My corner's visitor

Thursday, July 4, 2013

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 9

KAU TETAP MILIKKU

BAB 9

Sudah seminggu Arina bekerja di situ. Arina sudah dapat menyesuaikan dirinya dengan persekitaran tempat kerja barunya. Dengan staf-staf yang lain dan yang paling penting dia sudah dapat membiasakan diri dengan bosnya. Hasnah banyak memberi tunjuk ajar kepada Arina.  Arina juga seorang yang rajin mempelajari sesuatu. Itu salah satu sebab mengapa Hasnah dan juga Dato’ Mahizan senang bekerja dengan Arina. Dia mempunyai semangat untuk belajar dan berkeinginan untuk memajukan dirinya.
“Selamat pagi, boleh saya bantu?” Itulah yang diajar oleh Hasnah pada Arina bila menjawab telefon.
Morning, Dato’ ada?” Arina seperti pernah mendengar suara lelaki yang sedang berada di talian. Tetapi dia tidak dapat mengingatinya.
“Dato’ sedang bermesyuarat. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Tanya Arina lagi.
“Beritahu pada Dato’ yang anak dia telefon. Minta dia telefon saya balik. Urgent.” Tegas suara lelaki tersebut.
“Baiklah Dato’.” Nasib Arina teringat yang Kak Nah pernah memberitahunya yang anak Dato’ Mahizan juga seorang Dato’.
Walaupun sudah meletakkan telefon, Arina masih cuba mengingati kembali suara itu. Suaranya macam……Kata hati Arina kuat mengatakan yang suara itu milik lelaki yang pernah merosakkannya dulu. Mungkin suara sahaja yang sama, orangnya berbeza. Kata Arina di dalam hati untuk menyedapkan hati.
Habis sahaja mesyuarat tersebut, Arina segera mendapatkan Dato’ Mahizan untuk memberitahu tentang panggilan penting dari anaknya tadi.
“Dia ada cakap apa-apa lagi?” Tanya Dato’ Mahizan sambil menarik kerusinya untuk duduk sambil tangannya mencapai telefon yang berada di atas meja. Arina cuma menggelengkan kepalanya.
“Haris, mama ni. Ada apa urgent sangat cari mama tadi. Mama dalam mesyuarat tadi.”Terkaku Arina bila Dato’ Mahizan menyebut nama anaknya, Haris. Dato’ Haris? Lelaki yang sama ke dengan yang dia pernah kenal dulu. Yang pernah wujud dalam hidupnya dulu. Pelbagai soalan bermain-main di fikirannya ketika itu. Tidak…..tidak mungkin Dato’ yang berada di hadapannya adalah mama Haris. Mana mungkin mama Haris sebaik ini. Lamunannya terhenti bila terdengar namanya disebut.
“Arina…Setiausaha mama yang baru. Dia bantu Kak Nah sekarang ni. Baru je seminggu bekerja kat sini.” Arina tidak tahu apa yang ditanyakan pada mamanya yang pasti namanya telah disebut.
“Ok, nanti kita lunch sama. Bye.” Arina cuba bersikap tenang bila Dato’ Mahizan meletakkan telefon.
“Arina, nanti you siapkan kertas kerja yang I bagi semalam before lunch. Sebab I nak bagi pada anak I untuk dia handlekan projek ni.” Arina cuma mengangguk dan melangkah keluar.
Arina segera menyiapkan kertas kerja yang perlu disiapkan sebelum tengahari. Nasib Arina sudah menyiapkan separuh kerja tersebut semalam. Jika tidak masak juga Arina untuk menyiapkan semuanya dalam masa beberapa jam sahaja. Terlupa Arina seketika tentang Haris dek kesibukannya menyiapkan kertas kerja tersebut.
Akhirnya, siap juga kerja tersebut. Arina menarik nafas lega setelah habis dia mencetak segala kerja-kerja yang dibuatnya tadi. Dia menyemak sekali lagi sebelum berlalu menuju ke bilik Dato’ Mahizan untuk menyerahkan hasil kerjanya tadi.
Belum sempat Arina mengetuk pintu bilik, Dato’ Mahizan sudah membuka pintunya.
“Arina, jom. Bawak sekali kertas kerja tu. Haris dah tunggu dekat bawah.”Arina merasakan jantungnya terhenti ketika itu. Darah terhenti mengalir ke seluruh badannya.
“Apa tercegat lagi tu. Jom, kita lunch sama. You terangkan apa yang you dah siapkan pada kami nanti.” Tersentak Arina bila Dato’ memegang bahu Arina untuk menyuruhnya segera bersiap.
Arina tidak dapat berfikir ketika itu. Kakinya melangkah longlai. Seperti tidak jejak tanah dirasakan kakinya. Kalau boleh, ingin sahaja dia mengambil cuti sakit hari ini. Tidak mahu menghadapi keadaan seperti sekarang. Arina masih mengekori Dato’ Mahizan keluar dari lift menuju ke kereta.
Sekali lagi dia terasa sungguh lemah seluruh tubuh badannya bila ternampak kereta BMW berwarna putih. Kereta yang sama yang pernah mengambilnya di rumah suatu ketika dulu. Mana mungkin dia dapat melupakan kereta tersebut. Itulah kali pertama dia menaiki kereta mewah BMW.
Arina masih cuba menyembunyikan dirinya di belakang Dato’ Mahizan bila mereka menghampiri kereta tersebut.
“Mama, jom. Lama dah Haris tunggu. And Arina….” Haris turun dari kereta dan mendapatkan mamanya. Arina yang dari tadi menundukkan mukanya terpaksa mengangkatnya bila namanya disebut.
Memang sah….Anak Dato’ Mahizan adalah Haris…Dato’ Haris yang dia kenal. Habislah aku kali ni. Monolog Arina sendiri. Arina cuma memberikan senyuman dan pura-pura melihat telefonnya. Sesak nafas Arina bilamana mata mereka bertembung seketika.
Dato’ Mahizan dan Haris duduk di belakang, manakala Arina mempelawa diri untuk duduk di hadapan di sebelah pemandu. Arina merasakan Haris masih melihatnya walaupun kini Haris duduk di belakang tempat duduk pemandu. Arina cuba bersikap tenang dengan melihat pemandangan luar.
Kereta berhenti di hadapan sebuah hotel mewah. Mereka keluar dari kereta dan menuju ke arah restoran hotel tersebut. Arina mengekori Dato’ Mahizan dan Haris di belakang. Sesekali Haris menjeling Arina dan melambatkan langkahnya untuk berjalan bersama Arina membiarkan mamanya berjalan dulu. Arina masih ingat dengan bau wangian Haris. Sama seperti dulu. Mana mungkin dia lupa, kerana kerap kali dia berada dekat dengan Haris dulu. Dan sekarang Haris muncul kembali.
Mereka memilih meja yang terletak di bahagian hujung. Memang dipilihnya tempat itu kerana jauh dari orang ramai. Senang untuk mereka berbincang sambil makan. Arina disuruh duduk bersebelahan dengan Haris. Kata Dato’ Mahizan , senang untuk Arina menerangkan kertas kerja yang telah disiapkan tadi kepada Haris. Dato’ Mahizan pula duduk di hadapan Haris.
“Mama ambil makanan dululah. Nanti Haris bawa Arina ambil makanan.” Kata Haris pada mamanya. Dato’ Mahizan cuma mengangguk dan bangun untuk mengambil makanan.
“Dah balik Malaysia dah. Kata belajar dua tahun kat sana?” tiba-tiba Haris bersuara membuatkan Arina kecut perut. Ingin sahaja dia melarikan diri ketika itu. Arina cuma diam memandang gelas yang terletak di atas meja.
Nasiblah mama Haris sudah mengambil makanan. Kini giliran mereka untuk mengambil makanan. Arina cuma mengambil sedikit sahaja makanan. Tekaknya sudah hilang selera untuk makan lebih-lebih lagi dia tahu yang Haris masih tidak berpuas hati dengannya.
Mereka berdua makan sungguh berselera manakala Arina terpaksa berpura-pura berselera padahal dirasakan tekaknya sudah tidak boleh menerima makanan.
Selesai makan, Arina menerangkan serba sedikit tentang kertas kerja yang dibuat tadi kepada Haris dan mamanya. Sesekali tangan Haris berlaga dengan tangan Arina membuatkan Arina hilang fokus sebentar. Haris merapatkan badannya pada Arina dengan alasan dia kurang jelas dengan suara Arina. Arina biarkan sahaja perbuatan Haris. Lagi cepat dia habiskan penerangan pada Haris, lagi cepat mereka boleh beredar dari situ. Boleh pengsan dibuatnya Haris. Sudahlah keadaan mereka yang rapat itu, ditambah lagi dengan Haris yang tekun memandang Arina bila dia menerangkannya.
Dato’ Mahizan cuma memerhatikan sahaja tingkah laku anaknya itu. Dia tahu perangai anaknya itu. Pantang nampak perempuan cantik. Cuma akhir-akhir ni, jarang dia dengar Haris keluar malam. Dia banyak menghabiskan masa dengan bermain tenis atau golf pada waktu petang. Pada sebelah malamnya Haris lebih gemar bersantai di rumah. Terfikir juga kenapa anaknya berubah sikap dengan tiba-tiba.
“Bila projek ni akan start mama?” tanya Haris bila Arina selesai memberi penerangan. Arina cuba menjarakkan dirinya.
“Bulan depan. Tapi maybe dalam minggu depan Haris kena gi tengok tempat tu lah. Macam biasa.” Kata Dato’ Mahizan pada Haris.
Arina cuma mendengar perbualan antara Haris dan mamanya. Bagi Arina tugasnya sudah selesai. Kertas kerja sudah disiapkan. Kalau boleh dia tidak mahu terlibat lagi dengan Haris.
Mereka beredar dari situ setelah semuanya selesai.
“Arina, I need your phone number.” Ujar Haris bila Arina dan mamanya keluar dari kereta. Arina mengangkat keningnya tanda tidak mengerti.
“Kalau ada apa-apa masalah tentang kerja you ni, senang I nak tanya. Tidak nanti susah I nak kena call mama tanya. Dia kan busy.” Jelas Haris pada Arina. Arina dengan berat hati terpaksa juga memberikan nombor telefonnya pada Haris. Ikutkan hati hendak sahaja dia memberikan nombor telefon orang lain tetapi memandangkan Dato’ Mahizan sedang memerhatikannya, dilupakan hasratnya itu.
Arina berasa lega dan boleh bernafas dengan sebenar-benarnya bila mereka tiba di pejabat. Baru sahaja Arina ingin membuka komputernya, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej baru diterima.
Arina, don’t forget that you are still my wife. Nur Arina masih isteri kepada Haris Iskandar. Remember that my dear.
                                                                                                                                -Haris-
Kecut perut Arina bila membaca mesej yang baru diterima dari Haris. Mana mungkin dia lupa mengenai perkahwinan mereka 3 bulan lepas. Perkahwinan yang berlandaskan keterpaksaan. Perkahwinan yang tidak berlandaskan cinta.
Tiga bulan yang lalu, Nur Arina sah menjadi isteri kepada Dato’ Haris Iskandar. Dia yang terpaksa berkahwin gara-gara risau sekiranya dia mengandung. Mana hendak ditutup malunya nanti. Arina terpaksa menipu ibunya dengan memberi alasan yang Haris terpaksa bertugas ke luar negara. Itu lah kata-kata yang membuatkan ibunya bersetuju untuk membuat majlis akad nikah yang dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Selepas mereka pulang ke Kuala Lumpur, Arina telah melarikan diri dari Haris. Tidak sanggup dia untuk bersama Haris setelah apa yang dilakukan oleh Haris padanya. Dia tidak berasa yang Haris benar-benar mahu bertanggungjawab. Mungkin dia ada sebab lain mengahwini Arina. Arina terpaksa berhenti kerja dan berpindah rumah. Nasib rakan-rakannya, Mimi dan Linda masih setia bersamanya. Merekalah yang memberi semangat pada Arina.

Mimi menipu Haris dengan mengatakan yang Arina telah menyambung pelajaran di  luar negara. Dia mendapatkan bantuan biasiswa dari kerajaan untuk melanjutkan pelajarannya. Kebetulan sepupu Mimi juga bernama Nur Arina pergi melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia. Dari situlah datangnya idea Mimi untuk menipu Haris mengatakan yang Arina telah pergi ke Australia.

Sebenarnya memang Haris sudah merancang untuk pergi mencari Arina di sana. Namun, dia perlu menguruskan projeknya di Sarawak dan juga di Johor. Tambahan lagi projek ini diberikan oleh mamanya. Terpaksa dia memastikan semuanya berjalan lancar. Dia tahu yang mamanya seorang yang teliti dan mahukan kesempurnaan.

Cuma baru-baru ini sahaja dia mendapat masa untuk pergi bercuti. Tiket kapal terbang juga sudah ditempah. Nasib menyebelahi Haris bila dia dipertemukan semula dengan Arina, isterinya.

Bagaimana nasib Arina selepas ini?.....


3 comments:

  1. I want the next n3 from your last blog!! Sambungan bab14 pleasseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee:(

    ReplyDelete
  2. Arinaa: tunggu sikit lagi ye.....;)
    Ruunna: Tq la dear....

    ReplyDelete