My corner's visitor

Monday, November 17, 2014

E-Novel : Cinta Hati Sayang - Bab 23

CINTA HATI SAYANG

BAB 23

                “Lara, masuk.” Lara masih berdegil di situ. Dia tidak mahu masuk ke dalam kereta selagi tidak tahu kemana mereka hendak pergi.

            “Beritahu dulu kita nak pergi mana ni.” Lara sudah bertanya tadi pada Zaris semasa mereka berjalan ke kereta. Tetapi masih tidak dijawab. Sekali lagi Lara bertanya. Wajah Zarif dipandang. Pandangan mereka bersatu.

            “Okey, kita nak pergi The Gardens. I nak belikan mama hadiah. Puas hati?” Wajah Lara masih lagi dipandang. Tangannya masih memegang pintu kereta. Hanya menunggu Lara masuk sahaja.

            “Saya tak fahamlah. Kenapa nak ajak saya pergi beli hadiah Puan Sri? Tak boleh pergi sorang ke? Tak pun ajaklah girlfriend awak tu.”  Zarif sudah tersenyum lebar. Lara pula terpinga-pinga di situ. Orang tanya dia boleh pulak senyum-senyum.

            “You mean Zira?. I nak keluar dengan you bukan dengan dia.” Zarif masih menunggu Lara masuk ke dalam kereta.

            “Saya nak baliklah. Saya nak kena ambil Sofea ni.” belum sempat Lara melangkah pergi, Zarif sudah memaut pinggangnya.

            “I dah beritahu mama. Now, get in Lara.” Lara cuba menolak tangan sasa Zarif dari menyentuh pinggangnya. Tetapi kudrat lelaki lebih kuat dari perempuan. Akhirnya Lara masuk juga ke dalam kereta bila dilihat ada beberapa orang di situ memandang mereka.

            Pintu kereta ditutup. Zarif tersenyum sendiri bila berjaya membawa Lara keluar. Mereka terus menuju ke tempat yang sudah dijanjikan. Lara diam membisu sepanjang perjalanan. Tiada langsung kata-kata keluar dari mulutnya. Zarif sesekali mengerling pada Lara yang duduk di sebelahnya.

            Sampai di The Gardens, Zarif memakirkan keretanya di tempat meletak kenderaan. Mereka berjalan beriringan. Sesekali tangan mereka bersentuhan bila Zarif merapatkan dirinya pada Lara. Bagai ada tolakan magnet, Lara terus menjarakkan dirinya. Berjalan sedikit lambat dari Zarif. Biar mereka tidak seiringan.

            “Jom sayang, ke sana.” Berdesing telinga Lara mendengar Zarif memanggilnya sayang. Zarif cuba mencapai tangan Lara tetapi asyik tidak kesampaian. Lara lebih cepat mengelak.

            “Encik Zarif… Tak payah pegang-pegang boleh tak? Dan lagi satu, tak payahlah panggil saya sayang-sayang. Saya tak sukalah.” Aku bukannya tak suka. Aku tak suka kalau kau yang panggil aku sayang. Kalau kekasih hati takpalah. Sayang, baby, honey, dinda…. Semuanya boleh sahaja. Semuanya nampak indah belaka. Faham? Bebelan Lara hanya dalam hati.

            Zarif sekadar mendengar. Dia bukannya peduli dengan tegahan Lara. Memang lancar sahaja mulutnya memanggil Lara dengan panggilan sayang. Itu salah satu cara untuk merapatkan lagi hubungan mereka.

            “Kata tadi nak pergi beli hadiah Puan Sri, kenapa ke sini pulak.” Zarif membawa Lara ke tempat makan. Restoran berkonsepkan kebaratan. Makanan-makanan ala barat sahaja yang ditawarkan di sini. Orang-orang yang masuk makan di sini pun bukan sembarangan orang.

            “Kita makan dulu. I lapar ni.” Iskh dia ni kan. Dia ingat aku suka sangat ke keluar dengan dia lama-lama. Nak makan pulak. Jam di tangan dikerling. Sudah pukul enam lebih. Pukul berapa pula nak balik nanti. Buang masa betullah dia ni.

            “Lara nak makan apa?” Menu di tangan masih diperhatikan. Western food only. Lama juga Lara merenung menu yang ada. Entah apa-apalah makanan dekat sini.

            “Awak order untuk saya je lah. Saya ….” Malu pula Lara rasa ketika itu. Suaranya yang tadi agak kuat kini beransur perlahan. Seorang pelayan lelaki dari tadi berdiri di tepi meja mereka. Menunggu untuk mengambil pesanan. Hanya tersenyum melihat mereka berdua.

            “Okey sayang.” Sekali lagi panggilan sayang yang keluar. Lara terpaksa bersabar. Zarif pula seperti memahami keadaan Lara. Terus dia yang memesan untuk Lara.

            “So, esok Lara ikut sekali kan?” Air masak di dalam gelas di hadapannya diteguk. Menghilangkan rasa gelisahnya. Tiba-tiba pulak rasa lain macam. Lara mengangguk. Wajah masih tiada senyuman dari tadi.

            “Awak nak apa sebenarnya ni?” Zarif masih memandang ke dalam anak mata Lara. Seboleh-boleh Lara hendak tahu apa yang Zarif hendak darinya.

            “I taknak apa-apa. I just nak kawan dengan you. Nak kenal lebih rapat dengan you. Itu sebabnya I ajak you keluar sama. We can know each other better.” Lara tidak percaya langsung. Mesti ada muslihat di sebalik sikap baik Zarif padanya.

            “Susahlah saya nak percaya kata-kata awak tu.”  Ada sedikit sindiran dari kata-kata Lara itu. Zarif masih bertenang. Dia perlu berusaha lebih kuat lagi. Kepercayaan Lara padanya amat penting. Jika tidak rosaklah rancangannya nanti.

            Pertama kalinya mereka makan berdua sahaja tanpa ditemani sesiapa. Walaupun Lara tidak berapa selesa makan berhadapan dengan Zarif, dia terpaksa menyembunyikan perasaan tersebut. Dia tidak mahu Zarif nampak kegelisahannya. Mujurlah makanan yang dipesan Zarif sedap sangat. Memang kena dengan tekaknya. Kalau hari-hari makan macam ni mahu gemuk aku. Monolog Lara sendiri.

            “Jomlah. Hadiah Puan Sri tak beli lagi ni.” Sudah lama juga mereka duduk makan di situ. Satu-satu yang Zarif pesan. Sampai pencuci mulut pun ada. Memanglah sedap makanan di situ. Lagi sedap kalau dia dapat makan dengan orang tersayang. Lagi seronok.

            “Okey, kejap. I bayar dulu.” Zarif mengangkat tangan pada seorang pelayan yang sedang berdiri tidak jauh dari meja mereka. Dimintanya bil pada pelayan tersebut.

            Lara memerhatikan Zarif dari tadi. Gaya orang kaya memang terserlah padanya. Cara duduk, cara pandang, cara cakap, semuanyalah. Walaupun memakai kemeja dengan tangan berlipat, Zarif masih kelihatan bergaya. Orang kalau sudah dibesarkan dalam golongan kaya, macam ni lah. Ada cara tersendiri membezakan mereka dengan orang biasa.

            “Jom.” Zarif menyentuh lembut tangan Lara. Mengelamun pulak aku. Malu sendiri Lara. Dia mengekori Zarif keluar.

            “Ada apa-apa Lara nak beli ke?” Terhenti langkah Lara bila mendengarnya. Zarif turut serta terhenti. Dia memandang ke belakang. Ke lantai. Takut ada benda yang tercicir.

            “Cepatlah. Kata nak belikan hadiah untuk Puan Sri. Awak nak beli apa. Jomlah cepat.” Lara semakin tidak sabar. Tujuan utama mereka keluar adalah membeli hadiah untuk Puan Sri. Tetapi tengoklah ni. Zarif banyak membuang masa Lara ke sana sini. Boleh pulak si Zarif tanya pada Lara jika ada benda yang hendak dibeli.

            “Dekat sana.” Zarif masih berdiri tegak. Lara pula tidak sabar-sabar hendak ke sana. Baru dua langkah, Lara berpusing semula mendekati Zarif.

            “Cepatlah. Saya nak balik ni.” Lengan Zarif dipaut dan ditarik untuk bergerak. Dia sudah tidak kisah siapa Zarif. Dia mahu cepat pulang. Kalau tidak ditarik, mahu lama lagi mereka di situ. Mengikut langkah Zarif yang memang seperti tidak mengejar masa langsung.

            Mereka menuju ke butik Hugo Boss. Lara rasa pelik. Takkanlah nak beli hadiah Puan Sri dekat sini. Barang apa dia nak beli pun. Tetapi Lara sekadar mendiamkan diri sahaja. Dia tidak mahu mendapat malu pula nanti. Bukannya dia tahu sangat pasal barang berjenama ni semua. Mungkin ada barang yang bersesuaian dengan Puan Sri di sini. Zarif lebih arif tentang ini semua kalau hendak dibandingkan dengan dirinya.

            Lara masih mengekori Zarif ke sana sini. Semakin tidak selesa Lara rasakan. Semuanya pakaian lelaki. Mana ada pakaian wanita pun. Terus dia berbisik pada Zarif. “Nak cari apa untuk Puan Sri dekat sini? Ada ke?.”

            Wajah Lara yang sedikit pelik jelas kelihatan. Hampir ketawa Zarif melihatnya. Wajah tidak memahami apa-apa lagi.

            “I nak beli barang I kejap. Hadiah mama dah ada. Semalam I pergi beli.”  Tiada rasa bersalah pun. Wajah selamba sahaja. Lara pula yang semakin sakit hati. Dia boleh tipu aku macam ni. Terus wajah Lara berubah. Hendak sahaja dia letuskan kemarahan sekarang juga. Di sini. Di dalam butik tersebut. Di hadapan orang ramai. Biar semua orang tahu perasaannya.

            “Iskh!. Mengada-ngadalah. Cakaplah betul-betul tadi. Erghhhh…” Lara menolak dada Zarif membuatkan dia ke belakang sedikit. Geram sangat. Tanpa menoleh ke belakang, Lara terus berjalan keluar. Dia sebenarnya tidak tahu hendak kemana. Ya, dia perlu ke tempat menunggu teksi. Langkahnya dipercepatkan. Dia mencari-cari kaunter pertanyaan. Mana dia tahu di mana hendak menunggu teksi di sini.

            “Lara! Wait.” Zarif mengejar Lara yang laju berjalan tanpa mengendahkan jeritan Zarif. Biarlah dia. Dia yang malu pun nanti kalau orang ramai tengok. Aku? Bukannya ada orang kisah pun.

            “Lara!” Tangan Lara sudah dicapai. Terpusing Lara ke belakang.

            “Saya nak balik. Lepaslah.” Lara masih cuba melepaskan tangannya dari genggaman Zarif. Erat genggaman tangan Zarif padanya. Mereka juga berdiri hampir antara satu sama lain.

            “Jom, I hantar.” Zarif menarik tangan Lara tetapi entah macam mana Lara lagi kuat menarik tangannya sendiri. Terlepas genggaman tersebut. Terkejut juga Zarif dibuatnya.

            “Tak payah Encik Zarif. Saya boleh balik sendiri.” Tegas suara Lara.  Dia terus berjalan tanpa menoleh langsung ke belakang. Nasib Lara baik malam itu. Sekejap sahaja dia menunggu teksi di situ. Tidak ramai pun orang yang menunggu.

            Sampai sahaja di kedai kek, Lara terus berjalan ke keretanya. Dia hanya mahu mengambil Sofea segera dan pulang ke rumah. Dia memang masih marah dengan apa yang baru terjadi tadi. Sanggup Zarif menipunya hanya semata-mata hendak keluar bersama. Menyesal sungguh dia mengikut Zarif tadi.

            Semasa memandu, Lara perasan ada sebuah kereta mengekorinya dari tadi. Dia tidak perasan kereta apa. Lampu kereta menutup mata Lara untuk melihatnya. Lara terus memandu laju menuju ke rumah Tan Sri. Risau juga dia jika benar dia diekori. Dia akan rasa selamat jika sudah berada dalam kawasan rumah Tan Sri.

            Aduh, kereta ni masuk sekali dalam kawasan rumah Tan Sri. Siapa pula yang berani betul ekorinya sampai ke dalam rumah. Lara tidak terus keluar. Dia masih menunggu di dalam kereta. Takut jika ada penjahat mahu mengapa-apakan dia.

            Kereta melintasi keretanya. Lampu dipadam. Kereta tersebut memasuki tempat meletak kereta Zarif. Baru Lara tahu sekarang. Zarif rupa-rupanya yang mengekorinya dari tadi. Kenapalah aku tak terfikir pasal si mamat ni.

            Tanpa berlengah lagi, Lara keluar segera dari kereta dan menuju ke pintu rumah. Dia tidak mahu bertembung dengan Zarif. Dia tidak perasan yang Zarif juga turut melangkah menghampirinya. Wajah Lara masih dipandang dari tadi. Dia tahu Lara masih marahkan dia.

            “Lara…” Suara Zarif kedengaran di telinga Lara.

            “Assalamualaikum.” Lara memberi salam tanpa menghiraukan Zarif. Langsung tidak memandang Zarif di sebelahnya. Dia hanya mahu beredar dari situ secepat mungkin. Hatinya masih sakit lagi. Seboleh-boleh dia tidak mahu melihat wajah Zarif.

            “Waalaikumussalam Lara. Jom masuk. Sofea dekat atas dengan Uncle. Kejap ye, Auntie panggilkan. Eh, Zarif. Balik sekali dengan Lara ke?” Puan Sri bertanya bila dilihatnya Zarif melangkah masuk bersama-sama Lara.

            “Kebetulan je mama.” Biar dia yang jawab. Aku memang malas nak jawab. Buat sakit hati je. Lara masih terusan memandang ke tempat lain. Zarif disebelahnya tidak dikerling sedikit pun.

            “Lara… Zarif… dah makan ke? Kalau belum jomlah makan sama.” Pelawaan Puan Sri seakan-akan mencekik lehernya. Tidak kuasa dia hendak makan berhadapan dengan Zarif untuk kali kedua. Cukuplah sekali tadi.

            “Eh takpalah Auntie. Lara dah makan petang tadi. Kenyang lagi. Lara kejap je ni. Nak balik terus. Rasa penat sangat hari ni.” Memang Lara penat. Penat melayan orang gila tu. Lara terpaksa berpura-pura senyum. Tidak mahu Puan Sri mengesyaki apa-apa.

            “Auntie naik panggil Sofea kejap ye.” Lara sekadar mengangguk. Dia perasan yang Zarif masih berdiri di tepi pintu. Lebih baik dia menjauhi si Zarif ni. Langkah diatur menuju ke dapur. Berharap Mak Jah ada di sana.

            “Lara, please.” Lengan Lara dipaut semasa dia hendak melintasi Zarif untuk ke dapur. Ditarik segera lengannya dari terus disentuh Zarif.

            “Tolonglah Zarif. Jangan kacau saya lagi.” Lara sedikit merayu pada Zarif. Dia berharap sangat Zarif tidak akan mengganggu hidupnya lagi. Dia tidak tahu samada Zarif ikhlas atau tidak berkawan dengannya. Itu tidak penting sekarang. Yang penting sekarang Zarif tidak lagi mencarinya. Tidak lagi cuba rapat dengannya. Perbezaan yang jauh antara mereka berdua.

            Lara mempercepatkan langkahnya ke dapur. Mujur Mak Jah ada. Dia sedang membancuh air untuk dihidangkan semasa makan nanti. Walaupun dia sedang berbual dengan Mak Jah, fikirannya melayang memikirkan sesuatu. Kenapa dia asyik teringatkan si Zarif sahaja. Teruk sangat ke apa yang aku dah buat dekat dia tadi. Tapi memang salah dia apa. Dia yang tipu aku pasal nak keluar tadi. Nak beli hadiah Puan Sri konon. Semua tu taktik dia je.

            “Lara, esok jangan lupa ye. Kek memang Lara nak buat ke? Kalau tak sempat takpa, Uncle tempah je dekat tempat biasa.” Tan Sri berdiri dekat dengan Lara. Tidak mahu Puan Sri mendengar perbualan mereka.

            “Tahun ni biar Lara buat kek untuk Auntie. Jangan risau, sempat. Okey Uncle, Lara minta diri dulu.” Seperti biasa Lara akan bersalaman dengan mereka berdua sebelum pulang. Tiada kelibat Zarif pun di situ. Kau ni Lara… macam tak biasa. Si Zarif tu mana pernah kisah kau nak balik ke apa. Dia dah naik masuk biliklah tu. Monolog Lara sendiri.

            Lara tidak tahu. Zarif sedang memerhatikannya dari tingkap atas. Tingkap di ruang kosong di tengah-tengah yang hanya diletakkan sofa dan rak buku.

            Susah juga nak pikat perempuan bernama Lara Alina. Keras sungguh hatinya. Zarif kena fikir cara lain untuk tambat hatinya. Zarif dapat lihat yang Lara Alina seorang yang susah untuk menerima cinta dari seseorang. Tetapi jika dia sudah memberikan hatinya pada seseorang, seluruh jiwa dan raganya diserahkan juga. Zarif tersenyum sendiri. Dia memang mahu menjadi lelaki tersebut. Biar Lara Alina menyayanginya sepenuh hati. Dan selepas itu barulah dia akan bertindak.

            Lara Alina…….. You will be mine soon…..

            

31 comments:

  1. Hairynn serius abby suka bab ni .. Lara go aja2 fighting2 tundukkn mamat bajet bagus tu..

    ReplyDelete
  2. Hahaha gud girl....biar padan muka zarif sengal tu. Sus buat zarif meroyan tahap gaban....I luv it!!!!TQ sis mmg best!!!anyway KTM ada news tak? Rindu Haris-Arina jugak...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ dear... KTM belum ada news lagi. Doa2kan diterima ye. Aminnn.

      Delete
  3. Jgn la lara terpedaya dgn helah zarif...sian kt lara, mau jatuh terduduk dibuatnya kalau dah diberi hatinya..betullah tu kalau susah nak dipikat, bila dapat, akan diserah jiwa n raga..mau jd gila tgk2 cinta dipermainkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Kita tengok apa jadi dengan Lara dan Zarif ye..

      Delete
  4. Next capter plzzz..hehe..mmg best laa bc novel ne..update cpt ye writer..lara mesti suka jg kt zarif nti 2 kn..but hope the end story will be a hppy ending..

    ReplyDelete
  5. nak buat lara jatuh cinta bukan senang zarief ooi....

    ReplyDelete
  6. Cerita ni memang best..
    Suka sangat.....
    Tak sabar nak tunggu new entry

    ReplyDelete
  7. Jahatnya Zarif! Apa lagi lah rancangan dia lps ni.. Haishh,, Lara stay strong!

    ReplyDelete
  8. Aduyai..sakit plk hati ni dgn perangai si zarif ...huh.. X pe lara biar kn je si zarif tu

    ReplyDelete
  9. Berterima kasih sangat kepada sesiapa yang membaca untuk memberi sedikit komen tentang cerita ini. Positif atau negatif saya terima seadanya.
    #budakbarubelajar #kalausalahtolongmaafkan

    ReplyDelete
  10. Mmg thorbaaeekk...keep it up miss writer

    ReplyDelete
  11. saya suka ikuti enovel ini, dan selepas beberapa bab,perhatian saya seakan tertarik dengan watak carl naim yang menderita lumpuh kerana kemalangan atas sebab yang kurang jelas disini..malangnya kehadiran naim didalam penceritaan keluarga ini sangat kurang sementelah kehadiran sofea dan lara yang hampir setiap hari disitu.
    Jadi masihkah ada harapan untuk mengikuti perkembangan naim seterusnya,terutama penerimaan sofea dan kehadiran lara sendiri yang mungkin akan meninggalkan sedikit kesan keatas hubungan keluarga atau diri mereka sendiri dengan bayangan kisah silam yang kelam?





    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sbb ikuti novel ni ye. Memang sedikit demi sedikit sy akan masukkan cerita mengenai Naim, Lisa, Zira, Hana dan yang lainnya...... Cuma yg utama memang Lara dan Zarif.. Jadi banyak cerita mengenai mereka. Terima kasih atas komen tersebut. Kalau ada silap maafkan ye. ;)

      Delete
  12. Mmg dahsyat lah bab x ni....tercuit kegeraman di hati.zarif zarif..lara mmg terbaiklah...hairynn tq3x...best sgt2..

    ReplyDelete
  13. byk persoalan cerita ni.perlahan2 sis hairynn kupas ye.jln penceritaan yg best. kisah famili yg penuh dgn kasih sayang, kebencian sampaikan dendam...mmg tak sabar nak tggu carl naim dgn hana. apa masalah yg menyebabkan hana tgglkan naim.sofea pasti gembira jumpa ayah kandungnya.maybe sofea blh menyedarkan naim untuk berubah...best sangat. bila nak sambung sis????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much Aminatuuz Zahrah....Memang nanti ada bab yang akan beritahu kenapa Hana tinggalkan Naim. Insyaallah akan ada part sedih antara Naim dan Sofea nanti. Dan yang pasti akan ada part sedih juga antara Lara dan Zarif...... :(

      Delete
  14. nangis dulu la cam ni....nak next entry plzzzzzz

    ReplyDelete
  15. Sis, jgn lama sgt ye? Saya tertunggu-tunggu.. Cerita ni best sgt2! Setiap hari mesti cek kot2 ada entry baru. Huhu :(

    ReplyDelete
  16. wauuu..wlaupun sya bru bca thun ni..tpi memang the best lha..><

    ReplyDelete