CINTA
HATI SAYANG
BAB
26
“Happy birthday mama.” Terharu hati Puan Sri setiap kali anak-anaknya
mengucapkan selamat hari lahir padanya terutama Naim. Anaknya itulah yang lebih
memerlukan perhatian dari semua orang. Zarif dan Lissa dapat menjalani
kehidupan seperti orang biasa tetapi tidak Naim.
“Thank you sayang. Ingat juga Naim birthday mama ye.” Puan Sri tidak lupa
akan anaknya itu. Dibawanya kek yang telah dipotong sedikit tadi ke dalam
bilik. Memang dari dulu lagi Naim jarang keluar dari biliknya. Dia lebih suka
terperap seorang diri. Tidak mahu bergaul dengan orang lain termasuklah
keluarganya sendiri.
“Rasalah kek ni. Sedap.” Mood Naim sedikit baik hari ini.
Diambil piring yang dihulurkan padanya.
“Sedap tak?” Puan Sri sibuk bertanya pada Naim bila
suapan kedua dimasukkan ke dalam mulut. Naim mengangguk sambil menyuap lagi.
“Mama beli dekat mana?” Soalan dituju pada Puan Sri
membuatkan dia tidak tahu hendak menjawab apa. Boleh sahaja dia menipu Naim
tetapi hatinya tidak betah dia berbuat begitu.
“Kawan mama buat.” Puan Sri masih tidak berani menyebut
nama Lara kepada Naim. takut ditanya siapa pula Lara. Kalau diberitahu yang
Lara adalah adik kepada Hana, bekas isterinya, mahu dia mengamuk nanti. Mahu
dia berubah sikap terus.
“Sedap. Lain kali boleh buat lagi kan.” Senyuman
dilemparkan pada mamanya. Tersenyum juga Puan Sri melihat wajah riang anaknya
itu. Bukans selalu dia dapat melihatnya. Rindu sebenarnya Puan Sri akan sikap
Naim yang dulu. Suka membuat orang terhibur.
“Mama…. Naim nak tanya sikit.” Puan Sri mengusap lembut
kepala Naim. Sayang pada anak-anaknya tidak pernah kurang walau sedikit pun.
Semuanya disayang sepenuh hatinya. Ibu mana yang tidak sedih bila melihat
keadaan anak murung dan suka menyendiri.
Wajah Naim dipandang dengan penuh kasih sayang. “ Nak
tanya apa sayang?”
“Hana mana mama? Papa dah jumpa dia kan.” Nama Hana yang
tiba-tiba disebut. Rasanya Zarif sudah memberitahunya tentang arwah Hana. Kenapa pula dia bertanya
lagi? Naim lupa ke?
“Naim… Sebenarnya, Hana dah….” Pintu diketuk. Puan Sri
menoleh ke belakang. Kelihatan Tan Sri berjalan menghampirinya. Bahu Puan Sri
disentuh. Tahulah Puan Sri yang suaminya itu tidak mahu dia meneruskan
kata-katanya itu.
“Sebenarnya Hana dah meninggal dunia Naim. Dia dah
tiada.” Naim tidak percaya. Dia tidak percaya akan kata-kata papanya. Berulang
kali dia menggeleng-geleng kepalanya.
“Naim nampak dia hari tu papa. Dekat sini. Dekat rumah
ni.” Beristighfar Tan Sri dan Puan Sri mendengarnya.Mana mungkin arwah Hana
boleh datang ke sini. Disangkanya Naim bermimpi. Tetapi rupa-rupanya tidak. Dia
memang pernah melihat seseorang yang disangkanya Hana. Bukan Hana tetapi Lara. Kejadian
malam itu hanya disaksikan mereka berempat. Tan Sri dan Puan Sri langsung tidak
tahu apa-apa mengenainya.
“Bertenang Naim. Itu semua khayalan Naim sahaja.” Tan Sri
masih cuba menyedarkan anaknya itu. Begitu juga Puan Sri.
Suatu hari nanti akan ditemukan Naim dengan Lara. Sofea
juga perlu tahu siapa Naim padanya.
Selepas membantu Mak Jah mengemas, Lara naik ke bilik
untuk membersihkan diri. Sofea turut mengikutnya. Malam ini Lara akan tidur di
rumah Tan Sri. Puas juga Puan Sri memujuk Lara dan akhirnya terpaksalah juga
Lara mengalah. Dia sebenarnya berat hati untuk tidur di situ lebih-lebih lagi
bila Zarif ada.
Zarif pula menghilang entah kemana. Naik ke biliknya
mungkin.
“Ini semua hadiah untuk Nab ke?” Puan Sri terkejut bila
dibukanya pintu bilik, tersusun di tepi katil beberapa bungkusan hadiah. Ada
yang besar, ada yang kecil. Bermacam-macam warna sampul.
“Ye sayang abang. Ini semua untuk Nab. Bila tak penat
nanti bukalah satu persatu. Hadiah dari abang pun ada dekat situ sekali.” Puan
Sri mencium pipi suaminya. Walaupun sudah lama mereka mendirikan rumahtangga,
kasih sayang mereka tidak pernah kurang. Seperti dulu juga sayang Tan Sri pada
isterinya. Begitu juga Puan Sri.
“Ini mesti dari Sofea, cucu kita kan.” Pandangan Puan Sri
tertumpu pada sebuah kotak kecil yang dibalut sedikit comot. Ada sticker
kartun ditampal padanya. Siapa lagi yang hendak menampal gambar kartun selain
Sofea.
Diangkatnya kotak tersebut dan dibelek. Hilang penatnya
bila melihat bungkusan kecil tersebut. Berkobar-kobar perasaannya ingin tahu
apa yang ada di dalam. Inilah kali pertama dia mendapat hadiah dari cucunya
sendiri. Dari kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa.
Dengan teliti Puan Sri mengoyak perlahan-lahan sampul
hadiah tersebut. Buka-buka sahaja ada kotak kecil yang ditutup rapat. Dibuka untuk melihat isi dalam.
“Abang, comelnya.” Puan Sri menunjukkan pada Tan Sri hadiah
yang diterimanya. Sebekas balang kaca kecil yang dipenuhi dengan bintang.
Bintang yang dibuat sendiri oleh Sofea dan Lara. Tersentuhnya hati Puan Sri
mendapat hadiah yang sangat berharga baginya. Walaupun hadiah yang dia dapat
tidak mahal harganya tetapi keikhlasan orang yang memberi adalah sangat penting
bagi Puan Sri.
“Mesti Sofea dan Lara buat sendiri ni. Bintang ni secomel
mereka juga kan.” Puan Sri memuji kedua-dua mereka. Tan Sri mengangguk tanda
setuju dengan kata-kata Puan Sri.
Tan Sri memaksa Puan Sri membersihkan diri dahulu dan
mengerjakan sembahyang Isyak sebelum membuka hadiah yang lain. Puan Sri akur
dengan arahan suaminya dan berlalu ke bilik air.
Lara tidak dapat tidur. Matanya tidak mahu lelap. Sofea
sudah nyenyak tidur barangkali. Mereka tidak tidur bersama. Selepas menidurkan
Sofea di biliknya tadi, Lara masuk ke biliknya pula. Hendak kata panas tidak
rasanya. Penghawa dingin sudah terpasang. Kejap ke kiri, kejap ke kanan.
Tekak pula terasa seperti hendak minum. Tanpa menunggu lama
lagi, Lara terus turun dari katil dan keluar menuju ke dapur di tingkat bawah.
Lara mahu membuat air milo panas untuknya.
Habis sahaja tangga dituruni, dia terdengar sesuatu dari
ruang rehat. Ada cahaya yang kelihatan beserta suara orang bercakap. Rasa macam
bunyi dari TV. Fikir Lara.
Kakinya melangkah ke sana. Takut juga Lara. Mana tahu
kalau bukan bunyi TV. Mahu pengsan dia nanti. Perlahan sahaja dia ke sana.
Rupa-rupanya Zarif yang sedang menonton TV. Nasiblah dia
tidak sedar akan kehadiran Lara di situ. Khusyuk benar menonton cerita yang
ditayangkan. Belum sempat Lara berpusing hendak ke dapur, terdengar suara orang
memanggilnya.
“Lara, is that you?” Iskh, dia nampaklah pulak.
Aku punyalah cukup senyap, tak keluar langsung bunyi. Tajam betul deria dia ni.
“Ye saya.” Lara tidak menoleh pun. Dia hanya menjawab
pertanyaan Zarif itu. Belum selangkah pun Lara melangkah, terdengar lagi suara
Zarif. Kali ini seperti satu arahan padanya.
“Tolong buatkan milo panas untuk I. Thank you.” Eh
eh, tanya tidak tup-tup terus suruh je. Dia ingat aku Mak Jah ke. Kalau dia
tahulah Zarif yang ada di situ, memang tidaklah dia ke sana. Cari kerja namanya
ni Lara.
Hendak atau tidak, terpaksalah juga Lara membuat air
untuk Zarif sekali. Jujurnya memang tidak ikhlas langsung Lara membuat air
untuk Zarif. Dibawa keluar dua mug. Satu untuknya dan satu lagi untuk Zarif.
Siap. Lara membawa cawan berisi milo yang dibancuh tadi
ke ruang rehat.
“Nah air.” Mug tadi diletakkan di meja di tepi sofa
tempat Zarif bersandar.
“Thank you Lara. Eh, nak kemana tu? Jomlah teman
I. Cerita ni best tau.” Zarif mengajak Lara menonton bersama-samanya.
Filem luar negara ni. Lara sendiri tidak tahu tajuknya. Yang dia perasan ada pelakon
terkenal The Rock. Dia memang minat sebenarnya dengan The Rock
ni.
“Aaa, cerita apa?” Ikutkan hati memang dia taknak duduk
berdua dengan mamat ni. Tapi sebabkan pelakon kesayangan dia berlakon, Lara
jadi serba salah.
“The Hercules. The Rock berlakon ni. You minat dia
kan.” Zarif kemudian menghirup air milo tadi sambil matanya masih ditumpukan
pada skrin besar di hadapannya.
The Hercules. Cerita ni memang Lara tidak tengok
lagi. Memang dia teringin nak tengok tapi tak kesampaian. Tapi yang peliknya…
macam mana dia tahu aku suka The Rock ni. Sejak bila dia jadi tukang tilik ni.
Mata Lara tertumpu pada skrin. Dia tidak sedar yang dia
sudah pun melabuhkan punggungnya di atas sofa. Mereka sama-sama menonton sambil
menghirup milo panas. Dah macam panggung wayang pun ada. Dengan lampu ditutup.
Hanya lampu dari tangga menyinari ruang tersebut. Penghawa dingin terpasang
lagi. Skrin besar dengan sound system yang memang hebat.
Terlupa sekejap Lara yang dia sedang duduk berdua-duaan
dengan lelaki bernama Zarif. Masing-masing menumpukan perhatian pada cerita
tersebut. Cerita makin menarik. Seronok pula Lara menontonnya.
Zarif tidak perasan yang air milonya sudah habis diminum
tadi. Maknanya dari tadi dia memegang mug kosong. Dialihkan sekejap
pandangannya untuk meletak mug tadi di atas meja. Ketika itulah baru dia sedar
yang dia hanya berdua dengan Lara. Masing-masing khusyuk memandang ke skrin
besar.
Wajah Lara dipandang. Dalam samar-samar lampu masih jelas
terlihat wajahnya yang cantik walaupun tanpa sebarang solekan tercalit di
mukanya. Lara masih tidak perasan yang Zarif sedang memandangnya.
Kenapa hati tak sedap je ni. Macam ada orang yang
memerhati aku. Lara dapat rasa ada seseorang yang sedang memandangnya. Hilang
tumpuan Lara pada cerita tersebut. Nasib juga cerita tersebut sudah hendak
tamat. Biarlah dulu siapa pun. Dia mahu mengetahui sampai habis cerita
tersebut.
Cerita tamat. Baru Lara rasa yang dia sudah lama duduk di
situ. Bersama siapa?.... Bersama Zarif!.
Lara menoleh kepada Zarif. Ya, dia yang sedang memandang
Lara. Rasanya sudah lama juga dia pandang aku ni. Patutlah tadi rasa tak sedap
hati. Bisik Lara sendiri.
Eh eh dia ni. Masih pandang aku ni kenapa. Marah Lara
sendiri. Geram pula dilihatnya si Zarif ni. Ubahlah pandangan tu. Sibuk pandang
sini kenapa.
Lara tidak senang duduk. Cerita pun dah habis, lebih baik
dia angkat punggung dan beredar dari situ.
“Lara.” Tangan Lara tidak semena-mena dipegang Zarif.
Pantas sahaja Lara menarik tangannya dari terus disentuh Zarif.
“Sorry. I nak
minta tolong. Tolong basuhkan mug I ni.” Mug diangkat dan dihulurkan
pada Lara yang masih berdiri kaku di tepinya.
“Lain kali nak suruh tak payahlah sampai nak
pegang-pegang.” Lara mengambil mug tersebut dari tangan Zarif. Sekali
lagi tangan mereka bersentuhan. Terus terlepas mug dari tangan Lara.
“Huh, nasib sempat. Kalau tidak…..” Zarif lebih pantas
mencapai mug tersebut dari jatuh ke lantai. Ada senyuman menggoda dilemparkan pada Lara.
Ah, macamlah aku nak terpikat tengok senyuman dia tu. Sedikit dicebik bibirnya
dan berlalu ke dapur sambil memegang dua mug.
Merungut juga Lara sambil membasuh mug di
sinki. “Ngada-ngada. Tak boleh basuh
sendiri ke. Dahlah orang buatkan air, ni nak basuh pun nak suruh orang jugak.
Eh, ingat aku ni bibik dia ke. Pegang ikut suka hati dia. Dia ingat aku ni apa.
Patung? Boleh pegang sana sini.” Ditenangkan hatinya sekejap sebelum berpusing.
“Makkkkk!” Terperanjat Lara bila sahaja dia berpusing.
Zarif sedang berdiri tegak di belakangnya. Sangat hampir. Tergamam sekejap
Lara. Bibirnya terus terkatup rapat. Tiada langsung bunyi yang keluar dari
mulutnya seperti tadi. Hanya hembusan nafas turun naik dirasakan.
“Ngumpat ye.” Alamak! Dia dengar ke tadi. Iskh mulut ni.
Itulah nak ngumpat tak toleh kiri kanan. Pakai cakap je. Kan dah.
“Aaaa, tak…tak… mana ada.” Macam mana ni. Lara tiada
alasan untuk diberikan. Sebabkan dia tergamam tadi, terus otaknya tidak dapat
berfikir apa-apa. Dah macam baru nampak hantu pun ada si Lara ni. Gelisah
semacam.
“I dengar.” Zarif memang dengar Lara merungut tadi. Tapi
dia tidak dengar dengan jelas pun apa yang dirungutkan tadi. Tapi Zarif tahu
yang Lara sedang merungut pasal dia. Mesti sebab mug tadi.
“Okeylah, saya naik dulu.” Lara tidak betah berdiri
lama-lama di hadapan Zarif. Dengan pandangan Zarif yang semakin tajam. Gerun
pula Lara tengok.
Entah macam mana Lara melangkah, kakinya tersandur permaidani
kecil yang dihambarkan di ruang dapur. Dengan spontan matanya ditutup. Mesti
sakit ni….
Eh, tak rasa sakit pun. Macam tak jatuh dekat lantai.
Macam ada sesuatu yang menyambut. Seseorang barangkali. Oh tidak……
“Kata tak suka kena pegang… Ni lama dah kena pegang.
Taknak bangun ke?” Suara Zarif menyedarkan Lara. Terus dibuka matanya. Memang
betul seseorang sedang mendakapnya. Cuma orang tersebut bukan lelaki
pilihannya.
Lara bangun dengan sedikit rasa malu. Malu bila dia tidak
menolak dipeluk. Tadi kemain marah, ini suka pula. Ini darurat, lain kes. Lara
menyedapkan hatinya.
“Eh cik Lara. Takda ucap terima kasih ke?” Suara Zarif
sekali lagi memberhentikan langkahnya. Dia baru sahaja hendak terus naik ke
atas. Terpaksalah dia berpusing semula menghadap Zarif.
“Terima kasih banyak-banyak Encik Zarif.” Tersenyum lebar
Zarif bila mendengarnya. Lara terus berlalu dari situ meninggalkan Zarif
seorang diri di dapur.
Di dalam bilik, masing-masing tidak dapat melelapkan
mata. Mereka masih teringatkan insiden yang berlaku antara mereka tadi. Cepat
sahaja Zarif menangkap badan Lara dari jatuh. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia
bertindak begitu. Dia boleh sahaja membiarkan Lara jatuh tadi. Bau haruman badan
Lara masih kuat diingatannya. Memang keadaan mereka sangat rapat ketika itu.
Zarif sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada perasaannya.
Lara juga begitu. Kenapa wajah Zarif asyik bermain di
fikirannya. Puas dia cuba menghilangkan wajah tersebut dari ingatannya tetapi
tidak berjaya. Takkanlah sebab dah peluk rapat tadi boleh jadi sampai macam ni.
Carl Zarif……. Kenapalah bukan orang lain yang berada di
tempatnya.
Lara Alina….. Kenapalah perasaan yang berbeza bila berada
hampir dengannya. Ingat Zarif….. Rancangan kau perlu diteruskan. Jika tidak
dendam yang selama ini dipendam akan terus terpendam.
Hehe.. masing2 dalam hati ada taman dah.. hairynn tq serius suke
ReplyDeleteHehe... Tq juga Abby Sha sbb masih follow cerita ni... :)
DeleteSerius best stori nih..everyday bukak baca menda yg sma shingga la ada n3 baru..puas ati
ReplyDeleteSuka dengar.... TQ ye Ida Ahmad....
DeleteAlamak Lara jgn cepat jatuh sayang pada zarif...plssss!!!biar zarif yg gila bayang dulu ego sgt!!!!Best sgt sis.TQ for this new entry.....
ReplyDeleteTq sgt2 dear Aminatuuz Zahrah.... ;)
DeleteHuh! Zarif still dgn rancangan dia tu. Lara tak salah la adoyai... Btw, cinta dh nk berputik ke? Heheh thanks sis xp
ReplyDeleteKita tengok cinta antara siapa yang berputik mekar nanti ye..... TQ dear Farhatin Najwa.. :)
DeleteAdui parah..parah..parah..lara dah jatuh cinta ke dgn zarif..jgn le lara..
ReplyDeleteHuhu.... Terus follow cerita ni ye..
DeleteOohhh tiidak...
ReplyDeleteMacam lara dah jatuh cinta je..
Bile naim akan tahu lara adalah adik hana
Nanti akan ada bab antara Naim dan Lara. Kena tunggu ye... :)
DeleteNak lagi
ReplyDeleteIsy zarif ni tak habis2 dgn dendamnya tu..dh suka tu..suka je la x yah nk berdendam lg..btw best3
ReplyDeleteTq sgt2 Syaza Suhana... :)
DeleteAlahai sedihnya hati seorg ibu..tersentuh di situ..good job hairynn
ReplyDeleteJgn2...abislah Lara dh nak angau jgk....dendamlah sgt zarif...jgn rindu dendam sudah...hahaha
Best n3 x ni....sukeeee....tq hairynn
Tq so much sis Amie Ahmad... :)
DeleteSis ble ada smbugn ni...x sbr nk tunggu best sgt...
ReplyDeleteInsyaallah malam ni ye. Tunggu tau.. ;)
DeleteYessss sabar menunggu ni!!!
ReplyDelete