My corner's visitor

Thursday, May 30, 2013

E-novel: Majikanku Sayangku ~ Bab 1

MAJIKANKU SAYANGKU

Bab 1

Bup!.......

“Maaf encik. Saya tak perasan tadi.” Zaira meminta maaf kepada lelaki muda yang baru sahaja dilanggarnya tadi. Angkara ingin cepat masuk ke dalam lift, Zaira tidak perasan lalu melanggar belakang badan lelaki tersebut.

“Its ok.” Itu sahaja yang keluar dari mulut lelaki tersebut. Tidak langsung memarahi Zaira yang baru melanggarnya. Cuma senyuman manis yang terukir diwajah lelaki tersebut.

Aduhhhhh...kenapalah hensem sangat  dia ni. Senyumannya......   bisik Arina sendiri.

“Nak masuk ke tidak?” baru tersedar Zaira yang dia masih di luar pintu lift. Pertanyaan lelaki tersebut yang telah menyedarkannya dari lamunan. Zaira cuma mengangguk dan berjalan masuk. Tidak dapat dibayangkan betapa malunya Zaira ketika itu. Nasiblah tiada orang di dalam lift ketika itu. Cuma mereka berdua sahaja.

“You nak pergi tingkat berapa?” tanya lelaki tersebut sambil menekan butang ke tingkat 12.

“Aaa, nak ke tingkat 12. Sama dengan encik.” Jawab Zaira ringkas. Ingin sahaja ditanya pada lelaki tersebut samada lelaki tersebut bekerja sama syarikat dengannya. Setahu Zaira tidak pernah pula dia melihat lelaki tersebut sebelum ini. Baru hari ketiga Zaira bekerja di syarikat besar ini. Mungkin lelaki ini bercuti semasa dia mula-mula masuk kerja tempoh hari.

“You kerja dekat sini ke?” belum sempat Zaira bertanya, lelaki tersebut lagi cepat menyoal Zaira.

“Aah, baru tiga hari kat sini. Encik, pun kerja dekat sini ke?” Pintu lift sudah terbuka bila habis sahaja Zaira bertanya. Hanya senyuman yang kelihatan dari lelaki tersebut. Tidak dijawabnya soalan Zaira tadi. Lelaki tersebut terus keluar dan berjalan masuk ke dalam syarikat.

Zaira terpinga-pinga. Biarlah dia. Tak penting pun kan. Kata Zaira untuk menyedapkan hatinya sendiri.


“Good morning Alin.” Zaira terus meletakkan beg tangannya di dalam laci meja dan menghidupkan komputer. Matanya masih mencari-cari lelaki tadi. Cepatnya dia berjalan. Langsung tidak nampak kelibatnya di ruang pejabat. Jangan-jangan......

“Wei, ko cari ape Zaira. Tolong aku boleh, tolong buatkan aku air Nescafe boleh. Untuk bos kita. Kak Siti tu cuti lak hari ni. Dia pergi check up. Selalunya dia  yang buatkan air untuk bos.  Aku pun tak ingat yang bos masuk kerja hari ni. Tolong ye.” Memang Zaira pun hendak membuat air untuk dirinya. Terus dia menarik hidung Alin dan berlalu ke pantri. Sempat dia mendengar jeritan kecil Alin.

Zaira membawa teko yang berisi air Nescafe dan cawan menuju ke tempat Alin. Baru beberapa langkah, terdengar suara Alin memanggil. Zaira mengangkat muka memandang Alin yang sedang  menuding jarinya ke salah satu  bilik yang ada di situ. Fahamlah maksud Alin menyuruh dia menghantar terus air ke dalam bilik bos. Pemalasnya budak. Sempat lagi Zaira mengomel sendiri di dalam hati.

Zaira tidak menunggu lama. Terus dia mengetuk pintu bilik dan masuk ke dalam. Kelihatan seorang lelaki sedang sibuk membuat kerja di mejanya.

Macam kenal je dia ni. Bukan ke lelaki tadi yang kat dalam lift tu. Terus berdegup kencang jantung Zaira ketika itu. Lelaki yang dilanggarnya tadi rupa-rupanya orang besar di syarikat ni. Barulah Zaira teringat, kak Siti ada memberitahunya pada hari pertama dia bekerja. Syarikat ini sekarang diuruskan oleh anak TanSri Zainal.  Tan Sri telah menyerahkan kuasa pada satu-satunya anak lelaki tunggalnya.

“Terima kasih.” Tersentak Zaira bila terdengar suara . Berangan lagi aku ni. Habislah aku. Zaira cuma mengangguk dan berlalu keluar. Kalau boleh hendak sahaja dia berlari keluar tadi. Tetapi memandangkan bosnya sedang memerhatikannya, terpaksa dikawal kakinya untuk berjalan sopan.

“Macamana, ok suma. Hensem tak bos kita tu?” tanya Alin bila Zaira melintasi mejanya.

“ itu bukan persoalannya Alin. Tapi ni aku nak bagitahu. Aku terlanggar dengan bos tadi kat bawah masa nak masuk lift. Nasiblah dia tak marah. Cuma tu lah, malu lah. Langgar bos sendiri. Dah tu aku boleh tak kenal lak bos sendiri. Eh, lagi satu. Apa nama bos kita ye. Aku lupa nak tanya kak Siti hari tu.” Tanya Zaira sambil menghirup air Nescafe yang dibuatnya tadi.

“En. Haikal Qarleef bin Tan Sri Zainal. Sedapkan nama dia. Nama sedap, orangnya pun hensem. Dia belum kahwin lagi tau. Tapi tulah dia dah ada tunang lah. Melepas aku.” Alin  membuat muka sedih membuatkan Zaira tergelak melihat raut wajahnya.

“Ala, kalau dia belum bertunang pun, belum tentu kita ni jadi pilihan dia makcik oi.. Sebelah mata pun dia tak pandang orang macam kita ni la. Dahlah, aku nak buat kerja ni. Nanti kita sambung lagi ye.” Zaira menolak sedikit badan Alin mengisyaratkan supaya dia balik semula ke mejanya.

Staf-staf lain sibuk membuat kerja termasuklah Zaira. Walaupun baru tiga hari menjalankan tugasnya di syarikat baru, namun banyak kerja yang perlu disiapkan segera. Zaira langsung tidak berasa kekok bekerja disekeliling orang-orang baru. Staf di situ semuanya baik-baik dan sanggup membantu antara satu sama lain.

Haikal pula sibuk dengan projek-projek yang perlu disiapkan.  Banyak mesyuarat yang perlu dihadiri. Begitulah rutin harian mereka beberapa hari ni. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Banyak projek yang masuk, banyaklah kerja  yang perlu disiapkan sebelum tarikh yang ditetapkan. Zaira jarang berjumpa dengan bosnya  walaupun mereka sama tempat kerja. Haikal sibuk kesana sini. Hanya kak Siti yang tahu jadual harian bosnya itu. Hanya sesekali sahaja Zaira bertembung dengan bosnya. Itupun tidak ada perbualan antara mereka. Cuma senyuman dihadiahkan pada Zaira.

Haikal memang pemurah dengan senyuman. Kata Alin, bosnya itu ramai peminat. Cuma dia yang tidak melayan. Lagipun dia sudah bertunang. Itupun bukan pilihannya. Pilihan ibunya. Kata Alin lagi, tunangnya itu seorang model. Sudah semestinya cantik dan bergaya. Mereka baru sahaja bertunang atas desakan Puan Sri.

Banyak juga perihal bosnya diceritakan oleh Alin. Kadang-kadang kak Siti juga  ada menceritakan serba sedikit mengenainya. Mengenai Tan Sri dan Puan Sri juga diceritakan.Begitu sahajalah Zaira mendapat tahu mengenai bos barunya itu. Zaira tahu mana mungkin dia dapat berjumpa dan bertanya sendiri pada bosnya perihal diri dan keluarga.


“Zaira, boleh tolong akak tak. Zaira tolong hantarkan dokumen ni pada Encik Haikal kat alamat sini.  Encik Haikal ada meeting kat sana. Dokumen ni dia nak pulak. Akak kena tunggu tetamu dari Jepun kejap lagi ni. Nak kena terangkan sikit benda kat diorang. Jangan risau, Zaira naik je teksi. Nanti claim balik ye. Akak dah beritahu kat Encik Haikal dah yang Zaira yang akan hantar.” Jelas kak Siti dengan tergopoh-gapah.  Kelam kabut kak Siti mencari benda di atas mejanya. Kemudian diserahkan pada Zaira kertas-kertas yang telah diletakkan di dalam sampul surat.

“Ini sahaja ke kak Siti?” tanya Zaira pada Siti. Dia mahu memastikan tiada apa yang tertinggal sebelum dia pergi. Siti mengangguk dan terus mengangkat telefonnya yang berbunyi sejak dari tadi.

Zaira mengambil beg tangannya dan berlalu keluar menunggu lift untuk ke bawah. Dia menaiki teksi menuju ke alamat yang diberikan padanya tadi. Nasiblah ketika itu jalan tidak sesak. Sekejap sahaja Zaira sudah sampai.

Zaira berjumpa dengan penyambut tetamu disitu dan bertanyakan tentang Encik Haikal.

“ Oh, Encik Haikal ada kat dalam.  Sekejap ye.” Selepas gadis tersebut membuat panggilan, kelihatan Haikal berjalan keluar menuju ke arahnya.  Seperti biasa Haikal kelihatan amat segak dengan penampilannya. Terpegun sebentar Zaira dibuatnya. Semakin dekat Haikal padanya, semakin kuat bau wangian yang dipakainya. Sudah semestinya harum pada Zaira.

“Ada bawa dokumen tu?” tanya Haikal lembut. Zaira menghulurkan sampul surat tadi pada Haikal.

“Ok, terima kasih.” Itu sahaja yang keluar dari mulut bosnya itu. Tetapi Zaira langsung tidak kisah. Dia tahu siapa dia dan siapa lelaki dihadapannya itu.

“Sama-sama.” Terus Zaira berlalu dari situ. Sempat dia mengucapkan terima kasih pada penyambut tetamu tadi sebelum beredar keluar.

Haikal masih memandang Zaira berjalan pergi. Entah kenapa Haikal merasakan sesuatu bila melihat Zaira. Dia sendiri tidak tahu.


Mana pulak la teksi ni. Tadi banyak je aku nampak. Ni satu pun takda....... ngomel Zaira sendiri. Sudah lama dia menunggu teksi namun tidak ada sebuah pun yang lalu.

Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti........



6 comments:

  1. Buat cewek n tante yg cari pria simpanan orang jawa hub 0813 6871 2420

    ReplyDelete
  2. Buat cewek n tante yg cari pria simpanan orang jawa hub 0813 6871 2420

    ReplyDelete
  3. Novel ni best..bila nk smbng next episod? X sbr nk baca

    ReplyDelete
  4. Novel ni best..bila nk smbng next episod? X sbr nk baca

    ReplyDelete