My corner's visitor

Monday, August 5, 2013

E-Novel: Kau Tetap Milikku - Bab 17

Ini bab terakhir sebelum raya ye. Insyaallah selepas raya akan ada sambungannya. Untuk semua umat islam terutamanya followers saya, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Enjoy your raya ok.......


Kau Tetap Milikku

Bab 17

Semakin hampir Haris pada Arina, semakin laju degupan jantung Arina. Mana nak lari ni…….Takut Arina melihat riak wajah Haris yang bengis ketika itu.

“Apa yang I cakap pada you hari tu Arina?” Haris sudah berada betul-betul di hadapan Arina. Arina tidak berani bertentang mata dengan Haris. Pandangannya dihalakan ke lantai.

“Arina!. Look at me.” Haris sudah mendekatkan mukanya pada Arina. Dipegangnya wajah Arina. Arina sudah tidak tahan lagi. Air matanya akan jatuh bila-bila masa sahaja.

“Kan I dah cakap yang I tak suka you rapat dengan Carliff…You faham tak Arina?!” suara Haris semakin tegas kedengaran.

“Arina!. You dengar tak?” semakin kerdil dirasakan dirinya bila mendengar suara Haris yang semakin ditinggikan.

“Dengar …. tapi kenapa Arina tak boleh rapat dengan Encik Carliff? Yang Haris rapat dengan Farah….ada Haris fikir perasaan Arina.” Entah dari mana datangnya keberanian, Arina sendiri tidak pasti. Air mata Arina jatuh berguguran selepas dia mengeluarkan segala isi hati yang dipendamnya pada Haris.

“Arina………” Lidah Haris kelu setelah mendengar isi hati Arina. Tidak pernah Arina seberani begini. Arina melepaskan tangan Haris yang masih memegang bahunya. Dia terus berlalu ke dalam bilik air. Arina membersihkan dirinya. Dibiarkan sahaja air mata mengalir di pipi lembutnya. Rasa lega sedikit bila dapat meluahkan apa yang terbuku dihati Arina. Tapi bagaimana penerimaan Haris. Biarlah… Lelaki seperti Haris mana kisah dengan perasaan perempuan sepertinya. Baginya semua orang perlu mengikut arahannya. Mustahil dia hendak mengikut arahan orang lain.

Haris masih berdiri di tempat tadi. Dia masih terkejut dengan kata-kata Arina tadi. Arina cemburu? Itu satu petanda baik bagi Haris. Ye, dia cemburu…. Arina, isteriku sudah pandai menunjukkan sifat cemburunya. Kalau betullah Arina cemburu, peluang untuk bersama Arina semakin cerah. Wajah Haris yang tegas tadi bertukar menjadi lembut. Dia tersenyum sendiri.

Arina perlahan-lahan keluar dari bilik air setelah hampir sejam berada di dalam. Dia berharap sangat yang Haris sudah tidur. Harapannya hancur bila dia ternampak kelibat Haris sedang menonton tv sambil duduk di sofa. Haris mengalihkan pandangannya pada Arina bila Arina berjalan di hadapannya untuk mengambil barang di dalam beg. Arina perasan yang Haris masih tetap memandangnya.

“Aaa, Haris tak tidur lagi?” Arina yang terlebih dahulu memulakan perbualan antara mereka bila masing-masing diam seribu bahasa. Dia berharap sangat yang Haris sudah melupakan apa yang terjadi tadi. Tidak keruan Arina dibuatnya kerana Haris masih setia memandangnya.

“Haris…..Arina ngantuk. Arina tidur dulu ye.” Haris masih tetap tidak bersuara langsung. Arina mengambil bantal dan selimut di atas katil.  Macam mana aku nak tidur ni. Dia duduk kat sofa ni. Takkanlah aku nak tidur atas katil ni. Nanti lain pulak jadinya.

“Kenapa tak tidur je atas katil tu?” akhirnya Haris bersuara bila dia melihat Arina hanya berdiri di tepi katil.

“Takpalah, Arina tidur kat atas sofa je…. Haris tidurlah atas katil ni.” Arina sudah mengangkat bantal dan selimutnya untuk diletakkan di atas sofa bila Haris bangun dan menutup TV. Haris mengambil bantal dan selimut yang Arina letakkan di atas sofa tadi dan diletakkan semula di atas katil. Arina terpinga-pinga melihat Haris mengambilnya.

“Tidur atas katil je Arina. Nanti sakit badan tu esok kalau tidur atas sofa.” Terpaksa jugalah Arina baring di atas katil. Nanti dibantahnya cakap Haris, lain pula yang jadi. Dia berharap sangat-sangat yang Haris tidak akan menyentuhnya.

Arina baring membelakangkan Haris. Takut dia hendak tidur mengadap Haris. Lampu bilik di tutup. Hanya tinggal lampu balkoni yang dipasang. Itupun cahayanya tidaklah terlalu terang.  Setelah memastikan sekali lagi pintu berkunci, Haris melangkah naik ke atas katil. Ketika itu, hanya tuhan sahaja tahu perasaan Arina. Seram sejuk dirasakan badannya walaupun suhu bilik ketika itu agak normal. Haris berbaring di sebelah Arina. Tangan Haris memaksa Haris menyentuh badan Arina. Tetapi Haris menahannya. Nafsunya bergolak-golak untuk menyentuh Arina. Ingin sahaja dibawa Arina ke dalam pelukannya. Rindu pada segala yang ada pada Arina.

Tiba-tiba Haris turun dari katil dan baring di atas sofa. Kenapa Haris pindah tidur kat sofa ni. Dia masih marah ke kat aku ni….Bisik Arina sendiri. Sebenarnya Haris sudah tidak dapat menahan nafsu gelora yang membuak-buak untuk menyentuh Arina. Memeluk dan mencium Arina sepuas-puasnya. Sebelum dia benar-benar tidak dapat mengawalnya, lebih baik dia menjauhkan dirinya pada Arina. Dia tidak mahu Arina membencinya lagi seperti yang pernah dibuatnya pada Arina dulu. Memaksa Arina menyerahkan sesuatu yang dia tidak rela.

Akhirnya mereka terlelap sehingga ke pagi.

Nyenyak sungguh Arina tidur malam tadi sehinggakan dia tidak sedar langsung yang pagi sudah menjelma. Bunyi air dari dalam bilik air yang membuatkan Arina terjaga. Haris terlebih dahulu bangun sebelumnya.

Haris?!!!! Terus dilihat ke dalam selimutnya. Semuanya masih elok dipakai. Takut juga dia jika Haris berbuat sesuatu pada dirinya malam tadi. Dia terlupa yang dia bersama Haris di dalam bilik yang sama.

“Dah bangun ke sayang?” Haris yang bertuala sahaja keluar dari bilik air dan mendapatkan Arina. Pipi Arina diusap lembut. Fuhhhh….Siapa yang tak tergoda dengan Haris. Lebih-lebih lagi bila menampakkan tubuh badannya yang tegap. Itu sebabnya Arina tidak berani melihat Haris bila berkeadaan begitu. Takut dia sendiri tergoda.
“Kita nak ke sana pukul berapa?” tanya Arina sambil berjalan ke tempat diletaknya beg baju. Arina mengambil sepasang pakaian untuk dibawa bersama ke dalam bilik air. Dia masih menunggu jawapan Haris. Haris pula selamba sahaja cuma bertuala berbaring di atas katil. Dia ni kan…… kata aku jangan goda dia, tapi tengoklah ni… Dia yang buat aksi menggoda kat dalam bilik ni. Arina kena kuat…….jangan tergoda…….

“Lepas Arina siap, kita gi breakfast kat bawah, then terus pergi.” Haris masih berbaring di atas katil sambil tangannya memeluk bantal yang Arina tidur malam tadi. Tak dapat peluk orangnya, peluk bantal pun jadilah. Kesian Haris……

Selesai sahaja  bersarapan, mereka menuju ke tempat yang sepatutnya mereka pergi. Tanah yang telah dibeli oleh syarikat mama Haris. Arina mencatatkan segala yang dikatakan oleh Haris mengenai tapak projek tersebut. Kemana Haris pergi, Arina terpaksa mengikutnya. Catatan perlu diambil.

“Ok dah. Lepas ni Arina nak gi mana?” Haris bertanyakan pada Arina yang sedang sibuk mengemaskinikan catatannya tadi.

“Haris tanya Arina?. Manalah Arina tahu nak ke mana. Arina tak tahu sangat Langkawi ni.” Dia masih menulis sesuatu pada bukunya. Dengan cara itu dapat mengelakkan dia   bertentangan mata dengan Haris.

Tiba-tiba Haris merampas buku catatan Arina tadi. Terkejut Arina bila buku tersebut diambil Haris.

“Dah, kalau tak sempat nak catat apa yang I cakap tadi, malam nanti I ulang apa yang I cakap. Ok sayang?” terus Arina menyimpan pen dan mengambil semula buku tadi pada tangan Haris dan disimpan ke dalam beg. Mereka menaiki kereta menuju ke suatu tempat yang Arina tidak tahu kemana. Hanya Haris sahaja yang tahu kemana.

“Jom… Kita naik cable car. Arina pernah naik ke?” Arina menggelengkan kepalanya. Memang benar dia tidak pernah menaikinya. Seronok benar Arina rasa ketika itu. Pertama kali nak naik cable car ni.Seperti biasa, Haris mencapai tangan Arina dan menggenggamnya erat.  Mereka ke kaunter membeli tiket dan menunggu giliran untuk menaikinya.

Tiba-tiba  Arina dapat rasa ada seseorang mengambil gambarnya. Ditolehnya ke kiri, Haris sedang mengambil gambarnya.

“Haris, taknaklah.” Arina seperti merayu pada Haris untuk tidak mengambil gambarnya lagi. Tapi siapa tidak kenal Haris. Dia bukannya hendak mendengar kata orang lain. Arina masih cuba mengelak dari wajahnya ditangkap.

“Arina, pandang depan. Senyum.” Rupa-rupanya Haris sudah meminta tolong seorang lelaki menangkap gambar mereka. Tangan Haris diletakkan di bahu Arina dan dirapatkan badan Arina padanya. Hendak atau tidak, terpaksa juga Arina memeluk badan Haris. Mereka memang seperti pasangan yang sedang berbulan madu.

Akhirnya mereka menaiki cable car ke atas. Alangkah sukanya Arina dapat melihat pemandangan Langkawi. Sungguh cantik……Keindahan yang tidak ternilai…

Ya…Sungguh cantik…. Haris tidak melepaskan peluang yang ada untuk menangkap gambar Arina. Dirasakan Arina terlalu cantik baginya. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang  membuatkan dia tertarik pada Arina. Kalau hendak dibandingkan rupa paras Arina dan wanita-wanita yang berminat dengannya memang Arina kalah. Tetapi mungkin kesederhanaan dan kelembutan Arina yang membuatkan dia cantik di mata Haris.

Haris memimpin tangan Arina keluar dari cable car bila mereka sampai di puncak. Terasa sejuk bila berada di atas. Haris meminta tolong orang yang berada di situ untuk menangkapkan gambar mereka. Mula-mula Arina terasa kekok bila bergambar rapat dengan Haris. Apa tidaknya, tangan Haris sentiasa melekap pada badan Arina. Boleh dikatakan setiap gambar, tangan Haris jelas kelihatan memegang Arina. Tapi lama-kelamaan Arina sudah serasi bergambar bersama Haris.

Satu pose yang Arina paling gementar ialah bila Haris berdiri dibelakang Arina sambil memeluknya. Tangan Haris berlingkar di pinggang Arina. Dapat dirasakan Haris memeluknya erat. Arina dapat merasakan lekukan tubuh badan Haris.

“Sayang, you takut ke?” Haris bertanyakan pada Arina bila dilihat Arina seperti takut-takut untuk melangkah. Tengok bawah lagilah tidak.

“Boleh Arina peluk tangan Haris? Arina takutlah tinggi-tinggi ni.” Arina berdiri tegak ketika itu. Haris sempat mencuit hidung Arina sebelum dia mencapai tangan Arina.Dipeluknya Arina. Mereka berjalan perlahan-lahan. Nasiblah mereka pergi pada hari Isnin. Jadi tidak ramailah orang ketika itu.

“Boleh Arina tengok?” Arina mendekatkan diri pada Haris. Mereka sedang duduk di kerusi yang disediakan di sana. Mereka berehat sebentar sebelum turun. Arina sedang menikmati kacang rebus yang dibelinya tadi manakala Haris pula sedang melihat gambar-gambar di kamera yang diambilnya tadi.

“Mestilah boleh sayang.” Haris menunjukkan Arina satu persatu gambar yang diambil. Kebanyakkan gambar Arina. Gambar pemandangan cuma sedikit sahaja. Gambar Arina yang diambil curi oleh Haris terlalu banyak. Gambar mereka berdua pun nampak cantik. Nampak sepadan bila bergambar bersama.

“Haris… Kenapa banyak sangat gambar Arina. Buanglah separuh. Tak cantiklah.”  Arina cuba mengambil kamera dari tangan Haris.

“Jangan!” belum sempat Arina memegangnya, Haris terlebih dahulu mengelak. Dipegangnya tangan Arina.

“Nak kena cium marilah sayang.” Haris mendekatkan wajahnya pada Arina. Terus Arina bangun dan dilepaskan tangannya. Dia terus melangkah ke tempat menunggu cable car untuk turun. Risau Arina jika betul-betul Haris menciumnya di situ. Malu rasanya. Haris tersenyum melihat wajah Arina yang berubah.


Arina berasa sungguh seronok hari ni. Tapi dia tidak pasti samada Haris seronok bila bersamanya. Mungkin ini kali pertama dan juga terakhir untuk mereka keluar bercuti bersama. Arina tidak tahu……..

23 comments:

  1. thanks dear..... i luv it very much.....

    psstt.... lepas raya nak lagi ye.....hehe

    ReplyDelete
  2. selamat hr raya jugak...menunggu bab yg seterusnya dgn penuh sabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari RAya Hasnah.. jom baca bab 18 ye..

      Delete
  3. Best jangan lupa tau lepas raya.selamat hari raya maaf zahir dan batin semua.

    ReplyDelete
  4. best dah lama menanti seronok dapat baca kembali sambungan cite ni teruja kembali nak buka blog nie hihihi Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marzianah, tq so much kerana sudi follow my blog...Selamat Hari Raya...

      Delete
  5. selamat hari raya..
    best sangat...
    hope lepas raya ada n3 baru ye... :)

    ReplyDelete
  6. Sangat memuaskannn . Hehe , lepas raya nak n3 baruu~~~

    ReplyDelete
  7. akak nak n3 baru..please.. sambung lahh..

    ReplyDelete
  8. Baru follow blog ni...jatuh cinta dgn kedua2 novel dlm blog ni....agak2 bile dpt kuar dlm bentuk cetakan....nk sambung lg kedua2 novel dlm blog ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much Nira....Masih dalam proses menyiapkan manuskrip Kau Tetap Milikku... jgn lupa follow ye...;)

      Delete