My corner's visitor

Friday, February 28, 2020

Koleksi novel Hairynn Salehuddin

Dah lengkap semua novel Hairynn Salehuddin?

Kalau belum dan pada sesiapa yang berminat nak dapatkannya, boleh WhatsApp kita di 012-3561772 ya.

Terima kasih pada yang telah membeli.

Love you all!

Muahhh



Tuesday, December 17, 2019

As Salam semua.......

Alhamdulillah and Yahoooo. Novel ke-5 dah berjaya dicetak.

DALAM BENCI ADA RINDU.

Farique & Dahlia.

Pada yang berminat nak peluk baby baru kita ni, boleh WhatsApp di 0123561772 utk menempah.

Harga novel cuma rm25 shj.

Thank you so much pada yang sudi menyokong dan mengikuti perkembangan saya dalam bidang penulisan ini.


Sending big LOVE to all of you!


Muahhhh.


Hairynn Salehuddin

Tuesday, October 22, 2019

Dalam Benci Ada Rindu

Berita baik!

Alhamdulillah.... manuskrip Dalam Benci Ada Rindu (DBAR) telah lulus penilaian. InshaAllah kini dalam proses untuk ke versi cetak. Tak lama lagi dah boleh peluk kuat-kuat baby ke 6 ni. 

Bila dah siap semuanya, baru kita akan bukak tempahan novel ya.

Bersyukur sangat bila dapat juga siapkan manuskrip ni. Merangkak-rangkak nak jumpa garisan penamat tau.

Pada yg masih follow novel2 Hairynn Salehuddin, terima kasih tak terhingga pada semua.


TQ sekali lagi.


-Hairynn Salehuddin-

Wednesday, February 20, 2019

Dalam Benci Ada Rindu - Bab 1


DALAM BENCI ADA RINDU
#FariqueDahlia

Bab 1

            “Dah selesai.” Beritahu Nur Fatin pada kawan baiknya yang baru sahaja sampai. Fatin pula baru sahaja keluar dari bilik Mahkamah Syariah untuk selesaikan kes perceraiannya.

            “Habis tu, kau okey tak ni?” Tanya Dahlia Afreena sambil mengusap lembut bahu Fatin. Dari rumah dia bergegas ke sini. Kebetulan pula ada kemalangan jalanraya tadi yang membuatkan dia terlambat sampai.

Sudah lama juga mereka berkawan semenjak dari zaman persekolahan. Cuma bila masing-masing melanjutkan pelajaran selepas habis sekolah menengah dulu membuatkan mereka berjauhan. Hubungan baik mereka menjadi renggang. Mana tidaknya, Fatin berjaya mendapatkan biasiswa untuk belajar di United Kingdom. Walhal Dahlia sekadar berjaya menempah nama di Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Tapi itu langsung tak patahkan semangat Dahlia untuk belajar. Semangat itulah yang membuatkan dia berjaya menerima anugerah Dekan dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik.

Dan kini bila masing-masing sudah balik ke Malaysia, barulah hubungan mereka kembali akrab. Cuma yang membuatkan Dahlia terkejut bila dia baru dapat tahu yang Fatin sudah pun berkahwin. Dan tambah terkejut lagi bila diberitahu yang mereka dalam proses perceraian. Kahwin baru berapa bulan sahaja pun.

“Okey tak okeylah beb. Benda dah jadi.” Wajah suram Fatin membuatkan Dahlia turut sama merasai apa yang dia rasa sekarang ni. Siapa yang suka dengan perceraian? Mahligai yang dibina bersama kini hancur.

“Sabar Fatin. Sanggup dia buat anak ayah macam ni.” Marah Encik Johar pada bekas menantunya itu. Kalau dulu semua janji manis ditaburkan, tapi kini hilang entah kemana. Ikutkan hati dan panas barannya, hendak sahaja dia tumbuk muka lelaki yang sudah menghancurkan hidup anaknya itu.

“Sabarlah bang. Benda dah jadi. Nak buat macam mana. Dah jodoh mereka tak panjang.” Pujuk Puan Intan, isterinya. Tangan cuba mengurut dada si suami. Biar kurang sedikit rasa marahnya itu.

Abang kandung Fatin sekadar memerhatikan sahaja. Dia tidaklah terlalu masuk campur hal rumahtangga adik bongsunya itu. Walau apa pun, Fatin tetap adiknya. Nak taknak, terpaksa jugalah dia turut sama pertahankan hak Fatin. Salah tak salah dia tetap bersama Fatin.

“Hah! Itu dia. Orang yang dah buat hidup anak aku hancur.” Sambil tangan menuding ke arah seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari bilik yang sama dengan Fatin keluar tadi.

Dahlia turut sama menoleh bersama-sama yang lain.

Hensem! Itu yang terlintas di fikiran Dahlia saat mata bertentangan dengan lelaki tersebut. Jantung terus berdegup kencang.

Tapi hanya untuk sementara sahaja bila Fatin menepuk lengannya dan menyedarkan dirinya dari terus mengelamun.

“Itulah bekas suami aku. Yang buat aku macam ni.” Kini marah Encik Johar sudah beralih kepada Fatin. Dahlia yang tak tahu apa-apa sekadar mengangguk. Pandangannya masih terhala pada lelaki tadi.

Dahlia perasan yang lelaki tadi bersama dengan seorang wanita berumur datang menghampiri mereka.

“Buat apa nak datang dekat ni?” Marah Encik Johar masih seperti tadi. Tidak surut walau sedikit pun. Wajah dua orang di hadapannya itu dipandang dengan penuh kebencian.

Dahlia yang berdiri di sebelah Fatin diam sambil turut sama memerhatikan mereka berdua. Diam seribu bahasa seperti yang lain.

“Saya cuma nak minta maaf sebab semua benda ni terjadi.” Ujar wanita tersebut dengan nada suara yang sekata. Langsung tidak ditinggikan suara walau sedikit pun.

“Senanglah kau cakap. Anak kau ni dah hancurkan hidup anak aku tahu tak?” Semakin kuat suara Encik Johar kedengaran. Puan Intan disebelah cuba menenangkan suaminya. Lengan suaminya diusap lembut. Bukan dia tak perasan mata-mata orang sekeliling sibuk memberi tumpuan pada mereka.

“Jomlah Ma.” Lelaki tadi cuba memujuk mamanya untuk beredar dari situ. Masing-masing dapat rasakan ketegangan di antara mereka.

“Aida balik dulu ya.” Suara Puan Intan sayup-sayup kedengaran. Mungkin tak mahu menambahkan lagi api kemarahan si suami. Wajah wanita tersebut dipandang tepat. Bukan apa, Puan Intan tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Masing-masing tengah panas sekarang ni. Biarlah api kemarahan tu reda sedikit.

“Farique bawa mama balik dulu.” Puan Intan sekali lagi memujuk mereka berdua untuk beredar dari situ. Sesekali dia mengerling ke arah suaminya di sebelah.

Sempat Farique Daniel mencapai tangan Puan Intan untuk diciumnya. Lembut. Tangan seorang wanita yang dari dulu sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Puan Intan pun tidak menolak. Ditepuk perlahan bahu bekas menantunya itu.

Sebelum berpaling untuk berlalu dari situ, anak mata Farique sibuk mengerling pada wajah wanita yang berdiri di sebelah Fatin. Wajah yang pernah dia lihat sebelum ni. Tapi langsung dia tak dapat ingat siapa dan di mana. Fikirannya kini pun tengah berserabut. Banyak benda yang sedang difikirkan.

Anak mata Dahlia masih mengekori langkah mereka berdua. Rasa simpati tiba-tiba menerpa dalam hatinya. Tapi hanya sementara sahaja. Sebaik sahaja Fatin berbisik sesuatu padanya, perasaan tersebut terus hilang. Lenyap sekelip mata.

“Aku dapat tangkap Farique dengan perempuan lain dalam bilik. Hanya mereka berdua.” Terus berpaling si Dahlia memandang Fatin. Masih tak percaya dengan kata-katanya itu.

“Aku tak tipu. Itu sebab aku mintak cerai dari dia. Dan sebab itu jugak ayah marah sangat dekat dia.” Sambung Fatin lagi.

Dahlia tak tahu nak kata apa. Dia masih terkejut sebenarnya dengan apa yang berlaku pada kawannya itu. Ingatkan mereka bercerai disebabkan tiada persefahaman. Rupa-rupanya disebabkan perempuan lain.

“Yang kamu pergi hulur tangan kat budak tak guna tu kenapa?” Encik Johar masih tak puas hati dengan isterinya. Ikutkan hati dia nak tarik sahaja tangan isterinya dari disentuh Farique tadi.

“Sudahlah tu bang. Jomlah kita balik. Malu kat orang.” Puan Intan cuba memujuk suaminya untuk beredar dari situ. Nak lepaskan marah pun biarlah di rumah. Janganlah di hadapan orang ramai.

“Aku naik kereta kau.” Sekali lagi Fatin berbisik pada Dahlia. Memang dia pun nak ajak Fatin naik keretanya. Dia nak tahu apa yang berlaku sebenar-benarnya. Dia nak Fatin ceritakan segalanya pada dia.


“Apa yang berlaku sebenarnya ni?” Tekan pedal minyak sahaja terus Dahlia tanya pada Fatin yang sibuk belek telefon bimbitnya dari sebelum masuk kereta lagi.

“Kan tadi aku dah bisik dekat kau.” Fatin masih tak angkat wajahnya. Mata sibuk memerhatikan skrin telefon. Entah apa yang dipandangnya.

“Aku nak tahu dari A hingga Z. Cerita sepenuhnya. Kita singgah Starbucks depan tu sambil dengar kau cerita.” Dahlia muncungkan sedikit bibirnya ke depan. Ke arah Starbucks sana.

“Okeylah.” Dah macam kena paksa pun ada. Tapi Dahlia tak kira. Dia sudah tak sabar nak tahu. Nak dengar cerita Fatin.


***bersambung**

Tuesday, February 19, 2019

Manuskrip ke 5

As salam pada semua followers Hairynn.

Maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update blog ni. Masa memang tak mengizinkan. Sibuk dengan jadual kerja dan keluarga membuatkan blog ni terbiar lama.

So..... Alhamdulillah, perkataan azimat TAMAT sudah pun dijumpai semalam. Manuskrip ke 5. Tajuk......... DALAM BENCI ADA RINDU.

Disebabkan ramai yang tak berapa nak ingat macammana jalan cerita DBAR ni, saya akan masukkan bab demi bab mulai esok ya.

InshaaAllah kalau ada rezeki, adalah DBAR dlm versi cetak. Doa-doakan semua okey.


Dan, tak lama lagi juga dah boleh mula sambung manuskrip ke 6 pulak. HATI INI MILIK DIA.


Terima kasih semua.
LOVE YOU ALL


~Hairynn Salehuddin~

Thursday, May 3, 2018

My sayang novel



Alhamdulillah. Bersyukur sgt2 bila berjaya siapkan empat novel sehingga hari ini.

Coming soon?

InshaaAllah akan ada lagi. Itupun kalau masih ada yg sudi membaca hasil karya kita ni.

Walaupun nama kita tak sepopular penulis-penulis lain, kita tetap bersyukur kerana masih ada pembaca yang sudi follow kita dari novel pertama hingga ke novel ke4 ni. KTM to DPH.

Thank you soooo much. Without you all, I will be nothing. Tiada siapa pun yg akan kenal siapa HAIRYNN SALEHUDDIN.

Sayang korang ketat-ketat. Muahhhhhh

*** Pada yg nak order, boleh WhatsApp 012-3561772 ya. ***

Wednesday, March 28, 2018

Novel ke4 ~ Dia Penjaga Hatiku



Alhamdulillah. Novel ke4 bakal keluar tidak lama lagi. DIA PENJAGA HATIKU. Kali ini kita bersama publisher Anaasa Publication.

Pada yg berminat nak membeli mana-mana novel kita ni, boleh WhatsApp di 012-3561772 ye. Nanti kita akan bagi details seterusnya.

Dan sekarang ni, kita dalam proses nak siapkan mss ke5, Dalam Benci Ada Rindu.

Terima kasih pada yg masih sudi jadi followers saya sehingga ke hari ini. TQ so much!



Ikhlas dari penulis biasa,

HAIRYNN SALEHUDDIN