My corner's visitor

Tuesday, December 10, 2013

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 24

To all followers.. Ni ada satu bab KTM ye. Pengubat rindu... Harap semua suka ye dengan sambungan ni...TQ guys...


KAU TETAP MILIKKU

BAB 24

                Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Arina diam seribu bahasa. Sepatah yang ditanya, sepatahlah yang dijawab. Dia masih tidak dapat menerima yang Haris tidak membenarkannya pergi bercuti bersama-sama dengan kawan-kawannya nanti. Macam mana dia hendak memberitahu pada Mimi dan Linda. Seronoknya mereka dapat ke sana.

                “Arina… take this.” Arina memalingkan mukanya pada Haris. Yang membuatkan Arina lebih terkejut bila melihat kad ATM yang dipegang Haris.

                “Kad bank?. Untuk apa?” Arina masih tertanya-tanya kenapa Haris memberikan kad ATM padanya.

                “This is for you. Untuk kegunaan Arina. I dah masukkan six thousand semalam. Every month I akan masukkan lagi. Kalau ada benda yang Arina nak bayar atau nak beli, just pakai duit ni. Kalau tak cukup let me know. I will give you more.” Tercengang Arina mendengar segala yang diterangkan Haris. Tidak pernah  terfikir Arina untuk mendapat duit belanja sebanyak itu dari seseorang.

                “Haris…..” Arina tahu dia memang isteri Haris. Tetapi isteri yang bukan isteri sebenar. Dia tidak layak untuk mendapat simpati Haris. Dia tidak layak untuk mendapat perhatian Haris. Dia tidak layak untuk menggunakan duit Haris.

                “No Arina. Just take it. You are my wife!. Berapa kali I nak ingatkan you Arina?. You deserve for all this.” Haris memperlahankan suaranya  yang tadi sedikit kuat. Arina takut jika Haris bertindak ganas. Perlahan-lahan dia mengambil kad tersebut dari tangan Haris. Lima ribu bukan sikit tu. Berapa bulan punya gaji tu.

                “And pasal cuti tu… I izinkan. But remember Arina…. Jangan buat benda yang I tak suka belakang I. You tahukan akibatnya kalau I marah.” Apa lagi… tersangat suka Arina sehingga dia hampir memeluk Haris. Senyum lebar Arina bila mendapat keizinan dari suaminya.

                “Terima kasih Haris. Arina janji yang Arina takkan buat benda-benda yang Haris tak suka.” Arina masih memandang Haris dengan wajah yang ceria. Tidak seperti tadi.

                “Peluk I dulu.” Haris sudah tersenyum memandang Arina. Aduh…. Nak kena peluk pulak ke …..Takpalah…cuti punya pasal.

                Arina merapatkan dirinya pada Haris dengan niat untuk memeluknya. Namun Haris lagi cepat menangkap bibir merah Arina. Terus Arina menjarakkan dirinya dari Haris.

                “Haris…….kata nak peluk je. Kenapa ni?” Arina menunjukkan bibirnya yang dipagut Haris tadi.

                “Nak lepaskan rindu.” Haris cuba mendekatkan dirinya lagi pada Arina. Cepat-cepat Arina keluar dari kereta. Ketawa kecil Haris melihat Arina yang tergopoh gapah keluar. Entah kenapa Haris berasa sangat gembira bila setiap kali bersama Arina. Hidupnya akan lebih lengkap sekiranya Arina tinggal bersamanya. Langkah seterusnya yang perlu diambil Haris. Tinggal bersama. Dia perlu mencari jalan untuk membawa Arina tinggal bersama-samanya.

                Selepas menutup pintu bilik, Arina mengeluarkan kembali kad ATM yang diberikan Haris. Dia masih tidak percaya yang Haris sanggup memberikan dia wang sebanyak itu padanya. Tiap-tiap bulan pulak tu. Kata-kata Haris tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

                “Anggap ini sebagai nafkah zahir seorang suami pada isterinya. Nafkah batin je dah lama tak beri.”

                Itulah kata-kata Haris selepas dia memberikan nombor pin untuk kad tersebut pada Arina.  Arina tidak tahu apa yang patut dia buat. Kenapa pula Haris perlu memberitahunya tentang nafkah suami isteri. Salahkah dia kerana tidak menjalankan tugas sebagai isteri yang sebenarnya. Dia nekad. Selepas pulang dari bercuti nanti, dia perlu berbincang dengan Haris mengenai hubungan mereka. Sampai bila mereka harus begini.


                “Kau dah bawak semua barang-barang penting ke?” Mimi menjerit pada Arina yang sedang menuruni tangga rumah dengan beg yang hendak dibawa bercuti.

                “Alamak!. Telefon aku.” Selepas meletakkan begnya di tepi pintu, dia berlari semula ke atas mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di tepi tempat menggosok baju.

                Ada sepuluh panggilan yang tidak dijawab. Semuanya dari Haris. Cepat-cepat dia mendail semula nombor Haris. Dia tahu Haris memang tidak suka jika panggilannya tidak dijawab.

                “You kat mana Arina? Kenapa tak angkat phone?” Suara Haris kedengaran sedikit tegas. Apa tidaknya sudah berapa kali Haris menghubunginya, satu pun tidak diangkat.

                “Arina mandi tadi. Phone dekat luar.” Memang betul apa yang diberitahu Arina.

                “Gerak kul bapa ni Arina?” Haris cuba melembutkan sedikit nada suaranya. Dia tidak mahu Arina berasa takut lagi dengannya seperti dulu. Dia mahu mewujudkan kemesraan antara mereka.

                “Kejap lagi nak gerak ni. Tengah siap-siap. Haris ke Singapore pukul berapa?” Giliran Arina pula yang bertanya. Dia cuma tahu yang Haris juga akan ke Singapura hari ini tetapi tidak pula dia tahu pukul berapa.

                “I gerak esok pagi sayang dalam pukul 7. So, semua barang-barang penting dah bawa? Jangan lupa your handphone and charger. Nanti susah I nak call.” Handphone yang dia ingat. Rasanya kalau lupa bawa beg duit yang lagi bahaya. Iskh Haris ni.

                “Dah bawa dah semua. Arina nak kena pergi ni. Nanti dah sampai Arina bagitahu ye.” Arina ingin segera turun. Dia tahu kawan-kawannya mesti sedang menunggunya.

                 “Okey Arina. Guna duit semalam I bagi tu untuk beli barang-barang. Apa-apa call I cepat. Take care sayang.” Arina juga mengucapkan selamat jalan pada Haris. Masing-masing ke destinasi berlainan. Berat rasa hati Haris untuk membenarkan Arina pergi. Tetapi dia kesian dengan Arina. Beria-ia ingin bercuti bersama kawan-kawannya. Ya….Haris juga sudah bercadang membawa Arina bercuti ke luar negara. Rasanya sudah sampai masanya dia perlu memberitahu kepada semua orang. Yang dia khuatir cuma mamanya sahaja. Risau jika dia tidak boleh menerima yang menantunya hanyalah seorang kerani biasa. Bukan anak Dato’ atau Tan Sri.

                Memang benar sangkaan Arina. Kawan-kawannya sudah menunggunya di dalam kereta. Semangat benar mereka ni. Arina juga seperti mereka. Entah kenapa terasa sangat teruja untuk pergi bercuti. Mungkin kerana sudah lama mereka tidak ke mana-mana bersama.

                Abang Mimi yang menghantar mereka menaiki bas untuk ke Kuala Besut. Di sana baru mereka akan menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian. Bas dari Kuala Lumpur bertolak pukul sepuluh malam. Dijangka sampai ke Kuala Besut pukul enam pagi esok. Banyak kali Haris mempelawa diri untuk menghantar mereka ke stesen bas namun ditolak lembut oleh Arina. Katanya mereka sudah meminta abang Mimi untuk menghantar mereka ke sana.

                Arina dah naik bas. Kejap lagi jalan.

                Butang SEND ditekan. Berulang kali Haris mengingatkannya supaya menghantar mesej bila sahaja dia menaiki bas. Macam budak-budak pun ada. Dituruti sahajalah arahan tuan besar seorang ni.

                Take care sayang. Anything call me. Enjoy your holiday.

                Selepas membaca mesej yang dibalas oleh Haris, Arina melelapkan mata. Kesibukan di tempat kerja siang tadi membuatkan Arina bertambah letih.

                “Arina pergi dengan siapa ni?” tanya Dato’ Mahizan dengan tiba-tiba bila sahaja Arina dipanggil masuk.

                “Saya pergi dengan teman-teman serumah saya Dato’.” Pelik juga Arina bila Dato’ Mahizan sibuk bertanya padanya. Risau juga di dalam hati Arina kalau-kalau Dato’ Mahizan tahu tentang hubungannya dengan Haris.

                “Semua perempuan ke? takda pergi dengan lelaki?” bertambah pelik Arina dengan soalan yang diajukan padanya. Apa kena dengan bosnya ni. Jangan-jangan dia ingat aku pergi dengan anaknya. Aduh….

                “Eh tak Dato’. Saya pergi dengan dua orang kawan perempuan saya sahaja. Takda kaum adam yang ikut.” Dato’ Mahizan cuma mengangguk perlahan. Ada senyuman terukir dibibirnya. Apa tanda senyuman tersebut. Arina sendiri tidak mengerti.

                “Baiklah. Jaga diri baik-baik.” Arina cuma mengangguk sebelum keluar dari bilik tersebut. Mungkin Dato’ mengambil berat tentang pekerja-pekerjanya. Arina membuat andaiannya sendiri.

                Bas yang mereka naiki masih meneruskan perjalanan ke Kuala Besut. Arina terjaga bila telefonnya berbunyi. Nasiblah Arina terfikir untuk memperlahankan bunyi tadi semasa menunggu bas.

                “Arina dah dekat mana ni?” Haris yang menelefonnya. Hairan Arina. Sudah hampir pukul empat pagi takkanlah Haris tidak tidur lagi.

                “Gelap kat luar. Arina pun tak tahu kat mana ni. Haris tak tidur lagi ke. Esok kan nak bangun pagi.” Tanya Arina lembut. Suaranya memang diperlahankan sedikit. Takut jika mengganggu penumpang lain yang sedang tidur.

                “Tiba-tiba I teringatkan you, Arina.” Memang Haris sudah melelapkan matanya tadi. Tetapi entah kenapa dia terbangun dan wajah Arina yang terbayang. Terus Haris mencapai telefonnya dan menghubungi Arina. Arina hanya berbual sekejap sahaja dengan Haris.  Puas Arina memaksa Haris untuk menyambung tidur. Dia tidak mahu Haris mengantuk keesokkan pagi.

                Ikutkan hati Haris, hendak sahaja dia mengikut Arina ke sana. Mesti seronok pergi bercuti bersama-sama Arina. Dia sudah terfikir untuk membawa Arina berbulan madu di negara orang. Kebanyakkan negara-negara popular sudah Haris jejakkan kaki. Kali ini dia mahu Arina yang memilih tempat. Pasti Arina ada tempat yang ingin dilawatinya.

                Dalam pukul enam pagi, bas berhenti di Kuala Besut. Arina mengejutkan Linda dan Mimi. Selepas Haris menelefonnya tadi, mata Arina tidak mahu lelap. Dia teringat saat mereka di Langkawi tempoh hari. Ada terselit perasaan gembira bila bersama Haris. Arina dapat rasakan yang dia selamat setiap kali bersama Haris. Ada seseorang yang akan melindunginya jika berlaku apa-apa. Cara layanan Haris pada Arina serba sedikit sudah mencairkan hati Arina. Siapa yang tidak suka dilayan seperti bidadari lebih-lebih lagi dengan jejaka kacak dan kaya seperti Haris.

                Mungkin sudah masanya Arina menjadi isteri sebenar pada Haris….. Itu yang akan Arina bincangkan dengan Haris sebaik sahaja dia pulang dari Pulau Perhentian.

                

Thursday, December 5, 2013

E-Novel : Majikanku Sayangku - Bab 9

MAJIKANKU SAYANGKU

BAB 9

                Janganlah cerita yang sama….Doa Zaira di dalam hati semasa mereka berjalan masuk. Haikal dan Kirana berjalan di hadapan mereka. Zaira masih memerhatikan Haikal dari belakang. Dia berharap sangat yang Haikal dan Kirana tidak menonton cerita yang sama dengan mereka. Entah kenapa hatinya sedikit tersentuh bila melihat pasangan tersebut. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Sepatutnya dia turut gembira melihat kemesraan antara bos dan tunangnya.

                 Sebelum Haikal melangkah masuk, sempat lagi dia mengerling ke belakang untuk melihat Zaira. Berlainan dengan Zaira, Haikal pula memang berharap yang Zaira akan menonton dalam bilik yang sama dengannya. Haikal sengaja memperlahankan langkahnya untuk melihat Zaira. Nasibnya baik kerana dalam masa yang sama Kirana menarik tangannya untuk ke tepi pintu. Katanya ada panggilan penting yang perlu dijawab.

                Yes….

                Mereka akan menonton wayang dalam bilik yang sama. Cinema 2.

                 Lega Zaira bila dia tidak nampak kelibat Haikal. Maknanya mereka tidak menonton cerita yang sama. Tapi dia tonton cerita apa. Mesti dia gembira dapat menonton wayang dengan buah hati. Eh Zaira…. Kenapa pulak kau nak sibuk fikir pasal dia. Keluar dengan tunang. Mestilah gembira.

                Zaira duduk di baris ke empat dari hadapan. Dia tidak perasan yang Haikal juga menonton cerita yang sama dengannya. Sebenarnya Haikal duduk dekat dengannya. Selang dua baris sahaja dari tempat duduk Zaira.

                “You kenapa ni?. Dari tadi I tengok macam ada yang tak kena je. You tak sihat ke sayang?” Kirana perasan dengan perubahan Haikal sejak tadi. Semenjak melangkah masuk ke dalam wayang perangai Haikal lain. Seperti ada yang tidak kena.

                “Nothing. Cuma letih je.” Haikal malas hendak melayan Kirana. Tadi dia cuba juga memujuk hatinya untuk berlembut dengan Kirana, tetapi selepas melihat Zaira dan teman lelakinya, hatinya seperti terasa sakit sangat. Tidak pernah pula dia merasa sebegini dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Zaira bukan teman wanitanya. Kenapa dia perlu terasa sebegini.

                Wayang sudah bermula. Kirana seperti biasa akan memeluk lengan Haikal sambil melentokkan kepalanya di bahu Haikal. Persis wanita manja. Malas Haikal hendak melayan Kirana. Dibiarkan sahaja Kirana memeluknya. Walaupun wayang sudah bermula, tetapi mata Haikal lebih kerap ditumpukan ke arah Zaira.

                Walaupun masing-masing bersama dengan pasangan masing-masing, tetapi hati mereka seperti tiada di situ. Zaira masih memikirkan tentang Haikal. Nampak gembira sahaja dia dengan tunangnya. Mesti seronok mereka keluar bersama. Sama-sama cantik. Memang sepadan bila dilihat. Yang Zaira tidak tahu, Haikal juga sedang memikirkan tentangnya. Gembirakah Zaira dengan teman lelakinya itu. Seronokkah mereka keluar bersama. Arghhhhh… Kenapa boleh jadi macam ni…….. Pening Zaira… Pening juga Haikal.

                Akhirnya wayang tamat.  Zaira yang bangun terlebih dahulu. Entah kenapa hatinya seperti hendak melihat ke belakang. Baru sahaja dia menoleh, wajah Haikal yang terpamer. Tergamam sebentar Zaira ketika itu. Selama ini dia duduk di belakang aku. Dia nampak ke apa yang aku buat tadi. Eh kejap. Takkanlah Encik Haikal nak memerhatikan aku. Dah…. Dah….. jangan nak perasan Zaira oi. Dia tak kisahlah kau nak buat apa pun. Dia dah ada cik Kirana yang cantik tu. Zaira memujuk hatinya.

                Haikal masih memandangnya sambil bangun untuk turut serta keluar. Hanya senyuman yang diberikan oleh Zaira pada Haikal sebelum dia mengikut Azri keluar. Haikal sempat membalas senyuman Zaira tadi. Akhirnya mereka berpisah. Haikal masih cuba mencari-cari Zaira di celah-celah orang ramai namun tidak berjaya. Zaira pula seperti mahu mengelak dari Haikal. Laju sahaja dia mengikut Azri berjalan keluar.

                Dalam perjalanan pulang dari menghantar Kirana balik, Haikal masih terfikir-fikir samada hendak menghantar mesej pada Zaira. Entah kenapa hatinya berasa risau dan gelisah selagi tidak mengetahui di mana Zaira sekarang. Apa kena dengan aku ni. Arghhhhhh………

                “Zaira….. kita kahwin tahun depan. Abang akan hantar orang masuk meminang.” Selama ini memang Zaira menunggu saat Azri melamarnya.Sentiasa ditunggu saat Azri membuka mulut untuk melamarnya. Tetapi entah kenapa ketika itu hati Zaira seperti kosong. Tiada rasa gembira langsung bila Azri menyuarakan hasratnya itu. Kenapa perasaan yang berbeza timbul. Sepatutnya aku gembira mendengarnya. Tapi sebaliknya pula.

                “Zaira tak suka ke?” Zaira menggelengkan kepalanya bila tangannya disentuh Azri.

                “Tak, suka…….kenapa tiba-tiba abang….” Zaira rasa seperti ada sesuatu yang disembunyikan Azri. Entahlah…mungkin perasaannya sahaja.

                “Kenapa tiba-tiba abang nak masuk meminang? Itu yang Zaira nak tanya kan?. Okey, abang rasa dah lama kita berkawan. Dah tiba masanya kita berumahtangga.” Zaira  dapat rasakan sedikit pelik dengan perubahan Azri. Dulu punyalah payah sampai nak marah-marah kalau ajak berbincang tentang kahwin. Jangan fikir negatif Zaira.

                Zaira terpaksa berpura-pura suka dengan keputusannya padahal dia masih berasa was-was dengan Azri. Tiba-tiba membuat keputusan sebegini. Zaira cuba bersikap positif. Dia harap keputusan mengahwini Azri adalah keputusan yang betul. Memang dia sudah berkawan dengan Azri lama dan memang sudah sampai masanya mereka disatukan.

               
                “Apa!...... Kau nak kahwin awal tahun depan. Betul ke ni. Tahniah.” Azlin turut berasa gembira dengan berita tersebut. Dia ingin berkongsi kegembiraan dengan Zaira tetapi dia tidak tahu yang hati Zaira tidak segembira yang disangkakan. Zaira sendiri tiada jawapan kenapa dia bersikap sebegitu. Terlintas juga di fikirannya, mungkinkah kerana dia sudah jatuh hati pada orang lain. Itu sebabnya perasaan gembira tidak timbul dalam hatinya.

                “ So, tinggal berapa bulan je lagi kan. Barang-barang hantaran kau dah beli ke?. Persiapan lain macam mana?” Bahagian persiapan perkahwinan memang menjadi kesukaan Azlin. Dia memang suka dengan ini semua. BIla dilihat, Azlin yang lagi teruja dengan perkahwinan Zaira dari dirinya sendiri.

                “Kejap…. Kau ni Azlin. Okey, barang-barang hantaran nanti aku beli. Persiapan pelamin, mak andam semua nanti mak aku uruskan. Aku buat simple je la Azlin. Duit pun tak banyak. Nanti dah kahwin lagi nak pakai duit banyakkan.” Sebenarnya Zaira masih tidak berbincang pun dengan keluarganya di kampung. Malam tadi dia ada menelefon emaknya memberitahu yang pihak Azri akan datang merisik dan masuk meminang hujung minggu ni. Terkejut juga mereka bila diberitahu. Apa tidaknya, macam tergesa-gesa pula dirasakannya.

                “Nanti kalau kau nak ajak aku teman kau beli apa-apa yang patut, kau bagitahu je aku. Aku sedia menemanimu.” Ketawa Zaira bila melihat mimik muka Azlin. Azlinlah yang menjadi peneman setianya selain Nora, teman serumah Zaira.


                “Zaira, masuk office saya sekarang.” Cepat-cepat Zaira mengambil pen dan buku catatannya untuk dibawa bersama ke dalam bilik bosnya. Sempat dia mengambil beberapa dokumen yang hendak diserahkan pada Haikal untuk ditandatangani.

                “Ye, Encik Haikal.” Zaira melangkah masuk. Hatinya berdegup kencang takut jika Haikal bertanyakan dia tentang hujung minggu lepas. Nampak seperti kesalahan besar yang telah dibuat.

                “Duduk.” Haikal terus menyandarkan badannya ke kerusi empuknya itu.Pen ditangan diletak di tepi. Pandangannya dialihkan pada Zaira. Pandangan yang berbeza dirasakan Zaira.

                “Jumaat malam ni saya nak Zaira temankan saya ke majlis perkahwinan anak Dato’ Ghani. Nanti RSVP pada mereka ye.” Memang Zaira ada menerima jemputan perkahwinan dari Dato’ Ghani, salah seorang pemegang saham di syarikat tersebut yang ditujukan pada Haikal.

                “Tapi…tunang Encik Haikal…..” Zaira masih takut-takut untuk bertanyakan tentang tunang bosnya.

                “Tapi kenapa saya tak pergi dengan tunang saya? Sebab….. saya tak rasa saya nak pergi dengan dia. Saya rasa takda masalah kan tentang tu.” Tergamam Zaira. Dia tidak tahu hendak menjawab apa. Pelik pun ada dengan jawapan bosnya itu. Dah ada tunang, tapi taknak gi dengan tunang. Aku juga yang jadi mangsa keadaan. Sabar jelah Zaira.

                Zaira meminta diri selepas memberi Haikal dokumen-dokumen yang perlu ditandatangani. Rungsing Zaira dengan arahan bosnya tadi. Nasiblah Zaira tiket bas untuk Jumaat malam sudah habis. JIka tidak memang tidak dapatlah dia menemani bosnya ke majlis tersebut.

                “Kenapa berkerut je ni? Bos marah kau ke?” Azlin terus mendapatkan Zaira bila dia keluar dari bilik dengan muka berkerut.

                “Bos tak marah tapi arahan dia tu…. Alasan macam tak logik.” Zaira meletakkan dokumen yang dibawanya tadi di tepi komputer. Kejap lagi dia perlu membuat salinan untuk disimpan di dalam fail.
               
                “Arahan apa dia bagi?. Tak logik?... Cuba cerita kat aku.” Zaira kemudian menceritakan arahan yang diberikan padanya tadi. Azlin terusan mendengar tanpa menyampuk sekali pun.

                “Apa?!... Bos kata taknak pergi dengan tunang dia. Biar betul bos ni. Tunang punya cantik pun taknak tunjuk kat orang ke. Tapi kan….. kenapa pulak dia nak bawak kau. Pelik aku.” Azlin pula yang pelik dengan perangai bosnya itu.
               
“Entahlah Azlin. Aku ni lagi rasa pelik dengan perangai bos. Mungkin sebab aku yang terima kad tu atau mungkin dulu Encik Haikal selalu bawak Kak Siti ke majlis-majlis macam ni. Jadi sekarang ni dia bawak aku lah pulak kan. Agaknyalah.” Zaira persis mengiyakan sendiri kata-katanya tadi. Diangguk-angguk kepalanya.

                “Mana ada Zaira. Dulu aku tak pernah pulak dengar Encik Haikal bawak Kak Siti ke majlis-majlis macam ni. Kalau dia bawak Kak Siti pun, selalunya ke mesyuarat je. Tak pernahlah aku dengar. Dengan kau je Encik Haikal rajin bawak ke sana sini.” Biar betul Azlin ni. Buat takut Zaira je bila mendengar kata-kata Azlin itu.

                “Habis tu kau ikut dia ke nanti?” Azlin masih tidak cukup bertanya. Zaira sekadar menganggukkan kepalanya sahaja. Dia memang tiada mood untuk bercakap mengenai ini. Yang lebih memeningkan Zaira ialah tentang hubungannya dengan Azri. Jika benar, Azri akan menjadi suaminya tidak lama lagi. Tinggal lagi berapa bulan sahaja.

                Zaira tahu di dalam hatinya ada sedikit rasa suka pada bosnya sendiri. Tetapi dia tahu, perasaan itu tidak akan kemana-mana. Haikal sudah menjadi tunangan orang. Dia juga bakal menjadi tunangan orang tidak lama lagi. Zaira memang harus membuang perasaan yang ada terhadap Haikal. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Itu yang dirasakan Zaira ketika itu. Dia harus membuang perasaan tersebut sebelum terlambat.

                Zaira akan menjadi tunangan orang tidak lama lagi. Dan selepas itu akan menjadi milik orang lain. Kenapa aku perlu bersedih. Kenapa aku tidak boleh berkongsi kegembiraan dengannya. Zaira cuma pekerja di syarikat aku. Dia cuma pengganti tempat Siti. Kenapa ada perasaan begini terhadapnya. Sepatutnya perasaan sebegini ditujukan pada Kirana, tunang aku.


                Kirana…. Bukan Zaira……

Friday, November 22, 2013

E-Novel : Majikanku Sayangku - Bab 8

** As salam semua..... Maaf ye kerana menunggu lama sangat sambungan dua cerita ni. So, ni ada sambungan cerita Majikanku Sayangku ye. Saya harap sangat cerita ni mendapat sambutan bila dibukukan . Eh, ada ke yg nak beli. Insyaallah... Amin.....Ini bukan cerita biasa ye. Nanti kena follow cerita ni tau. Saya teruja nak habiskan cerita ni. Panjang lagi tau perjalanan hidup Zaira ni. ok, enjoy it. **


Majikanku Sayangku

Bab 8

                “Makkkkkkkkkkkk!!!!!” Zaira menjerit sekuat-kuatnya. Dia memang terlalu takut lebih-lebih lagi dengan keadaan yang gelap ketika itu. Entah kenapa tiba-tiba semua lampu tertutup. Cahaya dari luar samar-samar menyinari ruang pejabat. Zaira terus duduk di penjuru bilik di tepi sofa. Dia sangat takut untuk bergerak kemana-mana.

                “Zaira!!!” Tiba-tiba kedengaran suara Haikal memanggil Zaira dari luar. Suara tersebut semakin hampir padanya.

                “Saya kat sini.” Zaira berharap sangat seseorang datang menyelamatkannya. Dia memang terlalu takut sehingga terketar-ketar suaranya menjawab.

                Haikal terus menuju ke arah datangnya suara tersebut. DIlihatnya Zaira sedang duduk sambil memeluk kakinya. Haikal terus mendapatkan Zaira. Dari suara Zaira itu menunjukkan dia memang sedang ketakutan.

                “Zaira….” Zaira terus memeluk Haikal sambil menangis teresak-esak. Dek kerana takut, Zaira terus lupa yang dipeluknya ialah bosnya sendiri. Pelukannya semakin dieratkan. Sememangnya dia amat takut ketika itu. Haikal membalas balik pelukannya sambil mengusap-usap belakang Zaira supaya dia kembali tenang.

                “I’m here Zaira. Dah, jangan nangis.” Lembut sahaja suara Haikal memujuk. Zaira masih menangis. Zaira masih memeluk Haikal. Tidak mahu dilepaskan. Dia takut jika Haikal meninggalkannya lagi.

                “Jangan tinggalkan Zaira, Encik Haikal. Zaira takut…” Zaira melepaskan pelukannya. Malu juga  dia bila menyedari yang dia memeluk bosnya terlalu erat.

                “No Zaira. I won’t.” Kini Haikal pula yang menarik Zaira ke dalam pelukannya. Haikal membawa Zaira duduk di atas sofa sambil menelefon pengawal di bawah. Esakan Zaira juga sudah berkurangan.

                Selepas hampir setengah jam, barulah kembali cerah pejabat tersebut. Mereka sedang berpelukan ketika itu. Bila tersedar, terus Zaira menjarakkan diri dari Haikal.

                “Maaf Encik Haikal. Saya keluar dulu ye.” Malunya Zaira pada Haikal. Bukan sembarangan orang yang dipeluknya tadi. Bosnya sendiri. Zaira terus berlalu keluar tanpa memandang Haikal yang masih lagi duduk di atas sofa.
               
                Haikal tahu Zaira malu padanya. Entah kenapa hatinya cukup gembira bila berada dekat dengan Zaira. Suka dia melihat wajah Zaira yang kemerah-merahan menahan malu.

                Zaira…. Zaira….

                “Zaira, jom makan dulu. Nanti kejap lagi sambung balik.” Zaira cuma menurut perintah bosnya. Dia bangun dan berlalu ke dalam bilik Haikal. Inilah kali pertama mereka menikmati makan malam di dalam pejabat. Haikal pandai membuat Zaira berasa selesa dengannya. Sudah hilang sedikit rasa malu terhadap apa yang terjadi antara mereka tadi.

                Selesai makan malam, mereka kembali menyambung kerja yang tertangguh tadi. Akhirnya siap juga semua kertas kerja untuk mesyuarat esok.

                “Encik Haikal, tunggu saya.” Zaira masih mengemas mejanya yang berselerak. Disimpannya apa-apa yang patut ke dalam laci meja. Perasaan takut masih ada. Takut jika Haikal meninggalkannya keseorangan lagi.

                “Dah?. Jom.” Zaira mengangguk sambil berjalan melintasi Haikal. Mereka menuruni lif bersama. Sekali lagi Haikal menghantar Zaira pulang ke rumah.

               
                Pagi esoknya, Zaira menemani Haikal ke Berjaya Holdings untuk menghadiri mesyuarat. Sepanjang mesyuarat tersebut, Zaira hanya duduk di luar. Hanya Haikal sahaja yang masuk bersama kertas kerja yang telah disiapkan malam tadi. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Doa Zaira bila Haikal melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat.

                Setelah hampir satu jam lebih barulah Haikal keluar dari bilik. Keluar dari bilik sahaja, Haikal terus memandang Zaira dan tersenyum lebar. Zaira membalas senyuman tersebut.

                “Jom. Kita gi makan.” Zaira membantu Haikal dengan mengambil fail yang dibawanya ke mesyuarat tadi. Zaira tahu Haikal gembira kerana usaha mereka menyiapkan kertas kerja malam tadi berbaloi.

                “Encik Haikal….Kita nak gi makan sekali dengan diorang ke?” Diperlahankan suaranya bertanya pada Haikal. Kelihatan dua orang lelaki menghampiri mereka. Mereka kelihatan seperti Tan Sri Zainal dan anaknya Haikal. Mungkin juga mereka anak beranak seperti Haikal dan ayahnya.

                “So, Haikal….. Jangan lambat sediakan contract tu. We don’t have much time left.” Seorang lelaki persis gaya Tan Sri Zainal bersuara sambil menepuk bahu Haikal.

                “Oh sure Uncle. No worries. Uncle, kenalkan... Zaira, my PA for the time being. Replace Siti for two months. And Zaira…kenalkan Tan Sri Hamdan and his son, Zafri.” Mereka yang terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Zaira. Zaira pula yang malu-malu untuk menyambut tangan mereka. Mana tidaknya, bersalaman dengan orang atasan. Rasa janggal lebih-lebih lagi mereka yang dahulu menghulurkan tangan.

                Mereka berjalan menuju ke hotel yang berdekatan untuk menikmati makan tengahari. Haikal rancak berbual dengan mereka di sepanjang perjalanan. Zaira pula berjalan di belakang mereka. Sesekali Haikal menoleh ke belakang untuk melihat Zaira. Bila pandangan mereka bersatu, masing-masing cuma tersenyum.

                “Zaira?” Haikal perasan yang Zaira tidak tahu hendak memilih makanan apa untuk dimakan. DIlihatnya Zaira berulang-ulang kali membelek buku menu yang diberikan pelayan tadi. Restoran apa ni. Semua nama makanan tak pernah aku dengar pun. Pelik betul bunyinya. Bisik Zaira sendiri di dalam hati.

                “Kal…cuba tolong Zaira pilih makanan tu. Dia tak biasa tu.” Tiba-tiba Tan Sri bersuara membuatkan Zaira tersenyum malu pada semua lebih-lebih lagi pada Tan Sri. Tapi nasiblah Tan Sri dapat rasakan apa yang dia rasa ketika itu. Jika tidak, mahu sampai esok pagi tak juga dipesannya.

                Akhirnya Haikal yang memilihkan makanan untuk Zaira. Mereka menikmati hidangan masing-masing sambil berborak mengenai perniagaan. Zaira cuma menjadi pendengar perbualan antara mereka. Haikal seperti sudah biasa dengan mereka berdua. Tiada langsung rasa kekok bila bersama mereka. Mungkin sudah lama mereka kenal antara satu sama lain.

                “So, Kal. When are you plan to get married? Uncle tak sabar nak makan nasi minyak ni.” Tan Sri bertanyakan pada Haikal sambil menepuk bahunya. Zaira perlahan-lahan menoleh ke arah Haikal yang duduk di sebelahnya. Entah kenapa dalam masa yang sama, Haikal turut mengerling pada Zaira. Dia kemudian memandang Zafri yang sedang menyuap makanan.

                “Kal tungu Zafri dulu Uncle.” Zafri yang mendengar terus terbatuk. Ketawa mereka melihat muka merah Zafri meneguk air.

                “Zafri ni ramai sangat girlfriend. Uncle pun tak tahu yang mana satu pilihannya. Kal masih dengan Kirana kan?. Nanti bawa dia datang rumah uncle together with your parents. We can have dinner together.” Haikal sekadar mengangguk. Zaira pula cuma mendengar perbualan antara mereka.

                “Ni Zaira… dah kahwin ke?” kini Tan Sri bertanya pada Zaira pula. Seram sejuk dirasakan badannya ketika itu. Tidak terfikir langsung yang Tan Sri akan bertanyakan soalan tersebut padanya.

                “Belum lagi Tan Sri. Insyaallah tahun depan.” Jawab Zaira lembut. Dia perasan yang Haikal memandangnya dengan pandangan yang berbeza. Tiada senyuman pada wajahnya. Tan Sri dan Zafri sahaja yang menghadiahkan senyuman bila mendengarnya.

                Setelah hampir satu jam mereka di sana, mereka beredar dari situ. Tan Sri Hamdan terpaksa menghadiri mesyuarat petang itu. Zafri, Haikal dan Zaira masing-masing pulang ke pejabat sendiri.

                “Betul ke apa yang Zaira cakap tadi?” Haikal terus bertanya pada Zaira bila sahaja enjin kereta dihidupkan. Zaira terpinga-pinga melihat Haikal. Betul apanya. Ni mesti pasal kahwin tahun depan ni. Kenapa pula dia nak tanya lagi sekali ni. Fikir Zaira sendiri.

                “Pasal nak kahwin tahun depan tu ke?. Aah… betul.. Insyaallah kalau takda aral melintang jadilah. Encik Haikal dengan Cik Kirana pula bila?” giliran Zaira pula yang menyoal.

                “Tak tahu lagi. Tak bincang pun lagi.” Haikal sebenarnya tidak suka bila berbicara tentang perkahwinan lebih-lebih lagi tentang perkahwinan dia dan Kirana. Dia masih tidak nampak kebahagiaan dalam perkahwinan dengan Kirana. Dia dapat rasakan Kirana bukan cinta sejatinya. Puas sudah dia cuba menyintai Kirana tetapi sehingga ke hari ini perasaan cinta langsung tidak berkembang.

                Haikal tidak tahu kenapa dia rasa sedikit cemburu bila Zaira memberitahu yang dia akan menjadi isteri orang tidak lama lagi. Aku dah suka pada Zaira ni ke? Ingat Haikal…dia milik orang lain. Bukan kau. Buang perasaan tu jauh-jauh Haikal….

                “Jom sayang.” Kirana mengajak Haikal  menemaninya menonton wayang esoknya. Puas Kirana memujuk Haikal akhirnya dia berjaya juga. Ikutkan hati Haikal malas dia hendak keluar bersama Kirana. Tetapi bila difikirkan yang lambat laun dia akan berkahwin dengan Kirana, dipaksanya juga keluar bersama Kirana. Moga-moga hatinya terbuka untuk Kirana.

                Kirana memimpin tangan Haikal berjalan masuk ke dalam panggung wayang. Ramai juga orang yang menonton wayang malam itu. Sedang mereka berjalan, Haikal ternampak kelibat seseorang yang dikenalinya. Diamatinya betul-betul.

                Zaira……….

                Ya… Zaira sedang berdiri seorang diri di tepi penjuru. Hati Haikal terus berdegup kencang. Entah kenapa matanya seperti tidak boleh dialihkan ke tempat lain. Haikal tertanya-tanya dengan siapa dia keluar.. Dengan buah hatinya atau dengan kawan-kawannya.  Kenapa dia hendak tahu semua itu. Stop it Haikal!. Stop It!.

                Mana pula Azri ni. Lamanya beli popcorn. Penat dah tunggu ni. Zaira mengeluh seorang diri di tepi. Dilihatnya ramai betul orang yang datang menonton wayang malam ni. Tiba-tiba dia teringat saat dia melihat wayang bersama Haikal. Walaupun baru pertama kali keluar menonton wayang bersama, perasaan gembira wujud dalam diri Zaira. Haikal memang seorang yang berbeza dengan Azri. Haikal pandai mengambil hatinya. Cara percakapannya dan gaya tubuh badannya membuatkan Zaira selesa bila bersama.

                Sedang Zaira mengelamun sambil memerhatikan orang ramai yang lalu di hadapannya, matanya tertangkap pada seseorang.

                Haikal……..

                Bersama seorang wanita cantik….. Kirana……..

                Ya… Haikal juga sedang memandangnya. Pandangan mereka bersatu.

                Haikal dan Kirana…Sama-sama cantik……..

                “Zaira…. Jom…” Pandangan mereka terhenti bila Azri datang menyentuh bahu Zaira.



Wednesday, October 9, 2013

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 23

Sorry ye pada suma followers.... Mesti rindu kan pada Haris dan Arina. Ni ada sambungan bab 23 ye. Semoga enjoy dengan cerita ni.  Masih bertungkus lumus untuk menyiapkan manuskrip. Bab-bab sebelum ni pun perlu diperbetulkan. Ambil masa semua ni.. huhu.. Harap semua masih setia menunggu ye.....

Luv u all....




KAU TETAP MILIKKU

BAB 23

                “Kami balik dulu mak. Apa-apa mak call Ari tau.Ni duit belanja.......” belum sempat Arina menghabiskan ayatnya, Haris terlebih dahulu memotong cakapnya sambil menarik Arina ke tepi. Arina masih memegang beberapa keping wang untuk diberikan pada emaknya. Tidak sempat dia menghulurkan duit tersebut.

                “Haris..... Apa ni.. Tak payahlah. Dah banyak dah Haris belikan untuk kami. Mak taknak.” Mak Leha cuba memulangkan wang yang diberikan oleh Haris tadi bila bersalaman dengannya. Risau Mak Leha bila Haris terlalu banyak menghabiskan duitnya pada mereka anak beranak. Arina pula terpinga-pinga di tepi Haris.

                “Mak....Haris ikhlas. Haris nak mak guna duit ni untuk beli barang-barang dapur semua. Kalau tak cukup, jangan segan-segan bagitahu Haris. Azim ada nombor telefon Haris. Apa-apa call je Haris.” Haris terus memeluk Mak Leha. Air mata Mak Leha mengalir juga walaupun cuba ditahan. Haris membuat isyarat mata supaya Arina menyimpan sahaja duit yang hendak diberikan pada emaknya tadi.

                “Azim, ni duit belanja sekolah. Jangan mintak kat mak lagi tau. Dan yang ni bagi pada Kak Fira. Duit belanja sekolah dia.” Haris menghulurkan sedikit wang pada Azim. Haris tahu Arina pasti akan cuba mengambil semula wang tersebut dari tangan adiknya, jadi Haris terlebih dahulu menarik tangan Arina menuju ke kereta.

                “Kenapa bagi duit....”

                “Arina!” suara Haris walaupun perlahan tetapi cukup tegas kedengaran. Dipotongnya kata-kata Arina tadi.

                Mereka terus masuk ke dalam kereta dan berlalu meninggalkan kampung tersebut. Arina masih senyap membisu sejak dari tadi. Sesekali Haris mengerling ke arahnya. Arina masih berterusan memandang ke luar tingkap. Tidak langsung memandang Haris di sebelahnya.

                “Arina......kenapa ni?” Haris memberhentikan keretanya di hadapan rumah Arina. Arina cuma menggelengkan kepalanya. Baru sahaja dia hendak membuka pintu kereta, tangan Haris cepat memegang bahu Arina.

                “Arina..... I tanya ni. Why?” Haris masih tidak berpuas hati dengan cara layanan Arina padanya. Dia tahu Arina marah padanya. Tetapi dia tahu Arina tidak berani menyuarakannya.

                “Ke... kenapa bagi duit banyak sangat pada mak, pada adik-adik?.. Ni.... duit ni sepatutnya duit belanja mak untuk bulan ni. Kenapa Haris baik sangat pada keluarga Arina?” Arina mengeluarkan duit yang hendak diberikan pada emaknya dari kocek seluar. Dipandangnya wajah Haris yang juga turut memandang wajah sayu Arina tanpa sepatah kata.
                “Haris ambil duit ni ye. Arina tak cukup duit nak ganti balik semua duit Haris tadi tu. Ini je yang ada.” Arina meletakkan duit tadi di dalam telapak tangan Haris

                “Arina!. Simpan duit ni....Jangan sesekali ungkit lagi pasal duit-duit or benda-benda yang I bagi pada your family. They all are my family too!. Remember that Arina.” Terkedu Arina bila mendengar kata-kata Haris.

                Dari dulu lagi Haris memang tidak suka bila orang menolak apa yang diberi lebih-lebih lagi pada orang yang dia sayang. Memang bertuahlah sesiapa yang menerima layanan istimewa dari Haris.  Arina satu-satunya wanita yang berjaya menerima layanan sebegitu. Haris sendiri tidak tahu kenapa dia terlalu sayangkan Arina. Arina pula masih tidak berapa pasti dengan Haris. Dia masih risau jika Haris cuma mempermainkan perasaannya sahaja. Ramai wanita-wanita yang cantik-cantik di luar sana yang menunggu Haris. Perasaan rendah diri sentiasa ada dalam diri Arina.

                Setelah menghantar Arina pulang, Haris terus menuju ke rumahnya. Malam itu Haris tidak dapat melelapkan matanya. Bayangan Arina sentiasa berlegar-legar di fikirannya. Bilalah dia dapat  tidur bersama-sama Arina sebagai pasangan suami isteri yang sebenar-benarnya. Dia tidak akan melepaskan Arina.... Tidak.....

                Akhirnya Haris tertidur bersama-sama dengan bayangan Arina.


                “Arina, Encik Carliff nak belanja kita makan. Jom. Dia dah tunggu kat restoran mahal tu.” Lemah rasa seluruh badan Arina bila mendengarnya. Bila masa pulak lah Kak Hasnah ni berjanji dengan Encik Carliff. Tak dengar pun bunyi telefon tadi. Arina tidak dapat berfikir sebarang alasan yang boleh diberikan pada Hasnah. FIkirannya buntu ketika itu. Arina risau jika Carliff masih tidak berpuas hati tentang kejadian tempoh hari.

                Arina masih terus berjalan bersama Hasnah walaupun berat hatinya untuk berjumpa Carliff. Sampai di restoran tersebut, kelihatan Carliff sedang berbual di telefon dengan seseorang. Hasnah terus menarik tangan Arina menuju ke arah meja yang diduduki Carliff.

                “Encik Carliff dah lama ke tunggu? Maaf ye. Sebab tadi ada kerja sikit kat atas tu.” Hasnah terlebih dahulu bersuara bila Carliff meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Arina masih senyap membisu.

                “Its okay. I pun baru je sampai. Kita order makan dulu. I lapar ni.” Hasnah mengangguk manakala Arina sekadar memberikan senyuman. Carliff mencuri pandang wajah Arina yang cantik dimatanya.

                “So, Arina.... sibuk ke sekarang ni?” Arina mengangkat mukanya bila namanya disebut. Dipandangnya wajah Carliff yang seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Mungkin dia sudah melupakan kejadian malam itu. Lega sedikit perasaan Arina. Tidak payahlah dia bersusah payah hendak memikirkan alasan untuk diberi pada Carliff jika ditanya.

                “Biasa-biasa je. Encik Carliff?” Arina pula yang bertanya pada Carliff. DIlihatnya Hasnah sedang menikmati tomyam yang dipesannya tadi.

                “Tak berapa sihat.” Biar betul dia ni. Nampak macam tak sakit je. Fikir Arina sendiri.

                “Tak sihat sebab ada orang dah sakitkan hati I.” Terdiam Arina. Dia dapat rasa dirinya yang dimaksudkan Carliff. Nafasnya seperti terhenti ketika itu. Payah betul hendak bernafas. Ingatkan Carliff sudah melupakan kejadian tersebut, tetapi salah sangkaan Arina. Carliff memang masih tidak berpuas hati dengan apa yang diperkatakan Haris malam itu.

                “Siapa orang tu?. Kesian Encik Carliff. Mungkin ada sebab kot dia buat macam tu.” Arina seperti mahu mengiyakan setiap kata-kata Hasnah. Tetapi dia tidak mampu. Dia hanya mampu mendiamkan diri saat itu. Arina perasan sesekali mata Carliff tepat memandangnya.

                “Maybe.” Pendek sahaja jawapan Carliff. Disuapkan mi goreng ke dalam mulutnya. Matanya tertumpu pada pinggan di hadapannya. Hilang terus selera makan Arina bila melihat keadaan Carliff. Teruk sangat ke apa yang diperkatakan Haris pada Carliff tempoh hari. Dia tidak tahu pada siapa perlu ditanya. Haris?. Tidak.... Carliff?.. juga tidak....

                “Arina.... betul ke you dengan Haris...” Arina menarik nafas dalam-dalam sebelum mengangkat muka dan membalas renungan Carliff.

                “Arina... Please..... not with Haris. I kenal Haris. Dia... dia.... ramai perempuan dalam hidup dia. I taknak you jadi salah seorang dari mereka. Bagi Haris perempuan seperti baju. Setiap hari bertukar. Arina... you fahamkan maksud I.” Carliff terus bersuara sebaik sahaja Hasnah bangun untuk ke bilik air. Peluang yang ada tidak akan disia-siakan oleh Carliff. Segala apa yang terbuku di dalam hatinya dikeluarkan pada Arina.

                Arina diam membisu. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Carliff tidak perlu tahu tentang perkahwinan antara dia dan Haris.

                “Arina... please. Think about it. I taknak you merana nanti.” Memang betul kata Carliff. Memang dia ada memikirkan tentang perhubungan ini.  Setiap kali memikirkannya, fikirannya menjadi buntu. Dia tidak tahu bagaimana hendak mengakhiri masalah ini.

                “Tolong fikir masak-masak Arina sebelum terlambat. Okey, kejap ye. I panggil waiter.” Terus Carliff menukar topik bila terlihat Hasnah sedang berjalan ke arah mereka.

               
                Kata-kata Carliff siang tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya. Memang ada benarnya apa yang dikatakan Carliff itu. Dia perlu memikirkan semula tentang hubungannya dengan Haris. Carliff sebenarnya risau bila mendapat tahu yang kini Haris sedang rapat dengan Arina. Bukan disebabkan cemburu tetapi lebih kepada simpati. Simpati jika hati Arina yang suci itu tercalar teruk disebabkan perbuatan Haris. Tetapi Carliff tidak tahu bahawa hati Arina memang telah tercalar dari awal lagi. Tercalar atas perbuatan Haris padanya  dulu.
                “Arina, hujung bulan ni kau ikutkan kitorang gi Pulau Perhentian. Kau jangan nak ubah fikiran pulak.” Arina yang sedang mencuci kereta barunya terkejut bila bahunya ditepuk Mimi dari belakang.

                “Mestilah pergi. Dah lama tak gi cuti-cuti dengan korang. Mesti seronok kan.” Arina sudah berangan berada disana. Tinggal di chalet di tepi laut. Mandi-manda di laut sambil menikmati keindahan Pulau Perhentian.

                “Dah. Beranganlah pulak dia ni. Haa ni.. Jangan lupa pulak bagitahu kat suami tercinta kau tu.” Terus hilang angan-angan Arina bila nama suami disebut Mimi. Ye... Dia belum memberitahu pada Haris. Takut jika Haris tidak membenarkan dia pergi. Arina teringin sangat hendak ke sana bersama kawan-kawannya. Apa yang perlu dilakukan.

               
                Arina.. I will pick you up at 8pm tonight. Dinner with me.

                Ok.
               
                See you soon sayang.

                Mesej dari Haris siang tadi membuatkan Arina nekad untuk memberitahu Haris yang dia hendak bercuti bersama-sama dengan Mimi dan Linda. DIa berharap sangat Haris akan membenarkannya.

                Tepat jam 8 malam Haris tiba di hadapan rumah Arina. Memang Haris seorang yang menetapi masa. Baginya masa amat penting dalam hidupnya. Itu sebabnya dia memang marah kalau orang yang berjanji dengannya tiba lewat. Serba sedikit Arina sudah memahami sikap Haris satu persatu.

                “Haris....”

                “Arina...”

                Serentak mereka memanggil nama masing-masing.

                “Haris cakap dululah.” Arina meminta Haris untuk memulakannya dulu. Rasa debar dalam hati Arina makin kuat.

                “Okey sayang. Next week I kena ke Singapore lagi untuk jumpa dengan client kat sana. So, I will be away for almost a week.” Haris perlu ke Singapura atas urusan projek terbaru mereka di Johor. Memang Haris semakin sibuk sekarang ni. Banyak projek yang perlu diuruskan. Mesyuarat sana sini. Tetapi dia tidak pernah mengabaikan Arina. Diketepikan sedikit masanya untuk bersama-sama Arina.

                “Minggu depan?” tanya Arina lagi. Eh, minggu depan maknanya hujung bulan kan. Maknanya minggu depan jugalah dia akan ke Pulau Perhentian bersama Mimi dan Linda.

                “Kenapa?. Nak ikut ke?” Apalah Haris ni. Lain pula yang difikirkannya. Ya.... Arina perlu juga memberitahu tentang plan cutinya pada Haris.

                “Tak...tak....Arina nak bagitahu yang Arina nak pergi bercuti dengan Mimi dan Linda hujung bulan ni. Maknanya minggu depan ni.”

                “Ke mana Arina?” Arina dapat merasakan perubahan pada suara Haris. Tadinya kemain lembut, sekarang ni dah bertukar tegas. Ni yang tak mahu ni. Habislah Arina.

                “Arina....Arina nak pergi Pulau Perhentian. Dah lama kami tak bercuti sama-sama. Haris.....boleh ye. .. Lagipun Arina pergi dengan Mimi dan Linda je. Takda orang lain. ” Arina seperti merayu pada Haris. Lembut sahaja suara Arina memujuk Haris. Harap-harap ini dapat melembutkan hati Haris.

                “Boleh?...” Arina masih menunggu jawapan dari Haris. Dari riak wajah Haris seperti tidak mengizinkan Arina pergi. Haris masih berdiam. Tidak langsung keluar apa-apa kata dari mulutnya. Tahulah Arina apa jawapan Haris pada soalannya tadi.

                Makanan di pinggan dikuis-kuis. Langsung hilang selera makan Arina. Entah kenapa hatinya rasa sebak dengan reaksi Haris tadi. Apa salah dia pergi bercuti. Bukan dengan lelaki pun. Itu yang menjadi persoalan Arina ketika itu.


Friday, September 20, 2013

As salam to all my followers ye....

Cerita KAU TETAP MILIKKU akan disambung secepat mungkin ye. Sekarang ni tengah sibuk nak menyiapkan manuskrip novel ni. Idea....Idea.... sila datang sini.....

Masa amatlah terhad sekarang ni. Banyak benda nak dibuat setiap hari. Insyaallah saya akan cuba juga siapkan novel ni.

Doakan saya dapat menyiapkan novel ini ye. Insyaallah kalau menarik, barulah boleh diterbitkan ye.

Terus menyokong karya-karya saya ye selepas ini.


Luv u all... Muahhhhh....

Friday, September 13, 2013

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 22

KAU TETAP MILIKKU

BAB 22

                “Haris….Tak payahlah teman Arina balik. Sebelum ni pun Arina balik sendiri je.” Arina masih cuba memujuk Haris supaya membatalkan niatnya untuk balik kampung bersama. Namun Haris tetap meneruskan pemanduannya.

                “Itu dulu Arina. Sekarang ni I nak temankan you balik and dalam masa yang sama I nak jumpa my mother in law. I rinduuuuu sangat kat mak.” Tangan kiri Haris sempat mencuit pipi Arina. Apa lagi yang boleh Arina buat untuk menghalang Haris dari meneruskan niatnya itu.

                Mereka baru sahaja memasuki lebuhraya Utara-Selatan untuk ke kampung Arina yang terletak di Ayeh Keroh, Melaka. Arina tetap mendiamkan diri sejak dari tadi. Sesekali Haris mengerling melihat Arina. Risau Arina jika emaknya bertanyakan pada mereka soalan-soalan yang payah untuk dijawab. Nanti dia cakap lain, Haris pula cakap lain. Kantoi pulak nanti……..Nak bincang dengan Haris….Emmmmmm, lagilah payah.

                “Haris…… Kalau mak tanya apa-apa pasal kita….” Tangan Arina dengan tiba-tiba digenggam Haris. Terdiam Arina.

                “Jangan risau sayang. Nanti pandailah I. Okey?” kata-kata Haris serba sedikit membuatkan Arina berasa tenang sedikit. Risau juga dia jika Haris mahu bercakap benar pada emaknya. Pasti dia yang akan dimarahi teruk.

                Kereta sudah memasuki kawasan kampung. Mereka kemudiannya melintasi sekolah yang mempunyai banyak kenangan pahit dan manis mereka. Setiap kali lalu di hadapan sekolah, Arina pasti akan berasa sedih. Kenangan pahit masih tetap segar dalam ingatannya setiap kali dia melihat bangunan sekolahnya. Haris pula terus teringat zaman persekolahannya. Dia cuma sempat bersekolah di sini selama 2 tahun sahaja. Selepas itu dia terus mengikut mamanya ke luar negara. Sekolah ini jugalah yang membuatkan dia berjumpa Arina. Arina menjadi barang taruhan dia dan kawan-kawannya. Sikap pantang dicabar membuatkan Arina hampir menjadi mangsanya. Siapa sangka perempuan yang dijadikan sebagai taruhan dulu kini telah sah menjadi isterinya.

                Haris dapat melihat wajah Arina berubah bila melalui sekolah mereka. Ada air mata yang membasahi pipi Arina. Cepat-cepat Arina mengesatnya. Dia tidak mahu Haris melihatnya. Haris cuba mengawal perasaannya dari memeluk Arina. Dia memang mahu membawa Arina dalam pelukannya kerana dia tahu perasaan Arina. Sedih bila teringat apa yang telah terjadi padanya. Arina mangsa keadaan. Haris benar-benar rasa bersalah pada Arina.

                Kereta meluncur lagi sehingga sampai ke rumah Arina. Rumah yang didiami keluarga Arina dari dulu lagi. Haris tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Arina sebelum ini. Masih ingat lagi ketika mereka berbincang untuk diijabkabul. Arina seboleh-boleh hendak bernikah di Kuala Lumpur. Pelbagai alasan diberikan pada keluarga terutama emaknya. Mereka diijabkabulkan di masjid yang cuma dihadiri oleh keluarga terdekat Arina. Haris pula cuma ditemani bapa saudaranya. Majlis sanding juga tidak diadakan. Arina memberi alasan pada emaknya yang Haris terpaksa ke luar negara bertugas di sana. Jadi majlis persandingan terpaksa ditangguhkan.

                “Assalamualaikum mak.” Haris terlebih dahulu memberi salam dan bersalaman dengan mak Leha. Terpinga-pinga Arina melihatnya. Sepatutnya aku yang patut dulu bersalaman dengan emak. Kenapa lak dia yang lagi laju ni….. fikir Arina sendiri.

                “Waalaikumusallam. Haris….. sihat nak?” Mak Leha yang sedang menyapu sampah di luar terus mendapatkan mereka. Haris yang terlebih dahulu mencapai tangannya.

                “Sihat mak.” Haris memberi ruang pada Arina untuk bersalaman pula. Selepas bersalaman, mereka berpelukan pula. Hilang rindu Arina pada emaknya.

                “Nak jugak peluk.” Dirapatkan badannya pada mereka. Sempat Haris melihat wajah Arina yang seperti tidak puas hati dengannya. Dikenyitkan mata sambil tersenyum memandang Arina. Mereka berpelukan di depan rumah sehinggalah kedengaran suara orang memanggil-manggil Arina.

                “Kak Ari!.... Abang Haris!....” Azim memanggil-manggil nama mereka dari pintu rumah sambil melambai-lambaikan tangannya.

                “Mana adik busuk akak ni……” Arina terus mendapatkan Azim. Arina memang rapat dengan adik-adiknya.

                “Cantik kereta kak. Bila nak dapat naik kereta besar ni. Mesti abang Haris banyak duit kan sampai dapat pakai kereta BMW. Bestnya kak…..” Arina tersenyum dan menoleh ke arah Haris yang sedang berjalan bersama emaknya ke arah mereka. Haris juga sedang memandang Arina. Pandangan mereka bersatu.

                “Jom masuk Ari, Haris….Azim, dari tadi mak suruh mandi kan. Pergi mandi sekarang. Susah betul nak mandi budak sorang ni.” Membebel Mak Leha pada anak bongsunya itu. Azim pula terus berlari masuk ke dalam bilik air sebelum telinganya dipiat. Arina sempat bertanya pada emaknya di mana Fira. Kata emaknya Fira mengikut rombongan sekolahnya ke Terengganu. Esok petang baru balik.

                “Haris, kunci kereta. Nak ambil beg.” Arina menyentuh lembut lengan Haris ketika lalu di hadapannya.

                Haris menyuruh Arina masuk menemani emaknya sementara Haris sendiri mengambil beg-beg mereka di dalam kereta. Bukannya banyak pun beg mereka. Masing-masing cuma membawa satu beg sahaja.

                “Haris….letak beg kat dalam bilik Ari. Tu haa.” Tangan Mak Leha sudah ditujukan pada bilik Arina. Haris melangkah terus ke sana.

                Terkejut Arina bila pintu bilik dibuka dari luar. Dia baru sahaja hendak menyarung tshirt ke badannya. Terlupa Arina untuk mengunci pintu bilik tadi. Memang inilah perangai Arina yang susah hendak diubah. Selalu lupa hendak mengunci pintu. Terutamanya pintu bilik tidur dan mandi. Nasiblah adik-adik dan emaknya sudah lali dengan perangainya.

                “Haris…. janganlah pandang Arina. Pandang tempat lain. Arina nak pakai baju ni. Kejap je.” Arina masih memegang tshirt menutup bahagian depan badannya. Haris masih tepat memandangnya. Beg-beg tadi sudah diletakkan di lantai. Pintu bilik dikunci.

                Dah sudah……Mana nak lari ni. ..takut Arina bila Haris masih tepat memandangnya. Haris kemudian menghempaskan badannya di atas katil sambil matanya masih memandang Arina yang sedang berdiri di hadapannya.

                “Cepatlah tukar sayang. I nak tengok ni.” Biar betul Haris ni…. Kalau ye pun nak buat perangai takkanlah dekat sini.

                “Haris……cepatlah tutup mata. Arina nak keluar ni nak tolong mak.” Arina merayu pada Haris. Dibuatnya muka sedih meminta simpati.

                “Cepat. I kira sampai tiga je. Satu….” Tiga pun tigalah Arina. Cepat-cepat Arina menyarungkan tshirt ke badannya. Selesai menyarungkannya, terus Arina keluar dari bilik. Langsung tidak dipandangnya Haris.

                “Arina… Arina….. malu-malu ni yang buat aku geram lagi ni…..” perlahan sahaja suara Haris. Dia cuma berpura-pura menutup matanya tadi. Sebenarnya dia dapat melihat apa yang ada di hadapannya tadi. Dipeluk bantal peluk disebelahnya.

                “Jom Ari… makan. Mak dah siapkan suma ni. Panggil sekali Haris ye.” Semuanya sudah terhidang di atas meja makan. Mak Leha memang pantas membuat kerja-kerja rumah terutamanya bab memasak.

                “Haris….. Jom makan.” Arina mengetuk pintu bilik. Tiada langsung suara Haris kedengaran. Dia tidur ke ni. Bisik Arina sendiri. Arina melangkah masuk ke dalam bilik. Dilihatnya Haris sedang tidur.

                “Haris…. bangun… mak ajak makan tu.” Arina bersuara perlahan. Disentuh lembut badan Haris untuk mengejutnya.

                “Cium dulu baru I bangun.” Haris cuba menyakat Arina. Dia tahu Arina tentu akan mengelak untuk menciumnya. Belum sempat Arina melangkah, Haris sudah memegang tangannya.

                “Ngada-ngadalah.” Malas Arina hendak melayan Haris. Jika tidak diikutkan, lagi lamalah mereka di dalam bilik. Terus sahaja dia mendekatkan bibirnya pada pipi Haris. Akhirnya…

                “Haris…..Eeeeeee….” rupa-rupanya bukan pipi yang diciumnya tetapi bibir Haris. Haris sempat mengalihkan wajahnya sehinggakan bibir mereka yang bersatu. Senyum simpul Haris bila dapat mengenakan Arina. Dipegang bibirnya. Kelembapan bibir Arina masih terasa di bibirnya. Dia terus bangun dan mengikut langkah Arina ke dapur.

                Selera sungguh Haris makan masakan mertuanya. Sudah lama dia tidak makan masakan kampung sesedap ini. Suka Mak Leha melihat menantunya makan. Risau juga Mak Leha kalau-kalau Haris tidak suka masakan kampung. Nak suruh dia buat spaghetti pelbagai, manalah dia tahu.

                “Teman abang ronda-ronda kat kampung ni nak tak?” petang tu semasa mereka sedang menonton tv, Haris mengajak Azim menemaninya. Arina sedang sibuk membantu Mak Leha membuat kuih untuk minum petang.

                “Naik kereta besar tu ke abang Haris?” Haris sekadar mengangguk. Terus Azim ke dapur memberitahu pada emaknya. Haris juga turut melangkah ke dapur untuk memberitahu pada Arina.

                “I keluar kejap sayang.” Arina tidak dapat berkata apa-apa bila dahinya dicium Haris. Mak Leha cuma tersenyum gembira bila melihat anak menantunya. Dia sentiasa berdoa supaya anaknya itu bahagia dengan kehidupan berumahtangga.

                “Azim….kat sini ada tak kedai elektrik?” Haris masih memandu perlahan keretanya.

                “ Kedai elektrik?...ada….  Jom Azim tunjukkan.” Haris ingin membeli tv dan beberapa barang elektrik lain untuk rumah emaknya. Haris tidak sampai hati melihat keadaan rumah mertuanya.Tidak ada banyak barang pun di dalam rumah tersebut. Walaupun barang-barang tersebut masih elok, tetapi entah berapa lama dibelinya. Patutlah dilihatnya Arina jarang berbelanja. Mungkin banyak duit gajinya di berikan pada emaknya.

                Haris membeli TV, peti sejuk, mesin basuh dan macam-macam lagi termasuklah mengupah orang memasang astro. Laju sahaja tauke kedai tersebut melayan Haris. Mana tidaknya, banyak betul barang yang dibeli Haris. Apa lagi, suka benarlah Azim. Bertambah sayang dia pada abang iparnya itu.

                Haris menerima mesej dari Arina.

                                Haris… Kat mana?. Jom balik. Nak minum petang ni.

                                Ok sayang. Nak balik ni.

                Haris memandu pulang. Dia sudah berpakat dengan Azim untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang barang-barang yang dibelinya tadi. Barang-barang tersebut akan dihantar lewat petang sikit. Entah apa reaksi Arina nanti….

                Sedang mereka duduk sambil minum petang di tepi luar rumahnya yang diletakkan meja dan kerusi, tiba-tiba sebuah lori memasuki kawasan rumahnya dengan dipenuhi barang-barang elektrik.
                “Mak Leha….banyak beli barang ni.” Mak Leha kenal dengan orang yang menghantar barang-barang tersebut. Tetapi pelik juga Mak Leha, bila masa pula dia beli semua barang-barang ni.

                “Bila masa pula Mak Leha beli barang-barang ni. Kau salah rumah tak Siva?” Siva melihat semula alamat yang diberi oleh bosnya tadi. Alamat yang sama. Tidak salah.

                “Betul betul…. Kat sini…. Tadi abang Haris beli.” Bukan sahaja Mak Leha yang terperanjat, Arina juga turut terperanjat sama. Mereka memandang Haris untuk mendapatkan penjelasan seterusnya.

                “Haris….” Haris menghampiri mereka.

                “Haris beli tadi. Benda-benda ni semua untuk mak dan adik-adik pakai. Mak jangan risau. Haris ikhlas.” Sayu hati Mak Leha mendengar kata-kata Haris. Ucapan terima kasih sahaja yang dapat diberikan oleh Mak Leha pada Haris. Azim menarik tangan Mak Leha untuk melihat barang-barang yang dibelinya tadi. Arina pula memang menunggu masa yang sesuai untuk bercakap dengan Haris.

                “Haris… Apa semua ni?. Kenapa nak beli semua barang-barang ni. Nanti orang cakap keluarga Arina cuba nak kikis duit Haris. Apa ni Haris… Arina taknaklah…..” Arina masih cuba memperlahankan suaranya. Dia tidak mahu emaknya mendengar apa yang dikatakan pada Haris tadi.

                “Arina!. Look…. I am your husband . So, maknanya I ni menantu dalam rumah ni. I juga ada hak untuk membeli apa-apa barang untuk mereka. Arina….. I cuma nak your family duduk lebih selesa dekat rumah ni. Your family is my family too sayang.” Arina menoleh ke arah emak dan adiknya. Terpancar kegembiraan pada wajah mereka.

                “Terima kasih.” Walaupun pendek sahaja jawapan Arina, itu sudah cukup melegakan Haris. Diusap-usap lembut belakang badan Arina bila mereka   berjalan menghampiri Mak Leha.

                Malam itu mereka menonton tv yang baru dibelinya tadi. Jenis LED jenama LG. Memang besar skrinnya. Entah berapa inci pun Mak Leha tidak tahu. Seronok Haris melihat wajah gembira mereka terutamanya Arina.  Arina sudah berjaya mengunci pintu hatinya untuk wanita lain.

                “Arina masuk tidur dulu ye.” Kini hanya tinggal Arina dan Haris sahaja. Azim dan Mak Leha baru sahaja masuk ke dalam bilik masing-masing untuk tidur. Haris juga turut bangun setelah menutupTV. Dia mengekori Arina ke dalam bilik.

                Arina terlupa yang dia terpaksa tidur di dalam bilik bersama dengan Haris. Badannya direbahkan di atas katil memandang dinding. Haris pula terus naik ke atas katil dan baring bersebelahan Arina.

                “Haris….. Kita letak bantal peluk kat tengah-tengah ni ye. Ja….jangan usik Arina tau.” Arina terpaksa tidur bersama di atas katil. Tilam ada di dalam bilik Mak Leha. Nanti apa pula kata Mak Leha kalau Arina mengambilnya. Dia harap sangat yang Haris tidak akan menyentuhnya.

                “Tak boleh….. Mana boleh letak bantal tengah-tengah ni. Sempitlah sayang. Jom, tidur sini.” Haris mengisyaratkan Arina tidur di dalam pelukannya. Bantal peluk tadi sudah di campak ke tepi.

                “Haris…..janganlah.” Arina cuba mengambil bantal peluk yang dicampak di tepi katil. Haris pantas menarik Arina ke dalam pelukannya. Kini Arina sudah dipeluk kemas. Pandangan mereka bersatu. Wajah mereka semakin dekat.  Haris………