KAU
TETAP MILIKKU
Bab 20
“Arina... Kenapa
tak angkat call I?!” Haris sedikit berang bila panggilannya tidak diangkat
Arina sejak 15 minit yang lalu. Puas dia menelefon Arina beberapa kali namun
panggilannya tidak berjawab.
“Nanti call balik.” Belum sempat
Haris bersuara, Arina terlebih dahulu memutuskan panggilannya. Apa lagi,
bertambah marahlah Haris ketika itu yang sedang memandu. Dia terus membelokkan
keretanya menuju ke rumah Arina.
Bukannya Arina sengaja hendak
memutuskan panggilan tersebut, tetapi keadaan yang memaksanya berbuat begitu.
Mana tidaknya, dia yang berada di dalam LRT untuk pulang berhimpit-himpit
dengan orang ramai yang masing-masing turut sama hendak pulang segera.
Turun dari LRT, Arina terus
berjalan menuju ke rumahnya. Dari jauh sudah kelihatan kereta BMW milik Haris
sedang terparkir di hadapan rumahnya. Arina tahu mesti Haris marah padanya. Dia
mempercepatkan langkahnya menuju ke kereta Haris. Dia perlu bersedia untuk
dimarahi.
“Arina!... Masuk.” Tegas sahaja
suara Haris dari dalam kereta. Diturunkan tingkap keretanya memandang Arina.
Arina cuma diam tidak berkata
sepatah apa pun. Dia tahu Haris sedang marah dengannya. Haris meluncur laju
memandu keretanya. Kecut perut Arina dengan pemanduan Haris.
“Arina kat dalam LRT tadi. Ramai
orang tadi. Susah nak cakap. Tu sebab Arina letak telefon tadi. Lagipun tak
berapa dengar suara Haris tadi.” Arina menjelaskan segalanya pada Haris. Dia
berharap Haris tidak akan memarahinya lagi. Takut juga dia dengan Haris yang
dari tadi diam tidak berkata apa—apa.
“Mana kereta you Arina?” Tiba-tiba
Haris bersuara. Suara Haris masih tegas seperti tadi. Apa lagi yang tak kena
dengan Haris ni. Aduh....
“Dah jual.” Jawapan Arina itu
membuatkan Haris menoleh kepadanya. Diberhentikan keretanya di bahu jalan.
Matanya masih tepat memandang Arina. Cuma Arina yang masih tunduk sambil
tangannya mengusap lembut beg tangan yang dipegangnya.
“Arina..... so selama ni you naik LRT ke....
I mean, pergi balik kerja?” Arina sekadar menganggukkan kepalanya. Apa lagi
yang perlu dijawab. Takkanlah naik LRT pun salah. Pengangkutan awam kan.
“Oh no....Arina...... I can’t believe it.. My wife naik LRT........”
Haris menyentuh lembut kepala Arina dan kemudian beralih ke pipi Arina. Usapan
lembut dan wajah Haris yang seperti tidak percaya membuatkan Arina hairan.
Habis tu nak naik apa lagi. Mana ada duit nak beli kereta baru. Haris ni....
“Kenapa jual kereta tu?” Haris
masih tepat memandang wajah lembut Arina. Suaranya semakin lembut didengari.
“ Nak guna duit
masa tu.” Jawapan ringkas itu membuatkan Haris rasa bersalah pada Arina. Dia
sepatutnya memberikan nafkah zahir pada Arina selepas mereka disatukan dulu.
Dia lupa dengan tanggungjawab tersebut. Lupa memberi nafkah pada Arina dari
segi wang perbelanjaan.
Haris perlu memperbetulkan
keadaan. Arina adalah tanggungjawabnya. Tanggungjawab seorang suami perlu
dilaksanakan.
Haris membawa kereta laju menuju
ke satu destinasi yang Arina tidak tahu.
“Ha...Haris nak beli kereta ke?”
Arina mengekori Haris ke dalam sebuah kedai kereta yang menempatkan banyak
kereta jenis Mini Cooper. Semuanya cantik-cantik pada Arina. Mesti seronok
kalau dapat bawa kereta macam ni. Berangan sekejap si Arina ni.......
“Yup.” Bertambahlah koleksi
kereta Haris ni. Bisik hati Arina.
Haris bertanyakan pada penjual
di situ tentang kereta Mini Cooper Hatchback.
Penjual tersebut menunjukkan setiap kelebihan kereta tersebut pada
Haris. Semuanya dibelek Haris. Arina pula malas hendak mengganggu mereka
berdua. Dia berjalan-jalan dan melihat-lihat kereta yang dipamerkan di situ.
Sedang dia melihat-lihat, tiba-tiba terasa tangannya digenggam seseorang.
“Jom sayang.” Haris menarik
lembut tangan Arina untuk mengikutnya. Arina mengikut sahaja langkah Haris.
“Thank you Dato’. I will call you once it ready Dato’. Thank you so much Dato’.
Thank you to you too Datin.” Penjual tadi bersuara bila mereka
melintasinya. Senyuman yang paling manis dihadiahkan pada Arina. Arina sedikit
hairan dengan cara senyumannya. Dialihkan pandangannya kepada Haris.
“Datin?!” Terkejut Arina bila
dipanggil sedemikian. Dia tidak pernah
langsung terfikir yang akan ada orang memanggilnya Datin.
Datin............memang rasa pelik bagi Arina mendengarnya.
“Yes, my dear...Datin.... Your husband ni kan Dato’.....Try to get use with it dear.” Sempat
dicubit pipi lembut Arina sebelum masuk ke kereta.
“ Arina, why don’t you stay with
me. Senang sikit I nak jaga you.” Suara Haris masih terngiang-ngiang di telinga
Arina. Tadi sebelum Arina turun dari kereta, Haris masih cuba memujuk Arina
untuk tinggal bersamanya. Mana mungkin dia mahu tinggal bersama dengan Haris.
Bermacam-macam benda yang difikirkan terutamanya tentang Dato’ Mahizan. Apa
tanggapannya sekiranya dia mendapat tahu yang Arina tinggal bersama dengan
anaknya. Risau Arina sekiranya Dato’ Mahizan tidak dapat menerimanya sebagai
menantu. Layakkah dia........
“Arina!..
Arina!.... Meh sini cepat.” Mimi yang sedang menyapu di hadapan rumah mereka
menjerit memanggil Arina yang sedang masak ketika itu. Tergopoh gapah Arina
mendapatkan Mimi.
“Apa dia yang.....”
Arina tidak berkata apa-apa selain terdiam bila dilihatnya seorang lelaki
sedang berdiri di luar pintu pagar rumah mereka. Dikerlingnya Mimi yang masih
berdiri kaku di sebelahnya.
“Cik Nurul Arina ke?”
Lelaki tersebut memang sah sedang mencari aku. Aku ada hutang dengan sesiapa
ke. Risau juga Arina ketika itu. Arina sekadar mengangguk lemah.
“Boleh kita
bercakap sebentar?” Arina semakin mendekatkan diri pada lelaki tersebut. Kini
mereka cuma dipisahkan dengan pagar besi.
“Begini
Cik Arina. Saya ni orang suruhan Dato’ Haris. .Dato’ minta saya hantarkan
kereta ni pada Cik Arina. Dato’ hadiahkan kereta ni pada Cik Arina. Lagi satu, Dato’
tak dapat hantar sendiri kereta ni sebab Dato’ ada di Singapura sekarang ni.
Mari saya tunjukkan Cik Arina bahagian dalam kereta. Lepas tu, boleh Cik Arina
pandu kereta ni.”
Arina masih
terpinga-pinga dengan apa yang baru sahaja didengari. Hadiah kereta?. Haris
hadiahkan aku kereta?... Aku dapat kereta baru?... Betul ke ni.......Arina
masih seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. Tetapi lelaki
yang memberitahunya tadi masih ada berdiri di hadapannya. Dia tidak bermimpi
ni.
“Cik Arina?.....
Jom saya tunjukkan.” Arina pasti ini bukan mimpi. Laju sahaja kakinya melangkah
keluar ke kereta. Mimi pula cepat-cepat meletakkan penyapunya di tepi dan
berlari-lari anak mendapatkan Arina.
Lelaki tersebut
menunjukkan bahagian dalam kereta pada Arina dan juga Mimi. Jelas penjelasan
lelaki tersebut pada mereka.
“Apa kata saya
temankan Cik Arina pusing-pusing kat sini dulu. Bukan apa, takut tak biasa
dengan kereta ni.” Betul juga kata lelaki tersebut. Arina memandang Mimi yang
berdiri di sebelahnya.Pandangan yang meminta satu jawapan. Mimi seraya
mengangguk gembira.
Arina membawa
kereta tersebut buat pertama kalinya ditemani lelaki tersebut dan Mimi yang
duduk di belakang pemandu. Pada mulanya Arina berasa kekok juga memandu kereta
baru, tetapi lama-kelamaan dia sudah serasi membawanya.
“Arinaaaaaaa!!!”
menjerit Mimi pada Arina bila lelaki tersebut sudah hilang dari pandangan
mereka. Mereka melompat kegirangan seperti kanak-kanak. Mana tidaknya, tidak
pernah terfikir pun Arina untuk mendapat hadiah sebuah kereta Mini Cooper.
Belum sempat Arina
menghantar pesanan ringkas pada Haris, Haris terlebih dahulu menelefonnya.
“Hi sayang... Dah
dapat hadiah dari I?” Haris yang baru sahaja
habis mesyuarat terus menelefon Arina.
“Hadiah?!... Hadiah
apa?.” Arina pura-pura tidak tahu mengenai hadiah tersebut. Entah kenapa Arina
mahu mengusik Haris ketika itu.
“Tak dapat lagi.
Orang I tak hantar apa-apa kat you ke? Are you sure?” Pelik juga Haris. Pagi tadi
orangnya sudah memberitahunya yang kereta tersebut sudah dihantar pada Arina.
Haris sudah berpesan pada orang kanannya supaya menyerahkan kunci tersebut pada
Arina sendiri. Takkanlah dia salah orang. Manakala Arina pula sudah tidak dapat
menahan ketawa.
“Haris..... Arina
dah dapatlah tadi.” Ketawa Arina bila berjaya mengenakan Haris. Risau sungguh
Haris.
“Arina...... nak
kena ni. Tunggu nanti I balik ye.” Arina cuba menahan gelak.
“Haris.... Kereta
tu.....” belum sempat Arina menghabiskan ayatnya, Haris terlebih dahulu
bersuara.
“Yes Arina. The
car is a gift from me to my lovely wife. I really hope you like it. Yang
paling penting, after this no more LRT ok.” Mahunya tidak suka. Memang
kereta idaman Arina sebenar-benarnya.
“Terima kasih
sangat-sangat....Arina suka sangat. Tapi mesti mahal kan harga kereta ni.” Ada nada
sedih pada suara lembut Arina membuatkan Haris terlalu ingin berada dekat
dengannya ketika itu.
“Arina...... ikhlas
dari I untuk you. So, jaga kereta tu baik-baik tau. Owh, Arina.....
I need to go dear. I call you tonight. Bye.” Mereka semua yang
menghadiri mesyuarat tersebut sedang menunggu Haris untuk sama-sama menikmati
makan tengahari di sana.
Petang itu Arina
mengajak Mimi dan Linda berpusing-pusing sekitar KL dengan kereta barunya. Mimi
dan Linda tumpang gembira dengan Arina. Diharap kegembiraan Arina
berkekalan......
“Wei, kereta sapa
pulak tu.” Linda yang lebih dahulu terlihat sebuah kereta hitam tersadai di
hadapan rumah mereka. Masing-masing cuba melihat wajah pemandu kereta tersebut.
“Encik Carliff.....”
perlahan sahaja suara Arina. Sebab apa dia ke mari...Tertanya-tanya Arina
sendiri.
Arina
memberhentikan keretanya. Mereka turun dari kereta dan menapak ke kereta tersebut.
“Korang masuk
dululah. Ni Encik Carliff. Aku kenal dia.” Arina mengarahkan Mimi dan Linda
masuk ke dalam rumah dahulu dan meninggalkannya sebentar. Dia melangkah dekat
ke arah Carliff yang sedang keluar dari kereta.
“Hi Arina. Cantik
kereta. Siapa yang belikan?” Terkedu sebentar Arina ketika itu.Perlukah dia
memberitahu perkara sebenar pada Carliff. Apa yang patut dia lakukan sekarang
ini.... Haris.... Tolong Arina........
Nice n3 Cik Writer! Apa Arina nak buat ye? Terus terang je pada Carliff or bagi alasan? Apa kata bagitau kereta tu Haris pinjamkan pada Arina sementara Arina belum ada kereta. Lagipun, Arina kan staff Haris...x salah rasanya. Kalau Carliff tanya lebih2, just senyum je buat muka x bersalah. Boleh pakai ke idea ni? hehe..
ReplyDeleteHehe... mmmm, kena tunggu bab seterusnya ye...sama ke tak idea ni..hehe....
Deleteckp jer..inche suami belikan...hehehe
ReplyDeleteUmairah.... kesian Arina tersepit time ni.. tak sempat nak fikir alasan..huhu....
Deletegood, very interesting story, though quite short
ReplyDeleteTq Kak Hezrin....Busy sgt tu yang tak sempat nak tulis panjang2..huhu...
DeleteBestnya dapat Mini Cooper.
ReplyDeleteGitau carliff sendiri lah beli. Igt arina x da duit ke....
Boleh gitu?? :D :D
Zue, best kan...bila kita nak dapat ni..hehe...
Deletehoyeh...hoyeh.... dpt keta baru....
ReplyDeletetq madam author for n3......
tak sabar nak tunggu haris and arina kat kampung....hehe
Yup.... seronok Arina dapat kereta idamannya....
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeletePENDEK KAK NAK LAGI.
ReplyDeletetak puas betul baca...cepatla sambung cerita nie....
ReplyDeletebgtau jer haris beli n haris husband u arina... kang puting beliang taufan semua kluar...
ReplyDelete