My corner's visitor

Monday, August 19, 2013

E-Novel: Kau Tetap Milikku - Bab 18

KAU TETAP MILIKKU

Bab 18

“Nak keluar balik?. Nak gi mana?” tanya Arina bila Haris menyuruhnya bersiap. Baru sekejap mereka sampai di hotel. Arina ketika itu baru sahaja keluar dari bilik air. Penat tadi pun belum hilang lagi dah nak keluar balik. Rungut Arina di dalam hati.

“Kita gi bawah je kat pantai. I nak main jetski. Teman I.” Haris selamba sahaja menukar seluar di hadapan Arina. Arina pula yang terpaksa berpaling ke arah lain. Kuatkanlah imanku… Doa Arina di dalam hati.Dia sendiri tidak tahu samada dia boleh bertahan lagi atau tidak dengan Haris.

“Dah… Gi tukar baju.” Sekali lagi perlakuan Haris membuatkan Arina terpana. Dipeluknya Arina dari belakang. Cepat-cepat Arina menjarakkan dirinya dari Haris. Dicapai seluar tight dan tshirt yang disidai di tepi begnya. Sempat Arina menjeling pada Haris yang sedang tersenyum melihat wajah Arina yang kemerahan akibat malu dengan keadaan mereka tadi. Ditutupnya pintu bilik air. Tenang Arina tenang. Geramnya dengan Haris ni. Dia memang sengajakan buat aku malu sendiri. Arghhhhhhhh…… jerit Arina perlahan.

Mereka berjalan di tepi pantai sambil menikmati angin laut. Sesekali tangan Haris menyentuh belakang badan Arina terutamanya bila mereka berbual. Ada masanya tangan Haris memeluk pinggang Arina supaya mereka sentiasa rapat bersama. Arina yang berasa segan dengan orang –orang  disekeliling mereka. Bukan dia tidak perasan, banyak mata yang memandang mereka terutamanya kaum hawa. Payah kalau berjalan dengan orang kacak ni. Bisik Arina sendiri.

Mereka berjalan menyusuri pantai di situ sehinggalah tiba di tempat menyewa jet ski. Haris menyewa sebuah jet ski dari seorang lelaki yang menjaga di situ.Mereka diberikan seorang satu jaket keselamatan untuk dipakai. Haris membantu Arina memakainya.

“Jom Arina. You pegang I tau. Nanti jatuh.” Haris mengambil tangan Arina dan diletakkan di pinggangnya memaksa Arina memeluknya. Mereka sudah bersedia menaiki jet ski. Pada mulanya Arina tidak mahu. Tapi Haris berjaya memujuknya. Walaupun sudah memakai jaket keselamatan, Arina tetap berasa takut. Bukannya dia pandai berenang. Nak pergi ke tengah-tengah laut pulak tu.

“Peluk pinggang I Arina!” Haris sempat menjerit pada Arina bila dirasakan pelukan Arina tidak sekemas tadi. Mungkin Arina segan memeluknya. Rasanya Arina seorang sahaja perempuan yang dia kenal yang menolak peluang yang ada seperti ini. Semua perempuan yang dia kenal dulu, tidak payah disuruh. Mereka sendiri yang akan memeluk, menyentuh badannya. Apa lagi kalau disuruh berbuat begitu. Bertambah sukalah mereka.

Mereka menuju ke tengah laut. Angin laut yang meniup-niup serta percikan air laut ke badan mereka membuatkan Arina berasa sungguh seronok. Haris sengaja membawa laju sedikit supaya Arina akan tetap memeluknya dek perasaan takut terjatuh.

Sampai di tengah laut, jauh dari pantai, Haris memberhentikan enjin. Hanya mereka yang berada di tengah-tengah laut ketika itu.

“Seronok tak Arina?” tanya Haris sambil mengusap-usap tangan Arina yang sedang memeluknya. Perlahan-lahan Arina menarik tangan dan melepaskan pelukannya. Arina senyum sambil menganggukkan kepalanya pada Haris yang sedang memandangnya.

“Jom…  Arina nak cuba bawak?..... Jangan takut, I ada.” Terkejut Arina bila Haris sudah bersedia untuk menukar tempat.

“Arina tak tahu. Ta… takutlah Haris.” Arina sempat menolak perlahan   badan Haris dari mengundur ke belakang.

“I ada sayang. Jom, rugi tau tak cuba bawak.” Memang Arina teringin membawa jet ski dari dulu lagi. Cuma rasa takut sentiasa menguasainya. Entah kenapa bila bersama Haris, rasa takut semakin hilang. Rasa selamat yang dirasainya sekarang. Perasaan segan pada Haris juga semakin hari semakin hilang.

Haris membantu Arina berpindah ke hadapan. Mereka sudah bertukar tempat. Haris mengajar Arina serba sedikit cara membawanya sebelum enjin dihidupkan semula.

“Haris…. Arina takutlah.” Diurutnya dada supaya tenang. Tiba-tiba tangannya dipegang Haris dan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Haris merapatkan badannya pada Arina. Keadaan mereka amat rapat sekali sehinggakan pipi mereka boleh berlaga. Kehangatan badan mereka dapat dirasakan antara satu sama lain walaupun mereka memakai jaket keselamatan. Ikutkan hati hendak sahaja Arina lompat dari jet ski dari terusan dipeluk Haris. Tapi memandangkan dia tidak tahu berenang, terpaksalah dia merelakan dirinya dipeluk Haris.

Haris membantu Arina membawanya. Lupa sementara Arina pada keadaan mereka ketika itu. Sungguh seronok Arina dapat membawa jet ski dengan bantuan Haris. Lama juga Arina membawanya. Mereka menghabiskan masa petang mereka di situ.

“Seronok tak?” tanya Haris bila mereka sedang berjalan balik ke bilik.

“Seronok sangat.” Wajah Arina jelas menunjukkan yang dia memang sangat seronok sehinggakan dia terlupa yang tangannya masih di dalam genggaman Haris. Selalunya dia yang akan cuba melepaskan genggaman tangan mereka. Kali ini, lagi dieratkan genggaman tersebut.

Sampai di hadapan pintu bilik, baru Arina perasan yang mereka sedang berpegangan tangan sejak dari tadi. Dilepaskan perlahan-lahan genggaman tangannya. Malunya Arina rasa ketika itu. Lebih-lebih lagi bila melihat wajah Haris yang tersenyum-senyum memandangnya. Kenapalah dia boleh lupa semua ni. Ini semua sebab seronok punya pasallah ni. Arina…. Arina….. Jangan Haris fikir yang bukan-bukan lepas ni sudahlah.

Entah kenapa selepas membersihkan diri, kepala Haris berdenyut-denyut. Mungkin kerana tidak cukup rehat sebelum ni. Apa tidaknya, sebelum ke Langkawi, Haris ke Singapura menghadiri mesyuarat di sana.

Arina perasan yang Haris asyik memecit-mecit kepalanya dari tadi. Makan malam yang dipesan tadi pun tidak habis dimakan. Haris juga tidak banyak bercakap malam ni.

“Ma…masih sakit lagi? Nak Arina picitkan?” Arina  mempelawakan diri untuk memecit kepala Haris jika benar dia memerlukannya. Risau juga Arina melihat Haris sebegitu. Nanti jadi apa-apa nanti pada Haris, payah pulak Arina nak membawanya ke klinik atau hospital.

Haris sekadar menganggukkan kepalanya. Diletakkan kepalanya di atas pangkuan Arina yang sedang duduk di atas katil. Kesian pula Arina melihat Haris menahan sakit kepala. Arina juga perasan tadi yang Haris ada menelan ubat selepas makan malam tadi. Mungkin ubat sakit kepala atau panadol.

Arina memicit kepala Haris. Terasa bertambah lega kepala Haris selepas Arina memicitnya. Lama juga Arina memicitnya sehinggakan picitan tadi bertambah perlahan. Tiba-tiba tangan Arina berhenti memicit.

Haris mendongak melihat Arina. Tidur dah dia. Ala Arina sayang……….

Haris mengalihkan tangan Arina perlahan-lahan. Dia bangun dari pembaringannya dan dengan perlahan-lahan membaringkan Arina. Mungkin letih sangat sampai tidak sedar ni. Bisik Haris sendiri.

Diselimutnya badan Arina. Dibelai, diusap rambutnya. Diciumnya dahi dan pipi Arina. Ciuman itu tidak berhenti di situ. Bibir merah Arina yang sentiasa di nantikan untuk dijamah kini berada betul-betul dihadapannya. Haris mendekatkan bibirnya pada bibir milik Arina. Bibir mereka bersatu buat seketika. Haris melepaskan ciuman tersebut.Dia tidak mahu mengejutkan Arina dari tidurnya. Ditenungnya wajah Arina. Bersih, mulus dan sangat cantik pada pandangan Haris. Dia akan pastikan tiada siapa yang boleh menyentuh Arina kecuali dia.

Bunyi alarm telefonnya membuatkan Arina terjaga. Dirasakan ada sesuatu yang dipeluknya. Hendak kata bantal, lain sangat bentuknya. Mungkin teddy bear besarnya yang selalu menemani tidurnya. My Mr. Teddy……. Rindu pada teddy………

Eh…kejap…… Aku sekarang dekat Langkawi kan. Belum balik lagi. Mana teddy ikut…… fikir Arina sendiri.

Tiba-tiba dirasakan pelukan teddy semakin dieratkan. PInggangnya dipeluk kemas. Ada sesuatu yang melekap di dadanya seperti kepala teddy. Disentuhnya. Macam kepala……

“You dah bangun sayang?” terkejut Arina bila mendengar suara tersebut. Macam manalah dia boleh terlupa yang dia masih bersama Haris di Langkawi di dalam satu bilik. Di atas katil yang sama. Arina cuba meleraikan pelukan tersebut namun Haris pula mengeratkan lagi pelukannya.

Telefon Haris berbunyi memaksanya untuk melepaskan Arina. Arina terus turun dari katil dan menuju ke bilik air. Dipanjangkan langkahnya ketika itu. Tangan Haris meraba-raba telefonnya yang diletakkan di atas meja di tepi katil. Pandangannya masih tetap ditujukan pada Arina sehinggalah Arina menutup pintu bilik air.

“Haris…….tak bangun lagi?” suara mama membuatkan Haris terkejut. Jarang mama menelefonnya bila dia ke mana-mana atas urusan kerja. Mungkin ada benda penting yang hendak disampaikan. Haris menyedapkan hatinya sendiri.

“Dah….dah….. Nak mandi ni. Kenapa mama telefon pagi-pagi ni? Ada hal penting ke?” Haris sudah berjalan menuju ke balconi bilik menghirup udara segar sambil menikmati keindahan pantai.

“Saja telefon my only son ni. Tak boleh ke?” bertambah curiga Haris dengan mamanya.

Not like that ma. Its just……I don’t know…. So, everything ok ke kat sana? Nanti Haris jumpa mama ye bila balik nanti.”  Sesekali Haris menjenguk ke dalam bilik untuk melihat Arina. Masih belum keluar-keluar dari bilik air.

“Semua ok kat sini. So, Haris jaga my Arina baik-baik tak?” Terkejut Haris dengan pertanyaan mamanya. Mahu tersembur dibuatnya kalau ketika itu dia sedang meneguk air. Nasiblah tidak.

“Dia baik je di bawah jagaan Haris. Mama janganlah risau. Risau sangat pasal your staff.” Perli Haris pada mamanya. Kebetulan Arina sudah keluar dari bilik air menuju ke beg pakaiannya. Mata Haris terus mengekori setiap langkah Arina.

“Haris…… I know you my dear. But please jangan sakitkan hati Arina.” Perlahan suara mamanya tetapi Haris tetap dapat mendengarnya.

“A…apa mama cakap?” Sakitkan hati Arina?. No…. Dia tidak akan menyakiti Arina lagi. Cukuplah apa yang telah dibuatnya pada Arina dahulu.

Nothing. Haris, mama kena letak telefon ni. Nanti kita jumpa sayang. Bye.” Dato Mahizan yang dulu memutuskan talian. Kata-kata mamanya masih terngiang-ngiang di telinga Haris.

Mesti mama fikir aku akan buat pada Arina sepertimana aku buat pada perempuan-perempuan sebelum ni. Bukan salah dia jika perempuan-perempuan tersebut yang menyerah tubuh badan mereka sendiri padanya. Merelakan tubuh badan mereka disentuh olehnya. Dia tidak pernah memaksa mana-mana perempuan untuk ditiduri. Cuma Arina seorang sahaja wanita yang telah disentuhi tanpa kerelaannya. Arina yang telah berjaya membuat dirinya berubah. Arina wanita terakhir yang disentuhi. Bukan tidak ada perempuan yang menawarkan diri mereka untuk Haris, tetapi hati Haris seperti sudah tertutup. Hanya tubuh badan Arina yang diingini.


Hanya Arina…….

14 comments:

  1. best....best.... thanks madam author hairyn...

    nak lagi.... nak lagi.... nak lagi....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarina, hehe... masih baru lg...byk yg kena perbetulkan..ok2, tak lama lg ni ada bab baru...

      Delete
    2. i rasa u ada bakat besarla dlm penulisan.... sb kedua2 novel u best jln cerita....

      i hari2 check blog u for new n3.....

      Delete
  2. nak lagi...nak lagi...
    sambung cepat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... sabar ye des sriyana.... menyusul bab terbaru...;)

      Delete
  3. Cepat la Haris declare Arina tu wife dia !

    Thank U Hairynn...best.

    ReplyDelete