My corner's visitor

Friday, September 13, 2013

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 22

KAU TETAP MILIKKU

BAB 22

                “Haris….Tak payahlah teman Arina balik. Sebelum ni pun Arina balik sendiri je.” Arina masih cuba memujuk Haris supaya membatalkan niatnya untuk balik kampung bersama. Namun Haris tetap meneruskan pemanduannya.

                “Itu dulu Arina. Sekarang ni I nak temankan you balik and dalam masa yang sama I nak jumpa my mother in law. I rinduuuuu sangat kat mak.” Tangan kiri Haris sempat mencuit pipi Arina. Apa lagi yang boleh Arina buat untuk menghalang Haris dari meneruskan niatnya itu.

                Mereka baru sahaja memasuki lebuhraya Utara-Selatan untuk ke kampung Arina yang terletak di Ayeh Keroh, Melaka. Arina tetap mendiamkan diri sejak dari tadi. Sesekali Haris mengerling melihat Arina. Risau Arina jika emaknya bertanyakan pada mereka soalan-soalan yang payah untuk dijawab. Nanti dia cakap lain, Haris pula cakap lain. Kantoi pulak nanti……..Nak bincang dengan Haris….Emmmmmm, lagilah payah.

                “Haris…… Kalau mak tanya apa-apa pasal kita….” Tangan Arina dengan tiba-tiba digenggam Haris. Terdiam Arina.

                “Jangan risau sayang. Nanti pandailah I. Okey?” kata-kata Haris serba sedikit membuatkan Arina berasa tenang sedikit. Risau juga dia jika Haris mahu bercakap benar pada emaknya. Pasti dia yang akan dimarahi teruk.

                Kereta sudah memasuki kawasan kampung. Mereka kemudiannya melintasi sekolah yang mempunyai banyak kenangan pahit dan manis mereka. Setiap kali lalu di hadapan sekolah, Arina pasti akan berasa sedih. Kenangan pahit masih tetap segar dalam ingatannya setiap kali dia melihat bangunan sekolahnya. Haris pula terus teringat zaman persekolahannya. Dia cuma sempat bersekolah di sini selama 2 tahun sahaja. Selepas itu dia terus mengikut mamanya ke luar negara. Sekolah ini jugalah yang membuatkan dia berjumpa Arina. Arina menjadi barang taruhan dia dan kawan-kawannya. Sikap pantang dicabar membuatkan Arina hampir menjadi mangsanya. Siapa sangka perempuan yang dijadikan sebagai taruhan dulu kini telah sah menjadi isterinya.

                Haris dapat melihat wajah Arina berubah bila melalui sekolah mereka. Ada air mata yang membasahi pipi Arina. Cepat-cepat Arina mengesatnya. Dia tidak mahu Haris melihatnya. Haris cuba mengawal perasaannya dari memeluk Arina. Dia memang mahu membawa Arina dalam pelukannya kerana dia tahu perasaan Arina. Sedih bila teringat apa yang telah terjadi padanya. Arina mangsa keadaan. Haris benar-benar rasa bersalah pada Arina.

                Kereta meluncur lagi sehingga sampai ke rumah Arina. Rumah yang didiami keluarga Arina dari dulu lagi. Haris tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Arina sebelum ini. Masih ingat lagi ketika mereka berbincang untuk diijabkabul. Arina seboleh-boleh hendak bernikah di Kuala Lumpur. Pelbagai alasan diberikan pada keluarga terutama emaknya. Mereka diijabkabulkan di masjid yang cuma dihadiri oleh keluarga terdekat Arina. Haris pula cuma ditemani bapa saudaranya. Majlis sanding juga tidak diadakan. Arina memberi alasan pada emaknya yang Haris terpaksa ke luar negara bertugas di sana. Jadi majlis persandingan terpaksa ditangguhkan.

                “Assalamualaikum mak.” Haris terlebih dahulu memberi salam dan bersalaman dengan mak Leha. Terpinga-pinga Arina melihatnya. Sepatutnya aku yang patut dulu bersalaman dengan emak. Kenapa lak dia yang lagi laju ni….. fikir Arina sendiri.

                “Waalaikumusallam. Haris….. sihat nak?” Mak Leha yang sedang menyapu sampah di luar terus mendapatkan mereka. Haris yang terlebih dahulu mencapai tangannya.

                “Sihat mak.” Haris memberi ruang pada Arina untuk bersalaman pula. Selepas bersalaman, mereka berpelukan pula. Hilang rindu Arina pada emaknya.

                “Nak jugak peluk.” Dirapatkan badannya pada mereka. Sempat Haris melihat wajah Arina yang seperti tidak puas hati dengannya. Dikenyitkan mata sambil tersenyum memandang Arina. Mereka berpelukan di depan rumah sehinggalah kedengaran suara orang memanggil-manggil Arina.

                “Kak Ari!.... Abang Haris!....” Azim memanggil-manggil nama mereka dari pintu rumah sambil melambai-lambaikan tangannya.

                “Mana adik busuk akak ni……” Arina terus mendapatkan Azim. Arina memang rapat dengan adik-adiknya.

                “Cantik kereta kak. Bila nak dapat naik kereta besar ni. Mesti abang Haris banyak duit kan sampai dapat pakai kereta BMW. Bestnya kak…..” Arina tersenyum dan menoleh ke arah Haris yang sedang berjalan bersama emaknya ke arah mereka. Haris juga sedang memandang Arina. Pandangan mereka bersatu.

                “Jom masuk Ari, Haris….Azim, dari tadi mak suruh mandi kan. Pergi mandi sekarang. Susah betul nak mandi budak sorang ni.” Membebel Mak Leha pada anak bongsunya itu. Azim pula terus berlari masuk ke dalam bilik air sebelum telinganya dipiat. Arina sempat bertanya pada emaknya di mana Fira. Kata emaknya Fira mengikut rombongan sekolahnya ke Terengganu. Esok petang baru balik.

                “Haris, kunci kereta. Nak ambil beg.” Arina menyentuh lembut lengan Haris ketika lalu di hadapannya.

                Haris menyuruh Arina masuk menemani emaknya sementara Haris sendiri mengambil beg-beg mereka di dalam kereta. Bukannya banyak pun beg mereka. Masing-masing cuma membawa satu beg sahaja.

                “Haris….letak beg kat dalam bilik Ari. Tu haa.” Tangan Mak Leha sudah ditujukan pada bilik Arina. Haris melangkah terus ke sana.

                Terkejut Arina bila pintu bilik dibuka dari luar. Dia baru sahaja hendak menyarung tshirt ke badannya. Terlupa Arina untuk mengunci pintu bilik tadi. Memang inilah perangai Arina yang susah hendak diubah. Selalu lupa hendak mengunci pintu. Terutamanya pintu bilik tidur dan mandi. Nasiblah adik-adik dan emaknya sudah lali dengan perangainya.

                “Haris…. janganlah pandang Arina. Pandang tempat lain. Arina nak pakai baju ni. Kejap je.” Arina masih memegang tshirt menutup bahagian depan badannya. Haris masih tepat memandangnya. Beg-beg tadi sudah diletakkan di lantai. Pintu bilik dikunci.

                Dah sudah……Mana nak lari ni. ..takut Arina bila Haris masih tepat memandangnya. Haris kemudian menghempaskan badannya di atas katil sambil matanya masih memandang Arina yang sedang berdiri di hadapannya.

                “Cepatlah tukar sayang. I nak tengok ni.” Biar betul Haris ni…. Kalau ye pun nak buat perangai takkanlah dekat sini.

                “Haris……cepatlah tutup mata. Arina nak keluar ni nak tolong mak.” Arina merayu pada Haris. Dibuatnya muka sedih meminta simpati.

                “Cepat. I kira sampai tiga je. Satu….” Tiga pun tigalah Arina. Cepat-cepat Arina menyarungkan tshirt ke badannya. Selesai menyarungkannya, terus Arina keluar dari bilik. Langsung tidak dipandangnya Haris.

                “Arina… Arina….. malu-malu ni yang buat aku geram lagi ni…..” perlahan sahaja suara Haris. Dia cuma berpura-pura menutup matanya tadi. Sebenarnya dia dapat melihat apa yang ada di hadapannya tadi. Dipeluk bantal peluk disebelahnya.

                “Jom Ari… makan. Mak dah siapkan suma ni. Panggil sekali Haris ye.” Semuanya sudah terhidang di atas meja makan. Mak Leha memang pantas membuat kerja-kerja rumah terutamanya bab memasak.

                “Haris….. Jom makan.” Arina mengetuk pintu bilik. Tiada langsung suara Haris kedengaran. Dia tidur ke ni. Bisik Arina sendiri. Arina melangkah masuk ke dalam bilik. Dilihatnya Haris sedang tidur.

                “Haris…. bangun… mak ajak makan tu.” Arina bersuara perlahan. Disentuh lembut badan Haris untuk mengejutnya.

                “Cium dulu baru I bangun.” Haris cuba menyakat Arina. Dia tahu Arina tentu akan mengelak untuk menciumnya. Belum sempat Arina melangkah, Haris sudah memegang tangannya.

                “Ngada-ngadalah.” Malas Arina hendak melayan Haris. Jika tidak diikutkan, lagi lamalah mereka di dalam bilik. Terus sahaja dia mendekatkan bibirnya pada pipi Haris. Akhirnya…

                “Haris…..Eeeeeee….” rupa-rupanya bukan pipi yang diciumnya tetapi bibir Haris. Haris sempat mengalihkan wajahnya sehinggakan bibir mereka yang bersatu. Senyum simpul Haris bila dapat mengenakan Arina. Dipegang bibirnya. Kelembapan bibir Arina masih terasa di bibirnya. Dia terus bangun dan mengikut langkah Arina ke dapur.

                Selera sungguh Haris makan masakan mertuanya. Sudah lama dia tidak makan masakan kampung sesedap ini. Suka Mak Leha melihat menantunya makan. Risau juga Mak Leha kalau-kalau Haris tidak suka masakan kampung. Nak suruh dia buat spaghetti pelbagai, manalah dia tahu.

                “Teman abang ronda-ronda kat kampung ni nak tak?” petang tu semasa mereka sedang menonton tv, Haris mengajak Azim menemaninya. Arina sedang sibuk membantu Mak Leha membuat kuih untuk minum petang.

                “Naik kereta besar tu ke abang Haris?” Haris sekadar mengangguk. Terus Azim ke dapur memberitahu pada emaknya. Haris juga turut melangkah ke dapur untuk memberitahu pada Arina.

                “I keluar kejap sayang.” Arina tidak dapat berkata apa-apa bila dahinya dicium Haris. Mak Leha cuma tersenyum gembira bila melihat anak menantunya. Dia sentiasa berdoa supaya anaknya itu bahagia dengan kehidupan berumahtangga.

                “Azim….kat sini ada tak kedai elektrik?” Haris masih memandu perlahan keretanya.

                “ Kedai elektrik?...ada….  Jom Azim tunjukkan.” Haris ingin membeli tv dan beberapa barang elektrik lain untuk rumah emaknya. Haris tidak sampai hati melihat keadaan rumah mertuanya.Tidak ada banyak barang pun di dalam rumah tersebut. Walaupun barang-barang tersebut masih elok, tetapi entah berapa lama dibelinya. Patutlah dilihatnya Arina jarang berbelanja. Mungkin banyak duit gajinya di berikan pada emaknya.

                Haris membeli TV, peti sejuk, mesin basuh dan macam-macam lagi termasuklah mengupah orang memasang astro. Laju sahaja tauke kedai tersebut melayan Haris. Mana tidaknya, banyak betul barang yang dibeli Haris. Apa lagi, suka benarlah Azim. Bertambah sayang dia pada abang iparnya itu.

                Haris menerima mesej dari Arina.

                                Haris… Kat mana?. Jom balik. Nak minum petang ni.

                                Ok sayang. Nak balik ni.

                Haris memandu pulang. Dia sudah berpakat dengan Azim untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang barang-barang yang dibelinya tadi. Barang-barang tersebut akan dihantar lewat petang sikit. Entah apa reaksi Arina nanti….

                Sedang mereka duduk sambil minum petang di tepi luar rumahnya yang diletakkan meja dan kerusi, tiba-tiba sebuah lori memasuki kawasan rumahnya dengan dipenuhi barang-barang elektrik.
                “Mak Leha….banyak beli barang ni.” Mak Leha kenal dengan orang yang menghantar barang-barang tersebut. Tetapi pelik juga Mak Leha, bila masa pula dia beli semua barang-barang ni.

                “Bila masa pula Mak Leha beli barang-barang ni. Kau salah rumah tak Siva?” Siva melihat semula alamat yang diberi oleh bosnya tadi. Alamat yang sama. Tidak salah.

                “Betul betul…. Kat sini…. Tadi abang Haris beli.” Bukan sahaja Mak Leha yang terperanjat, Arina juga turut terperanjat sama. Mereka memandang Haris untuk mendapatkan penjelasan seterusnya.

                “Haris….” Haris menghampiri mereka.

                “Haris beli tadi. Benda-benda ni semua untuk mak dan adik-adik pakai. Mak jangan risau. Haris ikhlas.” Sayu hati Mak Leha mendengar kata-kata Haris. Ucapan terima kasih sahaja yang dapat diberikan oleh Mak Leha pada Haris. Azim menarik tangan Mak Leha untuk melihat barang-barang yang dibelinya tadi. Arina pula memang menunggu masa yang sesuai untuk bercakap dengan Haris.

                “Haris… Apa semua ni?. Kenapa nak beli semua barang-barang ni. Nanti orang cakap keluarga Arina cuba nak kikis duit Haris. Apa ni Haris… Arina taknaklah…..” Arina masih cuba memperlahankan suaranya. Dia tidak mahu emaknya mendengar apa yang dikatakan pada Haris tadi.

                “Arina!. Look…. I am your husband . So, maknanya I ni menantu dalam rumah ni. I juga ada hak untuk membeli apa-apa barang untuk mereka. Arina….. I cuma nak your family duduk lebih selesa dekat rumah ni. Your family is my family too sayang.” Arina menoleh ke arah emak dan adiknya. Terpancar kegembiraan pada wajah mereka.

                “Terima kasih.” Walaupun pendek sahaja jawapan Arina, itu sudah cukup melegakan Haris. Diusap-usap lembut belakang badan Arina bila mereka   berjalan menghampiri Mak Leha.

                Malam itu mereka menonton tv yang baru dibelinya tadi. Jenis LED jenama LG. Memang besar skrinnya. Entah berapa inci pun Mak Leha tidak tahu. Seronok Haris melihat wajah gembira mereka terutamanya Arina.  Arina sudah berjaya mengunci pintu hatinya untuk wanita lain.

                “Arina masuk tidur dulu ye.” Kini hanya tinggal Arina dan Haris sahaja. Azim dan Mak Leha baru sahaja masuk ke dalam bilik masing-masing untuk tidur. Haris juga turut bangun setelah menutupTV. Dia mengekori Arina ke dalam bilik.

                Arina terlupa yang dia terpaksa tidur di dalam bilik bersama dengan Haris. Badannya direbahkan di atas katil memandang dinding. Haris pula terus naik ke atas katil dan baring bersebelahan Arina.

                “Haris….. Kita letak bantal peluk kat tengah-tengah ni ye. Ja….jangan usik Arina tau.” Arina terpaksa tidur bersama di atas katil. Tilam ada di dalam bilik Mak Leha. Nanti apa pula kata Mak Leha kalau Arina mengambilnya. Dia harap sangat yang Haris tidak akan menyentuhnya.

                “Tak boleh….. Mana boleh letak bantal tengah-tengah ni. Sempitlah sayang. Jom, tidur sini.” Haris mengisyaratkan Arina tidur di dalam pelukannya. Bantal peluk tadi sudah di campak ke tepi.

                “Haris…..janganlah.” Arina cuba mengambil bantal peluk yang dicampak di tepi katil. Haris pantas menarik Arina ke dalam pelukannya. Kini Arina sudah dipeluk kemas. Pandangan mereka bersatu. Wajah mereka semakin dekat.  Haris………


11 comments:

  1. hoyeah...hoyeah....

    so sweet..... si arina malu2 kucing....

    tq hairyn..... i suker sangat.....

    next bab 23 plz....

    ReplyDelete
  2. hehe...tq2 kerana suka... jgn lupa TICK column SUKA SANGAT tu ye....Nak tgk ramai tak suka.. Kalau ramai nak hantar manuskrip ni..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, majikanku kesayanganku bila nak n3 baru?
      rindu la plak...hehe

      [ dun wori, tiap kali baca mesti tick coloumn SUKA SANGAT ]

      Delete
  3. best2.... hantar cepat sikit akak, x sbr nak tau ending dia

    ReplyDelete
  4. Kak..best jugak la n3 ni..mcm n3 lps2 jugak..gud job akak!!!utk arini je lebih 10 kali cek kot ada n3 baru...akhirnya ada jgk..thanks akak!!!

    ReplyDelete
  5. BEST...KAK MAJIKANKU SAYANGKU X ADA N3 BARU KALAU BOLEH DUA-2 PUN NAK KAK TERIMA KASIH .

    ReplyDelete
  6. X sabo x sabo tnggu n3 baru...
    Harap cpt2 lh smbng yew kaq...
    Sngt sngt sngt best cete nie...

    ReplyDelete
  7. update la n3 slalu..rindu ngan diorng ni
    :)

    ReplyDelete
  8. cik writer , nk lg n3 baru boleh ? best + seronok follow ...

    ReplyDelete
  9. best sangat,,
    tak sabo nak bca bab 23.
    pe jadi lah diorang nanti..
    pasti membuahkan hasil,,

    ReplyDelete