My corner's visitor

Monday, November 3, 2014

E-Novel : Cinta Hati Sayang - Bab 20

CINTA HATI SAYANG

BAB 20

            What?! Kau rasa betul ke apa yang kau nak buat ni?” Badrul tidak percaya sampai begitu sekali Zarif mahu membalas dendam. Dia tidak tahu samada apa yang Zarif hendak lakukan ini betul atau tidak.

            “Yes, aku dah fikir masak-masak. Aku nak dia rasa macam mana adik aku sengsara dulu sampailah sekarang.” Zarif nekad hendak mengenakan Lara. Dia mahu Lara bertanggungjawab atas apa yang telah kakaknya buat pada Naim.

            “Tapi… yang buat adik kau merana bukan dia tapi kakak dia.  Kenapa…”

            “Bagi aku sama sahaja. Takkan kau nak suruh aku balas semua ni pada orang yang dah mati? Pada Hana? Orang yang paling rapat dengannya tu hah, Lara Alina.” Belum sempat Badrul menyambung kata-katanya, Zarif terlebih dahulu memotong.

            “Kau fikir betul-betul dulu bro. Jangan nanti kau menyesal atas apa yang kau akan buat pada dia.” Badrul cuba menasihati Zarif. Dia tidak mahu Zarif meneruskan rancangannya. Baginya Lara tidak bersalah langsung dalam hal ini. Kenapa pula dia perlu dipersalahkan. Dia akan cuba lagi menasihatinya. Dia kenal sangat dengan Zarif. Kalau itu yang dia kata, itulah dia. Tiada siapa dapat mengubahnya. Tetapi Badrul tetap akan cuba memujuknya.

            Selepas Badrul tahu akan rancangan Zarif, setiap hari jika berjumpa dia pasti akan menasihati Zarif supaya membatalkan sahaja rancangannya itu. Sehinggalah suatu hari Zarif benar-benar tidak dapat bersabar lagi.

            “Kau boleh jangan masuk campur tak hal aku?! Keluarga aku yang kena, bukan keluarga kau. Dia adik aku, kau tau tak?! Aku yang rasa sakitnya. Kau cakap senanglah sebab bukan keluarga kau yang kena.” Zarif sudah tidak tahan lagi. Dia memang tidak suka mendengar nasihat orang. Cuma dia masih cuba bersabar kerana Badrul kawan baiknya. Tetapi kali ini kesabarannya sudah mencapai tahap yang tidak boleh diselamatkan lagi.

            Zarif terdiam terus. Dia sebenarnya sudah bersedia dimarahi. Dia tahu Zarif bukannya jenis yang suka mendengar nasihat. Badrul yang degil. Dia tetap mahu menasihati kawan baiknya itu. Dia masih mahu mencuba.

            “Bro, I’m sorry. Aku tak bermaksud nak tengking kau tadi. Aku…. Aku….” Zarif rasa bersalah bila dia meninggikan suara pada Badrul tadi.

            “Its okay. Aku yang salah. Aku memang tak patut campur urusan kau terutama yang melibatkan keluarga kau. Eh, okeylah, aku nak kena balik ni. Ada hal sikit. Take care. Jumpa esok.” Badrul melangkah keluar dari pejabat Zarif. Jika ini yang Zarif mahukan, Badrul akan ikuti. Dia tidak akan sesekali mengambil tahu tentang rancangan Zarif yang melibatkan perasan orang. Dan sebenar-benarnya Badrul juga takut jika hati dan perasaan Zarif yang akan terluka nanti atas perbuatannya sendiri. Maafkan aku Lara. Aku tak terdaya menghalangnya.
           

            “Lara, ada orang  bagi kau bunga ni.” Wati yang berada di luar menjerit pada Lara. Kebetulan Lara sedang membawa muffin yang baru sahaja masak untuk diletakkan di tempat yang telah disediakan.

            “Ni hah. Bunga untuk kau.” Terperanjat juga Lara tiba-tiba mendapat sejambak bunga. Bunga ros warna merah lagi. Tidak pernah dalam hidupnya pun mendapat bunga dari sesiapa. Lara segera mengambil bunga tersebut dan membeleknya. Dicari jika ada kad yang diselit. Tiada.

            “Siapa bagi dekat kau ni?” Lara terus bertanya pada Wati bila dia masih tidak tahu siapa yang memberinya. Lara masih terus membelek mencari kad. Mahu tahu dia terlepas pandang.

            “Budak penghantar bunga. Tapi dia pun tak tahu siapa yang hantar. Takda nama. Kau dah ada peminat ye.” Ditariknya hidung Lara. Menjerit kecil Lara.

            “Kenapa ni? Eh, bunga. Siapa bagi ni? Boyfriend ye?” Didi menepuk perlahan bahu Lara.

            “Aku tolong jawabkan. Secret admire bagi. Kau ada?.” Dicuit pipi si Didi. Sengaja mengusik lelaki lembut seorang ni. Wati suka meniru gaya lembut Didi. Nasiblah dia sudah biasa dibuli begitu. Sudah tidak hairan pun.

            “Betul ke ni? Wah, seronoknya kau. Mesti dia hensem kan. Tinggi lampai, kulit cerah,……” Wati menarik Lara ke tepi menjauhi Didi. Dibiarkan Didi bercakap seorang diri. Asyik nak berangan lelaki hensem je. Malas Wati hendak mendengarnya.

            “Kau simpan jelah bunga tu. Nanti adalah tu mamat mana call kau beritahu.” Senyuman terukir di bibir Wati bila bercakap. Lara pula masih masam mencuka. Dia tidak suka bila mendapat sesuatu dari orang yang dia tidak kenal. Siapa pula ni. Pening betullah.

            Zarif yang menempah bunga untuk dihantar pada Lara. Ini salah satu rancangannya untuk memikat hati Lara. Sedikit demi sedikit akan dia buat Lara jatuh cinta padanya. Biar hati Lara sepenuhnya menyayangi dirinya.

            Sehingga ke petang tiada seorang pun yang menelefon Lara. Jambangan bunga yang diletakkan di atas meja dipandang. Bunga ros merah menjadi pilihan Zarif. Lara masih tidak tahu yang Zariflah orang yang menghantar bunga padanya. Tidak terlintas pun dalam fikirannya nama Zarif.

            Petang itu Lara pulang seperti biasa. Hari ini dia dijemput untuk makan malam bersama keluarga Tan Sri di rumahnya. Lagipun dia memang perlu ke sana untuk mengambil Sofea. Kereta dipandu terus menuju ke Damansara. Walaupun masih baru lagi memandu kereta, Lara sudah tidak rasa kekok lagi. Tiada rasa gemuruh langsung.

            “Ibu…. Tengok ni.” Permainan lagi. Sampai sahaja Lara di depan pintu rumah, Sofea sudah menerkam padanya. Sibuk menunjukkan barang mainan yang baru dibeli dengan Puan Sri tadi. Anak patung Barbie lagi. Bertambahlah koleksi anak patung di rumah nanti.

            “Cantik sayang. Nenek belikan ye. Dah cakap terima kasih belum?” Lara selalu mengajar Sofea untuk mengucapkan terima kasih kepada orang yang memberi apa-apa padanya. Nilai murni perlu diterap sejak mereka kecil lagi. Itulah kata-kata ayah Wati yang masih Lara ingat sampai sekarang.

            “Dah. Fea dah cakap terima kasih dekat nenek. Nenek cakap sama-sama.” Lara dan Puan Sri saling memandang dan tersenyum. Gelagat Sofea memang selalu mencuit hati mereka.

            “Auntie sihat?” Tangan Puan Sri dicapai dan disalamnya. Sunyi sahaja di dalam. Mana pula yang lain.

            “Auntie sihat. Uncle kejap lagi baru balik. Dia ada meeting petang tadi. Tu yang lambat balik. Ni dah on the way dah. Zarif pun.” Ada lagi mamat ni. Bosannya. Lara tersenyum kelat. Takkanlah nak tunjuk muka masam pulak depan Puan Sri. Sudah sah-sah itu anak dia. Nanti apa pula dia fikir.

            “Auntie, Lara nak tanya sikit boleh? Pasal abang Naim.” Lara memandang wajah lembut wanita di sebelahnya. Inilah masa yang sesuai untuk bertanya. Tiada Tan Sri, tiada Zarif dan tiada Sofea. Budak kecil itu sedang bermain di suatu sudut bersama anak patung barunya.

            “Lara nak tanya apa pasal Naim?” Puan Sri sudah sedia untuk menjawab pertanyaan Lara itu. Dia tahu lambat laun Lara perlu juga tahu keadaan Naim. Keadaan ayah kepada Sofea. Sampai bila dia hendak menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan Lara. Lara bukan budak kecil yang boleh ditipu. Dia bukan sebaya Sofea yang tidak tahu apa-apa.

            “Teruk sangat ke Kak Hana buat pada abang Naim? Kalau boleh Lara nak tahu apa yang Kak Hana dah buat?” Lara memang terlalu ingin tahu. Selama ini Lara tidak tahu pun yang Hana telah menyebabkan hidup Naim jadi begini. Dia tahu pun dari Mak Jah. Itu pun tidak jelas. Mak Jah seperti takut-takut hendak bercerita. Takut dimarahi Tan Sri dan Puan Sri.

            Lara masih menunggu. Puan Sri pula asyik mengerling pada Sofea. Mungkin juga dia masih tidak bersedia. Baru sahaja Lara hendak bersuara, Puan Sri terlebih dahulu membuka mulut. “Lara, Hana adalah penyebab Naim jadi begitu. Hana tinggalkan Naim macam tu je. Puas Naim cari dekat semua tempat. Macam orang hilang akal Auntie tengok Naim masa tu. Keadaannya yang tidak terurus. Sampailah suatu hari tu….” Kata-kata Puan Sri terhenti di situ. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung. Lara dapat rasakan ada sesuatu yang lebih buruk berlaku.

            “Naim dilanggar kereta ketika sedang mengejar Hana.” Lara memang benar-benar tidak percaya bahawa ini yang terjadi pada Naim.  Dia tidak menyangka langsung yang kakaknya sanggup berbuat begitu pada suami sendiri. Jantungnya seperti terhenti. Apa benar segala yang diceritakan Puan Sri? Kak Hana buat begitu?.

            Sangka Lara, kak Hana sibuk dengan kerja-kerja rumah. Itu sebabnya selepas mereka berkahwin, jarang sekali Hana melawat Lara di rumah anak-anak yatim. Lara tahu bagaimana perangai kakaknya. Memang kakaknya tidak sabar hendak keluar dari rumah tersebut. Dapat hidup bebas di luar. Boleh ke mana-mana sahaja sesuka hati. Lara tidak dapat menasihatinya. Lagipun siapalah Lara untuk menasihati Hana. Pangkat adik sahaja.

            Lara pun hanya berjumpa dengan Hana dan Naim beberapa kali sahaja semasa dia masih tinggal di rumah tersebut. Selepas dia habis mengambil Sijil Pelajaran Malaysia, Lara dibawa keluar oleh Hana. Tinggal bersama-samanya. Hanya mereka berdua sahaja.

            Patutlah setiap kali Lara bertanya pada Hana dimana Naim, dia tidak menjawab. Katanya Naim yang tinggalkan dia seorang diri. Katanya lagi mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan. Naim sudah melepaskannya dengan talak satu. Lara tidak dapat berbuat apa-apa. Dia cuma rasa simpati atas apa yang menimpa kakaknya. Sangkanya Naim yang jahat. Meninggalkan Hana begitu sahaja. Rupa-rupanya lain cerita. Hana yang tinggalkan Naim dan bukan seperti apa yang diceritakan padanya dulu.

            Kini Lara keliru. Mana satu yang bercakap benar. Kak Hana atau Abang Naim. Kalau betullah apa yang Puan Sri beritahu tadi, bermakna dia sudah tertipu. Sanggup kakak sendiri menipu adiknya. Menjaja cerita yang tidak benar. Tapi boleh ke dia percaya sepenuhnya kata-kata Puan Sri ni. Dia pun baru kenal sahaja dengan mereka sekeluarga. Mungkin mereka juga ada agenda lain yang Lara tidak tahu. Sengaja membuat cerita.

            “Mereka banyak habiskan duit bergembira ke sana sini.” Malu sungguh Lara dengan perangai kakaknya jika benar. Tapi ketika dia masih di rumah anak-anak yatim, kehidupan Hana dilihatnya sangat mewah. Ada sahaja barang kemas baru dipakainya.

            Lara tidak dapat berkenalan dengan suami kakaknya itu. Dia langsung tidak tahu yang abang iparnya itu adalah anak kepada seorang Tan Sri. Dari keluarga kaya. Ketika majlis akad nikah di masjid, itulah kali pertama dan terakhir Lara melihat keluarga Naim. Itu sebabnya dia tidak dapat mengecam wajah mereka semua semasa pertama kali datang ke rumah mereka dulu.

            Seseorang memberi salam. Tidak sempat Lara hendak bertanya lagi pada Puan Sri. Tan Sri yang pulang rupanya. Sofea terus mendapatkan datuknya. Dipeluk erat. Seperti Lara tadi, Sofea turut menunjukkan anak patung yang baru dibelinya pada satu-satunya datuk yang dia ada.

            “Nanti kita cerita lagi ye sayang.” Puan Sri menepuk perlahan tangan Lara. Dia tidak mahu bercerita tentang Naim di hadapan Tan Sri. Dia tahu dulu Tan Sri dan Zarif memang berdendam dengan Hana. Walaupun Tan Sri ada memberitahunya yang dia sudah tidak berdendam lagi dengan arwah Hana dan keluarganya tetapi Puan Sri tetap risau. Takut dendam itu muncul semula dalam hati suaminya.

            Zarif pula tidak Puan Sri tahu isi hatinya. Adakah dia sudah memaafkan Hana atau belum. Puan Sri masih belum bertanya pada anak sulungnya itu. Kalau boleh Puan Sri tidak mahu sebenarnya mengungkit langsung kisah tersebut. Biar semuanya hilang dari ingatan mereka.

            “Dah lama ke Lara sampai?” Tan Sri terus bertanya pada Lara sebaik sahaja Lara berdiri di hadapannya. Bersalaman dengannya.

            “Takdalah lama sangat Uncle. Takpa, boleh temankan Auntie sorang-sorang tadi.” Tan Sri sekadar tersenyum. Dia meminta diri untuk naik ke atas. Membersihkan diri sekejap.

            Baru sahaja Lara dan Puan Sri hendak kembali ke ruang rehat, Zarif pula muncul. Terpandang Lara pada wajah Zarif. Ada senyuman dibibir Zarif terukir untuknya.

            “Hah Zarif, pergi naik atas dulu. Mandi. Papa pun baru naik atas.” Zarif menurut perintah mamanya. Tidak membantah.

            “Okey ma. Zarif naik atas dulu ye. Lara… I naik atas dulu okey.” Mana tidak Lara terkejut. Tiba-tiba pula namanya disebut. Tadi bukan dia tengah bercakap dengan Puan Sri ke. Apasal pula sebut nama aku pulak. Tak faham betullah dia ni. Membebel Lara dalam hati. Puan Sri tersenyum di situ memandang Lara yang sedikit gelisah.

            “Lara dengan Zarif…..” Terus Lara memandang tepat pada Puan Sri. Ayatnya dibiar tergantung sebelum Lara menyambung.

            “Lara dengan Zarif takda apa-apa. Entah dia tu Auntie. Tiba-tiba pulak baik sangat dengan Lara. Seram sejuk jugak dengan perangai dia tu.” Kata-kata Lara membuatkan Puan Sri tidak dapat menahan ketawanya. Teruk sangat ke si Zarif tu. Sampai seram sejuk dibuatnya pada Lara. Lengan Lara disentuh. Diusap sambil bibirnya masih ada baki ketawa tadi.

            Selepas makan malam bersama, Lara duduk berehat bersama yang lain sebelum balik. Lagipun esok hari Sabtu. Ada juga Puan Sri mengajak Lara tidur sahaja di sini tetapi ditolak baik. Lara hendak membawa Sofea berjalan-jalan esok bersama kawan baiknya, Wati. Sudah lama mereka tidak keluar bersama. Lagipun dia sudah mengajak Wati tidur di rumahnya malam esok.

            “Lara nak keluar esok dengan Wati. Insyaallah nanti Lara datang dengan Sofea lagi ye.” Hendak buat macam mana. Takkanlah setiap hari Lara hendak datang ke sini. Nanti apa pula kata si Zarif tu. Tapi sekarang ni, Lara perasan perubahan sikap Zarif. Tiada lagi sikap marah, masam muka dan lain-lainlah. Semua tu sudah tiada pada wajah Zarif. Yang Lara perasan sekarang ni Zarif banyak tersenyum. Lagi-lagi pada Lara. Aku ada bagi ubat pengasih ke dekat dia? Iskh Lara, minta jauhkan benda-benda ni semua. Tidak langsung terfikir pun hendak buat benda terkutuk ni semua.

            “Kami balik dulu ye. Assalamualaikum.” Lara memimpin tangan Sofea keluar dari rumah tersebut dan berjalan ke keretanya. Dia tidak perasan yang Zarif juga mengekori langkahnya.

            “Makkkk!” Terkejut Lara bila dia menoleh wajah Zarif yang dia nampak. Tidak sampai sedepa jauh mereka. Zarif apa lagi tersenyum lebar bila dapat mengenakan Lara.

            “Apa jalan dekat-dekat ni?” Suara Lara diperlahankan. Tidak mahu Tan Sri dan Puan Sri mendengar. Sempat lagi Lara melambai tangannya pada mereka yang sedang berdiri di pintu rumah.

            “Nak tanya. Suka ke bunga tu?” Aku salah dengar ke? Lara mendekatkan dirinya pada Zarif.

            “Apa? Bunga? Bunga apa ni? Tak sukalah bunga-bunga ni.” Lara tidak langsung terfikir akan bunga yang dia dapat tadi. Dia terus membiarkan Zarif berdiri di tepi keretanya. Tidak betah dia hendak berbual lama dengan mamat sengal ni.

            “Ibu, ada bunga kat belakang.” Suara Sofea membuatkan Lara tergamam.  Dia cuba menumpukan perhatian pada pemanduan. Oh tidak……. Mamat tu ke yang bagi bunga ni. Takda lelaki lain ke nak dekat aku ni. Asyik dia je…….

            “Tak suka!” Kuat Lara menjerit. Sofea mengejek ibunya. “Tak suka…..”

            Masing-masing ketawa. Sofea dan Lara.
           
           


12 comments:

  1. TQ Sis hairynn...jgn bg Lara jatuh hati kat Zarif. Biar zarif yg meroyan sukakan Lara. Lara be strong!!!!Zarif jahat tak suka dia. Badrul plzzz jumpa Lara xplain kenaoa zarif beriya nak pikat dia..TQ sis....

    ReplyDelete
  2. grrrr zariffff..... ketuk kat kepala baru tau

    ReplyDelete
  3. Geramnya dgn perangai Zarif....

    ReplyDelete
  4. Iiiisssshhh...nanti si zariff tu dh jatoh chenta kat lara..lara jgn pedulik kan dia tau..

    ReplyDelete
  5. Ngee geramnya kat si Zarifff! Sis Hairynn, please buat Zarif yg terjatuh tersungkur terduduk dkt Lara... Omg geramnyaaa hahah

    ReplyDelete
  6. Best2...kite tgk sape yg merana nnt...geram pulak dgn si zarif ni...hairynn....best sgt jln cerita ni.....teruskan lg.....

    ReplyDelete
  7. Sis bila nak bg new n3....aduyai semakin best....

    ReplyDelete
  8. As salam semua... Insyaallah hari ni ada bab seterusnya. Tak sabar ye nak tahu pasal Lara dan Zarif. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sabar sgt2 sis! Okay, we'll wait! :))

      Delete
  9. Nak bab 21... I'm dying for waiting... :'((

    ReplyDelete
  10. Alahai macam2 perangai lh si lara ni..
    tengok. Si sofea pun dah ke ikut perangai dia..
    zarif ni bila lh nak sedar ni..
    kang saya tembak hati si zarif ni hehehehe

    ReplyDelete