KAU
TETAP MILIKKU
BAB
14
Arina
sudah nekad untuk menghantar surat perletakan jawatan kepada Dato’ Mahizan hari
ini. Dia tidak mahu perkara yang ditakuti terjadi. Setiap saat dirasakan
hatinya tidak menentu, risau, takut kalau-kalau majikannya mengetahui tentang
hubungannya dengan Haris. Macam manalah penerimaan Dato’ bila mendapat tahu
yang selama ini Arina menipu tentang statusnya. Menipunya tentang perkahwinan
yang tidak diketahuinya itu. Mungkin juga bila Dato’ mendapat tahu, dia akan
dipecat 24 jam. Tidak sanggup dia memikirkan reaksi Dato’ nanti. Agak-agaknya
habis dimaki hamun dirinya.
“Surat
apa ni Arina?” tanya Dato’ Mahizan apabila Arina menyerahkan sepucuk surat
padanya ketika dia membawa masuk air. Memang rutin Arina setiap pagi membawakan
secawan air milo panas pada majikannya itu. Dato’ Mahizan memandang Arina untuk
mendengar penjelasannya.
“Surat
perletakan jawatan saya, Dato’” jelas Arina sambil memandang Dato’ walaupun
dalam hatinya hanya tuhan sahaja tahu bagaimana takutnya dia untuk melihat
wajah Dato’ sambil menyatakannya.
Dato’
Mahizan tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia cuma membuka surat tersebut
sambil diperhatikan Arina. Arina serba salah ketika itu. Dirasakan hendak
sahaja dia keluar dari situ.
“Arina,
duduk.” Dato’ Mahizan bersuara setelah membaca surat tersebut. Arina yg ketika
itu tercegat berdiri, terus melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan
majikannya.
“Look
Arina….Masalah peribadi?. If ada masalah, you can tell me.
Kalau boleh tolong, I tolong. It’s just that susah bagi I nak lepaskan
seorang pekerja yang bagus macam you Arina. Ok, macam ni. Kalau you nak masa
untuk selesaikan masalah you ni, you boleh ambil cuti dulu. Sekarang ni susah
nak dapat kerja Arina. So, think carefully Arina. I taknak terima surat
you ni. So, I bagi masa you fikir. As what I said just now, kalau
you nak cuti, just let me know.”
Entah
mengapa, Arina tidak dapat berkata apa-apa ketika itu. Memang betul apa yang
dikatakan oleh Dato’ itu. Sekarang ini memang susah untuk mendapatkan kerja. Ramai
yang menganggur di luar sana. Tetapi macam mana dia nak melarikan diri daripada
Haris dan mamanya kalau dia masih bekerja di syarikat ini. Memang masalah besar
untuk Arina.
Arina
meminta diri dari Dato’ dan berlalu keluar dari bilik tersebut. Dia memang
buntu ketika itu. Tidak dapat berfikir apa yang patut dibuatnya. Berhenti pun
akan menimbulkan masalah, tidak berhenti pun juga akan menimbulkan masalah
kelak. Serabut kepala Arina memikirkannya.
Sedang
Arina tekun menyiapkan kerjanya, bahunya ditepuk seseorang.
“Arina,
jom temankan akak keluar petang ni. Akak nak belikan hadiah untuk suami akak. Birthday
dia hujung minggu ni. Bosan lak kalau cari sorang-sorang.” Dengan nada memujuk
seraya membuat muka meminta simpati pada Arina, Hasnah memeluk bahunya.
“Terkejut
Arina…..Amboiiii…..nak memujuklah ni ye. Yelah, yelah……Nanti petang Arina
temankan akak. Lagipun hari ni Arina takda buat apa-apa pun.” Balas Arina tanpa
memandang wajah Hasnah. Cuma menepuk-nepuk
tangan Hasnah yang sedang memegang bahunya. Dia harus menyiapkan kerja
yang ada sebelum balik.
“Sayang
adik akak sorang ni.” Sempat lagi Hasnah mencuit pipi Arina sebelum bangun
menuju ke pantri.
Petang
itu selepas habis waktu bekerja, mereka menaiki teksi ke Mid Valley, pusat
membeli-belah yang berdekatan dengan tempat kerja mereka.
“Akak
nak cari apa untuk suami akak?” tanya Arina ketika mereka sedang berjalan
masuk.
“Entahlah
Arina. Sebenarnya akak sendiri takda idea nak beli apa. Rasa-rasa macam nak
belikan perfume je untuk abang. Ok tak?” ujar Hasnah sambil menarik Arina
menuju ke tingkat atas.
“Ok
sangat tu kak. Boleh dia sembur sebelum masuk tidur setiap malam. Tergoda sikit
akak.” Arina mengenyitkan matanya sambil tersenyum memandang Hasnah. Sempat
Hasnah mencubit manja lengan Arina.
Mereka
menuju ke salah sebuah kedai yang menjual minyak wangi di situ. Sedang mereka
memilih minyak wangi yang sesuai, tiba-tiba dapat dirasakan oleh Arina yang
dirinya diperhatikan seseorang. Terus dia mengangkatkan mukanya dan melihat
sekeliling.
Tup……..Memang
betul ada seseorang yang sedang memerhatikannya dari jauh. Dapat dilihat dengan
jelas siapa orang itu. Cepat-cepat Arina memalingkan mukanya ke tempat lain.
Jantungnya terus berdegup kencang. Dia cuba menenangkan dirinya. Takut
kalau-kalau Hasnah perasan dengan perubahannya.
Arina
cuba melihat ke tempat tadi melalui cermin yang ada di kedai tersebut. Tiada!. Lega
sedikit perasaan Arina. Tetapi belum sempat Arina memusingkan badannya,
dirasakan pinggangnya dipegang seseorang.
“Hai
Kak Nah.” Hasnah yang ketika itu sedang sibuk mencium bau-bau menoleh
kearah suara tersebut. Arina pula cuba
menjarakkan diri daripadanya.
“Eh,
Dato’ Haris. Apa yang Dato’ buat kat sini?” Tanya Hasnah sambil tersenyum.
Arina pula terpaksa berlagak seperti biasa walaupun ketika itu jantungnya
berdegup kencang. Mana tidaknya, kedudukan Haris yang terlalu dekat berdiri di
belakangnya membuatkan Arina resah jika Hasnah dapat menghidu hubungan antara
mereka.
“I
keluar dengan my friend tadi. Tapi dia dah balik. Kak Nah dengan Arina
cari perfume? Untuk someone special ke?” Haris mendekatkan
dirinya pada Arina dengan alasan untuk memegang botol-botol minyak wangi yang
ada di atas meja. Cepat-cepat Arina menjarakkan dirinya dengan berdiri di
sebelah Hasnah. Tenang Arina, tenang…….bisik hati Arina.
“Aaa,
aah.. Actually nak belikan untuk my husband. Birthday dia
hujung minggu ni. Tu yang tengah mencari hadiah untuk dia ni.” Jelas Hasnah
seraya tersenyum dan kemudian memandang Arina yang dari tadi diam tidak
berkata.
“Actually
I pun nak cari perfume untuk someone special. You minat yang mana
Arina?” Terkejut Arina bila namanya disebut. Nak belikan perfume untuk someone
special tapi tanya aku yang mana aku suka. Peliklah Haris ni. Detik Arina
di dalam hati.
“No,
I mean, Arina suka yang mana. Sebab orang yang nak I bagi tu lebih kurang
macam Cik Arina kita ni. Perangainya and citarasanya lebih kurang.” Ujar
Haris pada Hasnah bila Hasnah membuat muka terkejut dengan pertanyaannya pada
Arina tadi. Arina pula masih menayangkan muka tidak puas hati pada Haris. Kalau
ikutkan hatinya, hendak sahaja dia tinggalkan Haris. Malas hendak dilayan
kerenahnya itu.
“Owh,
ingatkan nak bagi pada Arina kita ni. So, Arina suka yang mana. Mesti suka
bau-bau yang romantik gitu kan. Buat orang tergoda bila bau.” Ketawa mereka
bila mendengar kata-kata Hasnah itu. Namun pandangan Haris pada Arina
membuatkan dia terhenti ketawa. Pandangan yang cukup membuatkan hati wanita
tergoda bila melihatnya. Termasuklah Arina. Itu sebabnya Arina tidak sanggup membalas
renungan Haris, risau sekiranya dia akan jatuh cinta pada Haris.
“Cuba
try yang ni.” Haris meminta jurujual tersebut mengambil salah satu minyak wangi
yang ada di situ. Diberinya pada Arina untuk mencuba. Arina sekadar tersenyum
kelat sambil mengambil botol tersebut
dari tangan Haris. Hasnah pula sibuk memilih wangian yang mana sesuai untuk
suaminya.
“Nice
kan sayang?” tanya Haris pada Arina membuatkan Arina tergamam bila sebutan
sayang disebut Haris. Terus dia menoleh ke arah Hasnah. Lega rasanya bila
Hasnah masih sibuk membelek botol-botol minyak wangi. Dialihkan pandangannya
kepada Haris. Geram rasanya bila melihat Haris membuat reaksi seperti tiada
apa-apa yang berlaku.
“Nice
tak bau dia?” tanya Haris lagi. Kali ini suaranya agak perlahan sedikit tetapi
didekatkan wajahnya pada Arina. Arina cuma mengangguk setuju.
“Akak
nak bayar kejap ye.” Ujar Hasnah membuatkan Arina dan Haris menoleh kepadanya
serentak dan tersenyum. Haris juga kemudian turut serta membayar minyak wangi
yang dipilihnya tadi.
Mereka beriringan keluar dari kedai dan menuju ke
tempat meletak kereta. Haris seperti biasa mempelawa dirinya untuk menghantar
Arina pulang, namun ditolak secara baik oleh Arina. Katanya dia datang dengan
Hasnah, dan seeloknya dia pulang juga dengan Hasnah. Itu kata Arina, namun di
dalam fikiran Haris berpendapat yang Arina cuba untuk menjauhkan diri
daripadanya. Its ok Arina…..Kau akan tetap jadi milikku…bukan orang
lain…..Haris bersuara di dalam hati.
“Arina,
ada bungkusan tu kat atas meja. Tak taulah dari sapa.” Kata Hasnah sambil
memuncungkan mulutnya ke arah bungkusan yang diletakkan di atas meja Arina
tadi. Arina yang baru sampai terus mencapai bungkusan tersebut. Tiada kad atau
apa-apa mesej pada bungkusan itu. Yang tertulis di situ cuma namanya sahaja.
Terus
Arina membuka bungkusan tersebut untuk mengetahui isi dalamnya. Malas dia
hendak berfikir panjang. Mungkin ada mesej dari siapa tertulis di dalam. Fikir
Arina sendiri.
“Perfume
ni………Haris…..” terus Arina teringat pada Haris. Mana mungkin dia lupa tentang
minyak wangi yang dibeli oleh Haris semalam. Ya, minyak wangi yang sama. Terus
ditoleh ke tempat duduk Hasnah. Nasib Arina baik kerana Hasnah tiada di tempat
duduknya. Selalunya masa-masa ini Hasnah akan sibuk membuat air di pantri. Kalau
tidak, mesti Arina pening bagaimana dia hendak menjelaskan segalanya pada
Hasnah. Cepat-cepat Arina menyimpan botol tersebut di dalam begnya.
“Haaaa,
dah bukak ke bungkusan tadi tu?” sergah Hasnah membuatkan Arina terkejut. Arina
mengurut dadanya membuatkan Hasnah tersenyum lebar.
“Akak
ni…..buat terkejut Arina je. Belum lagi. Nantilah. Bukak kat rumah je nanti.”
Arina bersuara sambil bangun dan berlalu ke pantri dengan membawa cawannya. Dia
terpaksa melarikan diri sementara supaya Hasnah tidak bertanya lagi tentang
bungkusan yang diterimanya tadi.
Petang
itu, seperti biasa Arina berjalan menuju ke stesen LRT yang berhampiran untuk
pulang ke rumah. Sedang Arina berjalan, dia menerima panggilan dari Haris.
Dibiarkan sahaja panggilan tersebut. Malas hendak diangkatnya.
“Encik
Carliff.” Tegur Arina bila dia terserempak dengan Carliff dari arah
bertentangan. Carliff yang ketika itu sedang berjalan dengan seorang lelaki
lagi memberhentikan langkahnya.
“Hai
Arina. You nak balik ke? Nak ke LRT ye.” Tanya Carliff lembut pada Arina.
“Ya,
nak balik ni. Dari pejabat nak balik ke rumah. Oklah Encik Carliff, kesian
kawan Encik Carliff tunggu tu. Saya balik dulu ye.” Baru sahaja Arina hendak
meneruskan langkahnya, Carliff terlebih dahulu menghalang jalan Arina.
“I
hantar you balik. Lagipun I memang nak balik ni. Please don’t say no Arina.”
Carliff sendiri tidak tahu kenapa dia boleh memperlawa Arina ketika itu.
Padahal dia baru sahaja berjumpa dengan kawannya untuk berbincang tentang hal
kerja. Arina menoleh ke arah kawan Carliff yang sedang berdiri tidak jauh dari
mereka.
“Kejap
ye. I bagitahu kawan I kejap.” Arina cuba menghalang Carliff tetapi tidak
diendahkannya. Tidak sempat Arina berkata apa-apa pada Carliff.
Arina
berjalan beriringan dengan Carliff menuju ke kereta. Entah kenapa Arina berasa
sungguh selesa bila berbual dengan Carliff walaupun mereka jarang bertemu.
Ketika
kereta menghampiri rumah Arina, Arina perasan sebuah kereta terparkir
berhampiran rumahnya. Dapat dirasakan kereta tersebut adalah milik Haris.
Jantung Arina berdegup kencang ketika itu. Bagaimana reaksi Haris nanti bila
melihat Carliff yang menghantarnya pulang. Dia tahu Haris cuba menghubunginya
dari tadi tapi tidak satu pun panggilan darinya diangkat.
Kereta
berhenti…….
“Itu
bukan Haris ke?” Carliff memandang ke arah lelaki yang baru sahaja keluar dari
keretanya. Arina pula terus menolehkan mukanya kearah yang ditunjuk. Dirasakan jantungnya berdegup kencang ketika itu.
“Harissss…….Kau
buat apa kat sini?” Carliff keluar dari kereta dan menepuk bahu Haris. Haris
cuma tersenyum dan memandang ke arah Arina yang juga sama keluar dari kereta. Dengan pandangan tersebut, Arina
dapat merasakan yang Haris mahukan penjelasan darinya.
“Sebenarnya aku....sebenarnya aku
ada benda nak bagi pada Arina untuk perbincangan esok. Tadi aku jumpa kawan kat
area sini. So, sekali jalan lah. Singgah sekejap jumpa Arina. Tak sangka pulak
jumpa kau sekali. Korang dari mana?” Haris menunjukkan reaksi seperti tiada
apa-apa yang berlaku. Namun di dalam hatinya, ingin sahaja dibawa Arina ke
tempat lain. Ingin sahaja ditumbuk muka Carliff. Ingin sahaja diberitahu
Carliff mengenai hubungan antara mereka. Cuba ditahan perasaan itu.
“Aku
kebetulan jumpa Arina tengah jalan ke LRT tadi. So, aku tumpangkan dia balik.
Itu je. Ajak dia makan, dia taknak. Diet kot.” Sempat Carliff mengenyitkan
matanya pada Arina. Arina pula yang serba salah ketika itu. Pasti Haris nampak
apa yang dibuat oleh Carliff tadi.
“Encik
Carliff, terima kasih kerana menghantar saya pulang. Dan Dato’ Haris, ada
apa-apa yang saya boleh tolong?” Arina mencelah tiba-tiba. Kalau dibiarkan
mereka, entah sampai pukul berapa baru dia boleh masuk ke dalam rumah.
Carliff
mengucapkan selamat malam pada Arina dan bersalaman dengan Haris sebelum dia
masuk ke kereta dan berlalu pergi. Haris pula terus memandang tajam pada Arina.
Tiada sebarang kata yang keluar dari mulut Haris ketika itu. Arina juga tidak
tahu apa yang hendak diperkatakan ketika itu. Masing-masing mendiamkan diri
seketika.
“Kalau
takda apa-apa, Arina masuk dalam dulu. And Dato’, perfume ni tersalah bagi
rasanya. Sebab hari tu Dato’ ada cakap nak bagi pada someone special kan. And
Arina tak rasa Arina yang special tu.” Ujar Arina sambil mengeluarkan bungkusan dari beg dan menghulurkannya pada Haris. Haris masih mendiamkan dirinya. Tidak menunjukkan
sebarang reaksi pun.
“Arina,
you better go in now. And just take it.” Haris berlalu meninggalkan Arina
keseorangan di situ. Itu sahaja yang diperkatakan oleh Haris pada Arina. Nada
suaranya seperti menahan kemarahan. Takut juga Arina melihat Haris dengan
keadaan begitu.
Kereta
meluncur laju………………………………………………….
x sabar nak tunggu bab 15 walau pun bab 14 ni dah baca banyak kali tapi masih x boring kalau keluar novel mesti saya beli kak.
ReplyDeleteBEST....
ReplyDelete