KAU
TETAP MILIKKU
Bab
16
“Arina…..
kenapa berdiri je kat sana?” Haris yang sedang baring di atas katil menegur
Arina yang berdiri dari tadi di tepi penjuru bilik.
“Haris…
Arina tak selesalah macam ni. Kita ambil satu bilik lagi boleh?” Arina masih
cuba memujuk Haris untuk menempah lagi satu bilik untuknya. Mana mungkin dia
boleh selesa bila berada satu bilik dengan Haris. Macam-macam yang boleh
terjadi nanti. Dia sendiri pun takut jika dirinya yang tidak kuat bila bersama
Haris. Godaan Haris memang terlalu kuat baginya. Lebih baik dia mengelak dari
berlaku benda-benda yang dia tidak rela.
“Arina….
Arina….. come here.” Haris bangun dari pembaringannya dan menepuk-nepuk tilam
supaya Arina duduk di sebelahnya. Laju Arina menggelengkan kepala. Ikutkan
hatinya hendak sahaja dia lari keluar dari bilik.
“Ok,
look Arina.. I tak benarkan you stay kat bilik lain. Do you
understand on that?” Haris sudah
bangun dari katil dan menapak ke arah Arina. Jarak mereka cuma beberapa langkah
sahaja. Haris memandang tepat pada Arina ketika itu. Apa lagi pilihan yang
Arina ada selain mengiyakan sahaja. Dari dulu lagi Arina kalah pada pandangan
tajam Haris. Dia tidak berani bertentang mata dengannya.
“Good.
Now you pergi siap. Kita nak keluar makan ni. After that kita jalan-jalan kat
Langkawi ni. Esok pagi baru kita pergi tengok tapak tu.” Jelas Haris tentang
jadual mereka untuk dua hari ni. Memang jelas yang Arina terpaksa ikut sahaja
segala arahan dari Haris. Bukan disebabkan dia suami Arina tetapi lebih kepada
arahan ketua kepada pekerjanya.
“Kalau…..
Arina nak mandi kejap dulu boleh?” seperti takut-takut sahaja Arina hendak
meminta izin pada Haris. Pandangan mereka bersatu. Haris masih tetap memandang
wajah Arina yang sangat cantik di matanya.
“Kita
mandi sama.” Dicapainya tangan Arina.
“Harissssss!”
Laju sahaja Arina menjerit. Dibesarkan matanya memandang Haris. Hilang rasa
takut pada tenungan Haris ketika itu. Haris pula sudah tersenyum-senyum sambil
menggelengkan kepalanya.
“Go
in now Arina sebelum I tukar fikiran.” Cepat-cepat Arina mengambil pakaiannya
di dalam beg untuk dibawa bersama. Jangan haraplah dia hendak menukar pakaian
di hadapan Haris. Silap haribulan habis diterkamnya.
Memang
betul apa yang difikirkan Arina. Memang Haris sedang mengawal nafsu dan
perasaannya. Ikutkan hatinya hendak sahaja dia memeluk Arina puas-puas. Dia
sendiri tidak pasti sampai bila dia boleh menahan nafsunya dari menyentuh Arina.
Kalau diikutkan dari hukum agama, tidak salah bagi dia menyentuh Arina. Mereka
sudah bernikah dan Arina memang isteri yang sah pada Haris. Sabar Haris
sabar…..
“Dah
siap mandi?” terkejut Arina bila mendengar suara Haris dari belakang. Dia yang
baru beberapa langkah keluar dari bilik air, memberhentikan langkahnya dan
memusingkan badan. Terdiam Arina. Anggukan kepala sahaja yang diberikan. Apa
tidaknya, Haris cuma memakai tuala sahaja. Jelas kelihatan tubuh badan Haris
yang tegap.
Haris
menghampiri Arina yang seperti patung ketika itu dan menyentuh pipinya. Usapan
lembut tangan Haris membuatkan Arina hilang arah. Memang Arina rindukan belaian
Haris tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu dikecewakan nanti. Haris orang
berpangkat, dia pula sekadar orang biasa yang pernah hidup dalam kesusahan.
Pandangan
mereka bersatu. Perlahan-lahan Haris merapatkan wajahnya pada Arina. Tangan
kirinya masih membelai pipi Arina dan tangan kanannya diletakkan di belakang
badan Arina. Dirapatkan badan Arina padanya. Bibir mereka semakin rapat. Bila-bila
masa sahaja hembusan nafas mereka akan bersatu. Baru sahaja Haris hendak
menjamah bibir merah Arina….
“Haris…Pleaseeeeee….”
Arina menolak badan Haris jauh darinya.
“Sorry
sayang.” Haris baru sedar dengan tindakannya. Dia terus berlalu masuk ke dalam
bilik air meninggalkan Arina yang masih berdiri di situ. Haris terlalu rindu
dengan bibir merah Arina. Ingin sahaja dipagut sekarang juga.
Stop
it Haris..…. Jangan buat Arina benci lagi dengan kau. Bisik kata hati Haris.
“Haris,
janji dengan Arina, boleh?” Arina bersuara sebaik sahaja ternampak kelibat
Haris keluar dari bilik air.
“Apa
dia?” sambil memakai baju dan seluar di hadapan Arina. Arina pula yang
mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Segan dia melihat keadaan Haris ketika
itu.
“Janji
dengan Arina….. yang Haris…. tak buat lagi macam tadi tu?” tersekat-sekat suara
Arina. Dia masih tidak memandang Haris tetapi sibuk memandang ke tempat lain.
“Sayang…secara
jujur I memang tak boleh janji yang I takkan buat macam tu lagi. Tapi I akan
cuba kawal perasaan I ni. So, please jangan goda I ok. Kalau I tak tahan
dengan godaan you, sorry ye sayang.” Pening Arina dengan Haris ni.
Kenapa pula dia yang dipersalahkan. Bila masa pula dia cuba goda Haris. Nak
buat muka menggoda pun dia tidak tahu. Risau juga Arina dengan ayat terakhir
Haris tadi. Arina nekad, malam ni dia kena tidur di atas sofa. Kalau tidur di
katil yang sama dengan Haris, memang cari nahas lah kau Arina……
“Dah
jom. Kita gi makan. Lapar ni. Nak makan you tak dapat.” Haris tersenyum gatal
pada Arina. Malas Arina hendak melayan. Dicapainya beg tangan dan handphone di
atas meja.
“Cantik
beg sayang.” Kenapa pula tiba-tiba Haris memuji beg tangan ni. Ops, baru Arina
perasan. Beg tangan yang dipakainya itu ialah hadiah pemberian Haris padanya
dulu. Kalau ikutkan pendapatannya sekarang ni, mana mungkin dia dapat membeli
beg tangan semahal itu.
“Terima
kasih kerana belikan untuk Arina.” Sambil tersenyum dan menundukkan kepalanya
sedikit pada Haris.Haris sekadar tersenyum dan mencium dahi Arina. Arina
terkesima sebentar……..
Mereka
menaiki kereta menuju ke restoran berhampiran. Seronok Arina dapat menjejakkan
kaki ke Langkawi. Sudah lama dia tidak ke
Langkawi. Kali terakhir semasa dia di tingkatan 2. Itupun cuma rombongan
sekolah. Ingat lagi dia bagaimana dia terpaksa menyimpan duit untuk mengikuti
rombongan tersebut. Hendak meminta duit dari ibunya, rasa tidak sampai hati.
Duit ibunya pun cukup-cukup makan sahaja dengan adik-adik yang masih
bersekolah.
Selesai
mengisi perut, Haris mengajak Arina berjalan di Pekan Kuah. Katanya di sana
terdapat banyak barang untuk dibeli. Arina sudah berkira-kira untuk membeli barang
untuk ibunya, adik-adiknya dan kawan-kawannya. Dia terlupa sesuatu……
“You
nak beli apa?” Keluar sahaja dari kereta, Haris terus mendapatkan Arina. Tangan
Arina digenggamnya. Kini tangan mereka bersatu walaupun Arina cuba melepaskan
genggaman tersebut.
Makin
Arina cuba melepaskannya, makin itu jugalah Haris mengeratkan lagi
genggamannya.
“Nak
beli macam mana? Duit Arina kan tertinggal.”Entah kenapa rasa marah dan sedih
bila Haris bertanyakan soalan seperti itu padanya. Macam mana dia mahu
membelinya, sedangkan di dalam beg tangannya cuma ada rm10 sahaja.
“Arina…Arina…
I tahulah. You ambil je apa you nak, I bayarkanlah nanti. Don’t worry about
that sayang.” Haris seperti berbisik pada Arina, Mungkin dia tidak mahu
orang lain mendengarnya.
“Arina
nak beli banyak. Tak pun Arina pinjam duit Haris dulu boleh? Nanti balik KL
Arina bayar balik.” Haris mengeluarkan beberapa keping duit rm100 dan diberikan
pada Arina.
“Ba..banyak
sangat ni. Tak…tak…Arina nak pinjam sikit je. Mana ada duit nak bayar balik nanti.”
Arina memperlahankan suaranya bila ayat terakhir disebut. Namun telingan Haris
masih dapat menangkap apa yang Arina katakan. Lebih dari 10 keping duit rm100 berada
di tangan Arina. Arina cuba memulangkan sebahagian duit tersebut tetapi ditolak
Haris.
“Arina…..just
take it. Tak payah nak ganti balik. Pergi beli apa yang Arina nak.”
“Tapi….”
“Arina,
stop it. I tak suka. Dah, jom pergi sana. Tengok apa-apa yang menarik.”
Tangan Arina dicapainya. Mahu atau tidak Arina terpaksa juga mengambil duit
tersebut. Perangai Haris sudah Arina faham. Lagi dibangkang, lagi teruk
keadaannya nanti. Arina tersenyum sendiri. Siapa yang tidak suka diberi
sejumlah wang untuk dibelanjakan. Untung Arina disayangi seseorang.
“Haris….asyik
bayarkan je. Bila masa Arina nak guna duit Haris bagi tadi ni.” Apa tidaknya,
setiap kali Arina hendak membayar pada jurujual, setiap kali itulah Haris yang
akan terlebih dahulu membayarkannya.
“Simpan
jelah. Nanti baru belanja. Oh Arina…… Nanti kita singgah kat kedai yang jual
coklat ok. Teringin pulak nak makan coklat.” Coklat? Sedapnya…… memang Arina
suka makan coklat. Ramai juga kawan-kawannya memberinya coklat bila mereka ke
Langkawi. Kali ni, dia sendiri yang dapat pilih coklat yang dia suka. Gembira
betul Arina bila mendengarnya. Dia hampir terlupa yang dia bersama dengan
Haris. Kegembiraan berada di Langkawi sungguh seronok dirasakannya.
Malam
itu, mereka makan di restoran ikan bakar yang sedap di sana. Jarang Arina dapat
makan makanan yang mahal dan sedap. Haris suka melihat wajah riang Arina.
Walaupun dia selalu pergi ke Langkawi, namun kali ini, perasaannya sangat lain.
Mungkin disebabkan Arina. Ye, Arina……. Dia yang membuatkan setiap saat bermakna
buat Haris.
Pintu
bilik dibuka dari luar.
“I
mandi dulu ye. Sayang nak ikut?” cepat-cepat Arina menggelengkan kepalanya. Terasa
lega bila Arina mendengar bunyi pintu ditutup. Dia terus melihat kembali
beg-beg plastik yang dibeli mereka tadi. Banyaknya yang mereka borong. Tapi
semuanya dibeli dengan duit Haris. Rasa malu pula Arina pada Haris. Yelah,
barang untuk dia yang banyak. Duit yang diberikan Haris tadi pun tidak diusik
lagi. Hendak dipulangkan semula, takut nanti Haris mengamuk lagi. Dia memang
pantang bila orang tidak mendengar katanya.
Sepanjang
mereka keluar tadi, Arina terasa sungguh gembira. Walaupun dia bersama dengan
lelaki bernama Haris. Dirasakan sungguh selamat berada di samping Haris. Cara layanan
Haris pada Arina jelas menunjukkan yang dia sayang pada Arina. Cuma Arina
sahaja yang masih ragu-ragu pada keikhlasannya.
Lamunan
Arina terhenti bila telefon Haris berbunyi. Kali pertama Arina membiarkan
sahaja ia berbunyi. Masuk kali kedua, Arina bangun untuk mengambil telefon dan
jelas terpapar nama Farah di skrin. Ketika itu jugalah, Haris sudah keluar dari
bilik air dan terus mengambil telefonnya. Panggilan Farah diangkat. Haris
berbual di telefon sambil berjalan ke balconi bilik. Mungkin Haris tidak mahu
Arina mendengar apa yang dibualkan dengan Farah. Entah kenapa Arina rasa
seperti mahu mendengar apa yang dibual mereka. Mungkinkah dia cemburu pada
Haris dan Farah. Dia sendiri tidak tahu perasaannya pada Haris.
Arina
melihat Haris masih berbual di telefon. Takkanlah berborak dengan Farah lagi.
Lamanya mereka berborak. Fikir Arina sendiri. Baru sahaja Arina hendak mengalih
siaran tv, telefonnya pula berbunyi.
“Hi
Arina. Macam mana semua, ok?” siapa lagi kalau bukan Carliff yang menelefonnya.
“Semua
ok. Jangan risau. Encik Carliff tengah buat apa ni? Bunyi bising je.” Arina
dapat mendengar bunyi muzik di belakang seperti di kelab. Memang betul pun.
Carliff memang sedang berada di luar kelab malam. Tempat dia selalu lepak
bersama kawan-kawannya. Haris juga dulu kerap mengunjungi kelab yang sama. Cuma
akhir-akhir ni dia jarang ke sana.
Arina
melayankan sahaja panggilan Carliff. Hatinya rasa lega sedikit bila berbual
dengan Carliff. Jika tidak fikirannya asyik memikirkan apa yang dibualkan Haris
dan Farah sampai begitu lama.
“Ok
Encik Carliff. Good night.” Diletakkannya telefon di atas meja semula.
Alangkah terkejut Arina bila dilihatnya Haris sedang memerhatikannya dari balconi.
Dia tidak lagi berbual di telefon. Dia dengar ke apa yang aku bualkan dengan Carliff
tadi. Dia marah ke. Habislah kau Arina. Macam mana ni…
Dilihatnya
Haris masih tepat memandangnya seperti pesalah yang akan dijatuhkan hukuman.
Arina serba tidak kena ketika itu. Fikirannya buntu bila dilihat Haris masih
berdiri memandangnya tanpa sepatah kata.
Akhirnya,
Haris berjalan menuju ke arah Arina.
terima kasih hairynn untuk bab 16.....
ReplyDeleteberdebar2 saya baca......
anyway.... best.....
bab 17 plz.....
Tq darl.....;)
Deleteakhirnye ada n3 bru..hehe hari2 tertunggu2...
ReplyDeletesaya pun tunggu hari2 dan setiap jam mesti nak check n3 baru....huhu
Deleteidea datang mencurah2 la pulak skrg ni..hehe...
Deletebest sangat-2 nak lagi boleh.
ReplyDeletebolehhhhh.....hehe....
DeleteBerdebar2 plak sy baca part yg last tu...kak penulis ni pandai tau main emosi org...anyway tq kak penulis wat cite best camni..x bosan bile baca..sampai khatam 3 kali baca bab yg lepas2
ReplyDeletehehe... Tq2 sbb suka ngan cite ni...masih baru lagi la dear dlm bidang penulisan ni. Sorry kalau ada yg salah sana sini...
Deletesambung lagiiii... BEST2
ReplyDeletetq2.... tengah menyiapkan bab seterusnya ni..hehe...
DeleteSeriously novel ny mmg best!! Tabik dkat akk :DD next ntry okk ??!!
ReplyDeleteTq my dear....next entry menyusul ni....;)
DeleteSalam. Mesti Arina takut Haris melakukan sesuatu sbb Hariskan tak suka Ariana dengan Carliff, Harap Haris tak berkasar dengan Arina. Apa hubungan sebenar Haris dan Farah ya. Makin bedebar cerita ni.
ReplyDeletewslm.....mestilah Arina takut....Haris kan cemburu and panas baran sikit orangnya...huhu.....;)
DeleteHarris jeles sih. Hmmm wonder what we'll he do to Arina ehh
ReplyDeletehehe.. kena tunggu ye bab seterusnya...;)
DeletePuan penulis...bila agaknya n3 br eh...dh beratus kali dh ni dok cek kot2 ada n3 baru...hehehe...x sabau2 kn...
ReplyDeleteDear, lepas raya baru ada sambungannya ye.. sbb skrg ni mmg bz sgt. dengan raya lagi dengan mak kena tahan wad lagi.. Really2 hope semua boleh faham ye.. Insyaallah secepat mungkin saya akan siapkan bab seterusnya ye...Tq sekali lagi kerana follow cite ni ye....;)
DeleteOwh..ok..ok..sy tgu ye...
Deletei loikeee
ReplyDelete