Majikanku
Sayangku
Bab 5
“Sedap
tak mee goreng tu?” tanya Haikal bila sahaja Zaira menyuapkan makanan ke dalam
mulutnya. Mee goreng sahaja yang menjadi
pilihan Zaira untuk makan tengaharinya. Haikal pula memesan nasi goreng ayam.
“Sedap.
Encik Haikal nak rasa?” pelawa Zaira pada Haikal. Mana mungkin bosnya hendak
merasa makanannya. Zaira cuma ajak-ajak ayam sahaja.
Tiba-tiba,
Haikal mengambil sedikit mee dalam pinggan Zaira dan disuapkan ke mulutnya.
Terkejut Zaira bila Haikal berbuat sebegitu. Biar betul Encik Haikal ni.
Takkanlah dia tidak pernah rasa mee goreng di sini sebelum ni. Lagipun dah sisa
aku kan…….bisik Zaira di dalam hati.
“Cuba
rasa nasi goreng ni.” Bertambah terkejut Zaira bilamana Haikal sudah pun menyuakan
sudunya pada Zaira. Segan betul Zaira dengan apa yang dibuat oleh Haikal
sekarang ni. Nak taknak, terpaksa jugalah Zaira membuka mulut membolehkan
Haikal menyuap nasi tersebut. Dah macam pasangan bercinta la pulak mereka ni.
Kalaulah teman lelakinya seromantik bosnya ni. Alangkah seronoknya.
Memang
sedap nasi tersebut. Kalau murah, sudah lama Zaira memesan satu pinggan nasi
goreng untuknya. Untuk makan malamnya.
“Sedapkan.
Nanti lain kali boleh order nasi goreng pulak.” Zaira cuma mengangguk setelah
mendengar kata-kata Haikal. Entah bila
lain kalinya, dia pun tidak tahu. Sudikah Encik Haikal makan bersamanya lagi.
“Zaira,
saya nak tanya sikit boleh? Its personal.” Tanya Haikal tiba-tiba.
“Encik
Haikal nak tanya apa?. Kalau saya boleh jawab, saya jawab.” Jelas Zaira sambil
menghirup air tembikai yang dipesannya tadi. Walaupun nampak tenang diwajah
Zaira, namun hatinya berdegup kencang. Risau juga dia jika soalan yang hendak
ditanya itu terlalu peribadi.
“Yang
lelaki hari tu memang teman lelaki Zaira ke?”Entah kenapa Zaira rasa serba
salah hendak menjawab. Bukannya susah pun soalan yang dituju padanya itu,
tetapi entah kenapa hatinya terasa kurang selesa.
“Emm…
Aah. Tapi kenapa Encik Haikal tanya ye?” Haikal tepat memandang Zaira ketika
itu. Pandangan tajam yang diberikan pada Zaira membuatkan Zaira tunduk sambil
menghirup air. Tidak sanggup dia bermain mata dengan bosnya. Memang sah-sah dia
yang akan kalah dulu.
Tiba-tiba
telefon Haikal berbunyi. Lega rasanya Zaira. Tidak payah dia menjawab apa-apa
pertanyaan Haikal lagi. Diangkat wajahnya. Haikal masih tetap memandangnya.
Aduh…..ingatkan dia dah tak tengok. Ngomel Zaira sendiri.
“I call you back. Bye.” Sekejap sahaja
Haikal menjawab panggilannya. Cepat-cepat Zaira menunjukkan jam tangannya menandakan
yang mereka perlu masuk semula ke pejabat. Waktu rehat sudah hampir habis.
Haikal tersenyum sendiri sambil mengangkat tangan kepada pelayan.
Sedang
Zaira ralit membuat kerja yang berkaitan dengan projek terbaru yang baru sahaja
diberikan padanya pagi tadi, tiba-tiba terasa bahunya dicuit.
“Zaira…..
tu… Puan Sri datang. Mama Encik Haikal. Ko kena panggil Puan Sri tau. Jangan
lupa.” Azlin sempat berbisik pada Zaira sambil memandang pada seorang wanita
yang sedang berjalan menuju ke arah Zaira.
“Selamat
petang Puan Sri.” Zaira terlebih dahulu memberi ucap selamat pada Puan Sri
Anita. Mama kepada bosnya.
“Selamat
petang. Emmm, anak saya ada kat dalam ke?” dengan gaya orang kaya, Puan Sri
bertanyakan tentang anaknya pada Zaira.
Gaya dan cara percakapan memang berbeza dengan orang biasa. Cantik
orangnya walaupun dah berumur. Patutlah Encik Haikal tampan juga orangnya.
Memiliki kecantikan dari orang tuanya. Tan Sri juga mempunyai raut wajah yang
kacak.
“Mama…..Jom
masuk.” Haikal tiba-tiba keluar dari
biliknya dan menjemput mamanya masuk ke dalam pejabat. Haikal membuat isyarat
tangan menyuruh Zaira membuatkan air untuk mamanya.
Sudah
lama Puan Sri tidak datang ke pejabat anaknya itu. Selalunya kalau Puan Sri
datang mesti membawa hajat. Walaupun tinggal di Kuala Lumpur, namun Haikal
tinggal di rumahnya sendiri. Jarang dia menjenguk keluarganya di rumah. Memanjang
sibuk si Haikal ni. Kalau tak di pejabat, dia akan sibuk dengan tenis dan golf.
Ada masanya juga dia mengunjungi kelab-kelab malam bertaraf eksklusif bersama
rakan-rakannya atau tunangnya.
“Anak
mama sorang ni sihat ke?” Puan Sri bertanya bila sahaja Haikal melepaskan
pelukan. Sudah kebiasaan Haikal memeluk atau mencium mamanya bila berjumpa.
Lebih-lebih lagi sudah lama mereka tidak berjumpa.
“Haikal
sihat mama. Mama sihat ke? Ni mama dari mana?” Haikal memimpin mamanya ke sofa
yang diletakkan di penjuru bilik.
Baru
sahaja Puan Sri hendak menjawab, pintu
bilik diketuk dari luar. Zaira melangkah masuk setelah mendengar suara bosnya
menyuruh dia masuk. Diletaknya cawan tersebut di atas meja berhampiran dengan
sofa yang mereka duduk. Puan Sri masih tekun memandang Zaira. Bukan Zaira tidak
perasan yang Puan Sri memandangnya. Habislah aku. Apa yang tak kena dengan aku
ni sampai Puan Sri pandang aku macam ni. Detik hati Zaira. Risau dia bilamana
Puan Sri cuma memandangnya tanpa berkata apa-apa. Zaira menguatkan semangatnya
untuk memandang mereka. Bertambah takut Zaira bila bukan sahaja Puan Sri yang
memandangnya, Haikal juga turut memandangnya.
“Air
Puan Sri.” Zaira melangkah keluar sambil meraba-raba mukanya. Ada kesan kotor
ke kat muka aku ni. Bisik Zaira sendiri.
“Takda
benda kotor kat muka tu.” Tersipu-sipu malu Zaira pada mereka sambil tersenyum
kelat. Dirasakan jauh sungguh pintu bilik bosnya ni padahal cuma beberapa
langkah sahaja.
Haikal
menoleh pada mamanya bila dia bersuara lembut. “Cantik budak tu.” Sedikit
terkejut juga Haikal bila mamanya berkata begitu. Jarang dia mendengar mamanya
memuji seseorang. Bakal menantunya pun dia tidak pernah puji. Padahal cantik
orangnya.
Mungkin
kecantikan seseorang pada mata Puan Sri berbeza dengan orang lain. Itu sebabnya
bukan senang dapat pujian dari Puan Sri.
Puan
Sri mengajak Haikal dan tunangnya makan di rumah mereka hujung minggu ni. Sudah
lama mereka tidak makan bersama. Lagipun adik perempuan Haikal akan pulang ke
Malaysia hujung minggu ni.
“Perlu
ke ajak dia ma?” tanya Haikal bila Puan Sri menyuruh anaknya membawa Kirana,
tunangnya sekali. Entah kenapa Haikal berasa kurang selesa bila tunangnya
berada disampingnya. Sudah hampir setahun mereka bertunang. Tapi Haikal seperti
tidak berminat bila diajak berbincang mengenai pernikahan mereka.
“Haikal….
Kirana tu kan tunang Haikal. Ke, anak mama ni dah terpikat kat orang lain.”
Dicuitnya pipi Haikal.
“Mama
tahu, Haikal tak suka sangat pada Kirana. Tapi dia yang paling sesuai untuk
Haikal masa tu. Haikal tahu kan macam mana risau mama bila Haikal tak pernah
bawa mana-mana perempuan jumpa dengan mama. Umur dah meningkat sayang. Mama
risau, mama takut kalau-kalau Haikal ni suka kaum sejenis.”. “Mama….Apa ni.” Berkerut dahi Haikal
mendengar kata-kata mamanya.
“Itu
sebabnya mama paksa Haikal bertunang dengan Kirana. Lagipun mama dan papa kenal
dengan parents dia. It makes things
easier dear. Lagipun Haikal kenal lama dengan Kirana kan.”
“But I don’t love her ma. Haikal dah cuba
tapi….”. “Sayang, try harder.” Puan Sri pantas memotong cakap Haikal. Haikal sekadar
mengangguk dan tersenyum kelat. Malas Haikal hendak memanjangkan lagi masalah
ini.
Puan
Sri pulang setelah hampir sejam berada disitu. Zaira pula sibuk mengemas
mejanya untuk pulang. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Azlin awal-awal
lagi sudah pulang. Katanya hendak mengambil adiknya di sekolah.
“Encik
Haikal, kalau takda apa-apa saya pulang dulu ye.” Memang itu rutin Zaira
sebelum pulang. Dia akan berjumpa dengan bosnya terlebih dahulu sebelum pulang.
Takut jika ada kerja yang lupa disiapkan.
“Ok Zaira. You can go. Jumpa esok.” Zaira
sekadar mengangguk dan berlalu keluar.
Dia mengambil beg tangannya dan terus berjalan menuju ke lif.
Pintu
lif terbuka.
“Wait!”
terkejut Zaira bila ada tangan yang menghalang pintu lif tertutup. Rupa-rupanya tangan bosnya sendiri. Zaira
cepat-cepat menekan butang buka.
“Maaf
Encik Haikal. Tak perasan.” Tadi rasanya dia tidak nampak pun kelibat bosnya
semasa menunggu lif. Cepatnya dia berjalan. Pelik rasanya Zaira.
Lif
berhenti di tingkat 9. Ada lebih kurang enam orang yang hendak masuk ke
dalam. Zaira terpaksa mengundur ke
belakang. Tidak dia perasan yang dia berada begitu hampir dengan bosnya.
“Ouch!.” Jerit Zaira perlahan.
“Sorry.” Seorang lelaki cina tertolak
badan Zaira membuatkan dia terpegang tangan Haikal. Niatnya untuk mengimbangkan
badannya. Entah macamana tangannya pantas mencengkam tangan Haikal.
“Ma…maaf
Encik Haikal. Tak sengaja.” Cepat-cepat Zaira melepaskan pegangan tersebut.
Memang tidak berani Zaira mengangkat muka memandang Haikal. Apalah kau ni
Zaira. Tangan bos kau juga kau nak pegang. Marah Zaira pada diri sendiri.
“Takpe.
Kalau takut jatuh, pegang je tangan saya.” Haikal bersuara perlahan membisikkan
ke telinga Zaira. Dihulurkan tangannya kepada Zaira. Zaira terus mengangkat
muka dan memandang Haikal. Haikal pula sekadar tersenyum manis. Kau ni Zaira.
Takkanlah Encik Haikal nak goda kau. Niat dia baik sebab takut kau nak terjatuh
lagi.Jangan fikir bukan-bukan. Bisik suara kecil Zaira.
Entah
kenapa hari itu ramai sangat yang masuk ke dalam lif. Semuanya seperti mengejar
masa untuk pulang. Tidak sabar-sabar hendak masuk walaupun lif sudah penuh.
Zaira terpaksa juga menghimpitkan diri pada Haikal.Bau wangian badan Haikal
memang kuat dan jelas disebabkan keadaan mereka yang terlalu dekat.Zaira
langsung tidak mengangkat mukanya. Tidak berani memandang bosnya dalam keadaan
mereka sekarang ni.
Masing-masing
diam sehinggalah pintu lif terbuka. Semua bergegas keluar termasuklah Zaira dan
Haikal. Mereka berjalan keluar seiringan.
“Ok
lah Encik Haikal. Saya balik dulu.” Baru sahaja Zaira hendak melangkah pergi,
Haikal bersuara. “Balik dengan apa ni? Boyfriend
ambil ke?”
“Taklah
Encik Haikal. Driver bus yang jemput
saya hari ni.” Ketawa Haikal mendengar jawapan selamba Zaira itu.
“Dah,
jom. Saya hantar balik.” Belum sempat Zaira bersuara, tangan Haikal lagi pantas
menolak perlahan belakang badan Zaira. Terpaksa Zaira mengikut Haikal ke
keretanya.
BEST,
ReplyDeletebest2
ReplyDelete