My corner's visitor

Wednesday, February 24, 2016

E-Novel - Dia Penjaga Hatiku ~ Bab 10

As salam dan selamat malam semua. Jom baca sambungan DPH. 
(Maaf ye sbb biarkan blog ni bersarang lamanya.)



DIA… PENJAGA HATIKU.

Bab 10

            “Zaira, masuk office saya sekarang.” Cepat-cepat Zaira mencapai pen dan buku catatannya untuk dibawa bersama ke dalam bilik bos. Dan sempat juga dia membawa sekali beberapa dokumen untuk ditandatangi.

            “Ya, Encik Haikal.” Zaira melangkah masuk selepas mengetuk pintu bilik bos.

            “Duduk.” Zaira akur. Kerusi di hadapan Haikal ditarik sedikit sebelum duduk. Pen dan buku masih setia dipegang.

            Zaira tidak berani bertentang mata dengan Haikal selepas kes malam itu. Terserempak di dalam panggung wayang. Kecilnya dunia ini.

            “Jumaat ni saya nak Zaira temankan saya ke majlis perkahwinan anak Dato’ Ghani. Nanti RSVP pada mereka.” Memang Zaira ada menerima kad jemputan dari Dato’ Ghani, salah seorang klien utama syarikat mereka ini. Kad berwarna gold. Simple tapi tetap nampak ekslusif.

            “Tapi, kenapa Encik Haikal tak pergi dengan…” Hilang sudah kata-katanya saat pandangan mereka bersatu. Gemuruh tiba-tiba pulak ni.

            “Tapi kenapa saya tak pergi dengan tunang saya?” Mengangguk perlahan Zaira. Masih takut kalau Haikal marah dengan soalan tadi.

            “Sebab… saya tak rasa saya nak pergi dengan dia. Saya rasa takda masalah apa-apa kan. Saya bawa awak, staf saya sendiri. Takkan itu pun tak boleh.”

            Terdiam Zaira. Nak jawab apa lagi. Tapi memang peliklah jawapan dari bos. Dah ada tunang cantik macam tu pun taknak bawa ke majlis-majlis besar macam ni. Diorang tengah gaduh ke. Dah tu, aku yang jadi mangsa keadaan. Sabar jelah Zaira. Dalam pada itu, takut  juga kalau-kalau timbul masalah nanti. Api cemburu ni payah nak sejuk.

            Dokumen semuanya sudah ditandatangani. Kakinya sudah tidak sabar-sabar hendak meninggalkan pejabat Haikal. Rasa tidak betah berada lama bersama Haikal.

            Arahan Haikal membuatkan dia terpaksa balik ke kampung lewat sikit. Baru pasang niat hendak balik selepas kerja hari jumaat tu. Tiket belum beli lagi, jadi takdalah rasa rugi apa pun.

            Kenapa berkerut ni? Kena marah dengan bos ke?” Segera dirapati kawannya itu.

            “Bos tak marah tapi arahan dia tu…. Alasan macam tak logik.” Diletaknya dokumen-dokumen tadi di tepi komputer. Kejap lagi dia perlu buat salinan pula setiap dokumen tadi untuk disimpan dalam fail.

            “Arahan? Arahan apa? Alasan tak logik apanya? Cuba kau cerita sikit dekat aku.” Apa lagi. Teruslah diceritakan semua sekali pada Azlin. Biar Azlin fikir samada alasan tu logik atau tidak.

            “Apa?!”

            “Iskh kau ni. Perlahanlah sikit. Nanti bos dengar masak aku.” Mulut Azlin cuba ditekup. Takut suaranya sampai ke telinga Haikal nanti.

            “Sorry sorry. Bos kata dia taknak pergi dengan tunang dia? Biar betul bos ni. Tunang punya cantik tu. Tapi yang buat aku pelik. Apasal pulak dia nak bawak kau sekali. Kenapa tak pergi seorang.” Itu memang pelik. Tidak pernah pun bosnya itu bawa staf perempuan ke mana-mana. Kak Siti pun tidak pernah dia bawa ke majlis macam ni.

            “Entahlah Azlin. Aku lagilah pelik. Mungkin kot sebab aku terima kad tu ataupun dia segan nak pergi seorang. Tu sebab dia bawak aku.” Zaira mengiyakan sendiri kata-katanya. Diangguk berulang kali.

            “Tak pernah pulak aku dengar Kak Siti ikut bos pergi majlis macam ni. Kalau meeting tu adalah.” Cuba dia fikir semula. Setahu dia memang tak pernah sekali pun.

            “Habis tu kau ikut ke bos nanti?” Takut pula Zaira dengar kata-kata Azlin tadi. Tak pernah bawa. Habis tu kenapa dia nak bawa aku. Takut pula kalau-kalau ada niat jahat pada dia. Malam hari pulak tu.

            Di mana…pukul berapa… semuanya diberitahu pada Azlin. Biar ada yang tahu kemana Haikal akan bawa dia pergi nanti. Takut terjadi apa-apa padanya.

            Encik Haikal…. Siapa yang tidak terpikat dengannya. Tidak terkecuali Zaira juga. Perasaan suka terselit juga dalam hati kecilnya. Tetapi Zaira tidak menyemarakkan lagi perasaan itu. Biar hilang sedikit demi sedikit.

            Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Itu yang Zaira tekankan. Kalau pun hatinya suka pada Haikal, tidak ke mana. Bukannya berbalas cintanya itu.

            Ya Allah! Apa semua ni. Kenapa ada perasaan ni pada Zaira. Dia akan jadi milik orang, Haikal. Wake up. Jangan  ganggu perhubungan mereka. Zaira cuma salah seorang pekerja kau. Dia cuma pengganti Siti.

            No, cuma dua bulan sahaja. Hubungan rapat ini tidak akan kemana-mana.


            “Kau tengok okey ke aku ni? Tak over ke?” Nora, teman serumahnya malas hendak melayan Zaira. Sudah lebih dari dua puluh kali ditanya soalan sama.

            “Iskh kau ni. Kau memang nak dengar aku cakap over ke? Dari tadi sibuk tanya.” Tiada mood hendak menjawab lagi.

            “Kalau over, aku nak tukar baju. Sempat lagi ni.” Dari hujung rambut ke hujung kaki sibuk diperhatikan. Kejap okey, kejap tak okey ditengok. Mata aku ni dah rosak agaknya.

            “Cik Zaira, sekali lagi aku cakap. Tak o…ver! Okeylah ni. Kau nak pergi majlis kahwin dekat hotel. Mestilah kena pakai macam ni. Takkanlah kau nak pakai baju kurung biasa tu. Dan… lagi satu, kau pergi dengan bos kau kan. Sah-sahlah dia orang kenal. Nanti malulah dia kalau kau pakai ala-ala je.” Panjang lebar terus Nora terangkan. Harap ini yang terakhir Zaira akan tanya padanya. Penat dah ulang benda yang sama.

            Baju kebaya moden berwarna hitam dikenakan dengan kain gold. Habis wajah mulus Zaira disolek. Rambutnya juga didandan rapi. Kemas. Menyerlahkan lagi kecantikan Zaira.

            “Aduh, aku tak perasan ada whatsapp masuk. Encik Haikal pulak tu. Okeylah, aku kena pergi ni. Dia dah tunggu.” Kelam kabut dibuatnya. Itulah kau Zaira. Dari tadi asyik sibuk belek diri sendiri dekat cermin. Sampai orang hantar Whatsapp pun tak perasan.

            Menggeleng si Nora melihat aksi kelam kabut kawannya itu. Lega. Takdalah dengar soalan yang sama lagi. Fuhhhh..

           
            Kereta Porsche Cayenne milik Haikal berhenti di hadapan rumah sewa Zaira. Menungunya di dalam kereta.

            “Maaf Encik Haikal. Saya tak perasan tadi.” Masuk sahaja ke dalam kereta, terus dia meminta maaf. Kalau lihat dari Whatsapp yang dihantar tadi, sudah hampir lima belas minit Haikal tunggu. Rasa bersalah menerpa di hatinya.

            “Encik Haikal?” Tidak berkelip Haikal memandang Zaira. Rasa seperti baru ternampak bidadari turun dari kayangan. Tidak pernah dia rasa begini dengan mana-mana wanita. Dengan Kirana pun tidak.

            “Encik Haikal, tebal sangat ke make up saya? Baju saya ni tak okey ye?” Semua ditanya. Ni Nora punya pasal. Mesti Encik Haikal tengok aku macam opera cina. Ala, macam mana ni.

            Tangan Zaira cuba mengambil tisu dan cermin yang disimpan di dalam beg tangan. Malunya. Malu bila Encik Haikal pandang macam tu. Nasib jugalah dia tak ketawakan kau Zaira. Kalau tidak lagilah malu.

            “No Zaira... You look very damn beautiful tonight.” Haikal menghalang tangan Zaira dari mengambil barang dari beg tangan. Kini tangan Zaira sudah berada di dalam genggamannya. Bukan Zaira sahaja yang terkejut, malah Haikal juga. Reaksi spontan macam ni lah buat jantung masing-masing berdegup kencang.

            “Zaira cantik sangat malam ni. And I think you should thank your friend for all this.” Tangan Zaira dilepaskan. Tapi pandangannya masih tertumpu pada wajah Zaira.

            “Betul ke Encik Haikal? Kalau tebal, saya lap sikit make up ni. Nanti orang fikir saya badut pulak.” Biar dia berterus terang sekarang, dari nanti kena  jadi bahan ketawa orang ramai pula. Mahu sebulan aku tak keluar rumah.

            Haikal sekadar menggelengkan kepala. Dia tiada kata-kata lagi untuk berbicara. Terkunci sudah mulutnya.

           
            “Zaira okey tak ni?” ditanya pada Zaira sebaik sahaja mereka menghampiri dewan besar di dalam hotel terkemuka di ibu kota ini

            “Saya… saya seganlah Encik Haikal.” Zaira memperlahankan langkahnya. Apa tidaknya, belum lagi masuk ke dalam dewan, ramai yang sudah menegur Haikal.

            “Okey, I will not leave you alone Zaira. Macam ni… kalau awak tak selesa nanti, kita balik okey?” sudah keluar suara romantik Haikal. Buat hati Zaira cair dengan sendiri. Dibalasnya senyuman manis Haikal yang dilemparkan padanya.

            Terpegun Zaira saat kaki melangkah masuk ke dalam dewan. Dekorasi yang sungguh cantik dan ekslusif. Hiasan bunga-bunga hidup yang tersusun rapi. Penataan cahaya juga membuatkan dewan kelihatan bertambah indah.

            Inilah wedding dream aku……. Bisik hati kecil Zaira.

            “Haikal, you are here. Thank you for coming.” Dato’ Ghani menghampiri mereka berdua dan menghulurkan salam.

            “And this is…” dibiar tergantung ayatnya. Berharap Haikal akan menyambung.

            “Zaira, my partner for tonight.”  Haikal cepat-cepat mendekatkan diri pada Zaira. Lain macam betul Dato’ ni tengok aku. Entah-entah Encik Haikal ni tipu. Memang muka aku macam badut agaknya. Mak…. Tolong Zaira.

            “For your info… Dato’ Ghani ni memang macam tu. Tak boleh tengok perempuan cantik. But don’t worry, dia takkan kacau partner tetamu dia. Awak selamat Zaira.” Haikal berbisik pada Zaira.

            Lega Zaira. Memang seram cara Dato’ Ghani pandang dia tadi. Kalau takda Haikal tadi, memang Zaira jadi mangsa gatal Dato’ Ghani.

            Perempuan cantik? Aku cantik? Hampir keluar ketawanya. Tapi sempat dia tahan. Nanti malu pula Haikal. Dahlah kena duduk dekat meja VIP. Langsung mati kutu Zaira.

            Ini kalau Kirana yang duduk sini, bolehlah dia bersembang bagai dengan mereka-mereka semua. Ini aku. Manalah aku tahu sangat nak borak apa-apa. Setakat hai tu bolehlah.


            Tetamu-tetamu yang hadir bukannya tidak ada yang kenal Haikal dan Kirana. Mereka tahu hubungan cinta mereka berdua. Tetapi tiada siapa pun yang kisah jika Haikal datang dengan perempuan lain. Sebabnya… mereka juga sama. Bukannya semua yang datang dengan isteri masing-masing. Sibuk bawa isteri kedua tak pun teman wanita. Pasang lain semuanya tanpa pengetahuan isteri pertama. Hebat juga dunia orang-orang kaya ni.


** Bersambung......

7 comments:

  1. Akhirnye...da gak n3 baru utk DPH...rasa mcm pendek plak n3 kali ni....nak lagi....hehehehe

    ReplyDelete
  2. Txs for the update. Akhirnya ada sambungan mereka berdua...

    ReplyDelete
  3. Sy sk betol dgn novel nie. Harap2 cpt d smbng. N cpt2 lh novel nya d psr kan. X sbr rse nya nk menunggu...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Novel ni dah ada di pasaran ke?

    ReplyDelete
  6. Bl nk smbg? Dh lme tgu...huhuhu...

    ReplyDelete
  7. Bl nk smbg? Dh lme tgu...huhuhu...

    ReplyDelete