My corner's visitor

Friday, May 31, 2013

E-Novel: Kau Tetap Milikku - Bab 3

KAU TETAP MILIKKU

Bab 3

Sudah seminggu perkara tersebut berlaku. Aku berharap Haris telah melupakan apa yang berlaku antara mereka. Walaupun aku sering terfikir tentang gambarku yang ada di tangan Haris. Tak sanggup nak membayangkan gambar aku sendiri yang tanpa memakai apa-apa dibelek oleh orang lain. Diri sendiri pun belum tentu sanggup melihat badan sendiri tanpa pakaian di cermin.

Bunyi bip menandakan ada pesanan ringkas yang masuk, mengejutkanku dari lamunan. Nama Haris tertera di skrin. Aduh, dia ke. Macam mana dia boleh dapat nomborku ini. Terus aku membaca apa yang ditulis.
           
“Dear Arina, How are you today my dear?. Seronok ke tak kena kacau selama seminggu?. Well, I was in London last week. Now I’m back. Tonight need you to accompany me. My driver will pick you up at 8pm. Don’t forget to bring baju tidur kalau nak or else can just naked. Me, don’t mind.”

Tiba-tiba terasa nafasku terhenti apabila selesai membaca pesanan dari Haris itu. Apa aku nak buat ni. Dah sah-sah aku kena ikut cakap dia. Kalau tak, gambar-gambarku akan disebarkan. Tidak sanggup aku membiarkan orang lain melihat tubuhku.

Baru dua hari lepas, Shida telah berpindah ke Melaka dan bertugas di anak cawangan syarikat tempat dia bekerja. Memang itu yang dia mahukan selama ini memandangkan ibu bapanya tinggal di sana. Penjimatan katanya.

Tinggallah aku sendiri di Kuala Lumpur ini. Yang lebih merungsingkan aku ialah aku terpaksa berpindah kerana tidak mampu membayar duit sewa rumah yang sekarang ini terpaksa aku tanggung sendiri. Sungguh sibuk aku mencari bilik-bilik kosong dengan harga yang berpatutan.  Aku terpaksa berpindah sebelum hujung bulan ini. Tinggal lagi 10 hari sahaja untuk mencari. Pening kepalaku bila memikirkannya.

Tepat jam 8 malam, bunyi deruman kereta kedengaran di depan rumah. Sebuah kereta Lamborghini berwarna merah kelihatan. Ini mesti driver Haris, tapi takkanlah driver hendak mengambil aku dengan kereta ini. Monolog aku sendiri. Biarlah, malas hendak memikirkan terus aku mengunci pintu dan menuju ke arah kereta tersebut.

Setelah masuk ke dalam kereta, dapat kulihat Haris yang memandu kereta tersebut. “Kata driver yang ambik, kenapa awak yang datang?” Tanyaku bila dia masih merenungku dengan pandangan tajam. Tidak sanggup aku bertentang mata dengannya. Seperti ada panahan yang menusuk ke jantung bila bertentang mata dengannya.

“Ikut suka I le.” Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Haris. Selepas itu masing-masing membisu tanpa kata. Cuma kedengaran suara di radio sahaja menghilangkan rasa sunyi.

Kereta membelok masuk ke kawasan kondominium yang sungguh mewah. Tempat yang meletakkan pengawal pun sudah melambangkan kondo ini jenis yang mewah. Memang cantik kawasannya bila kereta menyusuri untuk ke tempat letak kereta.

Haris memarkirkan keretanya dan menuju ke lif berhampiran. Aku terpaksa membesarkan langkahku untuk mengejar Haris yang sememangnya berjalan laju. Kami memasuki lift ke tingkat 19.

Aku mengekori Haris sehingga sampai di hadapan pintu rumahnya. “Jom masuk.” Haris menarik tanganku masuk setelah aku berdiri tegak tidak bergerak di hadapan pintu. Rasa takut menyelubungi diriku. Terpaksa aku melangkah longlai ke dalam. Keadaan di dalam rumah memang kelihatan mewah. Semua barang-barang yang tersusun kelihatan mahal. Kalau hendak dibandingkan dengan perabot dirumahku memang jauh panggang dari api.

Aku meninjau-ninjau sekeliling berharap ada orang lain di dalam rumah. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara dari belakangku, “Sekarang ni hanya I ngan you je kat dalam rumah ni. Takda sesiapa pun lagi. My maid dah balik after dia kemaskan apa-apa yang patut and masakkan untuk kita.”aku berpaling ke belakang dan Haris sedang memandangku dengan senyum sinis.

Dia mendekatkan diri kepadaku. Kakiku rasa kejang dan tidak dapat bergerak. Dia menolakku ke dinding. Jarak kami terlalu dekat sehingga aku dapat rasakan badannya menghimpit dadaku. Jantungku berdegup kencang. Tangan kanannya menyentuh pipiku dan turun ke bibir. Tangan kirinya memegang pinggangku untuk terus rapat ke badannya. Dapat kurasakan bibirnya semakin dekat ke bibirku sehingga bibir kami bertaut. Lama kelamaan aku dapat rasakan ciumannya semakin rakus. Dapat kurasakan juga tangan kirinya memainkan peranan. Ketika dia sedang cuba membuka butang bajuku, telefon di atas meja berbunyi. Cepat-cepat aku menolak tangannya dari badanku. Dia memandangku dengan senyum puas dan berlalu untuk menjawab telefon.

Aku terus menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa yang disediakan. Apa yang harusku buat selepas ini. Kalau aku cuba melarikan diri, mungkin lagi teruk aku akan dikerjakan oleh Haris. Mana mungkin dia akan melepaskanku begitu sahaja. Sedang aku berfikir, tiba-tiba terasa bahuku dipegang.

“Jom kita makan.” Ajak Haris dan berlalu ke meja makan. Aku Cuma mengikut sahaja langkahnya ke meja makan. Memang perutku sudah kelaparan. Minta diisikan sesuatu ke dalam perut. Apa lagi, walaupun masih malu dengan Haris, tetapi perutku lagi memerlukanku ketika ini. Aku mengambil makanan yang berada hampir denganku tanpa menghiraukan Haris yang masih merenungku.
“Boleh makan tak ni?” Tanya aku pada Haris bila dia Cuma memandangku tanpa berkata apa-apa. Haris mengangguk sambil tersenyum.

Selesai sahaja makan, aku mengambil semua pinggan-pinggan kotor ke dapur untuk dibasuh. Haris meninggalkanku dan berlalu ke dalam bilik. Selesai mengemaskan meja makan, aku berlalu ke balkoni untuk menghirup udara malam yang segar. Terasa sungguh nyaman dan hampir aku terlupa yang aku masih berada di rumah Haris, lelaki yang mungkin akan merosakkan diriku ini.

Terkejut aku apabila tersedar yang Haris sedang memeluk pinggangku dari belakang. “Arina, I ada benda nak tanya you.” Aku cuba melepaskan pelukannya namun tidak berhasil kerana pelukannya semakin dieratkan. “You dah ada teman istimewa?.Belum sempat aku menjawab, Haris terlebih dahulu membisikkan kepadaku, “If yes, sila tinggalkannya. Because I tak suka berkongsi dengan orang lain. You cuma hak I seorang. “ Haris mencium pipiku dan terus menarik tanganku ke  ruang tamu.

“Haris....bo..boleh saya balik sekarang?..Saya naik teksi je balik. Bu..bukan apa, esok pagi saya ada hal sikit. Please Haris.” Rayuku pada Haris. “Mmmm, I hantar you esok pagi. Dekat mana you ada hal tu?. I hantarkan.” Terkejut bila Haris mempelawa untuk menjadi driverku. Dia yang dari tadi meramas-ramas jari jemariku melepaskannya dan bangun dari sofa mengambil telefonnya yang diletakkan di atas meja. “Fatul, tolong cancel semua appointment I esok. I ada hal yang lagi penting.” Aku yang sedari tadi melihatnya sahaja terus memegang tangannya seraya menggeleng kepala tanda tidak bersetuju. Dia masih tidak berganjak dengan keputusannya. “Haris, its ok. Saya boleh pergi sendiri.”.”Arina, itu keputusan I dan I akan temankan you esok. Anyway hal apa yang penting sangat tu?”. Terdiam seketika bila Haris menanyakan soalan kepadaku. Hendak tak hendak terpaksa juga aku menceritakan kepada Haris tentang masalahku dengan rumah sewa. Dengan keadaan aku yang kesempitan wang.

“Esok I nak you kemas barang-barang you dan pindah ke sini. Jangan cakap apa-apa lagi Arina. Ini arahan dari I.” Tersentak aku apabila suara Haris sungguh tegas mengarahkanku berpindah ke rumahnya.  Matilah aku kalau setiap hari aku akan berjumpa dengannya. Duduk di dalam satu rumah.


“You fikir apa Arina?. Buat pengetahuan you, I ada dua rumah. I tak stay kat sini. I stay kat rumah lagi satu. Sebab lagi dekat dengan tempat kerja. You can stay here Arina. Its good for me also, senang sikit I nak awasi gerak geri you. Ok, so consider the problem settle.” Haris terus bangun dan menutup kesemua lampu. Dia kemudian membuka televisyen yang aku sendiri pun tidak tahu berapa besar skrinnya. Dia kemudian duduk disebelahku. Rasa macam di dalam panggung wayang dengan skrin yang besar, sofa yang besar seperti katil.

No comments:

Post a Comment