KAU
TETAP MILIKKU
Bab
21
“Sebenarnya…. Aaaa… Kereta
ni…..” tersekat-sekat suara Arina. Dia tidak dapat berfikir apa-apa pun ketika
itu. Fikirannya buntu.
“Arina……” Carliff masih menunggu
jawapan Arina. Baru sahaja dia hendak melangkah lebih dekat lagi pada Arina,
kelihatan sebuah kereta menghampirinya.
“Hi Carliff…. Buat apa kat
sini?” terkejut juga mereka berdua bila dilihatnya Haris yang keluar dari
kereta. Dalam masa yang sama Arina bersyukur yang Haris hadir ketika dia
memerlukannya.
“Nak ajak si Arina keluar
kejap. You pulak buat apa kat sini?”
jawapan Carliff membuatkan Arina mengalihkan pandangannya pada Haris. Risau
juga Arina jika Haris mengamuk di situ. Namun bila dilihat wajahnya, nampak
tenang sahaja.
“Owh….Sorry la bro...I
dah tempah dia before you. So, Arina… Jom… kita dah lambat ni.” Carliff
terdiam bila Haris mencapai tangan Arina membawanya masuk ke dalam kereta.
Arina pula seperti budak kecil mengikut sahaja.
“Carl…. I’m sure you have
asked Arina about the car. For your info, I yang belikan untuk dia. She
is mine bro… Mine….” Haris sempat berbisik pada Carliff. Ditepuknya bahu
Carliff sebelum dia masuk ke dalam kereta dan meluncur laju meninggalkan
Carliff sendirian di situ.
“Haris…..” Arina risau dengan
cara pemanduan Haris. Dia tahu Haris mesti sedang menahan marah dengan apa yang
berlaku tadi. Tapi bukan salah dia pun. Dia sendiri tidak tahu Carliff akan
mengajaknya keluar. Lagi ditekannya pedal minyak. Semakin laju kereta
meluncur……
“Haris…. Arina takut.” Memang
Arina sedang ketakutan ketika itu. Dia memeluk kuat beg tangan yang dibawanya
tadi. Suaranya juga perlahan kedengaran tetapi cukup jelas di telinga Haris.
Haris memperlahankan keretanya. Kesian juga dia melihat wajah Arina yang pucat
ketika itu.
Haris memberhentikan keretanya
di hadapan sebuah kelab malam eksklusif. Haris mengisyaratkan Arina keluar dari
kereta dan mengikutnya ke dalam. Aduh…… kenapa dia bawa aku masuk sini
ni………bertambah risau Arina dengan perangai Haris. Siapa pula dia nak minta
tolong ni. Tadi dia sudah menghantar mesej pada Mimi mengatakan dia keluar
sebentar dengan Haris. Terkejut juga Mimi kerana disangkakan Arina akan keluar
dengan lelaki yang menunggunya tadi.
“Hi Dato’…. Enjoy yourself.”
Seorang lelaki melayu berbadan besar yang menjaga pintu masuk kelab tersebut
memberi hormat pada Haris.Haris mencapai tangan Arina. Digenggamnya kuat.
Haris menarik Arina berjalan
dekat dengannya. Ramai juga orang di dalam. Mungkin sebab malam minggu. Ramai
juga yang mengenali Haris di situ terutamanya kaum wanita. Bukan Arina tidak
perasan ramai yang menegur Haris. Ada juga yang cuma memberikan senyuman manis
pada Haris bila mereka lalu di sebelah mereka.Tangan Arina masih tetap di dalam
genggamannya. Arina sempat melihat pakaian wanita-wanita disitu. Dikerlingnya
pula pada pakaian yang dipakai. Memang amat berbeza. Arina cuma mengenakan
seluar skinny jeans berwarna pink dan blouse putih. Walaupun ringkas tetapi
nampak cantik bila dipakai Arina. Arina
kelihatan sangat cantik terutamanya di mata Haris.
“Hi bro…..Lama tak
jumpa….Ingat dah lupa we all kat sini.” Haris bertembung dengan dua
orang kawan lamanya. Memang dia sudah lama tidak menjejakkan kakinya ke sini.
Tetapi disebabkan perasaan cemburu dan marah, Haris terus membawa Arina ke
sini. Yang dia tahu dia memang perlukan hiburan ketika ini untuk melupakan apa
yang terjadi tadi. Hatinya masih sakit bila dilihat Carliff bersama Arina.
Bertambah sakit bila Carliff memberitahunya tujuan dia ke rumah Arina. Hanya
dia yang boleh membawa Arina keluar. Bukan Carliff… Bukan sesiapa pun……
“Jomlah lepak ngan kitorang kat
sana.” Jarinya diarahkan ke satu sudut. Arina masih diam tidak berkata apa-apa
bila sesekali Haris memandangnya. Haris mengikut kawan-kawannya ke tempat
mereka. Arina perasan sesekali mata kawan-kawannya melekat padanya.
“Haris…….Lama tak jumpa kau
ni….. sihat ke?” Haris memeluk seorang lagi lelaki yang sedang duduk di situ.
Dilihatnya ada lagi dua orang wanita di situ. Arina masih tetap berdiri di
belakang Haris. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dibuatnya.
“Arina…. Kawan-kawan I.” itu
sahaja yang keluar dari mulut Haris. Kawan-kawannya yang sendiri memperkenalkan
diri masing-masing. Arina duduk di sebelah Haris. Haris memesan minuman untuk
Arina. Langsung tidak ditanyanya Arina minuman apa yang hendak diminum.
Berangin lagi ke Haris ni. FIkir Arina sendiri.
Arina perasan yang seorang dari
kawan Haris dari tadi asyik menjeling ke arahnya. Rasa rimas dengan
pandangannya. Haris pula sibuk berborak dengan kawan-kawannya yang lain. Naik
bosan Arina dibuatnya. Sesekali Haris memandangnya dan kemudian mengalihkan
semula pandangannya. Tidak sempat Arina hendak memberitahu Haris. Haris
membiarkan Arina sendiri di situ. TIdak diajaknya berborak bersama.
“Dah lama kenal Haris?” tanya
lelaki yang dari tadi asyik memandangnya. Kebetulan Haris ke tandas sekejap.
Diambilnya peluang yang ada untuk mendekati Arina. Hendak termuntah Arina bila
bau arak dari mulut lelaki tersebut terlalu kuat menusuk hidungnya. Mabuk
rupanya dia ni. Patutlah lain macam je dari tadi. Monolog Arina sendiri.
Terkejut Arina bila pahanya tiba-tiba
dipegang. Tangan lelaki tersebut berada di atas pahanya. Arina cuba menepis
tetapi tidak berjaya.
Bukkkkkkk!!
“Jangan sesekali kacau hak aku!.
Berapa kali aku nak cakap!. Hak aku tiada siapa yang boleh sentuh!. Kau faham
tu?!!!” suara Haris membuatkan orang di sekeliling mereka terdiam. Kuat betul
tumbukan yang dilayangkan pada lelaki tersebut. Kawan-kawan Haris yang lain
juga turut terdiam. Memang mereka tahu perangai panas baran Haris. Dia memang
tidak suka barang kesayangannya di sentuh. Yang Haris tumbuk tadi pun bukan
orang lain, kawannya juga. Mungkin disebabkan mabuk, lelaki tersebut lupa
dengan Arina yang sememangnya milik Haris.
Haris menarik tangan Arina dan
berlalu pergi meninggalkan mereka. Ada juga kawan-kawan Haris cuba
menenangkannya. Tapi semuanya tidak dipedulikan. Haris tetap menarik tangan
Arina mengikutnya keluar.
“Haris…. sakit….” Haris
melepaskan tangan Arina setelah mereka keluar dari tempat itu.
“Suka ke?! Suka orang
pegang-pegang macam tu?!....” Arina seperti hendak menangis bila Haris seperti
menuduhnya bersikap sedemikian. Dia sudah tidak tahan lagi. Dengan aliran air
mata di pipi, Arina berjalan
meninggalkan Haris. Dia sudah tidak peduli lagi dengan Haris. Dari tadi dia
mendiamkan diri. Kenapa pula dia yang dipersalahkan. Hatinya sedih sangat
dengan layanan Haris padanya.
Haris buntu. Dia sendiri tidak
tahu kenapa dia boleh bersikap begini. Arina tidak bersalah. Dia yang bersalah
sebenarnya. Perasaan cemburunya yang membuatkan dia jadi begini.
“Arina… wait!” Haris mengejar
Arina yang semakin menjauhinya.
“Haris, Arina nak balik.” Air
mata masih mengalir di pipi lembut Arina. Walau cuba ditahan dari terusan
mengalir, namun air matanya tetap mengalir keluar. Haris semakin menghampiri
Arina. Disapu lembut air matanya. Ditarik badan Arina dekat padanya.
“I’m sorry. I hantar you balik
sayang.” Haris kemudian membawa Arina ke keretanya. Mungkin kerana letih, Arina
tertidur di dalam perjalanan pulang.
Arina kesejukan tiba-tiba. Lain
benar dirasakan cuaca malam ini. Seperti kesejukan dari penyaman udara.
Biliknya cuma ada kipas sahaja.
Dirasakan juga ada orang yang menyelimutkannya. Tilam dan bantal yang sangat
empuk yang membuatkan matanya susah untuk dibuka. Lenanya Arina tidur sehingga dirasakan seperti ada
seseorang yang memeluknya. Kehangatan badan seseorang membuatkan sejuk Arina
berkurangan. Akhirnya Arina lena sehingga ke pagi.
Mata dibuka……
Kenapa lain macam je hiasan
dalam bilik ni. Kenapa besar sangat bilik aku ni…..
Tidakkkk……
Dapat dirasakan ada seseorang
yang memeluknya dari belakang. Haris ke…..
“Lenanya dia tidur malam tadi.”
Suara garau Haris yang baru bangun dari tidur membuatkan Arina seperti hendak
pitam. Memang sah mereka tidur bersama malam tadi. Arina mengalihkan tangan
Haris yang dari tadi diletakkan di
pinggangnya. Dia cuba turun dari katil besar tersebut. Alangkah terkejutnya
bila dilihat dia cuma memakai sehelai tshirt sahaja tanpa seluar. Walaupun
tshirt tersebut agak besar bila dipakai Arina tetapi masih jelas menampakkan
kaki Arina yang putih dan bersih itu. Baru sahaja dia hendak memarahi Haris,
lagi sekali Arina dikejutkan dengan keadaan Haris.
“Ke…kenapa tak pakai baju? ..Dan…..
kenapa tukar baju Arina ni?” Arina memberanikan diri bertanyakan terus pada Haris.
Matanya melilau ke setiap penjuru bilik untuk mencari pakaiannya.
“Untuk pengetahuan you sayang,
malam tadi you yang minta I jangan tinggalkan you. So, I tak tinggalkan you
sayang. I bawa you balik rumah I lah. Kalau I tidur rumah you mesti you tak
suka kan.” Tersenyum simpul Haris menerangkan pada Arina apa yang telah terjadi
malam tadi.
“A…Arina cakap macam tu ke malam
tadi…?” Dia memang langsung tidak dapat mengingati apa yang terjadi malam tadi.
Yang dia tahu dia masuk ke dalam kereta Haris dan kemudian terlelap.
“Dah tu….Kenapa Haris tukar baju
Arina. Biar jelah Arina pakai baju tu.” Arina memuncungkan sedikit mulutnya ke
arah pakaiannya yang diletakkan di atas sofa di penjuru bilik.
“Haris…. janganlah dekat.” Haris
sudah turun dari katil dan menghampiri Arina yang semakin mengundur ke
belakang. Merah padam muka Arina kerana terpaksa melihat Haris yang tidak
berbaju. Arina tidak dapat mengundur lagi. Dia kini sudah tersepit antara dinding
dan Haris matanya dipejamkan.
“Arina sayang…..malam tadi…. You
yang buka seluar dan baju you sendiri. I tak suruh pun. You yang peluk I. I tak
suruh pun. Bila you dah tidur, I pakaikan baju ni untuk tutup badan you. I
takut you sejuk nanti. Baik tak I. You patut berterima kasih pada I tau sayang.
Kalau I tak pakaikan you baju, mesti you lagi terkejut bangun-bangun tidur
tadi.” Haris tersenyum seraya mencium pipi Arina dan berlalu ke bilik mandi.
Arina tidak boleh berfikir apa-apa. Terkedu sebentar Arina. Biar betul Haris ni……..
Alamak….. Arina teringatkan
sesuatu……..
“You nak gi mana ni sayang?..
Kelam kabut je.” Arina yang baru sudah mandi melangkah keluar dari bilik mandi
dengan tergesa-gesa.
“Haris…hantar Arina balik
sekarang boleh?. Arina nak balik kampung pagi ni.” Arina terlupa yang dia
sedang bercakap dengan suaminya. Kampungnya kampung Haris juga.
“Wait…You nak balik
kampung pagi ni without telling me?” Suara Haris sudah ditinggikan
sedikit nadanya. Arina menghampiri Haris yang sedang duduk di sofa. Salah kau
Arina……
“Aaaa…. Arina balik kejap je.
Esok balik sini balik. Dah lama tak tengok mak.” Diharap penjelasan tersebut
dapat diterima Haris. Haris masih memandang Arina tanpa sepatah kata.
“I ikut balik.” Haris tidak
menunggu jawapan dari Arina. Dia terus bangun dan mengemas beg pakaiannya.
Arina tidak dapat menghalang Haris dari mengikutnya. Ini semua salah kau Arina.
Yang kau lurus bendul bagitahu kat Haris tu kenapa. Aduh…….
saya orang pertama ke????
ReplyDeleteArina bila nak terima Haris nie? kesian dia terpaksa menunggu untuk masa yang lama.....
Writer keep it up... Waiting for next episode
tak sabar nyer...bila la arina nak terima haris....tak sabar nak tunggu next episode...terus buat novel pasti saya beli..cerita sangat manarik
DeleteTq Elvythia & Neeza Nordin......Merapu sikit la cite i ni....harap sgt2 semua suka ye....;)
Deletehoyeah.....hoyeah......
ReplyDeletebest.....nak lagi......
thanks hairynn.......
Sarina Abr, Tq2.....ni yang semangat nak sambung lagi ni...;)
Deletearina cepat lah terima haris..
ReplyDeletekak sambung lagi..best !!
best kak cepat sambung ya terima kasih.
ReplyDeleteBest best best!
ReplyDeleteKakkkkkkkk..sy dok tersennyum je ni baca entry 20..n3 21 ni kejap masam kejap senyum...hehehehe,mendalami cerita punye pasal..tahniah kak,wat cite best mcm ni
ReplyDeletehehe....Tq ye dear coz follow cerita ni....;)
DeleteBest.. sangat.. tunggu n3 baru...
ReplyDeletenext entry dah ada ye...enjoy...
Deleteaduh xsabr akk nak tunggu arina ni terima haris mesti sweet cepat2 sambung ya selalu silence readers je hihihii
ReplyDeleteMarzianah, tq ye kerana sudi membaca walaupun as silence reader je...harap akan follow cerita ni lagi ye..
Deleteasskum.bila nak sambung lagi tak sabar nak tau perkembangannya
ReplyDelete