To all followers.. Ni ada satu bab KTM ye. Pengubat rindu... Harap semua suka ye dengan sambungan ni...TQ guys...
KAU
TETAP MILIKKU
BAB
24
Sepanjang perjalanan pulang ke
rumah, Arina diam seribu bahasa. Sepatah yang ditanya, sepatahlah yang dijawab.
Dia masih tidak dapat menerima yang Haris tidak membenarkannya pergi bercuti
bersama-sama dengan kawan-kawannya nanti. Macam mana dia hendak memberitahu
pada Mimi dan Linda. Seronoknya mereka dapat ke sana.
“Arina… take this.” Arina
memalingkan mukanya pada Haris. Yang membuatkan Arina lebih terkejut bila
melihat kad ATM yang dipegang Haris.
“Kad bank?. Untuk apa?” Arina
masih tertanya-tanya kenapa Haris memberikan kad ATM padanya.
“This is for you. Untuk
kegunaan Arina. I dah masukkan six thousand semalam. Every month
I akan masukkan lagi. Kalau ada benda yang Arina nak bayar atau nak beli, just
pakai duit ni. Kalau tak cukup let me know. I will give you more.”
Tercengang Arina mendengar segala yang diterangkan Haris. Tidak pernah terfikir Arina untuk mendapat duit belanja
sebanyak itu dari seseorang.
“Haris…..” Arina tahu dia memang
isteri Haris. Tetapi isteri yang bukan isteri sebenar. Dia tidak layak untuk
mendapat simpati Haris. Dia tidak layak untuk mendapat perhatian Haris. Dia
tidak layak untuk menggunakan duit Haris.
“No Arina. Just take it. You
are my wife!. Berapa kali I nak ingatkan you Arina?. You deserve for all
this.” Haris memperlahankan suaranya
yang tadi sedikit kuat. Arina takut jika Haris bertindak ganas.
Perlahan-lahan dia mengambil kad tersebut dari tangan Haris. Lima ribu bukan
sikit tu. Berapa bulan punya gaji tu.
“And pasal cuti tu… I izinkan.
But remember Arina…. Jangan buat benda yang I tak suka belakang I. You tahukan
akibatnya kalau I marah.” Apa lagi… tersangat suka Arina sehingga dia hampir
memeluk Haris. Senyum lebar Arina bila mendapat keizinan dari suaminya.
“Terima kasih Haris. Arina janji
yang Arina takkan buat benda-benda yang Haris tak suka.” Arina masih memandang
Haris dengan wajah yang ceria. Tidak seperti tadi.
“Peluk I dulu.” Haris sudah
tersenyum memandang Arina. Aduh…. Nak kena peluk pulak ke …..Takpalah…cuti punya
pasal.
Arina merapatkan dirinya pada
Haris dengan niat untuk memeluknya. Namun Haris lagi cepat menangkap bibir
merah Arina. Terus Arina menjarakkan dirinya dari Haris.
“Haris…….kata nak peluk je.
Kenapa ni?” Arina menunjukkan bibirnya yang dipagut Haris tadi.
“Nak lepaskan rindu.” Haris cuba
mendekatkan dirinya lagi pada Arina. Cepat-cepat Arina keluar dari kereta.
Ketawa kecil Haris melihat Arina yang tergopoh gapah keluar. Entah kenapa Haris
berasa sangat gembira bila setiap kali bersama Arina. Hidupnya akan lebih
lengkap sekiranya Arina tinggal bersamanya. Langkah seterusnya yang perlu
diambil Haris. Tinggal bersama. Dia perlu mencari jalan untuk membawa Arina
tinggal bersama-samanya.
Selepas menutup pintu bilik,
Arina mengeluarkan kembali kad ATM yang diberikan Haris. Dia masih tidak
percaya yang Haris sanggup memberikan dia wang sebanyak itu padanya. Tiap-tiap
bulan pulak tu. Kata-kata Haris tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.
“Anggap ini sebagai nafkah zahir
seorang suami pada isterinya. Nafkah batin je dah lama tak beri.”
Itulah kata-kata Haris selepas
dia memberikan nombor pin untuk kad tersebut pada Arina. Arina tidak tahu apa yang patut dia buat.
Kenapa pula Haris perlu memberitahunya tentang nafkah suami isteri. Salahkah dia
kerana tidak menjalankan tugas sebagai isteri yang sebenarnya. Dia nekad.
Selepas pulang dari bercuti nanti, dia perlu berbincang dengan Haris mengenai
hubungan mereka. Sampai bila mereka harus begini.
“Kau dah bawak semua
barang-barang penting ke?” Mimi menjerit pada Arina yang sedang menuruni tangga
rumah dengan beg yang hendak dibawa bercuti.
“Alamak!. Telefon aku.” Selepas
meletakkan begnya di tepi pintu, dia berlari semula ke atas mengambil telefon
bimbitnya yang diletakkan di tepi tempat menggosok baju.
Ada sepuluh panggilan yang tidak
dijawab. Semuanya dari Haris. Cepat-cepat dia mendail semula nombor Haris. Dia
tahu Haris memang tidak suka jika panggilannya tidak dijawab.
“You kat mana Arina? Kenapa tak
angkat phone?” Suara Haris kedengaran sedikit tegas. Apa tidaknya sudah
berapa kali Haris menghubunginya, satu pun tidak diangkat.
“Arina mandi tadi. Phone
dekat luar.” Memang betul apa yang diberitahu Arina.
“Gerak kul bapa ni Arina?” Haris
cuba melembutkan sedikit nada suaranya. Dia tidak mahu Arina berasa takut lagi
dengannya seperti dulu. Dia mahu mewujudkan kemesraan antara mereka.
“Kejap lagi nak gerak ni. Tengah
siap-siap. Haris ke Singapore pukul berapa?” Giliran Arina pula yang
bertanya. Dia cuma tahu yang Haris juga akan ke Singapura hari ini tetapi tidak
pula dia tahu pukul berapa.
“I gerak esok pagi sayang dalam
pukul 7. So, semua barang-barang penting dah bawa? Jangan lupa your
handphone and charger. Nanti susah I nak call.” Handphone yang dia
ingat. Rasanya kalau lupa bawa beg duit yang lagi bahaya. Iskh Haris ni.
“Dah bawa dah semua. Arina nak
kena pergi ni. Nanti dah sampai Arina bagitahu ye.” Arina ingin segera turun.
Dia tahu kawan-kawannya mesti sedang menunggunya.
“Okey Arina. Guna duit semalam I bagi tu untuk
beli barang-barang. Apa-apa call I cepat. Take care sayang.” Arina juga
mengucapkan selamat jalan pada Haris. Masing-masing ke destinasi berlainan.
Berat rasa hati Haris untuk membenarkan Arina pergi. Tetapi dia kesian dengan
Arina. Beria-ia ingin bercuti bersama kawan-kawannya. Ya….Haris juga sudah
bercadang membawa Arina bercuti ke luar negara. Rasanya sudah sampai masanya
dia perlu memberitahu kepada semua orang. Yang dia khuatir cuma mamanya sahaja.
Risau jika dia tidak boleh menerima yang menantunya hanyalah seorang kerani
biasa. Bukan anak Dato’ atau Tan Sri.
Memang benar sangkaan Arina.
Kawan-kawannya sudah menunggunya di dalam kereta. Semangat benar mereka ni.
Arina juga seperti mereka. Entah kenapa terasa sangat teruja untuk pergi
bercuti. Mungkin kerana sudah lama mereka tidak ke mana-mana bersama.
Abang Mimi yang menghantar
mereka menaiki bas untuk ke Kuala Besut. Di sana baru mereka akan menaiki bot
untuk ke Pulau Perhentian. Bas dari Kuala Lumpur bertolak pukul sepuluh malam.
Dijangka sampai ke Kuala Besut pukul enam pagi esok. Banyak kali Haris
mempelawa diri untuk menghantar mereka ke stesen bas namun ditolak lembut oleh
Arina. Katanya mereka sudah meminta abang Mimi untuk menghantar mereka ke sana.
Arina dah naik bas. Kejap
lagi jalan.
Butang SEND ditekan. Berulang
kali Haris mengingatkannya supaya menghantar mesej bila sahaja dia menaiki bas.
Macam budak-budak pun ada. Dituruti sahajalah arahan tuan besar seorang ni.
Take care sayang. Anything
call me. Enjoy your holiday.
Selepas membaca mesej yang dibalas oleh Haris,
Arina melelapkan mata. Kesibukan di tempat kerja siang tadi membuatkan Arina
bertambah letih.
“Arina pergi dengan siapa ni?”
tanya Dato’ Mahizan dengan tiba-tiba bila sahaja Arina dipanggil masuk.
“Saya pergi dengan teman-teman
serumah saya Dato’.” Pelik juga Arina bila Dato’ Mahizan sibuk bertanya
padanya. Risau juga di dalam hati Arina kalau-kalau Dato’ Mahizan tahu tentang
hubungannya dengan Haris.
“Semua perempuan ke? takda pergi
dengan lelaki?” bertambah pelik Arina dengan soalan yang diajukan padanya. Apa
kena dengan bosnya ni. Jangan-jangan dia ingat aku pergi dengan anaknya. Aduh….
“Eh tak Dato’. Saya pergi dengan
dua orang kawan perempuan saya sahaja. Takda kaum adam yang ikut.” Dato’
Mahizan cuma mengangguk perlahan. Ada senyuman terukir dibibirnya. Apa tanda
senyuman tersebut. Arina sendiri tidak mengerti.
“Baiklah. Jaga diri baik-baik.”
Arina cuma mengangguk sebelum keluar dari bilik tersebut. Mungkin Dato’
mengambil berat tentang pekerja-pekerjanya. Arina membuat andaiannya sendiri.
Bas yang mereka naiki masih
meneruskan perjalanan ke Kuala Besut. Arina terjaga bila telefonnya berbunyi.
Nasiblah Arina terfikir untuk memperlahankan bunyi tadi semasa menunggu bas.
“Arina dah dekat mana ni?” Haris
yang menelefonnya. Hairan Arina. Sudah hampir pukul empat pagi takkanlah Haris
tidak tidur lagi.
“Gelap kat luar. Arina pun tak
tahu kat mana ni. Haris tak tidur lagi ke. Esok kan nak bangun pagi.” Tanya
Arina lembut. Suaranya memang diperlahankan sedikit. Takut jika mengganggu
penumpang lain yang sedang tidur.
“Tiba-tiba I teringatkan you,
Arina.” Memang Haris sudah melelapkan matanya tadi. Tetapi entah kenapa dia
terbangun dan wajah Arina yang terbayang. Terus Haris mencapai telefonnya dan
menghubungi Arina. Arina hanya berbual sekejap sahaja dengan Haris. Puas Arina memaksa Haris untuk menyambung
tidur. Dia tidak mahu Haris mengantuk keesokkan pagi.
Ikutkan hati Haris, hendak
sahaja dia mengikut Arina ke sana. Mesti seronok pergi bercuti bersama-sama
Arina. Dia sudah terfikir untuk membawa Arina berbulan madu di negara orang.
Kebanyakkan negara-negara popular sudah Haris jejakkan kaki. Kali ini dia mahu
Arina yang memilih tempat. Pasti Arina ada tempat yang ingin dilawatinya.
Dalam pukul enam pagi, bas
berhenti di Kuala Besut. Arina mengejutkan Linda dan Mimi. Selepas Haris
menelefonnya tadi, mata Arina tidak mahu lelap. Dia teringat saat mereka di
Langkawi tempoh hari. Ada terselit perasaan gembira bila bersama Haris. Arina
dapat rasakan yang dia selamat setiap kali bersama Haris. Ada seseorang yang
akan melindunginya jika berlaku apa-apa. Cara layanan Haris pada Arina serba
sedikit sudah mencairkan hati Arina. Siapa yang tidak suka dilayan seperti
bidadari lebih-lebih lagi dengan jejaka kacak dan kaya seperti Haris.
Mungkin sudah masanya Arina
menjadi isteri sebenar pada Haris….. Itu yang akan Arina bincangkan dengan
Haris sebaik sahaja dia pulang dari Pulau Perhentian.
hati arina makin cair... so sweet......
ReplyDeleterasanya mak haris dah tahu pasal arina dan haris kan hairynn?
thanks dear for n3
weee... best2... lama follow citer ni dr blog yg 1 lg... mak haris mmg dah tahu ni... eerrmmm ;)
ReplyDeleteAt last ada sambungan. Best.
ReplyDeleteTq Hairynn.
yes...dah ada sambungan...lama tul tunggu tau..hu..hu...
ReplyDeleteala... sikitnya... dah la lama tggu update bab baru... please... nak lg....
ReplyDeletetak puas...nak lagi boleh? hehe...
ReplyDeletetak sabar nak tggu arina jadi isteri sebenar haris.. :P
Kak nak lagi please tq sayang akak.
ReplyDeleteAt laassstttt...hhehehe. Nnt sambung lg ye.tq! :-)
ReplyDeleteBest la kak nak lgi...please
ReplyDeleteThank you so much ye pada yg follow cite ni and suka cite ni....Kalau dibukukan akan inform korang ye... Need korang punya support ye.. TQ
ReplyDeleteThank you so much ye pada yg follow cite ni and suka cite ni....Kalau dibukukan akan inform korang ye... Need korang punya support ye.. TQ
ReplyDeleteso sweet arina dah cair dengan haris..kak hairynn sambung tau new n3..:)
ReplyDeletehopefully tak ada isu nanti yg akan menyebabkan mereka akan berpisah...
ReplyDeletebila nak sambung ni...hu..hu...
ReplyDeleteAssalamualaikum..ermm Sy suke n teramat suke kisah novel ni. Novel ni pon,sye just Main Type je ape Yang saya nak baca.then,tbacalah kisah novel ni. Seriusly...i really love INI CERITA. Bile nak sambung????kecian kat sya...huhuhu.sorry terlebih emo pulak.ape pon plezzz sambung kasi cepat sikit. Tqvm.
ReplyDeleteassalamulaikum.. saya suka sangat baca cerita ini. kenapa dah tak ada sambunganya. dah lama saya tunggu. atau dah nak dibukukan. kalau itu lagi bagus
ReplyDeletemelting.... bila nk sambung ni.... rindu da ngan Arina & Haris
ReplyDeleteHi Sis sy dah baca semuanya..memang best..tak sabar baca bab seterusnya..
ReplyDeleteAs salam & Hi u all...
ReplyDeleteMaaflah sbb lama menyepikan diri. Tgh berhempas pulas nak siapkan manuskrip ni. Pihak Karya Seni pun dah tanya bila nak siapkan manuskrip. Harap-harap diterimalah ye.
Nanti saya masukkan bab seterusnya untuk followers suma ye.
Tq so much kerana follow and minat cerita ni.
Muah to u all....
Assalamulaikum. terima kasih atas balasan komen. Memang dah tak sabar menunggu sambunganya sebab dah 2 tahun saya mengikutinya. Tahniah semoga diterima oleh penerbit
ReplyDeleteSalam..xsabar nk tunggu novel keluar..nk tau cerita Arina dan Haris....sweet sangat...cerita ni memang best...bagi penulis, teruskan usaha anda...
ReplyDeletex de lg ke kak bab baru punye..?
ReplyDeleteAssalamulaikum. Nak tanya ia akan dibukukan ke. kalu belum lahi boleh sambung kat blog tak.
ReplyDeleteAs salam semua.. Maaf ye lama menyepi.. Memang dalam proses menyiapkan manuskrip. Nanti sy akan masukkan satu bab untuk melepaskan rindu pada cerita ini ye..
ReplyDeleteho..ho...cepat tau mskkan 1 bab..seriously lama bangat sih tunggu...hu..hu...
ReplyDeletew.salam tolong ya masukan satu bab lagi dah rindu sangat kat Haris dengan ariana ni
ReplyDeleteBeastnye cite ni..smpai xtdo mlm kte..
ReplyDelete