KAU
TETAP MILIKKU
Bab
15
“Arina,
I nak you ikut Haris ke Langkawi ahad ni. Sepatutnya this week, but then
Haris ada meeting at Singapore. So he will only be back on Friday. Nanti
I akan suruh Hasnah book flight ticket for both of you.” Dato’ Mahizan
bersuara sambil menandatangani surat yang diberikan oleh Arina.
“Dato….
kenapa saya yang kena pergi dengan Haris?... Aaa, maksud saya Dato’ Haris.”
Arina memarahi dirinya sendiri atas kecuaiannya tadi. Mahu sahaja ditampar mulutnya
ketika itu. Harap-harap majikannya tidak mengesyaki apa-apa. Tapi sekarang ni
yang lebih merisaukan Arina ialah arahan majikannya itu.
Dato
Mahizan meletakkan pen di atas meja dan mengangkatmukanya memandang Arina.Arina
pula mengalihkan pandangannya ke atas kertas yang ditandatangani tadi.Dikumpul
semula kertas-kertas tersebut lalu dimasukkan ke dalam fail yang dibawanya.
“Kenapa
Arina? You takut nak berdua-duaan dengan anak I ke?” Terkejut Arina dengan
pertanyaan majikannya itu. Dirasakan jantungnya berdegup terlalu laju. Lari
100meter pun takdanya berdegup laju macam ni. Sempat lagi Arina berbisik
sendiri. Dikuatkan semangat untuk mengangkat muka memandang majikannya.
“Bu…bukan
macam tu Dato. Sebab saya rasa orang yang lebih penting yang perlu pergi ke
sana. Saya ni orang bawah je.” Arina seperti memperlahankan suaranya. Memang
betul apa yang dikatakannya. Kenapa dia yang perlu pergi melihat projek di
sana. Ramai lagi yang patut melawat tapak projek mereka di sana di samping
Haris.
“You
kena jadi setiausaha Haris kat sana. Apa yang Haris minta you catatkan, you
catat. Arina, I tak boleh hantar Hasnah ke sana. Dia kena jaga I kat sini. You
faham Arina.” Apa yang Arina boleh buat. Semua arahan telah dikeluarkan.
Sebenarnya dia tidak kisah sangat hendak ke Langkawi tu, yang lebih
merungsingkannya ialah dia perlu menghabiskan masa selama 3 hari di sana
bersama dengan lelaki bernama Haris.
Arina
tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjanya. Hanya mereka berdua sahaja akan ke Langkawi nanti.
Apalah nasib kau Arina. Makin hendak kau larikan diri dari Haris, makin dekat
dia pada kau. Pening Arina dibuatnya.
“Arina….
Nah ni tiket untuk hari ahad ni. Enjoy yourself ye.” Sempat lagi Hasnah
menepuk bahu Arina sebelum berlalu ke bilik majikannya. Arina pula sekadar
tersenyum kelat mendengarnya.
Habislah
kau Arina…………….Arghhhhhhhh….
Malam
itu sedang Arina mengemas pakaian yang hendak dibawanya ke dalam beg,
telefonnya berbunyi. Tertera nama Carliff di skrin telefonnya.
“Hi
Arina….I ganggu you ke ni?” seperti biasa lembut sahaja suara Carliff bila
bercakap. Tak mustahil ramai perempuan yang cair bila mendengar suaranya.
“Saya
tengah kemas baju-baju ni. Esok pagi nak kena pergi Langkawi pasal kerja.”
“Kerja?.
Arina pergi dengan siapa?. Ramai ke yang pergi?” banyaknya tanya si Carliff ni.
Dia ingat dia siapa. Suami aku ke nak tanya ni semua. Tenang Arina tenang. Dia cuma risaukan kau sebagai
sahabat. Kau yang dah salah sangka.
“Saya
pergi dengan Dato Haris. Nak tengok tapak projek kat sana. Kena jadi setiausaha
dia untuk 3 hari nanti. Tu sebablah kena ikut ni.”
“Dengan
Haris je? Ini arahan dari auntie or Haris?” Carliff berasa curiga dengan
mereka berdua. Setakat nak tengok tapak projek, takkanlah nak bawa Arina
bersama. Sebelum-sebelum ni takda pulak si Haris ni nak pergi dengan
setiausaha. Setiausahanya yang dulu pun tidak pernah dibawa bersama bila
melawat tapak projek.
“Arahan
dari Dato Mahizan. Dato yang suruh.” Pelik juga Arina dengan Carliff ni. Semua
benda nak ditanyanya.
“Encik
Carliff…. Ada apa-apa lagi?. Kalau takda apa-apa nanti lain kali kita sambung
lagi ye. Sebab saya nak kemas beg ni untuk esok.” Banyak lagi yang perlu
dibuatnya. Maklumlah bukannya dia selalu kesana kesini. Beg tarik ni pun dia
pinjam dari Mimi. Nasiblah Mimi ada membelinya tahun lepas sebelum raya.
Katanya senang nak bawa naik bas.
Arina
memutuskan panggilan setelah Carliff mengucapkan selamat malam padanya.
Baru
sahaja Arina hendak menyambung kerjanya, telefon sekali lagi berbunyi. Malasnya
dia hendak menjawab.
“Ye
Encik Carliff. Ada apa lagi ye?”
“Carliff?!!!!!”
Alamak…..
salah orang ke…… macam suara Haris. Matilah aku.
“Tak…tak…..
tadi Encik Carliff telefon…..”
“Buat
apa dia telefon?!” Belum sempat Arina menghabiskan ayat, Haris terlebih dahulu
memotong cakapnya.
“Dia
nak tanya pasal kerjalah. Yang Haris telefon ni kenapa pulak? Kalau takda
apa-apa Arina nak sambung kemas beg ni.” Malas hendak dilayan Haris ketika itu.
Ikutkan hati, hendak sahaja diputuskan talian. Tapi bila difikirkan yang dia
perlu bersama dengan Haris bermula esok pagi, dibatalkan sahaja niatnya itu. Bukan
betul sangat si Haris ni.
“Arina…..Esok
pukul 9 siap. I amik dekat rumah. And one more thing…. I tak suka you rapat
dengan Carliff. Is it clear my dear?” satu lagi arahan yang perlu dituruti.
Lepas satu, satu arahan yang dilemparkan padanya. Susah untuk dia mengatakan
tidak.
Arina
menyambung kerjanya. Telefonnya di silent kan. Malas dia hendak
mengangkat panggilan dari sesiapa pun. Moodnya hilang bila Haris
mengeluarkan satu lagi arahan padanya.
Haris
cuba menenangkan dirinya. Arina cuma miliknya sahaja. Dia memang sudah sah
menjadi miliknya. Tiada sesiapa pun yang boleh mengambil Arina darinya
termasuklah Carliff.
Keesokkan
paginya, Arina awal-awal lagi sudah bersiap. Risau dia jika dia tidak bersiap
lagi semasa Haris sampai. Bukannya dia tidak tahu yang Haris memang tidak suka
menunggu orang. Sempat lagi Arina menyediakan sarapan untuk teman-teman
serumahnya. Arina mengisi sedikit nasi goreng yang sudah dimasak ke dalam
bekas. Diletakkan di dalam beg kertas untuk dibawa bersama. Arina berkira-kira
hendak membawa untuk Haris. Dia makan ke nasi goreng pagi-pagi. Dia kan ala-ala
mat salleh sikit. Mana makan makanan melayu ni. Bisik Arina sendiri.
Baru
sahaja Arina hendak mengeluarkan balik nasi goreng dari dalam begnya, bunyi hon
kereta Haris kedengaran. Cepat-cepat Arina mengambil beg dan melangkah keluar
dari rumah. Harap-harap semuanya berjalan lancar untuk tiga hari yang mendatang
ni.
Haris
keluar dari pintu belakang keretanya dan mengambil beg Arina lalu diletakkan di
dalam bonet kereta.
“Kita
nak pergi honeymoon ye sayang…..” sempat Haris berbisik pada Arina bila
sahaja kereta bergerak dan membuatkan Arina rasa hendak patah balik ke rumah.
Macam mana dia hendak melarikan diri dari Haris kalau dia buat sesuatu padanya.
Dengan siapa dia hendak meminta bantuan di Langkawi nanti. Kecut perut Arina
bila memikirkannya.
Haris
yang sedang membaca suratkhabar, mengangkat mukanya bila mana Arina senyap
sahaja di sebelahnya. Arina masih memandang luar sejak dari tadi. Takutkah dia
dengan apa yang aku cakap tadi. Teruk sangat ke apa yang aku cakap tadi. Bisik Haris
bilamana dilihat Arina senyap membisu dari tadi.
“Arina….
Kenapa senyap je ni. Masih risau dengan apa yang I cakap tadi ke? Ni dalam paper
bag ni ada apa. Kenapa tak letak kat belakang je tadi.” Arina cuma menggeleng
kepala sahaja. Pandangannya tidak pun dialihkan pada Haris. Tiba-tiba Arina
teringat sesuatu. Paper bag?....
“Oh
ye…Lupa lak. Ni Arina ada buat nasi goreng tadi. Ada lebih sikit. Tu yang bawak
ni. Tapi kalau Haris tak makan takpa. Arina faham.” Arina yang sedang memegang bekas
berisi nasi goreng tadi cuba memasukkan kembali ke dalam paper bag. Betul andaian kau Arina. Mana
mungkin lelaki bernama Haris makan nasi goreng. Lebih-lebih lagi kau yang buat
Arina…..
“Suapkan
I.” Biar betul Haris ni. Nak suap-suaplah pulak kat sini. Bukan Arina tak
perasan driver Haris tersenyum-senyum sambil mencuri pandang pada
mereka. Pelik sangat ke perangai Haris. Ala, mesti ramai perempuan yang dibawa
naik sebelum ni. Takkanlah takda langsung kan…..
“Cepatlah.
Lapar ni.”terkejut Arina bila Haris mendekatkan mukanya pada Arina. Arina
menjauhkan mukanya ke belakang. Dibukanya bekas tadi dan disuakan sudu yang
berisi nasi goreng ke mulut Haris.
Seperti
budak kecil, Arina menyuapkan makanan pada mulut Haris sambil dia menyambung
membaca suratkhabar. Sampai habis nasi goreng yang dibawanya tadi dimakan
Haris.
“Sedap
sayang.” Lembut sahaja suara Haris kedengaran. Arina jadi tidak keruan bila
setiap kali Haris memanggilnya sayang dengan nada suara yang amat menggoda bagi
Arina. Alangkah bahagianya jika Haris benar-benar sayang padanya.
Lamunan
Arina terhenti bila Haris membuka pintu kereta. Sudah sampai di lapangan
terbang rupanya. Berangan je kau ni Arina….
Akhirnya
mereka sampai di lapangan terbang Langkawi. Haris menyewa sebuah kereta supaya senang untuk mereka berjalan
nanti. Mereka terus menuju ke hotel yang
sudah ditempah Hasnah.
“Ki…..kita
kena kongsi bilik ke?. Kak Hasnah yang buat booking kan. Takkan dia
ambil satu bilik je untuk kita.” Risau Arina
bila Haris cuma memegang satu kad sahaja. Mana kad untuk biliknya. Mustahil kak
Hasnah tempah satu bilik sahaja untuk mereka. Bukan kak Hasnah tahu mereka
suami isteri pun.
Haris
cuma memandang Arina tanpa berkata apa-apa. Geram je hati Arina bila Haris
membisu tanpa menjawab sepatah apa pun.
“Haris……”
Suara kerisauan Arina jelas kedengaran.Dipandangnya wajah Haris untuk mendapatkan penjelasan.
“Arina….I
cancel satu bilik lagi. Ambil satu bilik sahaja. Senang I nak perhatikan
you nanti. Jangan risaulah, I tak buat apa-apa pada you. Dengan syarat you
jangan goda I.”
“Haris……..Arina
taknaklah..Amiklah satu bilik lagi. Takpa, Arina bayar sendiri.” Arina terus
membuka beg tangan untuk mengambil dompetnya. Tercari-cari dompetnya namun
tiada.
“Haris…..
dompet Arina tertinggal……” Wajah kerisauan jelas terpampar pada Arina. Haris
terus merapatkan dirinya pada Arina sambil mengusap-usap rambut Arina.
“Its
ok my dear. I ada kan. Dah jom masuk.” Haris membuka pintu bilik dan
menarik beg Arina masuk ke dalam sambil sebelah tangan lagi mencapai tangan
Arina.