Jangan Ada Cinta .....
Mss ke 4 dari saya. Kita layan prolog 1 dulu. Kalau agak2 best dan nak follow cerita ni, jom LIKE ye...
“Abang Im!” Mohd
Hakim Imran menoleh ke arah datangnya suara orang memanggil namanya.
Diperlahankan langkah kaki sambil matanya masih melilau mencari kelibat
pemanggil.
Dan bila matanya tertacap pada wajah seseorang yang dia cukup
kenal, bibir secara spontan mengukir senyuman. Troli yang diletakkan bagasi
ditolak menukar arah ke si pemanggil tadi.
“Mohd Daniel Imran!” Hakim tidak menunggu lama. Pantas
ditarik badan Daniel mendekatinya. Bahu Daniel disentuh dan ditepuk berulang
kali. Inilah wajah yang selalu dia rindu selama ini.
Begitu juga Daniel. Tidak lepaskan langsung peluang yang
ada. Bersyukur panjang kerana akhirnya dapat juga dia lepaskan rindu pada abang
kesayangannya ini.
Kringgggggg……..
Alamak! Terlupa pulak nak matikan bunyi alarm ni…….
Hakim dan Daniel menoleh serentak memandang seseorang
yang dari tadi berdiri di tepi mereka. Memerhatikan drama adik beradik
melepaskan rindu mereka setelah lama tidak berjumpa.
“So…sorry.” Disebabkan tenungan kedua-dua lelaki di
hadapannya membuatkan lidah jadi kelu. Payah hendak mengeluarkan kata-kata. Tak
pernah-pernah dia gagap sebelum ni. Kenapa pulak kali ni boleh jadi macam ni.
Pelik.
“Oh, lupa nak kenalkan.”
“Abang Im, kenalkan Mira Sofea, bakal tunang I.” Tangan
Mira dicapai dan digenggam erat.
“Dan Mira, kenalkan Encik Mohd Hakim Imran, abang I.”
Hakim hulurkan tangan pada Mira. Salam perkenalan.
Memang Mira tidak menunggu lama. Salam perkenalan
disambut baik. Tangan mereka bertaut buat pertama kalinya. Senyuman terukir
pada bibir mereka berdua. Pandangan mereka bersatu buat kali pertamanya.
*** Suka tak? Rasa2nya Mira dengan si abang atau si adik............
Dgn abang..
ReplyDeleteHarap ramai yg suka dgn JAC...
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteHuhu...suspen la intro writer...gaya mcm dgn abang jer...hehehe
ReplyDeleteHehe.. suspen sikit2 je ni.. ;)
Deletecite baru ya. Mcm ada konflik cinta jer...
ReplyDeleteSis, yup.. cite baru.. nanti kita masukkan bab 1 ok..;)
DeleteWahhh.
ReplyDeleteAde citer baru lh..
Suka nya
Suka nya
Suka nya...
Wahhh.
ReplyDeleteAde citer baru lh..
Suka nya
Suka nya
Suka nya...
Xsabar nk tggu sambungan dia penjaga hatiku...kalu ada di pasaran bgtau ye...
ReplyDeleteLike it love it...menarik NY Kak...plz smbung cpt...sentiasa tggu akak update...
ReplyDeleteAip2 ntah2 dh kenal nii hehehe
ReplyDeleteLike👍👍👍
ReplyDelete