My corner's visitor

Thursday, March 13, 2014

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 26

KAU TETAPI MILIKKU]

BAB 26

            “Alamak, phone aku tertinggal kat dalam bilik. Aku gi ambik kejap ye.” Baru sahaja Arina duduk dari mengambil makanan yang terhidang, ingatannya terus teringat pada telefonnya. Diraba poket seluarnya. Tiada. Terus dia teringat yang telefonnya tadi diletakkan di atas meja di sebelah katil. Arina terus bangun meninggalkan kawan-kawannya dan berlalu ke bilik mereka yang terletak jauh sedikit dari tempat makan.

            Sedang Arina berjalan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang berjalan berlawanan arah dengannya. Mungkin penginap di chalet ini juga fikir Arina di dalam hati. Mulanya Arina malas hendak mengendahkan mereka, tetapi entah kenapa hatinya sedikit resah bila menghampiri mereka. Semakin hampir Arina dengan mereka , semakin resah dirasakannya. Berdegup kencang jantungnya…

            Akhirnya….Matanya terus terhenti pada wajah mereka….

            Masing-masing diam membisu….Hanya pandangan mata sahaja yang menceritakan segalanya.

            “Eh…Dia ni yang….” Arina cepat-cepat berlalu pergi meninggalkan mereka. Arina dapat mengecam mereka. Tidak sanggup dia mendengar apa yang mereka ingin katakan tadi. Baru sahaja beberapa langkah meninggalkan mereka, tiba-tiba dirasakan tangannya dicapai seseorang. Terpusing dia ke belakang menghadap mereka.

            “Arina….. baru aku ingat nama kau.” Memang Arina dapat mengagak yang mereka pasti ingat namanya. Kawan-kawan Haris semasa di sekolah dulu. Arina tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka berempat melawan dia seorang. Patutlah hatinya resah sahaja tadi.

            “Arina…. Jangan takut dengan kitorang. Kita bukan buat apa-apa pun pada kau. Ke kau takut kitorang buat kat kau macam kawan kita buat kau dulu.” Tidak…. Kenapa mereka perlu membangkitkan hal yang sudah lama berlalu. Hampir menitis air mata Arina bila mendengar kata-kata tersebut. Arina diam membisu. Ditahan air matanya dari mengalir. Aku kena kuat.. bisik Arina.

            “Makin cantik pulak aku tengok kau ni. Badan kau….. Kau nak tak aku tangkap gambar kau tanpa pakaian. Jom Arina.” Keluar juga air mata Arina yang cuba ditahan tadi. Masing-masing ketawa sesama sendiri. Terus dia teringat pada Haris. Haris yang membuat dia jadi begini. Aku benci kau Haris…..

            “Gambar dulu tak puas tengoklah Arina. Aku tangkap lagi sekali jom. Baik punya. Sekali servis aku bagi kat kau. Hari tu Haris tak sempat kan. Ni aku bagi free je. Jomlah Arina.”Menggigil Arina mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut lelaki bernama Azman. Ya, Azman. Dia masih ingat akan nama tersebut. Kawan rapat Haris ketika di sekolah dulu. Ikutkan hati hendak sahaja ditampar mukanya. Hanya air mata yang mengalir di pipi mulusnya walaupun dia cuba menahan. Mereka sudah melihat gambarku?. Gambar yang tidak sepatutnya dilihat. Maknanya selama ini Haris bohong padanya. Gambarnya sudah diedarkan. Mati-mati dia percaya dengan kata-kata Haris. Rupa-rupanya….

            “Dahlah wei.. jomlah. Kesian dia.” Salah seorang dari mereka berasa kesian dengan Arina yang diperlakukan seperti itu. Rasanya memang sudah keterlaluan mereka membuat Arina. Bukan mereka tidak nampak air mata yang mengalir di pipi mulus Arina.

            “Ala… nangis ke?. Okay, kami blah ye. Anyway, ni kad aku. Kalau kau nak aku bagi servis, call je aku. Anytime baby.” Sempat lagi dikenyit matanya pada Arina. Memang tidak dinafikan Arina mempunyai tubuh badan yang cantik. Walaupun dia tidaklah setinggi model. Arina menarik nafas lega sedikit. Barulah dirasakan udara di sekelilingnya. Jika lama lagi mereka di sana mahu pengsan Arina dibuatnya.

            Selepas kelibat mereka tidak kelihatan lagi, Arina berpaling dan berjalan menuju ke chalet. Digagahkan juga kakinya untuk melangkah. Air mata tetap mengalir keluar. Terus dia teringat kembali peristiwa yang semakin dilupakan itu. Ingatannya kembali segar.

            Haris tipu…… Haris tipu pasal gambar tu. Kenapa perlu dia tunjukkan pada kawan-kawannya. Mengapa perlu dia menangkap gambar aku dalam keadaan sebegitu. Kenapa aku… Kenapa aku yang kau pilih Haris. Kenapa aku perlu diketemukan kembali dengan kau, Haris. Arina malu… Arina malu pada mereka semua.

            Lemah sahaja langkahnya masuk ke dalam bilik. Telefon dicapai. Dua puluh missed call. Semuanya dari Haris. Malas Arina hendak menelefon Haris kembali. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang ini. Sanggup Haris menunjukkan gambarnya pada orang lain. Tidak ada rasa kesian langsung ke padanya. Arina tidak dapat membayangkan reaksi masing-masing bila melihat gambarnya dalam keadaan sebegitu.

            “Eh, mana lak Arina ni. Lamanya dia pergi. Mesti terus telefon abang sayang la tu.” Linda membuat andaian sendiri bila Arina masih tidak muncul. Sudah hampir satu jam mereka di sana menunggu Arina.

            “Kau tengok ni. Baru nak hantar mesej cakap taknak makan. Kita lak tunggu dia kat sini. Jomlah Mi.” Linda terus bangun dalam sedikit geram pada Arina. Siap kau Arina kejap lagi….

            Arina…. Where are you? Kenapa tak angkat phone ni. Are you okay?

            Arina…. Please… pick up the phone..

            Sayang…. Are you okay…..

            Please… pick up.

            Panggilan dan mesej dari Haris langsung tidak dibalas. Arina tidak tahu yang Haris terlalu risaukannya. Hatinya tersangat sakit bila teringat apa yang telah Haris lakukan padanya.

            “Arina…. Kau tak sihat ke? kenapa ni?” Selepas membuka pintu, Mimi terus mendapatkan Arina bila dilihat dia sedang menangis di tepi katil. Langsung hilang perasaan marah pada Arina tadi.

            Linda pula sedang sibuk mengeluarkan telefonnya dari poket seluar bila ada panggilan masuk diterima.

            “Hello… Arina?. Ada ni tapi dia tengah… Haris telefon kejap lagi boleh?” Linda sudah tidak tahu apa yang perlu dikatakan pada Haris. Suaranya diperlahankan supaya Arina tidak mendengar. Linda pasti ini mesti ada kaitan dengan Haris. Masakan sampai Haris menelefonnya.

            “Linda… please… bagitahu I kenapa dengan Arina. What’s wrong with her?. Dia sakit ke?” Kesian pula Linda mendengar suara Haris ketika itu.Merayu padanya. Dari suara Linda tahu yang Haris benar-benar mengambil berat tentang Arina.

            “Haris.. dia tengah nangis ni. Tapi I tak tahu kenapa.” Linda serba salah samada hendak memberitahu Haris atau tidak. Akhirnya dia nekad juga untuk memberitahu Haris. Biar Haris tahu keadaan sebenar Arina. Mimi pula masih lagi cuba memujuk Arina.

            “Nangis?. Oh no… Linda, please let me know chalet mana you all stay. I datang but please don’t tell Arina about this.” Haris nekad untuk ke sana. Mana mungkin dia perlu membiarkan Arina keseorangan di sana. Mesti ada berkaitan dengannya sampaikan panggilannya tidak dijawab langsung oleh Arina.

            Puas Linda dan Mimi memujuk Arina untuk berkongsi masalahnya tetapi Arina tetap berdegil. Dia enggan menceritakan apa yang terjadi padanya tadi. Bagi Arina biarlah dia seorang sahaja yang tahu apa yang terjadi. Arina malu pada semua orang termasuklah kawan-kawannya.

            Haris terus memandu keretanya ke Kuala Besut untuk menaiki bot ke Pulau Perhentian. Laju Haris membawa kereta Lamborghini miliknya. Dia perlu segera sampai di sana. Dalam fikirannya cuma memikirkan tentang Arina. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia terlalu risaukan Arina. Memang Arina amat-amat beruntung mendapat perhatian Haris. Mana pernah Haris memberi sepenuh perhatiannya pada seorang wanita sebelum ini kecuali mamanya.

           
            Awal pagi Arina sudah bangun. Tidurnya tidak lena kerana memikirkan tentang malam tadi. Entah berapa orang yang sudah melihat gambarnya. Mungkinkah kawan-kawan Haris yang dia jumpa malam tadi semuanya ada memiliki salinan gambarnya. Mungkin ramai yang sudah melihatnya. Takut Arina bila memikirkannya.

            Arina keluar menghirup udara segar di tepi pantai. Malas dia hendak mengejutkan dua rakannya yang sedang lena tidur. Dia berjalan keseorangan menenangkan fikirannya. Walaupun fikirannya sedang berserabut memikirkan masalah tersebut namun Arina cuba untuk melupakannya sebentar.  Dia mahu menikmati keindahan pantai, hirupan angin yang dirasainya. Semuanya sangat menenangkan fikirannya.

            Arina menutup matanya untuk menikmati sepenuhnya udara segar yang sedang dirasai di tepi pantai. Lama juga dia berdiri sambil matanya ditutup. Dia membuka cepat-cepat matanya bila dirasakan ada seseorang berdiri dekat dengannya.

            Haris….. Ye.. Haris yang berdiri di sebelah Arina sambil memandang tepat padanya. Mulut Arina seperti terkunci ketika itu. Langsung tidak boleh bersuara. Ingatannya terus teringat pada peristiwa malam tadi. Kawan-kawan Haris. Haris segala punca bagi masalah ini.

            Arina berlalu dari situ meninggalkan Haris. Dia sudah tidak kisah dengan apa yang Haris rasakan. Yang penting sekarang ini ialah perasaannya. Haris tipu pada Arina selama ini tentang gambar tersebut. Kenapa dia bodoh percaya bulat-bulat apa yang Haris katakan dulu. Entah apa lagi yang telah Haris bohong padanya.

            Haris mencapai tangan Arina membuatkan Arina terpusing ke belakang.

            “Arina… Why?... Kenapa ni?...” Haris tahu ini mesti ada kaitan dengannya. Arina tidak pernah bersikap sedingin ini padanya sebelum ini. Dia perlu tahu apa yang terjadi pada Arina malam tadi. Dari malam tadi Arina tidak menjawab panggilannya sehinggalah ke hari ini. Mesti ada benda yang terjadi padanya.

            Arina cuma menggelengkan kepalanya sambil cuba melepaskan tangannya dari genggaman Haris.Dia malas hendak membincangkan perkara tersebut dengan Haris. Hatinya terlalu sedih. Sanggup Haris memperlakukan perkara tersebut padanya. Terus juga ingatannya teringat kejadian Haris memperkosanya dulu. Semuanya kembali segar dalam ingatannya.

            “Arina.. Please….. Let me know apa yang terjadi? Are you mad at me?” Haris masih cuba mencari jawapan dari Arina. Tangan Arina masih erat dalam genggamannya.

            “Takda apa-apa. Lepaskan tangan Arina. Sakit.” Arina masih berdegil. Dia tidak mahu menceritakan masalah yang dihadapinya dengan Haris. Wajah Haris langsung tidak dipandang.

            “Haris.. tolong… Sakit..” Arina cuba merayu pada Haris bilamana genggaman tersebut semakin erat dirasakan. Haris berbelah bahagi untuk melepaskannya. Tetapi bila dilihat wajah Arina yang tidak berapa selesa diperlakukan sebegini, Haris melepaskannya. Dia tahu apa yang terjadi malam tadi sangat menyakitkan hati Arina. Tidak pernah dia melihat Arina seperti ini. Dia akan cuba membuat Arina bercerita padanya. Tapi mungkin bukan hari ini. Biarlah Arina tenang dahulu. Fikir Haris.

            “Arina stay kat bilik mana?” Haris masih cuba memujuk Arina. Diajaknya berbual.

            Arina cuma memberi isyarat tangan padanya. Ditunjukkan jarinya pada chalet tempat mereka menginap selama dua hari ini.

            “Oh… tak jauh. I duduk kat situ. Stay malam ni dengan I sayang.” Haris cuba memujuk Arina. Harap-harap berjaya. Memang dia rindu sangat pada Arina. Entah apa yang Arina sudah buat padanya dia sendiri tiada jawapannya. Arina tidak memberikan sebarang jawapan. Diam membisu.

            “I nak masuk mandi dulu. You nak ikut Arina. Jom teman I.” Haris cuba mencapai tangan Arina namun Arina lagi cepat mengelak. Dia menjarakkan sedikit badannya dari Haris sambil berjalan menuju ke chalet.

            “Tak. Arina nak baring.” Lembut sahaja suara Arina membuatkan hati Haris bertambah cair dengan Arina. Rasa rindu membuak-buak dalam diri Haris. Namun cuba ditahan. Dia tidak mahu Arina bertambah marah dengannya. Kalau ikutkan hati, hendak sahaja dipeluk Arina sepuas-puasnya.

            Arina sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kenapa Haris berada di sini. Mesti sebab aku tak angkat telefon malam tadi. Tapi takkanlah sampai nak datang ke sini cari aku. Pelik Arina dengan Haris. Hendak ditanya pada Haris sendiri rasa berat sangat mulut ni nak menyuarakannya. Memang dia rindu pada Haris tetapi bila teringat apa yang kawan-kawannya beritahu malam tadi terus hilang rasa rindu. Rasa sedih dan malu menyelubungi diri Arina sekarang ini.

            Haris masih tidak tahu masalah apa yang dihadapi Arina. Takkan pasal selalu telefon dia boleh jadi macam ni. Tidak mungkin. Sebab sebelum ini Arina tiada masalah pun pasal ni. Dari suara yang didengari mentafsirkan yang Arina semakin selesa dengannya. Semakin mesra dengannya. Dia ada jumpa sesiapa ke malam tadi. Tapi siapa. Kenapa sampai dia berubah sikap. Haris buntu.


            Arina….. sayang….. Berilah peluang untuk aku menyinari hidupmu…….

2 comments:

  1. Best2... lama tgu arina n haris... dr blog lama lg follow... :)

    ReplyDelete