My corner's visitor

Tuesday, August 27, 2013

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 19

KAU TETAP MILIKKU

BAB 19

                “Arina…. Jom.” Haris mengajak Arina menuju ke arah tempat menunggu teksi. Setibanya di sana, kereta BMW Haris sudah terparkir di sana. Driver Haris keluar dari kereta dan mengambil beg-beg Haris dan juga Arina untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta. Pintu tempat duduk belakang dibuka Haris dan mereka masuk ke dalam sementara menunggu kesemua beg-beg selesai dimasukkan ke dalam bonet.

                “Arina seronok tak?” memang sudah kebiasaan Haris yang akan memulakan perbualan antara mereka.

                “Seronok. Terima kasih kerana sudi bawa Arina ke Langkawi. Maaflah kalau Haris rasa bosan bila dengan Arina.” Sekejap sahaja mata mereka bertentangan. Arina cepat mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Perasaan takut dan segan dengan Haris masih ada dalam diri Arina.

                “So, next time bolehlah temankan I lagi. Kita pergi tempat lain ye sayang. Kita pergi lama sikit. And I want you to know that you tak pernah buat I bosan bila bersama.” Haris berbisik pada Arina sambil mengusap pipi Arina. Berdegup kencang jantung Arina ketika itu. Memanglah seronok pergi ke tempat yang belum pernah dilawati. Cuma masalahnya dia perlu ke sana dengan Haris. Itu yang menjadi masalah utama Arina.

                Nasiblah driver Haris masuk ke dalam kereta. Kalau tak, mahu pengsan si Arina ni mendengar kata-kata Haris tadi. Ditambah lagi dengan sentuhan Haris padanya.

                Arina….back to reality…….Ingat…jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis dari lelaki bernama Haris……suara kecil Arina mengingatkannya.

                Sampai di rumah Arina, Haris membantunya mengangkat beg-beg tersebut ke dalam rumah.Arina meminta Haris meletakkan sahaja di tepi pintu rumahnya. Kalau tak disuruh, ada yang sampai ke bilik dihantarnya beg-beg tersebut.

                Arina kembali mengangkat beg-begnya terus ke dalam bilik tidurnya setelah kereta milik Haris hilang dari pandangan.

                Setelah membersihkan diri, Arina berbaring di atas katil. Matanya tertumpu pada beg-beg yang dibawanya tadi. Banyak betul barang yang dibelinya. Yang pasti semua barang tersebut dibeli dengan duit Haris. Duit yang Haris bagi padanya pada hari pertama mereka tiba di Langkawi langsung tidak berusik. Masih ingat lagi Arina, setiap kali dia membeli barang, Haris yang terlebih dahulu membayarnya. Langsung tiada peluang untuk Arina membayarnya sendiri.

                Haris pula masih teringat segala saat bersama Arina di Langkawi. Memang Haris tidak puas bersama dengan Arina. Kamera dibuka dan disambungkan pada skrin tv. Gambar-gambar mereka terutamanya gambar Arina dipaparkan di skrin. Berulang-ulang kali gambar tersebut dibelek Haris. Gambar mereka bersama, gambar Arina tersenyum, gambar Arina tidur juga ada dicuri ambil oleh Haris. Arina memang telah berjaya mengunci pintu hati Haris pada wanita lain.


                “Macam mana Arina?... Ok semua?...” Dato’ Mahizan memanggil Arina masuk ke biliknya.

                “Semua ok Dato’. Report tu saya akan serahkan pada Dato’ Haris dulu untuk membuat semakan.” Entah kenapa dirasakan majikannya itu seperti dapat menghidu sesuatu.

                “Ok, petang nanti Haris akan datang sini, so you just pass to him.” Dato’ Mahizan masih tepat memandang Arina. Ada yang tak kena ke aku ni. Ke Dato’ dah tahu pasal aku ngan anak dia. Habislah aku. Ronta Arina di dalam hati.

                “Baik Dato’. Kalau takda apa-apa, saya keluar dulu.” Arina melangkah keluar sebelummajikannya bertanyakan soalan lain. Mahu pengsan kalau berlama di dalam bilik majikannya.

                Arina menyambung kerjanya sehingga ke petang. Banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan. Sedang Arina tekun membuat kerja, terdengar suara yang cukup dia kenal.

                “Report dah siap?” Lembut sahaja suara Haris yang sedang berdiri di tepi mejanya. Matanya masih tepat memandang Arina.

                “Sudah. Ni dia.” Arina menyerahkan report yang sudah disiapkan tadi. Sempat lagi Haris mengenyitkan matanya pada Arina sebelum berlalu masuk ke dalam bilik mamanya. Nasiblah Hasnah tidak nampak kerana terlalu sibuk dengan kerjanya. Haris ni kan……

                “Arina, Dato’ suruh masuk sekarang.” Dato’ meminta Hasnah memanggil Arina untuk masuk ke biliknya. Tak sampai 10 minit Haris masuk ke dalam, Arina pula yang dipanggil masuk.

                “Ye Dato’.” Arina terus masuk ke dalam bilik majikannya. Mungkin ada salah pada report yang dibuatnya tadi. Haris pula sedang duduk di kerusi mengadap mamanya.

                “Arina, duduk.” Takut juga Arina ketika itu. Nak kena duduk pulak. Kalau boleh, Arina tidak mahu berada lama di dalam bilik dengan mereka. Lemas dirasakannya. Dihadapannya Dato’ Mahizan, di sebelahnya Haris.

                “Arina, so far ok ke kerja dengan Haris?” terkejut Arina dengan pertanyaan Dato’ Mahizan.

                “O…Ok je Dato’.” Tersekat-sekat Arina menjawab. Haris pula masih memandang Arina yang dirasakan tengah sedikit resah dengan soalan mamanya.

                “Ada Haris buat sesuatu yang tak baik pada Arina?” Bukan sahaja Arina yang terkejut malah Haris juga. Mereka sama-sama memandang tepat pada Dato’ Mahizan. Kemudian Arina menoleh pada Haris di sebelahnya.

                “Mama?!” Haris yang dahulu bersuara. Pelik juga Haris dengan mamanya. Tidak pernah pun mamanya bertanyakan soalan tersebut pada mana-mana wanita sebelum ini. Kenapa pula dengan Arina yang ditanyanya.

                Dato’ Mahizan masih memandang Arina yang nampak keresahan dengan soalan yang dituju padanya.

                “I’m still waiting for the answer, Arina.” Dato’ Mahizan masih tepat memandang Arina. Haris juga turut menunggu jawapan Arina.

                “Tak….takda Dato’.” Pendek sahaja jawapan Arina. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dijawab. Takut juga kalau dia beritahu perkara sebenar pada Dato’ Mahizan. Nanti tak pasal-pasal Haris mengamuk padanya nanti. Bukan dia tidak kenal dengan Haris. Dan mungkin juga Dato’ Mahizan turut mengamuk. Akhirnya Arina juga yang akan terima padahnya.

                “So, kalau macam tu, bila Haris perlu ke tapak projek, I want you, Arina to go with him.”
               
                “Tapi Dato’………” Arina sendiri tidak tahu apa alasan yang perlu diberi.

                “Excuse me please.” Dato’ Mahizan mendapat panggilan dari seseorang. TIdak sempat Arina memikir dan memberikan alasan untuk tidak perlu mengikuti Haris kemana-mana lagi.

                Mereka beredar keluar dari bilik. Berbeza perasaan masing-masing selepas keluar dari bilik. Arina merasakan satu lagi beban yang datang padanya manakala Haris sangat berterima kasih pada mamanya kerana memahami situasi mereka. Sekarang ini tiada alasan lagi untuk Arina menjauhkan diri darinya. Haris perlu merebut peluang yang ada ini sebaik mungkin.

                Arina, bersedia ye sayang……..

                “Bilanya kamu nak balik ni Ari? Asyik sibuk je memanjang.” Malam itu emak Arina menelefon Arina setelah hampir dua minggu Arina tidak menelefon mereka di kampung. Risau juga Mak Leha dengan anak sulungnya ni.

                “Jumaat ni mak. Lepas kerja Ari balik. Mak sihat ke? Fira ngan Azim sihat ke mak?” Selalunya Arina akan menelefon mereka bertanya khabar setiap minggu. Ini sudah dua minggu Arina tidak menghubungi mereka. Sibuk dengan kerja di pejabat. Ditambah lagi dengan masalahnya dengan Haris yang tidak selesai lagi.

                “Semua kat kampung ni sihat. Ni hah……suami kamu baru telefon mak ni. Dia dah balik Malaysia ke? Kenapa kamu tak bagitahu kat mak?” bertalu-talu soalan Mak Leha. Dirasakan darah tidak mengalir ketika itu bila mendapat tahu Haris menghubungi emaknya.

                “Bi…bila Haris telefon mak? Dia cakap apa kat mak?” Janganlah Haris memberitahu perkara sebenar tentang mereka. Sempat lagi Arina berdoa.
                “Tadi petang. Dia kata dia dah balik Malaysia minggu lepas. Nanti hujung minggu ni kamu balik sekali dengan Haris kan?. Ni mak nak tanya ni….suami kamu suka makan apa. Nanti mak masak takut dia tak makan pulak.”  Aduh……. Nak balik sekali. Apa ni suma….Harisssssssssss…..

                “Suma dia makan mak. Oklah mak, esok Ari telefon mak lagi ye. Kim salam suma. Assalamualaikum.” Sebenar-benarnya Arina sendiri tidak tahu apa makanan yang Haris suka atau tidak. Itu sahaja jawapan selamat buat Arina.

                “Waalaikumusalam. Jaga diri baik-baik.” Arghhhhhh…… menjerit Arina sebaik sahaja Mak Leha meletakkan telefonnya. Apa lagi yang Haris nak ni…..

                “Apa yang Haris nak lagi dari Arina ni?” Arina terus menghubungi Haris. Rasa tidak puas hati dengan apa yang telah dibuat Haris.

                “Kenapa marah-marah ni. Apa yang I dah buat pada you. Cuba bagitahu I.” Haris sudah dapat mengagak apa yang tersirat di fikiran Arina ketika itu. Mesti sebab kes telefon kampungnya siang tadi. Haris sudah bersedia.

                “Ke…Kenapa Haris telefon mak Arina kat kampung? Kenapa bagitahu mak Arina yang Haris dah balik Malaysia?....Harisssssss…” suara Arina yang tadi seperti marah-marah bertukar perlahan seperti merayu. Dia masih ingat dengan siapa dia bercakap sekarang ini. Kang tak pasal-pasal dia yang kena marah balik.

                “I just…..I just rindu pada mak. That’s all. Dah lama betul I tak telefon mak. And you, Arina…. Kenapa bagitahu mak yang I kena kerja luar dari Malaysia. And also, there’s no Mak Arina. She is mother to both of us. Jangan ingat you dah lupa yang kita masih husband and wife.” Betul firasat Arina. Mesti dia yang kena balik.

                “ Arina…….” Haris bersuara lagi. Arina masih berdiam diri. Tiada langsung suara yang keluar dari mulutnya.

                “Haris…… Kalau kita ber…” belum sempat Arina menghabiskan ayatnya, Haris cepat-cepat memotong.

                “Arina…. Stop it!. Jangan berani sesekali sebut perkataan PISAH dengan I. I don’t like it Arina.” Nada suara Haris semakin ditinggikan. Memang marah betul Haris jika Arina menyebut perkataan tersebut. Kecut perut Arina mendengar suara Haris. Nasiblah hanya di telefon sahaja. Mahu menangis Arina jika Haris berada di hadapannya dengan nada suara seperti itu.

                Arina tidak tahu apa yang perlu dibuat. Dia takut jika keadaan bertambah rumit nanti. Kerisauannya bertambah bila memikirkan tentang hujung minggu ni.


Monday, August 19, 2013

E-Novel: Kau Tetap Milikku - Bab 18

KAU TETAP MILIKKU

Bab 18

“Nak keluar balik?. Nak gi mana?” tanya Arina bila Haris menyuruhnya bersiap. Baru sekejap mereka sampai di hotel. Arina ketika itu baru sahaja keluar dari bilik air. Penat tadi pun belum hilang lagi dah nak keluar balik. Rungut Arina di dalam hati.

“Kita gi bawah je kat pantai. I nak main jetski. Teman I.” Haris selamba sahaja menukar seluar di hadapan Arina. Arina pula yang terpaksa berpaling ke arah lain. Kuatkanlah imanku… Doa Arina di dalam hati.Dia sendiri tidak tahu samada dia boleh bertahan lagi atau tidak dengan Haris.

“Dah… Gi tukar baju.” Sekali lagi perlakuan Haris membuatkan Arina terpana. Dipeluknya Arina dari belakang. Cepat-cepat Arina menjarakkan dirinya dari Haris. Dicapai seluar tight dan tshirt yang disidai di tepi begnya. Sempat Arina menjeling pada Haris yang sedang tersenyum melihat wajah Arina yang kemerahan akibat malu dengan keadaan mereka tadi. Ditutupnya pintu bilik air. Tenang Arina tenang. Geramnya dengan Haris ni. Dia memang sengajakan buat aku malu sendiri. Arghhhhhhhh…… jerit Arina perlahan.

Mereka berjalan di tepi pantai sambil menikmati angin laut. Sesekali tangan Haris menyentuh belakang badan Arina terutamanya bila mereka berbual. Ada masanya tangan Haris memeluk pinggang Arina supaya mereka sentiasa rapat bersama. Arina yang berasa segan dengan orang –orang  disekeliling mereka. Bukan dia tidak perasan, banyak mata yang memandang mereka terutamanya kaum hawa. Payah kalau berjalan dengan orang kacak ni. Bisik Arina sendiri.

Mereka berjalan menyusuri pantai di situ sehinggalah tiba di tempat menyewa jet ski. Haris menyewa sebuah jet ski dari seorang lelaki yang menjaga di situ.Mereka diberikan seorang satu jaket keselamatan untuk dipakai. Haris membantu Arina memakainya.

“Jom Arina. You pegang I tau. Nanti jatuh.” Haris mengambil tangan Arina dan diletakkan di pinggangnya memaksa Arina memeluknya. Mereka sudah bersedia menaiki jet ski. Pada mulanya Arina tidak mahu. Tapi Haris berjaya memujuknya. Walaupun sudah memakai jaket keselamatan, Arina tetap berasa takut. Bukannya dia pandai berenang. Nak pergi ke tengah-tengah laut pulak tu.

“Peluk pinggang I Arina!” Haris sempat menjerit pada Arina bila dirasakan pelukan Arina tidak sekemas tadi. Mungkin Arina segan memeluknya. Rasanya Arina seorang sahaja perempuan yang dia kenal yang menolak peluang yang ada seperti ini. Semua perempuan yang dia kenal dulu, tidak payah disuruh. Mereka sendiri yang akan memeluk, menyentuh badannya. Apa lagi kalau disuruh berbuat begitu. Bertambah sukalah mereka.

Mereka menuju ke tengah laut. Angin laut yang meniup-niup serta percikan air laut ke badan mereka membuatkan Arina berasa sungguh seronok. Haris sengaja membawa laju sedikit supaya Arina akan tetap memeluknya dek perasaan takut terjatuh.

Sampai di tengah laut, jauh dari pantai, Haris memberhentikan enjin. Hanya mereka yang berada di tengah-tengah laut ketika itu.

“Seronok tak Arina?” tanya Haris sambil mengusap-usap tangan Arina yang sedang memeluknya. Perlahan-lahan Arina menarik tangan dan melepaskan pelukannya. Arina senyum sambil menganggukkan kepalanya pada Haris yang sedang memandangnya.

“Jom…  Arina nak cuba bawak?..... Jangan takut, I ada.” Terkejut Arina bila Haris sudah bersedia untuk menukar tempat.

“Arina tak tahu. Ta… takutlah Haris.” Arina sempat menolak perlahan   badan Haris dari mengundur ke belakang.

“I ada sayang. Jom, rugi tau tak cuba bawak.” Memang Arina teringin membawa jet ski dari dulu lagi. Cuma rasa takut sentiasa menguasainya. Entah kenapa bila bersama Haris, rasa takut semakin hilang. Rasa selamat yang dirasainya sekarang. Perasaan segan pada Haris juga semakin hari semakin hilang.

Haris membantu Arina berpindah ke hadapan. Mereka sudah bertukar tempat. Haris mengajar Arina serba sedikit cara membawanya sebelum enjin dihidupkan semula.

“Haris…. Arina takutlah.” Diurutnya dada supaya tenang. Tiba-tiba tangannya dipegang Haris dan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Haris merapatkan badannya pada Arina. Keadaan mereka amat rapat sekali sehinggakan pipi mereka boleh berlaga. Kehangatan badan mereka dapat dirasakan antara satu sama lain walaupun mereka memakai jaket keselamatan. Ikutkan hati hendak sahaja Arina lompat dari jet ski dari terusan dipeluk Haris. Tapi memandangkan dia tidak tahu berenang, terpaksalah dia merelakan dirinya dipeluk Haris.

Haris membantu Arina membawanya. Lupa sementara Arina pada keadaan mereka ketika itu. Sungguh seronok Arina dapat membawa jet ski dengan bantuan Haris. Lama juga Arina membawanya. Mereka menghabiskan masa petang mereka di situ.

“Seronok tak?” tanya Haris bila mereka sedang berjalan balik ke bilik.

“Seronok sangat.” Wajah Arina jelas menunjukkan yang dia memang sangat seronok sehinggakan dia terlupa yang tangannya masih di dalam genggaman Haris. Selalunya dia yang akan cuba melepaskan genggaman tangan mereka. Kali ini, lagi dieratkan genggaman tersebut.

Sampai di hadapan pintu bilik, baru Arina perasan yang mereka sedang berpegangan tangan sejak dari tadi. Dilepaskan perlahan-lahan genggaman tangannya. Malunya Arina rasa ketika itu. Lebih-lebih lagi bila melihat wajah Haris yang tersenyum-senyum memandangnya. Kenapalah dia boleh lupa semua ni. Ini semua sebab seronok punya pasallah ni. Arina…. Arina….. Jangan Haris fikir yang bukan-bukan lepas ni sudahlah.

Entah kenapa selepas membersihkan diri, kepala Haris berdenyut-denyut. Mungkin kerana tidak cukup rehat sebelum ni. Apa tidaknya, sebelum ke Langkawi, Haris ke Singapura menghadiri mesyuarat di sana.

Arina perasan yang Haris asyik memecit-mecit kepalanya dari tadi. Makan malam yang dipesan tadi pun tidak habis dimakan. Haris juga tidak banyak bercakap malam ni.

“Ma…masih sakit lagi? Nak Arina picitkan?” Arina  mempelawakan diri untuk memecit kepala Haris jika benar dia memerlukannya. Risau juga Arina melihat Haris sebegitu. Nanti jadi apa-apa nanti pada Haris, payah pulak Arina nak membawanya ke klinik atau hospital.

Haris sekadar menganggukkan kepalanya. Diletakkan kepalanya di atas pangkuan Arina yang sedang duduk di atas katil. Kesian pula Arina melihat Haris menahan sakit kepala. Arina juga perasan tadi yang Haris ada menelan ubat selepas makan malam tadi. Mungkin ubat sakit kepala atau panadol.

Arina memicit kepala Haris. Terasa bertambah lega kepala Haris selepas Arina memicitnya. Lama juga Arina memicitnya sehinggakan picitan tadi bertambah perlahan. Tiba-tiba tangan Arina berhenti memicit.

Haris mendongak melihat Arina. Tidur dah dia. Ala Arina sayang……….

Haris mengalihkan tangan Arina perlahan-lahan. Dia bangun dari pembaringannya dan dengan perlahan-lahan membaringkan Arina. Mungkin letih sangat sampai tidak sedar ni. Bisik Haris sendiri.

Diselimutnya badan Arina. Dibelai, diusap rambutnya. Diciumnya dahi dan pipi Arina. Ciuman itu tidak berhenti di situ. Bibir merah Arina yang sentiasa di nantikan untuk dijamah kini berada betul-betul dihadapannya. Haris mendekatkan bibirnya pada bibir milik Arina. Bibir mereka bersatu buat seketika. Haris melepaskan ciuman tersebut.Dia tidak mahu mengejutkan Arina dari tidurnya. Ditenungnya wajah Arina. Bersih, mulus dan sangat cantik pada pandangan Haris. Dia akan pastikan tiada siapa yang boleh menyentuh Arina kecuali dia.

Bunyi alarm telefonnya membuatkan Arina terjaga. Dirasakan ada sesuatu yang dipeluknya. Hendak kata bantal, lain sangat bentuknya. Mungkin teddy bear besarnya yang selalu menemani tidurnya. My Mr. Teddy……. Rindu pada teddy………

Eh…kejap…… Aku sekarang dekat Langkawi kan. Belum balik lagi. Mana teddy ikut…… fikir Arina sendiri.

Tiba-tiba dirasakan pelukan teddy semakin dieratkan. PInggangnya dipeluk kemas. Ada sesuatu yang melekap di dadanya seperti kepala teddy. Disentuhnya. Macam kepala……

“You dah bangun sayang?” terkejut Arina bila mendengar suara tersebut. Macam manalah dia boleh terlupa yang dia masih bersama Haris di Langkawi di dalam satu bilik. Di atas katil yang sama. Arina cuba meleraikan pelukan tersebut namun Haris pula mengeratkan lagi pelukannya.

Telefon Haris berbunyi memaksanya untuk melepaskan Arina. Arina terus turun dari katil dan menuju ke bilik air. Dipanjangkan langkahnya ketika itu. Tangan Haris meraba-raba telefonnya yang diletakkan di atas meja di tepi katil. Pandangannya masih tetap ditujukan pada Arina sehinggalah Arina menutup pintu bilik air.

“Haris…….tak bangun lagi?” suara mama membuatkan Haris terkejut. Jarang mama menelefonnya bila dia ke mana-mana atas urusan kerja. Mungkin ada benda penting yang hendak disampaikan. Haris menyedapkan hatinya sendiri.

“Dah….dah….. Nak mandi ni. Kenapa mama telefon pagi-pagi ni? Ada hal penting ke?” Haris sudah berjalan menuju ke balconi bilik menghirup udara segar sambil menikmati keindahan pantai.

“Saja telefon my only son ni. Tak boleh ke?” bertambah curiga Haris dengan mamanya.

Not like that ma. Its just……I don’t know…. So, everything ok ke kat sana? Nanti Haris jumpa mama ye bila balik nanti.”  Sesekali Haris menjenguk ke dalam bilik untuk melihat Arina. Masih belum keluar-keluar dari bilik air.

“Semua ok kat sini. So, Haris jaga my Arina baik-baik tak?” Terkejut Haris dengan pertanyaan mamanya. Mahu tersembur dibuatnya kalau ketika itu dia sedang meneguk air. Nasiblah tidak.

“Dia baik je di bawah jagaan Haris. Mama janganlah risau. Risau sangat pasal your staff.” Perli Haris pada mamanya. Kebetulan Arina sudah keluar dari bilik air menuju ke beg pakaiannya. Mata Haris terus mengekori setiap langkah Arina.

“Haris…… I know you my dear. But please jangan sakitkan hati Arina.” Perlahan suara mamanya tetapi Haris tetap dapat mendengarnya.

“A…apa mama cakap?” Sakitkan hati Arina?. No…. Dia tidak akan menyakiti Arina lagi. Cukuplah apa yang telah dibuatnya pada Arina dahulu.

Nothing. Haris, mama kena letak telefon ni. Nanti kita jumpa sayang. Bye.” Dato Mahizan yang dulu memutuskan talian. Kata-kata mamanya masih terngiang-ngiang di telinga Haris.

Mesti mama fikir aku akan buat pada Arina sepertimana aku buat pada perempuan-perempuan sebelum ni. Bukan salah dia jika perempuan-perempuan tersebut yang menyerah tubuh badan mereka sendiri padanya. Merelakan tubuh badan mereka disentuh olehnya. Dia tidak pernah memaksa mana-mana perempuan untuk ditiduri. Cuma Arina seorang sahaja wanita yang telah disentuhi tanpa kerelaannya. Arina yang telah berjaya membuat dirinya berubah. Arina wanita terakhir yang disentuhi. Bukan tidak ada perempuan yang menawarkan diri mereka untuk Haris, tetapi hati Haris seperti sudah tertutup. Hanya tubuh badan Arina yang diingini.


Hanya Arina…….

Monday, August 5, 2013

E-Novel: Kau Tetap Milikku - Bab 17

Ini bab terakhir sebelum raya ye. Insyaallah selepas raya akan ada sambungannya. Untuk semua umat islam terutamanya followers saya, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Enjoy your raya ok.......


Kau Tetap Milikku

Bab 17

Semakin hampir Haris pada Arina, semakin laju degupan jantung Arina. Mana nak lari ni…….Takut Arina melihat riak wajah Haris yang bengis ketika itu.

“Apa yang I cakap pada you hari tu Arina?” Haris sudah berada betul-betul di hadapan Arina. Arina tidak berani bertentang mata dengan Haris. Pandangannya dihalakan ke lantai.

“Arina!. Look at me.” Haris sudah mendekatkan mukanya pada Arina. Dipegangnya wajah Arina. Arina sudah tidak tahan lagi. Air matanya akan jatuh bila-bila masa sahaja.

“Kan I dah cakap yang I tak suka you rapat dengan Carliff…You faham tak Arina?!” suara Haris semakin tegas kedengaran.

“Arina!. You dengar tak?” semakin kerdil dirasakan dirinya bila mendengar suara Haris yang semakin ditinggikan.

“Dengar …. tapi kenapa Arina tak boleh rapat dengan Encik Carliff? Yang Haris rapat dengan Farah….ada Haris fikir perasaan Arina.” Entah dari mana datangnya keberanian, Arina sendiri tidak pasti. Air mata Arina jatuh berguguran selepas dia mengeluarkan segala isi hati yang dipendamnya pada Haris.

“Arina………” Lidah Haris kelu setelah mendengar isi hati Arina. Tidak pernah Arina seberani begini. Arina melepaskan tangan Haris yang masih memegang bahunya. Dia terus berlalu ke dalam bilik air. Arina membersihkan dirinya. Dibiarkan sahaja air mata mengalir di pipi lembutnya. Rasa lega sedikit bila dapat meluahkan apa yang terbuku dihati Arina. Tapi bagaimana penerimaan Haris. Biarlah… Lelaki seperti Haris mana kisah dengan perasaan perempuan sepertinya. Baginya semua orang perlu mengikut arahannya. Mustahil dia hendak mengikut arahan orang lain.

Haris masih berdiri di tempat tadi. Dia masih terkejut dengan kata-kata Arina tadi. Arina cemburu? Itu satu petanda baik bagi Haris. Ye, dia cemburu…. Arina, isteriku sudah pandai menunjukkan sifat cemburunya. Kalau betullah Arina cemburu, peluang untuk bersama Arina semakin cerah. Wajah Haris yang tegas tadi bertukar menjadi lembut. Dia tersenyum sendiri.

Arina perlahan-lahan keluar dari bilik air setelah hampir sejam berada di dalam. Dia berharap sangat yang Haris sudah tidur. Harapannya hancur bila dia ternampak kelibat Haris sedang menonton tv sambil duduk di sofa. Haris mengalihkan pandangannya pada Arina bila Arina berjalan di hadapannya untuk mengambil barang di dalam beg. Arina perasan yang Haris masih tetap memandangnya.

“Aaa, Haris tak tidur lagi?” Arina yang terlebih dahulu memulakan perbualan antara mereka bila masing-masing diam seribu bahasa. Dia berharap sangat yang Haris sudah melupakan apa yang terjadi tadi. Tidak keruan Arina dibuatnya kerana Haris masih setia memandangnya.

“Haris…..Arina ngantuk. Arina tidur dulu ye.” Haris masih tetap tidak bersuara langsung. Arina mengambil bantal dan selimut di atas katil.  Macam mana aku nak tidur ni. Dia duduk kat sofa ni. Takkanlah aku nak tidur atas katil ni. Nanti lain pulak jadinya.

“Kenapa tak tidur je atas katil tu?” akhirnya Haris bersuara bila dia melihat Arina hanya berdiri di tepi katil.

“Takpalah, Arina tidur kat atas sofa je…. Haris tidurlah atas katil ni.” Arina sudah mengangkat bantal dan selimutnya untuk diletakkan di atas sofa bila Haris bangun dan menutup TV. Haris mengambil bantal dan selimut yang Arina letakkan di atas sofa tadi dan diletakkan semula di atas katil. Arina terpinga-pinga melihat Haris mengambilnya.

“Tidur atas katil je Arina. Nanti sakit badan tu esok kalau tidur atas sofa.” Terpaksa jugalah Arina baring di atas katil. Nanti dibantahnya cakap Haris, lain pula yang jadi. Dia berharap sangat-sangat yang Haris tidak akan menyentuhnya.

Arina baring membelakangkan Haris. Takut dia hendak tidur mengadap Haris. Lampu bilik di tutup. Hanya tinggal lampu balkoni yang dipasang. Itupun cahayanya tidaklah terlalu terang.  Setelah memastikan sekali lagi pintu berkunci, Haris melangkah naik ke atas katil. Ketika itu, hanya tuhan sahaja tahu perasaan Arina. Seram sejuk dirasakan badannya walaupun suhu bilik ketika itu agak normal. Haris berbaring di sebelah Arina. Tangan Haris memaksa Haris menyentuh badan Arina. Tetapi Haris menahannya. Nafsunya bergolak-golak untuk menyentuh Arina. Ingin sahaja dibawa Arina ke dalam pelukannya. Rindu pada segala yang ada pada Arina.

Tiba-tiba Haris turun dari katil dan baring di atas sofa. Kenapa Haris pindah tidur kat sofa ni. Dia masih marah ke kat aku ni….Bisik Arina sendiri. Sebenarnya Haris sudah tidak dapat menahan nafsu gelora yang membuak-buak untuk menyentuh Arina. Memeluk dan mencium Arina sepuas-puasnya. Sebelum dia benar-benar tidak dapat mengawalnya, lebih baik dia menjauhkan dirinya pada Arina. Dia tidak mahu Arina membencinya lagi seperti yang pernah dibuatnya pada Arina dulu. Memaksa Arina menyerahkan sesuatu yang dia tidak rela.

Akhirnya mereka terlelap sehingga ke pagi.

Nyenyak sungguh Arina tidur malam tadi sehinggakan dia tidak sedar langsung yang pagi sudah menjelma. Bunyi air dari dalam bilik air yang membuatkan Arina terjaga. Haris terlebih dahulu bangun sebelumnya.

Haris?!!!! Terus dilihat ke dalam selimutnya. Semuanya masih elok dipakai. Takut juga dia jika Haris berbuat sesuatu pada dirinya malam tadi. Dia terlupa yang dia bersama Haris di dalam bilik yang sama.

“Dah bangun ke sayang?” Haris yang bertuala sahaja keluar dari bilik air dan mendapatkan Arina. Pipi Arina diusap lembut. Fuhhhh….Siapa yang tak tergoda dengan Haris. Lebih-lebih lagi bila menampakkan tubuh badannya yang tegap. Itu sebabnya Arina tidak berani melihat Haris bila berkeadaan begitu. Takut dia sendiri tergoda.
“Kita nak ke sana pukul berapa?” tanya Arina sambil berjalan ke tempat diletaknya beg baju. Arina mengambil sepasang pakaian untuk dibawa bersama ke dalam bilik air. Dia masih menunggu jawapan Haris. Haris pula selamba sahaja cuma bertuala berbaring di atas katil. Dia ni kan…… kata aku jangan goda dia, tapi tengoklah ni… Dia yang buat aksi menggoda kat dalam bilik ni. Arina kena kuat…….jangan tergoda…….

“Lepas Arina siap, kita gi breakfast kat bawah, then terus pergi.” Haris masih berbaring di atas katil sambil tangannya memeluk bantal yang Arina tidur malam tadi. Tak dapat peluk orangnya, peluk bantal pun jadilah. Kesian Haris……

Selesai sahaja  bersarapan, mereka menuju ke tempat yang sepatutnya mereka pergi. Tanah yang telah dibeli oleh syarikat mama Haris. Arina mencatatkan segala yang dikatakan oleh Haris mengenai tapak projek tersebut. Kemana Haris pergi, Arina terpaksa mengikutnya. Catatan perlu diambil.

“Ok dah. Lepas ni Arina nak gi mana?” Haris bertanyakan pada Arina yang sedang sibuk mengemaskinikan catatannya tadi.

“Haris tanya Arina?. Manalah Arina tahu nak ke mana. Arina tak tahu sangat Langkawi ni.” Dia masih menulis sesuatu pada bukunya. Dengan cara itu dapat mengelakkan dia   bertentangan mata dengan Haris.

Tiba-tiba Haris merampas buku catatan Arina tadi. Terkejut Arina bila buku tersebut diambil Haris.

“Dah, kalau tak sempat nak catat apa yang I cakap tadi, malam nanti I ulang apa yang I cakap. Ok sayang?” terus Arina menyimpan pen dan mengambil semula buku tadi pada tangan Haris dan disimpan ke dalam beg. Mereka menaiki kereta menuju ke suatu tempat yang Arina tidak tahu kemana. Hanya Haris sahaja yang tahu kemana.

“Jom… Kita naik cable car. Arina pernah naik ke?” Arina menggelengkan kepalanya. Memang benar dia tidak pernah menaikinya. Seronok benar Arina rasa ketika itu. Pertama kali nak naik cable car ni.Seperti biasa, Haris mencapai tangan Arina dan menggenggamnya erat.  Mereka ke kaunter membeli tiket dan menunggu giliran untuk menaikinya.

Tiba-tiba  Arina dapat rasa ada seseorang mengambil gambarnya. Ditolehnya ke kiri, Haris sedang mengambil gambarnya.

“Haris, taknaklah.” Arina seperti merayu pada Haris untuk tidak mengambil gambarnya lagi. Tapi siapa tidak kenal Haris. Dia bukannya hendak mendengar kata orang lain. Arina masih cuba mengelak dari wajahnya ditangkap.

“Arina, pandang depan. Senyum.” Rupa-rupanya Haris sudah meminta tolong seorang lelaki menangkap gambar mereka. Tangan Haris diletakkan di bahu Arina dan dirapatkan badan Arina padanya. Hendak atau tidak, terpaksa juga Arina memeluk badan Haris. Mereka memang seperti pasangan yang sedang berbulan madu.

Akhirnya mereka menaiki cable car ke atas. Alangkah sukanya Arina dapat melihat pemandangan Langkawi. Sungguh cantik……Keindahan yang tidak ternilai…

Ya…Sungguh cantik…. Haris tidak melepaskan peluang yang ada untuk menangkap gambar Arina. Dirasakan Arina terlalu cantik baginya. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang  membuatkan dia tertarik pada Arina. Kalau hendak dibandingkan rupa paras Arina dan wanita-wanita yang berminat dengannya memang Arina kalah. Tetapi mungkin kesederhanaan dan kelembutan Arina yang membuatkan dia cantik di mata Haris.

Haris memimpin tangan Arina keluar dari cable car bila mereka sampai di puncak. Terasa sejuk bila berada di atas. Haris meminta tolong orang yang berada di situ untuk menangkapkan gambar mereka. Mula-mula Arina terasa kekok bila bergambar rapat dengan Haris. Apa tidaknya, tangan Haris sentiasa melekap pada badan Arina. Boleh dikatakan setiap gambar, tangan Haris jelas kelihatan memegang Arina. Tapi lama-kelamaan Arina sudah serasi bergambar bersama Haris.

Satu pose yang Arina paling gementar ialah bila Haris berdiri dibelakang Arina sambil memeluknya. Tangan Haris berlingkar di pinggang Arina. Dapat dirasakan Haris memeluknya erat. Arina dapat merasakan lekukan tubuh badan Haris.

“Sayang, you takut ke?” Haris bertanyakan pada Arina bila dilihat Arina seperti takut-takut untuk melangkah. Tengok bawah lagilah tidak.

“Boleh Arina peluk tangan Haris? Arina takutlah tinggi-tinggi ni.” Arina berdiri tegak ketika itu. Haris sempat mencuit hidung Arina sebelum dia mencapai tangan Arina.Dipeluknya Arina. Mereka berjalan perlahan-lahan. Nasiblah mereka pergi pada hari Isnin. Jadi tidak ramailah orang ketika itu.

“Boleh Arina tengok?” Arina mendekatkan diri pada Haris. Mereka sedang duduk di kerusi yang disediakan di sana. Mereka berehat sebentar sebelum turun. Arina sedang menikmati kacang rebus yang dibelinya tadi manakala Haris pula sedang melihat gambar-gambar di kamera yang diambilnya tadi.

“Mestilah boleh sayang.” Haris menunjukkan Arina satu persatu gambar yang diambil. Kebanyakkan gambar Arina. Gambar pemandangan cuma sedikit sahaja. Gambar Arina yang diambil curi oleh Haris terlalu banyak. Gambar mereka berdua pun nampak cantik. Nampak sepadan bila bergambar bersama.

“Haris… Kenapa banyak sangat gambar Arina. Buanglah separuh. Tak cantiklah.”  Arina cuba mengambil kamera dari tangan Haris.

“Jangan!” belum sempat Arina memegangnya, Haris terlebih dahulu mengelak. Dipegangnya tangan Arina.

“Nak kena cium marilah sayang.” Haris mendekatkan wajahnya pada Arina. Terus Arina bangun dan dilepaskan tangannya. Dia terus melangkah ke tempat menunggu cable car untuk turun. Risau Arina jika betul-betul Haris menciumnya di situ. Malu rasanya. Haris tersenyum melihat wajah Arina yang berubah.


Arina berasa sungguh seronok hari ni. Tapi dia tidak pasti samada Haris seronok bila bersamanya. Mungkin ini kali pertama dan juga terakhir untuk mereka keluar bercuti bersama. Arina tidak tahu……..

Thursday, August 1, 2013

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 16

KAU TETAP MILIKKU

Bab 16

“Arina….. kenapa berdiri je kat sana?” Haris yang sedang baring di atas katil menegur Arina yang berdiri dari tadi di tepi penjuru bilik.

“Haris… Arina tak selesalah macam ni. Kita ambil satu bilik lagi boleh?” Arina masih cuba memujuk Haris untuk menempah lagi satu bilik untuknya. Mana mungkin dia boleh selesa bila berada satu bilik dengan Haris. Macam-macam yang boleh terjadi nanti. Dia sendiri pun takut jika dirinya yang tidak kuat bila bersama Haris. Godaan Haris memang terlalu kuat baginya. Lebih baik dia mengelak dari berlaku benda-benda yang dia tidak rela.

“Arina…. Arina….. come here.” Haris bangun dari pembaringannya dan menepuk-nepuk tilam supaya Arina duduk di sebelahnya. Laju Arina menggelengkan kepala. Ikutkan hatinya hendak sahaja dia lari keluar dari bilik.

“Ok, look Arina.. I tak benarkan you stay kat bilik lain. Do you understand on that?” Haris  sudah bangun dari katil dan menapak ke arah Arina. Jarak mereka cuma beberapa langkah sahaja. Haris memandang tepat pada Arina ketika itu. Apa lagi pilihan yang Arina ada selain mengiyakan sahaja. Dari dulu lagi Arina kalah pada pandangan tajam Haris. Dia tidak berani bertentang mata dengannya.

Good. Now you pergi siap. Kita nak keluar makan ni. After that kita jalan-jalan kat Langkawi ni. Esok pagi baru kita pergi tengok tapak tu.” Jelas Haris tentang jadual mereka untuk dua hari ni. Memang jelas yang Arina terpaksa ikut sahaja segala arahan dari Haris. Bukan disebabkan dia suami Arina tetapi lebih kepada arahan ketua kepada pekerjanya.

“Kalau….. Arina nak mandi kejap dulu boleh?” seperti takut-takut sahaja Arina hendak meminta izin pada Haris. Pandangan mereka bersatu. Haris masih tetap memandang wajah Arina yang sangat cantik di matanya.

“Kita mandi sama.” Dicapainya tangan Arina.

“Harissssss!” Laju sahaja Arina menjerit. Dibesarkan matanya memandang Haris. Hilang rasa takut pada tenungan Haris ketika itu. Haris pula sudah tersenyum-senyum sambil menggelengkan kepalanya.

Go in now Arina sebelum I tukar fikiran.” Cepat-cepat Arina mengambil pakaiannya di dalam beg untuk dibawa bersama. Jangan haraplah dia hendak menukar pakaian di hadapan Haris. Silap haribulan habis diterkamnya.

Memang betul apa yang difikirkan Arina. Memang Haris sedang mengawal nafsu dan perasaannya. Ikutkan hatinya hendak sahaja dia memeluk Arina puas-puas. Dia sendiri tidak pasti sampai bila dia boleh menahan nafsunya dari menyentuh Arina. Kalau diikutkan dari hukum agama, tidak salah bagi dia menyentuh Arina. Mereka sudah bernikah dan Arina memang isteri yang sah pada Haris. Sabar Haris sabar…..

“Dah siap mandi?” terkejut Arina bila mendengar suara Haris dari belakang. Dia yang baru beberapa langkah keluar dari bilik air, memberhentikan langkahnya dan memusingkan badan. Terdiam Arina. Anggukan kepala sahaja yang diberikan. Apa tidaknya, Haris cuma memakai tuala sahaja. Jelas kelihatan tubuh badan Haris yang tegap.

Haris menghampiri Arina yang seperti patung ketika itu dan menyentuh pipinya. Usapan lembut tangan Haris membuatkan Arina hilang arah. Memang Arina rindukan belaian Haris tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu dikecewakan nanti. Haris orang berpangkat, dia pula sekadar orang biasa yang pernah hidup dalam kesusahan.

Pandangan mereka bersatu. Perlahan-lahan Haris merapatkan wajahnya pada Arina. Tangan kirinya masih membelai pipi Arina dan tangan kanannya diletakkan di belakang badan Arina. Dirapatkan badan Arina padanya. Bibir mereka semakin rapat. Bila-bila masa sahaja hembusan nafas mereka akan bersatu. Baru sahaja Haris hendak menjamah bibir merah Arina….

“Haris…Pleaseeeeee….” Arina menolak badan Haris jauh darinya.

“Sorry sayang.” Haris baru sedar dengan tindakannya. Dia terus berlalu masuk ke dalam bilik air meninggalkan Arina yang masih berdiri di situ. Haris terlalu rindu dengan bibir merah Arina. Ingin sahaja dipagut sekarang juga.

Stop it Haris..…. Jangan buat Arina benci lagi dengan kau. Bisik kata hati Haris.


“Haris, janji dengan Arina, boleh?” Arina bersuara sebaik sahaja ternampak kelibat Haris keluar dari bilik air.

“Apa dia?” sambil memakai baju dan seluar di hadapan Arina. Arina pula yang mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Segan dia melihat keadaan Haris ketika itu.

“Janji dengan Arina….. yang Haris…. tak buat lagi macam tadi tu?” tersekat-sekat suara Arina. Dia masih tidak memandang Haris tetapi sibuk memandang ke tempat lain.

“Sayang…secara jujur I memang tak boleh janji yang I takkan buat macam tu lagi. Tapi I akan cuba kawal perasaan I ni. So, please jangan goda I ok. Kalau I tak tahan dengan godaan you, sorry ye sayang.” Pening Arina dengan Haris ni. Kenapa pula dia yang dipersalahkan. Bila masa pula dia cuba goda Haris. Nak buat muka menggoda pun dia tidak tahu. Risau juga Arina dengan ayat terakhir Haris tadi. Arina nekad, malam ni dia kena tidur di atas sofa. Kalau tidur di katil yang sama dengan Haris, memang cari nahas lah kau Arina……

“Dah jom. Kita gi makan. Lapar ni. Nak makan you tak dapat.” Haris tersenyum gatal pada Arina. Malas Arina hendak melayan. Dicapainya beg tangan dan handphone di atas meja.
“Cantik beg sayang.” Kenapa pula tiba-tiba Haris memuji beg tangan ni. Ops, baru Arina perasan. Beg tangan yang dipakainya itu ialah hadiah pemberian Haris padanya dulu. Kalau ikutkan pendapatannya sekarang ni, mana mungkin dia dapat membeli beg tangan semahal itu.

“Terima kasih kerana belikan untuk Arina.” Sambil tersenyum dan menundukkan kepalanya sedikit pada Haris.Haris sekadar tersenyum dan mencium dahi Arina. Arina terkesima sebentar……..

Mereka menaiki kereta menuju ke restoran berhampiran. Seronok Arina dapat menjejakkan kaki ke Langkawi. Sudah lama dia tidak ke  Langkawi. Kali terakhir semasa dia di tingkatan 2. Itupun cuma rombongan sekolah. Ingat lagi dia bagaimana dia terpaksa menyimpan duit untuk mengikuti rombongan tersebut. Hendak meminta duit dari ibunya, rasa tidak sampai hati. Duit ibunya pun cukup-cukup makan sahaja dengan adik-adik yang masih bersekolah.

Selesai mengisi perut, Haris mengajak Arina berjalan di Pekan Kuah. Katanya di sana terdapat banyak barang untuk dibeli. Arina sudah berkira-kira untuk membeli barang untuk ibunya, adik-adiknya dan kawan-kawannya. Dia terlupa sesuatu……

“You nak beli apa?” Keluar sahaja dari kereta, Haris terus mendapatkan Arina. Tangan Arina digenggamnya. Kini tangan mereka bersatu walaupun Arina cuba melepaskan genggaman tersebut.
Makin Arina cuba melepaskannya, makin itu jugalah Haris mengeratkan lagi genggamannya.

“Nak beli macam mana? Duit Arina kan tertinggal.”Entah kenapa rasa marah dan sedih bila Haris bertanyakan soalan seperti itu padanya. Macam mana dia mahu membelinya, sedangkan di dalam beg tangannya cuma ada rm10 sahaja.

“Arina…Arina… I tahulah. You ambil je apa you nak, I bayarkanlah nanti. Don’t worry about that sayang.” Haris seperti berbisik pada Arina, Mungkin dia tidak mahu orang lain mendengarnya.

“Arina nak beli banyak. Tak pun Arina pinjam duit Haris dulu boleh? Nanti balik KL Arina bayar balik.” Haris mengeluarkan beberapa keping duit rm100 dan diberikan pada Arina.

“Ba..banyak sangat ni. Tak…tak…Arina nak pinjam sikit je. Mana ada duit nak bayar balik nanti.” Arina memperlahankan suaranya bila ayat terakhir disebut. Namun telingan Haris masih dapat menangkap apa yang Arina katakan. Lebih dari 10 keping duit rm100 berada di tangan Arina. Arina cuba memulangkan sebahagian duit tersebut tetapi ditolak Haris.

“Arina…..just take it. Tak payah nak ganti balik. Pergi beli apa yang Arina nak.”

“Tapi….”

“Arina, stop it. I tak suka. Dah, jom pergi sana. Tengok apa-apa yang menarik.” Tangan Arina dicapainya. Mahu atau tidak Arina terpaksa juga mengambil duit tersebut. Perangai Haris sudah Arina faham. Lagi dibangkang, lagi teruk keadaannya nanti. Arina tersenyum sendiri. Siapa yang tidak suka diberi sejumlah wang untuk dibelanjakan. Untung Arina disayangi seseorang.

“Haris….asyik bayarkan je. Bila masa Arina nak guna duit Haris bagi tadi ni.” Apa tidaknya, setiap kali Arina hendak membayar pada jurujual, setiap kali itulah Haris yang akan terlebih dahulu membayarkannya.

“Simpan jelah. Nanti baru belanja. Oh Arina…… Nanti kita singgah kat kedai yang jual coklat ok. Teringin pulak nak makan coklat.” Coklat? Sedapnya…… memang Arina suka makan coklat. Ramai juga kawan-kawannya memberinya coklat bila mereka ke Langkawi. Kali ni, dia sendiri yang dapat pilih coklat yang dia suka. Gembira betul Arina bila mendengarnya. Dia hampir terlupa yang dia bersama dengan Haris. Kegembiraan berada di Langkawi sungguh seronok dirasakannya.

Malam itu, mereka makan di restoran ikan bakar yang sedap di sana. Jarang Arina dapat makan makanan yang mahal dan sedap. Haris suka melihat wajah riang Arina. Walaupun dia selalu pergi ke Langkawi, namun kali ini, perasaannya sangat lain. Mungkin disebabkan Arina. Ye, Arina……. Dia yang membuatkan setiap saat bermakna buat Haris.


Pintu bilik dibuka dari luar.

“I mandi dulu ye. Sayang nak ikut?” cepat-cepat Arina menggelengkan kepalanya. Terasa lega bila Arina mendengar bunyi pintu ditutup. Dia terus melihat kembali beg-beg plastik yang dibeli mereka tadi. Banyaknya yang mereka borong. Tapi semuanya dibeli dengan duit Haris. Rasa malu pula Arina pada Haris. Yelah, barang untuk dia yang banyak. Duit yang diberikan Haris tadi pun tidak diusik lagi. Hendak dipulangkan semula, takut nanti Haris mengamuk lagi. Dia memang pantang bila orang tidak mendengar katanya.

Sepanjang mereka keluar tadi, Arina terasa sungguh gembira. Walaupun dia bersama dengan lelaki bernama Haris. Dirasakan sungguh selamat berada di samping Haris. Cara layanan Haris pada Arina jelas menunjukkan yang dia sayang pada Arina. Cuma Arina sahaja yang masih ragu-ragu pada keikhlasannya.

Lamunan Arina terhenti bila telefon Haris berbunyi. Kali pertama Arina membiarkan sahaja ia berbunyi. Masuk kali kedua, Arina bangun untuk mengambil telefon dan jelas terpapar nama Farah di skrin. Ketika itu jugalah, Haris sudah keluar dari bilik air dan terus mengambil telefonnya. Panggilan Farah diangkat. Haris berbual di telefon sambil berjalan ke balconi bilik. Mungkin Haris tidak mahu Arina mendengar apa yang dibualkan dengan Farah. Entah kenapa Arina rasa seperti mahu mendengar apa yang dibual mereka. Mungkinkah dia cemburu pada Haris dan Farah. Dia sendiri tidak tahu perasaannya pada Haris.

Arina melihat Haris masih berbual di telefon. Takkanlah berborak dengan Farah lagi. Lamanya mereka berborak. Fikir Arina sendiri. Baru sahaja Arina hendak mengalih siaran tv, telefonnya pula berbunyi.

“Hi Arina. Macam mana semua, ok?” siapa lagi kalau bukan Carliff yang menelefonnya.

“Semua ok. Jangan risau. Encik Carliff tengah buat apa ni? Bunyi bising je.” Arina dapat mendengar bunyi muzik di belakang seperti di kelab. Memang betul pun. Carliff memang sedang berada di luar kelab malam. Tempat dia selalu lepak bersama kawan-kawannya. Haris juga dulu kerap mengunjungi kelab yang sama. Cuma akhir-akhir ni dia jarang ke sana.

Arina melayankan sahaja panggilan Carliff. Hatinya rasa lega sedikit bila berbual dengan Carliff. Jika tidak fikirannya asyik memikirkan apa yang dibualkan Haris dan Farah sampai begitu lama.

“Ok Encik Carliff. Good night.” Diletakkannya telefon di atas meja semula. Alangkah terkejut Arina bila dilihatnya Haris sedang memerhatikannya dari balconi. Dia tidak lagi berbual di telefon. Dia dengar ke apa yang aku bualkan dengan Carliff tadi. Dia marah ke. Habislah kau Arina. Macam mana ni…

Dilihatnya Haris masih tepat memandangnya seperti pesalah yang akan dijatuhkan hukuman. Arina serba tidak kena ketika itu. Fikirannya buntu bila dilihat Haris masih berdiri memandangnya tanpa sepatah kata.


Akhirnya, Haris berjalan menuju ke arah Arina.