CINTA HATI SAYANG
BAB 28
“Assalamualaikum.” Kedengaran suara
Lara memecah kesunyian. Sofea terus bangun menerkam pada Lara. Tarik nafas lega
Puan Sri dan Zarif. Jika tidak entah apalah yang hendak diberitahu pada budak
kecil ini.
“Ibu pergi mana?” Sibuk si kecil
bertanya sambil menarik Lara mendekati Puan Sri dan Zarif. Dicium lembut pipi
Sofea dengan penuh kasih sayang.
“Ibu pergi pasar dengan Tok Mat.”
Lara melemparkan senyuman pada Puan Sri. Dia memang tidak memberitahu pada
sesiapa pun kecuali Mak Jah. Takut jika dia memberitahu Puan Sri nanti, si
Sofea pula mahu mengikut. Dengan keadaan pasar yang licin, merisaukan lagi Lara
untuk membawa Sofea.
“Lara pergi pasar ke tadi? Auntie
ingat Lara dengan Mak Jah dekat dapur.” Puan Sri pula yang tidak percaya.
Memang seingat dia Lara berada di dapur bersama-sama Mak Jah. Rupa-rupanya dia
keluar ke pasar.
“Pergi kejap je. Alang-alang Pak Mat
nak ke sana, Lara tumpang sekali. Beli ikan ayam untuk simpan dekat peti ais
rumah. Bolehlah masak nanti.” Puan Sri sekadar mengangguk tanda sokongan. Wajah
Zarif dipandang.
“Betul juga tu Lara. Kena simpan
stok bahan mentah ni. Takut tiba-tiba ada tetamu tak diundang datang rumah.
Sibuk nak makan dekat sana.” Pada mulanya Lara tidak mengerti maksud Puan Sri
tetapi bila dilihatnya Puan Sri mengerling pada Zarif, tahulah Lara. Zarif yang
dimaksudkan. Patutlah dari tadi Zarif diam membisu di tepi. Tidak menyampuk
langsung.
Ketawa juga akhirnya Lara. Tidak
dapat ditahan lagi. Begitu juga Puan Sri. Hanya Zarif yang buat-buat tidak
faham. Membiarkan mereka ketawa berdua. Wajah Lara dipandang tajam.
Ala…. Ada aku kisah dengan pandangan
tajam kau tu. Boleh jalan daaaa…. Lara terus menyambung ketawanya.
Seronok juga mereka bersembang
bersama-sama sehinggalah Lara meminta diri untuk membantu Mak Jah di dapur.
“Seronok ketawakan orang ye.”
Terkejut Lara dibuatnya. Dia tidak perasan yang Zarif ada di belakangnya.
Setahu dia tadi hanya dia sahaja yang meminta diri untuk ke dapur. Zarif masih
duduk tidak berganjak dari tempatnya.
“Mestilah. Seronok sangat.” Laju
sahaja mulut Lara berbicara. Kakinya masih melangkah menuju ke dapur. Wajah
sedikit berlagak ditunjukkan.
“Ini lagi seronok.” Aduh! Menjerit
Lara bila hidungnya ditarik kuat oleh Zarif. Ini bukan seronok, ini sakit
namanya. Tidak sempat Lara hendak membalasnya, Zarif terlebih dahulu
membesarkan langkahnya menaiki tangga ke atas. Ada terdengar suara ketawa Zarif mengejek.
Geram sungguh rasa hati. Cermin di tepi tangga dipandang. Lara membelek hidungnya
yang baru sahaja menjadi mangsa tarikan tangan Zarif. Jadi merah terus hidung
Lara. Dia ni kan………
“Hah Lara, kenapa dengan hidung tu?”
Mak Jah orang pertama yang perasan bila
Lara duduk di sebelahnya. Disentuh perlahan hidungnya yang masih kemerahan. Ini
semua Zarif punya pasal.
“Ada orang gila tarik tadi. Geram
Lara Mak Jah. Ikutkan hati, hendak je Lara piat telinga dia pulak. Baru adil.” Kini
giliran Mak Jah pula yang ketawa. Sakit hidungnya masih belum hilang, sekarang
ini sakit telinganya pula mendengar Mak Jah ketawa.
“Mak Jah ni….. Lara tengah geram ni,
dia boleh ketawa pulak.” Lara menarik muka masam. Ingatkan Mak Jah akan
bersimpati dengannya. Rupa-rupanya tidak. Lucu sangat ke aku cerita tadi? Fikir
Lara sendiri.
“Ala Lara, maaflah. Mak Jah tak
tahan tengok wajah Lara tu. Macam budak-budak. Sorang tarik hidung, sorang nak
tarik telinga.” Ada sisa ketawa di bibir Mak Jah. Lara memuncungkan mulutnya.
Tanda masih merajuk.
“Zarif buat ye sampai merah macam
ni?” Mak Jah dapat mengagak. Siapa lagi kalau bukan Zarif yang kuat mengusik
Lara sejak akhir-akhir ni.
“Siapa lagi Mak Jah kalau bukan dia.
Dia ingat hidung Lara ni boleh pegang suka-suka hati. Nak..bayarlah.”
Menggeleng sambil tersenyum Mak Jah dibuatnya. Macam-macam perangailah
budak-budak sekarang ni. Si Zarif pun satu. Makin hari makin kuat mengusik si
Lara ni. Yang si Lara pun satu. Tak mahu mengalah.
Zarif menutup pintu biliknya.
Perbuatannya tadi tidak disangka-sangka. Dia tidak merancang semua itu. Tiada
langsung dia terfikir hendak berbuat begitu pada Lara. Dia tidak tahu pun
bagaimana tangannya laju dibawa ke hidung Lara dan menariknya. Spontan semuanya berlaku. Mana pernah sebelum
ini dia bergurau senda dengan perempuan lain selain mama dan adiknya.
Apa yang dah berlaku pada kau Zarif?
“Mak Jah kata asam pedas ni Lara
yang masak. Betul ke?” Tan Sri bertanya sambil menyeduk ikan pari masak asam
pedas ke dalam pinggannya. Lara pula terpinga-pinga di situ. Memanglah dia yang
masak. Tapi rasanya dia sudah memberitahu pada Mak Jah supaya tidak memberitahu
pada sesiapa pun. Malu kalau rasanya tidak sedap nanti. Sedap atau tidak
biarlah Mak Jah yang tanggung. Kalau dapat pujian biarlah Mak Jah sahaja yang
terima.
“Aaaa… aah Uncle. Kalau tak sedap maaflah ye.” Seperti biasa rasa rendah diri
selalu wujud dalam diri Lara Alina. Tidak pernah dia membangga diri walaupun
mendapat pujian dari sesiapa.
“Kena rasa ni bang.” Kini giliran
Puan Sri pula yang menyeduk asam pedas tadi. Dikerlingnya pada Lara yang nampak
gelisah. Mak Jah ni…. Tak boleh simpan rahsia langsung. Berulang kali dia
menyuruh Mak Jah jangan memberitahu pada sesiapa pun. Tengok ni. Apa yang Mak
Jah dah buat.
Lara hanya melihat Tan Sri dan Puan
Sri merasai asam pedas masakannya. Harap-harap mereka suka. Kalau Zarif,
biarlah dia. Suka ke tidak suka ke, Lara tidak kisah langsung. Yang dia kisah
sekarang ialah Tan Sri dan Puan Sri.
“Abang?” Puan Sri tersenyum
memandang suaminya dan kemudian beralih arah pada Lara. Tan Sri masih mengunyah
nasi yang baru disuapnya tadi.
“Auntie
suka. Sedap.”
“Uncle
pun. Sedap ni. Pandai Lara masak.”
Leganya hati Lara mendengar. Tidak
sia-sialah dia berpeluh-peluh masak tadi. Hendak cepat masak takut ada yang
nampak nanti. Habis bocorlah rahsia dia nanti. Tup-tup, Mak Jah yang bocorkan
rahsia pada Tan Sri. Buat penat je.
“Taknak tanya pendapat I ke?” Suara
Zarif membuatkan hatinya gelisah. Kenapa pula dia perlu berasa sebegitu. Kata
tadi tak kisah dengan dia. Iskh hati ni. Main-main pulak dia.
“Yelah Lara. Kena tanya Zarif kalau
bab asam pedas ni. Salah satu masakan kegemaran dia. Ikan pari masak asam pedas
memang favourite dia..” Lara hanya
mampu tersenyum pada Puan Sri. Dalam hati tiada siapa yang tahu. Kalau dia tahu
ini lauk kegemaran Zarif memang tidak dimasaknya. Lebih bagus kalau dia tahu
apa masakan yang paling dia tidak suka. Lauk itulah yang akan Lara masak. Biar
Zarif tidak makan langsung. Tidak jamah langsung masakannya.
Oh, patutlah beria-ia Mak Jah
menyuruh dia masak asam pedas bila dilihatnya Pak Mat membeli ikan pari tadi.
Mesti dia tahu Zarif suka masakan ni. Sengaja Mak Jah ni.
“Not
bad. Boleh bawa jual ni.” Sekali lagi Lara terpaksa berpura-pura senyum
dihadapan semua orang. Kata-kata Zarif itu entah ikhlas entah tidak. Lara tidak
dapat memastikannya. Hanya dia sahaja yang tahu.
“Sedap.” Perlahan sahaja suara Zarif
dilontarkan pada Lara. Pandangan mata mereka bersatu. Ada keikhlasan dapat
dilihat dari anak mata Zarif. Tetapi Lara menepis terus semuanya. Mana ikhlas
kata-kata lelaki bernama Carl Zarif. Semuanya dusta. Pandai bermuka-muka. Depan
mama dan papanya mestilah tunjuk baik. Cuba dekat belakang mereka. Habis
dikutuknya.
Pintu bilik dibuka. Naim menolak
kerusi rodanya ke depan. Mereka yang lain sedang menjamu selera di bawah. Dia
pula berseorangan di dalam bilik. Itu yang sebenarnya Naim mahukan. Bukan
kehendak orang lain tetapi dirinya sendiri. Sudah berapa lama dia begitu,
tiba-tiba pula hatinya seperti mahu berkumpul beramai-ramai dengan mereka yang
lain. Mahu merasai makan bersama, duduk bersama, berbual bersama dan
lain-lainlah. Aktiviti yang sudah lama dia tidak rasai.
Ada suara seorang wanita di sebalik
suara-suara yang didengarinya. Suara perempuan yang dilihat pagi tadi besar
kemungkinannya. Dan suara budak kecil. Suara siapa pula tu. Naim mahu tahu
milik siapa suara tersebut. Dia mahu tahu segala-galanya.
Petang itu Lara membawa Sofea balik
ke rumahnya. Esok pagi seperti biasa dia akan menghantar semula Sofea untuk
menemani Puan Sri dan selepas itu dia akan ke tempat kerja. Puan Sri sudah
menyuruh Mak Jah membekalkan mereka asam pedas tadi dan sedikit lauk lain.
Tidak payahlah Lara hendak memasak lagi malam nanti. Ada juga Tan Sri menyuruh
Lara balik lewat sikit, tetapi Lara tetap mahu balik petang itu. Katanya dia
ada kerja yang hendak disiapkan malam nanti.
Sedang Lara bersalaman dengan Tan
Sri dan Puan Sri, kereta milik Zira masuk ke perkarangan rumah. Diparkir
betul-betul di belakang kereta milik Zarif.
“Zira ke tu?” Tan Sri bertanya pada
Puan Sri. Mereka yang lain juga turut mendengar.
“Dialah tu. Siapa lagi.” Ringkas sahaja
jawapan Puan Sri.
“Bakal menantu kesayangan awaklah
tu.” Kali ini wajah Puan Sri sedikit berubah. Tan Sri selalu berkata begitu
pada isterinya. Memang dia suka memerli Puan Sri.
Lara mendengar setiap kata-kata yang
keluar dari mulut Tan Sri tadi. Bakal menantu? Maknanya betullah perempuan ni
ada hubungan istimewa dengan mamat ni. Sengajakan nak sembunyi dari mata orang.
Pandai kau Zarif.
Sebenarnya Zarif juga mendengarnya.
Cuma dia malas hendak menyampuk. Biarlah apa pun mama dan papanya nak kata.
Yang dia tahu dia tidak akan berkahwin dengan perempuan bernama Zira. Hatinya
bukan untuk Zira.
Ingatannya masih jelas teringat akan
rancangannya. Rancangan untuk membalas dendam. Rancangan yang melibatkan
seseorang yang Zarif tidak tahu sebenarnya sudah mendapat tempat di hatinya.
“Lara balik dululah Uncle, Auntie.”
Lara terus berjalan ke keretanya. Semasa dia berselisih dengan Zira, ada
sesuatu yang dikatakan membuat langkah Lara terhenti.
“Baliklah. Tak payah nak berlakon
baik okey. Dulu kakak kau, sekarang kau pulak.” Dengan wajah penuh angkuh, Zira
berjalan terus. Lara pula tidak puas hati langsung. Dia ingat aku senang-senang
boleh buat tak tahu je. Ini Lara Alina okey.
Lara berpusing terus dan mengejar
Zira. Sofea ditinggalkan sekejap di tepi. Dia tidak akan berpuas hati selagi
tidak membalasnya. Dengan wajah yang manis, Lara membalas “Baguslah kalau kau
tahu. Lebih baik kau jaga baik-baik Zarif kau tu sebelum aku rampas dia dari
kau.”
Lara kemudiannya melambai kepada Tan
Sri dan Puan Sri. Dia tahu mesti mereka tertanya-tanya sebab Lara berpatah
balik mendapatkan Zira. Dengan cara itu, mereka tidak dapat mengesyaki apa-apa.
Lara tidak mahu mereka tahu apa yang mereka sedang gaduhkan. Lagipun ini antara
Lara dan Zira sahaja.
Zarif memerhatikan mereka dari tadi.
Dia tahu ada sesuatu yang berlaku antara mereka. Ada benda yang Lara tidak puas
hati. Walaupun dia tidak berapa kenal dengan Lara, tetapi dia tahu perempuan
itu tidak akan mendiamkan diri jika dikutuk. Dia ingin tahu apa yang Zira katakan
pada Lara. Hatinya lebih memihak pada Lara kalau diikutkan. Mesti Zira yang
mulakan dulu.
Kini Zira pula terpaksa berlakon di
hadapan Tan Sri dan Puan Sri. Begitu juga dihadapan Zarif. Dalam senyuman yang
dilemparkan ada perasaan geram terbuku di hatinya. Semakin sakit hatinya
melihat Lara. Berani betul perempuan tu cabar aku. Dia ingat aku ni siapa?
Kawan dia?
“Arghhhhhhh!” Lara menjerit selepas
keretanya sudah memasuki jalan besar. Sofea di sebelah sedikit terkejut. Wajah
ibunya dipandang tepat.
“Ibu okey ke?” suara Sofea
menyedarkan Lara bahawa dia bukan keseorangan. Sofea ada bersama-samanya.
Nasiblah dia tidak menjerit sekuat hatinya tadi. Kalau tidak, mahu menangis
Sofea dibuatnya.
“Ibu okey sayang. Geram sikit je.”
Pipi Sofea dicubit lembut. Barulah ada senyuman sebenar dari wajah Lara. Hanya
Sofea yang dapat menggembirakan hatinya. Wajah tenang Sofea membuatkan hatinya
sejuk kembali. Semakin hilang rasa geramnya pada kata-kata Zira tadi. Berani
betul perempuan tu kutuk aku. Dia ingat dia siapa?
Are you okay?
Keluar sahaja dari kereta, mesej
dari Zarif diterima. Lara tiada langsung perasaan mahu membalasnya. Dibiarkan
sahaja mesej tersebut. Telefon terus dimasukkan semula ke dalam beg.
“Jom sayang.” Lara memimpin tangan
Sofea menuju ke lif. Sedang mereka menunggu lif, dirasakan ada seseorang
menghampirinya.
“Kenapa tak balas mesej I?” Apa pula
yang dia buat dekat sini ni. Tadi elok je ada dekat rumah. Kembali semula
perasaan geram Lara tadi. Zarif masih berdiri hampir dengan Lara sambil tangan
sebelahnya memegang helmet. Naik motor. Patutlah cepat benar sampai. Sempat
pula tu Lara memerhatikan Zarif.
“Eh, boleh tak jangan kacau saya.
Eeee, tak payahlah sibuk pasal saya. Awak dengan Zira sama je.” Bertambah geram
Lara. Tadi Zira, ni pula Zarif. Memang patut pun mereka dijodohkan berdua ni.
Sama sibuk.
“Lara!”
“Apa?!” Sofea di tepi Lara hanya
melihat mereka berdua yang seperti mahu bergaduh. Semakin takut perasaannya.
“Jangan samakan I dengan perempuan
tu.” Wajah Zarif semakin tegang. Dia memang tidak suka dikaitkan dengan Zira.
“Eh dah lah. Saya penat. Saya nak
naik atas.” Kebetulan pintu lif terbuka. Lara menarik Sofea masuk ke dalam.
Butang untuk pintu tutup ditekan. Zarif dilihatnya masih berdiri di situ
memandang Lara. Tiada langsung senyuman dari wajahnya. Begitu juga Lara.
Masing-masing cuba menenangkan perasaan sendiri.
“Kenapa uncle ikut kita ibu?” Pertanyaan Sofea membuatkan Lara juga
tertanya-tanya.
“Uncle….
Dia nak jumpa kawan kejap.” Lara tidak tahu alasan apa yang patut diberikan.
“Kawan uncle dekat sini ye. Lain kali bolehlah uncle datang rumah kita. Ibu masak lauk uncle suka makan tu.” Wajah comel Sofea dipandang. Lara hanya mampu
tersenyum. Sofea tidak mengerti apa-apa lagi.
Zarif ikut aku ke? Kenapa pula dia
nak risau pasal aku? Dia patut risau pasal buah hati dia tu. Dia marah aku
samakan dia dengan perempuan tu? Mereka tengah bergaduh kot. Tu sebab Zarif
marah dekat dia. Ala, sama jelah mereka berdua tu. Dua kali lima, lima kali
dua. Jawapannya sepuluh……
Ee si langau ni.. zarif makin lama mcm makin jatuh hati jr
ReplyDeleteHehe. Nama baru Zira ye... Langau. Okey gak tu.
DeleteKesian kat lara terpaksa telan semua....
ReplyDeleteZarif lak makin miang...
Kesian Lara kenapa Zira & Zarif ganggu hidup dia. Plzzz buatkan Naim atau Badrul sukakan Lara baru Zarif sedar dia juga sukakan Lara.Ada persaingan baru game bermula...
ReplyDeleteBest! Sambung lagi..cepat plssssss....tq! ;)
ReplyDeleteHeh, Zarif bila nk sedar agaknya. Sis, saya nk Zarif nanti betul2 ikhlas sayangkan Lara boleh? Takutlah dgn rancangan balas dendam dia tu. Haih...
ReplyDeletemmg ko same je ngan zira tue zarif oii...
ReplyDeleteishh risau btl lah dgn si zarif angau nie..bom jangka nk meletup dh..hahaha
hairynn best sgtt....tq hairynn..next n3 plzzz...;)
Z ariff n Z ira..nama bermula dr huruf yg sama..adakah kuat jodoh mereka..
ReplyDeleteThanks akak..
ReplyDeleteBest sangat..
X sabar nak tunggu new entry...
Akak arina ngan haris bile novel keluar..
X sabar nak peluk novel dia
X sbr nk tunggu semua novel akk keluar
ReplyDeletezarif dengan zira..dua2 tak boleh pakai..kesian lara nak melayan dorang dua tu..
ReplyDeletebest.
ReplyDeleteTq semua sebab sudi baca dan follow cerita ni. Terharu sangat bila karya kita dihargai. #budakbarubelajar #kalausalahtolongmaafkan
ReplyDeleteZarif..zarif..still xsedar bahawa dia tu amik.berat pasal lara..siap mai naik motor nk tau pe yg tjadi kat lara..dh dh la tu ngn dendam tu..truskn mencintai lara..projek memikat hati lara
ReplyDeletenak lagi n3 sis...
ReplyDeleteCita sis semua BEST!
x sabar nk peluk nvl Haris ♥♥♥♥♥♥
Sis,bila nk update entry baru?
ReplyDeletesis new entry plzzzz....
ReplyDeleteMalam ni ada new entry. Kejap ye.. ;)
ReplyDeleteAlina x Naim🤭🤭 Joke"
ReplyDelete