Alhamdulillah, manuskrip JANGAN ADA CINTA dah dihantar dan masih dalam penilaian. Moga ada berita gembira tak lama lagi ye. Sekarang ni dah boleh fokus pada DIA PENJAGA HATIKU pula. Manuskrip yang dah lama tertangguh. InshaaAllah akan cuba siapkan secepat yang boleh walaupun masa amat mencemburui kita.
Dalam masa yang sama juga ni, tengah dok fikir tentang manuskrip baru. Habis sahaja DIA PENJAGA HATIKU, akan terus sambung buat manuskrip ke5. InshaaAllah.
Moga masih ramai lagi yang berikan sokongan pada penghasilan saya.
Terima kasih tak terhingga pada yang sudi membeli novel KTM dan CHS sebelum ni. Diharapkan utk JAC dan DPH pun masih mendapat sambutan dari semua. Aaminnnn.
Ikhlas dari penulis kerdil.
My corner's visitor
Thursday, January 5, 2017
Monday, December 19, 2016
E-Novel: Jangan Ada Cinta ~ Bab 4
JANGAN ADA CINTA
Bab 4
“Tan Sri! Tan Sri!” Diana cuba
menyedarkan Tan Sri Mohamed yang dilihatnya rebah di atas lantai. Patutlah dari
tadi Diana ketuk pintu bilik tetap.i tetap tiada suara menjawab dari dalam.
Mesti ada yang tak kena pada Tan Sri.
“Hamid, call ambulans cepat.” Nampak
sahaja kelibat Hamid berlari masuk ke dalam bilik terus Diana menjerit meminta
pertolongan.
Siapa yang tidak panik dengan
keadaan sebegini. Mana pernah berlaku sebelum ini terutamanya kepada Tan Sri.
Dari tadi Diana asyik memastikan Tan Sri masih bernafas. Takut dia jika
tiba-tiba pernafasan Tan Sri terhenti. Berdoa panjang Diana supaya ianya tidak
berlaku.
“Kak Die! Kenapa ni? Kenapa dengan
daddy?” Daniel yang tiba-tiba melulu masuk sebaik sahaja mendapat tahu tentang
Tan Sri. Itu pun Hamid yang beritahu padanya sebaik sahaja dia menelefon
ambulans.
Wajah cemas Daniel dipandang. Diana
sendiri tiada jawapan tepat. “Kak Die tak tahu apa terjadi pada Tan Sri.
Masuk-masuk aje Tan Sri dah pengsan. Hamid, dah telefon ambulans?”
Pandangan Diana kini beralih pada
wajah Hamid. Manalah tahu si Hamid ni lupa nak telefon ambulans. Dia perlu
pastikan itu semua.
“Dah telefon.” Mereka sama-sama
menunggu ketibaan pihak ambulans. Nak buat apa-apa pun masing-masing bukannya
pakar dalam bidang ni. Nanti takut lain pula yang jadi. Diana masih juga cuba
menyedarkan Tan Sri. Begitu juga dengan Daniel. Namun sia-sia sahaja usaha
mereka. Tan Sri masih tidak sedarkan diri.
Dan akhirnya Tan Sri selamat dibawa
ke hospital. Hanya Diana dan Daniel yang ikut ke hospital.
“Kalau jadi apa-apa pada daddy….”
“Syhhhh… jangan fikir yang
bukan-bukan. Kita sama-sama berdoa supaya Tan Sri selamat.” Diana segera
memintas kata-kata Daniel. Dia tahu perasaan Daniel. Gundah gulana. Risau.
Gelisah. Semua sekali bercampur. Kalau nak diikutkan, dia sendiri pun rasa
begitu. Tetapi mana mungkin dia tunjukkan pada Daniel. Nanti lagi parah
perasaan Daniel.
Mereka berdua setia menunggu di luar
bilik kecemasan. Bila-bila masa sahaja doktor atau jururawat akan keluar dari
bilik tersebut. Tidak sabar mereka hendak tahu keadaan terkini Tan Sri.
“Macam mana keadaan Tan Sri?” Diana
terlebih dahulu bertanya bila seorang doktor lelaki datang mendekati mereka.
Sempat dia mengerling pada tag nama yang dipakainya. Doktor Badrul.
“He is stable now. Cuma masih lemah.
Keputusan sepenuhnya akan kita beritahu secepat mungkin. But now, Tan Sri
memang kena masuk wad. We need to monitor him.” Diana angguk tanda mengerti.
Mereka akan ikut sahaja apa yang doktor sarankan. Itu yang terbaik buat Tan
Sri.
“Daniel, Alhamdulillah. Syukur
sangat-sangat.” Diana mengusap lembut lengan Daniel. Rasa lega dan tenang
sedikit bila mendengar apa yang doktor katakan tadi. Barulah ada senyuman
terukir di bibir Daniel dan juga Diana.
“Sayang, daddy macam mana?” Mira
juga rasa risau bila mendapat tahu keadaan Tan Sri. Jatuh pengsan tiba-tiba.
Selalunya ada kaitan dengan jantung.
“He’s okay now. But we still need to
wait for the full result.” Suara Daniel juga sudah berubah. Tidaklah secemas tadi
bunyinya.
“Lepas kerja nanti Mira terus ke
sana.” Walaupun Mira tidak nampak, Daniel tetap menganggukkan kepalanya.
Daniel segera menguruskan sendiri
kemasukan Tan Sri ke wad VIP walaupun Diana mahu membantu. Sebagai anak, sudah
menjadi tanggungjawabnya memastikan keadaan daddy terjaga.
“Tan Sri okey tak tu?” Hani pula
yang nampak terlebih resah.
“Keadaan dia stabil sekarang ni.
Tapi masih dalam pemantauan. Kau ni kenapa, nampak resah semacam je.” Mira
tenung wajah Hani lama. Lain macam je si Hani ni.
“Iskh kau ni. Bukan apa la, arwah
bapak aku dulukan kes jantung jugak. Tu yang aku lemah sikit kalau dengar orang
admit sebab jantung. Lagipun umur Tan Sri lebih kurang umur bapak aku.” Panjang
lebar Hani memberi penjelasan. Tidak mahu Mira fikir lain.
“Oh okey. Ingatkan apalah tadi.” Sengaja
Mira melemparkan senyuman sinis pada Hani. Masih sempat lagi Mira mengusik
kawannya itu.
“Dah, kau jangan fikir yang
bukan-bukan. Aku, kenal Tan Sri pun tidak. Jumpa lagilah tak pernah.” Hani cuba
yakinkan lagi Mira supaya percaya dengan apa yang dikatakan tadi. Malas dia
hendak melayan si Mira, lebih baik dia sambung siapkan kerjanya. Sudahlah
berlambak lagi kerja tak siap.
Petang itu Mira segera memandu
keretanya menuju ke hospital. Sebelum dia keluar dari pejabat tadi, ada dia
menelefon Daniel bertanyakan lokasinya. Memang dari tengahari tadi Daniel ada
di sana menjaga Tan Sri. Cadangnya malam nanti baru dia hendak balik ke rumah
mengambil baju dan barang mandian. Dia tidak mahu sesiapa pun menemani Tan Sri
di hospital melainkan dirinya sendiri.
“Sayang, cepat sampai.” Daniel
menegur dahulu Mira sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam bilik yang
menempatkan Tan Sri.
“Jalan tak sesak sangat tadi. Uncle
macam mana?” Mira segera mendekati Daniel yang sedang duduk di tepi katil Tan
Sri. Ipad di tangan diletak ke tepi bila wajah Mira menghiasi ruang matanya.
“Dia baru tidur balik. Tadi dah
bangun makan.” Daniel usap lembut tangan Mira sambil pandangannya masih terarah
pada Tan Sri yang tidur lena dek ubat yang diberi makan tadi.
“You dah makan?” Mira mengalihkan
pandangan pada Daniel kini.
“I takda selera.” Memang sejak dari
tengahari tadi Daniel tidak jamah sebarang makanan.
“I dah agak dah. Ni I ada bawak nasi
goreng. You makan sikit ye.” Sudah Mira agak pun. Dia tahu perangai Daniel ni.
Kalau ada perkara yang merungsingkan fikirannya, mesti dia tak ambil kisah jika
perutnya lapar. Akan dibiarkan sahaja.
“You suapkan, boleh?” Mengada-ngada
pulak si Daniel ni. Hilang sedikit rasa rindu pada wanita yang berada di
hadapannya ini.
“Boleh, janji perut you tak kosong.”
Mira letak bungkusan yang dibawa tadi di atas meja sebelum membukanya.
“Uncle kena banyak berehat ni. Duduk
rumah je. Tak payah kerja dah lagi.” Mira sekadar memberi pendapatnya sahaja.
Sudu di tangan masih menguis-nguis nasi goreng tadi sebelum menyuapnya ke mulut
Daniel semula.
“Takda siapa nak gantikan tempat dia
lagi.” Air Nescafe panas dihirup perlahan.
“You kan ada sayang.” Hairan juga
Mira. Siapa lagi yang layak menggantikannya kalau bukan Daniel. Siapa lagi
waris Tan Sri selain Daniel, anak kandungnya.
“I tak layak. Yang lebih
layak….abang I.” Mira benar-benar terlupa yang Daniel ada seorang abang.
“Dia yang lebih layak menggantikan
tempat daddy. I tak layak. Banyak lagi benda yang I tak tahu.” Daniel luahkan
juga apa yang dia rasa selama ini.
“You dah beritahu abang you pasal
uncle?” Pertanyaan Mira sama seperti apa yang Diana tanya padanya tengahari
tadi. Dan jawapannya tetap sama. Kosong. Tiada jawapan keluar dari mulut
Daniel.
Mira tidak mahu memanjangkan lagi
isu tersebut. Dia cuba mengubah topik perbualan mereka. Biar Daniel tidak rasa
tertekan. Topik yang dapat menggembirakan hati Daniel. Biar dia rasa tenang
sedikit. Lupa akan masalah yang sedang dia hadapi.
Selepas hampir dua jam Mira menemani
Daniel di situ, akhirnya dia meminta diri untuk pulang ke rumah. Daniel pun
kebetulan hendak balik ke rumah sekejap. Hendak menukar pakaian.
“Anything call me.” Banyak kali Mira
ingatkan Daniel. Keprihatinan Mira memang tidak dapat disangkal. Sayangnya pada
Daniel semakin mendalam.
“You too sayang. Take care. I love
you.” Daniel beredar dari situ bila sahaja Mira masuk ke dalam kereta.
Enjin kereta dihidupkan. Telefon
yang disimpan di kocek seluar dikeluarkan. Nombor telefon seseorang dicari.
Abang Im.
Jarinya masih berkira-kira untuk
menekan butang dail. Tiada arahan diterima lagi.
“Abang Im tak sayang daddy, tak
sayang Daniel.” Nada suara Daniel sudah semakin meninggi.
“Daniel!” Hakim sudah tidak dapat menahan
marah. Bila-bila masa sahaja tapak tangannya boleh hinggap di pipi adiknya itu.
“Kalau abang sayangkan kami, kenapa
abang tak tinggal sahaja dengan kami di sini. Kenapa abang perlu balik ke sana
semula.” Air mata yang cuba ditahan dari tadi menitis juga akhirnya.
Pandangannya tepat terhala pada wajah abang kesayangannya itu.
“Abang…. Abang….” Bagaimana Hakim
hendak menjelaskan semuanya pada Daniel. Sukar untuknya menutur kata-kata.
Walau dihalang sekali pun, Hakim
tetap dengan keputusannya untuk bekerja di New York. Jauh meninggalkan Daniel.
Sudah lama Hakim tidak balik ke Malaysia hinggakan Tan Sri dan Daniel ke New
York untuk menyambut hari raya aidilfitri bersama-sama.
Kini barulah Daniel tahu sebab Hakim
tidak mahu balik dan tinggal bersama mereka di Malaysia. Itupun setelah Tan Sri
beritahu sebabnya. Kenangan bersama arwah mummy terlalu banyak. Dan sehingga
kini, Hakim masih tidak dapat menerima
sepenuh hatinya di atas kehilangan insan yang paling dia sayang.
Akhirnya, jari menekan juga.
Bunyi deringan berkumandang di
corong telinga Daniel.
“Hello?”
Monday, October 31, 2016
E-Novel: Jangan Ada Cinta ~ Bab 3
JANGAN ADA CINTA
Bab 3
“Amy Liana binti Azmil Stephen! Aku
ceraikan kau dengan talak satu.” Suara tegas Daniel membuatkan semua terdiam
termasuk isterinya yang baru sahaja dilepaskan.
Semua mata yang ada di situ
memandang tepat pada Daniel. Tan Sri Mohamed seperti tidak percaya dengan apa
yang baru sahaja berlaku di hadapan matanya. Kebetulan Tan Sri baru sahaja
pulang dari bermain golf. Tan Sri bersama dengan Pak Ali, pemandu peribadinya
terhenti langkah mereka sebaik sahaja mendengar kata-kata tegas Daniel itu.
Memang
sejak akhir-akhir ni pertelingkahan antara Daniel dan Liana semakin
menjadi-jadi. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata Daniel. Begitu juga
Liana. Itu tak kena, ini tak kena. Cuma mereka tidak pernah bergaduh di hadapan
Tan Sri. Rasa hormat pada orang tua masih ada. Walaupun begitu, Tan Sri lebih
cepat menghidu semuanya. Dia tahu hubungan mereka semakin retak. Cuma dia masih
tidak tahu punca pergaduhan mereka yang sebenarnya.
“I
never want to see you again Daniel Imran. You will regret it. You will.” Kali
ini suara Liana pula yang semakin meninggi. Pandangan Daniel pada Liana masih
seperti tadi. Tiada langsung rasa menyesal di sebalik anak matanya itu. Yang
ada cumalah rasa marah membuak-buak.
“Daniel!...
Liana!” sebelum Tan Sri mendekati mereka berdua, Liana terlebih dahulu
melangkah laju menghampiri bapa mertuanya itu.
“I’m
sorry daddy. Halalkan makan minum Liana selama ini.” Tangan Tan Sri dicapai.
Dikucup lama sebelum air mata jatuh membasahi tangan. Rambut Liana diusap
lembut. Rasa sedih menerjah di hati Tan Sri. Dia tidak suka perkara sebegini
terjadi di dalam keluarganya. Ibu bapa mana yang suka melihat rumahtangga
anak-anak mereka hancur begini.
“Daniel.”
Tan Sri masih cuba memujuk anaknya itu untuk menghalang Liana keluar dari rumah
mereka. Talak satu masih boleh dirujuk. Rujuk semula. Itu yang Tan Sri mahukan.
Mungkin Daniel telah melakukan kesilapan. Manusia. Tidak akan terlepas
melakukannya. Tapi..semuanya boleh diperbetulkan.
“I’m
sorry daddy.” Daniel tidak menunggu lama. Wajah Tan Sri dipandang sekali imbas
sahaja sebelum dia berlalu menaiki tangga ke tingkat atas.
Begitu
juga dengan Liana. Dia masih terus melangkah keluar dari rumah tersebut. Tan
Sri hanya mampu melihat sahaja.
“Sabar
Tan Sri. Mereka tengah marah tu. Kita tak boleh buat apa-apa. Tunggu nanti dah
reda sikit.” Pak Ali cuba memujuk Tan Sri. Dia tahu bagaimana perasaan Tan Sri.
Perasaan seorang ayah.
Deringan telefon menyedarkan Daniel
dari lamunannya.
Astaghfirullahalazim. Mengucap
panjang si Daniel. Peristiwa lama kembali menerjah fikirannya.
Telefon yang diletakkan di atas meja
masih berdering. Dengan hanya mendengar deringan tersebut sudah dia tahu
siapakah pemanggilnya.
“Hai sayang.”
“You dah mandi? Tengah buat apa?”
suara manja Mira berjaya menenangkan perasaan Daniel yang sedikit gelisah.
“Belum lagi. I tengah tengok CNN ni.
After this I pergi mandi ye sayang.” Memang Daniel terpaksa berbohong. Orang
kata bohong sunat. Takkanlah Daniel nak beritahu perkara sebenar pada buah
hatinya itu. TV pun tidak terpasang. Tengok CNN konon.
“Okeylah, ibu dah balik tu. Take
care sayang. I love you.”
“You too sayang. Take good care. I
love you so much.”
Arghhhhhh… kenapa selepas tiga tahun
semuanya muncul semula. Kenangan pahit dalam hidupnya kembali bermain di
fikiran. Wajah wanita yang sudah lama dia lupakan kini masuk ke dalam mimpinya.
Apakah semua ini… Apa yang berlaku sebenarnya…..
Amy Liana…. Kenapa kau perlu
melintasi pandangan mataku kini.
“Diana,
kalau Daniel dah masuk pejabat, suruh dia jumpa saya.” Arahan pertama Tan Sri
untuk hari ni diterima.
“Baik
Tan Sri.”
Dari
tadi Diana masih tidak nampak kelibat Daniel masuk ke pejabat. Tapi manalah
tahu dia terlepas pandang. Segera diangkat gagang telefon dan mendail sambungan
pejabat Daniel.
Tiada
sesiapa yang menjawabnya.
Baru
sahaja Diana hendak meletak gagang telefon, pandangannya terus tertacap pada
susuk tubuh seseorang.
“Daniel,
Tan Sri panggil you.”
“Daddy
dah sampai? Awalnya.” Diana sekadar mengangguk sambil tersenyum.
“Kak
Die, tolong jagakan kejap.” Beg laptop diletakkan di atas meja Diana. Jarak
umur antara mereka membuatkan Daniel anggap Diana seperti kakaknya sendiri.
Lagipun banyak juga Diana hulur bantuan pada Daniel berkaitan dengan kerja
pejabat.
“Yelah
anak Tan Sri.” Sengaja Diana usik Daniel pagi-pagi begini. Menjeling sedikit
Daniel pada Diana. Jeling manja. Dan bagi Diana, dia sudah biasa menyakat si
Daniel dengan gelaran tersebut.
Selepas mengetuk pintu pejabat Tan
Sri, Daniel masuk tanpa menunggu lebih lama. Wajah daddy nya dipandang tepat.
“Daddy nampak pucat. Are you not
feeling well?” Daniel segera mendekati Tan Sri dan letak tapak tangannya di
atas dahi Tan Sri.
“Daddy tak demam. Just…..rasa letih
sikit beberapa hari ni.” Sedikit ditepis tangan anaknya dari terus berada di
dahi.
“Then… pergilah berehat few days ni
daddy. Mana yang Daniel boleh uruskan, biarlah Daniel urus.” Perasaan risau
menerjah di hati Daniel. Dia tahu tahap kesihatan Tan Sri tidaklah berapa baik.
Kuat sangat bekerja punca utama. Dia kena banyak berehat sebenarnya. Itu yang
doktor sarankan dahulu. Tapi macam biasalah, kedegilan Tan Sri tak boleh
disangkal. Kalau dia tak mahu, janganlah dipaksa atau dihalang.
Kan lebih senang kalau mummy masih
ada. Kenapa mummy perlu tinggalkan kami semua terlalu awal.
“Itu semua kuasa Allah Daniel.
Jangan sesekali menolak takdir. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk
kita semua.” Air mata Daniel mengalir saat dia teringatkan kata-kata Tan Sri
dahulu selepas balik dari tanah perkuburan.Jenazah mummy selamat dikebumikan.
“Daddy, why don’t kita cuba minta
Abang Im…..” Kata-kata Daniel terhenti saat Tan Sri memandang tepat ke dalam
anak matanya.
“He’s happy there. Daddy tak mahu
rosakkan kebahagiaan dia dekat sana.”
“But daddy..”
“Daniel, stop it. Daddy masih boleh
uruskan semuanya ni. Daniel kan ada.”
“Daniel tak sekuat Abang Im. He is
the perfect person daddy. Daniel yakin he can replace you better than me.” Memang
itu yang Daniel rasakan. Dia masih tidak yakin dengan dirinya sendiri untuk
mengambil alih tempat Tan Sri. Pengalaman yang dia ada masih tidak cukup.
“Enough Daniel!”
Terdiam Daniel. Dia tidak tahu
kenapalah susah sangat daddy hendak terima apa yang dia katakan. Memang itu
yang terbaik untuk syarikat ini. Daniel tidak pernah pentingkan diri sendiri.
Kalau betullah dia tamakkan harta, sudah lama dia ambil alih tempat daddy nya.
Biar dia pegang jawatan tertinggi di dalam syarikat tersebut.
“Kak Die kata daddy cari Daniel pagi
tadi. Ada apa daddy?” Daniel tidak mahu memanjangkan lagi perkara tersebut. Dia
tahu akhirnya nanti dia juga yang terpaksa mengalah.
“Daddy nak Daniel uruskan projek ni.
Ada masalah sikit. Try figure out apa masalahnya. Projek tak dapat siapkan
dalam masa yang kita nak. Hamdan is the person in charge. Try check with him.”
Fail di tangan Tan Sri dicapai. Dia
berlalu keluar dari pejabat tersebut. Sempat Daniel mengerling pada wajah Tan
Sri. Apa yang Daniel boleh buat. Sekadar mengeluh. Mana boleh dipaksa-paksa Tan
Sri Mohamed ni.
“Daniel, beg ni.” Hampir terlupa
Daniel dengan beg laptopnya. Nasiblah Diana ingatkannya.
“Terlupalah Kak Die. Sorry.”
“Kenapa ni? Ada masalah ke dengan
Tan Sri?” Diana sekadar mengagak. Selalunya Daniel memang begitu. Boleh nampak
dari raut wajahnya.
“Daddy nampak tak sihat tu. But, you
know him. Degil.” Perlahan sahaja Daniel bersuara tetapi masih jelas di telinga
Diana. Mengangguk berulang kali dia. Memang betul pun apa yang Daniel kata.
Degil.
“Oh ye, asyik lupa je nak tanya.
How’s your brother, Hakim? Dia masih dekat sana ke?”
“Yup. Masih dekat sana. And he is
doing well there. Kerja dengan company besar Kak Die. Abang Im berani. Not like
me. Jauh beza.” Ketawa Kak Die mendengarnya. Lagi-lagi bila Daniel buat raut
wajah dengan bibir sedikit dijuihkan.
“Mana ada. Daniel pun berani. Like
him. Like your daddy.” Ayat pujuk hati Daniel.
“Pandai ajelah Kak Die ni. Okeylah,
Kak Die, tolong call Hamdan. Suruh dia jumpa saya dekat pejabat. Thank you.”
Dengan galas beg laptop dan fail di tangan, Daniel melangkah terus menuju ke
pejabatnya. Banyak kerja yang perlu diuruskan hari ni.
E-Novel: Jangan Ada Cinta ~ Bab 2
JANGAN ADA CINTA
Bab 2
“Mira,
Encik Fuad panggil.” Kedengaran suara Kak Mimi dari tempat duduknya.
“Okey.”
Balas Mira pula. Fail-fail yang baru sahaja diambil dari kabinet diletakkan di
tepi meja. Kaki segera melangkah menuju ke bilik Encik Fuad.
Tuk
Tuk….
“Masuk.”
Suara Encik Fuad dari dalam memberi kebenaran pada Mira.
Pintu
dibuka dari luar. Mira melangkah perlahan menghampiri meja Encik Fuad.
Dilihatnya dia sedang meneliti kertas kerja yang Mira berikan padanya semalam.
“Duduk
Mira.” Tanpa tunggu lama, Mira segera menarik kerusi dihadapan meja Encik Fuad.
Matanya masih sibuk memerhatikan kertas-kertas yang berada di atas meja.
“Okey,
saya dah semak kerja Mira ni. Macam biasa, semua seperti yang saya nak.”
Tarik
nafas lega Mira sekali lagi. Kerjanya sekali lagi memuaskan hati Encik Fuad.
“Oh
ye Mira. Ambil fail ni. Kemaskinikan. Sebab minggu depan saya nak kena update
pada mereka.” Mira angguk tanda mengerti. Fail di tangan Encik Fuad diambil.
Teguh
Maju Holdings.
Syarikat
milik seseorang yang Mira cukup kenal. Milik Tan Sri Mohamed. Daddy kepada
Daniel Imran, buah hati tersayang.
“Kenapa
tersenyum lak ni? Ada apa-apa yang melucukan ke?” Pertanyaan Encik Fuad
menyedarkan lamunan Mira.
“Aaa,
takda apa-apa Encik Fuad. Kalau takda apa-apa, saya keluar dulu.” Malu pula
Mira pada Encik Fuad. Yelah, apa tidaknya. Boleh pulak dia tersenyum
sorang-sorang bila dapat fail tebal macam tu. Tersenyum bila kerja bertambah.
Pelik.
Fail
tadi dipeluk erat. Dah macam peluk teddy bear yang baru dihadiahkan oleh buah
hati. Mira….. Mira…..
“Tan
Sri, okey ke ni?” Diana, pembantu peribadi Tan Sri Mohamed menghampirinya.
Wajah pucat majikannya yang sudah berumur diperhatikan.
“Rasa
letih sikit. Diana, petang ni saya ada meeting dekat Putrajaya kan?” Tan Sri
sesekali memegang dadanya sambil dahinya berkerut. Menahan sakit. Sejak
akhir-akhir ni kesihatannya tidak berapa baik. Dadanya kerap kali terasa sakit.
“Ya
Tan Sri. Meeting dengan LNE Engineering tentang projek dekat Pahang. Tapi… Tan
Sri nampak tak sihat ni. Apa kata kita tunda meeting ni ke hari lain?” Diana
cuba memberi pendapat. Dia juga risau dengan kesihatan Tan Sri. Kuat sangat
bekerja di usia begini.
Sudah
lama juga Diana ni hendak menyuarakan
pendapatnya. Tapi takut Tan Sri tak bersetuju. Sepatutnya sudah masanya Tan Sri
menyerahkan kebanyakkan kerja-kerjanya kepada anak lelakinya. Dia sepatutnya
perlu banyak berehat dengan faktor usianya yang sudah meningkat tua.
“Diana,
awak tahukan betapa pentingnya mesyuarat kali ni. Banyak benda yang kita kena
bincangkan dengan mereka. Jangan lupa suruh Zarif, Hamid dan Michael pergi
sekali nanti.” Apa lagi yang Diana boleh buat selain mengangguk. Arahan dari
bos besar perlu dituruti. Kalau ingkar, faham-faham ajelah. Memang Tan Sri
tidak suka sesiapa pun mengingkari arahannya. Itu sudah pasti.
“Diana,
Daniel balik bila?” Kaki yang tadi melangkah terhenti bila suara Tan Sri
kedengaran. Berpaling semula memandang Tan Sri.
“Kalau
ikutkan flight dia hari ni. Esok baru dia masuk kerja semula. Kenapa Tan Sri?”
“Nothing.”
Sekali lagi Diana angguk kepala sebelum berlalu keluar. Pintu ditutup rapat
dari luar.
“Zarif,
aku risaulah.” Sebaik sahaja Diana menghampiri meja Zarif, terus diluahkan
perasaan gelisahnya.
“Risau
pasal ape pulak ni? Ada orang nak tackle kau ke?” Zarif sengaja mengusik Diana,
kawan yang dikenali sejak 5 tahun lalu.
“Iskh
kau ni. Ke situ pulak dia. Aku risau pasal Tan Sri ni.” Ditamparnya sedikit
bahu Zarif.
“Oooo
Tan Sri. Yelah, aku pun tengok dua tiga hari ni Tan Sri nampak tak berapa sihat.
Kau tak suruh Tan Sri pergi jumpa Dr. Alif ke?”
“Macamlah
kau tak kenal Tan Sri. Dia mana nak dengar nasihat orang. Aku suruh dia
postpone meeting petang ni, tapi dia taknak. Nak teruskan juga meeting tu.
Nanti kau, Hamid dengan Michael kena ke Putrajaya. Meeting start at 2.30. Don’t
be late. Macam biasa, jumpa Tan Sri dekat sana terus.” Sememangnya Zarif sudah
dari semalam tahu yang dia antara orang yang kena hadiri mesyuarat petang
nanti. Jadi memang dia sudah bersedia pun.
“Mira,
aku balik dulu ye.” Hani capai beg tangannya. Dia memang jarang balik lambat.
Sharp on time punya. Boleh dibilang dengan jari berapa kali sahaja dia balik
lewat dalam sebulan. Itu pun selalunya akhir bulan. Sebab nak siapkan repot
hujung bulan.
“Eh
jap-jap. Aku pun nak balik cepat hari ni. Sharp on time macam kau jugak.” Dan
kali ini giliran Mira pula mencapai beg
tangannya sambil jari laju menekan butang off di skrin komputer.
“Waaaaa
ini mesti ada date ni kan. Oh yelah, aku lupa. Hari ni si buah hati pengerang
jantung kau dah balik Malaysia kan. Patutlah dari pagi asyik tersenyum aje.”
Hani betul-betul terlupa yang Mira ada beritahu padanya semalam.
Senyuman
di bibir Mira semakin melebar. Siapa yang tak suka kalau dapat bertemu dengan
orang tersayang. Lepaskan rindu bilamana hampir seminggu tidak berjumpa.
Hani
memaut lengan Mira sementara menunggu lif tiba untuk ke tingkat bawah. “Kau nak
pergi mana ni?”
“Penyibukkkkk.”
Pandangan tepat dituju pada Hani. Apa lagi, tersemburlah ketawa kuat dari mulut
Hani, begitu juga Mira. Nasiblah tiada siapa yang peduli dengan mereka. Masing-masing
sibuk dengan telefon sendiri.
“Sayang
kat mana?” Suara romantik Daniel memenuhi ruang telinga Mira.
“Kejap
lagi sampai. Lagi 5 minit. You dah sampai ke?”
“Dah,
I ada depan rumah you ni. Your mom macam takda dekat rumah. Kereta takda ni.”
“Ibu
keluar. Pergi hantar tempahan kek. Okey, nak sampai. I dah nampak kereta you.”
Sebaik sahaja kereta membelok menghampiri kawasan rumah, kereta Porsche hitam
milik Daniel yang kelihatan di penglihatannya.
“Assalamualaikum.”
Daniel beri salam sebaik sahaja Mira turun dari kereta. Sebenar-benarnya dia
juga rasa rindu pada wanita yang berada di hadapannya sekarang ini.
“Waalaikumussalam.
Lama ke you tunggu? Sorry, tadi traffic light kat depan tu lambat.” Sambil
menutup semula pintu pagar dan berjalan menghampiri Daniel yang sedang
bersandar di tepi keretanya. Cantik punya posing. Ala model terkenal.
“Demi
sayang. Lama pun takpa. I sanggup.” Kenyit mata si Daniel pada Mira.
“Mengada-ngada.
Jomlah sayang. Lapar ni.” Memang perutnya sudah keroncong. Tadi tengahari mana
dia turun makan pun. Sekadar alas perut dengan roti marjerin. Itu pun si Hani
yang paksa dia makan.
“Ala
sayang lapar. Okey, jom.” Mereka memasuki kereta dan beredar dari situ.
Restoran
yang menyajikan makanan barat menjadi pilihan mereka berdua. Selalunya Daniel
yang akan memilih tempat makan. Mira sekadar mengikut sahaja. Lagipun jarang si
Mira ni makan di luar. Manalah dia arif sangat tentang tempat-tempat makan yang
sedap. Berbeza dengan Daniel. Selalu keluar makan dengan Tan Sri lah,
kawan-kawan rapatnya lah, dan sekali sekala dengan klien syarikat mereka.
Sedang
mereka menikmati makan malam bersama, kelibat seseorang membuatkan
masing-masing terdiam. Padahal tadi sibuk si Daniel bercerita tentang Osaka,
Jepun.
Macam
kenal aje perempuan tu.
Bisik
hati kecil Mira. Puas dia cuba ingat semula di mana dia pernah nampak wajah
perempuan tersebut. Daniel pun tiba-tiba diam pulak. Mira semakin yakin bahawa
perempuan tersebut mesti ada kaitan dengan Daniel.
“You
kenal dia?” Mira beranikan diri bertanya. Selagi dia tak tanya, selagi itulah
persoalannya tidak terjawab. Naik pening dia cuba ingat.
“She
is my ex wife. You lupa ye sayang.” Perlahan sahaja suara Daniel menjawab tapi
cukup jelas di telinga Mira.
Yes.
Baru sekarang Mira ingat. Daniel pernah tunjuk gambar dia bersama bekas
isterinya bercuti di Switzerland. Berbulan madu di sana.
“Are
you okay?” Daniel segera capai tangan Mira. Dipegang erat. Pandangannya tepat
memandang wajah Mira. Dia tidak mahu Mira rasa cemburu dengan bekas isterinya
itu.
“Yes,
I am. Don’t worry about me.” Mira cuba tenangkan hati sendiri. Siapa yang tak
cemburu. Bekas isteri kemain cantik persis model. Tinggi pulak tu. Kulit putih
melepak. Lagipun Daniel pernah cerita serba sedikit tentangnya. Anak kacukan.
Mummy melayu, daddy Mat Saleh.
“Okay
sayang. Mana tadi, pasal Osaka kan.” Daniel kembali bercerita. Sesekali matanya
masih sibuk menjeling ke arah pintu. Risau jika bekas isterinya masuk semula ke
dalam restoran. Dia tidak mahu mood Mira berubah.
Tapi….
Adakah benar dia risaukan tentang mood Mira atau sebenarnya mood dirinya
sendiri.
Sunday, August 28, 2016
E-Novel: Jangan Ada Cinta - Bab 1
Maaf sgt2 sebab lama biarkan blog ni terbiar sepi. Jom sama-sama ke dunia baru, MiraHakimDaniel.
p/s: Dalam proses nak siapkan mss untuk JAC ni. Mohon dipermudahkan segalanya. Aaminnn
JANGAN
ADA CINTA
Bab
1
“Mira, aku balik dulu.” Suara Hani membuatkan Mira
sedikit terkejut. Apa tidaknya, dia sedang khusyuk menyemak akaun syarikat
sebelum dihantar pada ketua pengurus.
“Okey. Jumpa esok.” Langsung tak pandang pun wajah Hani
yang sedang berdiri di sebelahnya. Pandangan Mira masih tertumpu pada skrin
komputer.
“Jangan balik lambat sangat. Tak siap, sambung jelah
esok.” Hani, kawan sepejabat merangkap kawan baiknya sering kali memberi
nasihat. Risau juga Hani bila Mira selalu balik lewat malam. Balik seorang
diri. Bukannya selamat sangat zaman sekarang ni.
“Mana boleh. Encik Fuad tu nak by today. Takpalah, sikit
je lagi ni. Actually dah siap pun, cuma nak semak balik.” Geleng kepala si Hani
dengan perangai Mira. Memang dari dulu dia macam ni. Selalu akan pastikan kerja
yang diberi, siap dengan betul. Lagipun Mira ni tak suka kalau kerja sambil
lewa. Ada salah sana sini. Itu sebabnya dia jadi salah seorang pekerja contoh
di syarikat tersebut.
“Ikut kau lah. Take care. Apa-apa call tau.” Hani tepuk
bahu Mira perlahan sebelum berlalu dari situ. Tinggallah Mira dan beberapa staf
lain yang masih sibuk menyiapkan kerja masing-masing. Encik Fuad pun masih ada
lagi dalam pejabatnya.
“Siap!” Lega Mira rasa. Dokumen yang baru dicetak tadi disusun
mengikut susunan. Tidak menunggu lama, dia berlalu menuju ke bilik Encik Fuad
sambil membawa dokumen yang disiapkannya tadi.
“Bagus. Rasanya semua okey ni. Takpa, nanti saya semak
balik.” Encik Fuad masih meneliti hasil kerja Mira. Satu persatu diperhatikan.
“Kalau takda apa-apa, saya balik dulu Encik Fuad. Jumpa
esok ye.”
“Okey Mira. Jumpa esok.” Terukir senyuman di bibir Mira
bila kerjanya tidak dipertikaikan. Dari raut wajah Encik Fuad, jelas
menunjukkan yang dia amat berpuas hati. Kaki melangkah keluar dengan hati yang
gembira.
Begitulah rutin harian Mira Sofea binti Haji Mokhtar
sebagai seorang akauntan yang baru dua tahun bekerja di syarikat D&N
Holdings. Mira tidak pernah memilih tempat bekerja. Baginya dia perlu menimba
pengalaman berbekalkan ijazah yang dipegang dalam bidang perakaunan. Moga suatu
hari nanti dia dapat bekerja di syarikat besar di ibu kota dan memegang jawatan
besar.
“Assalamualaikum.” Mira memberi salam sebaik kaki
melangkah masuk ke dalam rumah.
“Waalaikumussalam. Anak ibu dah makan?” Puan Faridah yang
sedang menonton tv mengalihkan pandangan ke arah anak perempuannya.
“Belum lagi. Ibu dah makan?” Mira mendekati ibunya dan
mencium pipi seperti kebiasaan yang dibuat setiap kali pulang ke rumah.
Sambil mengusap lembut pipi anaknya, Puan Faridah sekadar
menggeleng. Jam baru menganjak ke angka sembilan. Memang selalunya mereka akan
makan bersama melainkan bila si Mira ada temujanji.
“Mira mandi kejap ye ibu. Lepas tu kita makan sama.”
Sekali lagi pipi ibunya menjadi sasaran. Segera dia bangun dan berlalu masuk ke
dalam bilik.
Mira cuma ada seorang adik lelaki yang masih belajar di asrama penuh di
Seremban. Hanya pada hujung minggu atau pun cuti sekolah sahaja mereka
berjumpa. Tinggallah Mira dan ibunya sahaja di rumah dua tingkat yang
ditinggalkan oleh arwah Haji Mokhtar.
Sudah lima tahun arwah meninggalkan mereka
semua selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kereta Honda yang dipandu
Haji Mokhtar bertembung dengan sebuah kereta Proton Perdana dari arah bertentangan.
Kedua-dua pemandu meninggal dunia di tempat kejadian. Hanya seorang mangsa
terselamat. Anak kepada pemandu tersebut. Nasibnya memang baik. Dia hanya
cedera ringan di tangan dan kepala. Mengikut laporan polis, kereta Proton
Perdana tersebut yang salah. Memotong di tempat yang tidak sepatutnya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang
memikul. Hendak atau tidak, mereka sekeluarga terpaksa redha dengan takdir yang
menimpa mereka. Kehilangan Haji Mokhtar dengan tiba-tiba membuatkan kehidupan
mereka berubah terus. Puan Faridah selalu termenung teringatkan arwah. Faris
pula yang dulunya seorang yang periang, kini menjadi pendiam. Tidak banyak
bercakap selepas kejadian tersebut. Mira yang banyak memberi kekuatan dan
semangat kepada adik dan ibunya. Dan kini mereka berdua sudah dapat menerima
hakikat sebenarnya. Semua yang hidup di dunia ini pasti akan mati suatu hari
nanti. Puan Faridah juga semakin hari semakin sibuk dengan perniagaannya. Sibuk
menyiapkan tempahan kek dan biskut pelanggan yang menempah darinya.
Selepas makan malam bersama tadi, mereka masuk ke dalam
bilik tidur masing-masing. Puan Faridah memang begitu. Selepas menunaikan
sembahyang Isyak, memang katillah tempat yang akan dituju. Mira pula selalunya
akan menonton tv, tetapi malam ni badannya agak letih. Mungkin terlalu kuat
bekerja beberapa hari ni. Kurang rehat.
Sambil berbaring di atas katil, telefon bimbit
kesayangannya dicapai. Dibuka satu persatu whatsapp yang belum dibaca. Salah
satunya sudah tentu dari orang tersayang. Whatsapp yang memang ditunggu-tunggu
setiap malam.
My baby, dah
makan?
Laju sahaja jari
jemari Mira membalasnya.
Baru lepas makan
dengan ibu. You dah makan? Macam mana dekat sana?
Mohd Daniel Imran…..
Orang pertama yang berjaya mengetuk pintu hati Mira untuk menerima cinta dari
seorang lelaki. Pertemuan yang tak disangka antara mereka dulu membuatkan hati
dan perasaan mereka tertarik antara satu sama lain. Dari hari ke hari, hubungan
mereka semakin akrab dan akhirnya luahan perasaan terhambur juga dari mulut Daniel.
Dan dia tidak bertepuk sebelah tangan. Begitu juga Mira. Perasaannya terhadap
Daniel semakin hari semakin mendalam. Hatinya semakin berbunga-bunga semenjak
berkenalan rapat dengan Daniel.
I dah makan tadi.
Semuanya okey. Cuma I rindu dengan orang tu. Lama tak jumpa.
Datanglah mengada-ngada si Daniel pada buah hatinya ni.
Apa tidaknya, sudah tiga hari dia ke Osaka, Jepun. Menghadiri kursus dan
mesyuarat bersama orang-orang di sana. Ini semua ada kaitan dengan hal syarikat
milik keluarganya. Teguh Maju Holdings Berhad.
Mengada-ngada.
Sambil menaipnya, sambil tersenyum seorang diri. Siapa
yang tak suka kalau diri dirindui seseorang. Lebih-lebih lagi dengan orang yang
kita sayang.
Lagi dua hari sahaja Daniel berada di sana. Dia akan
pulang ke Malaysia lusa hari. Semakin tidak sabar dia hendak berjumpa dengan
Mira. Memang begitulah kebiasaannya. Kerap kali juga Daniel ke sana sini untuk
beberapa hari. Lagipun mereka jarang juga berjumpa. Masing-masing sibuk dengan
kerja di pejabat. Kalau berjumpa pun sekadar makan malam sahaja.
See you in two
days sayang. Love you. Muahhhhhh
Berulang kali whatsapp terakhir dari Daniel dibaca. Dan
kini Mira pula yang menanggung rindu. Siapa yang terlebih mengada-ngada ni……..
“Ibu, malam ni Mira makan dekat luar ye.” Sambil menyuap
mi goreng yang dimasak Puan Faridah tadi.
“Makan dengan Daniel ke?” Mira sudah tersenyum dengan
pertanyaan ibunya itu. Anggukan kepala mengiringi senyuman.
“Dia dah balik dari Jepun ke? Hari tu kata dia takda
sini.” Mi goreng di pinggan dikuis sedikit sebelum menyuap ke mulut sendiri.
“Tengahari ni sampailah. Lima hari je dia dekat sana.
Hari ni balik, esok dah mula kerja balik. Mesti penat tu.” Simpati pula si Mira
pada Daniel. Kalau outstation ni memang memenatkan. Lebih-lebih lagi kalau ke
tempat jauh.
“Terpaksalah Mira. Kerja. Lagipun bukan syarikat orang
lain. Syarikat ayah Daniel juga kan. Nak taknak dia kena kerja kuatlah sikit.
Risau lebihlah anak ibu ni. Daniel dah biasa kan outstation ni semua. Dah
sebati tu.”
Kata-kata Puan Faridah menenangkan sedikit perasaan
gelisah Mira terhadap Daniel. Mira risau jika Daniel tak cukup rehat nanti.
Kesihatan juga perlu dijaga. Itu yang selalu Mira tekankan pada Daniel. Tapi
pada diri sendiri, Mira terlupa tentang itu. Kesihatan sendiri diabaikan.
“Ibu, Mira pergi dulu. Nanti lambat pulak sampai office.”
Laju sahaja Mira hirup air Nescafe di dalam cawan sehingga habis. Beg laptop
dan beg tangan di tepi kerusi dicapai. Selepas bersalaman dan mencium pipi Puan
Faridah, segera Mira berlalu pergi. Biasalah, kalau lambat sikit, sah-sah kena
hadap kesesakan lalu lintas. Mahu terlambat masuk office nanti.
“Baik-baik Mira.” Sempat Puan Faridah menjerit pada
anaknya. Entah dengar entah tidak si Mira tu.
Mulalah rutin harian Puan Faridah di rumah seorang diri.
Mengemas rumah dan membersihkan apa yang patut. Dia memang sudah berhenti kerja
beberapa tahun yang lepas. Duduk di rumah sambil menjalankan bisnes membuat kek
dan biskut secara online. Ramai juga yang menempah darinya. Ada juga tempahan
yang terpaksa ditolak dek kesuntukan masa untuk menyiapkannya. Sesekali ada
juga si Mira hulurkan bantuan untuk
menyiapkannya. Tapi boleh dikira berapa kali. Yelah, dia sendiri pun sibuk
dengan kerjayanya sendiri. Balik rumah pun dah pukul berapa.
(Jom LIKE kalau suka ye......)
Subscribe to:
Posts (Atom)