KAU
TETAP MILIKKU
Bab
4
Jam
menunjukkan pukul 7pagi. Terasa sungguh nyenyak tidurku malam tadi. Aku tidak
tahu macam mana aku boleh berada di atas katil di dalam bilik. Setahu aku, kami
menonton cerita seram dari Thailand malam tadi di ruang tamu. Aku melihat Haris
masih nyenyak tidur di sebelahku. Sekatil dengan Haris?!. Terus aku merasa
tubuhku dan terasa lega yang aku masih memakai baju yang sama malam tadi.
Harap-harap tiada apa yang berlaku malam tadi.
Dengan
perlahan-lahan aku cuba untuk turun dari katil. Tidak mahu mengejutkan Haris.
Terkejut aku apabila Haris dengan tiba-tiba memegang tanganku.
“Mmmm....you
nak gi mana Arina?” Tanya Haris walaupun matanya masih pejam.
“Saya
nak bangun, nak mandi and nak balik.” Jawabku sambil cuba melepaskan genggaman
tangan Haris. Haris mengangguk dan melepaskan tangannya. Aku terus bangun dan
berlalu ke bilik air. Nasibku baik kerana terlihat tuala mandi yang masih
berlipat di atas rak di dalam bilik air.
Selesai
mandi, dengan tergopoh-gapah aku terus membuka pintu bilik air. Tidak
semena-mena aku terlanggar Haris yang ketika itu sedang berdiri betul-betul di
hadapan pintu. Mungkin tengah menunggu giliran untuk mandi.
“Arina,
kenapa laju semacam ni. Apa-apa you tunggu I siap mandi dulu. I dah janji nak
hantar you balik kan.” Sempat lagi dia mencium pipiku sebelum menutup pintu.
“Haris,
saya rasa awak boleh balik dulu kot. Sebab lama nanti kalau nak tunggu saya
kemas baju-baju suma. Lagipun saya Cuma kena keluar dari rumah ni pun minggu
depan je. “ jelasku bila Haris memberhentikan keretanya di hadapan rumah.
“Ok,
you kemas apa-apa yang patut je. Barang-barang yang tak penting you boleh
buang. You pakai je barang-barang kat rumah I tu ye.” Jelas Haris sambil
mengusap lembut pipiku. Terasa sungguh indah bila diri dibelai sebegitu.
Tiba-tiba terhenti lamunanku bila peristiwa hitam yang berlaku dahulu melintas
di fikiranku.Lelaki inilah yang hampir-hampir merosakkan diri kau, Arina. Wake up Arina, wake up Arina...
Bisikan suara halus kedengaran.
Ku
cuba mengalihkan tangannya dari menyentuh pipiku. “Mmmm, kalau dalam masa
terdekat ni saya dapat cari rumah sewa, saya pindah sana ye. Saya harap Haris faham.
Sebab nanti kalau family saya datang KL, takdalah saya nak jelaskan apa-apa kat
diorang. Mesti ibu tertanya nanti bagaimana saya yang kerja sebagai kerani
boleh tinggal kat kondo yang mewah macam ni. Faham kan maksud saya.”
Haris
merenungku lama. Dan akhirnya dia mengangguk setuju dengan pendapatku. Entah
dari mana idea bernas tiba-tiba muncul. Boleh sesak nafas kalau tinggal kat
rumah Haris nanti. Sesuka hati dia keluar masuk rumah tu. Nak herankan apa,
sebab sudah tentu dia ada kunci rumah tersebut.
Haris
mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan beberapa keping duit rm100 dan
dihulurkan kepadaku. “Ambil ni Arina. Buat belanja you. “ Aku yang terkejut
dengan tindakan Haris itu terus menolak tangannya seraya menggelengkan kepala.
“Awak
simpan jelah duit tu. Saya masih ada duit lagi. Lagipun bukan saya ada buat
apa-apa pun untuk awak kan.” Baru sahaja aku ingin membuka pintu kereta, tangan
Haris terlebih dahulu menghalang aku membuka pintu.
“Arina,
bila I bagi sesuatu, sila ambik. I paling tak suka bila I bagi sesuatu tapi
ditolak. You takda buat apa-apa?. You tak ingat ke Arina sayang yang you dah
temankan I tidur malam tadi. Emmm, tak ingat?” seram sejuk kurasa bila wajah
Haris hampir denganku. Lebih menyeramkan lagi apabila mata Haris tajam
menembusi anak mataku. Terasa malas aku ingin bertanyakan padanya apa yang
telah berlaku malam tadi. Bukannya akan dapat jawapan pun dari lelaki ini. Dengan
segera aku mengucapkan terima kasih dan membuka pintu kereta sambil berlalu
masuk ke dalam rumah.
Pening
kepalaku memikirkan apa yang perlu kubuat sekarang ini. Yang penting sekali aku
kena segera mencari rumah sewa. Jangan buang masa lagi Arina. Masa itu emas
buat kau. Monologku sendiri.
Nasib
menyebelahiku bila Linda, rakan sepejabatku menelefonku memberitahu bahawa
teman serumahnya mahu berpindah keluar hujung bulan ini. Ini bermakna aku boleh
berpindah masuk ke sana hujung bulan ini. Tidak dapat digambarkan perasaan aku
masa itu. Bersyukur sangat-sangat. Rasa hilang semua masalah aku. Haris.......
“Apa,
dah dapat bilik sewa?!. Kat mana?! Dengan siapa?!” Tegas suara Haris di
telefon. Apa kena dengan Haris ni. Sakit telingaku bila dengar suaranya yang
agak kasar bertanyakan kepadaku. Terasa takut pun wujud dikala ini.
“Haris....Ya,
saya dah dapat bilik sewa. Kejap lagi saya akan angkat barang-barang saya ke
sana. Saya akan duduk dengan rakan sepejabat saya. Rumah dia dekat area
Bangsar. “ Jelasku kepada Haris. Harap Haris tidak membangkang keputusanku ini.
“Perempuan
ke lelaki?!” Terkejut aku mendengar soalan Haris itu. Ikutkan hati ingin sahaja
aku meletakkan telefon. Malas hendak melayan soalan-soalan bodoh Haris.
Tiba-tiba datang idea bernas lagi dalam otakku ini.
“En.
Haris, lori dah sampai. Nak angkat barang-barang buruk saya ni. Nanti kita
berbual lagi ye. Bye.” Sempat aku mendengar jeritan Haris sebelum meletakkan
telefon. Lantak kau lah Haris. Penat mahu melayan kerenah dia ni. Kadang-kadang
rasa macam aku ni perempuan simpanan pun ada.
Sempat
aku mengira-ngira perbelanjaan aku untuk bulan depan sambil menunggu lori yang
sepatutnya sampai bila-bila masa sahaja. Gaji baru masuk semalam, tapi dah guna
untuk bayar deposit bilik. Nak bayar hutang-hutang tetap setiap bulan lagi.
Haris
tidak senang duduk bila mendapat tahu yang Arina akan berpindah hari ini. Selesakah
dia dengan rumah baru. Macam mana persekitaran tempat baru tu. Semua
bermain-bermain dalam fikiran Haris ketika itu. Tidak pernah Haris risau
tentang mana-mana perempuan sebelum ini. Inilah kali pertama Haris betul-betul
risau dan prihatin terhadap nasib seorang perempuan.
Arina.......aku
bukan milik kau. Tapi kau memang telah menjadi milikku. Jangan berani sesiapa
mengacau ‘barang’ aku. Itulah perangai Datuk Haris yang susah hendak dibuang.
Kalau dia sudah suka pada sesuatu, dia akan pastikan benda itu akan menjadi
miliknya seorang bukan milik orang lain. Bila sudah bosan baru dia akan membuangnya. Memang ramai wanita
berebut-rebut untuk mendampinginya.Tapi untuk menjadi wanita yang berjaya
bertakhta dalam hatinya memang payah. Semuanya cuma untuk suka-suka sahaja.
Menjadi teman untuk sehari sahaja.
Kalau
tidak difikirkan mengenai mesyuarat penting yang harus dipengerusikan hari ini,
sudah lama Haris menuju ke rumah Arina. Memandangkan mesyuarat kali ini
melibatkan semua pemegang saham syarikat, terpaksa dia melupakan hasratnya.
Haris telah menelefon salah seorang pengikutnya untuk membantu Arina dan juga
untuk memastikan Arina tidak dibantu oleh mana-mana lelaki. She is mine! Anggap
Haris terhadap Arina.
Arina,
I dah suruh Roslin, orang I untuk membantu you. Like it or not, he will be
helping you my dear. Don’t get any help from other guys. Kalau I tahu ada
lelaki selain Roslin tolong you, you will regret it Arina. I am deeply serious.
-Haris-
Tergamam
rasanya bila membaca message dari Haris. Pertolongan yang berbaur
ugutan. Nasib lah kawanku, Musa tidak dapat membantu kerana terpaksa ke luar
bandar atas urusan kerja. Apa kena dengan Haris ni?. Gila agaknya mamat ni. Aku
bukannya sesiapa pun pada dia. Teman wanita pun tidak, apa lagi isteri.
Peliklah perangai dia ni. Lama-lama aku yang gila. Aduhhhhhh.....
haris ni jenis gila kuasa.. hahaha
ReplyDeletekalo dah dikata dia punya tu dia punya la jadiknya... haris2...
ReplyDelete