My corner's visitor

Thursday, August 20, 2015

Dia...Penjaga Hatiku - Bab 5

DIA… PENJAGA HATIKU.

Bab 5

            “Terima kasih Encik Haikal sebab hantar saya balik.” Belum sempat Zaira membuka pintu kereta, Azri lebih pantas darinya. Terkejut Zaira dengan tindakan Azri itu. Sangkanya dia masih berada dalam kereta.

            Zaira tidak menunggu lama. Kakinya melangkah keluar. Dia perlu segera terangkan segala-galanya sebelum terlambat. Bukan dia tidak tahu api cemburu Azri ni. Macam-macam dia boleh buat kalau dah marah.

            “Zaira keluar dengan lelaki lain ye. Patutlah taknak cakap dengan abang tadi.” Sekali lagi Azri lebih cepat bertindak. Lagak merajuk. Tidak sempat Zaira hendak buka mulut pun.

            “Abang, bukan macam tu. Ni bos Zaira. Encik Haikal. Kami baru balik dari hospital tadi. Lawat Kak Siti. Dia baru dapat baby.” Laju sahaja penerangan Zaira.

            “Oh ye Encik Haikal, kenalkan Azri…”

            “Teman lelaki Zaira.” Terus sahaja Azri memotong cakap Zaira. Tangan dihulur tanda perkenalan.

            “Terima kasih ye sebab hantar balik buah hati saya ni dengan selamat.”

            “Abang…” Zaira rasa tidak patut Azri berkata begitu pada bosnya. Nampak gaya seperti api cemburu sudah muncul.

            Haikal sekadar mengangguk. Dia masih risaukan Zaira. Hatinya tidak senang dengan perlakuan Azri tadi. Takut jika Zaira diapa-apakan.
           

            “Zaira mana ada duit sebanyak tu.” Hilang sahaja kereta Haikal dari pandangan mereka, terus sahaja Azri bertanyakan pada Zaira. Hal duit yang tak habis lagi dari tadi. Sangat penting katanya.

            “Zaira tak sayangkan abang ke? Lima belas ribu je sayang. Nanti abang gantilah balik.” Azri masih cuba memujuk buah hatinya itu. Dengar sahaja jumlah yang dia mahu terus pening kepala Zaira dibuatnya.

            “Zaira… pinjamlah dengan bos Zaira tu. Mesti dia banyak duit. Tak heranlah dengan lima belas ribu  ni.” Tiba-tiba sahaja dia mendapat idea. Dia akan gunakan Zaira untuk dapatkan duit tersebut.

            Zaira agak terkejut mendengarnya. Memanglah bagi Encik Haikal lima belas ribu tidak banyak, tetapi dia masih sedar siapa dia. Status sebagai seorang pekerja sahaja.

            “Nantilah Zaira cuba. Tapi… abang jangan mengharap sangat.” Semakin memeningkan kepalanya. Azri pula sudah tersenyum lebar sampai ke telinga.

            Azri pernah memberitahu Zaira yang dia hendak menggunakan duit tersebut untuk mengembangkan perniagaannya. Duit yang ada di tangan tidak cukup. Disebabkan sayang, Zaira langsung tidak bertanya banyak. Dia percaya segala apa yang teman lelakinya beritahu.
           

            Malam itu Zaira tiada selera langsung. Makannya pun hanya setakat dua suap sahaja. Selebihnya hanya tersimpan di bawah tudung saji.

            Zaira, is everything okay?

            Whatsapp yang diterima dari Haikal membuka matanya sedikit yang tadi sudah separuh tertutup.

            Semua okey Encik Haikal.

            Balas Zaira ringkas.

            Okey, if ada masalah beritahu. If I can help, I will do that. Good night.

            Good night Encik Haikal.

            Hatinya masih berbelah bahagi. Hendak beritahu bosnya itu tentang masalahnya atau tidak. Perlukah dia berdiam diri sahaja melihat Azri berdepan dengan masalah ini. Zaira tidak sampai hati.
           

            “Encik Haikal, boleh saya ambil masa Encik Haikal sekejap?” Zaira memberanikan diri. Berat sungguh mulutnya hendak mengeluarkan kata-kata tadi. Digagahkan juga.

            Hanya ada beberapa staf sahaja yang masih berada di pejabat. Yang lainnya sudah pun beransur pulang termasuklah Azlin.

            Haikal mengangguk kepalanya. Tangannya masih sibuk menyentuh Ipad miliknya itu. Pandangannya masih seperti tadi. Tepat memandang pada Ipad.

            “Ya Zaira. Ada apa?” Barulah kini Haikal mengangkat muka. Wajah  kerisauan Zaira dipandang.

            “Begini Encik Haikal. Kalau boleh saya nak buat pinjaman wang. Nanti tiap-tiap bulan Encik Haikal tolak dari gaji saya.” Terluah juga segala apa yang hendak disampaikan pada Haikal. Kalau tidak dari pagi tadi perasaannya dibelengu rasa takut.

            “Berapa?” Walaupun pendek tetapi bagi Zaira itu sudah cukup membuatkan perutnya kembali kecut. Nada suara Haikal? Zaira tidak pasti. Marah ke tidak dia ni.

            “Lima… Lima belas ribu, Encik Haikal.” Nada suara automatik menjadi rendah. Perlahan. Seperti berbisik. Berharap Haikal mendengarnya.

            Berdebar-debar. Itulah perasaan Zaira ketika itu. Menunggu jawapan dari Haikal. Kalaulah tidak diterima, terpaksalah Zaira buat pinjaman peribadi dari bank.

            Haikal mengambil sekeping kertas kosong berserta sebatang pen dan menghulurkan pada Zaira. Terkebil-kebil Zaira dibuatnya. Kenapa pulak ni. Aku kena tulis apa ni….
            “Tulis nombor akaun Zaira.”

            “Hah?!” Nombor akaun? Aku salah dengar ke ni… Kenapa tiba-tiba dia nak nombor akaun aku. Jangan kata dia nak masukkan duit dalam akaun aku ni.

            “Nombor akaun bank awak. Nak duit ke tak ni?” Kini tangannya sudah bersilang. Memeluk tubuh.

            “Nak nak…” Zaira tidak menunggu lama. Pen dicapai lalu ditulis dengan penuh hati-hati nombor akaunnya. Takut tersalah pula nanti.

            Selepas mengucapkan terima kasih, Zaira menapak keluar. Dalam masa yang sama, telinganya dapat menangkap suara Haikal dengan jelas, “Harap lepas ni muka tu tak muram lagi.”

            Terkedu kejap Zaira. Dia perasan ke wajah aku yang bermasalah ni. Aduh kau ni Zaira. Tak pandai cover betul.

            Ditoleh ke belakang semula dan dilemparkan senyuman tawar pada Haikal. Hanya itu yang mampu dia buat.

            Berita gembira itu segera disampaikan pada Azri. Apa lagi, bersorak sakanlah si Azri di hujung talian sana. Zaira turut sama berasa gembira. Kalau boleh dia tidak mahu hubungan cinta mereka rosak disebabkan wang. Dia mahu hidup bersama Azri, lelaki pertama yang berjaya menakluki hatinya.

            Cepat betul duit dimasukkan ke dalam akaun Zaira. Rasa pelik juga Zaira sebab dia tidak langsung disuruh isi apa-apa borang pun. Takkanlah Encik Haikal yang tolong isikan. Mustahillah.

            Zaira tidak berfikir panjang. Duit yang ada di dalam akaun itu dikeluarkan lalu diberi pada Azri. Sungguh mulia hati Zaira. Sanggup menebalkan muka meminjam duit untuk teman lelakinya itu. Kalau tak kenang jasa, memang tak patutlah ni.

            Tapi perubahan sikap Azri pada Zaira mengundang kesedihan di hatinya. Kenapa dia perlu berubah? Masalah apa yang sedang menimpanya? Puas Zaira cuba menghubunginya tetapi jarang diangkat. Kalau angkat pun hanya beberapa minit sahaja mereka berbual. Alasan sama diberikan. Sibuk uruskan bisnes barunya. Bisnes apa pun Zaira tidak tahu.

            Zaira cuba berfikiran positif. Campak jauh perasaan syak wasangka yang tidak baik terhadap Azri. Menerima segala apa alasan yang diberikan padanya.


            “Zaira, tak turun makan ke?” Tegur Haikal sebaik sahaja dia melintasi meja Zaira. Dilihatnya tekun betul Zaira menyiapkan kerja yang diberikan padanya pagi tadi.

            “Tak kot Encik Haikal. Banyak lagi kerja nak kena siapkan ni. Encik Haikal nak turun makan ke?” Tanya Zaira. Memang dia malas hendak turun. Lagipun dia ada bawa bekal roti telur tadi. Lagi satu perangai Zaira, dia tidak akan senang duduk jika kerja yang telah diamanahkan padanya masih tidak siap. Selagi mampu akan cuba dihabiskan.

            “Jom, teman saya makan.” Arahan atau pelawaan ni?...Confius kejap Zaira.

            “Tapi Encik Haikal. Kerja-kerja ni saya nak…” Mulutnya terkatup terus dari mengeluarkan sepatah kata pun bila dilihatnya tangan Haikal laju menutup fail-fail yang ada di atas mejanya.

            Tahulah Zaira. Itu lebih kepada satu arahan.

            Mereka berjalan beriringan menuju ke restoran Sendayu yang terletak berhampiran dengan pejabat mereka. Memang Zaira hendak rasa makan di situ, tetapi selalu terhalang. Kata Azlin restoran ni untuk orang-orang banyak duit je. Mahal harga setiap satu menu. Macam cekik darah pun ada. Tapi itulah, ramai je yang datang makan ke situ. Orang-orang kaya ni bukannya kisah kalau mahal atau tak. Yang penting sedap. Itu yang diambil kira.

            Kiranya hari ni hari bertuah kaulah Zaira…..

           
            “Sedap tak mi goreng tu?” Haikal dari tadi sibuk perhatikan Zaira makan. Menu tersebut menjadi pilihan makan tengahari Zaira. Haikal pula sekadar memesan nasi goreng ayam.

            “Sedap. Encik Haikal nak rasa?” pelawa Zaira pada Haikal. Sekadar berbahasa sahaja.

            Hampir tercekik Zaira bila Haikal mengambil sedikit mi dari pinggan Zaira lalu disua ke mulutnya. Biar betul Encik Haikal ni. Aku main-main je tadi. Dia boleh ambil dan rasa betul-betul. Dia tak pernah rasa mi goreng dekat sini ke? Bisik Zaira sendiri.

            “Cuba rasa nasi goreng ni?” Hah?! Dia suruh aku rasa makanan dia pulak. Lebih membuatkan Zaira rasa gementar bila Haikal menyuakan sudu berisi nasi  kepadanya.

            Malu…. Malu…. Dapat dia rasa pipinya sudah kemerahan.

            “Cuba rasa.” Aduh, kenapa lembut sangat suaranya ni. Ala romantik di siang hari. Kot ye pun Encik Haikal, tunggulah malam.

            Hendak atau tidak terpaksalah juga Zaira membuka mulut Membiarkan Haikal menyuapnya. Dah macam pasangan hangat bercinta pula. Suap-suap bagai.

            Kalaulah Azri seromantik begini. Alangkah bahagia hidup.

            “Zaira, saya nak tanya sikit boleh? But a bit personal.”

            “Apa dia Encik Haikal? Kalau boleh saya jawab, saya akan jawab.” Jelas Zaira sambil menghirup air tembikai yang dipesannya tadi. Rasa hangat pula tiba-tiba.

            “Yang lelaki hari tu memang teman lelaki awak ke?” Mendatar sungguh suara Haikal. Zaira jadi serba salah pula hendak menjawab. Bukannya susah pun soalan yang dituju padanya, tetapi entah kenapalah hati ni rasa tak selesa.

            “Ermmm, aah Encik Haikal. Kenapa Encik Haikal tanya?” Wajah Zaira masih dipandang tepat. Tajam sehingga Zaira tidak mampu membalas pandangan tersebut. Segera dipaling ke tempat lain.

            Dikala itu jugalah telefon milik Haikal berbunyi. Mengalunkan lagu berentak sedikit rock. Lagu apa? Jangan ditanya si Zaira. Dia bukannya dengar sangat lagu dari negara barat ni.

            Air diteguk walaupun tekaknya tidak dahaga sedikit pun. Masih cuba memaling wajah ke tempat lain. Tidak betah memandang wajah Haikal di hadapan.

            “I call you back. Bye.” Ingatkan dia akan berborak lama di telefon. Boleh pula dia kata nak telefon balik nanti. Aduh, cari jalan cepat Zaira. Takkan nak serah diri biar Haikal tanya soalan lagi dekat kau. Mahu mati kutu nanti.

            “Encik Haikal, jom. Dah habis waktu rehat ni.”

            “Jom. Saya bayar dulu.” Fuhhhh, lega.

            Kenapa hati ni rasa lain macam. Kenapa rasa gusar bila ditanya tentang Azri. Kenapa ada perasaan pelik setiap kali Encik Haikal memandang ke dalam anak mataku.

            Seribu persoalan yang tiada jawapannya lagi.



           (LIKE kalau suka ye.....TQ semua.)
           
           
           


17 comments:

  1. Penantianku berakhir..cepat2 siapkn sis..xsabar nk peluk novel2 sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ida ahmad. Tgh cuba siapkan secepat mungkin ni.. moga2 tahun dpn dpt diterbitkan.. Aminnn.

      Delete
  2. akhirnya ada sambungan, Txs cik writer dah lama tunggu sambungan dari dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga sis rozita kadiman krn sudi follow cite ni..

      Delete
  3. LIKE2....Akhirnya ada jugak entry yang dinanti-nantikan... Good Job writer.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youuuuu sis anna masuri.. gembira bila ada org sudi follow cite kita.. :)

      Delete
  4. sk sgt... x sbr nk tgu sambungan dia...hihihihi... hrp2 x lme lg kuar lh novel dia...hihihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq2 sis zila omar sbb sudi follow cite ni. Doa2kan akan diterbitkan ye.. Aminnnn

      Delete