DIA… PENJAGA HATIKU.
Bab 9
Kirana dan Haikal berpimpinan tangan bersama masuk ke dalam
panggung wayang. Kalau tidak atas desakan Kirana, tidak mahunya Haikal rapat
begitu. Keluar pun malas sebenarnya.
Gaya manja Kirana pada Haikal telah
menarik minat banyak mata. Menjadi tumpuan secara tiba-tiba. Kirana hanya
mengenakan baby-T dari jenama Guess dan seluar jeans ketat. Cukup menampakkan
keseksian tubuh badannya. Haikal pula masih nampak segaknya walaupun sekadar
menyarung T-shirt Polo dan seluar jeans lusuh. Bagi mereka, semua itu normal.
Kalau berseorangan pun orang tengok, apatah lagi kalau berjalan berdua. Dua-dua
nampak bergaya dan sepadan.
Bosan. Itu sahaja yang boleh
menggambarkan perasaan Haikal ketika itu. Tiada apa yang menarik perhatiannya.
Wanita seksi yang dari tadi rapat dengannya juga tidak berjaya menarik
perhatian.
Kenapa dengan aku ni? Kenapa hati
aku ni tak boleh sepenuhnya mencintai Kirana?
Mana pula ni. Lamanya beli popcorn.
Mengeluh seorang diri Zaira di suatu
sudut. Matanya sibuk mencari-cari kelibat Azri. Takut Azri lupa yang dia sedang
berdiri di sini. Lagi lima minit wayang akan bermula. Batang hidung Azri tidak
nampak pun.
Zaira?
Mata Haikal terus terhala pada
seorang wanita yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Dapatlah dia memastikan
jika benar Zaira atau tidak bila mana Kirana masuk ke tandas sekejap.
Ya, memang betul itu Zaira. Hatinya
berdegup kencang saat memandang wajah Zaira. Pandangannya tidak langsung mahu
mengalih ke tempat lain. Masih fokus pada yang satu.
Dia keluar dengan siapa? Dengan buah
hati ke?
Parah. Haikal sibuk hendak tahu. Dan
rasanya itu bukan urusan kau Haikal. Itu hak Zaira untuk keluar dengan siapa
pun yang dia mahu. Siapa kau? Sekadar majikan di tempat kerja. Tidak lebih dari
itu.
Zaira masih mencari-cari. Penat
tunggu lama-lama dekat sini. Kalau tahu macam ni, lebih baik dia ikut sahaja
Azri pergi beli popcorn. Takdalah rasa gelisah macam ni.
Fikirannya tiba-tiba teringatkan
sesuatu. Saat dia menonton wayang bersama seseorang. Encik Haikal. Perasaan
yang berbeza. Rasa selesa pun ada. Rasa selamat bila bersamanya. Kenapa
perasaan itu tidak ada pada Azri. Kenapa perlu ada pada Encik Haikal.
“Sayang, jom.” Kirana memaut lengan
Haikal. Tersedar terus Haikal dibuatnya.
Dan waktu itulah pandangan Zaira
jatuh pada wajah Haikal. Pandangan mereka bersatu untuk beberapa saat sebelum
Haikal beredar dari situ.
Encik Haikal…. Dia dengan siapa? Cik
Kirana ke?
Sepadannya mereka berdua. Secocok
sangat.
“Zaira, jom.” Kini lamunan Zaira
pula terganggu dek sentuhan Azri di bahunya.
Janganlah mereka tengok cerita yang
sama. Doa Zaira bertubi-tubi di dalam hati sepanjang mereka berjalan masuk. Pandangan
tajam Zaira membolehkan dia melihat pasangan secocok tadi berjalan di
hadapannya.
Hatinya sedikit terusik bila
ternampak Kirana melentukkan kepalanya di atas bahu tegap Haikal. Nampak mesra
sangat mereka berdua. Rapat tu tak payah cakaplah. Sudah tidak ada ruang kosong
antara mereka pun.
Sebelum Haikal melangkah masuk ke
Cinema 2, sempat dia menoleh ke belakang untuk melihat Zaira. Berlainan dengan
Zaira, Haikal memang berharap sangat yang Zaira akan menonton cerita yang sama
dengannya.
Langkah cuba diperlahankan. Nasibnya
baik bila Kirana sendiri mengajaknya ke tepi. Katanya ada panggilan mustahak
yang perlu dia jawab. Biarlah dia. Janji aku boleh nampak Zaira. Bisik Haikal
sendiri.
Yes!
Semuanya berpihak pada Haikal. Maaf
Zaira. Doa anda tidak dimakbulkan.
Zaira tidak tahu langsung yang
Haikal duduk tiga baris di belakangnya. Sibuk otaknya memikirkan cerita apalah
yang Haikal tengok dengan buah hati pengiran jantungnya itu. Mesti dia tengah
seronok kan. Kau ni Zaira. Sah-sah dia tengah gembira. Keluar dengan buah hati,
takkanlah nak sedih pulak. Marah Zaira pada dirinya sendiri.
“You kenapa ni? Dari tadi I tengok
macam ada yang tak kena je. You tak sihat ke sayang.” Kirana perasan perubahan
Haikal dari tadi. Cuma selepas dia keluar dari tandas tadi, wajah Haikal nampak
sedikit ceria.
“Nothing. Cuma letih je.” Cuba
dipujuk hatinya untuk tidak menyakiti hati dan perasaan Kirana. Rasa gundah
gelana pula bila difikirkan tentang Zaira. Tidak pernah dia rasa begini dengan
mana-mana wanita. Kenapa pula dengan Zaira berbeza perasaannya.
Wayang sudah bermula. Kirana macam
biasa akan memeluk lengan Haikal sambil kepalanya dilentok di bahu Haikal.
Haikal tidak ambil peduli. Biarlah apa pun yang Kirana hendak buat. Janji dia
senyap.
Pandangan Haikal bukan dihala pada
skrin besar di hadapannya tetapi tersasar ke tepi sedikit. Tepat dituju pada
Zaira dan Azri.
Walaupun masing-masing sedang
bersama pasangan masing-masing, tetapi hati mereka tidak. Zaira sibuk
memikirkan tentang Haikal. Begitu juga sebaliknya. Kedua-duanya berprasangka
masing-masing tengah gembira walhal tidak sama sekali.
Tamat. Pintu keluar sudah dibuka.
Cahaya dari luar menerangi ruang gelap di dalam wayang.
Zaira yang bangun terlebih dahulu. Hatinya kuat menyuruh dia
memusingkan badan dan memandang ke belakang.
Tergamam. Wajah Zaira berubah serta merta saat wajah Haikal
memenuhi ruang anak matanya. Maknanya selama ini dia duduk dekat belakang aku?
Dia boleh nampak aku buat apa dari tadi. Aduh…..
Eh kejap. Dia, Encik Haikal nak tengok aku? Dah Zaira. Jangan nak
perasan. Perasaan kau je tu. Dia langsung tak pandang kau kot. Dia ada Cik
Kirana yang cun tu.
Senyuman dilemparkan pada Haikal. Apa lagi yang boleh dia buat.
Takkanlah nak pergi dekat dengan dia dan tegur. Mahu mengamuk si Kirana tu
nanti. Kacau date orang.
Keluar sahaja dari situ, masing-masing sudah menghilangkan diri. Seorang
ke utara, seorang lagi ke selatan. Memang tak berjumpalah ya.
Haikal terus menghantar Kirana balik. Itupun punyalah susah. Kalau
ikut kepala Kirana ni, mahu sampai ke subuh dia nak bersama Haikal.
Kereta memecut laju selepas menghantar Kirana pulang ke kondonya.
Fikiran Haikal masih bercelaru. Mana Kirana?.
“Zaira, kita kahwin tahun depan. Abang akan hantar orang masuk
meminang.” Kaku sekejap Zaira. Betul ke apa yang baru dia dengar ni. Memang
selama ini dia ternanti-nanti saat ni. Saat Azri melamarnya.
Tetapi kini semuanya berbeza. Hatinya seperti kosong. Tiada apa-apa
perasaan pun. Gembira tidak, sedih pun tidak.
“Zaira tak suka ke?” Laju sahaja kepalanya menggeleng menjawab
pertanyaan Azri.
“Takdalah, Zaira suka. Tapi… kenapa tiba-tiba pulak ni.” Zaira rasa
seperti ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan. Dia tidak boleh percaya pada
sesiapa pun. Takut semuanya mimpi.
“Kenapa tiba-tiba abang nak masuk meminang? Itu yang Zaira nak
tanya kan?”
Tarik nafas dahulu sebelum sambung lagi.
“Okey, abang rasa dah lama kita berkawan. Dah tiba masanya abang
berumahtangga. Nak ikat Zaira jangan bagi orang lain ambil.” Tersengih lebar
Azri sambil tangannya meraup helaian rambut yang jatuh menutupi dahinya.
Kalau itulah jawapan Azri, Zaira terima seadanya. Mungkin itu yang
terbaik untuk mereka. Yalah, orang kata kalau selalu keluar lelaki dan
perempuan yang belum ada ikatan sah, macam-macam boleh terjadi. Setan suka
kalau umat Nabi Muhammad ni buat maksiat. Perkara yang dibenci Allah.
“Apa?! Kau nak kahwin awal tahun depan. Tahniah. Tumpang gembira
aku.” Azlin memeluk erat kawan sepejabatnya itu. Walaupun baru beberapa bulan
kenal, tetapi dirasakan sudah lama mengenali antara satu sama lain. Semakin
hari semakin rapat.
Hati Zaira tidak segembira yang disangkakan. Zaira sendiri tiada
jawapan untuk itu. Dia tidak faham kenapa tiada rasa teruja pun. Semenjak Azri
melamarnya, hatinya sedikit pun tidak berubah. Sama sahaja.
“Tinggal berapa bulan je lagi ni.
Barang-barang hantaran kau dah beli ke? Persiapan lain macam mana?” Sibuk Azlin
bertanya. Semuanya hendak ambil tahu. Lagipun dia memang suka bab-bab persiapan
perkahwinan ni. Dari dulu lagi dia memang begitu. Itu sebabnya sibuk dia suruh
adik-adiknya kahwin cepat. Biar dia uruskan barang hantaran semua.
“Barang-barang hantaran nanti aku
beli sekali dengan Azri. Pelamin, mak andam semua, mak aku yang uruskan nanti.
Ala Azlin, aku buat simple je. Duit pun bukannya banyak. Tiba-tiba pulak Azri
ajak kahwin. Ni nanti hujung bulan ni kami nak bertunang dulu. Kau tahulah kan,
kena keluarkan duit jugak nak buat majlis nanti. Takkanlah nak guna duit mak
ayah aku.”
“Kau mintaklah Azri sponsor belah
kau.”
“Wah Azlin, hebat betul cadangan kau
ni. Kau ingat Azri tu macam Encik Haikal ke. Banyak duit semua.” Encik Haikal?
Kenapa nama dia yang aku sebut ni. Aduhai…..
“Itulah kau. Cepat sangat ada
boyfriend. Kalau tak, boleh kau goda Encik Haikal tu sampai jadi suami kau.
Hah, kan untung tu. Aku gerenti, semua benda dia sponsor. Duit hantaran jangan
cakaplah. Mesti tinggi punya.” Tinggi betul angan-angan mak jenin ni. Dia ingat
Encik Haikal tu takda taste tersendiri ke. Orang macam dia dah tentu nak
perempuan cun. Aku ni kategori cun ke, Azlin oi.
Malam tadi baru sahaja Zaira
menelefon ibu bapanya di kampung. Belum sempat dia memberitahu apa yang
tersirat di dalam hati, Mak Milah yang dahulu membuka mulut.
“Azri dah lamar kamu kan Zaira. Tadi
Makcik Ani telefon mak. Dia kata rombongan Azri akan datang rumah kita hujung
bulan ni. Nak risik dan tunang sekali. Kamu setuju ke?”
Zaira diam. Lama juga sehinggalah
Mak Milah bersuara semula menyedarkannya.
“Kalau mak rasa ini yang terbaik
untuk Zaira, Zaira ikut je mak. Lagipun kita kan dah kenal dengan keluarga
Azri. Makcik Ani pun baik sangat.” Walaupun Zaira tidak nampak, Mak Milah tetap
mengangguk kepalanya tanda setuju.
Zaira tidak tahu samada ini yang
terbaik untuknya atau tidak. Dan kata-kata Mak Milah malam tadi benar-benar
membuatkan dia nekad untuk teruskan juga perkahwinan ini.
“Zaira pun dah kenal dengan Azri
lama kan. Dengan keluarganya. Takpalah nak, mungkin ini jodoh kamu dengan dia.
Mak cuma nak tengok anak-anak mak bahagia. Itu je.”
Best2..Tq writer..pantas masukkan next enrty..suka2 ^_^
ReplyDeleteNak lagi..nak lagi...hehee..
ReplyDeletetxs cik write for the new update. Jadi ker Zaira bertunang? mcm tak de hati jer.... Dulu Zaira nak sgt lepas jumpa En. Haikal lain jadinyer...
ReplyDeletebest..x sbr nk bc smbngnnye..
ReplyDeletebest..x sbr nk bc smbngnnye..
ReplyDeletexkan zaira kawen ngan azri kott.. oh my.. xnkkk.. harap2 azri kemalangan ke ap.. huhu.. sis, sambung sis..
ReplyDeleteHarap2 ada kluar novelnya.. x sabar nk buat koleksi
ReplyDeleteBagus. Nak tanya cinta hati sayang dah ada di kedai buku ke?.
ReplyDelete