina, Haris terus
memberhentikan keretanya dan berlalu masuk. Puas diketuk pintu rumah Arina
namun tidak ada yang membukanya. Bukan itu sahaja, Haris masih cuba menghubungi
Arina sejak dari tadi. Geram dan risau bila semua panggilannya tidak berjawab.
Ketukan di pintu juga semakin kuat.
Baru sahaja Haris hendak menyambung ketukannya,
tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. Kelihatan Arina berdiri di belakang pintu
dengan muka yang pucat. Dalam masa yang sama, Arina terkejut dengan kehadiran
Haris ke rumahnya.
“Arina, are you okay my dear?.” Tidak sempat
Arina bertanya, Haris yang terlebih dahulu bersuara. Tanpa meminta izin, Haris
terus masuk ke rumah dan meletakkan telapak tangan kanannya ke dahi Arina.
Memang Arina demam. Panas dahinya dapat dirasa.
Arina cuba menepis tangan Haris dari terus memegang
dahinya. Dia tidak mahu langsung simpati dari Haris. Fikirannya terus teringat
tentang peristiwa petang tadi. Entah manalah dicampaknya perempuan tadi. Dia
yakin di dalam hati Haris, ramai perempuan-perempuan yang penting baginya.
Haris cuma menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.
“Cuma tanggungjawab Arina…..Bukannya kau yang
bertakhta dalam hatinya. Jangan jadi bodoh Arina…..” Suara hati Arina mendesak
untuk tidak mempercayai Haris.
“Arina, you dah makan?. Pucat sangat muka you ni.
Kalau belum, jom…I masakkan bubur untuk you. And are you alone right now?.”
Sambil memimpin Arina berjalan ke sofa,
mata Haris sibuk meninjau-ninjau keadaan rumah Arina. Mencari dimana letaknya
dapur.
Arina yang tadi cuba berjalan menuju ke sofa,
terhenti apabila mendengar kata-kata Haris. “Haris, tolonglah. Tinggalkan
Arina. Takpe kalau Arina sudah atau belum makan. Arina dah besar. Dan Arina
boleh jaga diri sendiri. Tak payahlah Haris nak jaga, nak layan Arina macam
budak kecik. Arina rayu tolong keluar dari rumah ni sebelum housemate
Arina balik. Tolonglah Haris.” Dengan suara lemah, Arina gagahkan juga untuk
berkata. Dia tidak mahu Haris menjaganya. Dia tidak memerlukan lelaki bernama
Haris untuk menjaganya.
Terkedu Haris bila Arina menolak pelawaannya untuk
menjaganya. Tidak pernah seumur hidup Haris seorang perempuan menolak
pelawaannya. Semua perempuan yang dikenalinya memang tidak akan menolak jika
Haris hendak menjaga mereka. Apatah lagi dengan rela hendak menjaga mereka
ketika sakit. Siapa yang tidak mahu bila dapat dijaga oleh lelaki yang kacak
dan kaya seperti Haris. Sangat beruntung siapa yang mendapat layanan tersebut.
Lain pula dengan Arina……..
“Arina, you sakit. I just nak……” belum sempat
Haris menghabiskan ayatnya, terdengar bunyi pintu dibuka dari luar.
Masing-masing terdiam. Kelihatan Mimi melangkah masuk dengan muka penuh
kehairanan bila melihat Haris.
“Dato’ Haris, terima kasih kerana melawat saya.
Kalau ada apa-apa nanti saya akan hubungi Dato’ Mahizan.” Arina cuba memecahkan
keadaan yang terdiam ketika itu.
“I will call you tonight sayang. Take care.”
Sempat Haris berbisik pada Arina seraya mengusap lembut kepala Arina sebelum
melangkah keluar. Mimi yang ketika itu berdiri di tepi pintu menjadi pemerhati
sahaja. Masih terperanjat mungkin dengan apa yang dilihatnya. Haris….Haris
lelaki yang telah membuatkan hidup Arina kucar kacir sebelum ini.
Mimi masih berdiri di situ dengan pandangan yang
meminta penjelasan dari Arina.
“Mimi, aku tak sihat ni. Aku tahu banyak benda kau
nak tanyakan kat aku pasal lelaki tadi. Nanti aku dah sihat aku cerita kat kau
ye. Sekarang ni kau ada belikan aku bubur tak. Lapar lah….” Arina menayangkan
muka simpatinya pada Mimi.
Mimi menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Beg
plastik yang dipegangnya diangkat dan ditunjukkan pada Arina sambil menuju ke
arah Arina.
“Kejap, aku letak bubur kau ni kat dalam mangkuk.
Nanti kau boleh makan. Kau tunggu jap ye. Kesian kawan aku sorang ni.” Lantas
Mimi berlalu ke dapur membawa beg plastik yang berisi bubur itu. Arina pula
menyandarkan badan pada sofa yang didudukinya tadi. Bertambah pening bila
memikirkan tentang Haris. Cara Haris melayannya, mengambil berat tentangnya.
Mungkinkah itu cara Haris melayan perempuan-perempuan lain. Mungkin sama sahaja
layanan yang diberikan padanya dengan perempuan-perempuan tersebut. Dia sendiri
tidak tahu.
Memang benar apa yang dijanjikan Haris petang tadi.
Dia tidak lupa untuk menelefon Arina untuk bertanyakan tentang keadaannya.
“Arina, you dah tidur ke?. Dah makan ke?” tanya
Haris terus bila panggilannya dijawab.
“Dah makan tadi.” Itu sahaja ayat yang keluar dari
mulut Arina. Ikutkan hatinya malas dia hendak menjawab panggilan Haris itu.
“Oklah Arina.. I taknak disturb you. You rehat and
tidur awal malam ni okay. Arina…. How I wish you were here with me on this bed
Arina. Emmmm, I mean I boleh jaga you, tidurkan you. Risau I bila dapat
tahu you sakit.” Sayu sahaja suara Haris ketika itu seperti meminta simpati
Arina. Memang benar Haris terlalu risaukan Arina. Entah kenapa dia pun tidak
tahu. Tidak pernah dia berasa risau seperti ini terhadap mana-mana perempuan
selain mamanya.
“Haris, cukuplah. Kalau tak ikhlas risaukan Arina, please
stop it. Ada baiknya Haris risaukan orang lain dari Arina. Arina tak
layak.” Tiba-tiba sahaja Arina rasa dirinya tidak layak mendapat simpati.
“You are my wife Arina. Salah ke seorang
suami risaukan isterinya. Salah ke?!. And selagi I tak ceraikan you, you masih
bawah tanggungjawab I. Do you understand that?!...Now, you pergi
tidur my dear. Good night.” Haris terus memutuskan panggilan tersebut.
Arina yang sedikit terkejut dengan kata-kata Haris
tadi seperti budak kecil mengikut apa yang diperintahkan oleh Haris sebentar
tadi. Memang betul apa yang dikatakan oleh Haris tadi. Arina masih dibawah
tanggungjawabnya. Haris masih berhak sepenuhnya ke atas Arina.
Haris pula terasa tercabar bila Arina berkata begitu. Baginya, Arina
masih di bawah tanggungjawabnya. Kalau ikutkan hatinya, sudah ditariknya Arina
mengikutnya balik ke rumah. Arina berhak sekarang tinggal di rumahnya kerana
dia adalah isterinya yang sah. Bukan seperti perempuan-perempuan lain yang
dibawanya sebelum ini. Tetapi mahukah Arina tinggal dirumah tersebut sekiranya
dia tahu yang dia bukannya yang pertama bermalam di situ. Rumah tersebut
jugalah yang pernah menjadi saksi atas apa yang berlaku pada malam itu antara
mereka berdua. Malam di mana Haris berjaya menakluki Arina tanpa kerelaannya.
Arina……..Arina……..Hidupku tidak tentu arah kerana memikirkan dirimu………………
bestnyaaaaaaaaaaaaaa... nak lagiiiiiii
ReplyDelete