My corner's visitor

Wednesday, July 16, 2014

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 33

Maaf ye to all followers sebab menunggu terlalu lama untuk cerita ni. Ada sedikit masalah. Untuk mengubat kerinduan pada Haris dan Arina, jom baca sambungan cerita ni.  Enjoy your reading guys. :)



KAU TETAP MILIKKU

BAB 33

            “Arina, Dato’ tunggu dekat dalam bilik mesyuarat.” Arina yang baru duduk di tempatnya berpaling memandang Hasnah. Bukan Hasnah yang kata Dato’ bercuti seminggu ke? Ada hal penting ke sampai Dato’ masuk pejabat.

            “Oh sorry. Dato’ Haris. Bukan Dato’ Mahizan. Cepatlah Arina. Dia dah tunggu sepuluh minit dah.” Haris?. Apa dia buat kat sini…. Aduh……Mesti masa aku ambil air di pantri tadi dia sampai. Fikir Arina sendiri.

            “Cepat Arina.” Hilang lamunan Arina bila Hasnah menepuk mejanya. Harap-harap memang pasal kerja yang hendak dibincangkan. Bukan pasal hubungan mereka. Berdebar-debar Arina ketika melangkah masuk ke bilik.

            “Ya Dato’?” Arina memberanikan diri bersuara bila Haris hanya duduk sambil memandang tepat  padanya. Pandangan Arina dialihkan pada projektor yang diletakkan di tepi bilik. Mana mungkin Arina berani bertentang mata dengan Haris. Memang sah-sah dia yang akan kalah.

            “Dato’ Haris, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Arina bersuara kembali setelah lama berdiam. Tiada satu pun arahan yang keluar dari mulut Haris. Sampai bila pulak dia nak berdiri di depan ni macam tunggul kayu. Serba salah Arina dibuatnya. Nak keluar dari bilik nanti dikata kurang ajar pulak. Aduh…

            “Tutup pintu Arina dan duduk.” Arina mengikut sahaja arahan Haris. Baginya Haris adalah majikannya juga. Apa yang disuruh perlu dituruti. Harap-harap Haris tiada niat lain selain berbincang pasal kerja.

            “Arina sihat?” diangkat mukanya memandang Haris yang duduk dihadapannya. Sekejap sahaja pandangan mereka bersatu sebelum Arina mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Sudah Arina agak pun mesti bukan pasal kerja. Tetapi  cuba ditepis andaian tersebut tadi.

            “Kalau takda apa-apa yang nak dibincangkan pasal kerja, saya keluar dulu.” Arina terus bangun. Tetapi belum sempat Arina membuka pintu, tangan Haris lagi cepat menguncinya.

            “Apa ni Dato’. Saya nak keluar.” Nadanya sedikit ditinggikan tetapi masih tidak terlalu kuat. Khuatir jika staf lain perasan. Arina cuba menolak badan Haris ketepi dari menghalangnya. Kedua-dua tangan Arina dicapai.

            “Arina, listen to me. I tahu kenapa you jadi macam ni. Tiba-tiba marah pada I. Ini semua sebab Azman kan?” benci Arina pada nama tersebut. Ditahan marahnya.

            “Tepilah!.” Arina tidak mahu mendengar apa-apa pun dari Haris. Sakit hatinya bila mendengar nama Azman. Dia masih berusaha menolak badan Haris dari menghalang pintu.

            “He is lying to you Arina pasal gambar tu. Diorang tak pernah pun tengok gambar you sayang. Only me.” Ketukan pintu dari luar mengejutkan mereka. Pada mulanya Haris enggan membuka pintu. Dia mahu menjelaskan segala-galanya pada Arina. Tetapi ketukan berterusan sehinggakan Haris terpaksa juga membuka pintu. Kelihatan Hasnah berdiri di depan pintu dengan wajah yang musykil. Apa tidaknya, sampai nak kunci-kunci pintu. Mesti ada benda yang tak kena antara mereka ni. Pelik Hasnah melihat mereka berdua.

            “Dato’ Mahizan ada dekat dalam bilik. Dia singgah sekejap. Dia panggil Dato’ Haris ke biliknya sekarang.” Haris sekadar mengangguk dengan wajah yang sedikit terkejut. Tidak terlintas dalam fikirannya pun yang mamanya akan datang ke pejabat hari ini. Sangkanya dia akan menemani ibu Farah ke salun. Sebelum Hasnah berlalu sempat dia mengerling pada Arina yang berdiri di belakang Haris. Arina hanya diam seribu bahasa. Mesti Kak Nah fikir yang bukan-bukan pasal aku. Habislah kau Arina.

            “We are not finish yet Arina. Not yet sayang.” Haris sempat mengusap lembut pipi Arina sebelum keluar untuk berjumpa dengan mamanya.

            “Ma, kata cuti?” masuk-masuk sahaja Haris terus menghampiri mamanya. Dato’ Mahizan cuma tersenyum pada anaknya yang sedang melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan. Dihadapan meja mamanya. Telefon di tangan diletakkan di atas meja.

            “Mama yang patut tanya Haris. Kenapa datang sini. Is there anything that you hide from me?” tenang Haris tenang. Kini degupan jantung Haris pula yang semakin laju. Takut juga Haris jika mamanya dapat tahu mengenai hubungannya dengan Arina. Dia tidak risau akan dirinya tetapi Arina. Tidak dapat dibayangkan jika Arina dimarahi atau diherdik mamanya. Bukan dia tidak pernah nampak mamanya marah. Memang kecut perut melihatnya. Dan dia tahu Arina jenis yang bagaimana. Hatinya lembut dan mudah mengeluarkan air mata.

            “Haris…. Hai, mengelamun pulak dia. Ingat kat siapa anak mama ni? Girlfriend mana yang ada dalam fikiran Haris ni. Bagitahu mama. Biar mama pergi jumpa dia.” Arina mama. Arina, your staff. Arina, anak orang kampung yang hidup susah. Arina jugalah satu-satunya perempuan yang pernah diperkosa oleh anakmu ini mama. Luahan tersebut cuma berani dilontarkan di dalam hati sahaja. Haris masih ragu-ragu dengan penerimaan mamanya terhadap Arina.

            “Mana ada ma. Haris ingat pasal kerja. Pandai je mama ni.” Haris tidak mampu untuk memberitahu perkara sebenar. Ya, memang dia sedang teringat pada Arina. Masalah dengan Arina masih belum selesai. Entah apalah yang difikirkan Arina sekarang ini. Nasiblah Haris dapat juga memberitahu Arina perkara sebenar walaupun tidak semua.

            “So, datang sini kenapa? Rindu dekat orang sini ke? Haris, just let me know. Haris ada sembunyikan sesuatu dari mama ke?” Haris tidak mampu. Haris risau jika Arina diapa-apakan oleh mamanya. Memang sekarang ini mamanya nampak baik dan lembut. Tidak mustahil jika dia tahu menantunya adalah pekerjanya sendiri, perasaan marah yang wujud dalam dirinya.

            “Ada kerja sikit tadi. And you ma… Kenapa tak temankan Auntie Sofie? Where is she now?” Haris sedaya upaya cuba menukar topik. Berharap sangat yang mamanya tidak akan terus menyoalnya. Wajah Haris dipandang lama.

            “Kejap lagi mama nak jumpa dia. Haris…. teman mama. Jadi driver mamalah. Sebab Farah pun ada sekali. Boleh temankan dia.” Lega Haris bila mamanya tidak lagi bertanyakan hal tadi. Apa yang disuruh mamanya hari ini akan dituruti dengan harapan tiada lagi soalan cepumas diajukan padanya.

            “Arina…. Tadi tu kenapa sampai kunci pintu?. Dato’ ada buat apa-apa ke pada Arina?” sudah diagak Arina. Mesti Hasnah akan bertanyakannya bila mereka balik ke meja sendiri.

            “Takda kak. Pintu tu terkunci sendiri. Saya yang tutup pintu tu tadi. Entah macam mana terkunci sekali. Kami tak perasan pun yang pintu tu terkunci. Tu sebab masa akak ketuk, pintu lambat bukak. Ingatkan kenapalah akak tak masuk-masuk lagi.” Entah mana datangnya idea tersebut, Arina sendiri tidak tahu. Logik atau tidak dia malas hendak fikirkan. Biarlah Hasnah fikir sendiri. Tiada alasan lain yang Arina dapat fikirkan ketika itu. Harap-harap Hasnah dapat terima sebab tersebut.

            “Ingatkan Dato’ yang kunci pintu tu tadi. Risau gak akak tadi. Takut jika Dato’ apa-apakan Arina je. Bukan boleh percaya sangat kat Dato’ Haris tu. Playboy terkenal tu. Perempuan keliling pinggang. Arina jaga-jaga dengan dia ye.” Semakin diperlahankan suaranya. Tidak mahu orang lain mendengar apa yang dikatakan pada Arina terutamanya Dato’ Haris dan Dato’ Mahizan. Mahu kena buang kerja nanti. Arina sekadar tersenyum. Lega rasanya bila Hasnah tidak mengesyaki apa-apa.

            Sedang mereka sibuk membuat kerja, pintu bilik majikannya dibuka dari dalam. Haris dan mamanya berjalan seiringan keluar menuju ke meja Hasnah.

            “Hasnah, saya balik dulu. If anything urgent, just call me. Oh ye, Arina…. How was your holiday? Okay?” baru sahaja Dato’ Mahizan hendak melangkah, dia berpaling pada Arina pula.

            “Se… semuanya okey Dato’.” tergagap-gagap Arina menjawab. Sempat juga dia memandang Haris yang berdiri di sebelah majikannya itu. Haris kelihatan tenang sahaja walaupun hatinya tidak keruan. Takut jika Arina tersalah kata.

            Dato’ Mahizan hanya tersenyum mendengarnya. Haris menarik perlahan tangan mamanya bila dilihat Arina tidak berapa selesa ketika itu. Hanya senyuman yang dihadiahkan pada Arina sebelum beredar.

            Petang itu, Haris terpaksa menemani mereka berjalan. Farah yang meminta mamanya mengajak Haris bersama. Katanya lagi selamat jika Haris ada bersama. Memang sesiapa pun yang bersama Haris berasa selamat termasuklah Farah. Memang mereka sudah seperti adik beradik tetapi tersemat sedikit di hati Farah perasaan suka pada Haris. Memang Farah akui Haris mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya. Cuma Haris tidak pernah sekali pun menunjukkan tanda-tanda yang dia suka padanya. Langsung tiada. Disebabkan itulah Farah hanya memendam perasaannya sahaja.

            Arina, I terpaksa temankan mama malam ni. Nanti kita jumpa ye sayang.

            Haris menghantar mesej kepada Arina ketika mereka sedang menikmati makan malam di sebuah hotel mewah. Memang Haris berada di situ, tetapi fikirannya sentiasa teringatkan Arina. Mesti seronok jika Arina ada bersamanya.

            Dapat sahaja mesej dari Haris terus Arina mematikan telefonnya. Malas dia hendak mendengar apa-apa penjelasan dari Haris. Mungkin benar juga kata Haris. Mungkin Azman yang menipu. Entahlah. Berat kepala Arina bila memikirkannya. Dia perlu memandang ke depan. Kalau boleh dia mahu teruskan hidupnya tanpa gangguan dengan masalah-masalah begini. Hidup perlu diteruskan. Dia mahu mengecapi bahagia. Mahu membuang jauh-jauh kesedihan.

            Malam itu Haris pulang ke rumah Dato’ Mahizan. Selepas mandi, Haris membelek telefonnya sambil berbaring di atas katil. Tiada satu pun mesej dari Arina sejak dari tadi. Mana pulak Arina pergi. Dia masih marah ke. Nombor Arina terus didail. Hampa. Tidak diangkat panggilannya. Mungkin juga Arina sudah tidur. Sudah pukul dua belas malam. Haris akan cuba menghubungi Arina esok pagi pula. Matanya juga sudah mahu tertutup. Akhirnya Haris terlelap.

            “Arina, tak lama lagi syarikat kita akan anjurkan satu majlis amal untuk anak-anak yatim. Jadi Arina kena tolong akak ye. Ada lagi staf lain yang akan tolong kita. Sekarang ni dah nak kena edarkan kad pada tetamu. Nanti akak bagi list nama.” Hasnah memang ada memberitahu Dato’ Mahizan yang dia memerlukan bantuan Arina untuk mengendalikan majlis tersebut. Banyak benda yang perlu segera diuruskan.

            Arina mengangguk. Dia memang tidak kisah jika diberi tugas sebegini. Bagus juga. Semakin dia sibuk semakin kurang fikirannya memikirkan tentang hubungannya dengan Haris.

            “Arina, malam ni Dato’ suruh kita jumpa Encik Carliff. Syarikat dia juga ada buat sumbangan besar untuk majlis tu nanti. Sepatutnya jumpa esok pagi, tetapi kena batalkan. Dia ada hal lagi penting.” Dato’ Mahizan baru sahaja menghubungi Hasnah dari rumah. Sudah lama juga Arina tidak mendengar nama tersebut. Memang sudah lama mereka tidak berhubung ataupun berjumpa. Carliff juga jarang datang ke pejabatnya. Mungkin kerana sibuk dengan projek terbaru.

            “Kita pergi sekalilah. Akak ambik Arina kat rumah ye.” Hasnah tidak tahu yang Arina sudah memiliki kereta sekarang ini yang dihadiahkan oleh Dato’ Haris. Itu sebabnya dia yang mempelawa Arina menaiki keretanya. Bagus juga. Nanti payah pula Arina nak terangkan pada Hasnah mengenai keretanya.

            Haris ada menghubunginya pagi tadi. Dia terpaksa ke Johor Bahru tengahari tadi kerana perlu menguruskan projek di Johor Bahru. Ada masalah sedikit di sana yang memerlukan kelulusannya Haris. Pening Arina bila memikirkan tentang gambarnya. Entah siapa yang berkata benar, Arina tidak pasti. Mungkin Haris menipunya lagi. Biarlah.. Lagi difikir, lagi berserabut kepala otaknya. Haris Azman sama sahaja.

            Arina….. Sudah lama juga Carliff tidak berjumpa dengannya. Entah kenapa hatinya sedikit sedih bila mendapat tahu yang Arina rapat dengan Haris. Dia ingin mengenali Arina dengan lebih rapat lagi. Dia tahu Haris tidak pernah kekal dengan mana-mana perempuan pun. Sentiasa bertukar-tukar pasangan. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah Arina. Kenapa Haris memilih perempuan seperti Arina. Jauh beza dengan wanita-wanita yang pernah bersama Haris. Bukan dia tidak perasan yang Arina tidak memakai barang-barang berjenama pun. Nampak sangat yang dia bukan dari golongan kaya dan elit.