My corner's visitor

Friday, September 20, 2013

As salam to all my followers ye....

Cerita KAU TETAP MILIKKU akan disambung secepat mungkin ye. Sekarang ni tengah sibuk nak menyiapkan manuskrip novel ni. Idea....Idea.... sila datang sini.....

Masa amatlah terhad sekarang ni. Banyak benda nak dibuat setiap hari. Insyaallah saya akan cuba juga siapkan novel ni.

Doakan saya dapat menyiapkan novel ini ye. Insyaallah kalau menarik, barulah boleh diterbitkan ye.

Terus menyokong karya-karya saya ye selepas ini.


Luv u all... Muahhhhh....

Friday, September 13, 2013

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 22

KAU TETAP MILIKKU

BAB 22

                “Haris….Tak payahlah teman Arina balik. Sebelum ni pun Arina balik sendiri je.” Arina masih cuba memujuk Haris supaya membatalkan niatnya untuk balik kampung bersama. Namun Haris tetap meneruskan pemanduannya.

                “Itu dulu Arina. Sekarang ni I nak temankan you balik and dalam masa yang sama I nak jumpa my mother in law. I rinduuuuu sangat kat mak.” Tangan kiri Haris sempat mencuit pipi Arina. Apa lagi yang boleh Arina buat untuk menghalang Haris dari meneruskan niatnya itu.

                Mereka baru sahaja memasuki lebuhraya Utara-Selatan untuk ke kampung Arina yang terletak di Ayeh Keroh, Melaka. Arina tetap mendiamkan diri sejak dari tadi. Sesekali Haris mengerling melihat Arina. Risau Arina jika emaknya bertanyakan pada mereka soalan-soalan yang payah untuk dijawab. Nanti dia cakap lain, Haris pula cakap lain. Kantoi pulak nanti……..Nak bincang dengan Haris….Emmmmmm, lagilah payah.

                “Haris…… Kalau mak tanya apa-apa pasal kita….” Tangan Arina dengan tiba-tiba digenggam Haris. Terdiam Arina.

                “Jangan risau sayang. Nanti pandailah I. Okey?” kata-kata Haris serba sedikit membuatkan Arina berasa tenang sedikit. Risau juga dia jika Haris mahu bercakap benar pada emaknya. Pasti dia yang akan dimarahi teruk.

                Kereta sudah memasuki kawasan kampung. Mereka kemudiannya melintasi sekolah yang mempunyai banyak kenangan pahit dan manis mereka. Setiap kali lalu di hadapan sekolah, Arina pasti akan berasa sedih. Kenangan pahit masih tetap segar dalam ingatannya setiap kali dia melihat bangunan sekolahnya. Haris pula terus teringat zaman persekolahannya. Dia cuma sempat bersekolah di sini selama 2 tahun sahaja. Selepas itu dia terus mengikut mamanya ke luar negara. Sekolah ini jugalah yang membuatkan dia berjumpa Arina. Arina menjadi barang taruhan dia dan kawan-kawannya. Sikap pantang dicabar membuatkan Arina hampir menjadi mangsanya. Siapa sangka perempuan yang dijadikan sebagai taruhan dulu kini telah sah menjadi isterinya.

                Haris dapat melihat wajah Arina berubah bila melalui sekolah mereka. Ada air mata yang membasahi pipi Arina. Cepat-cepat Arina mengesatnya. Dia tidak mahu Haris melihatnya. Haris cuba mengawal perasaannya dari memeluk Arina. Dia memang mahu membawa Arina dalam pelukannya kerana dia tahu perasaan Arina. Sedih bila teringat apa yang telah terjadi padanya. Arina mangsa keadaan. Haris benar-benar rasa bersalah pada Arina.

                Kereta meluncur lagi sehingga sampai ke rumah Arina. Rumah yang didiami keluarga Arina dari dulu lagi. Haris tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Arina sebelum ini. Masih ingat lagi ketika mereka berbincang untuk diijabkabul. Arina seboleh-boleh hendak bernikah di Kuala Lumpur. Pelbagai alasan diberikan pada keluarga terutama emaknya. Mereka diijabkabulkan di masjid yang cuma dihadiri oleh keluarga terdekat Arina. Haris pula cuma ditemani bapa saudaranya. Majlis sanding juga tidak diadakan. Arina memberi alasan pada emaknya yang Haris terpaksa ke luar negara bertugas di sana. Jadi majlis persandingan terpaksa ditangguhkan.

                “Assalamualaikum mak.” Haris terlebih dahulu memberi salam dan bersalaman dengan mak Leha. Terpinga-pinga Arina melihatnya. Sepatutnya aku yang patut dulu bersalaman dengan emak. Kenapa lak dia yang lagi laju ni….. fikir Arina sendiri.

                “Waalaikumusallam. Haris….. sihat nak?” Mak Leha yang sedang menyapu sampah di luar terus mendapatkan mereka. Haris yang terlebih dahulu mencapai tangannya.

                “Sihat mak.” Haris memberi ruang pada Arina untuk bersalaman pula. Selepas bersalaman, mereka berpelukan pula. Hilang rindu Arina pada emaknya.

                “Nak jugak peluk.” Dirapatkan badannya pada mereka. Sempat Haris melihat wajah Arina yang seperti tidak puas hati dengannya. Dikenyitkan mata sambil tersenyum memandang Arina. Mereka berpelukan di depan rumah sehinggalah kedengaran suara orang memanggil-manggil Arina.

                “Kak Ari!.... Abang Haris!....” Azim memanggil-manggil nama mereka dari pintu rumah sambil melambai-lambaikan tangannya.

                “Mana adik busuk akak ni……” Arina terus mendapatkan Azim. Arina memang rapat dengan adik-adiknya.

                “Cantik kereta kak. Bila nak dapat naik kereta besar ni. Mesti abang Haris banyak duit kan sampai dapat pakai kereta BMW. Bestnya kak…..” Arina tersenyum dan menoleh ke arah Haris yang sedang berjalan bersama emaknya ke arah mereka. Haris juga sedang memandang Arina. Pandangan mereka bersatu.

                “Jom masuk Ari, Haris….Azim, dari tadi mak suruh mandi kan. Pergi mandi sekarang. Susah betul nak mandi budak sorang ni.” Membebel Mak Leha pada anak bongsunya itu. Azim pula terus berlari masuk ke dalam bilik air sebelum telinganya dipiat. Arina sempat bertanya pada emaknya di mana Fira. Kata emaknya Fira mengikut rombongan sekolahnya ke Terengganu. Esok petang baru balik.

                “Haris, kunci kereta. Nak ambil beg.” Arina menyentuh lembut lengan Haris ketika lalu di hadapannya.

                Haris menyuruh Arina masuk menemani emaknya sementara Haris sendiri mengambil beg-beg mereka di dalam kereta. Bukannya banyak pun beg mereka. Masing-masing cuma membawa satu beg sahaja.

                “Haris….letak beg kat dalam bilik Ari. Tu haa.” Tangan Mak Leha sudah ditujukan pada bilik Arina. Haris melangkah terus ke sana.

                Terkejut Arina bila pintu bilik dibuka dari luar. Dia baru sahaja hendak menyarung tshirt ke badannya. Terlupa Arina untuk mengunci pintu bilik tadi. Memang inilah perangai Arina yang susah hendak diubah. Selalu lupa hendak mengunci pintu. Terutamanya pintu bilik tidur dan mandi. Nasiblah adik-adik dan emaknya sudah lali dengan perangainya.

                “Haris…. janganlah pandang Arina. Pandang tempat lain. Arina nak pakai baju ni. Kejap je.” Arina masih memegang tshirt menutup bahagian depan badannya. Haris masih tepat memandangnya. Beg-beg tadi sudah diletakkan di lantai. Pintu bilik dikunci.

                Dah sudah……Mana nak lari ni. ..takut Arina bila Haris masih tepat memandangnya. Haris kemudian menghempaskan badannya di atas katil sambil matanya masih memandang Arina yang sedang berdiri di hadapannya.

                “Cepatlah tukar sayang. I nak tengok ni.” Biar betul Haris ni…. Kalau ye pun nak buat perangai takkanlah dekat sini.

                “Haris……cepatlah tutup mata. Arina nak keluar ni nak tolong mak.” Arina merayu pada Haris. Dibuatnya muka sedih meminta simpati.

                “Cepat. I kira sampai tiga je. Satu….” Tiga pun tigalah Arina. Cepat-cepat Arina menyarungkan tshirt ke badannya. Selesai menyarungkannya, terus Arina keluar dari bilik. Langsung tidak dipandangnya Haris.

                “Arina… Arina….. malu-malu ni yang buat aku geram lagi ni…..” perlahan sahaja suara Haris. Dia cuma berpura-pura menutup matanya tadi. Sebenarnya dia dapat melihat apa yang ada di hadapannya tadi. Dipeluk bantal peluk disebelahnya.

                “Jom Ari… makan. Mak dah siapkan suma ni. Panggil sekali Haris ye.” Semuanya sudah terhidang di atas meja makan. Mak Leha memang pantas membuat kerja-kerja rumah terutamanya bab memasak.

                “Haris….. Jom makan.” Arina mengetuk pintu bilik. Tiada langsung suara Haris kedengaran. Dia tidur ke ni. Bisik Arina sendiri. Arina melangkah masuk ke dalam bilik. Dilihatnya Haris sedang tidur.

                “Haris…. bangun… mak ajak makan tu.” Arina bersuara perlahan. Disentuh lembut badan Haris untuk mengejutnya.

                “Cium dulu baru I bangun.” Haris cuba menyakat Arina. Dia tahu Arina tentu akan mengelak untuk menciumnya. Belum sempat Arina melangkah, Haris sudah memegang tangannya.

                “Ngada-ngadalah.” Malas Arina hendak melayan Haris. Jika tidak diikutkan, lagi lamalah mereka di dalam bilik. Terus sahaja dia mendekatkan bibirnya pada pipi Haris. Akhirnya…

                “Haris…..Eeeeeee….” rupa-rupanya bukan pipi yang diciumnya tetapi bibir Haris. Haris sempat mengalihkan wajahnya sehinggakan bibir mereka yang bersatu. Senyum simpul Haris bila dapat mengenakan Arina. Dipegang bibirnya. Kelembapan bibir Arina masih terasa di bibirnya. Dia terus bangun dan mengikut langkah Arina ke dapur.

                Selera sungguh Haris makan masakan mertuanya. Sudah lama dia tidak makan masakan kampung sesedap ini. Suka Mak Leha melihat menantunya makan. Risau juga Mak Leha kalau-kalau Haris tidak suka masakan kampung. Nak suruh dia buat spaghetti pelbagai, manalah dia tahu.

                “Teman abang ronda-ronda kat kampung ni nak tak?” petang tu semasa mereka sedang menonton tv, Haris mengajak Azim menemaninya. Arina sedang sibuk membantu Mak Leha membuat kuih untuk minum petang.

                “Naik kereta besar tu ke abang Haris?” Haris sekadar mengangguk. Terus Azim ke dapur memberitahu pada emaknya. Haris juga turut melangkah ke dapur untuk memberitahu pada Arina.

                “I keluar kejap sayang.” Arina tidak dapat berkata apa-apa bila dahinya dicium Haris. Mak Leha cuma tersenyum gembira bila melihat anak menantunya. Dia sentiasa berdoa supaya anaknya itu bahagia dengan kehidupan berumahtangga.

                “Azim….kat sini ada tak kedai elektrik?” Haris masih memandu perlahan keretanya.

                “ Kedai elektrik?...ada….  Jom Azim tunjukkan.” Haris ingin membeli tv dan beberapa barang elektrik lain untuk rumah emaknya. Haris tidak sampai hati melihat keadaan rumah mertuanya.Tidak ada banyak barang pun di dalam rumah tersebut. Walaupun barang-barang tersebut masih elok, tetapi entah berapa lama dibelinya. Patutlah dilihatnya Arina jarang berbelanja. Mungkin banyak duit gajinya di berikan pada emaknya.

                Haris membeli TV, peti sejuk, mesin basuh dan macam-macam lagi termasuklah mengupah orang memasang astro. Laju sahaja tauke kedai tersebut melayan Haris. Mana tidaknya, banyak betul barang yang dibeli Haris. Apa lagi, suka benarlah Azim. Bertambah sayang dia pada abang iparnya itu.

                Haris menerima mesej dari Arina.

                                Haris… Kat mana?. Jom balik. Nak minum petang ni.

                                Ok sayang. Nak balik ni.

                Haris memandu pulang. Dia sudah berpakat dengan Azim untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang barang-barang yang dibelinya tadi. Barang-barang tersebut akan dihantar lewat petang sikit. Entah apa reaksi Arina nanti….

                Sedang mereka duduk sambil minum petang di tepi luar rumahnya yang diletakkan meja dan kerusi, tiba-tiba sebuah lori memasuki kawasan rumahnya dengan dipenuhi barang-barang elektrik.
                “Mak Leha….banyak beli barang ni.” Mak Leha kenal dengan orang yang menghantar barang-barang tersebut. Tetapi pelik juga Mak Leha, bila masa pula dia beli semua barang-barang ni.

                “Bila masa pula Mak Leha beli barang-barang ni. Kau salah rumah tak Siva?” Siva melihat semula alamat yang diberi oleh bosnya tadi. Alamat yang sama. Tidak salah.

                “Betul betul…. Kat sini…. Tadi abang Haris beli.” Bukan sahaja Mak Leha yang terperanjat, Arina juga turut terperanjat sama. Mereka memandang Haris untuk mendapatkan penjelasan seterusnya.

                “Haris….” Haris menghampiri mereka.

                “Haris beli tadi. Benda-benda ni semua untuk mak dan adik-adik pakai. Mak jangan risau. Haris ikhlas.” Sayu hati Mak Leha mendengar kata-kata Haris. Ucapan terima kasih sahaja yang dapat diberikan oleh Mak Leha pada Haris. Azim menarik tangan Mak Leha untuk melihat barang-barang yang dibelinya tadi. Arina pula memang menunggu masa yang sesuai untuk bercakap dengan Haris.

                “Haris… Apa semua ni?. Kenapa nak beli semua barang-barang ni. Nanti orang cakap keluarga Arina cuba nak kikis duit Haris. Apa ni Haris… Arina taknaklah…..” Arina masih cuba memperlahankan suaranya. Dia tidak mahu emaknya mendengar apa yang dikatakan pada Haris tadi.

                “Arina!. Look…. I am your husband . So, maknanya I ni menantu dalam rumah ni. I juga ada hak untuk membeli apa-apa barang untuk mereka. Arina….. I cuma nak your family duduk lebih selesa dekat rumah ni. Your family is my family too sayang.” Arina menoleh ke arah emak dan adiknya. Terpancar kegembiraan pada wajah mereka.

                “Terima kasih.” Walaupun pendek sahaja jawapan Arina, itu sudah cukup melegakan Haris. Diusap-usap lembut belakang badan Arina bila mereka   berjalan menghampiri Mak Leha.

                Malam itu mereka menonton tv yang baru dibelinya tadi. Jenis LED jenama LG. Memang besar skrinnya. Entah berapa inci pun Mak Leha tidak tahu. Seronok Haris melihat wajah gembira mereka terutamanya Arina.  Arina sudah berjaya mengunci pintu hatinya untuk wanita lain.

                “Arina masuk tidur dulu ye.” Kini hanya tinggal Arina dan Haris sahaja. Azim dan Mak Leha baru sahaja masuk ke dalam bilik masing-masing untuk tidur. Haris juga turut bangun setelah menutupTV. Dia mengekori Arina ke dalam bilik.

                Arina terlupa yang dia terpaksa tidur di dalam bilik bersama dengan Haris. Badannya direbahkan di atas katil memandang dinding. Haris pula terus naik ke atas katil dan baring bersebelahan Arina.

                “Haris….. Kita letak bantal peluk kat tengah-tengah ni ye. Ja….jangan usik Arina tau.” Arina terpaksa tidur bersama di atas katil. Tilam ada di dalam bilik Mak Leha. Nanti apa pula kata Mak Leha kalau Arina mengambilnya. Dia harap sangat yang Haris tidak akan menyentuhnya.

                “Tak boleh….. Mana boleh letak bantal tengah-tengah ni. Sempitlah sayang. Jom, tidur sini.” Haris mengisyaratkan Arina tidur di dalam pelukannya. Bantal peluk tadi sudah di campak ke tepi.

                “Haris…..janganlah.” Arina cuba mengambil bantal peluk yang dicampak di tepi katil. Haris pantas menarik Arina ke dalam pelukannya. Kini Arina sudah dipeluk kemas. Pandangan mereka bersatu. Wajah mereka semakin dekat.  Haris………


Thursday, September 5, 2013

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 21

KAU TETAP MILIKKU

Bab 21

                “Sebenarnya…. Aaaa… Kereta ni…..” tersekat-sekat suara Arina. Dia tidak dapat berfikir apa-apa pun ketika itu. Fikirannya buntu.
               
                “Arina……” Carliff masih menunggu jawapan Arina. Baru sahaja dia hendak melangkah lebih dekat lagi pada Arina, kelihatan sebuah kereta menghampirinya.

                “Hi Carliff…. Buat apa kat sini?” terkejut juga mereka berdua bila dilihatnya Haris yang keluar dari kereta. Dalam masa yang sama Arina bersyukur yang Haris hadir ketika dia memerlukannya.

                “Nak ajak si Arina keluar kejap.  You pulak buat apa kat sini?” jawapan Carliff membuatkan Arina mengalihkan pandangannya pada Haris. Risau juga Arina jika Haris mengamuk di situ. Namun bila dilihat wajahnya, nampak tenang sahaja.

                “Owh….Sorry la bro...I dah tempah dia before you. So, Arina… Jom… kita dah lambat ni.” Carliff terdiam bila Haris mencapai tangan Arina membawanya masuk ke dalam kereta. Arina pula seperti budak kecil mengikut sahaja.

                “Carl…. I’m sure you have asked Arina about the car. For your info, I yang belikan untuk dia. She is mine bro… Mine….” Haris sempat berbisik pada Carliff. Ditepuknya bahu Carliff sebelum dia masuk ke dalam kereta dan meluncur laju meninggalkan Carliff sendirian di situ.

                “Haris…..” Arina risau dengan cara pemanduan Haris. Dia tahu Haris mesti sedang menahan marah dengan apa yang berlaku tadi. Tapi bukan salah dia pun. Dia sendiri tidak tahu Carliff akan mengajaknya keluar. Lagi ditekannya pedal minyak. Semakin laju kereta meluncur……

                “Haris…. Arina takut.” Memang Arina sedang ketakutan ketika itu. Dia memeluk kuat beg tangan yang dibawanya tadi. Suaranya juga perlahan kedengaran tetapi cukup jelas di telinga Haris. Haris memperlahankan keretanya. Kesian juga dia melihat wajah Arina yang pucat ketika itu.

                Haris memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kelab malam eksklusif. Haris mengisyaratkan Arina keluar dari kereta dan mengikutnya ke dalam. Aduh…… kenapa dia bawa aku masuk sini ni………bertambah risau Arina dengan perangai Haris. Siapa pula dia nak minta tolong ni. Tadi dia sudah menghantar mesej pada Mimi mengatakan dia keluar sebentar dengan Haris. Terkejut juga Mimi kerana disangkakan Arina akan keluar dengan lelaki yang menunggunya tadi.

                “Hi Dato’…. Enjoy yourself.” Seorang lelaki melayu berbadan besar yang menjaga pintu masuk kelab tersebut memberi hormat pada Haris.Haris mencapai tangan Arina. Digenggamnya kuat.

                Haris menarik Arina berjalan dekat dengannya. Ramai juga orang di dalam. Mungkin sebab malam minggu. Ramai juga yang mengenali Haris di situ terutamanya kaum wanita. Bukan Arina tidak perasan ramai yang menegur Haris. Ada juga yang cuma memberikan senyuman manis pada Haris bila mereka lalu di sebelah mereka.Tangan Arina masih tetap di dalam genggamannya. Arina sempat melihat pakaian wanita-wanita disitu. Dikerlingnya pula pada pakaian yang dipakai. Memang amat berbeza. Arina cuma mengenakan seluar skinny jeans berwarna pink dan blouse putih. Walaupun ringkas tetapi nampak cantik bila dipakai Arina.  Arina kelihatan sangat cantik terutamanya di mata Haris.

                “Hi bro…..Lama tak jumpa….Ingat dah lupa we all kat sini.” Haris bertembung dengan dua orang kawan lamanya. Memang dia sudah lama tidak menjejakkan kakinya ke sini. Tetapi disebabkan perasaan cemburu dan marah, Haris terus membawa Arina ke sini. Yang dia tahu dia memang perlukan hiburan ketika ini untuk melupakan apa yang terjadi tadi. Hatinya masih sakit bila dilihat Carliff bersama Arina. Bertambah sakit bila Carliff memberitahunya tujuan dia ke rumah Arina. Hanya dia yang boleh membawa Arina keluar. Bukan Carliff… Bukan sesiapa pun……

                “Jomlah lepak ngan kitorang kat sana.” Jarinya diarahkan ke satu sudut. Arina masih diam tidak berkata apa-apa bila sesekali Haris memandangnya. Haris mengikut kawan-kawannya ke tempat mereka. Arina perasan sesekali mata kawan-kawannya melekat padanya.

                “Haris…….Lama tak jumpa kau ni….. sihat ke?” Haris memeluk seorang lagi lelaki yang sedang duduk di situ. Dilihatnya ada lagi dua orang wanita di situ. Arina masih tetap berdiri di belakang Haris. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dibuatnya.

                “Arina…. Kawan-kawan I.” itu sahaja yang keluar dari mulut Haris. Kawan-kawannya yang sendiri memperkenalkan diri masing-masing. Arina duduk di sebelah Haris. Haris memesan minuman untuk Arina. Langsung tidak ditanyanya Arina minuman apa yang hendak diminum. Berangin lagi ke Haris ni. FIkir Arina sendiri.

                Arina perasan yang seorang dari kawan Haris dari tadi asyik menjeling ke arahnya. Rasa rimas dengan pandangannya. Haris pula sibuk berborak dengan kawan-kawannya yang lain. Naik bosan Arina dibuatnya. Sesekali Haris memandangnya dan kemudian mengalihkan semula pandangannya. Tidak sempat Arina hendak memberitahu Haris. Haris membiarkan Arina sendiri di situ. TIdak diajaknya berborak bersama.

                “Dah lama kenal Haris?” tanya lelaki yang dari tadi asyik memandangnya. Kebetulan Haris ke tandas sekejap. Diambilnya peluang yang ada untuk mendekati Arina. Hendak termuntah Arina bila bau arak dari mulut lelaki tersebut terlalu kuat menusuk hidungnya. Mabuk rupanya dia ni. Patutlah lain macam je dari tadi. Monolog Arina sendiri.
               
                Terkejut Arina bila pahanya tiba-tiba dipegang. Tangan lelaki tersebut berada di atas pahanya. Arina cuba menepis tetapi tidak berjaya.

                Bukkkkkkk!!

                “Jangan sesekali kacau hak aku!. Berapa kali aku nak cakap!. Hak aku tiada siapa yang boleh sentuh!. Kau faham tu?!!!” suara Haris membuatkan orang di sekeliling mereka terdiam. Kuat betul tumbukan yang dilayangkan pada lelaki tersebut. Kawan-kawan Haris yang lain juga turut terdiam. Memang mereka tahu perangai panas baran Haris. Dia memang tidak suka barang kesayangannya di sentuh. Yang Haris tumbuk tadi pun bukan orang lain, kawannya juga. Mungkin disebabkan mabuk, lelaki tersebut lupa dengan Arina yang sememangnya milik Haris.

                Haris menarik tangan Arina dan berlalu pergi meninggalkan mereka. Ada juga kawan-kawan Haris cuba menenangkannya. Tapi semuanya tidak dipedulikan. Haris tetap menarik tangan Arina mengikutnya keluar.

                “Haris…. sakit….” Haris melepaskan tangan Arina setelah mereka keluar dari tempat itu.

                “Suka ke?! Suka orang pegang-pegang macam tu?!....” Arina seperti hendak menangis bila Haris seperti menuduhnya bersikap sedemikian. Dia sudah tidak tahan lagi. Dengan aliran air mata di pipi, Arina  berjalan meninggalkan Haris. Dia sudah tidak peduli lagi dengan Haris. Dari tadi dia mendiamkan diri. Kenapa pula dia yang dipersalahkan. Hatinya sedih sangat dengan layanan Haris padanya.

                Haris buntu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh bersikap begini. Arina tidak bersalah. Dia yang bersalah sebenarnya. Perasaan cemburunya yang membuatkan dia jadi begini.

                “Arina… wait!” Haris mengejar Arina yang semakin menjauhinya.

                “Haris, Arina nak balik.” Air mata masih mengalir di pipi lembut Arina. Walau cuba ditahan dari terusan mengalir, namun air matanya tetap mengalir keluar. Haris semakin menghampiri Arina. Disapu lembut air matanya. Ditarik badan Arina dekat padanya.

                “I’m sorry. I hantar you balik sayang.” Haris kemudian membawa Arina ke keretanya. Mungkin kerana letih, Arina tertidur di dalam perjalanan pulang.

               
                Arina kesejukan tiba-tiba. Lain benar dirasakan cuaca malam ini. Seperti kesejukan dari penyaman udara. Biliknya cuma  ada kipas sahaja. Dirasakan juga ada orang yang menyelimutkannya. Tilam dan bantal yang sangat empuk yang membuatkan matanya susah untuk dibuka. Lenanya Arina  tidur sehingga dirasakan seperti ada seseorang yang memeluknya. Kehangatan badan seseorang membuatkan sejuk Arina berkurangan. Akhirnya Arina lena sehingga ke pagi.

                Mata dibuka……

                Kenapa lain macam je hiasan dalam bilik ni. Kenapa besar sangat bilik aku ni…..

                Tidakkkk……

                Dapat dirasakan ada seseorang yang memeluknya dari belakang. Haris ke…..

                “Lenanya dia tidur malam tadi.” Suara garau Haris yang baru bangun dari tidur membuatkan Arina seperti hendak pitam. Memang sah mereka tidur bersama malam tadi. Arina mengalihkan tangan Haris yang  dari tadi diletakkan di pinggangnya. Dia cuba turun dari katil besar tersebut. Alangkah terkejutnya bila dilihat dia cuma memakai sehelai tshirt sahaja tanpa seluar. Walaupun tshirt tersebut agak besar bila dipakai Arina tetapi masih jelas menampakkan kaki Arina yang putih dan bersih itu. Baru sahaja dia hendak memarahi Haris, lagi sekali Arina dikejutkan dengan keadaan Haris.

                “Ke…kenapa tak pakai baju? ..Dan….. kenapa tukar baju Arina ni?” Arina memberanikan diri bertanyakan terus pada Haris. Matanya melilau ke setiap penjuru bilik untuk mencari pakaiannya.

                “Untuk pengetahuan you sayang, malam tadi you yang minta I jangan tinggalkan you. So, I tak tinggalkan you sayang. I bawa you balik rumah I lah. Kalau I tidur rumah you mesti you tak suka kan.” Tersenyum simpul Haris menerangkan pada Arina apa yang telah terjadi malam tadi.

                “A…Arina cakap macam tu ke malam tadi…?” Dia memang langsung tidak dapat mengingati apa yang terjadi malam tadi. Yang dia tahu dia masuk ke dalam kereta Haris dan kemudian terlelap.

                “Dah tu….Kenapa Haris tukar baju Arina. Biar jelah Arina pakai baju tu.” Arina memuncungkan sedikit mulutnya ke arah pakaiannya yang diletakkan di atas sofa di penjuru bilik.

                “Haris…. janganlah dekat.” Haris sudah turun dari katil dan menghampiri Arina yang semakin mengundur ke belakang. Merah padam muka Arina kerana terpaksa melihat Haris yang tidak berbaju. Arina tidak dapat mengundur lagi. Dia kini sudah tersepit antara dinding dan Haris matanya dipejamkan.

                “Arina sayang…..malam tadi…. You yang buka seluar dan baju you sendiri. I tak suruh pun. You yang peluk I. I tak suruh pun. Bila you dah tidur, I pakaikan baju ni untuk tutup badan you. I takut you sejuk nanti. Baik tak I. You patut berterima kasih pada I tau sayang. Kalau I tak pakaikan you baju, mesti you lagi terkejut bangun-bangun tidur tadi.” Haris tersenyum seraya mencium pipi Arina dan berlalu ke bilik mandi. Arina tidak boleh berfikir apa-apa. Terkedu sebentar Arina. Biar betul Haris ni……..

                Alamak….. Arina teringatkan sesuatu……..

                “You nak gi mana ni sayang?.. Kelam kabut je.” Arina yang baru sudah mandi melangkah keluar dari bilik mandi dengan tergesa-gesa.

                “Haris…hantar Arina balik sekarang boleh?. Arina nak balik kampung pagi ni.” Arina terlupa yang dia sedang bercakap dengan suaminya. Kampungnya kampung Haris juga.

                “Wait…You nak balik kampung pagi ni without telling me?” Suara Haris sudah ditinggikan sedikit nadanya. Arina menghampiri Haris yang sedang duduk di sofa. Salah kau Arina……

                “Aaaa…. Arina balik kejap je. Esok balik sini balik. Dah lama tak tengok mak.” Diharap penjelasan tersebut dapat diterima Haris. Haris masih memandang Arina tanpa sepatah kata.

                “I ikut balik.” Haris tidak menunggu jawapan dari Arina. Dia terus bangun dan mengemas beg pakaiannya. Arina tidak dapat menghalang Haris dari mengikutnya. Ini semua salah kau Arina. Yang kau lurus bendul bagitahu kat Haris tu kenapa. Aduh…….


Monday, September 2, 2013

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 20

KAU TETAP MILIKKU

Bab 20

“Arina... Kenapa tak angkat call I?!” Haris sedikit berang bila panggilannya tidak diangkat Arina sejak 15 minit yang lalu. Puas dia menelefon Arina beberapa kali namun panggilannya tidak berjawab.

“Nanti call balik.” Belum sempat Haris bersuara, Arina terlebih dahulu memutuskan panggilannya. Apa lagi, bertambah marahlah Haris ketika itu yang sedang memandu. Dia terus membelokkan keretanya menuju ke rumah Arina.

 Bukannya Arina sengaja hendak memutuskan panggilan tersebut, tetapi keadaan yang memaksanya berbuat begitu. Mana tidaknya, dia yang berada di dalam LRT untuk pulang berhimpit-himpit dengan orang ramai yang masing-masing turut sama hendak pulang segera.

Turun dari LRT, Arina terus berjalan menuju ke rumahnya. Dari jauh sudah kelihatan kereta BMW milik Haris sedang terparkir di hadapan rumahnya. Arina tahu mesti Haris marah padanya. Dia mempercepatkan langkahnya menuju ke kereta Haris. Dia perlu bersedia untuk dimarahi.

“Arina!... Masuk.” Tegas sahaja suara Haris dari dalam kereta. Diturunkan tingkap keretanya memandang Arina.

Arina cuma diam tidak berkata sepatah apa pun. Dia tahu Haris sedang marah dengannya. Haris meluncur laju memandu keretanya. Kecut perut Arina dengan pemanduan Haris.

“Arina kat dalam LRT tadi. Ramai orang tadi. Susah nak cakap. Tu sebab Arina letak telefon tadi. Lagipun tak berapa dengar suara Haris tadi.” Arina menjelaskan segalanya pada Haris. Dia berharap Haris tidak akan memarahinya lagi. Takut juga dia dengan Haris yang dari tadi diam tidak berkata apa—apa.

“Mana kereta you Arina?” Tiba-tiba Haris bersuara. Suara Haris masih tegas seperti tadi. Apa lagi yang tak kena dengan Haris ni. Aduh....

“Dah jual.” Jawapan Arina itu membuatkan Haris menoleh kepadanya. Diberhentikan keretanya di bahu jalan. Matanya masih tepat memandang Arina. Cuma Arina yang masih tunduk sambil tangannya mengusap lembut beg tangan yang dipegangnya.

“Arina..... so selama ni you naik LRT ke.... I mean, pergi balik kerja?” Arina sekadar menganggukkan kepalanya. Apa lagi yang perlu dijawab. Takkanlah naik LRT pun salah. Pengangkutan awam kan.

Oh no....Arina...... I can’t believe it.. My wife naik LRT........” Haris menyentuh lembut kepala Arina dan kemudian beralih ke pipi Arina. Usapan lembut dan wajah Haris yang seperti tidak percaya membuatkan Arina hairan. Habis tu nak naik apa lagi. Mana ada duit nak beli kereta baru. Haris ni....

 “Kenapa jual kereta tu?” Haris masih tepat memandang wajah lembut Arina. Suaranya semakin lembut didengari.

“ Nak guna duit masa tu.” Jawapan ringkas itu membuatkan Haris rasa bersalah pada Arina. Dia sepatutnya memberikan nafkah zahir pada Arina selepas mereka disatukan dulu. Dia lupa dengan tanggungjawab tersebut. Lupa memberi nafkah pada Arina dari segi wang perbelanjaan.

  Haris perlu memperbetulkan keadaan. Arina adalah tanggungjawabnya. Tanggungjawab seorang suami perlu dilaksanakan.

  Haris membawa kereta laju menuju ke satu destinasi yang Arina tidak tahu.

  “Ha...Haris nak beli kereta ke?” Arina mengekori Haris ke dalam sebuah kedai kereta yang menempatkan banyak kereta jenis Mini Cooper. Semuanya cantik-cantik pada Arina. Mesti seronok kalau dapat bawa kereta macam ni. Berangan sekejap si Arina ni.......
  
“Yup.” Bertambahlah koleksi kereta Haris ni. Bisik hati Arina.

Haris bertanyakan pada penjual di situ tentang kereta Mini Cooper Hatchback.  Penjual tersebut menunjukkan setiap kelebihan kereta tersebut pada Haris. Semuanya dibelek Haris. Arina pula malas hendak mengganggu mereka berdua. Dia berjalan-jalan dan melihat-lihat kereta yang dipamerkan di situ. Sedang dia melihat-lihat, tiba-tiba terasa tangannya digenggam seseorang.

“Jom sayang.” Haris menarik lembut tangan Arina untuk mengikutnya. Arina mengikut sahaja langkah Haris.

Thank you Dato’. I will call you once it ready Dato’. Thank you so much Dato’. Thank you to you too Datin.” Penjual tadi bersuara bila mereka melintasinya. Senyuman yang paling manis dihadiahkan pada Arina. Arina sedikit hairan dengan cara senyumannya. Dialihkan pandangannya kepada Haris.

 “Datin?!” Terkejut Arina bila dipanggil sedemikian.  Dia tidak pernah langsung terfikir yang akan ada orang memanggilnya Datin. Datin............memang rasa pelik bagi Arina mendengarnya.

 “Yes, my dear...Datin.... Your husband ni kan Dato’.....Try to get use with it dear.” Sempat dicubit pipi lembut Arina sebelum masuk ke kereta.
              
  Arina, why don’t you stay with me. Senang sikit I nak jaga you.” Suara Haris masih terngiang-ngiang di telinga Arina. Tadi sebelum Arina turun dari kereta, Haris masih cuba memujuk Arina untuk tinggal bersamanya. Mana mungkin dia mahu tinggal bersama dengan Haris. Bermacam-macam benda yang difikirkan terutamanya tentang Dato’ Mahizan. Apa tanggapannya sekiranya dia mendapat tahu yang Arina tinggal bersama dengan anaknya. Risau Arina sekiranya Dato’ Mahizan tidak dapat menerimanya sebagai menantu. Layakkah dia........

“Arina!.. Arina!.... Meh sini cepat.” Mimi yang sedang menyapu di hadapan rumah mereka menjerit memanggil Arina yang sedang masak ketika itu. Tergopoh gapah Arina mendapatkan Mimi.

“Apa dia yang.....” Arina tidak berkata apa-apa selain terdiam bila dilihatnya seorang lelaki sedang berdiri di luar pintu pagar rumah mereka. Dikerlingnya Mimi yang masih berdiri kaku di sebelahnya.

“Cik Nurul Arina ke?” Lelaki tersebut memang sah sedang mencari aku. Aku ada hutang dengan sesiapa ke. Risau juga Arina ketika itu. Arina sekadar mengangguk lemah.
“Boleh kita bercakap sebentar?” Arina semakin mendekatkan diri pada lelaki tersebut. Kini mereka cuma dipisahkan dengan pagar besi.
                                                                                                                                                                            “Begini Cik Arina. Saya ni orang suruhan Dato’ Haris. .Dato’ minta saya hantarkan kereta ni pada Cik Arina. Dato’ hadiahkan kereta ni pada Cik Arina. Lagi satu, Dato’ tak dapat hantar sendiri kereta ni sebab Dato’ ada di Singapura sekarang ni. Mari saya tunjukkan Cik Arina bahagian dalam kereta. Lepas tu, boleh Cik Arina pandu kereta ni.”

Arina masih terpinga-pinga dengan apa yang baru sahaja didengari. Hadiah kereta?. Haris hadiahkan aku kereta?... Aku dapat kereta baru?... Betul ke ni.......Arina masih seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. Tetapi lelaki yang memberitahunya tadi masih ada berdiri di hadapannya. Dia tidak bermimpi ni.

“Cik Arina?..... Jom saya tunjukkan.” Arina pasti ini bukan mimpi. Laju sahaja kakinya melangkah keluar ke kereta. Mimi pula cepat-cepat meletakkan penyapunya di tepi dan berlari-lari anak mendapatkan Arina.

Lelaki tersebut menunjukkan bahagian dalam kereta pada Arina dan juga Mimi. Jelas penjelasan lelaki tersebut pada mereka.

“Apa kata saya temankan Cik Arina pusing-pusing kat sini dulu. Bukan apa, takut tak biasa dengan kereta ni.” Betul juga kata lelaki tersebut. Arina memandang Mimi yang berdiri di sebelahnya.Pandangan yang meminta satu jawapan. Mimi seraya mengangguk gembira.

Arina membawa kereta tersebut buat pertama kalinya ditemani lelaki tersebut dan Mimi yang duduk di belakang pemandu. Pada mulanya Arina berasa kekok juga memandu kereta baru, tetapi lama-kelamaan dia sudah serasi membawanya.

“Arinaaaaaaa!!!” menjerit Mimi pada Arina bila lelaki tersebut sudah hilang dari pandangan mereka. Mereka melompat kegirangan seperti kanak-kanak. Mana tidaknya, tidak pernah terfikir pun Arina untuk mendapat hadiah sebuah kereta Mini Cooper.

Belum sempat Arina menghantar pesanan ringkas pada Haris, Haris terlebih dahulu menelefonnya.

“Hi sayang... Dah dapat hadiah dari I?” Haris yang baru sahaja  habis mesyuarat terus menelefon Arina.

“Hadiah?!... Hadiah apa?.” Arina pura-pura tidak tahu mengenai hadiah tersebut. Entah kenapa Arina mahu mengusik Haris ketika itu.

“Tak dapat lagi. Orang I tak hantar apa-apa kat you ke? Are you sure?” Pelik juga Haris. Pagi tadi orangnya sudah memberitahunya yang kereta tersebut sudah dihantar pada Arina. Haris sudah berpesan pada orang kanannya supaya menyerahkan kunci tersebut pada Arina sendiri. Takkanlah dia salah orang. Manakala Arina pula sudah tidak dapat menahan ketawa.

“Haris..... Arina dah dapatlah tadi.” Ketawa Arina bila berjaya mengenakan Haris. Risau sungguh Haris.

“Arina...... nak kena ni. Tunggu nanti I balik ye.” Arina cuba menahan gelak.

“Haris.... Kereta tu.....” belum sempat Arina menghabiskan ayatnya, Haris terlebih dahulu bersuara.

Yes Arina. The car is a gift from me to my lovely wife. I really hope you like it. Yang paling penting, after this no more LRT ok.” Mahunya tidak suka. Memang kereta idaman Arina sebenar-benarnya.

“Terima kasih sangat-sangat....Arina suka sangat. Tapi mesti mahal kan harga kereta ni.” Ada nada sedih pada suara lembut Arina membuatkan Haris terlalu ingin berada dekat dengannya ketika itu.

“Arina...... ikhlas dari I untuk you. So, jaga kereta tu baik-baik tau. Owh, Arina..... I need to go dear. I call you tonight. Bye.” Mereka semua yang menghadiri mesyuarat tersebut sedang menunggu Haris untuk sama-sama menikmati makan tengahari di sana.

Petang itu Arina mengajak Mimi dan Linda berpusing-pusing sekitar KL dengan kereta barunya. Mimi dan Linda tumpang gembira dengan Arina. Diharap kegembiraan Arina berkekalan......


“Wei, kereta sapa pulak tu.” Linda yang lebih dahulu terlihat sebuah kereta hitam tersadai di hadapan rumah mereka. Masing-masing cuba melihat wajah pemandu kereta tersebut.

“Encik Carliff.....” perlahan sahaja suara Arina. Sebab apa dia ke mari...Tertanya-tanya Arina sendiri.

Arina memberhentikan keretanya. Mereka turun dari kereta dan menapak ke kereta tersebut.

“Korang masuk dululah. Ni Encik Carliff. Aku kenal dia.” Arina mengarahkan Mimi dan Linda masuk ke dalam rumah dahulu dan meninggalkannya sebentar. Dia melangkah dekat ke arah Carliff yang sedang keluar dari kereta.


“Hi Arina. Cantik kereta. Siapa yang belikan?” Terkedu sebentar Arina ketika itu.Perlukah dia memberitahu perkara sebenar pada Carliff. Apa yang patut dia lakukan sekarang ini.... Haris.... Tolong Arina........