KAU
TETAP MILIKKU
BAB
19
“Arina…. Jom.” Haris mengajak
Arina menuju ke arah tempat menunggu teksi. Setibanya di sana, kereta BMW Haris
sudah terparkir di sana. Driver Haris keluar dari kereta dan mengambil
beg-beg Haris dan juga Arina untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta. Pintu
tempat duduk belakang dibuka Haris dan mereka masuk ke dalam sementara menunggu
kesemua beg-beg selesai dimasukkan ke dalam bonet.
“Arina seronok tak?” memang
sudah kebiasaan Haris yang akan memulakan perbualan antara mereka.
“Seronok. Terima kasih kerana
sudi bawa Arina ke Langkawi. Maaflah kalau Haris rasa bosan bila dengan Arina.”
Sekejap sahaja mata mereka bertentangan. Arina cepat mengalihkan pandangannya
ke tempat lain. Perasaan takut dan segan dengan Haris masih ada dalam diri
Arina.
“So, next time bolehlah
temankan I lagi. Kita pergi tempat lain ye sayang. Kita pergi lama sikit. And I
want you to know that you tak pernah buat I bosan bila bersama.”
Haris berbisik pada Arina sambil mengusap pipi Arina. Berdegup kencang jantung
Arina ketika itu. Memanglah seronok pergi ke tempat yang belum pernah dilawati.
Cuma masalahnya dia perlu ke sana dengan Haris. Itu yang menjadi masalah utama
Arina.
Nasiblah driver Haris masuk ke dalam kereta. Kalau tak, mahu pengsan si Arina
ni mendengar kata-kata Haris tadi. Ditambah lagi dengan sentuhan Haris padanya.
Arina….back to reality…….Ingat…jangan mudah terpedaya dengan kata-kata
manis dari lelaki bernama Haris……suara kecil Arina mengingatkannya.
Sampai di rumah Arina, Haris membantunya
mengangkat beg-beg tersebut ke dalam rumah.Arina meminta Haris meletakkan
sahaja di tepi pintu rumahnya. Kalau tak disuruh, ada yang sampai ke bilik
dihantarnya beg-beg tersebut.
Arina kembali mengangkat
beg-begnya terus ke dalam bilik tidurnya setelah kereta milik Haris hilang dari
pandangan.
Setelah membersihkan diri, Arina
berbaring di atas katil. Matanya tertumpu pada beg-beg yang dibawanya tadi.
Banyak betul barang yang dibelinya. Yang pasti semua barang tersebut dibeli
dengan duit Haris. Duit yang Haris bagi padanya pada hari pertama mereka tiba
di Langkawi langsung tidak berusik. Masih ingat lagi Arina, setiap kali dia
membeli barang, Haris yang terlebih dahulu membayarnya. Langsung tiada peluang
untuk Arina membayarnya sendiri.
Haris pula masih teringat segala
saat bersama Arina di Langkawi. Memang Haris tidak puas bersama dengan Arina.
Kamera dibuka dan disambungkan pada skrin tv. Gambar-gambar mereka terutamanya
gambar Arina dipaparkan di skrin. Berulang-ulang kali gambar tersebut dibelek
Haris. Gambar mereka bersama, gambar Arina tersenyum, gambar Arina tidur juga
ada dicuri ambil oleh Haris. Arina memang telah berjaya mengunci pintu hati
Haris pada wanita lain.
“Macam mana Arina?... Ok
semua?...” Dato’ Mahizan memanggil Arina masuk ke biliknya.
“Semua ok Dato’. Report
tu saya akan serahkan pada Dato’ Haris dulu untuk membuat semakan.” Entah
kenapa dirasakan majikannya itu seperti dapat menghidu sesuatu.
“Ok, petang nanti Haris akan
datang sini, so you just pass to him.”
Dato’ Mahizan masih tepat memandang Arina. Ada yang tak kena ke aku ni. Ke
Dato’ dah tahu pasal aku ngan anak dia. Habislah aku. Ronta Arina di dalam
hati.
“Baik Dato’. Kalau takda
apa-apa, saya keluar dulu.” Arina melangkah keluar sebelummajikannya bertanyakan
soalan lain. Mahu pengsan kalau berlama di dalam bilik majikannya.
Arina menyambung kerjanya
sehingga ke petang. Banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan. Sedang Arina tekun
membuat kerja, terdengar suara yang cukup dia kenal.
“Report dah siap?” Lembut sahaja suara Haris yang sedang berdiri di
tepi mejanya. Matanya masih tepat memandang Arina.
“Sudah. Ni dia.” Arina
menyerahkan report yang sudah disiapkan tadi. Sempat lagi Haris mengenyitkan
matanya pada Arina sebelum berlalu masuk ke dalam bilik mamanya. Nasiblah
Hasnah tidak nampak kerana terlalu sibuk dengan kerjanya. Haris ni kan……
“Arina, Dato’ suruh masuk
sekarang.” Dato’ meminta Hasnah memanggil Arina untuk masuk ke biliknya. Tak
sampai 10 minit Haris masuk ke dalam, Arina pula yang dipanggil masuk.
“Ye Dato’.” Arina terus masuk ke
dalam bilik majikannya. Mungkin ada salah pada report yang dibuatnya
tadi. Haris pula sedang duduk di kerusi mengadap mamanya.
“Arina, duduk.” Takut juga Arina
ketika itu. Nak kena duduk pulak. Kalau boleh, Arina tidak mahu berada lama di
dalam bilik dengan mereka. Lemas dirasakannya. Dihadapannya Dato’ Mahizan, di sebelahnya
Haris.
“Arina, so far ok ke
kerja dengan Haris?” terkejut Arina dengan pertanyaan Dato’ Mahizan.
“O…Ok je Dato’.” Tersekat-sekat
Arina menjawab. Haris pula masih memandang Arina yang dirasakan tengah sedikit
resah dengan soalan mamanya.
“Ada Haris buat sesuatu yang tak
baik pada Arina?” Bukan sahaja Arina yang terkejut malah Haris juga. Mereka
sama-sama memandang tepat pada Dato’ Mahizan. Kemudian Arina menoleh pada Haris
di sebelahnya.
“Mama?!” Haris yang dahulu
bersuara. Pelik juga Haris dengan mamanya. Tidak pernah pun mamanya bertanyakan
soalan tersebut pada mana-mana wanita sebelum ini. Kenapa pula dengan Arina
yang ditanyanya.
Dato’ Mahizan masih memandang
Arina yang nampak keresahan dengan soalan yang dituju padanya.
“I’m still waiting for the
answer, Arina.” Dato’ Mahizan masih tepat memandang Arina. Haris juga turut
menunggu jawapan Arina.
“Tak….takda Dato’.” Pendek
sahaja jawapan Arina. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dijawab. Takut juga
kalau dia beritahu perkara sebenar pada Dato’ Mahizan. Nanti tak pasal-pasal
Haris mengamuk padanya nanti. Bukan dia tidak kenal dengan Haris. Dan mungkin
juga Dato’ Mahizan turut mengamuk. Akhirnya Arina juga yang akan terima
padahnya.
“So, kalau macam tu, bila
Haris perlu ke tapak projek, I want you, Arina to go with him.”
“Tapi Dato’………” Arina sendiri
tidak tahu apa alasan yang perlu diberi.
“Excuse me please.” Dato’
Mahizan mendapat panggilan dari seseorang. TIdak sempat Arina memikir dan
memberikan alasan untuk tidak perlu mengikuti Haris kemana-mana lagi.
Mereka beredar keluar dari
bilik. Berbeza perasaan masing-masing selepas keluar dari bilik. Arina merasakan
satu lagi beban yang datang padanya manakala Haris sangat berterima kasih pada
mamanya kerana memahami situasi mereka. Sekarang ini tiada alasan lagi untuk
Arina menjauhkan diri darinya. Haris perlu merebut peluang yang ada ini sebaik
mungkin.
Arina, bersedia ye sayang……..
“Bilanya kamu nak balik ni Ari?
Asyik sibuk je memanjang.” Malam itu emak Arina menelefon Arina setelah hampir dua
minggu Arina tidak menelefon mereka di kampung. Risau juga Mak Leha dengan anak
sulungnya ni.
“Jumaat ni mak. Lepas kerja Ari
balik. Mak sihat ke? Fira ngan Azim sihat ke mak?” Selalunya Arina akan menelefon
mereka bertanya khabar setiap minggu. Ini sudah dua minggu Arina tidak
menghubungi mereka. Sibuk dengan kerja di pejabat. Ditambah lagi dengan
masalahnya dengan Haris yang tidak selesai lagi.
“Semua kat kampung ni sihat. Ni hah……suami
kamu baru telefon mak ni. Dia dah balik Malaysia ke? Kenapa kamu tak bagitahu
kat mak?” bertalu-talu soalan Mak Leha. Dirasakan darah tidak mengalir ketika
itu bila mendapat tahu Haris menghubungi emaknya.
“Bi…bila Haris telefon mak? Dia
cakap apa kat mak?” Janganlah Haris memberitahu perkara sebenar tentang mereka.
Sempat lagi Arina berdoa.
“Tadi petang. Dia kata dia dah
balik Malaysia minggu lepas. Nanti hujung minggu ni kamu balik sekali dengan Haris
kan?. Ni mak nak tanya ni….suami kamu suka makan apa. Nanti mak masak takut dia
tak makan pulak.” Aduh……. Nak balik
sekali. Apa ni suma….Harisssssssssss…..
“Suma dia makan mak. Oklah mak,
esok Ari telefon mak lagi ye. Kim salam suma. Assalamualaikum.” Sebenar-benarnya
Arina sendiri tidak tahu apa makanan yang Haris suka atau tidak. Itu sahaja
jawapan selamat buat Arina.
“Waalaikumusalam. Jaga diri
baik-baik.” Arghhhhhh…… menjerit Arina sebaik sahaja Mak Leha meletakkan
telefonnya. Apa lagi yang Haris nak ni…..
“Apa yang Haris nak lagi dari
Arina ni?” Arina terus menghubungi Haris. Rasa tidak puas hati dengan apa yang
telah dibuat Haris.
“Kenapa marah-marah ni. Apa yang
I dah buat pada you. Cuba bagitahu I.” Haris sudah dapat mengagak apa yang
tersirat di fikiran Arina ketika itu. Mesti sebab kes telefon kampungnya siang
tadi. Haris sudah bersedia.
“Ke…Kenapa Haris telefon mak
Arina kat kampung? Kenapa bagitahu mak Arina yang Haris dah balik
Malaysia?....Harisssssss…” suara Arina yang tadi seperti marah-marah bertukar
perlahan seperti merayu. Dia masih ingat dengan siapa dia bercakap sekarang
ini. Kang tak pasal-pasal dia yang kena marah balik.
“I just…..I just rindu
pada mak. That’s all. Dah lama betul I tak telefon mak. And you,
Arina…. Kenapa bagitahu mak yang I kena kerja luar dari Malaysia. And also,
there’s no Mak Arina. She is mother to both of us. Jangan
ingat you dah lupa yang kita masih husband and wife.” Betul firasat
Arina. Mesti dia yang kena balik.
“ Arina…….” Haris bersuara lagi.
Arina masih berdiam diri. Tiada langsung suara yang keluar dari mulutnya.
“Haris…… Kalau kita ber…” belum
sempat Arina menghabiskan ayatnya, Haris cepat-cepat memotong.
“Arina…. Stop it!. Jangan
berani sesekali sebut perkataan PISAH dengan I. I don’t like it Arina.”
Nada suara Haris semakin ditinggikan. Memang marah betul Haris jika Arina
menyebut perkataan tersebut. Kecut perut Arina mendengar suara Haris. Nasiblah
hanya di telefon sahaja. Mahu menangis Arina jika Haris berada di hadapannya
dengan nada suara seperti itu.
Arina tidak tahu apa yang perlu
dibuat. Dia takut jika keadaan bertambah rumit nanti. Kerisauannya bertambah
bila memikirkan tentang hujung minggu ni.
best.... best..... suspen gak ujung2..... tak sabar nak tau bab 20.... cepat sket hairynn bab 20..... darah ku dah naik ke kepala.....hehehe
ReplyDeleteanyway thank to madam author....hairynn
:)=
hehe....tq so much sbb suka ngan cerita ni...Insyaallah tengah bertungkus lumus ni nak siapkan bab2 seterusnya.....;)
DeleteBEST SANGAT X SABAR TUNGGU BAB 20.
ReplyDeleteTq baby mio....
Deletenak lagiiiiiii
ReplyDeleteJapppppppp..... ;)
Deletebest,,,
ReplyDeletesesangat....
nak sambungan nya lg kak...
tq my dear....tunggu bab 20 ye...
DeleteLove it. Suka x pnh followv cerita novel mcm ni
ReplyDeleteTq so much eda....masih baru lagi dalam dunia penulisan ni...ayat2 pun belum cukup mantap... ;)
DeleteSuker giler cite ni baru follow pagi ni dah nak tau semua... best..
ReplyDeleteTq Zaleha....sorry ye kalau ada error sana sini....
Deleteaskum cik hairynn... dah bertambah peminat untuk novel ni. saya try baca terus lekat. heheheheh
ReplyDeletewslm cik Ieda...yup, harap2 bertambah lg peminat novel ni ye... TQ so much ye kerana sudi mem'follow cerita ni... :)
Deletecan't wait for next entry, bila lah agaknya ye?
ReplyDeleteMeh baca next chapter... ;)
Deletebest baca cerita nie,, siap pulun semua bab.... mananti bab seterusnya... :)
ReplyDeleteTq Arin.... :)
Deletethank you for such lovely story. keep up the good work
ReplyDeleteTq kak... ;)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete