Haaa.... ni saya masukkan bab 25 dan 26 ye.. Alhamdulillah tinggal lagi sikit je lagi untuk siap manuskrip. Boleh hantar pada pihak penerbitan untuk dinilai. Doa-doakan ye. AMIN....
KAU
TETAP MILIKKU
BAB
25
Arina mengejutkan Mimi dan Linda sebaik sahaja mereka
tiba di Kuala Besut. Tempat mereka akan menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian.
Turun dari bas masing-masing sibuk mencari tempat untuk menunggu. Ramai juga
pelancong yang menaiki bas yang sama dengan mereka. Masing-masing sibuk dengan
telefon masing-masing termasuklah Linda dan Mimi. Mereka sibuk bermesej dengan
buah hati masing-masing. Arina pula teragak-agak untuk menghantar mesej pada
Haris. Takut jika mesej yang dihantar nanti akan mengganggu tidur lena Haris.
Butang SEND ditekan.
Arina tidak berharap yang Haris akan membalasnya. Besar
kemungkinan dia masih tidur. Baru sahaja Arina hendak menyimpan telefonnya
semula, bunyi panggilan masuk.
“Arina...... Dah sampai ke? Cepat nya.” Kedengaran suara
serak Haris yang menunjukkan dia baru sahaja bangun dari tidur.
“Dekat Kuala Besut ni. Tengah tunggu bot. Kejap-kejap
lagi sampailah. Maaf ye ganggu Haris tidur.” Risau juga Arina kalau-kalau Haris
marah padanya mengganggu tidurnya.
“Owh... okey. Ingat dah sampai Pulau. Okey sayang. I kena
mandi dulu ni. Nanti takut lambat nak ke airport. Bye. Take care. Enjoy your holiday sayang.” Pesanan Haris itu
membuatkan Arina rasa sangat-sangat dihargai. Entah-entah memang benar dia
sayang pada aku. Tapi mungkin juga dia cuma rasa kesian dengan aku, dengan
kehidupan aku yang serba kekurangan ni.
Monolog Arina sendiri.
“Jom jom.... Bot dah sampai tu.” Mimi menepuk bahu Arina
dan Linda yang sedang leka dengan telefon.
Mereka menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian. Tidak sabar
mereka hendak sampai di sana. Cantik
pemandangan sepanjang perjalanan mereka itu. Akhirnya mereka sampai juga. Linda
telah menempah chalet untuk mereka bermalam selama tiga hari ini di
sana.
“Ah.... seronoknya.... tak sabar nak pergi mandi ni.”
Mimi terus menghempaskan badannya di atas tilam sebaik sahaja mereka masuk ke
dalam chalet. Arina dan Linda
sibuk meninjau di setiap penjuru bilik terutamanya bilik mandi. Seronok mereka
dapat pergi bercuti bersama-sama. Walaupun keadaan bilik yg tidaklah berapa
besar untuk mereka bertiga tetapi itu tidak menghalang mereka dari merasai
keseronokan. Tidak sabar rasanya untuk melakukan segala aktiviti yang ada
disediakan di situ.
“Korang..... apa kata lepas mandi kita gi breakfast. Laparlah.” Arina mencadangkan
pada mereka. Masing-masing bersetuju dengan cadangannya. Seorang demi seorang
masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Terasa segar seluruh badan selepas
mandi. Apa tidaknya, dari malam tadi mereka berada diluar. Walaupun pada waktu
malam tetapi lekit di badan tetap ada.
Mereka keluar menuju ke restoran chalet tersebut
yang menempatkan pelbagai makanan sarapan pagi. Semuanya nampak sedap bagi
Arina. Mereka menjamu selera bersama
penghuni chalet yang lain. Kebanyakkannya pengunjung dari luar negara.Banyak
betul aktiviti yang mahu mereka buat. Kalau boleh semuanya hendak dibuat hari
ini. Tetapi mereka sudah menyusun jadual aktiviti mereka dengan baik. Yelah...
entah bila lagilah mereka dapat ke sini. Jadi semua aktiviti yang ada di sana
mereka ingin cuba.
Selepas bersarapan, mereka berjalan di tepi pantai.
Seronoknya menikmati angin laut yeng sepoi-sepoi bahasa. Mimi sudah membuat
jadual untuk mereka sepanjang berada di sana. Dia memang jenis tersusun aturan
hidupnya. Itulah Mimi yang Arina kenal dulu. Semuanya perlu mengikut jadual.
Ingat lagi pesanan Mimi pada mereka ketika mereka berada di dalam kereta menuju
ke stesen bas malam tadi.
Sehari suntuk mereka menghabiskan masa mereka di luar. Kawasan
di Pulau Perhentian amatlah cantik. Memang tidak rugilah mereka menyimpan duit
untuk ke sini. Ramai juga pengunjung yang berjalan di tepi pantai ketika itu
termasuklah mereka. Mereka bergelak ketawa sehingga lupa dengan orang ramai di
sekeliling mereka. Sudah lama mereka tidak bercuti bersama. Selalunya tidak
menjadi. Ada sahaja perkara yang membatalkan niat mereka tu. Kali ini memang
mereka ingin menikmati cuti mereka sebaik-baiknya.
“Assalamualaikum mak. Ari ni. Mak sihat ke?” Selepas
balik dari makan malam di luar, Arina terus menelefon mak Leha di kampung.
Rindunya pada emak dan juga adik-adiknya.
“Mak sihat Ari. Kamu pulak. Sihat ke?” Giliran Mak Leha
pula bertanya pada anak sulungnya. Dia sebenarnya baru lepas mengerjakan
sembahyang Isyak tadi.
“Ari sihat mak. Ari kat Pulau Perhentian ni. Bercuti kat
sini.” Seronoknya Arina rasakan jika keluarganya turut sama bercuti bersamanya
di pulau yang indah ini.
“Bila kamu ke sana?. Dengan suami kamu ke?” Arina terdiam
seketika. Lupa pula Arina tentang Haris. Mestilah emaknya bertanya tentang
Haris. Satu-satunya menantu yang dia ada buat masa ini.
“Arina dengan kawan-kawan mak. Bukan dengan Haris. Dia
tak ikut.” Arina terpaksa memberitahu perkara sebenar pada Mak Leha. Biarlah
emaknya tahu yang dia pergi bercuti bukan dengan Haris.
“Laa, mak ingat kamu pergi dengan Haris. Kenapa Haris tak
ikut sekali. Dia banyak kerja ke kat pejabat tu.” Banyak betul yang Mak Leha
tanyakan. Risau benar dengan menantunya itu.
“Aah mak. Dia ada kerja sikit. Tu yang tak dapat ikut tu.
Dia dekat Singapore sekarang ni.” Memang benar yang Haris sekarang ada
di Singapura atas urusan kerja. Janganlah ditanya lagi tentang Haris padanya.
“Jaga diri ye nak. Kamu tu dah jadi isteri orang.
Pandai-pandailah bawa diri. Ni bila lagi ni kamu nak balik dengan suami kamu?.”
Terasa pelik sebenarnya setiap kali emaknya menyebut perkataan suami terhadap
Haris. Mereka bukan seperti suami isteri lain. Tinggal berasingan, tidur
berasingan. Itu semua tidak diketahui oleh Mak Leha.
“Nanti Ari bincang dengan Haris ye. Mak jaga diri
baik-baik tau. Kirim salam dekat semua.” Kalau boleh sebenarnya dia juga mahu
sebuah rumahtangga yang sempurna.
Mempunyai seorang suami yang disayangi dan sama-sama membesarkan anak-anak yang
comel. Bolehkah dia mendapat semua itu bersama Haris. Adakah Haris ingin
mempunyai zuriat bersamanya. Arina tidak dapat menjawabnya.
Arina bersama-sama Linda dan Mimi menikmati angin laut di
malam hari. Sejuk dan nyaman. Kelihatan beberapa pengunjung dari luar negara
berjalan di persisiran pantai melintasi chalet mereka. Linda dan Mimi sudah
berangan untuk membawa pasangan mereka ke sini lagi. Berbulan madu di sini.
Tentu seronok. Arina pula entah bilalah dia akan merasai percutian bulan madu.
Kadang-kadang Arina cemburu dengan Linda dan Mimi. Semua
keluarga mereka tahu akan hubungan cinta mereka. Tidak seperti dia. Hanya
keluarganya sahaja yang tahu akan perkahwinan ini. Keluarga Haris langsung
tidak tahu kecuali bapa saudaranya yang berada di Indonesia sekarang ini.
Bekerja dan menetap di sana. Haris memang rapat dengannya sejak kecil lagi. Dia
ialah adik bongsu kepada Dato’ Mahizan. Berkahwin dengan orang Indonesia tanpa
persetujuan keluarga. Itu sebabnya cuma Dato’ Mahizan sahaja yang rapat
dengannya. Adik beradik yang lain langsung tidak mengambil berat tentangnya
lagi.
Mereka bertiga menikmati suasana malam di tepi pantai.
Mengimbas kenangan mereka bertiga semasa baru berkenalan. Disebabkan seronok
bercerita, masing-masing tidak perasan yang masa sudah menganjak ke pukul tiga
pagi. Berebut-rebut mereka masuk untuk tidur seperti budak-budak.
“Hello?” Arina terlupa untuk melihat siapa yang
menelefonnya. Terus diangkat panggilan tersebut. Dia masih berselimut di atas
katil. Bilik mereka masih gelap. Tidak disinari cahaya matahari yang tertutup
oleh langsir bilik.
“Arina?...” seperti kenal suara tersebut. Yang pastinya
bukan milik Haris. Haris jarang menelefonnya pagi-pagi begini. Selalunya dia
akan meninggalkan pesanan ringkas sahaja.
“Encik Carliff?” Hanya lelaki bernama Carliff sahaja yang
akan menelefonnya selain Haris. Tetapi kenapa awal pagi dia menelefon Arina.
Ada hal mustahak ke.
“Yes, I am. Arina masih tidur lagi ke?” dari suara
Arina, Carliff dapat mengagak yang Arina belum lagi bangun dari tidurnya.
Malunya Arina rasakan. Yang tangan ni pergi gatal angkat telefon tu kenapa.
Marah Arina pada dirinya sendiri.
“Aah… Baru nak bangun ni. Encik Carliff awalnya bangun.”
Arina melihat jam dinding yang digantung di tepi pintu bilik air. Baru pukul
tujuh pagi.
“Ingat nak ajak Arina breakfast. Jom.” Carliff
memang merancang untuk mengajak Arina bersarapan bersamanya. Lagipun entah
kenapa tiba-tiba dia termimpikan Arina malam tadi. Bangun dari tidur terus
Carliff menelefon Arina.
“Maaflah Encik Carliff. Saya dekat Pulau Perhentian ni.
Bukan dekat rumah.”
“Arina dekat Pulau Perhentian?. Bu… buat apa dekat sana?
Dengan Haris ke?” Banyak betul soalan Carliff sehingga Arina hampir tergelak
mendengarnya. Dah macam persis seorang ayah menyoal anaknya.
“Saya bercuti kat sini dengan kawan-kawan. Yang pasti
bukan dengan Dato’ Haris. Kenapa pula Encik Carliff ingat saya dengan Dato’
bercuti sama?” Arina pula yang menyoal Carliff. Dia ingin tahu juga kenapa nama
Haris yang disebut.
“He is….. takpalah Arina. Just be careful dengan
dia okey.” Carliff memang risaukan tentang Arina. Dia tidak mahu Arina tertipu
dengan pujuk rayu Haris. Baginya senang untuk Haris mendapatkan mana-mana
perempuan yang dia suka. Dan mungkin juga Arina.
Arina tahu Carliff amat mengambil berat tentangnya
terutama yang melibatkan Haris. Apa yang Arina boleh buat. Dia memang sudah
berada dekat dengan Haris. Dengan ikatan nikah yang sah. Berharap sangat jika
dia dapat memberitahu Carliff perkara sebenar.
“Wei korang. Bangunlah. Dah pagi ni.” Arina bangun lalu
mengejutkan kedua-dua kawannya yang masih lena tidur. Dibukanya langsir
sehingga cahaya matahari menyinari ruang bilik mereka.
Aktiviti hari ini diteruskan. Masing-masing tidak sabar untuk
memulakannya. Selepas sarapan, mereka bersantai di tepi pantai. Melihat
pengunjung-pengunjung lain berseronok bersama keluarga dan kawan-kawan
membuatkan mereka juga sangat teruja berada di situ.
Sekejap sahaja dirasakan masa berlalu. Mereka pulang ke chalet
untuk membersihkan diri sebelum keluar semula untuk mengisi perut. Makan malam
di restoran berhampiran.
yey bab baru muncul lagi..... tq hairynn
ReplyDeletebest akhirnya dapat juga baca bab baru.
ReplyDeleteYa Allah... lamanya menyepi hairynn... tq so much sbb update bab baru... best sgt2.. bila nak kluar versi cetak?? Good luck..
ReplyDeleteTq ye kerana setia membaca.... Liza Ahmad, insyaallah siap manuskrip akan dihantar untuk dinilai dulu ye. Jika ok, baru lah ada versi cetak. insyaallah. Doa2kan ye..
ReplyDelete