My corner's visitor

Wednesday, July 3, 2013

E-Novel: Majikanku Sayangku - Bab 3

Majikanku Sayangku

Bab 3

“Zaira, setiap pagi kena buatkan Encik Haikal air ye. Dia nak minum bila masuk office. Zaira nampak dia masuk, terus buat air dulu ye kat pantri tu.” Siti menyenaraikan segala benda yang Zaira perlu buat untuk bosnya nanti. Tidak lupa juga Siti mengajar Zaira membuat flight booking untuk bosnya. Zaira diberitahu yang Encik Haikal ni selalu juga outstation. Kadang-kadang ke luar negara. Semua tu memerlukan Zaira menempah tiket kapal terbang untuknya.

“Lupa lak akak nak bagitahu. Kadang-kadang bos ni outstation. Ada meeting kat mana-mana. Kalau dia suruh Zaira ikut, Zaira ikut je ye. Sebab dulu sebelum akak berbadan dua ni, dia ada suruh akak ikut dia. Jadi benda tu perkara biasa ye. Jangan pulak Zaira ingat bos nak menggatal kat Zaira tau.”
Siti mengangkat keningnya sambil memandang Zaira yang tergamam dengan apa yang Siti katakan tadi.

“Apalah akak ni. Mana ada Zaira fikir macam tu. Tapi tulah, memang kena ikut ke kak?. Harap-haraplah untuk dua bulan ni takda bos ajak gi mana-mana ye.” Sambil mengangkat tangan seperti memohon doa. Siti menepuk bahu Zaira dan menyambung kembali penyerahan kerja kepada Zaira. Pening dibuatnya Zaira. Nasiblah si Zaira ni seorang yang cepat faham apa yang diajar. Kalau tidak, masaklah si Siti nak menerangkan satu persatu.

“Siti, panggil Zaira masuk. You pun masuk sekali. Both of you.” Encik Haikal memanggil mereka masuk ke dalam pejabatnya. Inilah kali kedua Zaira akan masuk kedalam bilik bosnya. Kali pertama dulu cuma terpaksa menghantar minuman bosnya ketika Siti cuti.

Tuk tuk…..

“Masuk” kedengaran suara Haikal dari dalam. Pintu dibuka dari luar dan Siti melangkah masuk. Diikuti Zaira yang masih rasa segan lagi.

Mereka duduk di kerusi di hadapan meja bosnya. Haikal pula masih menaip sesuatu di laptopnya.

“Ok. So, you dah ajar apa yang patut pada Zaira?” Selesai sahaja dia menaip, diangkatnya kepala dan memandang Zaira sambil bertanya pada Siti. Zaira pula tidak perasan yang bosnya sedang memerhatikannya. Dia masih ralit memerhatikan pen yang diletakkan di atas meja bosnya itu.

“Dah Encik Haikal. Saya dah ajar dan tunjuk apa yang patut dia buat. Insyaallah dia boleh buat kerja-kerja tu suma. Kan Zaira?” tanya Siti pada Zaira. Barulah si Zaira mengangkat mukanya bila namanya disebut Siti.

“Zaira?” rasanya dia perlu menjawab pertanyaan Siti tadi.

“Insyaallah Encik Haikal. Saya akan cuba buat yang terbaik. Saya harap Encik Haikal juga boleh beri tunjuk ajar pada saya ye. Maaf kalau saya ada buat salah nanti.” Lembut sahaja suara Zaira menjawab.

“Ok, bagus. Yang penting bagi saya, bila saya suruh buat sesuatu, jangan lambat siapkan ye. Saya tak suka kerja-kerja bertangguh. And yang penting jangan lambat sampai bila saya panggil. Kerja-kerja yang saya akan suruh buat nanti, kalau tak faham, just let me know. For your information, saya tak makan orang.” Siti dah tersenyum-senyum dengan ayat akhir bosnya tu. Zaira pula serba salah samada hendak senyum atau tak. Yelah, ayat-ayat awal tadi seperti tegas bunyinya. Bila dah akhir tu, ayat seperti lawaklah pulak.

Mereka keluar dari bilik apabila bosnya menerima panggilan telefon dari salah seorang client syarikat mereka.

“Zaira, akak dah start cuti minggu depan. Jadi kalau ada apa-apa Zaira tanya akak cepat ye. Manalah tahu kalau-kalau baby ni nak keluar cepat. Tak sempat minggu depan, minggu ni dah keluar.” Jelas Siti ketika mereka sama-sama keluar makan tengahari. Bukan sahaja mereka berdua, Azlin juga turut serta menjamu selera di café di tingkat bawah pejabat mereka.

“Cepatnya kak. Bertambah takut saya ni. Macam tegas je bos tu kak.”terus hilang selera makan Zaira bila mendengar kata-kata Siti. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berasa risau dan gelisah setiap kali nama bosnya disebut. Mungkin ini kali pertama dia akan bekerja dengan orang atasan. Orang kuat syarikat dia bekerja. Mampukah dia. Takpa Zaira…Cuma untuk dua bulan sahaja. Sekejap je masa berlalu. Nanti Kak Siti akan ambil alih balik kerja ni. Pujuk hati kecil Zaira.

“Dia kan dah cakap, dia tak makan orang.” Azlin yang mendengarnya turut serta ketawa bersama Siti. Cuma Zaira sahaja yang buat-buat ketawa. Lawaklah sangat kan……malas nak dilayan mereka ni. Lagi kecut perut Zaira bila memikirkannya.



Hari ini merupakan hari pertama Zaira menjalankan tugasnya sebagai setiausaha Haikal. Siti sudah mula bercuti. Sedang menunggu hari untuk bersalin. Zaira awal-awal lagi sudah tiba ke pejabat. Sahaja dia hendak mempersiapkan diri dengan tugas barunya.

“Awalnya kau hari ni. Tak sabar nak jumpa bos yang hensem tu ke.” Lantang sahaja suara Azlin. Mentang-mentanglah cuma mereka berdua sahaja ketika itu. Yang lain-lainnya masih belum sampai.

“Mulut kau ni kan…Aku taknaklah kelam kabut nanti. Mana tahu tiba-tiba bos masuk awal lak hari ni. Naya aku nanti.” Zaira masih sibuk membelek komputer Siti. Dibukanya satu persatu email yang masuk.

Tepat jam 9 pagi, kelihatan Haikal melangkah masuk dari pintu utama terus menuju ke biliknya. Cepat-cepat Zaira menuju ke pantri untuk membuat air. Ini kali kedua dia menyediakan air untuk bosnya.
“Selamat pagi Encik Haikal.” Sambil meletakkan cawan berisi air Nescafe untuk bosnya. Haikal pula masih sibuk membetulkan tali lehernya.

“Oh, selamat pagi.” Langsung tak dipandangnya Zaira yang berdiri di hadapannya. Baru sahaja Zaira hendak melangkah keluar, kedengaran suara Haikal memanggilnya.

“Zaira, awak lupa sesuatu ke?” Lupa sesuatu?....apa yang lupa dibuatnya. Ah, tidak….Baru Zaira teringat.

“Ma…maaf Encik Haikal. Saya ambil diari saya dulu.” Zaira bergegas keluar untuk mengambil diarinya. Macamana lah dia boleh terlupa. Dia sepatutnya menyemak diari yang diberikan oleh Siti padanya tempoh hari. Di dalam diari tersebut tertulis semua temujanji bosnya. Tugasnya memberitahu segala temujanji dan jadual kerja bosnya setiap pagi.

“Hari ni Encik Haikal ada appointment dengan Dato Farid dekat officenya pukul 11 pagi. Satu je temujanji Encik Haikal untuk hari ni.” Jelas Zaira sambil menyemak kembali diarinya.Takut-takut dia terlepas pandang.

“Ok.” Itu sahaja yang keluar dari mulut Haikal.

Zaira melangkah keluar dari bilik bosnya dan menyambung kerja yang ada.

Hari pertama berlalu dengan sempurna. Lega rasanya Zaira. Masih ada lebih kurang 60 hari lagi sebelum Siti kembali bekerja. Malamnya, Zaira mendapat panggilan dari suami Siti. Siti selamat melahirkan bayi perempuan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.


Esok paginya seperti biasa, Zaira menyediakan air untuk bosnya dan memberitahu segala temujanji yang ada untuk hari ni.

“Oh ye, Zaira.. Awak dah pergi melawat Siti?” tanya Haikal pada Zaira sambil tangannya sibuk mencatatkan sesuatu pada sekeping kertas.

“Belum lagi. Cadangnya petang nanti Encik Haikal.” Memang Zaira bercadang untuk melawat Siti petang nanti lepas waktu kerja.

“Awak pergi dengan staf-staf lain ke?” Haikal meletakkan pen dan memandang Zaira. Zaira pula yang rasa serba tak kena bila Haikal tepat memandang ke arahnya. Zaira memang lemah bila ada lelaki lebih-lebih lagi lelaki hensem seperti bosnya itu memandangnya. Dirasakan ada sahaja benda yang tak kena padanya. Bosnya itu pun jarang melihatnya bila bercakap. Entah apa anginnya tiba-tiba hari ni pulak dia mengangkat mukanya memandang tepat pada Zaira.

“Saya….saya pergi sorang je Encik Haikal. Sepatutnya dengan Azlin. Tapi dia tak dapat pergi. Ada kenduri tahlil kat rumah sepupunya.” Takut juga dia hendak pergi sendirian. Tapi kesian pula pada Siti. Zaira dah berjanji nak pergi melawatnya di hospital petang ni.
“Owh….Nanti petang tunggu saya. Kita pergi sekali. Naik kereta saya. Ke nak naik kereta awak, Zaira?” Apa kena dengan bos ni. Manalah aku ada kereta. Belum mampu lagi untuk dia membeli kereta. Duit yang dia dapat ni pun banyak dihabiskan pada keluarganya di kampung.

“Saya mana ada kereta Encik Haikal. Tak mampu lagi nak beli kereta.” Jawab Zaira dengan suara yang lemah. Memang kalau boleh dia pun hendak memiliki kereta sendiri. Alangkah seronoknya dia jika tiba-tiba ada orang yang baik hati membelikan dia kereta. Dah….Jangan nak berangan Zaira. Siapalah yang nak belikan kereta untuk kau, Zaira.

“Kalau macam tu, naik kereta saya. Pukul 5 kita gerak.” Zaira sekadar mengangguk dan berlalu keluar dari pejabat bosnya.

Sedar tak sedar, masa berlalu dengan begitu pantas. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.

“Zaira, jom.” Haikal mengetuk perlahan meja Zaira sambil berlalu keluar menuju je lift. Nasiblah mejanya sudah dikemaskan tadi. Fail-fail yang berterabur di atas meja tadi sudah siap disimpan kembali di tempat asalnya. Komputer ditutup. Azlin pula masih membuat kerjanya sementara menunggu abangnya sampai. Sempat lagi Azlin mengenyitkan matanya pada Zaira. Apa lagi, dapat percuma cubitan dari Zaira. Padan muka Azlin…

Sedang mereka mencari-cari parking yang disediakan di dalam hospital, telefon Zaira berbunyi. Zaira bergegas mengambil telefon dari dalam begnya. Tertera nama “ABANG” pada skrin telefon.

“Assalammualaikum Abang.” Haikal terus memperlahankan radio yang dipasangnya tadi. Takut-takut Zaira tidak mendengar suara pemanggil.

“Duit?. Tak cukuplah abang. Gaji pun belum lagi ni.” Suara Zaira semakin diperlahankan tapi masih cukup jelas pada pendengaran Haikal. Dikerling pada Zaira. Riak wajah Zaira berubah. Seperti ada masalah besar terjadi.

“Tengoklah abang. Nanti Zaira cuba ye. Abang janganlah marah.” Zaira masih memperlahankan suaranya. Risau kalau-kalau bosnya mendengar. Kalau kereta sudah berhenti, memang Zaira akan segera keluar dari kereta. Apakan daya, kereta masih bergerak. Nak taknak, terpaksalah juga bercakap tapi dengan suara yang amat perlahan bagi Zaira. Haikal pula sengaja tidak memperlahankan keretanya seperti mencari parking. Telinganya masih mahu mendengar perbualan Zaira tersebut.

“Abang…” Zaira seperti hendak menjerit memanggil abang. Tapi masih cuba dikawal suaranya. Telefonnya diletakkan kembali ke dalam beg. Zaira cuba menoleh ke arah bosnya. Lega rasanya bila Haikal masih sibuk mencari-cari parking. Difikirnya Haikal tidak mendengar perbualannya.

Setelah memarkirkan keretanya, mereka keluar menuju ke lift untuk ke tingkat wad bersalin. Masing-masing diam tidak berkata apa-apa. Haikal yang memulakan dulu perbualan antara mereka. “Ada masalah ke Zaira?” dipandangnya Zaira yang asyik memerhatikan sepasang suami isteri yang sedang bergurau senda tidak jauh dari tempat mereka menunggu lif.
“A…Apa dia Encik Haikal?” Ditoleh mukanya ke arah bos yang sedang memandangnya. Mata mereka bertentangan. Zaira cepat-cepat memandang tempat lain.

“Saya tanya awak ada masalah ke?” Haikal masih tetap memandang Zaira sambil memasukkan tangannya ke dalam kocek. Dengan tangan kemeja berlipat tanpa memakai kot dan tali leher, Haikal benar-benar kelihatan kacak. Lebih-lebih lagi dengan raut wajah yang amat tampan dan badan yang amat tegap membuatkan ramai wanita menoleh ke arahnya.


Zaira sekadar menggeleng dan nasib menyebelahinya, pintu lif terbuka.

2 comments: