Majikanku
Sayangku
Bab 4
“Kak Siti!!” jerit Zaira bila membuka pintu bilik
yang menempatkan Siti. Hanya Siti sahaja di dalam bilik tersebut. Memang hajat
Siti dari dulu lagi, kalau dia ditahan, dia memang mahukan privasi. Tidak mahu
berkongsi dengan pesakit lain. Tercapai hajatnya. Ye lah, takut juga dia
kalau-kalau bilik penuh ketika dia ditahan.
“Terkejut akak. Apalah kau ni Zaira.” Terkejut
Siti mendengar jeritan kecil Zaira itu. Dipeluknya Zaira.
“Datang sorang je ke? Azlin tak jadi datang ye?”
tanya Siti pada Zaira sambil membelek-belek bunga yang dibawa Zaira. Sempat
mereka membelinya tadi semasa dalam perjalanan ke hospital.
“Dia tak dapat datang. Dia kirim salam kak. Saya
ni datang dengan.....” belum sempat Zaira menghabiskan ayatnya, pintu bilik
dikuak dari luar. Kelihatan Haikal melangkah masuk. Siti tersenyum dan
memandang Zaira yang juga sedang memandangnya. “dengan bos hensem ye.” Sempat
Siti berbisik pada Zaira. Dia cuma tersenyum kelat pada Siti.
“Hai Siti. Okey semua?. Baby tidur ye.” Haikal
melangkah menuju ke katil bayi yang diletakkan bersebelahan dengan katil
ibunya. Dilihatnya bayi sedang tidur nyenyak. Mungkin kerana kekenyangan
setelah diberikan susu badan sekejap tadi. Zaira juga mengekori Haikal untuk
melihat bayi yang baru dilahirkan semalam. Sungguh comel seorang bayi yang
sedang tidur. Suci sahaja mukanya bila dipandang.
“Kalau teringin, Zaira kena cepat-cepat kahwin.
Nanti boleh ada baby sendiri.”
Mengelamun pula si Zaira ni. Tersedar dia bila Siti bersuara. Entah mengapa
matanya ingin memandang Haikal yang berdiri bertentangannya. Katil bayi yang
menjadi pemisah antara mereka. Haikal turut sama memandang Zaira dan tersenyum.
Aduhhhhh.....cair rasanya bila dipandang dengan renungan tersebut. Sedar Zaira
sedar.....Kau ni kan......
Hampir satu jam mereka di sana. Haikal dan Siti
memang sudah biasa berbual-bual bercerita tentang apa sahaja. Cuma Zaira yang
masih berasa sedikit kekok dengan situasi tersebut. Bukan Siti tidak perasan
yang Zaira tidak berapa selesa bila bersama bosnya. Mungkin rasa malu masih ada
dalam diri Zaira.
“Zaira, jom. Dah lama kita kat sini.” Haikal
melihat jam tangannya dan mengajak Zaira balik. Siti menjadi pemerhati sahaja.
Suka dia melihat cara Zaira yang masih segan-segan dengan Haikal. Siapa yang
tak terpikat dengan bosnya ni. Dia sendiri pun kalau belum berkahwin, rasanya
boleh terpikat pada si Haikal ni. Tidak mustahil Zaira akan terpikat dengan bos
mereka ini. Pendam sahajalah perasaan tu Zaira......
Mereka beredar meninggalkan Siti. Semasa menuju ke
tempat parking kereta, terserempak mereka dengan suami Siti. Suaminya yang
menegur Haikal terlebih dahulu. Manakan tidak kenal dengan bos isteri sendiri.
Zaira pula sekadar tersenyum memandangnya.
“Suami Siti tadi tu.” Jelas Haikal pada Zaira.
Zaira menganggukkan sahaja kepalanya tanda mengerti. Mereka terus berjalan
menuju ke kereta.
“Zaira nak makan ke? Or nak saya hantar terus balik rumah?” tanya Haikal bila sahaja mereka masuk ke dalam kereta.
Dihidupkan enjin kereta sambil membaca mesej di telefon bimbitnya.
“Takpelah Encik Haikal. Turunkan saya kat depan tu
je. Nanti saya ambil teksi balik rumah. Susahkan Encik Haikal je nanti.” Sekarang
ni Zaira pula yang sibuk membaca mesej di telefonnya. Tiada satu pun mesej dari
teman lelakinya. Hampa dirasakan.
“Saya hantar pulang. Nanti tunjukkan arah je.”
Mahu tidak mahu terpaksa jugalah Zaira mengikut arahan bosnya itu. Takut kalau
dia menolak lagi, lain pula jadinya.
Setibanya mereka di hadapan rumah Zaira, kelihatan
kereta Wira berwarna hitam diparkir di tepi rumahnya. Zaira memang kenal dengan
kereta tersebut. Kereta milik teman lelakinya, Azri. Haikal memberhentikan
kereta BMWnya.
“Terima kasih Encik Haikal sebab hantar saya
balik.” Belum sempat Zaira membuka pintu keretanya, Azri terlebih dahulu
membuka. Terkejut Zaira bila melihat
Azri yang membukakan pintu kereta. Pantas sahaja Zaira keluar dari
kereta dan cuba menerangkan segala-galanya.
“Zaira keluar dengan lelaki lain ye. Patutlah
taknak cakap dengan abang tadi.” Marah Azri pada Zaira bila sahaja dia baru
hendak membuka mulut menerangkan siapa sebenarnya lelaki yang menghantar dia
pulang.
“Bukan macam tu bang. Kenalkan ini Encik Haikal.
Bos tempat Zaira bekerja. Dia hantar Zaira pulang ni sebab tadi kami pergi
melawat Kak Siti dekat hospital. Baru lepas bersalin. Dan..... Encik Haikal,
kenalkan Azri....”. “teman lelaki dia.” Terus sahaja Azri memotong cakap Zaira
dan bersalaman dengan Haikal. Zaira terpaksa memperkenalkan Haikal pada Azri
bilamana Haikal keluar dari kereta dan berjalan ke arah Azri. Haikal risau jika
Zaira diapa-apakan oleh Azri. Takut salah faham yang menyebabkan mereka
bergaduh.
“Terima kasih ye sebab hantar balik buah hati saya
ni.” Sempat lagi Azri menjerit pada Haikal sebelum Haikal beredar. Haikal
memandang Zaira dari dalam kereta. Risau jika Azri cemburu padanya. Padahal
tiada apa-apa pun yang berlaku antara mereka.
“Zaira takda duit bang. Mana ada duit sebanyak
tu.” Hilang sahaja kereta Haikal dari pandangan mereka, terus sahaja Azri
bertanyakan mengenai duit yang dia perlukan itu. Pening kepala Zaira bila
mendengar jumlah wang yang diperlukan.
“Zaira tak sayangkan abang ye. RM15,000 sahaja
abang nak pinjam. Nanti abang gantilah balik.” Azri masih cuba memujuk Zaira.
“Takpun Zaira pinjam dengan bos Zaira tadi tu.
Mesti dia ada banyak duit. Tak heranlah dengan RM15,000 ni.” Terkejut Zaira
bila Azri memberi idea tersebut. Mana mungkin dia hendak meminjam dari bosnya.
Memanglah difikirkan apalah sangat dengan jumlah tersebut pada bosnya, tetapi
siapa dia pada Haikal. Siapa dia untuk diberi pinjam sejumlah wang yang cukup
banyak baginya.
“Nantilah Zaira cuba.Tapi abang jangan mengharap
sangat,” Malas hendak dilayannya. Kepalanya sudah cukup pening. Zaira cuma mahu
berehat ketika ini.
Azri pernah memberitahu Zaira yang dia hendak
menggunakan duit tersebut untuk memulakan perniagaan dengan rakannya. Duit yang
dikumpul Azri masih tidak cukup. Itu sebabnya dia hendak meminjam dari Zaira.
Baru sahaja Zaira hendak melelapkan matanya, bunyi
mesej masuk.
Zaira,
is everything ok?
Mesej yang diterima dari Haikal membuatkan Zaira
terbangun dari tempat tidurnya.
Semua
ok Encik Haikal.
Balas Zaira ringkas. Apa lagi yang hendak
ditanyakan pada bosnya. Apa yang ditanya padanya, itu sahajalah yang dijawab.
Ok.
If ada masalah, let me know. If I can help, I will do that. Good night.
Good
night Encik Haikal.
Zaira sedang memikirkan samada hendak memberitahu
bosnya mengenai pinjaman wang tersebut atau mendiamkan diri sahaja. Sehingga
tertidur Zaira memikirkannya.
Zaira sudah nekad....
“Encik Haikal, boleh saya bercakap sikit dengan
Encik Haikal?” Zaira memberanikan diri berjumpa dengan Haikal. Kebanyakkan staf
sudah pulang termasuklah Azlin. Haikal menganggukkan kepalanya walaupun masih
menulis sesuatu di atas Ipad miliknya.
“Ya, ada apa Zaira?” barulah Haikal mengangkat
mukanya dan tepat memandang Zaira yang duduk dihadapannya. Wajah yang kerisauan
di hadapannya.
“Begini Encik Haikal...emmmm, syarikat kita ada
memberikan pinjaman wang pada staf kan. Saya nak mohon Encik Haikal. Kalau
boleh saya nak pinjam segera.” Terluah juga segala yang hendak disampaikan pada
Haikal. Dari pagi tadi dia menyimpan rasa takut tersebut.
“Berapa?” pendek sahaja soalan Haikal pada Zaira.
Haikal masih memandang Zaira yang
seperti takut-takut lagi.
“RM15,000 Encik Haikal.” Haraplah Encik Haikal
meluluskan pinjamannya itu. Doa Zaira di dalam hati.
Haikal sekadar mengangguk dan memberikan sehelai
borang yang diambilnya dari laci mejanya. Dia terus menandatangani borang
tersebut dan menuliskan jumlah yang disebut Zaira tadi.
“Ini borangnya. Zaira isi apa-apa yang patut dan
serahkan pada Carren. Saya dah luluskan pinjaman tu.”. Zaira mengucapkan terima
kasih pada bosnya. Ikutkan hati hendak sahaja dipeluknya Haikal. Baru sahaja
hendak melangkah keluar, kedengaran suara Haikal. “Harap lepas ni, muka tu tak
muram lagi ye.”
Terkedu Zaira seketika. Ditoleh kebelakang dan
memandang Haikal sambil tersenyum. Haikal membalas senyuman Zaira tersebut.
Cepat-cepat Zaira memberikan borang tersebut pada
Carren, Pengurus Kewangan syarikat. Nasiblah dia tidak balik lagi. Seronok
Zaira kerana dapat membantu Azri. Berita gembira tersebut turut disampaikan
pada Azri. Apa lagi, gembira sakanlah si Azri mendengarnya. Zaira masih tidak
mengetahui sebab sebenar Azri memerlukan duit tersebut. Sekiranya dia tahu,
memang hancurlah hatinya.
Selepas mendapat duit dari Zaira, perangai Azri
semakin berubah dari hari ke hari. Jarang dia berjumpa dengan Zaira. Menelefon
lagilah. Sekali-sekala panggilan Zaira tidak dijawab. Cuma mesej yang dibalas
oleh Azri. Alasan yang diberikan ialah dia sibuk menguruskan bisnes barunya.
Bisnes apa pun tidak Zaira tahu. Azri tidak pernah memberitahunya apa-apa. Walaupun
berasa curiga dengan Azri, tetapi Zaira tetap berfikiran positif. Dibuangnya
perasaan negatif dari fikirannya.
“Zaira.... Tak turun makan ke?” tegur Haikal
semasa melalui meja Zaira. Zaira sedang sibuk menyiapkan kerja yang diberikan
padanya pagi tadi.
“Tak makan rasanya. Banyak lagi kerja nak kena
siapkan ni. Encik Haikal nak turun makan ke?” Tanya Zaira pula. Zaira memang malas hendak turun makan jika
ada kerja yang perlu disiapkan segera. Dia tidak suka kerja bertangguh. Kalau
boleh, mahu sahaja disiapkan semuanya cepat. Itulah perangai Zaira yang
membuatkan Haikal senang dengannya walaupun baru seminggu bekerja sama.
“Jom turun makan. Teman saya makan.”
“Tapi Encik Haikal. Kerja ni....” Zaira tidak
sempat menghabiskan ayatnya. Tangan Haikal lebih cepat menutup fail-fail yang
ada di atas mejanya.
Mereka
berjalan beriringan menuju ke cafe bersebelahan dengan bangunan
syarikat. Sudah lama Zaira teringin makan di sana. Namun disimpan sahaja
niatnya. Orang-orang seperti Zaira, Azlin dan staf-staf lain mana layak untuk
makan di sana. Harga sepinggan mee lima kali ganda dari harga di gerai yang
selalu mereka makan. Gerai yang selalu mereka makan berhampiran dengan bangunan
syarikat juga. Orang-orang seperti bosnya memang layaklah untuk makan di cafe
tersebut. Hari bertuah kaulah Zaira......bisik Zaira sendiri.
smbng lagiii :)
ReplyDeletex puas baca la sambung lagi...
ReplyDeleteJom baca sambungannya ye...;)
ReplyDelete