My corner's visitor

Tuesday, July 30, 2013

E-Novel : Majikanku Sayangku - Bab 7

Majikanku Sayangku

Bab 7

“Zaira, sorry la ye. Aku pun tak tahu macam mana adik aku boleh accident lak ni. Nak kena gi hospital tengok dia. Nasiblah tak teruk mak aku cakap.” Azlin rasa bersalah pada Zaira. Yelah, baru sahaja mereka membeli tiket wayang, Azlin menerima panggilan dari emaknya meminta dia ke hospital segera. Adiknya kemalangan motor ketika hendak pulang dari kerja.

“Takpalah Azlin, adik kau lagi penting dari tiket wayang ni. Pergilah balik cepat. Nanti kesian adik kau sorang-sorang kat hospital tu.” Zaira menolak perlahan badan Azlin mengisyaratkan supaya dia pergi segera.

“Habis tu kau lak?.” Dalam masa yang sama, perasaan kesian pada Zaira masih ada. Azlin memang seorang kawan yang baik dan prihatin.

“Kau ni kan. Aku dah besar la. Nanti aku balik la sendiri. Tak pun aku cekup la mana-mana mamat kat sini teman aku tengok wayang.” Sambil mengerlip-ngerlipkan matanya. Ketawa Azlin mendengarnya dan ditambah lagi dengan gaya Zaira yang sungguh comel bila membuat raut wajah seperti itu.

Tinggallah Zaira seorang diri di situ. Azlin sudah beredar meninggalkannya. Dua keping tiket wayang ada di tangan Zaira. Apa aku nak buat dengan tiket-tiket ni. Takkan nak tengok wayang sorang-sorang. Pelik je rasa. Nak balik, sayang pulak tiket ni. Dah beli tu. Nak ajak Nora, dia balik ke kampungnya di Raub malam ni. Zaira masih berfikir-fikir samada hendak menonton wayang atau pulang sahaja. Sesekali ditenungnya tiket wayang tersebut. Akhirnya, Zaira membuat keputusan.......

Baru sahaja dia hendak melangkahkan kakinya, dia terpandang seseorang dari jauh sedang memerhatikannya.

Encik Haikal............

Zaira cuba bersikap tenang. Dia membalas senyuman bosnya itu dan terus menyambung langkahnya.

Telefon berbunyi.....

“Ye, Encik Haikal. Ada apa ye?” Sambil menjawab telefon, matanya sibuk mencari Haikal. Kelibat bosnya sudah tidak kelihatan.

“Tunggu.” Tunggu? Tunggu kat mana? Tunggu nak buat apa? Semuanya menjadi tanda tanya pada Zaira. Zaira memberhentikan langkahnya dan mencari-cari kelibat bosnya. Tiada.

“Zaira..... Sorang je ke?. Azlin mana?” Terkejut Zaira bila seseorang menyapanya dari belakang.
Haikal sedang berdiri di belakang Zaira. Entah bila dia sampai pun Zaira tidak tahu. Zaira memalingkan badannya menghadap Haikal.

“Aaaa, Azlin dah balik. Ada hal sikit. Saya ni pun nak balik ni. Encik Haikal tak balik lagi ke?” Entah kenapa sejak akhir-akhir ni, perangai bosnya berlainan sedikit. Semakin baik dengannya. Mungkin sebab sudah beberapa minggu bekerja bersama. Sudah serasi bersama. Fikir Zaira sendiri.

“Kata nak tengok wayang tadi? Tak jadi ke?”  Haikal memandang tangan Zaira yang sedang memegang tiket wayang. Ini suma salah kau Zaira.. Kenapalah kau tak simpan je tiket wayang tu. Marah Zaira pada diri sendiri.

“Tak jadi Encik Haikal. Azlin nak cepat balik tadi. Takpalah, takda rezeki nak tengok.” Bukan niat Zaira hendak meminta simpati pada Haikal. Memang itulah hakikatnya.

“Jom.” Haikal seperti biasa meletakkan tangannya di belakang badan Zaira memaksanya bergerak. Zaira sudah terpinga-pinga. Takkanlah bosnya hendak menonton wayang dengannya.

“Jap...jap..... Jom kemana Encik Haikal?” Zaira menolak perlahan tangan bosnya dari terus menolak. Dia memberhentikan langkahnya dan menoleh pada Haikal.

“Bagi sini tiket tu. Jom.” Haikal mengambil tiket dari tangan Zaira dan menarik tangannya menuju ke pintu masuk panggung wayang. Terkejut Zaira bila tangannya berada di dalam genggaman Haikal.Dirasakan darah tidak mengalir ke tangannya.

Owh, tak lengkap kalau tak beli popcorn dan air.” Tangan Zaira yang masih di dalam genggamannya ditarik perlahan.

“Encik Haikal.... tangan saya.” Zaira bersuara akhirnya. Haikal seperti tidak dengar apa yang diperkatakan Zaira. Perlahan sangat ke suara aku ni. Zaira berbisik.

“Encik Haikal......”. Sekali lagi Zaira bersuara dengan ditinggikan sikit nada suaranya.

“ Dah, jom.” Tangannya masih di dalam genggaman Haikal. Mahu tidak mahu, terpaksalah Zaira mengikut sahaja Haikal.

“Encik Haikal, sini.” Zaira pula yang menarik tangan bosnya. Dah dia taknak lepaskan. Nak buat macamana lagi. Terpaksalah Zaira menarik perlahan tangan bosnya itu,

Mereka duduk di tempat duduk yang sudah disediakan. Ramai juga yang menonton wayang malam ni terutamanya pasangan yang bercinta. Yelah, malam sabtu. Ramai yang tidak bekerja esok termasuklah mereka berdua.

Lega Zaira bila tangannya bebas dari genggaman Haikal. Agaknya dia lupa kot tangan yang digenggamnya ni bukan tangan tunangnya. Tangan pembantu dia ni.. Zaira......

“Man of Steel......” Nada Haikal seperti ada unsur sindiran.

“Kenapa Encik Haikal?. Encik Haikal dah tengok ke cerita ni?” Zaira memandang Haikal yang sedang meneliti tiket wayang yang dipegangnya. Bila Haikal memalingkan mukanya ke arah Zaira, cepat-cepat Zaira memandang ke tempat lain. Bukan Haikal tidak perasan. Zaira masih tidak berani bertentang mata dengannya sehingga ke hari ini.

No. Cuma I thought you guys suka cerita melayu. Tak tahu pulak Zaira suka cerita macam ni.” Apa dia ingat aku ni kolot sangat ke. Tak layan cerita-cerita barat ni.

“Haaa, itulah. Banyak benda yang Encik Haikal tak tahu tentang saya. Apa saya suka, apa saya tak suka.” Dikawal nada suaranya. Ikutkan hati nak je dia sembur bosnya tu. Diukirnya senyuman palsu pada Haikal. Haikal pula masih tekun memandang Zaira. Entah kenapa Haikal merasakan yang dia ingin mengenali Zaira lebih mendalam. Mungkin keserasian yang wujud antara mereka.

Seperti selalu, Zaira tidak berani bertentang mata dengan bosnya. Cepat-cepat dia menoleh ke skrin di hadapan. Kebetulan pula cerita sudah bermula. Lampu sudah ditutup.

Sepanjang mereka menontonnya, sesekali tangan mereka bersentuhan. Kedudukan mereka yang hampir antara satu sama lain membuatkan mereka seperti pasangan kekasih. Sesekali tangan mereka berlaga bila mengambil popcorn. Zaira yang selalunya akan mengalihkan tangan terlebih dahulu. Haikal pula sengaja menyakat Zaira dengan meletakkan tangannya cepat-cepat bila tangan Zaira ingin mengambil popcorn tersebut.

“Zaira nak lagi?” Haikal menghulurkan popcorn pada Zaira bila mereka bangun untuk beredar.Zaira sekadar menggelengkan kepala. Popcorn ditinggalkan sahaja di atas kerusi. Mereka berjalan keluar bersama penonton lain. Semuanya keluar serentak membuatkan laluan keluar sesak. Zaira setia berjalan di belakang Haikal. Entah kenapa tiba-tiba dirasakan tangannya digenggam seseorang.

“Kang hilang kang susah saya nak cari.” Haikal berbisik pada Zaira bilamana Zaira mengerutkan keningnya. Sesekali genggamannya dieratkan. Sepanjang tangannya didalam genggaman Haikal, sepanjang itulah jantung Zaira berdegup kencang. Tenang Zaira tenang......

Haikal tetap menghantar Zaira pulang walaupun dihalang. Zaira risau jika tunang bosnya atau teman lelakinya nampak mereka selalu bersama. Namun yang meredakan  Zaira ialah dia tahu keadaan beginicuma sementara sahaja. Lebih kurang sebulan setengah lagi. Selepas itu, mungkin Haikal tidak kisah langsung pasalnya. Sekembalinya Siti, setiausaha sebenar Haikal membuatkan Zaira tidak penting lagi pada Haikal. Itulah telahan Zaira ketika ini.

Selepas menghantar Zaira pulang, Haikal terus pulang ke rumah. Dia sepatutnya berjumpa dengan tunangnya tetapi disebabkan perasaan bosan dan malas, dia terus pulang. Panggilan Kirana juga tidak diangkat. Entah kenapa, dia merasakan sesuatu bila bersama dengan Zaira. Perasaan gembira bila bersama dengan Zaira. Memang berbeza perasaannya jika hendak di bandingkan bila bersama Kirana. Haikal tahu yang Zaira sudah berteman, dia pula sudah bertunang. Mungkin perasaan ni akan hilang nanti. Telahan Haikal pula.

“Angkatlah phone. Mana pulak dia ni.” Marah Kirana bila panggilannya langsung tidak dijawab dari tadi.

                Sayang, u kat mana?. Dari tadi I call u. Kenapa tak angkat phone.

Kirana menghantar pesanan ringkas pada Haikal bila panggilannya tidak dijawab. Hampir 10 minit menunggu barulah Haikal membalasnya. Lebih sakit hati Kirana bila Haikal membalas dengan cukup ringkas.

                Tidur. Good nite.


Arghhhhhhh......Entah-entah dia dah ada orang lain. Siapa perempuan tu. ..... Haikal miliknya sahaja. Tiada orang lain yang boleh merampasnya. Perkahwinan dengan Haikal perlu disegerakan. Jika tidak, dia yang akan melepas.

12 comments:

  1. TAK SABAR RASANYA NAK TUNGGU BAB SETERUSNYA.... KEDUA-DUA PUN BEST.....MAJIKANKU SAYANGKU DAN KAU TETAP MILIKKU....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Sarina Abr.....harap terus follow ye...;)

      Delete
  2. BEST SAYA SUKA SEMUA SEKALI .
    NAK LAGI BOLEH.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. suka sgt sbb ada yg suka dengan cerita ni...maaf kalau ada salah sana sini ye...;)

      Delete
  4. Best2! Suka sgt haikal & zaira...look so sweet together. Tapi..rasa mcm x sedap hati pulak dgn Kirana, mcm psyco je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.....sweet sgt......kita tunggu apa yg Kirana nak buat lepas ni ye...

      Delete
  5. Bile la si zaira nk tahu ttg kecurangan si azri ni...cpt2 la tahu...pasni le couple dgn haikal....zaira n haikal..sweet couple.....bile nk sambung lg....

    ReplyDelete
  6. eeemmm..knpa mcm x da sambungan ni?...sambung plzzzzz..best sesangat ceta ni..

    ReplyDelete
  7. Buat cewek n tante yg cari pria simpanan orang jawa hub 0813 6871 2420

    ReplyDelete
  8. Buat cewek n tante yg cari pria simpanan orang jawa hub 0813 6871 2420

    ReplyDelete